Isnin, 29 Ogos 2011

PERUTUSAN AIDILFITRI DAN TAKBIR RAYA...

BISMILLAHIRROHMANNIRROHIM,,
ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR...
ALLAHHUAKBARKABIRRO,WALHAMDULLILLAHIHIKASIRO,WASUBSUHANALLAHIBUKKROTANWAASILA..,LAILLAHAILLAHIWALLANAKBUDUILLAHUMUKHLISI,NALAHUDDIN.....WALAUKARIHALMUNAFIKUUUUUNN............WAALUKARIHALMUSHRIKUUUUUUNN.............WALAU KARIHAL KAFIRUUUUUUNN......
LAILLAHAILLALLAHUWAHDAH,SODAKOWAK'DAH,WANASAROLABDAH,WAWAAZ'ZAJUNDUWAHAZAMMALAHZAB BAWAHDAH
LAILLAHAILLAHUWALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR WALILLAH ILHAMD...

 Bersyukur kita kehadrat Allah SWT,dengan limpah kurniaNya kita telah pun menjejaki Bulan Syawal dan meninggalkan Ramadhan.....Banyak peristiwa pahit manis serta suka dan duka kisah ramadhan yang dapat kita jadikan renungan dan iktibar bersama. Bagi mereka ada yang menangis pabila ramadhan meninggalkan mereka kerana ''masihkah ada ramadhan buat mereka pada masa nanti''......para golongan ahli ibadah pastinya berlinang airmata, kerana ''Ramadhan terpaksa meninggalkan mereka''.Disaat ini juga ada yang gembira seolah-olah telah terlepas dari belenggu Ramadhan dan menganggapkan puasa amat menyusahkan hidup dan aktiviti seharian mereka.

ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR...WALILLAH ILHAMD....
Dihari ini saya menyeru kita sebagai umat Muhammad hendaklah bersatu dibawah panji kalimah syahadah. Buangkanlah,elakkanlah segala persengketaan,perbalahan,permusuhan sesama agama dan bangsa.Jadikanlah islam adalah contoh yang baik dimata masyarakat. Aidilfitri kali ini jadikanlah hari yang terbaik untuk kita menjalin hubungan baik antara agama ,bangsa serta kaum.Penuhilah waktu yang terluang untuk ziarah menziarahi serta merapatkan hubungan serta bermaaf-maafan diantara kita sebagai manusia.Janganlah dijadikan masa ini untuk berhibur tanpa batasan, siaran Tv dijadikan santapan keluarga dan para tetamu sekalian.Ingatlah sebulan telah kita beramal dan hancurnya amalan itu disatu Syawal.....adakah itu yang kita semua inginkan??

ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR...WALILLAH ILHAMD....
Dikesempatan ini saya juga ingin mengingatkan dan meyatakan bahawa bukan pemimpin sahaja yang boleh buat perutusan... kita sebagai khalifah dan manusia dimuka bumi adalah dipertanggungjawabkan akan apa yang kita buat. Nasihat saya ....Perlu dingatkan juga kita hendaklah berjimat cermat dalam perbelanjaan kita di musim perayaan(nak eksen pada orang konon). Kepada pemandu sila berhati-hati sewaktu dalam perjalanan anda,semoga anda selamat menuju destinasi.  Yang tidak pulang atau bertugas, perhatikan keselamatan rumah jiran tetangga(jadilah jaga sekejap) Sesuatu yang nak diingatkan,kanak-kanak jangan bermain mercun, kadang-kadang mak/bapak yang lebih pulak.
Dengan kalimah Allah kami dari ADMIN-ADMIN YADIM MENCARI HIDAYAH , ADMIN-ADMIN ISLAM WAY OF LIFE , ADMIN-ADMIN MASIH ADA RAHMAT BUAT ANAK-ANAK ADAM DAN ADMIN-ADMIN KUMPULAN YANG TIDAK DINYATAKAN memohon ampun serta kemaafan atas segala ketelanjuran dalam pertuturan...perdebatan...perhujahan..perbincangan dan apa juga yang telah menguris serta menyakiti perasaan anda tanpa mengira pangkat,agama,bangsa dan kaum. 
Jaksa kotaraja@Hanafiah sekali mengambil kesempatan bagi memohon maaf dan ampun buat diri ini bagi mewakili pihak kami sekeluarga, minta dihalalkan makan dan minum serta maaf atas segalanya ...
~JAKSA KOTARAJA

Sabtu, 27 Ogos 2011

Jangan salahkan takdir ???



DATUK AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

SAMBUTAN hari raya di kampung menjadi tradisi setiap tahun para perantau untuk pulang. Dalam keghairahan untuk pulang itu, persiapan mental dan fizikal menjadi sandaran agar perjalanan menjadi sesuatu yang tenang dan selamat.
Saban tahun insiden kemalangan tidak banyak memberikan kita kesedaran, kerana ia terus meningkat terutamanya menjelang musim-musim perayaan. Kita juga kadangkala menerima kemalangan hanyalah sebagai takdir walhal sebahagian besarnya dapat kita elakkan jika merupakan pemandu yang sabar, disiplin, tidak mementingkan diri dan mengambil langkah berhati-hati.
Maklumlah dalam keadaan tertekan kerana jarak perjalanan yang jauh dan kesesakan kenderaan, kita akan menjadi lebih cepat marah. Kita marahkan sesiapa sahaja tetapi jarang pula kita menilai diri sendiri apakah corak pemanduan kita itu tidak mendatangkan keburukan atau bahaya kepada orang lain.
Dapatan kajian memberikan kesimpulan bahawa 80 peratus adalah disebabkan oleh faktor kecuaian manusia sendiri manakala 10 peratus adalah faktor fizikal dan selebihnya oleh faktor-faktor seperti jarak penglihatan yang rendah (disebabkan hujan) ataupun masalah kenderaan yang tidak diselenggarakan secara berkala.
Dari sudut pandangan Islam, berdasarkan keyakinan dan akidah sebenar, takdir bukan boleh disalahkan secara total. Sikap pesimis itu sebenarnya merupakan orang yang gagal menguruskan diri sendiri. Turut menjadi kegagalan ialah kerana tidak menggunakan kecerdikan akal membuat pilihan sedangkan kita sentiasa diminta agar bertindak secara bijaksana.
Atas kegagalan membuat pilihan secara bijaksana, kita sendiri sebenarnya telah memilih untuk mengundang tragedi atas kecuaian. Kita lebih banyak membuat kesimpulan, kalau sudah ditakdirkan kita mati secara begitu, walaupun telah melakukan tindakan pencegahan dengan begitu teliti, ia tetap juga berlaku kerana ia adalah kehendak Illahi. Jika segala langkah pencegahan telah kita mulakan dengan bersungguh-sungguh, maka konsep takdir boleh kita terima sebagai faktor tunggal.
Tetapi, kalau bukan menerusi langkah berhati-hati dan sentiasa beringat sebelum kena, maka menyalahkan takdir adalah sesuatu yang bertentangan dengan keyakinan agama. Kita telah membawa masuk nilai-nilai buruk dalam kehidupan kita sedangkan Islam sentiasa memberikan petunjuk, jauhkan sikap buruk kerana ia adalah sesuatu yang keji, jelek dan boleh memudaratkan nyawa kita sendiri.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berlaku baiklah sesungguhnya Allah SWT sukakan orang yang melakukan kebaikan" (Surah al-Baqarah ayat 195).
Tabiat manusia lebih cepat berubah. Perubahan itu biasanya menjuruskan kepada perkara-perkara yang buruk kerana tarikannya adalah lebih kuat berbanding dengan tabiat yang lebih baik. Nilai ego telah menguasai diri, dan keegoan itulah menjadikan manusia sering lupa diri, sombong, riak dan bertindak membabi buta sehingga tidak dapat memikirkan keselamatan orang lain.
Sebagai seorang Muslim yang beriman, kita diberikan petunjuk dan panduan agar lebih berhati-hati dalam hidup, sentiasa beringat kerana malang itu tidak berbau.
Kita mesti memandu dalam suasana yang tenang, tidak mengikut perasaan. Cara itu boleh membantu kita mengambil tindakan bila sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Kita boleh mengawal kenderaan kita. Kita boleh menyelamatkan nyawa kita sendiri dan orang yang berada di sekeliling kita. Mereka juga memerlukan sokongan dan dokongan kita untuk hidup, kerana mereka adalah sebahagian dari diri kita.
Takdir adalah ketentuan terhadap sesuatu berdasarkan sistem yang ditetapkan-Nya. Siapa bersandar di tembok yang rapuh akan ditimpa runtuhannya, dan siapa yang menjauhi tembok itu akan terselamat. Kedua-dua ini adalah takdir-Nya, namun demikian manusia berpotensi untuk memilih dan berusaha menghindarinya.
Salah satu usaha tersebut adalah doa. Justeru kita dapat berkata bahawa ada ketetapan-Nya yang telah pasti dan ada pula yang bersyarat. Siapa tahu salah satu syarat itu adalah doa, sehingga apa yang diperolehi mereka yang berdoa, sudah tentu berbeza dengan apa yang dialami oleh mereka yang tidak berdoa.
Islam sentiasa menyuruh kita berhati-hati dan sentiasa mendoakan keselamatan. Antara doa lazim yang diajarkan kepada kita ialah "Innnallazi farada alaikal qurana laraduka ila ma'ad" (al-Quran surah Al qasas ayat 85). Menurut sesetengah riwayat sesiapa yang membaca ayat ini insya-Allah dirinya akan kembali ke tempat asal dengan selamat. Demikian juga perjalanan tersebut hendaklah dimulakan dengan doa yang selalu diajar antara lain ialah "subhana llazi sakhara lana haza wama kunna lahu muqrinin wainna ila rabbina lamunqalibun".
Menurut kata setengah ulama sesiapa yang membaca doa ini ketika hendak berlepas dari satu tempat, dia pasti akan dikembalikan ke tempat itu dengan selamat. Insya-Allah. Memandu dengan laju tanpa menghiraukan peraturan jalan raya sekiranya berlaku kematian, maka kematian itu adalah sebagai mati katak bukan syahid kemalangan.
Di sini kita perlu memahami konsep takdir yang sebenar kerana banyak salah faham berlaku di kalangan masyarakat yang menganggap takdir itu adalah kerja Allah SWT yang maha Esa tanpa sekutu dengan yang lain-lain.
Memang pada hakikatnya semua yang berlaku ini sama ada baik atau jahat sudah dalam pengetahuan ilmu Allah sejak dari azali lagi, sedangkan kita tahu ilmu-Nya tersebut bukan tugasnya menentukan berlaku sesuatu (baik atau buruk) kepada hamba-Nya.
Sesungguhnya manusia tidak boleh lari dari suatu ketetapan Allah kerana manusia tidak mampu keluar daripada keputusan dan takdir Allah selaras dengan ilmu pengetahuan-Nya yang meliputi sekalian makhluk ciptaannya. Tetapi manusia diberi daya usaha dan pilihan yang akan menentukan secara juzie. Justeru untuk memahami persoalan takdir ini sebenarnya ia amat sukar hendak diperjelaskan melainkan orang yang mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT. Manakala orang yang tidak mendapat hidayah daripada Allah SWT dia akan mengikut fahaman Mazhab Jabariah.
~jaksa yadim

Bila dan siapa layak peroleh Lailatulqadar???


ALLAH SWT berjanji akan meningkatkan gandaan pahala kepada setiap orang Islam yang bersungguh-sungguh dalam mengerjakan ibadat sepanjang kehidupan. Setiap hari adalah hari beribadat malah bekerja juga termasuk dalam kategori ibadat. Dengan bekerja, seseorang itu dapat memperoleh rezeki yang halal bagi menyara kehidupan dan tanggungannya.
Dalam memenuhi tanggungjawab tersebut, Allah SWT memberikan peringatan bahawa bulan Ramadan adalah bulan yang paling banyak gandaan pahalanya. Antara celahan bulan Ramadan, terdapat satu malam yang amat besar ertinya kepada orang Islam kerana pada malam tersebut dijadikan penuh keberkatan dan kebaikan.
Malam tersebut dikenali sebagai Lailatuqadar. Lailatulqadar adalah malam yang amat agung kerana dipilih Allah sebagai malam permulaan Nuzul Quran atau permulaan Allah melimpahkan cahaya agama Allah ke seluruh alam, di samping melimpahkan kesejahteraan dan kedamaian yang memancar dari hidayat Allah (al-Quran) ke atas hati dan kehidupan manusia.
Gambaran keberkatan pada malam itu ialah dalam nilaian ia lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan, ertinya ialah selama 83 tahun dan 4 bulan. Maknanya, sesiapa yang dapat menikmati malam tersebut akan memperolehi ganjaran pahala dalam gandaan seribu bulan.
Beruntunglah bagi mereka yang dapat mengerjakan ibadat sepanjang malam tersebut. Kelebihan dan kemuliaan malam tersebut disebut oleh Allah SWT dalam satu surah khusus, iaitu Surah al-Qadr.
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan (al-Quran) pada malam al-Qadr. Adakah kamu tahu (wahai Muhammad) apakah malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr adalah lebih baik daripada seribu bulan." (al-Qadr:1-3).
Bilakah malam Lailatulqadar itu? Rasullullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada satu malam. Amal ibadah yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia hilang semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah SWT." (Riwayat Ibnu Majah).
Mengenai tarikh sebenar malam tersebut, para ulama tidak mempunyai kesepakatan. Bagaimanapun kesemua ulama bersetuju bahawa Lailatulqadar hanya berlaku pada bulan Ramadan, terutamanya pada sepuluh malam terakhir.
Manusia perlu mencari hikmah di sebalik misteri tarikh tepat malam tersebut. Allah SWT sengaja menyembunyikan rahsia pada malam tersebut dengan harapan manusia tidak akan menyempadankan diri hanya untuk beribadat secara terhad pada malam itu sahaja.
Allah SWT sengaja melakukannya kerana mengharapkan setiap umat Islam dapat melakukan persediaan yang lebih baik, sehinggalah boleh menikmatinya dengan kesungguhan dan penuh keimanan.
Dalam satu hadis, Aisyah r.a. berkata Rasulullah SAW bersabda: (Riwayat Tarmizi, Nasai, Ibnu Majah dan Ahmad).
Kenapa Lailatulqadar itu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW? Menurut Imam Malik, Rasullullah SAW tersentak apabila memikirkan umur umatnya tidaklah sepanjang umat-umat sebelumnya. Menyedari mengenai keadaan tersebut, Nabi Muhammad SAW memohon pertolongan daripada Allah SWT.
Nabi Muhammad SAW memohon agar diberikan peluang beribadat sepanjang yang mungkin sebagaimana peluang itu telah diberikan kepada umat-umat sebelumnya. Akhirnya, Allah SWT mengabulkan permintaan tersebut dengan menurunkan Lailatulqadar.
Menurut Syeikh Muhammad Abduh, sebab kenapa malam tersebut diturunkan kepada umat Nabi Muhammad SAW adalah kerana ia adalah ketentuan Allah SWT. Pada malam tersebut, Allah SWT mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintah nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang benar. Agama yang dapat melepaskan manusia daripada segala kehancuran dan kerosakan.
Imam Nawawi pula berhujah, sebahagian ulama memberikan pandangan bahawa malam itu datangnya secara bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya, jika pada tahun ini berlaku pada 29 Ramadan, maka pada tahun akan datang ia akan datang pada malam yang berbeza.
Pendapat tersebut turut diterima oleh Ibn Hazam dengan menjelaskan malam itu adakalanya berlaku pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan, ia berlaku dalam posisi kiraan ganjil.
Ada juga ulama membuat kesimpulan setiap tahun Lailatulqadar berlaku pada tarikh yang sama, iaitu pada tanggal 27 Ramadan. Pendapat tersebut bersandarkan kepada sebuah hadis Rasulullah SAW sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud: Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatulqadar itu pada malam 27.
Menurut Ibnu Abbas, kerana surah al-Qadr mengandungi 30 kalimah dan kata salamun hiya(selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah ke-27, maka malam tersebut adalah malam ke-27.
Ulama yang lain berpendapat, kalimah Lailatulqadar terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr, kalimat tersebut diulang-ulang sebanyak tiga kali, maka tentunya ia akan berlaku pada malam ke-27, iaitu sembilan didarabkan dengan tiga.
Ada ulama menetapkan malam tersebut akan berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir bulan Ramadan. Pendapat ini dikemukakan oleh Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berasaskan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a. dan seterusnya diriwayatkan oleh Imam Bukhari: "Carilah sedaya upaya kamu Lailatulqadar itu pada 10 malam ganjil pada akhir Ramadan."
Pendapat para U'bbad menyatakan ia mengikut hari permulaan awal Ramadan, bila awal puasa pada hari Ahad atau Rabu maka, malam Lailatulqadar ialah pada malam 29 Ramadan.
Bila awal puasa pada hari Jumaat atau Selasa, maka malam Lailatulqadar ialah pada malam 27 Ramadan. Bila awal puasa pada hari Khamis, malam Lailatulqadar pada malam 25 Ramadan.
Jika awal puasa pada hari Sabtu, malam Lailatulqadar ialah malam 23 Ramadan dan jika awal puasa pada hari Isnin maka, malam Lailatulqadar pada malam 21 Ramadan.
Menurut Syeikh Abu Hassan, beliau tidak pernah luput dari malam Lailatul Qadar mengikut kaedah ini.
Pengalaman mendapatkan Lailatulqadr adalah sebuah pengalaman spiritual yang paling puncak bagi orang yang bersungguh-sungguh berusaha menyempurnakan keimanannya. Maka, setiap orang Islam perlu melakukan ibadah dan ibadat dengan bersungguh-sungguh sepanjang kehidupannnya bagi mendapat keberkatan. Kemanisan keimanan akan menjadi berlipat ganda sekiranya manusia itu mampu meraih malam Lailatulqadar.
Dalam masyarakat Melayu, malam Lailatulqadar turut dikenali sebagai malam tujuh likur. Meskipun ada banyak cerita yang berkisar dalam masyarakat Melayu mengenai malam tersebut, sebahagian besarnya adalah cerita yang tidak bersandarkan petunjuk yang jelas.
Malah pada malam tersebut turut diceritakan banyak keganjilan berlaku - air berhenti mengalir, pokok sujud menyembah bumi atau malaikat turun ke bumi dalam bentuk manusia - kerana tidak semua manusia boleh menemuinya dalam bentuk nyata.
Imam Thabari menjelaskan untuk menemui malam itu, tidak disyaratkan dengan melihat sesuatu atau mendengarnya. Maka amalan sesetengah orang Melayu menunggu air paip menjadi beku pada malam tersebut perlu digantikan dengan memperbanyakkan amal ibadat yang lebih berfaedah.
Jika kita ingin mendapatkan Lailatulqadar, kita seharusnya dapat melakukan 'kiam' Ramadan. Sepanjang bulan tersebut kita hidupkan suasana ingin belajar (taklim) sepanjang masa, siang dan malam dengan beribadah, zikir, solat sunat dan qiraah (tadarus dan telaah) al-Quran.
Seluruh indera kita dipusatkan kepada pintu keampunan bagi melenyapkan diri kita daripada dosa dan dinyahkan syak wasangka.
Sepanjang bulan Ramadan, sebenarnya bulan kita bermuhasabah dan membersihkan diri daripada segala kekotoran malah ada yang mentafsirkan bulan kesembilan itu sebagai bulan penuh kebajikan.
Lailatulqadar yang kita impikan itu adalah sebuah titik yang perlu kita cari, kerana pencarian itu membawa kita kepada kemuncak kehidupan, agar amal dan ibadah kita akan diterima oleh Allah SWT, kita akan dimasukkan sebagai senarai orang yang beriman dan beramal soleh.

kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan ..........



Isu larang baca al-Quran: Kelak ada yang menuntut masjid tak perlu ada menara



APAKAH ertinya kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan jika apa yang berkaitan dengannya tidak dapat diangkat pada kedudukan lebih tinggi berbanding agama-agama lain?
Tidakkah semua kaum di Malaysia menerima Islam sebagai agama rasmi, maka segala amalan yang dapat memperkukuhkan kedudukannya bukan sahaja perlu dipertahankan bahkan wajib dipertingkatkan?
Malaysia diterima sebagai negara Islam, namun disebabkan ada segelintir tokoh politik yang memikirkan untung dalam jangka pendek sanggup mengkhianati budaya dan amalan yang sekian lama dipraktikkan.
Mereka persoalkan, membuat arahan dan panduan bahawa bacaan al-Quran tidak perlu lagi menggunakan alat pembesar suara, terutama menjelang waktu Subuh. Ini bermakna, mungkin suatu hari nanti mereka juga akan mengharamkan paluan beduk bagi memberitahu waktu solat ataupun ada kematian dalam kampung mereka. Malah lebih malang lagi, kemungkinan suatu masa kelak mereka mengharamkan laungan azan.
Di Kuala Terengganu, setiap kali masuk waktu berbuka, bedilan meriam kedengaran. Setakat ini belum ada bantahan atau orang menerima kesan daripada tembakan itu. Sejak berzaman, tidak pernah orang Cina membantah bacaan al-Quran dari corong pembesar suara sebelum waktu Subuh atau Maghrib walaupun mereka tinggal bersebelahan pagar masjid.
Bagaimanapun, nampaknya Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah mendahului larangan menggunakan pembesar suara. Meskipun kenyataan larangan itu bukan berbentuk fatwa kerana tidak digazetkan, ia tetap memperlihatkan pengaruh pemikiran liberal sedang berkembang dalam kalangan agamawan di negeri tersebut.
Agamawan yang meneraju jawatankuasa itu sebenarnya memahami kehendak dan falsafah politik kerajaan negeri. Mereka sudah boleh membuat tafsiran dan langkah untuk merealisasikan kepimpinan ala "Umar Abdul Aziz", sedangkan lebih ramai orang yang mengakui dirinya sebagai Muslim tidak pun pernah mengkaji corak pentadbiran dan kebijaksanaan khalifah yang dijadikan teladan itu.
Ramai pihak memandang keputusan melarang penggunaan alat itu atas alasan mengganggu orang yang sedang tidur atau sakit, sebenarnya terlalu remeh. Mereka sebenarnya tidak memahami hakikat alam dan kehidupan yang penuh keberkatan.
Tidakkah dengan menggunakan pembesar suara untuk memperdengarkan bacaan al-Quran serta kebiasaannya di sesetengah tempat akan disusuli seruan azan pertama itu akan mengingatkan bahawa fajar siang telah menjelma, maka bersiaplah untuk mencari rezeki. Bukankah apabila ada orang mengingatkannya, kita segera bersiap untuk memulakan tanggungjawab itu.
Mereka yang menganggap membaca al-Quran dengan lantang dari menara masjid kerana menggunakan pembesar suara adalah satu gangguan tatkala sebahagian besar manusia lain tidak terganggu adalah satu hal yang silap. Mereka silap, dan cuba menukarkan persekitaran kehidupan semula jadi, dan kebiasaannya mereka yang tidur siang dan bekerja waktu malam adalah dari jenis haiwan berdarah panas seperti kelawar, bahkan drakula yang sentiasa mahu bersembunyi daripada dilihat makhluk lain, berbanding kumpulan yang menghargai hari siang.
Pemimpin politik yang menyokong tindakan itu seharusnya sedar, suatu masa nanti akan ada yang menuntut agar masjid tidak perlu ada menara, kerana menara membawa kepada keburukan yang sedang dicarikan alasannya. Usaha tersebut sudah pun dimulakan di Barat, di mana mereka mengadakan pungutan suara.
Kerana terlalu percayakan kerasionalan akal dan persetujuan ramai, maka pungutan suara menjadi satu kaedah terbaik membuat sesuatu desakan ataupun meminda peraturan. Ia dilihat sebagai sesuatu yang bijak dan terbaik kerana mendapat sokongan ramai walaupun sokongan itu dibuat setelah proses membuat keputusan dipengaruhi.
Kerana itulah kita tidak hairan. Penentangan secara langsung akan menyebabkan lebih ramai orang Islam keluar membantah. Kini mereka sudah menyerap masuk ke dalam pemikiran sesetengah pentadbir Islam, dan berjaya meneutralkan pemikiran para kadi, pemimpin agama dengan alasan logik akal oleh tokoh politik berkenaan.
Tokoh politik itu sebenarnya sudah pun termasuk dalam kelompok barangan yang boleh digadai. Prinsip perjuangannya sudah mengalami pertembungan kosmik dan meledak menjadi percikan kepentingan politik bersama dalam gagasan untuk menjadi pilihan memerintah. Harapan itu tentunya akan berjaya sekiranya jumlah penganut Islam dibahagi-bahagikan ke dalam pelbagai kelompok.
Bahkan dalam satu organisasi sekalipun sudah ada kelompok pro dan kontra. Konflik dalaman inilah mampu menggelorakan tindakan bermusuh-musuhan walaupun terdiri dariprimordial yang sama, dan menggunakan amalan serta kitab suci yang sama. Masing-masing berbeza pandangan, maka perbezaan-perbezaan itu perlulah diselesaikan segera.
Majlis Fatwa Kebangsaan harus menyedarkan bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri perlu berhati-hati mengeluarkan sebarang fatwa atau nasihat kepada fatwa baru dan perlu dilakukan perbahasan mendalam terlebih dahulu. Negeri mestilah akur dalam perkara-perkara itu bagi mengelakkan semakin banyak lagi perpecahan berlaku dalam kalangan orang Islam sendiri.
Di Malaysia, semua tahu bahawa bukan sahaja agama rasminya Islam tetapi juga peraturan yang diamalkan, iaitu Islam Sunni dan bermazhab Syafie.
Lantaran itu hujah yang diamalkan di negara ini berdasarkan kepada empat dalil, iaitu bukan bersandarkan kepada al-Quran dan hadis sahaja malah Ijmak Qias dan adat resam setempat.
Menurut fahaman ini, maka adat dan uruf setempat perlulah disanjung dan dihormati oleh umat Islam dalam agamanya sendiri di mana-mana kerana seluruh rakyat yang faham akan menerimanya sebagai sesuatu yang perlu dipertahankan. Ia diakui dalam satu kaedah pengambilan hukum agama dan disebut sebagai (Satu Adat Yang Elok Itu Ditetapkan Dan Diterima Oleh Agama).
Kerenah pembangkang disusuli dengan tindakan melampau dan tuntutan keterlaluan telah mencacatkan sistem demokrasi.
Kini, pembangkang seharusnya sedar apa yang banyak mengilhamkan konsep kebebasan dan hak asasi manusia sebenarnya telah menjadi semakin ganas, vandalis dan kejam.
Malaysia berjaya mengisi erti kemerdekaan dengan kemakmuran dan kesejahteraan, maka dalam keadaan itulah ramai yang tampil untuk berebut peluang sedangkan ketika bergelumang dengan kesukaran, tiada yang tampil secara bersemangat berjuang membanteras setiap petualang.
Golongan inilah yang sebenarnya menjadi petualang dalam negara kerana cuba menghidupkan kembali tuntutan ideologi komunis, membangkitkan rasa permusuhan antara kaum, merobohkan kontrak sosial dan mempertikaikan apa saja yang telah dilembagakan sebagai undang-undang.
Sikap dan tindakan mereka semakin ganas dan melampau. Maka, percubaan untuk menterbalikkan konsep pemerintahan dan institusi yang ada di dalamnya adalah hakikat budaya anarkisme yang sedang mereka kembangkan sebagai budaya baru masyarakat Malaysia dengan menggunakan perantaraan agama.
Tidak semua hal yang bersifat tradisi itu kuno dan ketinggalan zaman. Hanya sifat sesetengah pihak yang gemar mengejar kepentingan peribadi itulah sebenarnya menjerumuskan mereka ke lembah keserakahan: mengubah tradisi dan menghancurkan jati diri.

Rabu, 24 Ogos 2011

What is Zakatul Fitrah



FAQ ON ZAKAT AL-FITRAH
(According to Fataawa of Ayatullah Sayyid Ali al-Husayni Seestani)
Q. What is Zakatul Fitrah?
A: It is religious tax/alms (zakat) paid on the day when Muslims break the fasting period
at the end of the month of Ramadhan. This alms is known as Zakat al-Fitrah.
Q. What do the Qur'an and Hadith say about Fitrah?
A: Imams (a) say that the verses: Indeed whosoever purifies himself shall achieve
success, and glorifies the Name of his Lord and prays (87:14 & 15) refer to giving of
Fitrah and saying prayers on Eid al-Fitr. Imam Ja`far as- Sadiq (a) said: for your fast to be
accepted, give zak‰t.
Q. When does Fitrah become wajib?
A. Payment of Fitrah becomes obligatory after sunset on the eve of Eid al- Fitr. The
Fitrah should be kept aside and paid on Eid al-Fitr before Eid prayers or before midday
for those who cannot say their Eid prayers. It is necessary to have obligatory intention
(niyyah) of giving Fitrah for God's pleasure only.
Q. What happens if someone forgets or does not give Fitrah on time?
A. If one does not give out or set aside the Fitrah within the due time, he should give the
Fitrah later, on the basis of precaution, without making the niyyah of adaa or qadhaa but
only Qurbatan Ilallah.
Q. Can we give Fitrah in advance?
A. Giving Fitrah before the eve of Eid al-Fitr is not permissible. However, if you wish to
send Fitrah earlier so that it reaches the needy on time, then you can send it as a
temporary loan to the needy and then change your intention from loan to Fitrah on the
eve of Eid al-Fitr.
Q. To whom is Fitrah obligatory?
A. Paying Fitrah is obligatory on every Muslim who is mature (baligh), sane, financially
able, and conscious on the eve of Eid al-Fitr. Fitrah should also be paid on behalf of all
dependents (e.g. wife, children) whom one supports financially.
Q. When is a host required to pay Fitrah for his guest?
A. If a person invites another person to his house on the eve of Eid al-Fitr and if the guest
is present at the host's place at the time of the sunset then it is obligatory for the host to
pay Fitrah for his guest.
Q. What happens if the guest arrives after the sunset on Eid night?
A. In this case the guest will pay his/her own Fitrah and it is not obligatory on the host to
pay Fitrah for the guest.
Q. What happens if a guest comes uninvited and is present at the time of the sunset on the
eve of Eid al-Fitr?
A. Ayatullah Sayyid As-Sistani says that the host should still pay the Fitrah as an

obligatory precaution. However, Marhum Ayatullah Sayyid al-Khui was of the opinion
that is recommended for the host to pay Fitrah of an uninvited guest.
Q. How much should we pay for Fitrah?
A. Fitrah for a person is given on a weight of three kilograms (one sa`a) on any food
commodity like wheat, barley, rice, millet, raisins or dates. Ayatullah Seestani is of the
opinion that the item that is not a staple food in your town should not be given in Fitrah.
Say, for example, if millet is not a staple in Vancouver then Vacouver mumineen should
not pay Fitrah on millet.
Q. Can we give cash value of any commodity mentioned above?
A. Yes, cash value in lieu of any foodstuff mentioned can be given as Fitrah. Thus, if a
kilo of rice costs $2.00, the cash value of Fitrah on rice per person would be $6.00. We
recommend, Fitrah on basmati rice to be Canadian Dollars 7.00 for residents of Canada
and US Dollars 6.00 for US residents. (Please check prices for other items in your areas.)
Q. Whom should we give the Fitrah to?
A. It is given to the needy who are unable to meet their own or their dependants annual
living expenses, nor do they have the means to do so through earning. Ayatullah AsSeestani says that the needy who is given the fitrah must be a Shi`ah Ithna `Ashari.
Q. Who should not be given the Fitrah?
A. A needy who: consumes alcohol, does not say his daily prayers (salat), commits sins
openly, or he who is known to use the Fitrah in sinful way.
Q. Are there any additional rules that we need to be aware of?
A. Following are some important rules: (i) Fitrah should not be sent outside the town one
resides in, if there are deserving mumineen in that town. (ii) Fitrah from a non-Sayyid
cannot be given to a needy Sayyid; the reverse is permissible. (iii) A needy should be
given at least one Fitrah (iv) Amongst the needy, relatives should be preferred over others
when giving Fitrah, next in line are neighbors and then the learned.

from Al-IslaahPublications -RAMADHAN AL MUBARAK




Prepared by Al-Islaah Publications( www.everymuslim.net)

1. TODAY'S HADITH
Sayyidina Jabir(radhiyallahu anhu) reports that Rasullullah(sallallahu alaiyhi wassallam) would not sleep until he would read Alif laam Tanzeel-as-sajda and Tabarakallazi biyadihil mulk.  (Bukhari, Tirmizi)
Rasulullah(sallallahu alaiyhi wassallam) said: " The person who reads Tabarakallazi biyadihil mulk and Alif laam Tanzeel-as-sajda between Maghrib and Esha, the reward (for reading these two surahs) will be as though (the reader) had stood awake during (the night of laylatul qadr)."  (Ibn Mardawayah, Ruhul-Ma'aani)
 
2. TODAYS FOCUS:  Our Children in Ramadan
Generally speaking, children are not required to fast in Ramadan until they reach the "age of maturity." However, scholars believe that parents should train them to fast a few days or so, until they become ready to fast when they reach that age. Similar to praying, the Prophet(sallallahu alaiyhi wassallam) ordered parents to train their children to pray starting with the age of seven. The question remains, how does training to fast begin? Dr. Abala Khlaiwi from the faculty of Islamic Studies at Al-Azhar University was posed this question. The reply was that children should be trained to fast gradually. They differ in their realization of the environment around them, especially parents avoiding eating or drinking due to the fact that they are fasting. If children begin to realize that, becoming aware of the advent of Ramadan, and start to ask questions, parents should answer their questions and tell them about the holy month. For example, they ask them to fast an hour or two, saying that Allah will reward you for one hour. The parents explain to the child that Allah will reward them more for each hour they fast. Then they should be asked to fast for a day and so on, according to Dr. Khlaiwi.
Simultaneously, youngsters should be asked to give or share their candy with orphan neighbors, because this teaches them how fortunate they are to have their parents around. It also teaches them that they live in an environment where they all should take care of each other's needs. Ultimately, it teaches them to be conscious of Allah, and the feeling of community. These values usually are imprinted in the minds and hearts of children and remain with them throughout their lives.
Dr. Khlaiwi recalls when she was 6 years old, she fasted a whole day and felt so happy, so accomplished. She was proud of herself and her religion. Another important aspect of Ramadan and other Islamic rituals is that parents should involve their children and ask for their participation. Thus, children are to take part in the rituals parents are performing. When the father goes to the mosque, he should take his children with him and not leave them to waste their time watching TV and other fruitless activities. If the mother prays, she also should ask her little one to stand beside her so she gets to know the prayers.
It's also recommended that parents take their children to break the fast with handicapped children, as well as orphans. Again, it teaches them to feel how fortunate they are and to be sympathetic and understanding to the needs of others, especially handicapped members of the community.
Children should also be involved in making the Ramadan dishes so they taste the joy of Ramadan. Toward the end of the month, parents should take their children to spend Eid time with their relatives in their hometowns(Source: islamonline)
3.  Q & A
Question: I intend to observe I'tikaaf during the last ten days(of Ramadhaan) but I do not have the strength to fast. Is, therefore, the observing of i'tikaaf without fasting correct or not?
Answer: Fasting is a condition for the traditional(masnoon) Sunnah I'tikaaf of the last ten days, hence, I'tikaaf without fasting is supererogatory(nafl). It will then be nafl I'tkiaaf and not the masnoon sunnah I'tikaaf. (Mufti Abdur Rahman)
 
4. HEALTH
Fasting and Peptic ulcer disease
It is important to realise that Peptic ulcer disease with regard to fasting is best assessed by a medical practitioner(preferably a Muslim). The response to treatment in the individual patient differs, and medical practioners decision to permit which patient, with a present or past history of peptic ulceration to fast is based on a thorough history and clinical evaluation.
 
Some clinical presentations of peptic ulceration which may be advised NOT to fast by medical practitioner are listed here-under.These recommendations apply to patients with present or past peptic ulcers confirmed on endoscopy.
 
CONTRA-INDICATIONS:
  1. Active ulcer on endoscopy
  2. Intractable pain and backpain
  3. Present meleana(blood in stools) or haemetemesis(vomiting blood)
  4. Symptomatic patient with past history of perforation
  5. pyloric obstruction
  6. Symptomatic patient with previous ulcer surgery
RELATIVE CONTRA-INDICATIONS:
  1. Past history with long remissions
  2. past history with haemorrhage
  3. past history of perforation and asymptomatic
  4. Asymptomatic patient with previous peptic ulcer disease
NB. These patients require endoscopy
* If active ulcer is detected- the patient should not fast and should take medical treatment
* If the ulcer is healed- the patient can fast while on medical treatment.
(Reference: Professor A.A.Haffejee- Fasting and Peptic ulcer diathesis)
 
5. EVENTS IN RAMADHAAN
Hadhrat Ali(radhiyallahu anhu) departed from this world in the month of Ramadhaan at the age of 57 years.
 
6. RAMADHAAN IN THAILAND
Muslims in Thailand form one-third of the Thai people. Because of the huge manifestations of celebrating the month of Ramadan, a Thai citizen feels as if the number of Muslims doubles everyday. During Ramadan, a new mosque is inaugurated mostly in every city and in every village. All the year round, Muslims of each city collect money for establishing the new mosque which is usually opened in the month of Ramadan. People here are keen on working by themselves in building these mosques. Memorizers of the Ever-Glorious Qur'an are happily carried on shoulders to be examples for the rest of Muslims and to encourage the youngsters to memorize the Glorious Qur'an as well.
In the first day of Ramadan, each Thai Muslim family even the poor families are keen on slaughtering in commemoration with the coming of this blessed month. Obviously, slaughtering in the first day of fasting is a Thai habit that has been witnessed and still a long time ago.
Prepared by Al-Islaah Publications( www.everymuslim.net)
Among the beautiful manifestations of this month is that people, here, used to have the meal of breaking the fast in groups; the matter which is considered to be a kind of good treatment and sincere love. The Thai Muslims incline towards having large amounts of fruits during this month. Interestingly enough, spending the month of Ramadan in their country is normally among the habits of the Thai Muslims. Thus, most travelers, overseas workers and even students who study abroad usually come back to spend the month of Ramadan with their families. (Source: islamonline)
7. TODAYS DUAA
O Allah! purify me from uncleanliness and dirt, make me patient over events that are decreed, grant me the ability to be pious, and keep company with the good, by Your help, O the beloved of the destitute.
O Allah! do not condemn me for slips, make me decrease mistakes and errors, do not make me a target for afflictions and troubles, by Your honor, O the honor of the Muslims.
O Allah! grant me the obedience of the humble expand my chest through the repentance of the humble, by Your security, O the shelter of the fearful.
 

MALAM 10 AKHIR



Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah SWT yang dikhaskan bagi orang -orang yang mencari reda dan keampunan Allah. Di antara malam -malam Ramadhan terdapat satu malam yang amalannya lebih baik dari seribu bulan yang mana barangsiapa yang melakukan ibadah di malam itu (malam Lailatulqadar) maka nilai ganjarannya adalah lebih baik dari seseorang yang beribadah terus menerus selama seribu bulan.
Firman Allah SWT,  QS. Al- Qadr. Maksudnya: “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengentahwi apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka untuk setiap urusan (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Malam ini sejahtera (berkat) hingga terbit fajar”.
Mengenai pengertian lailatul qadar, para ulama ada menafsirkan. Ada yang mengatakan bahawa malam lailatulqadar adalah malam kemuliaan. Ada pula yang mengatakan bahawa lailatulqadar adalah malam yang penuh sesak kerana malam itu banyak malaikat turun ke dunia. Ada pula yang mengatakan bahawa malam tersebut adalah malam penetapan takdir. Selain itu, ada pula yang mengatakan bahawa lailatul qadar dinamakan demikian kerana pada malam tersebut turunnya kitab yang mulia (Al-Quran),  turun rahmat dan turun malaikat yang mulia. Semua makna lailatulqadar yang ditafsirkan ulama ini adalah benar.
Barang siapa yang beribadah di bulan Ramadhan terutama pada 10 malam yang akhir akan mendapat rahmat dijanjikan seperti mana yang terdapat didalam hadis-hadis sahih bahawa malam Lailatulqadar terdapat pada salah satu malam 10 akhir Ramadhan itu,  pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Barang siapa yang tekun beribadah di malam-malam tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak  kerana pada 10 hari terakhir itu dapat;
  1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
  2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
  3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah SWT semata-mata dengan mengharapkan rahmatNya dan keredaanNya.
Rasulullah SAW.  menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan membanyakan  amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah RA.
Maksudnya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah SAW sendiri menjadi contoh yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Para alim ulama mengatakan beberapa tanda atau alamat malam Lailatulqadar:
  • Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
  • Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
  • Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  • Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Doa khusus di Malam Lailatulqadar. Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut;
Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah RA.  Maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah SAW,  bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut”
Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya.

Murid Melayu Islam: “Ya, saya tahu Nabi Isa sayangkan saya…”



PENDEDAHAN yang mahu dibuat ini diharap tidak akan menyusahkan semua pihak. Bukan semua orang yang sukakan kepada masalah.
Pejabat-pejabat kerajaan dan pihak berkuasa kadang kala tidak mahu menyusahkan diri dengan masalah-masalah seperti ini. Tapi demi akidah umat Islam yang sedang dicerobohi oleh pihak-pihak tertentu, maka menjadi kewajipan kita untuk mendedahkannya.
Selebihnya biarkan pihak berkuasa yang mengambil tindakan, lagipun itu adalah amanah yang diberikan rakyat kepada mereka.
Kisahnya datang daripada seorang cikgu sekolah rendah, berbangsa India (Cikgu S) yang amat prihatin kepada anak-anak muridnya. Satu petang beliau mencari nombor saya dan menghubungi saya di pejabat.
Cikgu S berkata kepada saya: “Saya terkejut apabila mendapati beberapa anak murid saya berbangsa Melayu dan beragama Islam murid Tahun 1 dan 6 boleh menyanyi dengan semangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.
“‘Mereka menyanyikan lagu Yes, I know Jesus loves me dengan begitu bersemangat lagi. Mereka juga menyanyikan lagi Hari Ini Ku Rasa Bahagia yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib. Saya terkejut bagaimana murid-murid ini boleh menyanyikan lagu-lagu itu?
“Malah mereka juga boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa dengan lancar sekali serta mengenai kisah Nabi Isa disalib.”
Itulah antara pendahuluannya kepada saya. Anak-anak murid cikgu ini adalah anak-anak Melayu miskin yang tinggal di kawasan setinggan di Jalan Klang Lama dalam kawasan Parlimen Seputeh.
Setiap hari Ahad, anak-anak miskin Melayu beragama Islam ini akan ke kelas tuisyen yang diberikan percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu. Pemuda-pemudi itu dikatakan pendakwah Kristian yang menjalankan kelas-kelas percuma untuk kanak-kanak itu.
Asal matlamatnya ialah untuk mengajar bahasa Inggeris. Maka, ibu bapa yang melepaskan anak-akan mereka itu yakin itulah yang diajar oleh pemuda-pemudi itu.
Namun, akhirnya secara kebetulan cikgu sekolah bernama Cikgu S itu dapat mengesan bahawa anak-anak muridnya sudah hafal dengan lagu-lagu berunsur Kristian yang memuji kebesaran Jesus Christ (Nabi Isa). Memanglah lagu-lagu itu dilagukan dalam bahasa Inggeris.
Bagi ibu bapa miskin yang tidak faham dengan bahasa orang putih itu, mereka tidak akan sedar bahawa lagu-lagu yang dinyanyikan oleh anak-anak kecil mereka itu ialah lagu keagamaan yang berlawanan dengan agama asal mereka.
Cikgu S yang mengajar anak-anak murid di sebuah sekolah kebangsaan di Jalan Kuchai Lama itu tersedar bahawa ada anak muridnya yang boleh menyanyikan lagu Inggeris tersebut.
“Saya terkejut kerana murid itu boleh menyanyikan lagu Nabi Isa. Saya mengajukan kepada pihak sekolah mengenai penemuan itu dan kepada cikgu-cikgu agama sekolah.
“Saya juga mengambil inisiatif menghubungi pejabat agama Islam untuk memaklumkan mengenai perkara ini. Bagi saya ia adalah serius.”
Cikgu S turut merungut kerana pihak pejabat agama Islam tidak respons cepat kepada aduannya itu. Beliau seterusnya menghubungi ke pejabat-pejabat lain, termasuklah kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Mungkin Cikgu S tidak dilayan kerana mereka mahu cepat ke Bazar Ramadan!
Saya bertanya kepada Cikgu S mengapa cikgu begitu mengambil berat mengenai hal ini, sedangkan beliau bukan orang Islam dan berbangsa Melayu?
“Saya bangkitkan ini atas kesedaran bahawa apa yang dilakukan kepada anak-anak murid saya itu adalah satu kesalahan moral dan ia adalah tidak patut dan tidak adil berlaku kepada mereka.
“Sebagai seorang guru, anak-anak murid saya yang masih mentah ini tidak patut diterapkan dengan unsur-unsur Kristianiti oleh sesiapa pun. Biar orang sedar murid-murid saya menjadi mangsa ini…”
“Saya sedar mengenai perkara ini pada hari Jumaat dua minggu lalu dan dilihat tiada tindakan yang dibuat, walaupun aduan telah dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Pelajaran Negeri.”
Malah Cikgu S juga turut menelefon sahabat baiknya, Ridhuan Tee Abdullah mengenai perkara ini.
Ridhuan Tee di dalam blognya, http://ridhuantee.blogspot.com menulis: ‘‘Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.
“Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya.”
Namun semasa kolum ini ditulis, saya difahamkan pihak sekolah telah menghantar satu laporan lengkap kepada Jabatan Pelajaran untuk tindakan susulan.
Menurut Cikgu S, hasil siasatannya dengan murid-murid itu, dia diberitahu cara pengajaran yang dilakukan oleh pemuda-pemudi itu cukup menarik malah kanak-kanak itu turut dibawa membeli-belah, berkhemah dan berjalan-jalan.
Bagi saya apa yang berlaku di kelas tuisyen di sebuah rumah itu merupakan satu gerakan halus. Ia bukan dilakukan secara suka-suka. Begitu juga yang berlaku di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya minggu lalu. Ia bukan berlaku secara kebetulan, tapi dirancang dengan begitu tersusun.
Matlamatnya ialah untuk menembusi akidah orang Melayu beragama Islam yang selama ini sukar ditembusi. Itulah sebabnya apabila orang Melayu Islam berpecah, maka unsur-unsur ini akan masuk sedikit demi sedikit ke dalam sistem umat Islam.
Persoalannya di mana NGO-NGO Islam kita yang kononnya kuat dan Islamik itu? Malangnya mereka ini lebih kuat berpolitik daripada menjalankan kerja-kerja dakwah yang sebenar.
Tahukah anda bahawa gerakan Kristian ini bukan sahaja bergerak secara agresif di negara ini, tapi juga melangkaui sempadan. Gerakan mereka ini tidak kelihatan dengan imej-imej pakaian ala berkopiah putih, tabligh atau purdah, tapi cukup halus.
Mereka juga membuka kelas-kelas bahasa Inggeris dan muzik di beberapa negara lain, termasuk di Vietnam, Kemboja, Indonesia. Namun ia bukan kelas bahasa Inggeris atau muzik yang biasa, niatnya ialah untuk menerapkan agama mereka.
Siapa sebenarnya yang salah dalam hal ini? Mana perginya Persatuan Mahasiswa Islam dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) yang garang itu. Tapi mereka hanya garang kepada pemerintah kerajaan, yang bagi mereka itu tidak kena, ini tidak kena. Mengapa tidak dilakukan kerja-kerja sosial seperti yang dilakukan oleh gerakan Kristian itu?
Jika dulu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat aktif, tapi kini ia nampaknya longlai.
Pas, kini bukan Pas dulu lagi. Perjuangannya kini sudah jauh melencong, sehingga sanggup menggadaikan perjuangan demi hal-hal politik yang keterlaluan. Pas kini sanggup menghalalkan cara untuk mencapai matlamatnya.
Saya pernah syorkan UMNO menubuhkan sayap ulamanya supaya satu rangka kerja sosial dakwah dapat dijalankan dengan lebih tersusun.
Jika Pas sudah gagal, maka UMNO sebagai parti Islam Melayu ulung harus mengambil tugas itu. Tidak dinafikan usaha UMNO melalui kerajaan telah banyak menyebarkan syiar Islam di negara ini, tapi usaha kerja-kerja sukarela harus diperkuatkan supaya gerakan halus tersebut dapat ditangani.
Semasa saya menaip tulisan ini, saya menerima teks SMS daripada Cikgu S. Mesej beliau cukup menyentuh perasaan. Saya berharap dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini ia dapat membuka mata kita semua Melayu Islam: SMSnya berbunyi:
‘‘Terima kasih kerana mengambil serius tentang isu ini. Tahniah saya ucapkan. Saya sebagai Guru dan Anak Malaysia, sangat berharap agar tindakan tegas diambil demi menyelamatkan anak-anak kita yang diibaratkan sebagai ‘KAIN PUTIH’.
“Dengan bukti KUKUH ini, saya berharapan tinggi agar pendedahan ini akan dapat juga membuka mata umat Islam yang berpecah-belah kerana gilakan kuasa politik dengan terlepas pandang anasir di luar sana yang ‘SEDANG’ mengambil kesempatan ini terhadap anak-anak kita yang tidak berdosa.
“Dengan bukti kukuh ini juga biar dunia tahu tentang kesucian agama ISLAM, agama rasmi negara kita yang kita cintai. Semoga saudara diberkati. Salam 1Malaysia. Cikgu S.”
Benarlah sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Setiap anak dilahirkan bagai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkan sama ada menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
Namun dalam hal ini adakah salah ibu bapa yang miskin dan daif itu, atau salah kita semua…?
Oleh ZAINI HASSAN

Khamis, 18 Ogos 2011

ZAKAT KEPALA???





Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Zakat Fitrah ini wajib untuk semua umat Islam di bulan Ramadhan.
 DariIbnu Abbas r.a., bersabda Rasulullah SAW, ”Mewajibkan zakat fitrah itu sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan perkataan yang kotor dan sebagai makanan bagi orang miskin. Kerana itu, sesiapa mengeluarkannya selepas solat (Aidilfitri), maka ia merupakan salah satu sedekah dari sedekah-sedekah biasa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).
Waktu paling afdal zakat fitrah adalah sebelum solat Aidilfitri. Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW memerintahkan agar zakat fitrah ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk mendirikan sembahyang Hari Raya.” (Hadis riwayat Muslim). Tetapi pasti jangan kerana mengejar waktu afdal akhirnya kita tidak sempat membayar zakat kerana zakat yang dibayar selepas solat sunat Aidilfitri hanya seperti sedekah-sedekah biasa.
Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah seluruh Malaysia 2011.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan : RM7

  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Trengganu : RM8/RM7/RM5

  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang : RM7

  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor : RM7.50/RM5

  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka : RM6.50

  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Negeri Sembilan : RM6.50

  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor : RM7

  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak : RM7

  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah : RM7

  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang : RM7

  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis : RM6

  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah : RM7

  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Sarawak : RM6.20

  • Kadar Zakat Fitrah Kuala Lumpur : RM7

  • Kadar Zakat Fitrah Putrajaya : RM7
Kawasan afdal Zakat Fitrah adalah dikawasan dimana kita mencari rezeki. Bayaran zakat fitrah secara SMS boleh juga dibuat dengan M-Fitrah bersama Celcom dengan hantar sms FITRAH ke 21999 (servis adalah percuma).Ini adalah zakat antara negeri di Malaysia aje......Singapura,Indon,Brunei aku pon tak tau jugak....maap le ye......
               Habis apa lagi... bayarlah zakat fitrah..... 
~jaksa kotaraja