Di dalam Sahih Bukhari, Nabi s.a.w. ajar kepada kita supaya berdoa di antara tahiyat akhir dan salam dengan doa berbunyi, “Allahuma inni `auzubika min `azabi jahannam, wa min `azabil kobri, wa min fitnatil mahya wa mamat, wa min syarri fitnati masihid-dajjal.”...Dari doa ini, sebagai orang Islam, kita kena minta kepada Allah dilindungi daripada 4 perkara...
1] Minta perlindungan dari azab neraka jahanam. Ini keperluan terbesar setiap muslim. Sekiranya kita terlepas daripada ini, maka ia adalah kejayaan yang paling besar...
2] Minta perlindungan dari azab kubur kerana ia adalah fitnah yang terbesar... Urusan setiap kita dengan azab kubur adalah urusan kita dengan Allah s.w.t... Urusan kita dengan Tuhan yang tidak memakan rasuah, dan urusan kita dengan malaikat yang tidak menerima upah... Apabila matinya seseorang, tidak ada lagi tempat pergi dan tempat kembali melainkan kepada Allah `azawajjal... Semasa solatlah kita memohon kepada Allah dijauhkan daripada azab neraka jahanam dan juga daripada azab kubur....
Pohonlah sekarang, sebelum datangnya hari mati... Bila dah mati, sebarang permohonan sudah tidak boleh memberi manafaat... Orang yang bersalah di mahkamah dunia dan akan dihukum gantung pun masih lagi ada peluang membuat rayuan di mahkamah yang lebih tinggi.... Namun bagi orang yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir, sebarang peluang permohonan keampunan sudah pun tertutup, melainkan hanya amalan solehnya sahaja yang akan menentukan samada Allah s.w.t. ampuninya ataupun tidak... Kalau tidak dengan amalan soleh, mungkin Allah mengampuninya di atas doa yang pernah dipohonnya kepada Allah ta`ala....
3] Minta supaya dijauhkan fitnah semasa hidup dan mati...
4] Minta dilindungi fitnah kejahatan al-masih dajjal....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan