Jumaat, 9 Mac 2012

HIKMAH BERSUGI (BERSIWAK)....



                             



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Kalaulah tidak memberatkan bagi umatku, maka aku akan menyuruh mereka untuk bersiwak setiap kali ingin mendirikan solat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)...

Imam Abu Daud, Muslim dan an-Nasai meriwayatkan ayah Miqdam bin Syarih ada mengatakan, yang dia bertanyakan kepada Aisyah r.anha, apakah yang dilakukan Rasulullah pertama sekali jika memasuki rumah: Jawab Aisyah, “Bersugi (bersiwak)”....

Malah, semasa menjalani ibadah puasa Rasulullah sering bersiwak. Ini adalah sunnah yang bukan saja mendapat pahala, malah mendatangkan manfaat besar untuk kesihatan... Imam Ahmad melaporkan berkenaan kerapnya Rasulullah s.a.w. bersiwak walaupun dalam keadaan berpuasa... Daripada Ibnu Amir bin Rabi’ah, “Saya melihat Rasulullah berkali-kali bersiwak dalam keadaan berpuasa tidak dapat saya hitung dan kesan.”...

Ketika berpuasa, mikrobakteria cepat membiak di dalam mulut seseorang. Sebenarnya dalam mulut manusia terdapat cecair ludah melekat di bahagian lelangit dan gigi... Keadaan itu akan menghasilkan satu lapisan yang sangat halus, sehingga mikrobakteria melekat dengan cepat sekali... Oleh itu, lelangit dan gigi sangat perlu kepada penjagaan sempurna setiap hari...

Mulut dan gigi adalah kurniaan Allah yang diciptakan khusus bagi kemudahan hamba-Nya dalam sistem pencernaan... Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bersiwaklah (dengan berus) sisa-sisa makanan antara gigi-gigi kerana (membersihkan sisa-sisa makanan semacam itu), termasuk kebersihan, dan kebersihan itu membawa kepada iman, dan iman itu bersama-sama pemiliknya di syurga.” (Hadis riwayat at-Tabrani)....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan