Sabtu, 3 November 2012

IMPIAN SITI ...SITI IMPIAN

..patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja..

NAMA WANITA ISLAM YANG SERING KITA DENGAR ADALAH BERNAMA AWALAN ''SITI'' DAN HINGGA KINI NAMA INI MASIH DIGUNAKAN UNTUK RAMAI WANITA HARI INI...DAN DARI NAMA INI JUGA BERKEMUNGKINAN MEMPUNYAI KESAN DARI NAMA INI....SEBAGAI CONTOH ..SITI ZULAIKA...SITI WAN KEMBANG SERTA RAMAI NAMA ''SITI' YANG RAMAI BERJAYA DALAM KEHIDUPAN..MUNGKIN IA SATU KEBETULAN ...
MARI KITA SINGKAP ANTARA AMA ''SITI'' YANG AMAT TERKENAL PADA SUATU MASA DULU....

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepad a Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku tidak akan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi Muhammad SAW minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t untuk mengkandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah
- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah
- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

~wallahu'alam

~jaksa kotaraja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan