Sabtu, 3 November 2012

ANTARA IZIN SUAMI dan NAFSU DUNIA ....

                           
..seolah atau seakan bebas untuk memaparkan kisah hidup dan keluh resahnya pada umum tanpa dia sedar sabagai contoh pada paparannya '' hari ini aku bosan... ''....HARI YANG MEMBOSANKAN''...''aku sakit hati...'' dan ramailah yang komen status tersebut hingga membawa ke ''chatting''(khalwat sekiranya BUKAN MAHRAM).Perkara ini jika sudah biasa dilakukan, maka rakan facebooknya silelaki akan mengambil kesempatan untuk mengoda dengan apa cara sekalipun tanpa siisteri itu sedar..

SEORANG SUAMI MEMBERITAHU, isterinya selalu memberitahunya tentang sesuatu tindakan yang hendak dilakukan, atau untuk keluar rumah, ketika perbuatan atau tindakan tersebut hampir berlaku. Contohnya: "I dah janji dengan kawan nak ke pekan jam 3 ni." … Masa tu, hanya beberapa minit ke jam 3 dan si isteri dah pun bersiap nak keluar. Nak larang? Mesti bergaduh besar la, katanya... Hukum syarak menetapkan seorang isteri perlu mendapatkan izin suami untuk melakukan apa juga tindakan dan perbuatan termasuk untuk keluar daripada rumah walaupun untuk bekerja, ke pasar atau ketika berdepan dengan kes-kes kecemasan...

Diriwayatkan pada zaman Rasulullah S.A.W., seorang isteri diberikan pengiktirafan oleh baginda Rasulullah s.a.w. kerana tahap ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada si suami. Menurut riwayat, si suami terlibat dalam perang berjihad ke jalan Allah.. Dalam tempoh tersebut, si isteri yang ditinggalkan di rumah didatangi seorang saudaranya daripada kampung mengkhabarkan tentang ayahnya yang sakit tenat. Si isteri hanya menjawab: "Baliklah dahulu. Suamiku tiada di rumah.".. Tak lama, saudara tadi berjumpa sekali lagi dengan si isteri, mengkhabarkan ayahnya telah meninggal dunia. Si isteri masih berikan jawapan yang sama: "Baliklah dahulu. Suamiku tiada di rumah."… Tidak lama, si suami pulang daripada berjuang. Si isteri memberikan sepenuh layanan kepada si suami... Bila yakin si suami mendapat layanan sebaiknya, barulah si isteri mengkhabarkan berita tentang ayahnya…Apabila diberitahu kepada Rasulullah s.a.w., baginda memberitahu bahawa ayahnya masuk syurga kerana anak yang taat kepada suaminya itu.

Kisah ini adalah sebagai panduan betapa seorang isteri perlukan izin daripada suami dalam setiap perkara hatta kes kecemasan sekalipun yang melibatkan kaum keluarga si isteri. Memang itu kehendak hukum syarak…. Terdapat perbezaan yang besar antara dapatkan izin dan beritahu. Kalau isteri beritahu dan suami tidak izinkan, si isteri tidak boleh lakukan perkara yang dihajati tersebut. Seorang isteri memberitahu: “… Jika suami ada di rumah, saya akan mohon izin untuk keluar rumah bekerja dan lakukan perkara-perkara yang penting dan perlu untuk keperluan diri dan keluarga... izin umum perlu, jika dalam keadaan suami tiada di depan mata saya atau sukar nak hubungi suami..”

Namun, dalam zaman serba mudah dan canggih ini, tiada erti susah dan sukar nak dapatkan izin suami. Sekelip mata, anda boleh maklumkan dan dapatkan izin suami. Paling penting, perancangan awal. Jangan pulak dah janji dulu dengan kawan kemudian baru minta izin dan cakap pulak, dah janji dengan kawan. Itu ertinya memaksa suami bagi izin. Kalau izin dalam keadaan terpaksa, sama lah seperti izin tanpa rela dan redha suami.

Dalam erakini juga banyak yang terlepas pandang untuk siisteri mohon izin suami...antaranya ialah

Berfacebook... si isteri seolah atau seakan bebas untuk memaparkan kisah hidup dan keluh resahnya pada umum tanpa dia sedar sabagai contoh pada paparannya '' hari ini aku bosan... ''....HARI YANG MEMBOSANKAN''...''aku sakit hati...'' dan ramailah yang komen status tersebut hingga membawa ke ''chatting''(khalwat sekiranya BUKAN MAHRAM).Perkara ini jika sudah biasa dilakukan, maka rakan facebooknya silelaki akan mengambil kesempatan untuk mengoda dengan apa cara sekalipun tanpa siisteri itu sedar..Kita telah dengar pelbagai ungutan dalam facebook pada wanita kerana meluahkan perasaannya..dan silelaki akan mengugut akan memaparkan segala ''skandal berfacebook pada umum jika kemahuannya tidak dituruti...Maka sisuami juga akan jadi mangsa si isteri dan mangsa lelaki tadi....TIDAKKAH INI MELUKANKAN HATI SUAMI..!!...maka renunglah wahai kaum hawa...


Menelefon seseorang saudaranya apatah lagi jika menelefon yang bukan mahramnya untuk urusan lainnya....contohnya mengajak rakannya keluar untuk berdandan rambut...atau saja berbual kosong dengan rakan wanitanya.... atau lebih bahaya lagi rakan lelaki lamanya ''atas alasan kawan lama dan kenali sebelum berkhawin'' atau sering kini kita dengar kawan sekolah masa kecil dulu.....

Sering juga pasangan akan bergaduh kerana perkara ini ''kononnya suaminya tak sporting'' suaminya kolot'' ...suaminya cemburu''....ada si isteri sanggup melukakan dan menyakiti hati suami kerana hendak melepaskan ''nafsu dunianya''...maka ketika itu ingatlah wahai para isteri bahawa kamu telah menzalimi diri sendiri untuk dikirimkan ke ALLLAH SWT.


Membenarkan jurujual barangan untuk masuk atau duduk didepan pintu rumah,sebagai contoh penjual kain karpet atau lainnya...yang sering juga kita dengar terjadinya perbuatan hina...dan tanpa si isteri itu sedar kadangkala memburukkan suaminya kerana kekurangan pakaian atau alatan rumah sehingga sanggup berhutang dangan penjual tersebut...Si penjual sudah tentu untuk melariskan jualan dalam apa keadaan. sedarkan dalam urusan itu ada riba bila beli barangan ansuran...?? Maka sisuami juga akan menanggung hutang dan ada siisteri sanggup mangadai maruah kerana perhiasan dunia ini''...

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Jika Allah membenarkan manusia sujud kepada manusia selain-Nya, aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.”

Jika terjadi apa-apa kesan daripada izin terpaksa tersebut, anda boleh dinobatkan sebagai isteri nusyuz. Walaupun begitu, terdapat pengecualian di dalam perkara tertentu iaitu hal keganasan rumahtangga, ketika membelanjakan wang hasil pendapatan sendiri dan hal-hal kes keselamatan. Jika isteri adalah mangsa keganasan rumahtangga, sering dipukul dan dibelasah oleh suami, tidak perlulah dapatkan izin suami untuk keluar rumah nak buat aduan ke balai polis dan dapatkan pemeriksaan perubatan.… Hanya yang membahayakan keselamatan. Jangan merajuk saja dah keluar rumah kemudian buat laporan polis...


Semua cerita ini telah Allah rangkum dalam sebuah firmanNya yang indah dalam surat At-Tahrim ayat 10-12, yang artinya: "Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang shalih di antara hamba-hamba Kami, lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah''


Perkahwinan adalah perkongsian hidup suami isteri.. Islam telah menetapkan peranan dan tanggungjawab suami dan isteri di dalam rumahtangga.... hormatilah pasangan anda ... kerana isteri berhak ke atas anda, sama seperti anda juga berhak ke atas isteri anda...

@ “Mana-mana wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak maka haramlah baginya bau syurga”. (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:


1. Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami


Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:

“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.

Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.”(Riwayat al-Bukhari)


Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:
“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Riwayat Muslim)

Ibnu Asakir pula menyebut:
“Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.”


2. Menyakiti hati suami

Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

” Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: ''Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami.” (Riwayat Ibnu Majah)

3. Puasa sunat tanpa keizinan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

“Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Keluar rumah tanpa izin suami

“Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.” (Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)


5. Meminta cerai daripada suami


Sabda Rasulallah sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:
Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara haram baginya bau syurga.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

6. Isteri yang tidak menunaikan hajat suami

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
“Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.

Ketahuilah wahai isteri sekalipun seseorang suami itu kejam atau jahat. HARAM bagi isteri itu derhaka dan menyakiti hati suaminya. Isteri wajib taat kepada perintah suami dengan keadaan apa sekalipun SELAGI SUAMI TIDAK MEYURUH KE ARAH KEMAKSIATAN. Ini adalah disebabkan oleh kemudahan jalan pintas untuk ke syurga yang Allah berikan kepada isteri itu dengan hanya menjaga solat, puasa, jaga kehormatan dan taat kepada suami.

Sebagaimana Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud;
“Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.”
Sabda baginda lagi…
“Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab.”

Sebagaimana isteri firaun Asiah yang tetap taat dengan suaminya yang kafir sehingga beliau dipacung .

Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yg bermaksud :
“Dan Allah mengemukakan satu misalan perbandingan bagi orang2 yang beriman iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata : “Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku drpd kaum yang zalim.”

aku coretkan halaman ini untuk kita bersama untuk merenungi ''asal diri dalam hidup berumahtangga'' supaya kita semua BEROLEH RAHMAT ALLAH SWT....

~WALLAHU'ALAM
~jaksa kotaraja




Tiada ulasan:

Catat Ulasan