Ahad, 21 Jun 2015

CARA SOLAT TERAWIH SERTA SELAWAT ANTARA SOLATNYA

Selawat diatas junjungan rasulullah SAW


...Tidak sah dan tidak ada nas atau firman yang membolehkan solat terawih dilakukan pada waktu siang dan bukan pada bulan ramadhan. Solat terawih hanya untuk malam bulan ramadhan.Satu kurniaan Allah SWT pada umat Muhammad SAW...

Bila masuk sahaja bulan ramadhan maka musollah/surau serta masjid akan menjadi tumpuan umt islam untuk mengambil serta merebut peluang solat fardu dan terawih. Solat terawih adalah solat yang dianggap satu solat yang istimewa iaitu solat yang tidak dilakukan pada bulan yang lain,hanya solat yang dilakukan pada selepas solat isyak pada bulan ramadhan sahaja.Tidak sah dan tidak ada nas atau firman yang membolehkan solat terawih dilakukan pada waktu siang dan bukan pada bulan ramadhan. Solat terawih hanya untuk malam bulan ramadhan.Satu kurniaan Allah SWT pada umat Muhammad SAW.  Ya Allah..jadikanlah Ramadhan kali ini adalah yang terbaik dari yang lalu.. Ampunilah daku.... aku pohon RahmatMU yang merangkumi segala-galanya...

Cara solat terawih semuanya adalah sama,cuma jumlah rakaat yang berbeza dilakukan. Ada yang 8 rakaat, 12 rakaat 20 rakaat dan jumlah yang lebih besar iaitu 36..

permualaan solat terawih



lafaz niat solat sunat terawih


Selawat antara terawih pada rakaat ke 2,6,10,14 dan 18


selawat  antara terawih pada selepas salam 4,8 dan 16 rakaat



Doa antara terawih selepas salam  4,8 ,12 dan 16 rakaat


Selepas itu akan diikuti dengan kata pujian sahabat Rasulullah SAW




doa selepas sunat terawih pada 8 atsau 20 rakaat

Solat witir 3 rakaat  2salam

Lafaz niat sunat witir 2 rakaat


Lafaz niat witir satu rakaat



~Wallahu'alam
~Jaksa kotaraja




Jumaat, 19 Jun 2015

BINATANG BERPUASA SUDUT FITRAHNYA... MANUSIA..?? SEMOGA TIADA YANG LALAI...



 ...Tika ianya mengeram ianya tidak makan dan minum berhari-hari semata-mata untuk ''mengembangkan zuriat ia''Bagaiman unta yang dikendong manusia membelah padang pasir tanpa minuman dan makanan buat sesuatu tempoh hari.... 
ALANGKAH MALUNYA KITA SEBAGAI MANUSIA YANG LALAI DALAM BERPUASA.. sebulan saja!!!??..

Selamat datang ya Ramadhan..!!! ya kesabaran..!!  ya kepanasan..!!Semoga rakan dan sahabat memaafkan kesilapan serta kegurisan hati kita semua dan semoga ALLAH SWT mengampuni kita ,“Segala sesuatu yang menimpa seorang muslim, baik berupa rasa letih, sakit, gelisah, sedih, gangguan, gundah-gulana, mahupun duri yang mengenainya (adalah ujian baginya). Dengan ujian itu, Allah mengampuni dosa-dosa.(kifarah)” 
Semoga kali ini lebih bererti buat umat manusia serta unggasan sejagat.. apakah ungasan tidak tahu erti puasa dan tidak tahu bahawa wujudnya puasa...??Kitaran hidup haiwani itu juga adalah kitaran manusia juga. Lihatlah satu contoh bagaimana ayam,beburung dan binatang yang mengeram,mereka yang mengeramkan telurnya ada yang masa pendek 14hari dan ada yang lebih sebulan. Tika ianya mengeram ianya tidak makan dan minum berhari-hari semata-mata untuk ''mengembangkan zuriat ia''Bagaiman unta yang dikendong manusia membelah padang pasir tanpa minuman dan makanan buat sesuatu tempoh hari.... 
ALANGKAH MALUNYA KITA SEBAGAI MANUSIA YANG LALAI DALAM BERPUASA.. sebulan saja!!!??jangan dah terbaring dan dipaksa/terpaksa puasa pasal dah koma..

Firman Allah Ta’ala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.


Dalam hadits lain juga disebutkan: Rasulullah SAW pernah bersabda, “Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Semua amal anak Adam adalah baginya kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu bagiKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Puasa adalah perisai, apabila kamu sedang puasa janganlah berkata keji (memaki), janganlah berteriak-teriak dan janganlah berbuat perkara yang bodoh. Apabila ada seseorang yang mencacinya atau memeranginya maka katakanlah ‘Sesungguhnya aku sedang puasa… .” (HR Bukhari dan Muslim)
Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan sahaja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW  bermaksud:
“Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Abu Umamah ra berkata; "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW "Ya Rasulullah, tunjukkan daku suatu amalan yang membolehkan daku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tiada satu cara pun yang mampu menandinginya."

Wahai saudara saudari muslimin dan muslimat ,marialh kita raikan ramadhan dengan pengisian amalan serta ibadah yang tulus ikhlas...

~wallahu'alam
~jaksa kotaraja

Muaz Bin Jabal… Buah Hati Rasulullah SAW

..“Umatku yang paling luas pengetahuannya dalam perkara halal dan haram ialah Muaz bin Jabal.” Rasulullah telah melantik Muaz menjadi amir dengan iringan beberapa orang sahabat untuk memantapkan Islam di Yaman. Lalu Rasullullah pun bertanya kepada Muaz,”Apakah panduan engkau untuk memutuskan segala penghakiman dan keadilan?” ..

Orangnya tampan, matanya hitam, rambutnya ikal. Perwatakannyayang menarik itu memang tidak dapat disembunyikan kerana sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan terpikat. Tetapi yang paling mengagumkan orang ialah kebijaksanaan dan ketajaman fikirannya.

Muaz bin Jabal itulah namanya, seorg pemuda Yathrib yg memeluk Islam ditangan Mus’ab bin Umair. Ketika di Madinah, Muaz seboleh mungkin cuba untuk berada di sisiRasulullah s.a.w dan teman-teman sebaya untuk mengkaji Al-Quran dan undang-undang Islam hingga mahir.



Kerana bijak dan tajamnya fikiran Muaz, ke mana sahaja dia pergi, orang akan datang merujuknya utk menyelesaikan masalah. Ini bukanlah pelik, memandangkan Muaz sendiri dididik oleh Rasulullah dan mempelajari ilmu sebanyak mungkin daripada baginda, ditambah pula dengan fikirannya yang tajam. Muaz dikatakan yang paling baik kerana dididik oleh guru yang paling baik iaitu Rasulullah.

Ilmu Muaz dihormati dan diiktiraf. Pengiktirafan terbaik yang diperolehinya ialah pengiktirafan daripada Rasulullah sendiri apabila baginda berkata, “Umatku yang paling luas pengetahuannya dalam perkara halal dan haram ialah Muaz bin Jabal.”

Rasulullah telah melantik Muaz menjadi amir dengan iringan beberapa orang sahabat untuk memantapkan Islam di Yaman. Lalu Rasullullah pun bertanya kepada Muaz,”Apakah panduan engkau untuk memutuskan segala penghakiman dan keadilan?”

“Berpandukan Kitab Allah,” jawab Muaz.

“Dan jika engkau masih tak dapat menemui jawapan di dalamnya?”

“Aku akan berpandukan sunnah Rasulullah.”

“Dan jika engkau masih tidak dapat menemuinya dalam sunnahku?”

“Maka aku akan menggunakan segala kebijaksanaan dan pengetahuanku (ijtihad) untuk membuat keputusanku sendiri.”

Rasulullah berpuas hati dan gembira dengan jawapaan itu dan berkata,”Segala puji bagi Allah yang telah memberi panduan kepada utusan Nabi dan menyenangkan hati Nabi.”

Rasulullah s.a.w. berjalan beriringan dengan Muaz dan berkata,

“Wahai Muaz,mungkin engkau tidak akan bertemu dengan aku lagi. Mungkin apabila engkaupulang nanti, engkau hanya akan dapat melihat masjid dan
kuburku.”

Mendengar kata-kata itu, Muaz pun menangis. Sahabat-sahabat yang lain turut ada bersama mereka juga menangis. Rasa pilu dan sepi amat dirasainya tatkala tiba saat berpisah dengan Rasulullah s.a.w. yang tercinta.

Kata-kata Rasulullah itu ternyata benar berlaku. Muaz tidak dapat bertemu Rasulullah lagi selepas itu. Rasulullah wafat sebelum Muaz sempat pulang dari Yaman. Muaz begitu sedih kerana apabila pulang ke Madinah, dia mendapati Rasulullah tiada lagi utk menemaninya.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a., Muaz dihantar ke Bani Kilab untuk membahagikan gaji dan sedekah daripada orang kaya kepada fakir miskin. Setelah selesai tugasnya itu, Muaz kembali kepada isterinya dgn hanya membawa pulang sehelai selimut yang menutupi lehernya, tidak ada sebarang harta yang tinggal. Lalu isterinya bertanya,”Di manakah hadiah yang sepatutnya dibawa pulang untuk keluarga nya oleh wakil-wakil yang berkhidmat dengan Khalifah?”

“Aku ada Pemerhati yang mengawasi gerak-geriku,” jawab Muaz.

“Bukankah engkau seorang yang dipercayai Rasullullah dan Abu Bakar? Tidak patut Umar menghantar pemerhati untuk mengawasi engkau,”

Hal itu sampai ke pengetahuan Umar, lalu Umar memanggil Muaz.

“Adakah aku menghantar seorang pemerhati untuk mengawasi gerak-gerimu?”

“Tidak Amirul Mukminin,” kata Muaz. “Tetapi itu hanyalah alasan yang dapat aku cari untuk isteriku.”

Muaz menerangkan bahawa Pemerhati yang dimaksudkannya adalah Allah s.w.t.Umar ketawa lalu memberikan Muaz hadiah,
”Aku harap dapatpemberian ini menggembirakan hatimu.”

Sewaktu pemerintahan Khalifah Umar juga , Muaz bersama dua Sahabat yang lain iaitu Ubadah bin as-Samit dan Abu ad-Darda’ dihantar ke Syria untuk mengajar ilmu Islam kepada saudara-saudara baru di sana. Ubadah ditinggalkan di Homs, Abu ad-Darda’ di Damascus dan Muaz sendiri di Palestin.

Di Palestin, Muaz jatuh sakit kerana dijangkiti penyakit. Sewaktu hampir menemui ajalnya, Muaz menghadap kiblat dan mengulangi kata-kata:”Selamat datang ajal, selamat datang. Setelah sekian lama, seorang pengunjung datang…Wahai Tuhan, Engkau tahu aku tidak inginkan dunia dan aku tidak mahu dipanjangkan hayatku untuk tinggal di dunia…Wahai Tuhan, ambillah rohku dengan kebaikan sebagaiman Engkau menerima roh orang yang beriman…” Lalu Muaz bin Jabal yang sepanjang hayatnya telah mengabdikan diri untukberkhidmat di jalan Allah itu, menghembuskan nafas terakhirnya jauh dari keluarga dan kaumnya.
Alangkah beruntungnya Muaz.. menjadi antara kesayangan Rasullullah s.a.w.

~wallahu'alam
~jaksa kotaraja

Khamis, 18 Jun 2015

313 SENARAI NAMA TENTERA PERANG BADAR AL~KUBRA


..“Musnah kalian semua” sambil melontar pasir itu ke arah Quraisy, menyebabkan tak seorang pun yang tidak terkena dengan pasir tadi, malah dengan izin Allah pasir itu terlontar ke telinga, mata, hidung dan mulut mereka semua. Dalam hal ini Allah berfirman... 

KADAR KEKUATAN TENTERA ISLAM DAN PENGAGIHAN PIMPINAN


Rasulullah dalam keadaan bersedia untuk keluar bersama-sama dengan 

tiga ratus tiga belas orang (313 atau 314 atau 317 orang) 82 Muhajirin (83 atau 86 orang) 
al-Aws seramai 61 orang 
 170 orang al-Khazraj, mereka tidaklah begitu bersiap sangat dan tidaklah membawa peralatan yang selengkapnya,
2 Ekor kuda tunggangan ,
 kuda al-Zubair bin al-Awwam dan kuda al-Miqdad bin al-Aswad al-Kindi, 
70 ekorUnta bersama mereka, hanya yang ditunggang secara bergilir untuk dua atau tiga orang, Rasulullah bergilir dengan Ali dan Mirthad bin Abi Mirthad al-Ghanawi dengan seekor unta.

Rasulullah melantik Ibnu Ummi Maktum sebagai khalifahnya untuk mengendali urusan Madinah dan solat. Tetapi setibanya Rasulullah di “al-Rawha” Rasulullah menghantar balik Abu Lubabah bin al-Munzir untuk mengendalikan urusan pentadbiran Madinah.

Panji pimpinan berwarna putih diserahkan kepada Mus’ab bin Umair al-Qurasyi al-Abdari, Baginda membahagikan tentera kepada dua katibah (pasukan)

Nama-Nama Para Pejuang AHLUL BADR 313, adalah Sebagai berikut :
1. Sayyiduna Muhammad Rasulullah s.a.w.
2. Abu Bakar as-Shiddiq r.a.
3. Umar bin al-Khattab r.a.
4. Utsman bin Affan r.a.
5. Ali bin Abu Tholib r.a.
6. Talhah bin ‘Ubaidillah r.a.
7. Bilal bin Rabbah r.a.
8. Hamzah bin Abdul Muttolib r.a.
9. Abdullah bin Jahsyi r.a.
10. Al-Zubair bin al-Awwam r.a.
11. Mus’ab bin Umair bin Hasyim r.a.
12. Abdur Rahman bin ‘Auf r.a.
13. Abdullah bin Mas’ud r.a.
14. Sa’ad bin Abi Waqqas r.a.
15. Abu Kabsyah al-Faris r.a.
16. Anasah al-Habsyi r.a.
17. Zaid bin Harithah al-Kalbi r.a.
18. Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawi r.a.
19. Abu Marthad al-Ghanawi r.a.
20. Al-Husain bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
21. ‘Ubaidah bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
22. Al-Tufail bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
23. Mistah bin Usasah bin ‘Ubbad bin Abdul Muttolib r.a.
24. Abu Huzaifah bin ‘Utbah bin Rabi’ah r.a.
25. Subaih (maula Abi ‘Asi bin Umaiyyah) r.a.
26. Salim (maula Abu Huzaifah) r.a.
27. Sinan bin Muhsin r.a.
28. ‘Ukasyah bin Muhsin r.a.
29. Sinan bin Abi Sinan r.a.
30. Abu Sinan bin Muhsin r.a.
31. Syuja’ bin Wahab r.a.
32. ‘Utbah bin Wahab r.a.
33. Yazid bin Ruqais r.a.
34. Muhriz bin Nadhlah r.a.
35. Rabi’ah bin Aksam r.a.
36. Thaqfu bin Amir r.a.
37. Malik bin Amir r.a.
38. Mudlij bin Amir r.a.
39. Abu Makhsyi Suwaid bin Makhsyi al-To’i r.a.
40. ‘Utbah bin Ghazwan r.a.
41. Khabbab (maula ‘Utbah bin Ghazwan) r.a.
42. Hathib bin Abi Balta’ah al-Lakhmi r.a.
43. Sa’ad al-Kalbi (maula Hathib) r.a.
44. Suwaibit bin Sa’ad bin Harmalah r.a.
45. Umair bin Abi Waqqas r.a.
46. Al-Miqdad bin ‘Amru r.a.
47. Mas’ud bin Rabi’ah r.a.
48. Zus Syimalain Amru bin Amru r.a.
49. Khabbab bin al-Arat al-Tamimi r.a.
50. Amir bin Fuhairah r.a.
51. Suhaib bin Sinan r.a.
52. Abu Salamah bin Abdul Asad r.a.
53. Syammas bin Uthman r.a.
54. Al-Arqam bin Abi al-Arqam r.a.
55. Ammar bin Yasir r.a.
56. Mu’attib bin ‘Auf al-Khuza’i r.a.
57. Zaid bin al-Khattab r.a.
58. Amru bin Suraqah r.a.
59. Abdullah bin Suraqah r.a.
60. Sa’id bin Zaid bin Amru r.a.
61. Mihja bin Akk (maula Umar bin al-Khattab) r.a.
62. Waqid bin Abdullah al-Tamimi r.a.
63. Khauli bin Abi Khauli al-Ijli r.a.
64. Malik bin Abi Khauli al-Ijli r.a.
65. Amir bin Rabi’ah r.a.
66. Amir bin al-Bukair r.a.
67. Aqil bin al-Bukair r.a.
68. Khalid bin al-Bukair r.a.
69. Iyas bin al-Bukair r.a.
70. Uthman bin Maz’un r.a.
71. Qudamah bin Maz’un r.a.
72. Abdullah bin Maz’un r.a.
73. Al-Saib bin Uthman bin Maz’un r.a.
74. Ma’mar bin al-Harith r.a.
75. Khunais bin Huzafah r.a.
76. Abu Sabrah bin Abi Ruhm r.a.
77. Abdullah bin Makhramah r.a.
78. Abdullah bin Suhail bin Amru r.a.
79. Wahab bin Sa’ad bin Abi Sarah r.a.
80. Hatib bin Amru r.a.
81. Umair bin Auf r.a.
82. Sa’ad bin Khaulah r.a.
83. Abu Ubaidah Amir al-Jarah r.a.
84. Amru bin al-Harith r.a.
85. Suhail bin Wahab bin Rabi’ah r.a.
86. Safwan bin Wahab r.a.
87. Amru bin Abi Sarah bin Rabi’ah r.a.
88. Sa’ad bin Muaz r.a.
89. Amru bin Muaz r.a.
90. Al-Harith bin Aus r.a.
91. Al-Harith bin Anas r.a.
92. Sa’ad bin Zaid bin Malik r.a.
93. Salamah bin Salamah bin Waqsyi r.a.
94. ‘Ubbad bin Waqsyi r.a.
95. Salamah bin Thabit bin Waqsyi r.a.
96. Rafi’ bin Yazid bin Kurz r.a.
97. Al-Harith bin Khazamah bin ‘Adi r.a.
98. Muhammad bin Maslamah al-Khazraj r.a.
99. Salamah bin Aslam bin Harisy r.a.
100. Abul Haitham bin al-Tayyihan r.a.
101. ‘Ubaid bin Tayyihan r.a.
102. Abdullah bin Sahl r.a.
103. Qatadah bin Nu’man bin Zaid r.a.
104. Ubaid bin Aus r.a.
105. Nasr bin al-Harith bin ‘Abd r.a.
106. Mu’attib bin ‘Ubaid r.a.
107. Abdullah bin Tariq al-Ba’lawi r.a.
108. Mas’ud bin Sa’ad r.a.
109. Abu Absi Jabr bin Amru r.a.
110. Abu Burdah Hani’ bin Niyyar al-Ba’lawi r.a.
111. Asim bin Thabit bin Abi al-Aqlah r.a.
112. Mu’attib bin Qusyair bin Mulail r.a.
113. Abu Mulail bin al-Az’ar bin Zaid r.a.
114. Umair bin Mab’ad bin al-Az’ar r.a.
115. Sahl bin Hunaif bin Wahib r.a.
116. Abu Lubabah Basyir bin Abdul Munzir r.a.
117. Mubasyir bin Abdul Munzir r.a.
118. Rifa’ah bin Abdul Munzir r.a.
119. Sa’ad bin ‘Ubaid bin al-Nu’man r.a.
120. ‘Uwaim bin Sa’dah bin ‘Aisy r.a.
121. Rafi’ bin Anjadah r.a.
122. ‘Ubaidah bin Abi ‘Ubaid r.a.
123. Tha’labah bin Hatib r.a.
124. Unais bin Qatadah bin Rabi’ah r.a.
125. Ma’ni bin Adi al-Ba’lawi r.a.
126. Thabit bin Akhram al-Ba’lawi r.a.
127. Zaid bin Aslam bin Tha’labah al-Ba’lawi r.a.
128. Rib’ie bin Rafi’ al-Ba’lawi r.a.
129. Asim bin Adi al-Ba’lawi r.a.
130. Jubr bin ‘Atik r.a.
131. Malik bin Numailah al-Muzani r.a.
132. Al-Nu’man bin ‘Asr al-Ba’lawi r.a.
133. Abdullah bin Jubair r.a.
134. Asim bin Qais bin Thabit r.a.
135. Abu Dhayyah bin Thabit bin al-Nu’man r.a.
136. Abu Hayyah bin Thabit bin al-Nu’man r.a.
137. Salim bin Amir bin Thabit r.a.
138. Al-Harith bin al-Nu’man bin Umayyah r.a.
139. Khawwat bin Jubair bin al-Nu’man r.a.
140. Al-Munzir bin Muhammad bin ‘Uqbah r.a.
141. Abu ‘Uqail bin Abdullah bin Tha’labah r.a.
142. Sa’ad bin Khaithamah r.a.
143. Munzir bin Qudamah bin Arfajah r.a.
144. Tamim (maula Sa’ad bin Khaithamah) r.a.
145. Al-Harith bin Arfajah r.a.
146. Kharijah bin Zaid bin Abi Zuhair r.a.
147. Sa’ad bin al-Rabi’ bin Amru r.a.
148. Abdullah bin Rawahah r.a.
149. Khallad bin Suwaid bin Tha’labah r.a.
150. Basyir bin Sa’ad bin Tha’labah r.a.
151. Sima’ bin Sa’ad bin Tha’labah r.a.
152. Subai bin Qais bin ‘Isyah r.a.
153. ‘Ubbad bin Qais bin ‘Isyah r.a.
154. Abdullah bin Abbas r.a.
155. Yazid bin al-Harith bin Qais r.a.
156. Khubaib bin Isaf bin ‘Atabah r.a.
157. Abdullah bin Zaid bin Tha’labah r.a.
158. Huraith bin Zaid bin Tha’labah r.a.
159. Sufyan bin Bisyr bin Amru r.a.
160. Tamim bin Ya’ar bin Qais r.a.
161. Abdullah bin Umair r.a.
162. Zaid bin al-Marini bin Qais r.a.
163. Abdullah bin ‘Urfutah r.a.
164. Abdullah bin Rabi’ bin Qais r.a.
165. Abdullah bin Abdullah bin Ubai r.a.
166. Aus bin Khauli bin Abdullah r.a.
167. Zaid bin Wadi’ah bin Amru r.a.
168. ‘Uqbah bin Wahab bin Kaladah r.a.
169. Rifa’ah bin Amru bin Amru bin Zaid r.a.
170. Amir bin Salamah r.a.
171. Abu Khamishah Ma’bad bin Ubbad r.a.
172. Amir bin al-Bukair r.a.
173. Naufal bin Abdullah bin Nadhlah r.a.
174. ‘Utban bin Malik bin Amru bin al-Ajlan r.a.
175. ‘Ubadah bin al-Somit r.a.
176. Aus bin al-Somit r.a.
177. Al-Nu’man bin Malik bin Tha’labah r.a.
178. Thabit bin Huzal bin Amru bin Qarbus r.a.
179. Malik bin Dukhsyum bin Mirdhakhah r.a.
180. Al-Rabi’ bin Iyas bin Amru bin Ghanam r.a.
181. Waraqah bin Iyas bin Ghanam r.a.
182. Amru bin Iyas r.a.
183. Al-Mujazzar bin Ziyad bin Amru r.a.
184. ‘Ubadah bin al-Khasykhasy r.a.
185. Nahhab bin Tha’labah bin Khazamah r.a.
186. Abdullah bin Tha’labah bin Khazamah r.a.
187. Utbah bin Rabi’ah bin Khalid r.a.
188. Abu Dujanah Sima’ bin Kharasyah r.a.
189. Al-Munzir bin Amru bin Khunais r.a.
190. Abu Usaid bin Malik bin Rabi’ah r.a.
191. Malik bin Mas’ud bin al-Badan r.a.
192. Abu Rabbihi bin Haqqi bin Aus r.a.
193. Ka’ab bin Humar al-Juhani r.a.
194. Dhamrah bin Amru r.a.
195. Ziyad bin Amru r.a.
196. Basbas bin Amru r.a.
197. Abdullah bin Amir al-Ba’lawi r.a.
198. Khirasy bin al-Shimmah bin Amru r.a.
199. Al-Hubab bin al-Munzir bin al-Jamuh r.a.
200. Umair bin al-Humam bin al-Jamuh r.a.
201. Tamim (maula Khirasy bin al-Shimmah) r.a.
202. Abdullah bin Amru bin Haram r.a.
203. Muaz bin Amru bin al-Jamuh r.a.
204. Mu’awwiz bin Amru bin al-Jamuh r.a.
205. Khallad bin Amru bin al-Jamuh r.a.
206. ‘Uqbah bin Amir bin Nabi bin Zaid r.a.
207. Hubaib bin Aswad r.a.
208. Thabit bin al-Jiz’i r.a.
209. Umair bin al-Harith bin Labdah r.a.
210. Basyir bin al-Barra’ bin Ma’mur r.a.
211. Al-Tufail bin al-Nu’man bin Khansa’ r.a.
212. Sinan bin Saifi bin Sakhr bin Khansa’ r.a.
213. Abdullah bin al-Jaddi bin Qais r.a.
214. Atabah bin Abdullah bin Sakhr r.a.
215. Jabbar bin Umaiyah bin Sakhr r.a.
216. Kharijah bin Humayyir al-Asyja’i r.a.
217. Abdullah bin Humayyir al-Asyja’i r.a.
218. Yazid bin al-Munzir bin Sahr r.a.
219. Ma’qil bin al-Munzir bin Sahr r.a.
220. Abdullah bin al-Nu’man bin Baldumah r.a.
221. Al-Dhahlak bin Harithah bin Zaid r.a.
222. Sawad bin Razni bin Zaid r.a.
223. Ma’bad bin Qais bin Sakhr bin Haram r.a.
224. Abdullah bin Qais bin Sakhr bin Haram r.a.
225. Abdullah bin Abdi Manaf r.a.
226. Jabir bin Abdullah bin Riab r.a.
227. Khulaidah bin Qais bin al-Nu’man r.a.
228. An-Nu’man bin Yasar r.a.
229. Abu al-Munzir Yazid bin Amir r.a.
230. Qutbah bin Amir bin Hadidah r.a.
231. Sulaim bin Amru bin Hadidah r.a.
232. Antarah (maula Qutbah bin Amir) r.a.
233. Abbas bin Amir bin Adi r.a.
234. Abul Yasar Ka’ab bin Amru bin Abbad r.a.
235. Sahl bin Qais bin Abi Ka’ab bin al-Qais r.a.
236. Amru bin Talqi bin Zaid bin Umaiyah r.a.
237. Muaz bin Jabal bin Amru bin Aus r.a.
238. Qais bin Mihshan bin Khalid r.a.
239. Abu Khalid al-Harith bin Qais bin Khalid r.a.
240. Jubair bin Iyas bin Khalid r.a.
241. Abu Ubadah Sa’ad bin Uthman r.a.
242. ‘Uqbah bin Uthman bin Khaladah r.a.
243. Ubadah bin Qais bin Amir bin Khalid r.a.
244. As’ad bin Yazid bin al-Fakih r.a.
245. Al-Fakih bin Bisyr r.a.
246. Zakwan bin Abdu Qais bin Khaladah r.a.
247. Muaz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah r.a.
248. Aiz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah r.a.
249. Mas’ud bin Qais bin Khaladah r.a.
250. Rifa’ah bin Rafi’ bin al-Ajalan r.a.
251. Khallad bin Rafi’ bin al-Ajalan r.a.
252. Ubaid bin Yazid bin Amir bin al-Ajalan r.a.
253. Ziyad bin Lubaid bin Tha’labah r.a.
254. Khalid bin Qais bin al-Ajalan r.a.
255. Rujailah bin Tha’labah bin Khalid r.a.
256. Atiyyah bin Nuwairah bin Amir r.a.
257. Khalifah bin Adi bin Amru r.a.
258. Rafi’ bin al-Mu’alla bin Luzan r.a.
259. Abu Ayyub bin Khalid al-Ansari r.a.
260. Thabit bin Khalid bin al-Nu’man r.a.
261. ‘Umarah bin Hazmi bin Zaid r.a.
262. Suraqah bin Ka’ab bin Abdul Uzza r.a.
263. Suhail bin Rafi’ bin Abi Amru r.a.
264. Adi bin Abi al-Zaghba’ al-Juhani r.a.
265. Mas’ud bin Aus bin Zaid r.a.
266. Abu Khuzaimah bin Aus bin Zaid r.a.
267. Rafi’ bin al-Harith bin Sawad bin Zaid r.a.
268. Auf bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
269. Mu’awwaz bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
270. Muaz bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
271. An-Nu’man bin Amru bin Rifa’ah r.a.
272. Abdullah bin Qais bin Khalid r.a.
273. Wadi’ah bin Amru al-Juhani r.a.
274. Ishmah al-Asyja’i r.a.
275. Thabit bin Amru bin Zaid bin Adi r.a.
276. Sahl bin ‘Atik bin al-Nu’man r.a.
277. Tha’labah bin Amru bin Mihshan r.a.
278. Al-Harith bin al-Shimmah bin Amru r.a.
279. Ubai bin Ka’ab bin Qais r.a.
280. Anas bin Muaz bin Anas bin Qais r.a.
281. Aus bin Thabit bin al-Munzir bin Haram r.a.
282. Abu Syeikh bin Ubai bin Thabit r.a.
283. Abu Tolhah bin Zaid bin Sahl r.a.
284. Abu Syeikh Ubai bin Thabit r.a.
285. Harithah bin Suraqah bin al-Harith r.a.
286. Amru bin Tha’labah bin Wahb bin Adi r.a.
287. Salit bin Qais bin Amru bin ‘Atik r.a.
288. Abu Salit bin Usairah bin Amru r.a.
289. Thabit bin Khansa’ bin Amru bin Malik r.a.
290. Amir bin Umaiyyah bin Zaid r.a.
291. Muhriz bin Amir bin Malik r.a.
292. Sawad bin Ghaziyyah r.a.
293. Abu Zaid Qais bin Sakan r.a.
294. Abul A’war bin al-Harith bin Zalim r.a.
295. Sulaim bin Milhan r.a.
296. Haram bin Milhan r.a.
297. Qais bin Abi Sha’sha’ah r.a.
298. Abdullah bin Ka’ab bin Amru r.a.
299. ‘Ishmah al-Asadi r.a.
300. Abu Daud Umair bin Amir bin Malik r.a.
301. Suraqah bin Amru bin ‘Atiyyah r.a.
302. Qais bin Mukhallad bin Tha’labah r.a.
303. Al-Nu’man bin Abdi Amru bin Mas’ud r.a.
304. Al-Dhahhak bin Abdi Amru r.a.
305. Sulaim bin al-Harith bin Tha’labah r.a.
306. Jabir bin Khalid bin Mas’ud r.a.
307. Sa’ad bin Suhail bin Abdul Asyhal r.a.
308. Ka’ab bin Zaid bin Qais r.a.
309. Bujir bin Abi Bujir al-Abbasi r.a.
310. ‘Itban bin Malik bin Amru al-Ajalan r.a.
311. ‘Ismah bin al-Hushain bin Wabarah r.a.
312. Hilal bin al-Mu’alla al-Khazraj r.a.
313. Oleh bin Syuqrat r.a. (khadam Nabi s.a.w.)


Sila tekan pada tulisan biru tajuk kisah penuh peperangan  antara intipati kisah...
PARA MALAIKAT TURUN KE BUMI
Rasulullah terlelap dan terlena sejenak, kemudian Rasulullah mengangkat kepalanya lantas bersabda:
“Terimalah berita mengembirakan ini wahai Abu Bakar, itu dia Jibrail yang berada di antara debu berterbangan”.
Di dalam riwayat Ibn Ishak menyebut: Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Terimalah berita yang mengembira wahai Abu Bakr. Pertolongan Allah telah melewati engkau itu dia Jibrail memegang kekang kudanya, memecutnya ke hadapan merentas debu-debu yang berterbangan itu “.
Kemudian Rasulullah keluar ke hadapan perteduhan dengan mengenakan baju besi dan menyebut ayat yang bermaksud:
“Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari”.
(al-Qamar: 45)
Seterusnya Baginda mengambil segenggam pasir dan menoleh ke arah kaum Quraisy sambil bersabda: “Musnah kalian semua” sambil melontar pasir itu ke arah Quraisy, menyebabkan tak seorang pun yang tidak terkena dengan pasir tadi, malah dengan izin Allah pasir itu terlontar ke telinga, mata, hidung dan mulut mereka semua. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan bukanlah engkau yang melempar ketika engkau melempar. Akan tetapi, Allah jualah yang melempar” 

PERANG BADAR ALKUBRA KISAH PENUH
~wallahu'alam
~jaksa kotaraja

Isnin, 27 Oktober 2014

MUHARAM ADALAH HADIAH UNTUK UMAT MUHAMMAD SEJAGAT


Sebuah hadiah dari Ilahi kepada junjungan besar nabi kita Muhammad SAW. dalam usianya 53 tahun. ketahuilah bahawa kini Sunnah Rasulullah yang ditinggalkan semakin hari SEMAKIN JAUH dari kehidupan kita.tiada bunyian mercun tiada bunyian muzik,malah TIADA BUNYIAN KALAMULLAH dari pemimpin-pemimpin kecil dan besar.

Dalam era ini kita lihat bagaimana bicara islam dimedia maya, ada individu menghina islam menghina Rasulullah.Adalah lebih menyedihkan apabila ada pula individu islam kononnya menyokong dan mempertikaikan undang-undang islam, pertikai rukun islam,pertikai hukum hakam dalam islam mengikut hati lara mereka.
Mereka didorong oleh hasutan nafsu untuk kepntingan sendiri dan keuntungan sendiri,dan jika dilihat mereka ini seakan tidak pernah mendalami ilmu islam secara berjemaah/berguru. Mereka mengatakan islam itu mudah serta sama dengan agama lain.Hanya mereka perlu ingat bahawa ALLAH SWT adalah perancang terbaik dari apa yang kamu fikir dan lakukan.

Seiring kedatangan bulan Muharam atau tahun permulaan tahun hijrah banyak perkara yang baik telah dianjurkan oleh junjungan besar nabi kita Muhammad SAW. Masih belum kita terlambat untuk kita kembali mengamal apa termaktub di sunnah, hadis serta al~Quran.Sesunguhnya Allah SWT itu maha penyayang... ibarat kasih kita pada anak kecil/bayi,sayang lagi Allah SWT pada manusia,hanya manusia itu sering egois.
Dalan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Berpuasa sunat pada 10 Muharam akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya.(Riwayat Muslim)
Bagi membezakan amalan puasa sunat pada hari tersebut dengan puasa orangYahudi, maka disunatkan umat Islam berpuasa pada hari 9 dan 10 Muharam, kerana orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram sahaja.) 
Membanyakkan amal kebajikan seperti sedekah, membaca al-Quran,melapangkan masa untuk keluarga, memuliakan fakir miskin, menahan marah,menunjukan jalan bagi orang sesat, memelihara kehormatan diri,, mandi sunat, sembahyang sunat empat rakaat, menjamu orang berbuka puasa dan lain-lain.
~Wallahu'alam
~jaksa kotaraja

Jumaat, 24 Oktober 2014

MUHARAM sumber ilhamku dariMU





''sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram.. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharam''. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya...
MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91)... Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi) ... Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk – makhlukNya...


Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah ''sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram.. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram''. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya...



AMALAN SUNAT PADA BULAN MUHARAM
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Digalakkan kita agar sentiasa bertaubat setiap hari agar dosa kita dihapuskan dan memelihara kita dari perbuat dosa maksiat serta perbuatan lara.Sabda Nabi saw :
Sesungguhnya Allah SWT sangat gembira dengan taubat hambaNya melebihi kegembiraan salah seorang di antara kamu yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian menemukannya kembali. ( Imam Muslim) 

PERKARA-PERKARA SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA (10 MUHARAM).

Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah swt”.
Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
Membaca Surah Al~Ikhlas hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat
Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Al~Ikhlas 11 kali.
Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 

Puasa. “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
~wallahu'alam
~jaksa kotaraja.

Isnin, 28 Julai 2014

PERUTUSAN AIDILFITRI 2014 .


BISMILLAHIRROHMANNIRROHIM,,
ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR...
ALLAHHUAKBARKABIRRO,WALHAMDULLILLAHIHIKASIRO,WASUBSUHANALLAHIBUKKROTANWAASILA..,LAILLAHAILLAHIWALLANAKBUDUILLAHUMUKHLISI,NALAHUDDIN.....WALAUKARIHALMUNAFIKUUUUUNN............WAALUKARIHALMUSHRIKUUUUUUNN.............WALAU KARIHAL KAFIRUUUUUUNN......
LAILLAHAILLALLAHUWAHDAH,SODAKOWAK'DAH,WANASAROLABDAH,WAWAAZ'ZAJUNDUWAHAZAMMALAHZAB BAWAHDAH
LAILLAHAILLAHUWALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR WALILLAH ILHAMD...
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT,dengan limpah kurniaNya kita telah pun menjejaki Bulan Syawal dan meninggalkan Ramadhan.....Banyak peristiwa pahit manis serta suka dan duka kisah ramadhan yang dapat kita jadikan renungan dan iktibar bersama. Bagi mereka ada yang menangis pabila ramadhan meninggalkan mereka kerana ''masihkah ada ramadhan buat mereka pada masa nanti''......para golongan ahli ibadah pastinya berlinang airmata, kerana ''Ramadhan terpaksa meninggalkan mereka''.Disaat ini juga ada yang gembira seolah-olah telah terlepas dari belenggu Ramadhan dan menganggapkan puasa amat menyusahkan hidup dan aktiviti seharian mereka.
ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR...WALILLAH ILHAMD....
Dihari ini saya menyeru kita sebagai umat Muhammad hendaklah bersatu dibawah panji kalimah syahadah. Buangkanlah,elakkanlah segala persengketaan,perbalahan,permusuhan sesama agama dan bangsa.Jadikanlah islam adalah contoh yang baik dimata masyarakat. Aidilfitri kali ini jadikanlah hari yang terbaik untuk kita menjalin hubungan baik antara agama , bangsa serta kaum. Penuhilah waktu yang terluang untuk ziarah menziarahi serta merapatkan hubungan serta bermaaf-maafan diantara kita sebagai manusia. Kini banyak gadjet/komputer berada ditangan,janganlah leka bermain gadjet hingga lupa melayan para saudara serta tetamu dan sanak saudara. Janganlah dijadikan masa ini untuk berhibur tanpa batasan, siaran Tv dijadikan santapan keluarga dan para tetamu sekalian.Ingatlah sebulan telah kita beramal dan hancurnya amalan itu disatu Syawal.....adakah itu yang kita semua inginkan??
ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR...WALILLAH ILHAMD....
Dikesempatan ini saya juga ingin mengingatkan dan meyatakan bahawa bukan pemimpin sahaja yang boleh buat perutusan... kita sebagai khalifah dan manusia dimuka bumi adalah dipertanggungjawabkan akan apa yang kita buat. Nasihat saya ....Perlu dingatkan juga kita hendaklah berjimat cermat dalam perbelanjaan kita di musim perayaan (nak eksen pada orang konon). Kepada pemandu sila berhati-hati sewaktu dalam perjalanan anda, semoga anda selamat menuju destinasi. Yang tidak pulang atau bertugas, perhatikan keselamatan rumah jiran tetangga (jadilah jaga sekejap) Sesuatu yang nak diingatkan,kanak-kanak jangan bermain mercun, kadang-kadang mak/bapak yang lebih pulak.
Dengan kalimah Allah kami dari ADMIN-ADMIN YADIM MENCARI HIDAYAH , ADMIN-ADMIN ISLAM WAY OF LIFE , ADMIN-ADMIN MASIH ADA RAHMAT BUAT ANAK-ANAK ADAM DAN ADMIN-ADMIN KUMPULAN YANG TIDAK DINYATAKAN memohon ampun serta kemaafan atas segala ketelanjuran dalam pertuturan...perdebatan...perhujahan..perbincangan dan apa juga yang telah menguris serta menyakiti perasaan anda tanpa mengira pangkat,agama,bangsa dan kaum.
Jaksa kotaraja@Hanafiah dan seisi famili sekali mengambil kesempatan bagi memohon maaf dan ampun buat diri ini bagi mewakili pihak kami sekeluarga, minta dihalalkan makan dan minum serta maaf atas segalanya ... kullu amin wa antum bilkhoir...

Ahad, 29 Jun 2014

MAAFKAN AKU... SALAM RAMADHAN


Dengan rendah serta hina diri, Ku pohon kemaafan serta keampunan kepada para suadara-saudari, sahabat dan semua temanku atas ketelanjuran dalamku berbicara,berseloka dan berhujah disepanjang musim hidup kita.Semoga kemaafan serta keampunan dapat melancarkan urusanku dengan PENCIPTAKU YA RABBUL JALIL..

Telah datang saatmu untuku leburkan segala noda serta dosa yang tercatat ‘’dikiriku’’…
Seandainya rimbunan pohonan daun-daun senandainya itulah bilangan dosaku.. Ya Allah ampunilah… hambamu bertaubat..!!
Berilah Hidayahmu pada hati yang tertutup..
Harapanku dari Rahmatmu jua akanku jernihkan kitabku dengan amal Dan ibadah serta air mata penyesalan perlakuanku terdahulu..

Amin.. Ya Allah ..
~Jaksa Kotaraja

Selasa, 13 Mei 2014

ASAL KEJADI MANUSIA DARI BAKA ADAM&HAWA


Kejadian, BANI ADAM.
Al-Quran dan hadith banyak menerangkan mengenai penciptaan bani adam penciptaan bani adam melalui beberapa peringkat.firman Allah swt :
“dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu saripati tanah.kemudian Kami jadikan saripati itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh (rahim) .kemudian air mani itu Kami jadikan ‘alaqah, dan kemudian Kami jadikan ia segumpal daging dan dari segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, dari tulang belulang itu kami jadikan ia dibungkus oleh daging.kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain.Maka Maha Suci Allah Pencipta Yang Paling Baik.

Maksud firman Allah dalam surah al-Insan;2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "


“manusia kamu telah keraguan tentang kebangkitan dari kubur maka ketahuilah sesunguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada tanah.kemudian daripada setitis air mani, kemudian daripada alaqah, kemudian daripada segumpal daging yang sempurna kejadianya dan yang tidak sempurna.agar kami jelaskan kepada kamu dan kami tetapkan didalam rahim apa yang kami kehendaki sehingga sampai waktu yang ditentukan, Kami keluarkan kamu sebagai bayi, sampailah kamu dewasa, ada diantara kamu diwafatkan dan ada yang dipanjangkan umurnya sampai nyayuk, supaya tidak mengetahui apa yang dilakukan dahulu.”

Kejadian melalui beberapa peringkat, Nutfah, Alaqah, Mudhghah, Izam dan Lahm, Nasy’ah Khalqan akhar, Nafkur–ruh.

1)  Nutfah.
Peringkat pertama ialah nutfah iaitu minggu pertama atau selepas persenyawaan.ia berlaku setelah setelah air mani bercampuran.seperti firman Allah swt :
“sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur dengan (nutfah amsyaj) yang Kami hendak mengujinya, kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat “

manakala sabda Rasullulah saw :
“bukan daripada keseluruhan air mani akan terciptanya anak dan apabila Allah swt hendak menjadikan sesuatu tidak ada satu pun yang dapat menghalangNya.
Nutfah bererti  air yang yang terdapat dalam sesuatu bekas, tabung atau telaga yang berlaku percampuran 2 air . Allah swt menciptakan manusia melalui pencampuran air mani lelaki dengan air mani perempuan daripada nutfah ini. Allah swt menciptakan anggota yang berlainan, seperti tingkah laku yang berbeza dan menjadikan lelaki atau perempuan. Nutfah lelaki akan membentuk saraf, tulang dan kulit. manakala Nutfah perempuan pula membentuk darah dan daging.

 2) Alaqah
Hujung minggu pertama pembetukan dikenali sebagai Alaqah.pada minggu ini telur telah disenyawakan dan ia tertanam pada dinding rahim.
Firman Allah swt :
“kemudian Kami megubah nutfah kepada alaqah “

“Allah menciptakan manusia daripada alaqah”
Alaqah dtafsirkan sebagai segumpal darah.

3) Mudhghah
Pada minggu keempat pembentukan pula dikenali sebagai mudhghah.perkataan ini disebut didalam surah al-hajj dan al-mukminun. 

Firman Allah swt bermaksud :
“Lalu Kami ciptakan darah yang beku untuk menjadi seketul daging.”

“Kemudian dari seketul daging yang di sempurnakan kejadiannya dan yang tidak di sempurnakan kejadiannya.”

Mudhghah
terdapat dua bentuk iaitu mudhghah mukhallaqah atau yang sempurna dan satu lagi ialah Mudhghah ghair mukhallaqah atau yang tidak sempurna. Ciptaan yang sempurna ialah ciptaan yang sempurna sifatnya, pancainderanya serta rupa parasnya dan ditetapkan di dalam rahim sehingga waktu kelahirannya, manakala ciptaan yang tidak sempurna ialah ciptaan yang tidak bersifat atau di gugurkan. Mudghah yang tidak sempurna adalah dalam bentuk daging. Seperti yang di riwayatkan oleh ibnu Mas’ud.
“Apabila air mani telah bertempat di dalam rahim, maka Allah swt mengutuskan seorang malaikat, maka dia akan berkata, wahai tuhan adakah hendak dijadikan kejadiaan ini atau tidak ?.setelah itu tuhan menjawab pergilah kepada um al kitab semuanya ada disana. Kemudian malaikat pun kesana untuk menyalin apa yang ada di situ.
Pada peringkat ini banyak perubahan telah berlaku ianya termasuklah berlakunya pembentukkan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota lain. Begitu juga sistem pernafasan bayi yang mula terbentuk.vilus yang tertanam di dalam otot ibu sudah menpunyai saluran darahnya. Jantung bayi juga mula berdegup. Darah pula mula mengalir dengan lebih banyak untuk perkembangan seterusnya.
Mudghah juga boleh ditafsirkan sebagai lembaga@jasad manusia


4) Izam dan Lahm
Pada peringkatini pembentukan tulang mendahului pembentukan otot –otot.
Apabila tulang belulang terbentuk otot-otot akan membungkus rangka tersebut, ianya berlaku dalam minggu kelma, keenam dan ketujuh.firman Allah swt :
“lalu Kami (Allah) mengubahkan pula mudghah itu menjadi Izam dan kemudian Kami membalutkan Izam itu menjadi Izam itu dengan daging.” Al-Mukminun (23)
Sabda Rasullulah saw :''apabila kandungan itu berlalu empat puluh dua malam, Allah mengutus kan untuk membentuk rupa parasnya sambil menyempurnakan kejadian telinga, mata, kulit, daging dan tulang-tulang.''
Riwayat Bukhari dan Muslim, juga Anas bin malik.
Setelah itu, berlaku pembentukan satu sistem yang komplek.pada peringkat ini perut dan usus, seluruh sistem saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk.serentak itu juga sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga keparu –paru mula kelihatan. Begitu juga organ pembiakan, kelenjar, hati, buah pinggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna. Kaki dan tangan mula tumbuh. Begitu juga mata telinga dan mulut menjadi semakin sempurna dan segalanya akan sempurna dan lengkap pada minggu kelapan.

 Izam dan Lahm ditafsirkan sebagai rupa jasad manusia

5) Nasy`ah khalqan akhar
Pada peringkat ini iaitu menjelang akhir minggu kelapan, terdapat beberapa perubahan yang akan berlaku. Perubahan pada tahap ini berlaku pada janin pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurna. Kukunya mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranental bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja. Firman Allah S.W.T.
“maha suci Allah, tuhan yang mampu menciptakan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna” Al-Mukminun (23)
Nasy`ah khalqan akhar ditafsirkan sebagai rupa bentuk lengkap manusia

6)Nafkhur –ruh

Para ulama menyatakan bahawa peniupan roh berlaku setelah empat puluh selepas pembentukan organ-organ tubuh termasuklah organ seks.berhubung dalam hal pengguran pula para ulama membenarkan pengguguran selagi ianya dilakukan sebab perubatan dan sebelum roh dimasukkan ke dalam jasad.bagaimanapun para ulama tidak membenarkan pengguguran setelah roh dimasukkan, kecuali jika ianya menyebabkan ibu yang mengadung dalam keadaan bahaya.menurut Imam al Ghazali, jasad bergantung kepada roh untuk mewujudkan hakikat manusia..dan roh juga unsur kemalaikatan.ianya asal suci dan bersih.
Imam al-ghazali telah membahagi pengertian roh kepada dua :
• Roh dilihat dari segi jasmani.ia merupakan sesuatu yang halus memancarkan cahaya hidup yang sempurna.roh diumpamakan sebagai satu cahaya yang menerangi sebuah rumah tetapi cahaya itu tidak dapat ditafsirkan.
• Roh dilihat sebagai urusan Allah semata-mata yang tidak dapat ditanggung akal manusia yang terbatas.roh yang mewarisi sifat –sifat suci Allah dan sifat initelah diwarisi sebahagiannyakepada manusia.
Kehidupan seseorang manusia bermula sejak didalam rahim, didlam rahim bukanlah proses perkembangan fizikal semata –mata tetapi ia mempunyai hubungan dengan Allah swt.

Maka lengkaplah kejadian manusia dialam Rahim Ibu yang menunggu untuk keluar ke ALAM INSAN @ ALAM DUNIA yang dizahirkan kedunia dalam keadaan yang bersih.Apakah kepulangan kita ke alam seterusnya iaitu ALAM BARZAH @ ALAM KUBUR tempat persinggahan untuk ''berehat aman atau siksanya seketika'' sebelum menuju ke alam akhirat.
~Wallah'alam
~Jaksa kotaraja

Jumaat, 2 Mei 2014

‎MUFLIS DI AKHIRAT~

                           
                         

Budaya suka meminjam juga boleh menyebabkan seseorang individu menjadi muflis diakhirat nanti. Sekiranya mereka tidak dapat melunaskan hutang mereka didunia, mereka akan dituntut membayarnya di akhirat.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ فَقَالَ إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ.


Maksudnya: Dari Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW, bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia orang Muflis? "Sahabat-sahabat Baginda menjawab: "Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda;"

Nabi SAW., bersabda: "Sebenarnya orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari qiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat, sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu memakan harta orang ini, menumpah darah orang itu, dan juga memukul orang; maka akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu; kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang dianiayakan serta ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam Neraka.
AllahuAkbar...!
Nauzubillahmin zalik
Allah berfirman yang bermaksud: "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan beramai-ramai, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat." (An-Nasr: 1-3).

Selasa, 25 Mac 2014

FARDU KIFAYAH SERING DIPERMAINKAN DAN DIPERSENDAKAN OLEH MASYARAKAT MELAYU..??

..fardu kifayah di perlekehkan atau dihinakan.Bila@jika ada perkara berlaku seperti kematian mulalah mereka untuk mengelak dengan berkata ''ala fardu kifayah,yang lain buat,aku tak payah,,'' atau '' aahh orang lain lah yang buat..kita tak payah !! '' jika kita lihat ianya satu penghinaan terhadap rukun islam. Fardu kifayah terbina didalam rukun islam..
Sebelum ini banyak perkara ''sunat'' yang masyarakat lalai atau leka dan tidak tahu akan hukum sunat muakkad, sunat hai'ah ,  sunat ab'ad , sunat rawatib.penjelasan tentangnya secara ringkas adalah

Sunat Muakkad
adalah sesuatu perkara sunat yang dituntut yang seakan wajib atau yang menghampiri wajib seperti solat aidilfitri,solat aidiladha,solat rawatib , solat witir, solat tahjud dan banyak solat yang lain.

Sunat Ab'ad
sesuatu perkara dalam solat fardu yang kita ''tertinggalkan'' secara tidak sengaja dan perlu digantikan dengan ''sujud sahwi'' jika kita sedar.bagi yang sengaja meninggalkanya adalah terbatal solatnya. contohnya seperti tasyahud awal @ tahyat awal jika tertinggal

Sunat Hai'ah
sesuatu perkara dalam solat fardu yang kita ''tertinggalkan''@tinggalkan secara sengaja a  ianya tidak perlu pula digantikan sengan sujud sahwi.  ini bermaknakita tidak boleh sewenangnya tinggalkannya walaupun solat itu sah,cuma mungkin mengurangi pahala solat dan seakan tercacat sedikit solatnya. contohnya ialah apabila tidak membaca doa iftitiah, tidak membaca tasbih dalam rukun sujud atau ruku' , meng'aminkan alfatihah dan banyak perkara lagi.

Fardu Kifayah
''Kifayah'' dari segi bahasa bermaksud 'mencukupi' dan 'memadai'Amat malang sekali sering perkataan fardu kifayah di perlekehkan atau dihinakan.Bila@jika ada perkara berlaku seperti kematian mulalah mereka untuk mengelak dengan berkata ''ala fardu kifayah,yang lain buat,aku tak payah,,'' atau '' aahh orang lain lah yang buat..kita tak payah !! '' jika kita lihat ianya satu penghinaan terhadap rukun islam. Fardu kifayah terbina didalam rukun islam.
firman Allah dalam surah AL ~Imran 112 yang bemaksud “Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana sahaja mereka berada kecuali mereka yang berhubungan dengan tali Allah dan tali daripada manusia” , di mana tali Allah adalah hubungan peribadi yang bersifat fardu ain dengannya, sementara tali dari manusia adalah kerja-kerja yang bersifat fardu kifayah.

Fardu Kifayah merupakan perintah Allah yang wajib dilakukan oleh sebahagian lelaki Islam.Fardhu Kifayah  ialah perkara yang wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam. Contohnya menguasai ilmu atau kepakaran dalam sesuatu bidang seperti pendidikan, teknologi, perubatan, kejuruteraan dan perkara lain yang boleh mendatangkan kepentingan kepada Ummah. Fardu Kifayah juga ditafsirkan sebagai “perbuatan yang wajib dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan anggota masyarakat Islam, tanpa melihat siapa yang mengerjakannya. Apabila telah dilakukan maka hilanglah tuntutan kewajiban itu terhadap orang lain. Tetapi apabila tidak ada seseorang pun yang melakukannya, maka semuanya berdosa, seperti solat berjemaah , mendirikan tempat beribadat, rumah sakit, menyembahyangkan mayat dan sebagainya
Beza fardu A'in dan Kifayah adalah antara dua kewajiban ini ialah fardu ain wajib dilakukan oleh setiap individu Muslim yang mukallaf, manakala fardu kifayah hanyalah wajib dikerjakan oleh seseorang atau sekumpulan orang sahaja.

Wallahu'alam
Jaksa kotaraja

 @ Digalakkan rujuk pada Ulul Amri

Jumaat, 21 Mac 2014

QADA' DAN QADAR' menyesatkan jika tanpa berguru.. bersaksikanlah rujuk pada yang mursyid


ERTI  QADA' DAN QADAR


Qada:
perlaksanaan atau ketentuan segala apa yang telah ditentukan oleh  Allah Swt sejak azali. 

Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar bermaksud sukatan.Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: 

Qada Mubram dan Qada Muallaq.

Qada Mubram: Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku).Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).

Qada Muallaq: Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara.(ditangguh@ditunda) (Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).


Qadar:penentuan Allah Swt diatas segala-galanya sejak azali lagi.
Adalah sesuatu keputusan dan takdirnya berlaku segala sesuatu.

Sebagai manusia,kita amat berkehendakkan sesuatu dan mempunyai keinginan keatas sesuatu serta ada perasaan memiliki sesuatu , sedangkan ALLAH SWT tidak memerlukan dan tidak berkehendakkan sesuatu, bahkan kitalah sering menginginkan sesuatu dengan pelbagai cara untuk memiliki serta mendapatkannya. Kepada Dia jualah kita bermohon untuk sesuatu yang kita hajati supaya dalam keadaan ''berkat@barokah''.
Sifat Qiyamuhu bin Nafsi (Maha Berdiri Sendiri) berlandaskan firmanNya dalam surah Al~Faathir,15;
“Hai manusia, kamulah yang berhajat@berkehendak kepada Allah; dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.”  

Firman Allah Swt dalam surah baqarah,186
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Firman Allah Swt dalam surah Al~an'am,149 
Katakan!' Allah mempunyai hujah yang jelas lagi kuat, maka jika Dia menghendaki, pasti Dia memberi petunjuk kepada kamu semuanya.
Disebabkan manusia tidak mengetahui qada dan qadarnyalah maka manusia perlu kepada usaha dan doa.Mengapa pula kita harus membiarkan diri kita jika ianya dalam keadaan keruntuhan nilai hidup..?? Apakah harus kita redha tanpa berusaha serta bertawakal setelah ''tanpa usaha'' kita lakukan untuk memiliki sesuatu ?? 
Firman Allah Taala dalam surah Ar~Ra'd,11.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.

Ingatlah Allah Swt telahpun memberi kita ''akal'' untuk berfikir dan membuat ''pilihan'' Sesungguhnya kitalah sering memilih jalan itu dan Allah Swt mengetahui dengan sifat ILMUNYA. Amat jarang sekali kita dapati kita sendiri memikir@berfikir sesuatu dengan mengunakan iman bukannya mengunakan akal nafsu kerana akal itu terbatas manakala iman itu menyeluruh.Kerana nafsu serakahlah kita berada dibumi. Betapa banyakkah telah pun kita membuat kebinasan atau kerosakan dibumi  dan diri kita sendiri serta orang lain.  Maka itu doa manusia pertama Nabi Adam AS berkali kali merayu dan memohon pada Allah Swt
"Robbana zolamna anfusana, wa inlam taghfirlana wa tarhamna, lanaku nanna minal khosirin"
"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi"
Dan  Doa Muhammad Rasulullah SAW
“ Robbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhiroti hassanah wa qina aza bannar..
Robbana latuzig qullubana, ba’daidz haddaitana, wahabblana miladunka, warohmatan innaka antal wahab” 
Ertinya :
Ya Tuhanku berikanlah aku kebaikan di dunia dan akhirat, dan jauhkanlah aku dari api neraka..Ya Tuhanku janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk, dan berilah kami rahmat, sesungguhnya Engkau adalah dzat yang banyak pemberiannya.
Firman Allah Swt dalam surah Al ~ambia',87;"Tidak ada Tuhan Selain Engkau. Maha suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
Firman Allah Swt dalam surah Ar~Rom,41
“Telah berleluasa kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh apa yang telah dilakukkan oleh tangan-tangan manusia,untuk Allah mengkehendaki agar mereka merasai sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka,mudah-mudahan mereka akan kembali (ke jalan yang benar)”

Sabda Rasulullah Saw;
“Maka sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdebat padanya(ayat mutasyabihat @ ayat samar), mereka lah yang Allah maksudkan, maka jauhilah mereka.”

Imam Ahmad dari Aisyah R.a.
@tujuan penulis untuk menerangkan betapa banyaknya fahaman songsang serta sesat dan amat menyesatkan orangramai.Meraka mengambil jalan mudah untuk tidak berikhtiar, tidak berusaha dalam bertakwa@menigkatkan ketakwaan,malah mengambil ringan tentang rukun islam serta meninggalkan rukunnya semata-mata ''telah ditentukan'' dan yang menyedihkan lagi apabila seakan halal berbuat maksiat serta perbuatan lara@sia-sia dengan atas alasan ''semuanya dah ditentukan'' dan mengharapkan rahmat.
Peringatan kepada kita tentang bahayanya mempersoalkan dan memanjang-manjangkan perbincangan mengenai qada dan qadar, maka jalan yang terbaik untuk mengetahuinya tanya kepada guru yang ''mursyid''. Maka itu ada juga yang ambil pendirian untuk berdiam jika terdapat bicara yang panang lebar atau lara.Cukuplah sekadar untuk kita ketahui tugas ''insan'' bukan sibuk mengetahui urusan ALLAH . Qada; dan Qadar adalah urusanNYA.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila disebut tentang qadar maka diamlah…
(Riwayat Tabrani dan Abu Nuaim).

penulis merakamkan@ memohon kemaafan jika terdapat kekurangan dalam perihal ini kerana ada bab yang perlu di perbahaskan serta diterangkan secara ilmiah dengan berguru dan tidak ditulis disini.
~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja

Selasa, 18 Mac 2014

LIHATLAH !! DENGARLAH !! IKUTLAH !! AL~QURAN RAHMAT SERTA SYAFAAT BAGI MANUSIA


.. Makanya seakan mereka itu lebih bijak,tetapi itulah haiyawan yang SESAT DAN HINA dari segala haiyawan yang melata dialam ini.Ingatlah bahawa Allah Swt telah menurunkan Al~quran itu penuh dengan RAHMAT SERTA SYAFAAT sehingga manusia itu hidup dalam selengkap-lengkapnya sebagai orang ''mukmin''..

Bahawa sesungguhnya manusia itu memang telah diserukan didalam dunia ini untuk mengabdikan diri pada penciptaNYA.Tidak ada dalih lagi buat yang mengakui islam atau kerana dilahirkan dalam islam.
Firman ALLAH SWT dalam Al~Quran Az-Zariat,56 Maksudnya: 
Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah(menyembah) kepadaKu.  Sebagai contoh kecil didunia fana ini ,jika kita reka sesuatu robot atau kenderaan,pasti kita mahukan ianya menuruti perintah kita dan jika mengengkari @melawan, pasti kita akan musnahkannya.
Pertembungan orang yang berbaka islam atau penganut islam terpaksa atau islam atas nama, pasti mereka sering mempertikaikan tentang hukum islam itu sendiri.
Firman Allah Swt dalam Surah al-Nisa, 59
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan juga kepada Ulil Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikan kepada kitab Allah (al-Qur’an) dan (sunnah)RasulNYa jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya”

Ramai orang ''islam'' telah sendirinya menolak hukum ALLAH SWT. Mereka marah apabila sesuatu hukum kena pada batang hidung mereka,sehingga sanggup menuduh ULAMA @ Pendakwah menghina serta mencerca mereka.Padahal pendakwah atau ulama itu bercakap atau berhujah mengenai hukum ALLAH berdasarkan apa yang difirmankan Allah Swt serta dihadiskan dari Rasulullah Saw. Pembantah@mereka yang membantah mengunakan idealogi,fakta sendiri ,kepentingan diri dan arus kemodenan untuk menyanggkal hukum islam itu sendiri dan Makanya seakan mereka itu lebih bijak,tetapi itulah haiyawan yang SESAT DAN HINA dari segala haiyawan yang melata dialam ini.Ingatlah bahawa Allah Swt telah menurunkan Al~quran itu penuh dengan RAHMAT SERTA SYAFAAT sehingga manusia itu hidup dalam selengkap-lengkapnya sebagai orang ''mukmin''.
Imam Al-Ghazali mengatakan, "kalau nafsu menguasai akal maka hina manusia itu lebih daripada haiwan dan kalau akal menguasai nafsu maka mulia manusia itu lebih daripada Malaikat."

Firman Allah Swt dalam surah AL~ Araf 179.
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.


Firman Allah Swt dalam surah al Baqarah, 229.
تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
"demikianlah batasan hukum Allah swt maka janganlah kamu melampauinya dan barangsiapa melanggar sempadan hukum Allah swt maka mereka adalah orang - orang yg zalim"

Firman AllAh Swt dalam Surah Al-Baqarah,120
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. 

Dalam dunia moden serta adanya siber serta jaringan maklumat, ''banyak orang'' pula melayari info islam. Sesungguhnya beramal dan belajar tanpa guru samalah berguru dengan ''iblis''.betapa ramai yang mengambil imu islam utnuk diperbahaskan dengan cara ''MENCEDOK'' DAN MENYIMBAH'' ke arah lain@buat andaian untuk bersembang ilmu. Sepatutnya carilah seorang guru,ilmuan  islam,guru mursyid atau orang yang mengamalkan Al~Quran untuk dibuat rujukan, bukan bersandarkan bulat pada  internet.Inilah diistilahkan sebagai menyesatkan orang lain.
Firman Allah Swt dalam surah Al~Ambia,7 
“…maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui”

Allah Swt berfirman Surah Al-An'aam, 153
"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa."

Sesungguhnya marilah kita menigkatkan ketakwaan kita pada Allah Swt dan sampaikanlah pada sahabat kita pentingnya ''ilmu islam itu''.Suka mengingatkan pada diri sendiri dalam Firman Allah Swt surah Al~Isra' ,36.
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pedengaran, penglihatan dan hati semua itu akan diminta pertanggungjawapkan”.

Wasallam
Wallahu'alam
Jaksa kotaraja.

Rabu, 5 Mac 2014

TUNAIKANLAH SOLATLAH WAHAI DIRIKU....JANGAN LALAIKAN DAKU..!! luangkanlah waktu..

"Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal di bumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatKu." Segala gera -gerinya, pakainya, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.
Berapa ramaikah kita bertemu serta berkawan dengan mereka yang tidak solat dan memberikan pelbagai serta alasan untuk tidak bersolat.Lebih malang lagi  jika ada antara kalangan rakan atau kenalan serta suadara kita memperlekehkan solat,mempertikaikan mengapa kena solat bahkan ada golongan yang menghasut atau mengajak untuk tidak bersolat serta seolah-olah menghina solat ~nauzubillah hi minzalik.. maka benarlah serta dalam ''ILMU'' Allah swt seperti dalam firmanya dalam
Surah Al-Baqarah ayat 150:
Maksudnya:
"Dan dari mana saja engkau keluar (untuk mengerjakan solat) maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya,) supaaya tidak ada lagi sebarang alasan bagi orang yang menyalahi kamu, kecuali orang yang zalim diantara mereka ( ada saja yang mereka jadikan alasannya . Maka janganlah kamu takut kepada cacat cela mereka dan takutlah kamu kepadaKu semata-mata dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah ( mengenai perkara yang benar ) "

Sabda Rasullullah S.A.W. : "Solat Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada TuhanNya, Solat Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam AS memakan buah Khuldi, Sholat Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam AS , Maka setiap mukmin yang solat Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. "
“Dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu menjadikan jiwa mereka tenteram”. (At-Taubah: 103).


“Dan dia menyuruh keluarganya untuk bersolat dan menunaikan zakat”.(Maryam: 55)
Solat Isya 'itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir.

Rasullullah SAW bersabda: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, Solat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan keatasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat."
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Aku. Maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu”. (Thaha: 14).

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: "Manakala solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam AS Memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir. "

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, solat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam AS diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan
.
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat”. (surah Ibrahim: 40).

Sabda Rasullullah S.A.W. : "Solat Isya '(atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isya 'berjamaah, Allah SWT haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath. "

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: "Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberi oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.(dijauhkan dari sifat munafiq)
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “(Ada tiga tanda orang munafiq; jika dia bercakap dia berdusta; jika dia berjanji dia memungkirinya dan jika dia diberi amanah, dia mengkhianatinya).” 
(Hadis riwayat Imam Muslim)

“Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup”. (Maryam: 31).
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu,
seksanya umpama:-
Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.
Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.
Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.
Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.
Isyak:
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal di bumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatKu." Segala gera -gerinya, pakainya, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.
Seksaan Ketika Hidup Di Dunia
Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam. Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

Seksaan Ketika Sakaratul Maut
Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.

Seksaan Ketika Di Dalam Kubur
Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempitsempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

Seksaan Ketika Berada Di Akhirat
Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka
.

Maka yang demikian, marilah kita mengingatkan diri sendiri serta sahabat dan juga pembaca untuk kita bersama-sama untuk bermuhasabah diri. Berikhtiar dan berusahalah untuk diri kita agar sentiasa meningkatkan ketakwaan serta senentiasa meningkatkan kekusyukan kita dalam solat.Moga-moga kita semua memperolehi RAHMAT ALLAH SWT dalam usaha kiat memperhamba serta menabdikan diri padaNYA.
~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja