Khamis, 8 Mac 2012

ANTARA 5 KELEBIHAN MEMBACA AL QURAN dan ANTARA 5 WAKTU UTAMA....


                 



BISMILLAHIR ROHMAN NIR ROHIM

1. ‘Uthman bin ‘Affan r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “Yang TERBAIK antara kamu ialah orang yang belajar Al Quran, dan mengajarkannya.” (Hadith Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, Nisai dan Ibnu Majah).....

2. 'Abdullah bin 'Amr r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “ (Pada hari pengadilan kelak), akan dikatakan kepada orang Al Quran, ‘Bacalah Al Quran dengan tartil, sebagaimana kamu telah membacanya di dunia, dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga).. Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca.” (Hadith riwayat Ahmad, Tirmidzi, Abu Daud, Nisai, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dalam sahihnya)…..

3. ‘Abdullah bin Mas’ud r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “ SESIAPA YANG MEMBACA SATU HURUF DARI KITAB ALLAH, maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan), sebagai ganjaran bagi huruf itu, dan SATU HASANAH adalah sama dengan SEPULUH PAHALA… Aku tidak berkata Alif, Lam, Mim, sebagai satu huruf, tetapi ‘Alif’ satu huruf, ‘Lam’ adalah satu huruf, dan ‘Mim’ adalah satu huruf.” (Hadith riwayat Tirmidzi)….

4. ‘Abdullah bin ‘Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, ”Sesungguhnya HATI-HATI INI AKAN BERKARAT, sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.” Baginda ditanya, “ Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasulullah S.A.W. bersabda, “ Banyak ingatkan MATI dan membaca Al Quran.” (Hadith riwayat Baihaqi)….

5. Mu’az al Johani r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “ Sesiapa yang membaca Al Quran dan beramal dengan apa-apa yang terkandung dalamnya, maka kedua IBUBAPANYA akan dipakaikan MAHKOTA pada hari Kiamat, yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah kamu di dunia ini..Bayangkanlah, bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan Al Quran?” (Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud)…


WAKTU YANG UTAMA MEMBACA AL QURAN

WALAUPUN pada amnya, kita disunatkan membaca al-Quran tanpa mengira waktu mana sekalipun, (selain waktu haid, junub, hadas besar, ketika khutbah, majlis ilmu dan di tempat-tempat yang tidak sesuai seperti tandas dan sebagainya), namun begitu, menurut Imam Nawawi rahimahullah, antara waktu yang afdhal membaca al-Quran ialah seperti berikut:

1] Di dalam solat, memanjangkan solat kerana membaca al-Quran lebih baik daripada memanjangkan sujud dan rukuk...

2] Membaca al-Quran pada waktu malam...

3] Membaca al-Quran pada separuh atau 1/3 malam, istimewanya ketika waktu solat Tahajjud....

4] Membaca al-Quran ketika di antara Maghrib dengan Isyak... Barangsiapa yang menunggu waktu sembahyang , seolah-olah ia sedang beribadat, lebih-lebih lagi sekiranya mereka membaca al-Quran....

5] Sekiranya dibaca pada waktu siang, maka waktu yang paling afdhal ialah selepas solat subuh....

Apa yang paling penting, disamping membaca al-Quran, fahamilah maknanya, dan amalkan ajarannya, secara istiqamah dan ikhlas kerana Allah s.w.t....
~WAALLAHULLAM 
 JAKSA KOTARAJA
MARILAH KITA BELAJAR AL QURAN... MEMBACANYA....MEMBUDAYAKANNYA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan