BISMILLAHIR ROHMA NIR ROHIM
Antara punca konflik yang timbul dalam keluarga adalah :
1. Kurang kefahaman terhadap tanggungjawab sebagai suami/ayah dan isteri/ ibu dan anak...
Tanggungjawab sebagai suami/ayah, isteri/ibu dan anak adalah mengikut saranan agama, tradisi masyarakat dan peranan-peranan baru yang dipelajari melalui pendidikan formal dan tidak formal... Pendedahan terhadap tanggungjawab ini memerlukan usaha yang berterusan kerana masyarakat masih percaya bahawa apabila berkahwin, telah cukup sempurna kedua-dua mempelai untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing...
2. Kurang bijak menguruskan masa...
Hidup berkeluarga dalam masyarakat yang bekerja, perkara yang menjadi keutamaan ialah bijak menguruskan masa lebih-lebih lagi masa yang berkualiti... Ibu bapa yang kurang mahir menguruskan masa bersama keluarga, akan mengalami kerugian besar. Kemesraan, interaksi dan sentuhan fizikal yang berkurangan akan menghilangkan kasih-sayang, akhirnya anak-anak akan lebih rapat dengan penjaga atau pembantu rumah...
3. Ekonomi keluarga yang kurang mantap....
Kos hidup yang semakin meningkat membuatkan pasangan keluarga mengehadkan perbelanjaan.. Pembelian ke atas barangan yang tidak perlu hanya akan mengurangkan pendapatan keluarga dan menjadikan krisis kewangan lebih rumit. Faktor wang kadangkala menyebabkan pergaduhan di antara suami dan isteri yang menggugat kebahagiaan keluarga. Keluarga yang tidak mempunyai asas perancangan kewangan akan mengalami masalah menguruskan kewangan masing-masing terutama jika pendapatan isi rumah sangat kecil dan terhad...
4. Mengabaikan pendidikan agama....
Kebahagiaan keluarga terletak pada banyak faktor dan yang paling utama ialah beragama. Awal kepada agama ialah mengenal ALLAH SWT (akidah). Mendidik keluarga kepada Tuhan pada hakikatnya ialah usaha menanam keyakinan bahawa hidup adalah untuk mendapat keredhaan Allah swt. Instrumen yang diguna pakai ialah mengerjakan solat lima kali sehari dan yang terbaik ialah solat berjemaah. Pengabaian amalan agama, membentuk keluarga yang pincang, resah, mudah bergelora dan kesan jangka masa panjang yang negatif kepada ibu bapa...
5. Perubahan hidup...
Kenaikan pangkat bererti gaji dan elaun akan naik... Status hidup juga bertambah baik... Keadaan sesebuah keluarga akan lebih malang jika perubahan kerjaya ini membawa sekali perubahan pemikiran, emosi dan tingkah laku seperti anggapan tidak setaraf, membeli jenama pakaian yang mahal dan melihat pengorbanan pasangan sebagai tidak ada harga...
6. Kehadiran Orang Ketiga...
Perubahan hidup juga boleh bererti mengubah pasangan.. Justeru itu, wujudlah orang ketiga yang mengganggu ketenteraman hidup keluarga sedia ada...Jika si suami tidak pandai mengurus keadaan, konflik keluarga akan bertambah parah... Akibatnya anak2 akan menjadi mangsa....
7. Campurtangan Keluarga dan Orang Luar...
Seringkali juga berlaku campurtangan keluarga dan peranan orang luar akan menimbul kegelisahan dalam keluarga.. Ada ibubapa yang masih hendak mengambiltahu (secara keterlaluan) dan cuba mengatur hal ehwal rumahtangga anak mereka....
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Dan terimalah pesanku untuk berbuat kebajikan kepada wanita-wanita, kerana mereka itu dijadikan dari tulang rusuk yang paling bengkok, iaitu yang paling atas.... Jika kamu hendak luruskan, nescaya kamu patahkan dia, jika kamu biarkan dia, tetaplah dia bengkok... kerana itu terimalah pesanku untuk berbuat baik kepada wanita." .. (Hadis muttafa'alaihi dari Imam Bukhari)...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan