Jumaat, 23 Mac 2012

RUPANYA AKU MASIH TERLENA DI BUAI MASA...???



Kasihan manusia ini, ramai yang membuat kerja-kerja yang sia-sia.....
Kerja dunia yang sementara, serius mereka mengusahakannya...
Bertungkus-lumus mereka mendapatkannya...

Ramai orang MENGEJAR NAMA DAN GLAMOUR,

Mereka tidak fikir lagi larangan Tuhan dan agama,
Mereka menyangka glamour dan nama, akan membawa bahagia...
Kasihan mereka ini ditipu oleh angan-angannya...
Mereka buru nama dan glamour dengan bermacam-macam cara...
Memanjat gunung, merenangi lautan,
Mengembara ke kutub, mengembara ke angkasa lepas...
Dengan perbelanjaan yang sungguh mahalnya....


APAKAH DAPAT BERSEMBAHYANG ATAU TIDAK, itu belakang-kira.. 

Mereka bersusah payah untuk dapat nama dan sanjungan manusia..
Mendedah aurat perkara biasa,
Ada yang jatuh patah kaki, tidak kurang ada yang mati..
Melanggar syariat atau as sunnah peduli apa,
Yang penting berjaya, yang penting membina nama,
Media massa membuat berita, yang penting ada nama, bukan senang hendak terkenal....



Kalau kerja kerana AGAMA,
 bermacam-macam alasan diberi...
Susah, sibuk dan tidak ada masa....
Kerana itulah solat Subuh sahaja ramai orang yang tertinggal...
Begitulah orang memperkecilkan Tuhan...


INGATLAH... 
Segala yang diusaha dan diperolehinya untuk dunia, akan ditinggalkan...
Tidak boleh dibawa ke sana,...
Mereka pergi ke negara yang kekal abadi tidak membawa apa-apa..
Bekal ke sana waktu di dunia telah dilupakannya..



Islamnya hanya syahadah dan sedikit-sedikit ibadah,...
Bertimbang rasa tidak dianggap agama, jiran tidak dianggap macam keluarga..
Dia memikirkan kepentingan dirinya dan keluarga atau kroni-kroninya sahaja...
Orang miskin, susah, dapat bala, peduli apa..!!!

Yang dibawanya ke Akhirat ialah sifat sombong, tamak, bakhil, pemarah, zalim, megah, riyak, ujub,

Di samping lupa Tuhan, tidak takut dan tidak cintakan Tuhan....

Ketika hendak mati pun, masih ingin menambah harta, mencari nama, ingin glamor...
Ketika itu juga masih hasad dengki, masih menghina orang,...
Ajal pun sampai, mati tidak membawa apa-apa kebaikan,...
Dengan kata-kata lain, tidak membawa sifat taqwa sebagai bekal...
Hanya sifat-sifat mazmumah yang bernanah di dalam jiwanya...

Aduh malang sekali, dia pergi ke Akhirat membawa barang-barang yang dimurka, ......

Barang-barang yang dibawa untuk ke Syurga tidak ada, ..........0''

Maka rugilah dia di sana, buat selama-lamanya....

Waliyazubillah.. semoga Allah melindungi kita....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan