Isnin, 24 Julai 2017

NASIHAT DARI RASULULLAH... TANYA DIRI KITA??

..kesalahanmu sendiri supaya menjadi benteng dirimu dari mencaci orang lain dan jangan berusaha untuk mengambil tahu keaiban orang lain, sedangkan kamu terlibat..
Akhir zaman ini menyaksikan ramai kalangan manusia itu tidak mahu menerima nasihat yang baik malah memarahi dan persendakan nasihat itu walaupun nasihat itu datangnya dari Rasulullah.. Malah Hukum Allah pun manusia itu tanpa rasa takut untuk melanggarnya.. ini adalah kerana nasihat dan larangan itu menghalanginya kebebasan diri untuk mencapai cita cita keduniaannya.

Dari Saidinna Abu Zar R.A yang meminta '' banyak '' nasihat dari Rasulullah SAW dan ini adalah sebahagian dari nasihat Rasulullah SAW kepadanya dan Bahawa Rasulullah bersabda ''

Adalah menjadi tanggungjawab seseorang yang waras(selagi tidak hilang akal) untuk membahagikan masanya kepada 3 perkara, sebahagian untuk beribadah kepada Allah, sebahagian untuk menghitung diri dengan merenung sebanyak mana amalan yang baik dilakukan dan sebanyak mana amalan yang buruk telah dilakukannya dan sebahagian lagi adalah untuk mencari nafkah yang halal serta diredai. 
Tanyalah diri kita@ Dalam sehari berapa jam atau hanya berapa minit aku beribadah?? Pernahkah aku hitung amalan aku?? hanya amalan baik sahaja yang aku kira??, kerana aku yakin aku ahli syurga kerana aku saja yang baik?? Adakah rezeki aku halal dan berkah?? adakah rezeki aku dari sumber yang diredhai Allah dan orang?? adakah rezeki aku tiada unsur shubahat??

Aku hairan dengan seseorang yang yakin akan kematiannya tetapi dapat berseronok dengan sesuatu perkara ( ini adalah kerana seseorang yang yakin bahawa dia akan mati misalnya kerana telah dijatuh hukum gantung tidak lama lagi, mana mungkin dapat berseronok dengan apa-apa perkara yang sekalipun).
Tanya diri kita @ aku mesti usaha untuk mendapatkan apa yang aku mahu dan seronok untuk mencapai cita keduniaan?? aku nak buktikan pada orang aku berjaya??  

Aku hairan dengan seseorang yang memerhatikan musibah- musibah, pertukaran- pertukaran dan perubahan mendadak yang berlaku didunia ini setiap masa, tetapi masih berasa tenang dengan kehidupan dunia.
Tanya diri kita @ jika aku kaya bolehkah aku tenang?? boleh tak kekayaan dan kemewahan dunia itu bagi aku tenang??aku nak bebas dari semua ikatan hukum??

Aku hairan dengan seseorang yang percaya kepada takdir tetapi masih berduka cita dan bersusah hati, tetapi masih tidak melakukan amalan yang baik.
Tanya diri kita @ aku duka cita kerana aku inginkan kesenangan?? aku bersusah hati kerana amalan islam itu halang aku?? aku berduka cita kerana cita-cita aku terhalang oleh hukum dan batasan islam?? aku ''rasa'' aku selalu buat amalan baik, ramai yang puji dan kata aku baik??  

Bertakwalah.. bertakwa adalah ''asas dan tunjang segala perkara''.
Tanya diri kita @ aku tak takwa tu apa?? Aku taat tak pada perintah  Allah ?? dan jauhi perkara yang ditegah oleh Allah?? aku langgar tak ?? 
''Hendaklah kamu mengambil berat untuk membaca Al Quran dan Zikrullah, kerana membaca Al Quran menjadi nur didunia dan bekalan diakhirat.
Tanya diri @ sehari, seminggu, sebulan, setahun berapa kali aku pegang dan baca Al quran?? membuka dan mebaca Al Quran itu ''free"' percuma dalan taliannya terus tiada sekatan, dalam sehari atau seminggu saja berapa JAM, bukan berapa kali, aku wassap, fb, chatting dan laman sosial?? taliannya tehad dan berbayar dan aku sanggup bayar?? lebih penting dari Al Quran??
Zikrullah aku buat lepas solat?? kalau lepas solat pun tak berzikir,macam nana pulak jika tak solat atau diluar solat??

''Elakkanlah dari banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati dan wajah akan hilang seri.( memudaratkan Rohani dan jasmani) 
Tanya diri @ Aku mesti sentiasa ketawa kerana awet muda?? ketawa itu dapat hilangkan sakit atau stress?? betulkah kena ellakkan ketawa??

Teruskanlah jihad kerana jihad adalah ''rahbaniah umatku'' ( adalah amalan rahib iaitu orang yang terdahulu yang telah memutuskan semua hubungan keduniaan dan hidup hanya untuk ALLAH SWT) 
Tanya diri @ dalam solat ada perjanjian inikah?? aku berikrar bahawa, hidupku matiku kerana Allah SWT.?? macam ni susahlah..?? 

Bergaullah dengan orang miskin dan fakir, jadilkanlah dia sahabatmu dan duduklah bersama mereka.
Tanya diri @ Aku suka kawan dengan orang kaya atau miskin?? aku nak bersahabatkah dengan orang susah yang miskin dan fakir tu?? lagi nak duduk-duduk bersama?? kawan dan duduk dengan orang senang dan kaya lagi baik??

Lihatlah orang yang lebih rendah daripada kamu (supaya amalan bersyukur menjadi kebiasaanmu), dan jangan melihat mereka yang lebih tinggi darjatnya daripada kamu, jika tidak mungkin kamu akan memandang hina terhadap nikmat nikmat ALLAH SWT yang telah diberikan kepadamu.''
Tanya diri @ aku nak berjaya kena tengok orang yang tinggi dari aku?? kenapa orang tu kaya dan tinggi darjatnya dan aku nak juga macam tu?? kenapa Allah tak bagi aku itu dan ini?? ini kata nikmat??

Hendaklah melihat kesalahanmu sendiri supaya menjadi benteng dirimu dari mencaci orang lain dan jangan berusaha untuk mengambil tahu keaiban orang lain, sedangkan kamu terlibat dalam perkara itu. Untuk sabitkan kamu bersalah, memadai dengan kamu mengambil tahu keaiban orang lain, sedangkan keaiban itu terdapat sendiri dalam diri kamu walaupun kamu tidak menyedari keaiban itu.
Tanya diri @ orang nampak salah aku saja?? aku tak salah pun?? memang cara dia minta dicaci?? seronok bila tahu aib orang, lebih lagi orang yang kita rapat?? lepas itu kata aku tak nak terlibat?? Salah sendiri aku kena tutup dan kena letakkan pada orang lain untuk aku jaga kepentingan diri?? bukan kepentingan hukum Allah?? janji aku lepas?? Carilah hukum yang sesuai untuk halalkan cara aku??

 Wahai Abu Zar..  tiada kebijaksanaan yang menyamai perancangan yang baik dan tidak ada ''takwa'' yang menyamai meninggalkan perkara yang diharamkan dan tidak ada kemulian yang dapat menandingi ahlak yang mulia.( ahlak bermaksud mentaati hukum dan perintah Allah dan menjauhi larangan)
@tanya diri adalah untuk aku sendiri bermuhasabbah diri sendiri...
~Wallahhu'alam
~Jaksa Kotaraja

Isnin, 17 Julai 2017

KECELAAN DUNIA TERLAKNAT DAN ISINYA..??

Celaan dan ancaman besar bagi orang yang terlalu GHAIRAH mengejar harta benda duniawi. Apabila seseorang menjadikan dunia sebagai tujuan hidupnya dan mengsampingkan akhirat, maka Allah Swt akan menjadikan urusan dunianya berantakan, serba sulit, serta menjadikan hidupnya dalam kegelisahan. Dan Allah menjadikan kefakiran di pelupuk matanya, selalu dihantui kemiskinan atau tidak pernah merasa cukup dengan rezeki, tidak bersyukur, yang Allah kurniakan kepadanya. Dunia yang berhasil di raih hanya sebatas apa yang telah ditetapkan baginya, meskipun ianya telah bekerja keras pada seluruh waktunya dengan malah sanggup mengorbankan kewajiban beribadah kepada Allah serta langgar hukumnya, mengorbankan hak-hak suami atau isteri, anak-anak, keluarga, orang tua, dan lainnya. Cinta kepada dunia adalah sumber semua kejelekan atau keburukan, oleh demikian janganlah jadikan dunia sebagai tujuan hidup.

Hadis.

-“Celakalah hamba dinar, dirham, qothifah dan khamishah. Jika diberi, dia pun redha. Namun jika tidak diberi, dia tidak redha, dia akan celaka dan akan kembali binasa.” (HR. Bukhari).

- Orang yang cinta akhirat akan memperoleh rezeki yang telah Allah tetapkan baginya di dunia tanpa bersusah payah. Beda dengan orang yang terlalu berambisi mengejar dunia, dia akan memperolehnya dengan susah payah lahir dan batin. Salah seorang ulama salaf pernah berkata, “Barangsiapa yang mencintai dunia (secara berlebihan) maka hendaknya dia mempersiapkan dirinya untuk menanggung berbagai macam musibah (penderitaan)“.

-Dunia ini dilaknat oleh Allah dan dilaknat apa yang ada di dalamnya, oleh kerana itu jangan jadikan dunia sebagai tujuan. Imam Ibnul Qayyim t mengatakan, “Cinta dunia adalah sumber semua kejelekan atau keburukan dan pokok semua kesalahan.” Apabila ditanyakan, “Mengapa itu bisa terjadi?” Maka Imam Ibnul Qayyim menjawab :

a. orang yang cinta dunia akan mengagungkan dunia, padahal dunia itu hina. Bahkan Nabi menggambarkan bahawa dunia itu lebih hina daripada bangkai kambing yang cacat.

b. Dunia dan isinya ini dilaknat oleh Allah, kecuali yang dicintai olehNya. Sehingga orang yang cinta dunia akan terus-menerus mendapatkan fitnah.
c. Orang yang cinta dunia akan menjadikan dunia itu sebagai tujuan, padahal dunia ini hanyalah wasilah (perantara) untuk menuju akhirat.

-Kekayaan yang hakiki adalah kekakayaan dalam hati/jiwa. Rasulullah SAWbersabda, “Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan (yang hakiki) adalah kekayaan (dalam) jiwa“.

~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja

Ahad, 16 Julai 2017

JANGANLAH KEPENTINGAN DIRI YANG MENGHANCURKAN SEGALA-GALANYA..


Sesungguhnya, sifat takwa itu adalah asas segala amalan baik.Sesiapa yang HATINYA takut kepada ALLAH, maka tidak akan berlaku apa-apa maksiat daripadanya dan tidak juga dia akan merasakan kesempitan hidup.
Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah SWT dengan mengerjakan suruhan dan MENINGGALKAN LARANGAN.. nescaya Allah SWT akan mengadakan jalan keluar daripada perkara yang menyusahkan dan memberi rezeki pada jalan yang tidak disangka-sangka
(at- Talaq 2-3).. 
Sesiapa yang usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya ( dengan tidak berpandukan Al Quran tentang sah atau batalnya) maka, Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka didunia dan mereka tidak dikurangkan sedikit pun padanya. Merekalah orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain dari AZAB NERAKA dan pada hari tu gugurlah apa apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa-apa yang telah mereka kerjakan
(Hud 15-16)

Maka atas mereka tertimpa kemurkaan daripada Allah Swt dan mereka beroleh azab yang besar.(Kekufuran mereka) yang demikian adalah kerana mereka lebih mengutamakan dunia daripada kehidupan akhirat dan ALLAH Swt tidak memberi hidayat dan petunjuk yang dapat membawa kaum yang kufur ingkar itu ( kepada kebahagian diakhirat)
( AN- Nahl 106-107)
~Wallahu'alam

~Jaksa Kotaraja

APABILA UMATKU MENGAGUNGKAN DUNIA, KEHEBATAN ISLAM AKAN DICABUT DARI MEREKA..

..ALLAH SWT akan memperkayakan HATINYA dan HARTA BENDA DUNIA akan datang kepadanya dalam keadaan TUNDUK DAN HINA.. dan sesiapa yangh menjadikan DUNIA sebagai KERISAUANYA, maka ALLAH SWT akan menjadikan..

Cubalah kita renungkan berapa banyakkah perintah Allah yang telah kita langgar dan berapa banyakkah larangan Allah yang kita lakukan.?? Dari Imam Tarmiizi Rasulullah SAW bersabda ''Demi dia nyawaku dalam genggamanNYA, hendaklah kamu menyuruh orang ramai membuat baik dan MENEGAH mereka membuat kemungkaran. Jika tidak Allah SWt akan menurunkan azab ke atas kamu dan kemudian kamu berdoa kepadaNYA, tetapi DIA tidak kan memperkenankandoa kamu..
Abu Hurairah R.A berkata Rasululllah SAW pernah bersabda '' APABILA UMATKU MENGAGUNGKAN DUNIA, KEHEBATAN ISLAM AKAN DICABUT DARI MEREKA. APABILA MEREKA MENINGGALKAN AMAL MAARUF DAN NAHI ANIL MUNGKAR (meninggalkan amal kebaikan dan berbuat perkara mungkar) MEREKA AKAN DIHINDARKAN DARI KEBERKATAN WAHYU(RAHMAT) DAN APABILA MEREKA CACI DAN MENCACI ANTARA MEREKA SATU SAMA YANG LAIN, MEREKA AKAN GUGUR DARI PANDANGAN ALLAH..

''DAN JAUHILAH DIRI DARIPADA ORANG YANG MENJADIKA AGAMA SEBAGAI PERMAINAN DAN MEREKA PULA TELAH DIPERDAYAKAN OLEH KEHIDUPAN DUNIA''
(Al- An'Am 70)

Sesiapa yang mengkehendaki(dengan amal usahanya)faedah di AKHIRAT maka KAMIakan memberinya tambahan kepada faedah yang dikehendakinya.Dan sesiapa mengkehendaki(dengan amal usahanya) kebaikkan dunia semata-mata, KAMI berikan padanya daripada kebaikan duniaitu (sekadar yang kami tentukan)Dan dai tidak beroleh satu pun diakhirat kelak''
( Surah AsSyu'ra 20)
Sebuah hadis lagi yang berbunyi, '' Sesiapa yang menjadikan AKHIRAT sebagai KERISAUANNYA, maka ALLAH SWT akan memperkayakan HATINYA dan HARTA BENDA DUNIA akan datang kepadanya dalam keadaan TUNDUK DAN HINA.. dan sesiapa yang menjadikan DUNIA sebagai KERISAUANYA, maka ALLAH SWT akan menjadikan KEMISKINAN TERBAYANG-BAYANG dihadapannya dan dia akan diselubungi KESUSAHAN. Dia tidak mendapat dunia ini lebih dari apa-apa yang telah ditakdirkan.Hadis sahih, diriwayatkan oleh Imam Ahmad
Rasulullah SAW membaca ayat tersebut lalu bersabda bahawa ALLAH SWT tealh berfirman ''WAHAI ANAK ADAM.. LAPANGKANLAH MASA UNTUK BERIBAT KEPADAKU, AKU AKAN MEMENUHKAN DADAMU DENGAN KEKAYAAN DAN AKU AKAN MENGHAPUSKAN KEMISKINANMU. JIKA TIDAK, AKU AKAN MEMENUHKAAN DENGAN KESIBUKAN DAN AKU TIDAK AKAN MENGHAPUSKAN KEMISKINANMU. Apakah kini manusia zaman ini sering memikirkan bahawa 
ibadah itu tidak membawa kebaikan ?? 
adakah merasakan peraturan serta hukum ALLAH SWT itu membatasi serta menghalang kebebasanmu ..??
adakah mendekati Akhirat itu akan merugikan dunia..??
dengan mengejar kemewahan dunia itu menjanjikan kebahagian akhirat..??
Dalam Al quran menyatakan 
Katakanlah (wahai Muhammad) harta benda yang menjadi kesenagan di dunia ini adalah sedikit sahaja (dan akhirat akan lenyap) dan (balasan) pada akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa
(An - Nisa 77)

 Kalaulah dunia ini menjadi keutamaan alim ulama,maka kemajuan anda adalah sebagai asbab kegembiraan mereka, kerana kesenangan dan kemewahan adalah sebab kesenangan dan kemewahan mereka juga. Namun demikian,jika mereka masih menegur dan cuba mengislahkan anda, maka pasti disana ada sesuatu yang memaksa mereka sehingga sanggup mengorbankan kepentingan dunia mereka sendiri. 
Mengapakan sesuatu yang disampaikan oleh pemberi nasihat yang sememangnya ada dalam Al Quran secara jelas dan kita menolak ajaran serta hukum itu semata-mata tidak menyukai dan mencari helah untuk mengenepikannya dengan pelbagai kata. Mengapakah keterangan larangan dalam Al Quran atau hadis itu sering ditolak kerana ''mengenai'' keperibadian seseorang atau kelompok kumpulan orang. Ianya sering berlaku apabila ianya (seseorang atau kumpulan itu melanggar hukum serta larangan atau ingin mengecapi keseronokkan dunia yang dibutakan oleh nafsunya sendiri dan menyalahkan orang lain pula)  
Jelas dalam Al Quran itu menerangkan '' semuanya itu adalah kesenangan hidup didunia, pada sisi ALLAH adalah tempat sebaik-baik (iaitu syurga)
( Ali- Imran 14)
dan 
Antara kamu yang mengkehendaki keuntungan dunia semata-mata dan antara kamu ada pula yang mengkehendaki akhirat 
( Ali- Imran 152)

 dan dalam firman yang lain pula, 
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa, Oleh itu tidakkah kamu berfikir.??
(Al Na-am 32)
Ya tuhan kami, berikanlah kami bebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka
( Al Baqarah 201)
~Wallahu'alam

~Jaksa Kotaraja

Sabtu, 15 Julai 2017

HATI YANG HITAM DAN MATI

..“Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.”..
Sesungguhnya hati itu akan berkarat sebagaimana besi berkarat pabila terkena air..Banyakkan ingatkan maut @ MATI dan membaca AL QURAN
(HR Baihaqi) Dosa yang banyak dan kelalaian daripada mengingati Allah SWT akan menyebabkan hati hitam dan berkarat apabila terkena air. Membaca Quran dan mengingati mati akan MENYINARKAN HATI itu kembali. HAti itu seumpama sebuah cermin,sebanyak mana hati kabur maka sekadar itulah kurangnya cahaya pantulan makrifat. Sebanyak mana hati itu jernih dan bersih, sekadar itulah cahaya pantulan makrifat akan jelas lagi nyata pada hati itu.
Oleh kerana itu seseorang yang melakukan maksiat yang didorong oleh nafsu shahwat atau melakukan amalan-amalan syaitan yang derhaka dan dilaknat..maka sekadar itu dia akan jauh dari '' Makrifatullah''. Telah banyak disebut dalam banyak hadis bahawa seseorang hamba itu melakukan ''satu dosa'' maka ''satu titik hitam'' akan terlekat pada hatinya. Sekiranya dia BENAR-BENAR BERTAUBAT dan kembali jalan benar maka titik itu akan hilang. Jika dia melakukan satu lagi dosa,maka satu titik hitam dihati akan muncul. Demikianlah seiranya dia terus melakukan dosa atau dalam berdosa berpanjangan maka lama-kelamaan dengan sebab banyaknya titik hitam itu, HATINYA AKAN JADI HITAM LEGAM. Lantaran itu keinginan untukmelakukan kebaikan dan perubahan kepada kebaikan tidak wujud lagi didalam hati yan sedemikian. Sebaliknya hati itu hanya akan CONDONG KEARAH KEBURUKAN. 
Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah) Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: “Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)
Rasulullah bersabda '' Aku meninggalkan 2 penasihat, satu yang berkata-kata dan satu lagi diam.. Yang berkata-kata itu adalah AlQuran yang mulai dan yang diam itu mengingati MAUT. Junjunglah sabda Rasulullah SAW ini.. nasihat ini hanya berkesan untuk orang yang mahu menerima nasihat dan berubah.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 74) 
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah. Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu; 
Hubbud dunia (kasihkan dunia) 
Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.(melanggar hukum Allah)
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu; 
Zuhud dengan dunia.
Zikrullah 
Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah. 


Tanda-tanda hati mati Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.Engkar hukumNYA
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT. Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya; Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

~Wallahu'alam

~Jaksa Kotaraja

Khamis, 13 Julai 2017

CELAKA MANUSIA..

.."Tidaklah aku merasa heran terhadap sesuatu seperti keherananku atas orang yang tidak menganggap cinta dunia sebagai sebagian dari dosa besar. Demi Allah! Sungguh, mencintainya benar-benar termasuk dosa yang terbesar... 

Al-Fudhail bin ‘Iyadh rahimahullah berkata:
“Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman, ‘Telah berdusta orang yang mengaku mencintaiKu, namun ketika gelapnya malam menyelimutinya dia justeru terlelap dari (beribadah) kepadaKu. Bukankah setiap pecinta menyukai menyepi berdua dengan kekasihnya? Inilah Aku, mendatangi para pecintaKu dengan serta-merta mengawasinya. Sesungguhnya mereka pun telah berdiri di hadapanKu dengan menggambarkanKu berada di depan mata mereka. Mereka berbicara kepadaKu dalam keadaan (membayangkan) tengah menyaksikanKu dengan mata kepala mereka, mereka berbincang-bincang denganKu dalam keadaan hadir menghadap. Esok Aku akan menyejukkan mata-mata mereka itu di dalam syurga-syurgaKu’.” 


5 tanda celakanya seseorang: Keras hati, mata yang tidak boleh menangis, hilang rasa malu, cinta dunia, dan panjang angan- angannya..
1] KERAS HATI = Tidak mahu terima nasihat...
2] MATA YANG TIDAK BOLEH MENANGIS = Tidak takut dengan kebesaran dan keagungan Allah; Tidak takut akan siksa dan azab NERAKA Allah...
3] HILANG RASA MALU = Tidak segan melakukan perkara yang dimurkai Allah..
4] CINTA DUNIA = Kasih akan dunia secara melampau, lupa akan mati..
5] PANJANG ANGAN-ANGAN = Berangan untuk hidup lama di dunia, menikmati kemewahan dunia semahu- mahunya...




Al-Imam Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah berkata:
"Tidaklah aku merasa heran terhadap sesuatu seperti keherananku atas orang yang tidak menganggap cinta dunia sebagai sebagian dari dosa besar. Demi Allah! Sungguh, mencintainya benar-benar termasuk dosa yang terbesar. Dan tidaklah dosa-dosa menjadi bercabang-cabang melainkan kerana cinta dunia. Bukankah sebab disembahnya patung-patung tetapi tak lain kerana cinta dunia dan lebih mengutamakannya?" (Mawa'izh Al-Imam Al-Hasan Al-Bashri, hal. 138)
‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu berkata:
“Janganlah kalian terburu-buru dalam menyampaikan berita serta tergesa-gesa dalam menebarkan berbagai kekejian. Jangan pula menjadi orang yang tidak boleh menyimpan rahasia dan gemar menyebarkannya. Kerana sungguh, di belakang kalian menanti malapetaka yang teramat dahsyat, kesempitan hidup, kekejian, azab yang pedih, siksaan berat yang memenatkan dan melemahkan, di mana manusia menjadi sangat ketakutan dan dibuat sengsara kerananya, yang diikuti oleh fitnah yang besar, berat, dan berkepanjangan.”
~Wallahu'alam
Jaksa Kotaraja

MANSUSIA HANYA MAHUKAN KEBENDAAN DARI ALLAH DAN MASA YANG SAMA MENGENEPIKAN ALLAH ..








MANUSIA ITU DILAHIRKAN KEDUNIA INI HANYALAH MISKIN DAN KOSONG.. TIADA PAKAIAN, TIADA PERTUTURAN, TIADA NAMA, TIADA WANG, TIADA APAPUN.. Namun setelah itu manusia menjadi HINA apabila MENGEJAR YANG TIADA(KEDUNIAAN) UNTUK DI ADAKAN DENGAN MELAMPAUI BATAS untuk kepentingan diri dan bermegah megah.. Manusia itu diciptakan Allah Swt adalah untuk menyatakan dan sering menyebut keagunganNYA, bukan untuk menyebut syurga..neraka ..anak.. suami.. isteri..ibu ..bapa.. duit harta..pangkat dan lain- lain kenbendaan..


Mengapa manusia itu mencintai dan sayangi selainNYa.. 
diberikan manusia itu ibubapa.. manusia itu sayang ibubapa , namun manusia itu lupa pada Allah.. diberikan adik beradik.. manusia itu tinggalkan Allah.. diberikan pasangan suami isteri..manusia itu berkasihan sesamanya, tetapi tidak mengasihi Allah Swt.. diberikan kebahagian kepada manusia, tetapi manusia itu khianati Allah Swt.. diberikan kemewahan serta kedudukan.. manusia itu sayang dan cinta keduniaan dan benci dan lupa pada amanah Allah Swt.. MANUSIA ITU DI SURUH BERIBADAH, TETAPI SYURGA PULA YANG DITAGIHNYA..
Tiada keikhlasan kebanyakan manusia itu.. manusia senantiasa inginkan KEDUNIAAN DAN KEBENDAAN.. manusia itu sering meminta-minta dari Allah tetapi tidak menghendaki pada ALLAH SWT yang menciptakan manusia.. manusia itu beramal dan beribadah pun untuk mendapatkan syurga.. manusia pula sering memilih-milih ruang, tempat,waktu, ganjaran ibadah yang banyak untuk meminta dan menagih kebendaan dan syurga.. manusia itu hanya hendaki penuhi nafsunya sedangkan dalam solat manusia itu diseru untuk mengAGUNGKAN ALLAH SWT.. maka MANUSIA GELINCIR AKIDAH DAN KUFUR disebabkan manusia itu menjadi HAMBA KEBENDAAN.. dan yang lebih malang, ada yang sanggup MENDUSTAKAN NIKMAT DAN PEMBERIAN ALLAH DENGAN MELANGGAR HUKUMNYA..
Manusia itu diciptakan oleh Allah Swt adalah untuk kita beribadah kepadanya... kita adalah hambaNya yang diciptaNya untuk kita sebagai manusia MENHAMBAKAN DIRI HANYA UNTUKNYA... Allah Swt menciptakan manusia itu untuk khusus bagiNya.. mencurahkan kasih sayangNya pada, malangnya manusia itu LEBIH kasih dah sayang selainNya..
~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja