Rabu, 10 Ogos 2011

Pihak korporat diseru bantu anak yatim



Anak-anak Yatim menerima sumbangan yang disampaikan oleh YB Datuk Haji Mat Yunos Husin diiringi oleh Datuk Aziz Jamaluddin dan Encik Abu Hassan Ismail.



MELAKA, 8 Ogos – Pihak korporat dan pihak-pihak yang berkemampuan diseru bersama-sama menghulurkan bantuan kepada golongan anak-anak yatim atas dasar kasih sayang, tanggungjawab dan sokongan kepada anak-anak yatim.

“Golongan anak yatim memerlukan pembelaan dan hak yang sewajarnya dari aspek bantuan dan perhatian.”

Demikian jelas Datuk Aziz Jamaluddin, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), semasa berucap di Majlis Iftar Ramadhan Bersama Anak-Anak yatim Anjuran Hotel Naza Talyya di Melaka baru-baru ini.

Yadim yang menjalankan aktiviti dakwah turun padang turut memuji Hotel Naza Tallya yang masuk tahun ini, merupakan tahun ketiga mereka mengadakan majlis meraikan anak-anak yatim.

“Yadim, dengan aktiviti dakwah kami, membantu anak-anak yatim dan golongan terpinggir mengikut apa yang kami mampu dan kehadiran pihak korporat yang sama-sama membantu meringankan beban anak yatim ini, amat kami hargai dan berharap ramai lagi pihak melakukan hal yang sama,” kata Dato' Aziz lagi.

Anak-anak yatim dari 8 buah sekolah di sekitar Melaka diraikan dalam majlis tersebut dan menerima sumbangan keperluan harian serta ‘duit raya’.

Majlis penyampaikan disempurnakan oleh YB Datuk Haji Mat Yunos Husin, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerajaan tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar Negeri Melaka bersama-sama dengan Datuk Aziz Jamaluddin dan Pengurus Hotel Naza Tallya, Encik Abu Hassan Ismail. ~Jaksa kotaraja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan