Rabu, 28 Mac 2012

AYAT KURSI DAN 'SUBHANALLAH'....



                                                         

BACALAH AYAT KURSI SEBAGAI WIRID HARIAN KITA...

Ubay bin Ka’ab radhiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam bersabda: “Wahai Abul Mundzir (gelaran Ubay), tahukah engkau ayat mana di kitab Allah yang paling agung?” Aku menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih tahu.”

Beliau berkata, “Wahai Abul Mundzir, Tahukah engkau ayat mana di kitab Allah yang paling agung?” Aku pun menjawab:

اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ

Maka beliau memukul dadaku dan berkata, “Demi Allah, selamat atas ilmu (yang diberikan Allah kepadamu) wahai Abul Mundzir.” (HR. Muslim no. 810).....

Dalam kisah Abu Hurairah radhiallahu‘anhu dengan syaitan yang mencuri harta zakat, disebutkan bahwa syaitan tersebut berkata, “Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimat yang Allah memberimu manfaat dengannya... Jika engkau masuk tidur, bacalah AYAT KURSI... Dengan demikian, akan selalu ada penjaga dari Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.”....

Ketika Abu Hurairah menceritakannya kepada Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam, beliau berkata, “Sungguh ia telah jujur, padahal ia banyak berdusta.” (HR. al-Bukhari no. 2187).....

Dalam kisah lain yang mirip dengan kisah di atas dan diriwayatkan Ubay bin Ka’ab radhiallahu ‘anhu, disebutkan bahwa si jin mengatakan:

مَنْ قَالَهَا حِينَ يُمْسِي أُجِيرَ مِنَّا حَتَّى يُصْبِحَ ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ أُجِيرَ مِنَّا حَتَّى يُمْسِيَ

“Barangsiapa membacanya ketika petang, ia akan dilindungi dari kami sampai pagi.. Barangsiapa membacanya ketika pagi, ia akan dilindungi sampai petang.” (HR. ath-Thabrani no. 541, dan al-Albani mengatakan bahwa sanadnya bagus)....

Disunnahkan membaca ayat ini setiap (1) selesai solat wajib, (2) pada dzikir pagi dan petang, (3) juga sebelum tidur.....







UCAPLAH 'SUBHANALLAH'....

MAMPUKAH kita membuat 1000 KEBAJIKAN SEHARI? Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda, "Sanggupkah kamu mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Ucapan SUBHANALLAH juga dikenali sebagai 'tasbih'... SUBHANALLAH terjemahannya ialah 'Maha Suci Allah'... Bermakna Allah Subhanahu wata'ala Maha Bersih dan Suci dari segala kekurangan dan kelemahan... Allah Taala Maha Sempurna, tiada sedikit pun kekurangan dan kelemahan... BUKAN SEPERTI SANGKAAN atau RASA RAGU-RAGU, WAS-WAS sesetengah daripada kita...

Apabila menyebut SUBHANALLAH, tundukkanlah perasaan kerana menyedari DIRI KITA INILAH YANG KOTOR, banyak dosa, lemah dan serba kekurangan.... Subhanallah !!... 

Ahad, 25 Mac 2012

ERTI SEBUAH SAHABAT



Pesanan Iman Al-Ghazali Tentang Kawan
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”[ Riwayat Al-Tabrani ]


Huraian:
Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.
Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.
Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Doaku untuk sahabat-sahabat :
Ya ALLAH.......
tatkala bahang mahsyarMU menjilat tubuh.
izinkan kami sama-sama berteduh.. Tatkala mizanMU teliti mengira,
beratkan neracanya atas setiap jasa..
Naungi kami di sana,
berkat kasih keranaMU semata..
Andai aku berdosa di dunia ini,
ku mohon sahabat-sahabat memaafkan
agar aku tak terhina pada hari pembalasanNYA..
Andai pula kulayak ke Syurga,diatas rahmatMU,
kupinta bukan hanya ibu bapa dan keluargaku sahaja bersama..
Tetapi juga sahabat-sahabatku ini bersama.
. Aminnn..

Jumaat, 23 Mac 2012

RUPANYA AKU MASIH TERLENA DI BUAI MASA...???



Kasihan manusia ini, ramai yang membuat kerja-kerja yang sia-sia.....
Kerja dunia yang sementara, serius mereka mengusahakannya...
Bertungkus-lumus mereka mendapatkannya...

Ramai orang MENGEJAR NAMA DAN GLAMOUR,

Mereka tidak fikir lagi larangan Tuhan dan agama,
Mereka menyangka glamour dan nama, akan membawa bahagia...
Kasihan mereka ini ditipu oleh angan-angannya...
Mereka buru nama dan glamour dengan bermacam-macam cara...
Memanjat gunung, merenangi lautan,
Mengembara ke kutub, mengembara ke angkasa lepas...
Dengan perbelanjaan yang sungguh mahalnya....


APAKAH DAPAT BERSEMBAHYANG ATAU TIDAK, itu belakang-kira.. 

Mereka bersusah payah untuk dapat nama dan sanjungan manusia..
Mendedah aurat perkara biasa,
Ada yang jatuh patah kaki, tidak kurang ada yang mati..
Melanggar syariat atau as sunnah peduli apa,
Yang penting berjaya, yang penting membina nama,
Media massa membuat berita, yang penting ada nama, bukan senang hendak terkenal....



Kalau kerja kerana AGAMA,
 bermacam-macam alasan diberi...
Susah, sibuk dan tidak ada masa....
Kerana itulah solat Subuh sahaja ramai orang yang tertinggal...
Begitulah orang memperkecilkan Tuhan...


INGATLAH... 
Segala yang diusaha dan diperolehinya untuk dunia, akan ditinggalkan...
Tidak boleh dibawa ke sana,...
Mereka pergi ke negara yang kekal abadi tidak membawa apa-apa..
Bekal ke sana waktu di dunia telah dilupakannya..



Islamnya hanya syahadah dan sedikit-sedikit ibadah,...
Bertimbang rasa tidak dianggap agama, jiran tidak dianggap macam keluarga..
Dia memikirkan kepentingan dirinya dan keluarga atau kroni-kroninya sahaja...
Orang miskin, susah, dapat bala, peduli apa..!!!

Yang dibawanya ke Akhirat ialah sifat sombong, tamak, bakhil, pemarah, zalim, megah, riyak, ujub,

Di samping lupa Tuhan, tidak takut dan tidak cintakan Tuhan....

Ketika hendak mati pun, masih ingin menambah harta, mencari nama, ingin glamor...
Ketika itu juga masih hasad dengki, masih menghina orang,...
Ajal pun sampai, mati tidak membawa apa-apa kebaikan,...
Dengan kata-kata lain, tidak membawa sifat taqwa sebagai bekal...
Hanya sifat-sifat mazmumah yang bernanah di dalam jiwanya...

Aduh malang sekali, dia pergi ke Akhirat membawa barang-barang yang dimurka, ......

Barang-barang yang dibawa untuk ke Syurga tidak ada, ..........0''

Maka rugilah dia di sana, buat selama-lamanya....

Waliyazubillah.. semoga Allah melindungi kita....

Selasa, 20 Mac 2012

TEGUR MENEGUR SUAMI ISTERI LUMRAH HIDUP BERPASANGAN


BISMILLAHIR ROHMAN NIR ROHIM
Menegur isteri merupakan suatu perkara yang amat mencabar bagi seorang suami... Walaupun ianya nampak mudah, namun begitu sekiranya tersalah langkah boleh membawa pecah belah di dalam rumah tangga... BUKAN SEMUA ISTERI MUDAH MENERIMA TEGURAN DARIPADA SUAMI, apatah lagi bagi pasangan yang memulakan perkahwinan dengan percintaan.. Apabila si suami memberi teguran, si isteri akan mengungkit kisah-kisah lama semasa bercinta, dimana si suami mengikut sahaja kehendaknya pada ketika itu.. Sehinggakan kata orang, 'bau kentut' pun dirasakan wangi seperti deodoren..

Sudah menjadi fitrah kejadian, untuk menjadikan seorang wanita itu baik, mereka perlulah ditegur, dan selalu diingatkan tentang kebaikkan... Menegur bukan sahaja untuk memperbaiki, tetapi lebih daripada itu adalah sebagai salah satu langkah, untuk menjadikan isteri sebagai isteri yang terbaik di dunia dan akhirat...

Sabda Nabi S.A.W:
“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas.. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya, dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya.. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita”... (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)..

1] Teguran boleh dilakukan secara lisan, ketika pasangan suami isteri berdua-dua dalam keadaan yang tenang.. Umpamanya sewaktu sebelum tidur... Jangan sekali-kali menegur ketika sedang makan, dan dihadapan khayalak ramai, kerana ianya boleh menjatuhkan maruah isteri..

2] Teguran boleh dilakukan secara penulisan. Si suami boleh menulis surat atau email kepada isteri dengan ayat yang puitis untuk menegur si isteri. Namun jangan sekali-kali menegur isteri dengan sms kerana ianya boleh menimbulkan salah faham dan menghancurkan hati isteri. Apatah lagi sekiranya sms tersebut diterima ketika bekerja atau memandu yang boleh menyebabkan fikiran isteri terganggu.. tetapi ianya bergantung kepada keselesaan masing-masing.. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragamnya... Asalnya ianya berhikmah nescaya ianya membawa kepada mawaddah... Teguran mestilah ikhlas untuk membimbing isteri daripada tidak tahu kepada tahu... Bukan untuk menunjukkan “kekuasaan” sebagai suami semata-mata...

Sesetengah suami memilih untuk berdiam diri... Awas, kadang-kadang tindakan berdiam diri ini boleh membawa si suami terjerumus ke dalam golongan yang dayus... Langsung tidak memberi respon walaupun si isteri melakukan kesalahan di depan mata.... Takutlah akan pesan Baginda S.A.W yang bermaksud: "Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : ” Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak”, lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus? Berkata Nabi S.A.W.: “ Iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya) – ( Riwayat At-Tabrani)...

Ada yang menganggap, menuruti kehendak isteri itu adalah salah satu tanda seorang suami itu menyayangi isterinya. Ini kerana, bukan kesemua kehendak isteri perlu dituruti oleh suami... Sekiranya isteri melakukan kesalahan atau kesilapan, ianya perlulah ditegur SEAWAL membina rumah tangga... Janganlah ditangguhkan kerana ianya boleh membawa barah di dalam kehidupan rumah tangga tersebut... Akhirnya isteri naik tocang, rumah tangga menjadi pincang... Akhirnya suami mendapat pengiktirafan sebagai suami yang dayus....

Hidupkanlah budaya tegur menegur, nasihat-menasihati di dalam rumah tangga... Andai isteri tersalah, suami menegurnya... Begitu juga sebaliknya.... Suami atau isteri yang ditegur, hendaklah menerima dengan baik, sekiranya teguran itu betul dan benar....
~wallahuallam.....

“La haula wa la quwwata illa billah”,


Ucapan ini dinamakan Hauqalah. Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut hauqalah. Imam a-Nawawi rahimahullah berkata: “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan..

 Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan [kemudaratan], dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya, melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga...Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar r.a., beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”..Daripada Ibnu Mas’ud beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Wahai Muaz, adakah kamu tahu tafsir (maksud) La haula wala quwwata illa billah? Muaz menjawab: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah SAW bersabda: La haula (tiada daya) dari menghindari maksiat kepada Allah, melainkan dengan kekuatan Allah, wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan pertolongan Allah SWT. 

Kemudian Rasulullah SAW menepuk bahu Muaz dan Baginda bersabda: “Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril a.s. daripada Tuhan.”...Sebenarnya apabila kita banyak menyebut Allah SWT atau berzikir mengingati-Nya sebanyak-banyaknya, ia mampu menjadi penyembuh, tetapi sekiranya kita banyak ingat kepada manusia dan perkara2 dunia, ia boleh menjadi penyakit.... Wallahua’lam.

GANJARAN PAHALA MENDENGAR BACAAN AL QURAN...


BISMILLAHIR ROHMAN NIR ROHIM

Di dalam Islam, bukan membaca Al-Quran saja menjadi ibadah dan amal yag mendapat pahala dan RAHMAT ALLAH, tetapi mendengarkan bacaan Al-Quran pun begitu juga... Tentang pahala orang mendengarkan bacaan Al-Quran dengan jelas dalam Surah Al-A'raaf ayat 204 disebut sebagai berikut: Artinya: "Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah (baik-baik) dan perhatikan lah tenang, agar kamu mendapat rahmat"...

MENDENGAR BACAAN AL QURAN dengan baik dan tenang, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras, serta mendatangkan petunjuk ALLAH... Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan Al-Quran dengan baik... Demikian besar MUKJIZAT AL QURAN sebagai wahyu Ilahi, yang tidak bosan-bosan orang membaca dan mendengarkannya.. Malahan semakin sering orang membaca dan mendengarkannya, semakin terpikat hatinya kepada Al-Quran; dan bila Al-Quran dibaca dengan lidah yang fasih, dengan suara yang baik dan merdu akan lebih memberi pengaruh kepada jiwa orang yang mendengarkannya dan bertambah imannya... Bagaimana keadaan orang Mukmin tatkala mendengarkan bacaan Al-Quran itu digambarkan oleh firman Allah sebagai berikut:

Artinya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, hanyalah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Allah lah mereka bertawakkal."..Surah An-Anfaal (ayat 2)...

Diriwayatkan bahawa pada suatu malam, Rasulullah S.A.W. mendengarkan Abu Musa Al-Asy'ari r.a. membaca Al-Quran sampai jauh malam... Sepulang baginda di rumah, baginda ditanya oleh Aisyah r.anha., apa sebabnya pulang sampai jauh malam... Rasulullah s.a.w. menjawab, bahawa beliau terpikat oleh kemerduan suara Abu Musa Al-Asy'ari membaca Al-Quran, seperti merdunya suara Nabi Daud a.s...

Di dalam riwayat, banyak sekali dikisahkan, betapa pengaruh bacaan Al-Quran pada masa Rasulullah S.A.W. terhadap hati orang-orang kafir yang setelah mendengarkan bacaan Al-Quran itu... Tidak sedikit hati yang pada mulanya keras dan marah kepada Nabi Muhammad S.A.W serta pengikut-pengikutnya, berbalik menjadi lunak dan mahu mengikuti ajaran Islam...

Rasulullah S.A.W. sendiri sangat gemar mendengarkan bacaan Al-Quran dari orang lain... Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, bahawa Abdullah Ibnu Mas'ud menceritakan sebagai berikut: " Rasulullah berkata kepadaku: "Hai Ibnu Mas'ud, bacakanlah Al-Quran untukku!". Lalu aku menjawab: "Apakah aku pula yang membacakan Al-Quran untukmu, ya Rasulullah, padahal Al-Quran itu diturunkan Tuhan kepadamu?". Rasulullah menjawab: "Aku senang mendengarkan bacaan Al-Quran itu dari orang lain."... Kemudian Ibnu Mas'ud membacakan beberapa ayat dari surat An-Nisaa'...


 Maka tatkala bacaan Ibnu Mas'ud itu sampai kepada ayat 41 yang berbunyi:
Artinya: "Maka bagaimanakah (hal orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seorang saksi (rasul dan nabi) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (umatmu)." sedang ayat itu sangat mengharukan hati Rasulullah S.A.W., lalu beliau berkata: "Cukuplah sekian saja, ya Ibnu Mas'ud!"... Ibnu Mas'ud melihat Rasulullah menitiskan air matanya serta menundukkan kepalanya...

MARILAH SAMA-SAMA KITA BANYAK MENDENGAR AL QURAN, SERTA MEMAHAMI ISI KANDUNGANNYA....


kepada sahabat serta rakan yang membaca janganlah kita biarkan suami/isteri/anak-anak kita buta dalam membaca AL~QURAN. Jangan diri ini membelenggui oleh tidak tahu membaca/menghayati AL~QURAN.....masih ada waktu dan kesempatan untuk kita belajar dari sekarang.............

~Wallahuallam...


Isnin, 19 Mac 2012

"Anda putus kasih? Jangan bersedih.......



                                       


BISMILLAHIR ROHMAN NIR ROHIM .

"Anda putus kasih? Jangan bersedih... Percayalah bahawa Allah SWT sentiasa bersama-sama kita.. Pada permulaanya memang menyakitkan.. Kita hilang selera makan, selalu menangis dan terkenang.. Jangan terlalu mengikut perasaan.. Memang sakit dan pedih... Saya banyak mengurung diri di dalam bilik dan menangis.. Syukur alhamdulillah, pada satu hari, saya terpandang surah Yassiin diatas meja solek... Hati saya tergerak untuk membaca kerana merasa tidak sanggup nak berdepan dengan perasaan sendiri... Harapan saya setelah membaca surah Yasiin hati saya akan jadi tenang....



1. ‘Uthman bin ‘Affan r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “Yang TERBAIK antara kamu ialah orang yang belajar Al Quran, dan mengajarkannya.” (Hadith Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, Nisai dan Ibnu Majah).....

2. 'Abdullah bin 'Amr r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “ (Pada hari pengadilan kelak), akan dikatakan kepada orang Al Quran, ‘Bacalah Al Quran dengan tartil, sebagaimana kamu telah membacanya di dunia, dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga).. Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca.” (Hadith riwayat Ahmad, Tirmidzi, Abu Daud, Nisai, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dalam sahihnya)…..

3. ‘Abdullah bin Mas’ud r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “ SESIAPA YANG MEMBACA SATU HURUF DARI KITAB ALLAH, maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan), sebagai ganjaran bagi huruf itu, dan SATU HASANAH adalah sama dengan SEPULUH PAHALA… Aku tidak berkata Alif, Lam, Mim, sebagai satu huruf, tetapi ‘Alif’ satu huruf, ‘Lam’ adalah satu huruf, dan ‘Mim’ adalah satu huruf.” (Hadith riwayat Tirmidzi)….

4. ‘Abdullah bin ‘Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, ”Sesungguhnya HATI-HATI INI AKAN BERKARAT, sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.” Baginda ditanya, “ Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasulullah S.A.W. bersabda, “ Banyak ingatkan MATI dan membaca Al Quran.” (Hadith riwayat Baihaqi)….

5. Mu’az al Johani r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “ Sesiapa yang membaca Al Quran dan beramal dengan apa-apa yang terkandung dalamnya, maka kedua IBUBAPANYA akan dipakaikan MAHKOTA pada hari Kiamat, yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah kamu di dunia ini..Bayangkanlah, bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan Al Quran?” (Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud)…

Dan memang terbukti... Hati saya mula tenang, jiwa mula hilang kesakitan, walaupun tidak sepenuhnya... Mulai saat itu setiap kali selesai sahaja solat fardhu, saya akan membaca surah Yasiin... Kalau dulu, saya akan cepat-cepat meninggalkan sejadah selepas solat, namun sekarang saya merasa tidak lengkap kalau tidak membaca Yasiin... Hati saya sangat tenang dan damai.... Setelah agak tenang, saya mula menghubungi kawan baik saya... Mereka menasihati saya supaya perbanyakkansolat istikarah, dan saya cuba melakukannya... Setelah beberapa kali membuat solat istikarah, tiba-tiba pada satu hari perasaan saya menjadi sangat kuat... 



Saya rasa seperti Allah SWT telah menyuntik semangat baru pada saya.... Saya tidak lagi mengharapkan ‘si dia’ untuk datang kepada saya, malah saya juga tidak lagi kisah walau apa pun terjadi kepada cinta saya... Saya bersyukur sangat-sangat... Sekarang ini saya hanya berserah kepada Allah untuk menentukan arah tuju hidup saya....

Saya belajar dari kesilapan, dan saya berharap anda pun begitu juga... Bukankah Islam telah membataskan pergaulan antara lelaki dan wanita... Apabila terfikir begitu saya mula insaf... Saya telah melanggar batas-batas tersebut... Saya tidak sepatutnya terlibat.... Saya mula muhasabah diri dan terfikir kepada dugaan ini berlaku kepada saya... Dan akhirnya saya faham, bahawa saya telah lalai semasa bercinta... Memang kita masih bersolat tapi masa kita lebih banyak bersms dan berchatting.... Walaupun tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT (alhamdulillah), namun saya masih lagi merasa bersalah dan berdosa kepada Allah S.W.T. kerana telah membiarkan diri saya terpengaruh dengan perasaan sendiri....

Setelah mendekatkan diri kepada Ilahi, saya mula mendapat cinta baru yang lebih suci dan agung iaitu CINTA ILAHI... Saya tidak lagi mengharapkan cinta dari seorang wanita yang belum tentu jodoh kita... Dan saya juga sedang berusaha kearah itu, berserah dan redha atas ketentuan Allah S.W.T.... Percayalah, dengan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T., kita akan peroleh ketenangan dan kekuatan, malah mendapat cinta yang paling agung... Ingatkan pada diri bahawa jodoh kita telah ditentukan, dan kita perlu berdoa bersungguh-sungguh supaya dipermudahkan.... Kawan saya berkata kepada saya bahawa Allah mungkin sengaja memberi dugaan begitu kepada saya kerana Allah S.W.T. ingin saya dekat dan kembali kepadaNya.... Saya setuju, saya kini mempunyai masa untuk membaca Yasiin berbanding dulu... Kini nasihat kawan itu saya tujukan kepada anda....

Jangan bersedih lagi, percayalah Allah SWT bersama-sama kita.... Jangan menangis kerana seorang wanita, tapi menangislah kerana dosa-dosa yang kita lakukan ..... Bantu hamba hilangkan kesedihan ini Ya Rabb...."...

Semoga bermanfaat.

Ahad, 18 Mac 2012

KEUTAMAAN BERINFAQ DI PAGI HARI

Allah Subhanahu Wata’ala menjanjikan fadhilat di balik kedermawanan seseorang yang rajin berinfaq...

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Katakanlah, "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)." Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya, dan Dia lah Pemberi rezki yang sebaik2nya.” (QS Saba’ ayat 39)...

Dalam sebuah hadits Nabi shollallahu ’alaih wa sallam menggambarkan keuntungan yang bakal diraih seseorang yang rajin berinfaq di pagi hari, sekaligus kerugian yang bakal dideritanya bilamana ia tidak peduli berinfaq di pagi hari...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ   قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا
وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا (البخاري)


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad shollallahu ‘alahi wa sallam bersabda: “Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat... Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya)” (HR Bukhary 5/270)...

OLEH ITU, marilah kita berinfaq di pagi hari, agar malaikat mendoakan kelapangan rezqi yang memang sangat kita perlukan untuk memperlancar ibadah, amal sholeh, da’wah dan jihad kita di dunia.. Dan jangan biarkan ada satu pagi pun yang berlalu tanpa berinfaq, sebab itu sama saja kita mengundang kerosakan dalam hidup, sebagaimana doa malaikat seperti di atas....

Bukan jumlah infaq yang utama, tetapi amal yang berterusan itulah, yang lebih utama.... Sabda Nabi S.A.W., BAHAWA AMAL YANG BAIK ITU IALAH YANG BERTERUSAN, WALAUPUN SEDIKIT...Orang yang istiqomah berinfaq, akan terus berinfaq tanpa mengira masa....

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالْأَرْضُأُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit.”... (QS Ali Imran ayat 133-134).

ISTIGHFAR...SELURUH KISAH HIDUP DI CATIT OLEH MALAIKAT .......


                                         GAMBAR HIASAN



Istighfar........ kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dahsyat, sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita... Ia merupakan tradisi ritual Islam yang sangat fundamental... Sebab dalam Istighfar itu mengandungi beberapa elemen rohani, sebagaimana dinyatakan di dalam al-Quran mahupun Sunnah Rasulullah SAW...

"Mereka apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, segera ingat akan Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya...(QS. 3:135)...

"Maka barangsiapa memuji Tuhanmu, dan memohon ampunan kepada-Nya, sungguh Dia Maha penerima Taubat." (QS. 110:3)...

"...dan orang-orang yang memohon ampun sebelum fajar." (QS. 3:17)...

"Maha Suci Engkau Wahai Allah, Tuhanku! Dan dengan segala puji bagi-Mu ya Allah Tuhanku, ampunilah aku! Sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat, lagi Maha Pengasih." (HR. al-Hakim)...

"Barang siapa memperbanyak istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan. Dan dianugerahi rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka." (HR. Abu Dawud dan Nasa'i)...

"Sungguh hatiku didera kerinduan yang sangat dalam, sehingga aku beristighfar seratus kali setiap hari." (HR. Muslim)...

"Meski dosa-dosamu sebanyak buih lautan, sebanyak butir pasir di padang pasir, sebanyak daun di seluruh pepohonan, atau seluruh bilangan jagad semesta, Allah SWT tetap akan selalu mengampuni, bila engkau mengucapkan doa sebanyak tiga kali sebelum engkau tidur: Astaghfirullahal 'Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih. (Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya)." (HR. at-Tirmidzi)...

Terjemahan Istighfar: "Aku mohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung"


                       


Rasulullah s.a.w bersabda: “Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu, menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang disebelah kanan: “Tunggu dahulu;” lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam; kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja.”.....

Ulama' mengatakan RAQIB & 'ATID dan KIRAMAN KATIBIN, adalah 2 malaikat yang sama, cuma dalam AL Quran dibezakan dari segi tugasnya.. Raqib dan Atid merekodkan percakapan manusia, manakala Kiraman Katibin merekodkan perbuatan manusia....


Raqib dan Atid..... Firman Allah S.W.T... " Ma yalfidhu min qawlin illa ladayhi Raqibun Atid…." Surah Qaf [17] Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya.[18] Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).....

Kiraman Katibin... Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Infitar, maksudnya: [10] Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu.... [11](Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu)..... [12] Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.......

JADI KESIMPULANNYA,


Allah Taala berfirman: "Dan barangsiapa yang mengerjakan keburukan atau menganiaya dirinya sendiri, kemudian memohonkan pengampunan kepada Allah, maka ia akan mendapatkan Allah itu adalah Maha Pengampun lagi Penyayang." (an-Nisa': 110), Dari Tsauban r.a., katanya: "Rasulullah SAW itu apabila selesai solatnya lalu beristigfar kepada Allah tiga kali dan selanjutnya mengucapkan - yang ertinya: "Ya Allah, Engkau adalah Maha Menyelamatkan, daripadaMu lah datangnya keselamatan. Maha Suci Engkau, hai zat yang memiliki keagungan dan kemuliaan." Kepada al-Auza yaitu salah seorang yang meriwayatkan hadis ini, ditanyakan: "Bagaimanakah ucapan istighfar itu?". Ia menjawab: "Yaitu mengucapkan Astaghfirullah, astaghfirullah." (HR Muslim), selagi ada denyutan nafas, kita tidak lari dari sebarang kekhilafan, Astaghfirullahaladzhim allazi lailahailahuwalhayyulqayyum waatubuilaih....

JADI....KITA HENDAKLAH SELALU BERISTIGHFAR(ASTAGHFIRULLAHHALA'ZIM)....SEDANGKAN RASULLULLAH YANG MAK'SUM BERISTIGHFAR SEBANYAK 70 KALI SEHARI....APALAH KITA SEBAGAI MANUSIA BIASA...DENGAN PENUH RASA KESAL UCAPKANLAH ..........
.......................ASTAGHFIRULLAHHALA'ZIM........................

Sabtu, 17 Mac 2012

MENGUAP MENURUT ISLAM...

                                                     

                                  GAMBAR HIASAN SEMATA-MATA


Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Sesungguhnya Allah s.w.t. suka orang yang BERSIN, dan membenci orang yang MENGUAP... Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'.. Adapun menguap itu adalah daripada SYAITAN... Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu... Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)...

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka." Riwayat Imam Muslim...

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap... Maka apabila seseorang kamu menguap, JANGAN SAMPAI BERBUNYI, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi....

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t. membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi....

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adab-adab menguap dan bersin:

1] Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat...
2] Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat...
3] Makruh mengeluarkan suara ketika menguap atau bersin...
4] Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah"...
5] Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap...

Isnin, 12 Mac 2012

MOHOH PERLINDUNGAN AZAB DAN FITNAH





Di dalam Sahih Bukhari, Nabi s.a.w. ajar kepada kita supaya berdoa di antara tahiyat akhir dan salam dengan doa berbunyi, “Allahuma inni `auzubika min `azabi jahannam, wa min `azabil kobri, wa min fitnatil mahya wa mamat, wa min syarri fitnati masihid-dajjal.”...Dari doa ini, sebagai orang Islam, kita kena minta kepada Allah dilindungi daripada 4 perkara...

1] Minta perlindungan dari azab neraka jahanam. Ini keperluan terbesar setiap muslim. Sekiranya kita terlepas daripada ini, maka ia adalah kejayaan yang paling besar...

2] Minta perlindungan dari azab kubur kerana ia adalah fitnah yang terbesar... Urusan setiap kita dengan azab kubur adalah urusan kita dengan Allah s.w.t... Urusan kita dengan Tuhan yang tidak memakan rasuah, dan urusan kita dengan malaikat yang tidak menerima upah... Apabila matinya seseorang, tidak ada lagi tempat pergi dan tempat kembali melainkan kepada Allah `azawajjal... Semasa solatlah kita memohon kepada Allah dijauhkan daripada azab neraka jahanam dan juga daripada azab kubur....

Pohonlah sekarang, sebelum datangnya hari mati... Bila dah mati, sebarang permohonan sudah tidak boleh memberi manafaat... Orang yang bersalah di mahkamah dunia dan akan dihukum gantung pun masih lagi ada peluang membuat rayuan di mahkamah yang lebih tinggi.... Namun bagi orang yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir, sebarang peluang permohonan keampunan sudah pun tertutup, melainkan hanya amalan solehnya sahaja yang akan menentukan samada Allah s.w.t. ampuninya ataupun tidak... Kalau tidak dengan amalan soleh, mungkin Allah mengampuninya di atas doa yang pernah dipohonnya kepada Allah ta`ala....

3] Minta supaya dijauhkan fitnah semasa hidup dan mati...

4] Minta dilindungi fitnah kejahatan al-masih dajjal....


BERUBAHLAH.... sudahlah tu........apa lagi .............




                  


Tiada siapa yang mampu mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri sebagaimana firman Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..." ( Surah al-Ra’d :11)...

1] Berubahlah menjadi hamba ALLAH yang soleh/solehah dan bertakwa...
2] Berubahlah menjadi anak yang soleh, berbakti dan sentiasa menceriakan mereka...
3] Berubahlah menjadi pelajar yang komited dan berdisipilin tinggi serta berusaha sedaya-upaya untuk mencipta kecemerlangan dalam akademik dan ko-kurikulum...
4] Berubah menjadi mukmin yang bermotivasi, berdedikasi, komited dan cemerlang dalam semua aspek... Sesungguhnya mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah.... sabda Nabi s.a.w. riwayat Imam Muslim...
5] Mantapkan keazaman, tingkatkan iman dan istiqamah, beramal soleh, anda akan melihat perubahan dalam diri anda....

Perubahan boleh mulakan dengan langkah-langkah berikut:
6] Sentiasa merapatkan hubungan dengan Allah...
7] Jaga solat berjamaah, lakukan solat-solat sunat sebelum dan selepas solat fardu serta sola-solat sunat yang lain, terutama solat tahajjud. Lakukan dengan istiqamah...
8] Membaca dan menghayati makna al-Quran setiap hari, sentiasa panjatkan doa, mengadu dan merintih kepada Rabb yang Maha Mendengar dan Menerima doa hambaNya....

Bila hubungan dengan Allah mantap, maka SYAITAN tiada ruang untuk menguasai.. Sikap malas, lemah, cepat berputus asa dan semua sikap negatif akan dapat dikikis dalam diri... Hati akan bersih, minda akan cerdas dan fizikal akan cergas seterusnya akan menjadi INSAN yang cemerlang dalam semua bidang... Semuanya tidak mustahil... Sesiapa sahaja mampu berubah... Cuma nak atau tak nak sahaja... Berubahlah! Maut sentiasa mengintai kita dan Malaikat Maut bila-bila masa sahaja akan hadir menjemput kita....

Semoga Allah S.W.T. membimbing kita semua ke jalan yang diredaiNya...

Ahad, 11 Mac 2012

SITUASI LOKASI PERSEKITARAN NERAKA

Bismillahirrahmanirrahiim 
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... 

Berdasarkan janji Allah didalam Al-Quran dan As-Sunnah, mari sama-sama kita renungi amaran-amaran keras ini: 

LOKASI NERAKA: 

Jika syurga terletak di langit ke tujuh, maka sebagian salaf berkata neraka terletak di dasar bumi yang ke tujuh (begitu pendapat Ibnu Mas’ud dan lainnya). Namun para jumhur tawaqquf (berdiam diri) dalam masalah ini, dan inilah pendapat yang dipilih oleh As-Suyuthi dan Waliyullah Ad-Dahlawi.

 PEMANDANGAN LAIN DI JAHANNAM: 

1. Di Jahannam terdapat sebuah gunung api Shu’uda yang Allah memerintahkan orang kafir (Al-Walid bin Mughirah) untuk mendakinya. (Lihat QS. Al-Muddatstsir: 17). Menurut riwayat Imam Ahmad, setiap kali dia meletakkan tangannya di atas gunung tersebut, maka tangannya langsung meleleh. Dan ketika diangkat kembali seperti semula. Dia akan menghabiskan waktu selama 70 tahun untuk mendakinya, dan menuruninya selama 70 tahun juga.

 2. Di Jahannam juga terdapat lembah Al-Ghayy, yaitu lembah di dasar Jahannam yang dialiri nanah bercampur darah dari para penghuni neraka. Lembah ini disediakan Allah kepada mereka yang meremehkan shalat dan mengikuti syahwatnya. (Lihat QS. Maryam: 59). 

3. Juga lembah Atsam yang berisi ular dan kalajengking, adzab di dalamnya berlipat-lipat. Lembah ini diperuntukkan bagi mereka yang berbuat syirik, berzina dan membunuh jiwa tanpa hak. (Lihat QS. Al-Furqan: 68).

 4. Ada juga lembah Maubiqa yang berisi nanah di dalam neraka Jahannam. Allah menyiapkannya untuk para penyembah berhala. (Lihat QS. Al-Kahfi: 51-52). 

5. Ada juga sebuah rumah bernama Al-Falaq, Ibnu Rajab mengatakan jika pintunya dibuka, maka seluruh penduduk neraka akan menjerit karena tidak mampu menahan panasnya. Wallahu a’lam.

6. Di Jahannam juga terdapat penjara Bulas dimana orang-orang yang menyombongkan diri akan digiring seperti semut-semut kecil berbentuk manusia, mereka diselimuti dengan kobaran api dan terbenam dalam keringat dan nanah yang bercampur darah penduduk neraka. (HR. Ahmad, hasan). 

7. Belenggu Jahannam. Di dalam Jahannam ada tiga belenggu; Al-Aghlal, yaitu belenggu dari besi membara yang dipasang dileher penduduk neraka. (QS. Saba: 33), Al-Ashfad, yaitu tali api yang sangat kuat sehingga membuat seseorang tak berdaya. (QS. Ibrahim: 49) dan As-Salasil, yaitu rantai besi yang panjangnya 70 hasta. (QS. Al-Haqqah: 32). 

8. Cambuk Jahannam. Allah berfirman: “Dan untuk mereka cambuk-cambuk dari besi.” (QS. Al-Hajj: 21). PARA PENJAGA NERAKA: Allah menggambarkan tentang karakter malaikat penjaga neraka, mereka adalah makhluk yang sangat keras dan kasar. Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (QS. At-Tahrim: 6).

 MAKANAN DAN MINUMAN DI NERAKA: 

1. Pohon Zaqqum, mayangnya seperti kepala syetan, tumbuh di bawah dasar neraka Jahim, setiap yang memakannya, maka ususnya akan terburai. (QS. Ash-Shaffat: 62-68). 

2. Pohon Dhari, yaitu pohon duri yang sangat keras, tidak dapat menggemukkan dan tidak menghilangkan lapar, karena ia menyumbat tenggorokan, tidak keluar dan tidak juga masuk ke dalam perut, demikian menurut Ibnu Abbas. (QS. Al-Ghasiyah: 6). 

3. Ghislin, yaitu nanah bercampur darah yang keluar dari tubuh penduduk neraka. (QS. Al-Haqqah: 35-37). 

4. Al-Hamim, yaitu air yang sangat panas yang akan disuguhkan dengan besi panas yang ujungnya dibengkokkan. (QS. An-Naba’: 24-25). 

5. Al-Ghassaq, air yang sangat dingin. Menurut Ibnu Umar ia adalah nanah kental yang jika setetesnya ditumpahkan di barat bumi, niscaya penduduk timur akan mencium baunya yang sangat busuk. 

6. Ash-Shadid, (QS. Ibrahim: 16), yaitu air nanah bercampur darah. Ibnu Rajab berkata, air shadid akan membuat wajah mereka hangus, sekaligus membuat seluruh kulit kepala dan rambutnya mengelupas. 

PINTU-PINTU NERAKA:

 Jahannam memiliki 7 pintu yang tiap-tiap pintu telah ditetapkan golongan yang akan memasukinya. Allah berfirman: “Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) semuanya. Jahannam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka.” (QS. Al-Hijr: 43-44) Ibnu Juraij berkata tentang ayat tersebut:

 “Yang pertama adalah Jahannam, kemudian neraka Ladza, neraka Huthamah, neraka Sa’ir, neraka Saqar, Jahim dan Hawiyah”. Pintu-pintu neraka tertutup rapat, sebagaimana firman Allah: “Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka.” (QS. Al-Humazah: 8). “Mereka berada di dalam neraka yang ditutup rapat.” (QS. Al-Balad: 20). Ibnu Rajab berkata: “Pintu-pintu neraka akan selalu tertutup sebelum dimasuki oleh penghuninya nanti pada hari kiamat. Hal ini sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Qur’an: “Orang-orang kafir dibawa ke neraka Jahannam berombong-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakanlah pintu-pintunya.” (QS. Az-Zumar: 71) 

GAUNG KEGERAMAN SUARA NERAKA:

 Orang-orang kafir dapat mendengar raungan suara neraka yang penuh dengan kegeraman dari jarak yang jauh.Allah berfirman: “Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, mereka mendengar kegeramannya dan suara nyalanya.” (QS. Al-Furqan: 11). Juga firman-Nya: “Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, hampir-hampir (neraka) itu terpecah lantaran marah.” (QS. Al-Mulk: 7). Ka’ab pernah berkata kepada Umar bin Khaththab: “Demi Allah, Neraka Jahannam akan mengeluarkan gaung suaranya.
 Tidak ada satu malaikat yang dekat kepada Allah atau makhluk yang lain kecuali akan terjatuh di atas kedua lututnya sambil berkata: “Ya Allah, pada hari ini hendaklah manusia mengurus dirinya sendiri-sendiri.” 

KADAR HAWA DAN PANAS NERAKA

 Rasulullah saw. bersabda: “Api kalian yang ada sekarang ini yang digunakan bani Adam untuk membakar hanyalah 1/70 dari api neraka jahannam. (HR. Bukhari dan Muslim) Ibnu Rajab menukil pendapat Ka’ab kepada Umar bin Khaththab: “Seandainya neraka Jahannam dibuka seukuran hidung lembu di bumi sebelah timur, dan ada seseorang di belahan bumi bagian barat, pasti otaknya akan meleleh karena tidak mampu menahan panasnya”. 

Di antara penyebab hawa dan panas neraka sedemikian memuncak adalah tidak berfungsinya 3 unsur pendingin dari panas bagi manusia, yaitu air, angin dan naungan untuk berteduh. Air di jahannam adalah hamim (air panas yang menggelegak), anginnya adalah samum (angin yang amat panas), sedang naungannya adalah yahmum (naungan berupa potongan-potongan asap hitam yang juga panas). (Lihat QS. Al-Waqi’ah: 41-44). 

PERMOHONAN PENDUDUK NERAKA KEPADA PENDUDUK SYURGA 

Para penduduk neraka merasa iri dengan apa yang Allah berikan kepada penduduk surga berupa makanan dan minuman yang sangat nikmat, mereka merengek sekiranya di antara penduduk surga ada yang mau memberikan sedikit saja kepada mereka.

 Di antara penduduk surga ada yang merasa iba, hingga hampir-hampir memberikannya. Namun Allah mengharamkan manakan dan minuman itu bagi penduduk neraka. (Lihat QS. Al-A’raf: 44-50). BAHAN BAKAR NERAKA Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;” (QS. At-Tahrim: 6) Sebahagian mufassir mengatakan bahwa batu tersebut adalah batu api atau belerang, ada yang mengatakan batu berhala yang dahulu disembah orang musyrik, mereka menjadi bahan bakar neraka sebagai penghinaan atas sesembahan mereka, begitu pula para penyembahnya. (Lihat QS. Al-Anbiya’: 98-99).

 KEADAAN  PENGHUNI NERAKA:

A.Wajah mereka cacat dan terbakar. (QS. Al-Mukminun: 104). 

B.Wajah mereka cacat dan terbakar. (QS. Al-Mukminun):1 Setiap kulit mereka matang karena terbakar, maka Allah akan mengganti kulit yang baru, begitulah seterusnya. (QS. An-Nisa’: 56). 

C.Wajah yang hangus menghitam, karena kepala mereka akan disematkan mahkota api. 

D.Penduduk neraka akan mengeluarkan bau yang sangat busuk dari tubuh mereka. 

PAKAIAN DI NERAKA:

1. Pakaian dari Qathiran yang terbuat dari tembaga yang dilebur. (QS. Ibrahim: 49-50). 

2. Tikar dan selimut api (Mihad dan Ghawasy). (QS. Al-A’raf: 41). 

SUMUR DAN JURANG NERAKA:

Kedalamannya sebagaimana yang digambarkan Rasulullah saw. dalam riwayat Muslim dari Abu Hurairah: “Pada suatu hari kami bersama Nabi saw. Lantas kami mendengar suara benda jatuh, kemudian Rasulullah saw. bersabda: “Tahukah kalian, suara apakah itu?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Nabi saw. bersabda: “Itu adalah suara batu yang dikirim dari neraka jahannam sejak 70 tahun yang lalu. Dan sekarang baru sampai ke dasar neraka.” 

LUAS JAHANNAM: 

Untuk mengetahui luas dan besarnya jahannam, dapat dibayangkan seandainya jahannam itu memiliki 70.000 tali kekang dan setiap tali kekang dipegang oleh 70.000 malaikat (Shahihul Jami’ 7.878). Juga dengan mengetahui besarnya tubuh para penghuninya, yang gerahamnya sebesar gunug Uhud, jarak antara kedua pundaknya sama dengan perjalanan 3 hari, tempat duduknya sejauh Makkah dan Madinah, bahkan seandainya seorang penduduk neraka menangis, maka air matanya yang menetes dapat menjadikan sebuah perahu berlayar di atasnya

 BERBAGAI BENTUK SIKSAAN BAGI PENDUDUK NERAKA 

1. Seringan-ringan siksa adalah seseorang yang memakai terompah dari bara api, sehingga menyebabkan otaknya mendidih. (HR. Bukhari dan Muslim). 

2. Kepala mereka akan disiram dengan air panas sehingga melelehkan otak mereka, begitu pula isi perut dan kulit mereka. (QS. Al-Hajj: 19-21). 

3. Wajah mereka akan diseret di atas bara api, juga dibolak-balik seperti daging bakar. (QS. Al-Ahzab: 66). 

4. Wajahnya akan dihitamkan seperti tertutup kepingan malam yang gelap gulita. (QS. Yunus: 27). 

5. Dikepung api dari segala penjuru. (QS. Al-Ankabut: 55 dan Az-Zumar: 16). 

6. Api membakar hati penduduk neraka, sehingga dari hati mereka keluar api. 

7. Isi perut manusia akan terburai (menimpa kepada Amru bin Luhay, orang yang pertama kali merubah ajaran tauhid nabi Ibrahim menjadi penyembahan terhadap berhala). 

8. Terjun dari atas neraka, yaitu bagi mereka yang bunuh diri dengan menjatuhkan dirinya dari tempat yang tinggi. 

9. Tidak pernah mati selamanya. (QS. Ibrahim: 17). 

10. Siksaannya tidak pernah berhenti. (QS. Al-Mukmin: 49-50). 

JERITAN, RINTIHAN DAN LOLONGAN PENDUDUK NERAKA 

Di antara kengerian neraka; penduduknya merintih dan menjerit serta melolong seperti keledai yang meringkik keras, yang demikian itu karena saking pedihnya siksa yang dirasakan. (Lihat QS. Al-Anbiya’: 100, Hud: 106 dan Fathir: 37). 
Penduduk neraka akan menangis sampai air mata mereka habis, sehingga yang keluar dari matanya adalah darah, ya darah!!, bukan air lagi! Mereka merintih dan memohon agar dapat dikeluarkan dari siksa neraka, mereka berjanji akan beramal shalih jika dikembalikan di dunia.?? Namun harapan mereka adalah harapan kosong dan doa mereka adalah doa yang sia-sia. 

Malaikat berkata: “Sesungguhnya kalian akan tetap berada di neraka ini.” (QS. Az-Zukhruf: 77). 

SIAPAKAH PENDUDUK NERAKA ITU ...? 

Dari Al-Qur’an dan Sunnah yang shahih disimpulkan bahwa penduduk neraka adalah orang yang musyrik, kafir, munafik, orang-orang sombong, orang-orang yang tidak mengingkari Thaghut (sesembahan yang disembah selain Allah) dan pemimpin zalim, para pezina dan homoseks, peminum khamer (minuman keras), pemakan riba (seperti bunga Bank), wang judi (seperti togel, sijil Wang, Insurans dll) dan harta anak yatim tanpa alasan yang benar, pembunuh orang mukmin tanpa hak, pelaku bunuh diri, orang yang tidak mau berjihad dan tidak mau membantu kaum muslimin yang tertindas dan diperangi, orang yang meninggalkan shalat, zakat, dan shaum (puasa), para dayus (orang yang membiarkan perbuatan maksiat terjadi di hadapannya) dan orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya, dll. Wallahu a’lam. 

ULAR DAN KALAJENGKING JAHANNAM:

 Dalam menjelaskan firman Allah: “Kami tambahkan kepada mereka siksaan di atas siksaan disebabkan mereka selalu berbuat kerusakan.” (QS. An-Nahl: 88). Ibnu Mas’ud berkata: “Yaitu kalajengking yang taringnya seperti pohon kurma yang panjang.” Imam As-Sudi mengatakan : “Bahwa ia adalah ular-ular di dalam neraka. Riwayat tentang ular dan kalajengking di neraka tidak ada yang marfu’ sampai ke Nabi saw, kebanyakan mauquf pada sahabat dan sebagian israiliyat. 
Wallahu a’lam Bissawab......

Jumaat, 9 Mac 2012

Khalifah Ali bin Abi Tali R.A. kehilangan baju besinya.....???...Yahudi peluk islam..........




                                    

DALAM PEPERANGAN SIFFIN, Khalifah Ali bin Abi Tali R.A. kehilangan baju besinya... Beberapa hari kemudian, Ali melihat baju besinya yang hilang itu di tangan seorang Yahudi.. Ali berkata kepada Yahudi itu; " Baju itu adalah kepunyaanku... Aku tidak pernah memberikan atau menjualnya kepada sesiapapun."..

Jawab orang Yahudi itu; " Tidak! Baju ini adalah kepunyaanku sejak dahulu." Baik Ali mahupun orang Yahudi itu masing-masing mempertahankan hak masing-masing... Akhirnya tidak juga dapat penyelesaian, maka keduanya sepakat pergi menemui hakim Syuriah untuk meminta penyelesaian secara jujur dan adil... Di situ, terjadilah dialog antara sang hakim dengan pihak pendakwa dan yang didakwa... Ali berkata: "Baju besi yang ada di tangan orang Yahudi ini adalah kepunyaanku sejak dahulu." .. Hakim Syuriah berkata kepada orang Yahudi itu; "Bagaimana Ali telah menyatakan bahawa baju besi yang ada di tanganmu itu adalah miliknya?" Jawab orang Yahudi itu; "Tidak, baju besi ini adalah kepunyaanku." Hakim Syuriah bertanya kepada Ali; "Apakah ada bukti di tangan Amirul Mukminin yang menunjukkan bahawa baju besi itu kepunyaan engkau?"....

Jawab Ali; "Ada! Puteraku Hassan dan Hussain tahu betul bahawa baju besi itu kepunyaanku sendiri." Hakim Syuriah berkata; " Kesaksian anak sendiri terhadap ayahnya tidak dapat diterima menurut hukum yang berlaku.." Selanjutnya, hakim Syuriah berkata; "Kerana Amirul Mukminin sendiri tidak boleh membuktikan dengan pengakuan dua orang saksi yang sah, maka aku memutuskan bahawa baju besi ini adalah milik orang yang memegang sekarang iaitu Yahudi tersebut." Lalu hakim Syuriah menjatuhkan palunya sebagai tanda persidangan telah selesai...

Sementara Khalifah Ali bin Abi Talib r.a., walaupun sebagai Amirul Mukminin dia boleh mengambil tindakan, atau sekurang-kurangnya memberikan tekanan kepada hakim untuk memenangkannya, tapi beliau tidak menempuh jalan itu... Dia tetap patuh kepada ketentuan hukum yang berlaku... Adapun hakim Syuriah telah menunjukkan satu contoh bagaimana mestinya sikap seorang hakim yang harus mempertahankan keadilan hukum di atas segala-galanya... 



Adapun orang Yahudi tadi yang mempersaksikannya dalam mengalami kejadian tersebut merasa takjub dan hairan sekali melihat kepatuhan seorang pembesar tinggi terhadap ketentuan hukum, ketegasan pendirian seorang hakim dalam menegakkan hukum yang semuanya bersumber kepada unsur-unsur keadilan di dalam Islam... Terpesona dengan kejadian itu, orang Yahudi tersebut lalu memeluk Islam...

Intipati dari kisah Khalifah Ali r.a. ini ialah:

1) Tidak ada keadilan selagi undang-undang manusia (Lord Reid) digunapakai sehingga digantikan dengan undang-undang syariah....

2) Menurut prinsip keadilan: tiada sesiapa mengatasi undang-undang....

3) Racist atau sentimen perkauman tidak ada dalam undang-undang Islam.... Keadilan mesti ditegakkan sebagai satu medan dakwah kepada non-muslim....

HIKMAH BERSUGI (BERSIWAK)....



                             



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Kalaulah tidak memberatkan bagi umatku, maka aku akan menyuruh mereka untuk bersiwak setiap kali ingin mendirikan solat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)...

Imam Abu Daud, Muslim dan an-Nasai meriwayatkan ayah Miqdam bin Syarih ada mengatakan, yang dia bertanyakan kepada Aisyah r.anha, apakah yang dilakukan Rasulullah pertama sekali jika memasuki rumah: Jawab Aisyah, “Bersugi (bersiwak)”....

Malah, semasa menjalani ibadah puasa Rasulullah sering bersiwak. Ini adalah sunnah yang bukan saja mendapat pahala, malah mendatangkan manfaat besar untuk kesihatan... Imam Ahmad melaporkan berkenaan kerapnya Rasulullah s.a.w. bersiwak walaupun dalam keadaan berpuasa... Daripada Ibnu Amir bin Rabi’ah, “Saya melihat Rasulullah berkali-kali bersiwak dalam keadaan berpuasa tidak dapat saya hitung dan kesan.”...

Ketika berpuasa, mikrobakteria cepat membiak di dalam mulut seseorang. Sebenarnya dalam mulut manusia terdapat cecair ludah melekat di bahagian lelangit dan gigi... Keadaan itu akan menghasilkan satu lapisan yang sangat halus, sehingga mikrobakteria melekat dengan cepat sekali... Oleh itu, lelangit dan gigi sangat perlu kepada penjagaan sempurna setiap hari...

Mulut dan gigi adalah kurniaan Allah yang diciptakan khusus bagi kemudahan hamba-Nya dalam sistem pencernaan... Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bersiwaklah (dengan berus) sisa-sisa makanan antara gigi-gigi kerana (membersihkan sisa-sisa makanan semacam itu), termasuk kebersihan, dan kebersihan itu membawa kepada iman, dan iman itu bersama-sama pemiliknya di syurga.” (Hadis riwayat at-Tabrani)....


Khamis, 8 Mac 2012

ANTARA 5 KELEBIHAN MEMBACA AL QURAN dan ANTARA 5 WAKTU UTAMA....


                 



BISMILLAHIR ROHMAN NIR ROHIM

1. ‘Uthman bin ‘Affan r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “Yang TERBAIK antara kamu ialah orang yang belajar Al Quran, dan mengajarkannya.” (Hadith Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, Nisai dan Ibnu Majah).....

2. 'Abdullah bin 'Amr r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “ (Pada hari pengadilan kelak), akan dikatakan kepada orang Al Quran, ‘Bacalah Al Quran dengan tartil, sebagaimana kamu telah membacanya di dunia, dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga).. Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca.” (Hadith riwayat Ahmad, Tirmidzi, Abu Daud, Nisai, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dalam sahihnya)…..

3. ‘Abdullah bin Mas’ud r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “ SESIAPA YANG MEMBACA SATU HURUF DARI KITAB ALLAH, maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan), sebagai ganjaran bagi huruf itu, dan SATU HASANAH adalah sama dengan SEPULUH PAHALA… Aku tidak berkata Alif, Lam, Mim, sebagai satu huruf, tetapi ‘Alif’ satu huruf, ‘Lam’ adalah satu huruf, dan ‘Mim’ adalah satu huruf.” (Hadith riwayat Tirmidzi)….

4. ‘Abdullah bin ‘Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, ”Sesungguhnya HATI-HATI INI AKAN BERKARAT, sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.” Baginda ditanya, “ Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasulullah S.A.W. bersabda, “ Banyak ingatkan MATI dan membaca Al Quran.” (Hadith riwayat Baihaqi)….

5. Mu’az al Johani r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “ Sesiapa yang membaca Al Quran dan beramal dengan apa-apa yang terkandung dalamnya, maka kedua IBUBAPANYA akan dipakaikan MAHKOTA pada hari Kiamat, yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah kamu di dunia ini..Bayangkanlah, bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan Al Quran?” (Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud)…


WAKTU YANG UTAMA MEMBACA AL QURAN

WALAUPUN pada amnya, kita disunatkan membaca al-Quran tanpa mengira waktu mana sekalipun, (selain waktu haid, junub, hadas besar, ketika khutbah, majlis ilmu dan di tempat-tempat yang tidak sesuai seperti tandas dan sebagainya), namun begitu, menurut Imam Nawawi rahimahullah, antara waktu yang afdhal membaca al-Quran ialah seperti berikut:

1] Di dalam solat, memanjangkan solat kerana membaca al-Quran lebih baik daripada memanjangkan sujud dan rukuk...

2] Membaca al-Quran pada waktu malam...

3] Membaca al-Quran pada separuh atau 1/3 malam, istimewanya ketika waktu solat Tahajjud....

4] Membaca al-Quran ketika di antara Maghrib dengan Isyak... Barangsiapa yang menunggu waktu sembahyang , seolah-olah ia sedang beribadat, lebih-lebih lagi sekiranya mereka membaca al-Quran....

5] Sekiranya dibaca pada waktu siang, maka waktu yang paling afdhal ialah selepas solat subuh....

Apa yang paling penting, disamping membaca al-Quran, fahamilah maknanya, dan amalkan ajarannya, secara istiqamah dan ikhlas kerana Allah s.w.t....
~WAALLAHULLAM 
 JAKSA KOTARAJA
MARILAH KITA BELAJAR AL QURAN... MEMBACANYA....MEMBUDAYAKANNYA...

Rabu, 7 Mac 2012

TANGGUH BERCERAI UNTUK TAMBAH ANAK

                                        

Sepasang suami isteri dari golongan terpelajar, menghadapi krisis rumahtangga yang runcing...mereka sudah berkahwin selama 8 tahun, dan memiliki 3 orang anak... Akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, kerana tidak mahu perselisihan mereka mengganggu kerjaya masing-masing....

Mereka menemui seorang peguam, untuk merunding soal pembahagian harta sepencarian di antara mereka, dan lain-lain... Perundingan berlangsung lancar dan pembahagian harta dapat dilakukan tanpa banyak masaalah... Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, iaitu mengenai pembahagian 3 orang anak2 mereka... Baik si suami mahupun si isteri, sama-sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mahu mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua...

Mereka akhirnya menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang sebaiknya... Tokoh agama berkenaan, akhirnya memberikan jalan keluar, iaitu mereka diminta menunda perceraian mereka selama satu tahun, dan mereka hendaklah menambah satu orang lagi anak... Apabila mereka ada 4 orang anak, mudahlah pembahagiannya... Mereka bersetuju dengan cadangan tokoh tersebut... Perlu diingat, mereka adalah dari golongan intelektual...

Setahun kemudian, mereka datang berjumpa dengan tokoh agama berkenaan.. Wajah mereka tidak kelihatan muram lagi... tokoh agama itu pun bertanya : “Apakah kamu sudah berhasil menambah seorang lagi anak supaya kamu dapat bercerai?”.... Si suami lalu menjawab :

“Allah Maha Pengasih dan Penyayang... Dia memberikan kami tambahan anak, tapi juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling kasih mengasihi... Jadi kami memutuskan untuk tidak bercerai”... Si isteri juga tersenyum... "Bagaimana Allah memberikan isyaratNya itu?”, tanya tokoh agama tersebut....

“Allah memberikan kami tambahan anak, bukan seorang, tapi dua orang.... ANAK KEMBAR!!”....



~ALHAMDULLILLAH.....

PERUMPAMAAN ANTARA RUSA DAN MANUSIA



                                                    
                                                                               Gambar Hiasan..


BISMILLAHIR ROHMAN NIR ROHIM

ADA SEEKOR RUSA JANTAN yang sangat cantik.. Rusa itu berjalan sendirian jauh daripada kelompoknya yang lain... Tatkala tekaknya berasa kering, Rusa pun menghampiri sebatang sungai dan minum air di dalamnya... Rusa tersebut terpandang bayang-bayangnya di permukaan air... “Alangkah cantiknya rupa parasku ini! Aku kagum dengan tandukku yang bercabang-cabang ini. Ia melambangkan kemegahanku,” puji Rusa terhadap dirinya... Rusa kemudian merenung kakinya lantas berkata... “Oh tuhan! Engkau sungguh tidak adil... Setelah engkau ciptakan rupa yang cantik kepadaku, kemudian engkau cacatkan diriku dengan mengurniakan kaki yang kurus dan kecil ini... Alangkah tidak sesuainya ciptaan kaki ini dengan diriku!” rungut Rusa yang jelas tidak menyukai bentuk kakinya itu....

Tiba-tiba Rusa terdengar ngauman harimau di belakangnya... Rusa menoleh dan mendapati Harimau sedang menghampirinya... Tanpa membuang masa, Rusa berlari sepantas yang mungkin... Dengan mudah Harimau jauh ketinggalan di belakang... “Oh Tuhan! Nasib baik kakiku ini kecil.. Mudah untuk aku berlari laju menyelamatkan diri,” bisik Rusa penuh gembira... Harimau itu masih mengejarnya...Kemudian, Rusa tiba di sebuah hutan yang penuh dengan ranting dan dahan pokok yang bercabang-cabang... Rusa cuba untuk menyelit di sebalik dahan-dahan tersebut tetapi malang tidak berbau, bala pula menimpanya... Tanduk yang dibangga-banggakannya itu telah tersangkut pada dahan-dahan tersebut... Lantas, Harimau mengambil peluang itu untuk menerkam mangsanya yang tidak dapat berbuat apa-apa lagi...

Ini merupakan gambaran biasa manusia di zaman moden ini... Tidak menghargai pemberian ALLAH SWT... Rusa itu telah tersalah sangka... Kakinya yang kecil yang membuatnya berasa rendah diri telah menyelamatkan dirinya dari dikejar Harimau... Namun, tanduknya yang bercabang indah itu pula yang mencelakakan dirinya, tersangkut di dahan pokok... Kaki rusa digambarkan sebagai amalan soleh manusia... Solat kita, zikir kita, bacaan Quran kita, sedekah kita, dan banyak lagi amalan soleh yang dipandang ringan di mata kita... Kita menganggap amalan soleh tidak penting... Tetapi ingat! Ingat! Ingat! Amalan soleh itulah yang menyelamatkan kita daripada azab kubur dan azab api neraka kelak....

Adapun tanduk rusa menggambarkan perhiasaan dunia.... Manusia terlalu berbangga dengan perhiasaan dunia (harta, pangkat, dan wanita).... Manusia terlalu leka dengan tipuan dunia sehingga mereka berusaha keras untuk memiliki dunia.... Akhirnya, kelalaian mereka ini menyumbang malapetaka tatkala Malaikat Maut mencabut nyawa mereka.... 


MARI KITA mengambil iktibar dari cerita ini... Jadikanlah amalan soleh sebagai darah daging kita... Jangan kita leka dengan dunia yang sementara ini! Sehingga kita terlupa mengejar kebaikan yang akan menyelamatkan kita di dunia yang kekal abadi di sana....



Firman ALLAH SWT dalam Surah Yunus 10:ayat 88 - " Musa berkata: 'Ya Tuhan Kami sesungguhnya Engkau telah memberi kepada Firaun dan pembesar-pembesar kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia. Ya Tuhan Kami akibatnya mereka menyesatkan manusia dari jalanMu. Ya Tuhan Kami binasakanlah harta-harta benda mereka dan kunci matilah hati mereka, maka mereka tidak beriman sehingga mereka melihat seksaan yang pedih.”...