BISMILLAHIR ROHMAN NIR ROHIM .
"Anda putus kasih? Jangan bersedih... Percayalah bahawa Allah SWT sentiasa bersama-sama kita.. Pada permulaanya memang menyakitkan.. Kita hilang selera makan, selalu menangis dan terkenang.. Jangan terlalu mengikut perasaan.. Memang sakit dan pedih... Saya banyak mengurung diri di dalam bilik dan menangis.. Syukur alhamdulillah, pada satu hari, saya terpandang surah Yassiin diatas meja solek... Hati saya tergerak untuk membaca kerana merasa tidak sanggup nak berdepan dengan perasaan sendiri... Harapan saya setelah membaca surah Yasiin hati saya akan jadi tenang....
1. ‘Uthman bin ‘Affan r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “Yang TERBAIK antara kamu ialah orang yang belajar Al Quran, dan mengajarkannya.” (Hadith Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, Nisai dan Ibnu Majah).....
2. 'Abdullah bin 'Amr r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “ (Pada hari pengadilan kelak), akan dikatakan kepada orang Al Quran, ‘Bacalah Al Quran dengan tartil, sebagaimana kamu telah membacanya di dunia, dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga).. Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca.” (Hadith riwayat Ahmad, Tirmidzi, Abu Daud, Nisai, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dalam sahihnya)…..
3. ‘Abdullah bin Mas’ud r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “ SESIAPA YANG MEMBACA SATU HURUF DARI KITAB ALLAH, maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan), sebagai ganjaran bagi huruf itu, dan SATU HASANAH adalah sama dengan SEPULUH PAHALA… Aku tidak berkata Alif, Lam, Mim, sebagai satu huruf, tetapi ‘Alif’ satu huruf, ‘Lam’ adalah satu huruf, dan ‘Mim’ adalah satu huruf.” (Hadith riwayat Tirmidzi)….
4. ‘Abdullah bin ‘Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, ”Sesungguhnya HATI-HATI INI AKAN BERKARAT, sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.” Baginda ditanya, “ Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasulullah S.A.W. bersabda, “ Banyak ingatkan MATI dan membaca Al Quran.” (Hadith riwayat Baihaqi)….
5. Mu’az al Johani r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “ Sesiapa yang membaca Al Quran dan beramal dengan apa-apa yang terkandung dalamnya, maka kedua IBUBAPANYA akan dipakaikan MAHKOTA pada hari Kiamat, yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah kamu di dunia ini..Bayangkanlah, bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan Al Quran?” (Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud)…
Dan memang terbukti... Hati saya mula tenang, jiwa mula hilang kesakitan, walaupun tidak sepenuhnya... Mulai saat itu setiap kali selesai sahaja solat fardhu, saya akan membaca surah Yasiin... Kalau dulu, saya akan cepat-cepat meninggalkan sejadah selepas solat, namun sekarang saya merasa tidak lengkap kalau tidak membaca Yasiin... Hati saya sangat tenang dan damai.... Setelah agak tenang, saya mula menghubungi kawan baik saya... Mereka menasihati saya supaya perbanyakkansolat istikarah, dan saya cuba melakukannya... Setelah beberapa kali membuat solat istikarah, tiba-tiba pada satu hari perasaan saya menjadi sangat kuat...
Saya rasa seperti Allah SWT telah menyuntik semangat baru pada saya.... Saya tidak lagi mengharapkan ‘si dia’ untuk datang kepada saya, malah saya juga tidak lagi kisah walau apa pun terjadi kepada cinta saya... Saya bersyukur sangat-sangat... Sekarang ini saya hanya berserah kepada Allah untuk menentukan arah tuju hidup saya....
Saya belajar dari kesilapan, dan saya berharap anda pun begitu juga... Bukankah Islam telah membataskan pergaulan antara lelaki dan wanita... Apabila terfikir begitu saya mula insaf... Saya telah melanggar batas-batas tersebut... Saya tidak sepatutnya terlibat.... Saya mula muhasabah diri dan terfikir kepada dugaan ini berlaku kepada saya... Dan akhirnya saya faham, bahawa saya telah lalai semasa bercinta... Memang kita masih bersolat tapi masa kita lebih banyak bersms dan berchatting.... Walaupun tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT (alhamdulillah), namun saya masih lagi merasa bersalah dan berdosa kepada Allah S.W.T. kerana telah membiarkan diri saya terpengaruh dengan perasaan sendiri....
Setelah mendekatkan diri kepada Ilahi, saya mula mendapat cinta baru yang lebih suci dan agung iaitu CINTA ILAHI... Saya tidak lagi mengharapkan cinta dari seorang wanita yang belum tentu jodoh kita... Dan saya juga sedang berusaha kearah itu, berserah dan redha atas ketentuan Allah S.W.T.... Percayalah, dengan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T., kita akan peroleh ketenangan dan kekuatan, malah mendapat cinta yang paling agung... Ingatkan pada diri bahawa jodoh kita telah ditentukan, dan kita perlu berdoa bersungguh-sungguh supaya dipermudahkan.... Kawan saya berkata kepada saya bahawa Allah mungkin sengaja memberi dugaan begitu kepada saya kerana Allah S.W.T. ingin saya dekat dan kembali kepadaNya.... Saya setuju, saya kini mempunyai masa untuk membaca Yasiin berbanding dulu... Kini nasihat kawan itu saya tujukan kepada anda....
Jangan bersedih lagi, percayalah Allah SWT bersama-sama kita.... Jangan menangis kerana seorang wanita, tapi menangislah kerana dosa-dosa yang kita lakukan ..... Bantu hamba hilangkan kesedihan ini Ya Rabb...."...
Semoga bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan