Rabu, 7 Mac 2012

SEBELUM TIDURMU


SEBELUM tidur, Rasulullah S.A.W. pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah r.anha:

“Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :

1. Khatam Al Qur’an..
2. Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat..
3. Membuatkan para muslim meredhai kamu..
4. Melaksanakan ibadat haji dan umrah...

Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?” ....

Rasulullah S.A.W. tersenyum sambil bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”....

ALLAH S.W.T. MENJAWAB BACAAN FATIHAH DALAM SOLAT



HADITH riwayat Muslim 3/94, hadis no 904:

« قَالَ اللَّهُ تَعَالَى قَسَمْتُ الصَّلاَةَ بَيْنِى وَبَيْنَ عَبْدِى نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ ( الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ). قَالَ اللَّهُ تَعَالَى حَمِدَنِى عَبْدِى وَإِذَا قَالَ (الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ). قَالَ اللَّهُ تَعَالَى أَثْنَى عَلَىَّ عَبْدِى. وَإِذَا قَالَ (مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ). قَالَ مَجَّدَنِى عَبْدِى - وَقَالَ مَرَّةً فَوَّضَ إِلَىَّ عَبْدِى - فَإِذَا قَالَ (إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ). قَالَ هَذَا بَيْنِى وَبَيْنَ عَبْدِى وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ. فَإِذَا قَالَ (اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ). قَالَ هَذَا لِعَبْدِى وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ »

"Allah SWT berfirman : Aku telah membahagikan solat antaraKu dan hambaKu dua bahagian... Dan bagi hambaKu apa ia pinta... 



Maka apabila hambaKu berkata (Alhamdulillahirabbil alamin), 
Allah Ta'ala menjawab : HambaKu memujiKu...

 Dan apabila ia berkata (Arrahmanirrahim) 
Allah berfirman : HambaKu telah memuja- muji ke atasku.

 Dan apabila ia berkata (Malikiyaumiddin),
 Allah menjawab: hambaKu memuliakan Aku -dan ia berkata hambaKu menyerahkan kepadaKu

 Dan apabila dia berkata (Iyyakana'budu wa iyyakanasta'in) ALLAH berfirman "Ini diantaraKu dan antara hambaKu, dan untuk hambaKu apa yang ia pinta". 

Dan apabila ia membaca (Ihdinassirotolmustaqim..........waladdollin)
 Maka Allah menjawab.. Ini adalah untuk hambaKu, dan baginya apa yang ia minta..."..
OLEH ITU, JANGANLAH KITA MEMBACA AL FATIHAH di dalam solat, dengan laju dan cepat... Berhentilah pada setiap ayat... hayati makna Al Fatihah itu... INSYA ALLAH, KITA AKAN MEMPEROLEHI KEBERKATANNYA....

JADILAH KAMU ORANG YANG BERILMU.....DAN JADILAH SEORANG YANG RAJIN BERDOA

                                  


JADILAH KAMU ORANG YANG BERILMU....

Dari Abu Bakrah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang yang berilmu, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.".. (HR Al-Bazzar)....

Hadis ini menyuruh supaya tiap-tiap seorang MENENTUKAN SIKAPNYA terhadap ilmu agama.... dengan salah satu dari EMPAT CARA, iaitu:

1] Menjadikan dirinya orang yang berilmu (alim), yang mengajar ilmu agama kepada orang lain, atau

2] Orang yang belajar ilmu agama; berusaha mencari ilmu dengan berguru, membaca, 'menadah' kitab, dan lain-lainnya, atau

3] Orang yang mendengar ilmu dan syarahan-syarahan agama; menghadiri kuliah-kuliah agama, atau majlis-majlis ilmu, atau

4] Orang yang mencintai dan menghargai ilmu agama, dan salah satu dari tiga golongan yang tersebut di atas, dengan menurut jejak langkahnya....

5] Golongan orang yang kelima, iaitu yang tidak termasuk dalam salah satu dari empat golongan yang tersebut, maka mereka adalah GOLONGAN YANG BINASA; berilmu pun tidak, belajar ilmu pun tidak, mendengar pun tidak, kasih kepada ilmu pun tidak.... MALAH GOLONGAN INI MEMUSUHI salah satu, atau keempat-empat golongan di atas, mereka tidak ada pimpinan untuk dapat membezakan di antara yang benar dengan yang salah, yang HAQ dan yang BATHIL....

Imam Al-Mawardi menyatakan: Bahawa orang yang menganggap ilmu agama (syarak) itu tidak ada faedahnya dipelajari, dan lebih baik sahaja ditinggalkan, sebenarnya orang itu TENGGELAM DALAM KESESATAN, dan jauh dari mendapat hidayat pertunjuk, serta ia termasuk dalam golongan yang kelima, iaitu yang binasa...




ORANG YANG BERDOA' TIDAK AKAN RUGI...
Sebagai hamba, kita hendaklah sentiasa bergantung dengan Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang... Jangan sekali-kali PUTUS HARAPAN dan berputus asa dengan pertolongan Allah... Berdoalah setiap masa... Kerana orang yang sentiasa berdoa akan mendapat kebaikan sama ada di dunia atau di akhirat... Tidak pernah rugi orang yang tekun berdoa... Namun sesiapa yang malas atau liat untuk berdoa akan menyesal sehabis-habisnya di akhirat nanti....

Sesiapa yang berdoa pasti akan mendapat ganjaran sama ada untuk kehidupan dunianya atau akhiratnya... Dengan syarat dia memenuhi syarat-syarat penerimaan doa tersebut... Antara syarat dan ganjaran doa ialah hadis Nabi S.A.W. dari Abu Sa’id al-Khudri r.a, bahwa Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Tiada seorang muslim pun yang memohon (kepada Allah Ta’ala) dengan doa yang tidak mengandung dosa (permintaan yang haram), atau memutus hubungan (baik) dengan keluarga/kerabat, kecuali Allah akan memberikan baginya dengan (sebab) doa, itu salah satu dari tiga perkara: 

[1] boleh jadi akan disegerakan pengabulan doanya,
[2] atau Allah akan menyimpannya untuk kebaikan (pahala) baginya di akhirat,
[3] atau akan dihindarkannya dari keburukan (bencana) yang sesuai dengannya”. Para sahabat Radhiyallahu ‘anhum berkata: Kalau begitu, kami akan memperbanyak (doa kepada Allah)... Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allah lebih luas (rahmat dan kurniaanNya)”... ( Imam Ahmad disahihkan oleh al-Hakim, Ibn Hajar dan al-Albaniy)...

Syarat doa diterima antaranya ialah hendak doa itu bukan kearah dosa dan maksiat, serta bukan untuk memutuskan silaturahim sesama muslim... Seseorang yang berdoa akan mendapat salah satu daripada tiga perkara di bawah :

a- Diterima doa serta-merta...
b- Disimpan untuk akhirat dalam bentuk pahala....
c- Diselamatkannya daripada musibah dan bencana....

Alangkah beruntungnya golongan yang banyak berdoa, kerana pasti mereka akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.... Semoga Allah membimbing kita agar sentiasa berdoa kepadaNya setiap masa....

Isnin, 5 Mac 2012

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad



Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.






KENAPA PERLU INGAT MATI ???...


                      



PERINGATAN DIHENING MALAM.........

SETIAP MUKMIN sepatutnya ingatkan mati pada setiap hari, ini kerana mengikut Ibn Kathir dalam kitabnya al-Bidayah wa an-Nihayah mengatakan bahwa MALAIKAT MAUT akan menjengok manusia itu sebanyak 5 kali sehari iaitu setiap kali selepas sembahyang fardhu... Oleh kerana rahmat Allah s.w.t., maka manusia tidak mampu untuk melihat malaikat maut itu.... Mengingati kematian ada banyak faedahnya kepada manusia. Antaranya ialah:

* Dengan mengingati kematian, hati manusia akan menjadi lembut dan akan menerima segala perintah Allah s.w.t dengan penuh keredhaan dan keikhlasan...

* Dengan mengingati kematian, membuatkan manusia akan rajin beramal di dunia ini, kerana mereka yakin bahawa segala amalan kebaikan mereka akan memberi faedah kepada mereka setelah mereka mati nanti...

* Dengan mengingati kematian, manusia akan meninggalkan segala maksiat, kerena mereka yakin segala maksiat yang dilakukan di dunia, ini akan mendapat pembalasan dari Allah s.w.t di akhirat nanti....

* Dengan mengingati kematian, akan memyebabkan manusia akan segera bertaubat dari segala kesalahan yang telah mereka lakukan.... Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya, dan di tempat manakah nyawa kita akan dicabut oleh malaikat maut...

* Dengan mengingati kematian juga manusia akan merasa cukup dan berpuas hati dengan harta atau rezeki yang halal, sambil berusaha lebih untuk mendapat yang lebih baik lagi.... tapi bukan dengan cara yang haram, seperti mengamalkan riba, rasuah, mencuri, merompak, menipu dan berbagai-bagai lagi....

* Dengan mengingati kematian juga, menyebabkan manusia akan RAJIN DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH di dalam menjalankan tugas hariannya.... Ini kerana mereka yakin bahawa setiap pekerjaan yang baik dan bersungguh-sungguh adalah merupakan ibadah dan akan mendapat pahala.....

APABILA ROH kita dicabut, tiada guna segala harta dunia , kereta mewah , rumah besar , isteri yang cantik, pangkat yang tinggi, harta bertimbun-timbun tidak lagi memberi manfaat, kecuali AMALAN YANG SOLEH soleh sahaja, yang akan BERSAMA-SAMA kita di dalam kubur yang sempit, sunyi dan gelap... TIDAK ADA RAKAN2 KARIB, TINGGALLAH ISTERI YANG CANTIK, TINGGALLAH ANAK-ANAK,TINGGALLAH FB..SIAPAKAH YANG AKAN MENEMANI KITA.... Fikir-fikirkan lah.........AMALAN ???...


CIRI-CIRI SEORANG ULAMA....



Ibnu Abbas berkata :
Ulama’ ialah orang-orang yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Dan tambahnya lagi : Orang alim tentang Allah Maha Penyayang ialah orang yang tidak melakukan syirik dengan Allah sesuatu pun serta dia menghalalkan apa yang dihalalkan dan mengharamkan apa yang diharamkan. Dia turut memelihara wasiatNya disamping yakin bahawa dia tetap akan menemuiNya dan Dia bakal menghitungkan amalannya.

Manakala Hasan al-Basri pula berkata :
Orang alim ialah orang yang takutkan Allah yang Maha Pemurah semasa dia tidak dilihat orang lain atau semasa dia tidak melihat Allah atau tidak melihat azab Allah serta dia gemarkan perkara yang disukai Allah dan dia menolak perkara yang dimurkai Allah.

Ciri-ciri ulama’ pewaris nabi ialah yang pertama bersifat takutkan Allah sebagaimana Firman Allah dalam ayat 28 surah Fathir :
إنما يخشى الله من عباده العلمــؤا إن الله عزيز غفور
Maksudnya : …..
Sesungguhnya golongan yang paling takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya ialah para ulama’. Sesungguhya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun
Ibnu Abbas berkata : Sesiapa yang takutkan Allah maka dia adalah orang alim

Ciri kedua ialah beramal dengan segala ilmunya sebagaimana sebuah hadis dalam Sunan Ad-Darimi : فَإِنَّمَا العَالِم مَنْ عَمِلَ بِمَا عَلِمَ
Maksudnya :

Sesungguhnya orang alim itu adalah orang yang beramal dengan apa yang dia ketahui Sayyidina Ali berkata :

Wahai orang yang mempunyai ilmu! beramallah kamu dengannya kerana sesungguhnya orang yang alim itu adalah orang yang beramal dengan ilmu yang dia ketahui serta selaras antara ilmunya dengan amalannya

Ciri ketiga ialah hatinya bersih daripada syirik dan maksiat serta tidak tamak kepada habuan dunia.
Ibnu Umar berkata : Tiadalah seseorang lelaki itu dianggap alim sehinggalah dia tidak hasad dengki kepada orang yang lebih alim daripadanya dan tidak menghina orang yang kurang daripadanya serta tidak mencari dengan ilmunya upahan kebendaan

Ciri keempat ialah ulama’ ini meneruskan tugas nabi iaitu mengajar, mendidik, membersihkan hati umat daripada syirik dan maksiat serta berdakwah dan memerintah mengikut perundangan Allah sebagaimana kita fahami daripada ayat 2 surah al-Jumaah :
هو الذي بعث فى الأميئن رسولا منهم يتلوا عليهم ءايــته ويزكيهم ويعلمهم الكتب والحكمة وإن كانوا من قبل لفى ضلــل مبين
Maksudnya : Dialah (Allah) yang telah mengutuskan kepada kalangan orang-orang arab yang buta huruf seorang rasul dari bangsa mereka sendiri yang membacakan ayat-ayat Allah yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya. Dan membersihkan mereka daripada aqidah yang sesat serta mengajarkan mereka kitab Allah dan hikmat pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat. Dan sesungguhnya mereka sebelum kedatangan nabi Muhammad s.a.w adalah dalam kesesatan yang nyata

Hadis diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim dalam sohih daripada Abdullah bin Umar telah berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu dengan menariknya secara mengejut sebaliknya Allah akan menarik ilmu itu dengan mematikan para ulama’ sehingga tiba suatu masa yang tiada lagi ada ulama’ maka manusia akan memilih ketua-ketua mereka dari kalangan orang jahil lalu apabila mereka ditanya maka dikeluarkan fatwa yang sesat maka sesatlah mereka serta menyesatkan pula orang lain.
Firman Allah dalam ayat 79 surah Ali ‘Imran :
ما كان لبشر أن يؤتيه الله الكتــب والحكم والنبوة ثم يقول للناس كونوا عبادا لي من دون الله ولكن كونوا ربــنيين بما كنتم تعلمون الكتــب وبما كنتم تدرسون
Maksudnya : Tidak sepatutnya seseorang yang Allah anugerahkan kepadanya Kitab, hikmah dan sifat kenabian lalu dia menyeru kepada manusia : “ Kamu hendaklah menjadi penyembahku bukan penyembah Allah”. Sebaliknya dia mesti menyeru : “ Kamu hendaklah menjadi ulama’ rabbani yang benar-benar faham agama serta mengamalkan apa yang kamu sentiasa ajarkan tentang isi Kitab dan dengan apa yang kamu sentiasa mempelajarinya”.

Jumaat, 2 Mac 2012

6 PERKARA MENDORONG PERBUATAN MENGUMPAT...



                                       


BISMILLAHIR ROHMANNIRROHIM.............


SIKAP suka MENGUMPAT atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain, adalah DILAKNAT ALLAH SWT... Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar....

Firman Allah S.W.T. bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu, orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama, supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat ayat 6)....

Sabda Rasulullah S.A.W. seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada Abu Hurairah r.a. bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang... Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai-beraikan di antara sesama saudara, dan mencaci orang yang tidak bersalah."....

Imam al-Ghazali rahimahullahu ta'ala ada menyebut 6 perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat:

1. Ingin memuaskan hati, disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain... Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;

4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5. Secara bergurau mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain;

6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain..

Imam al-Ghazali juga menyarankan cara2 untuk menghentikan sikap suka mengumpat,antaranya ialah:

1. Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar;

2. Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang lain;

3. Hendaklah berasa malu apabila memperkatakan hal kecacatan orang lain.... Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.....

ANTARA 7 SEBAB KONFLIK RUMAHTANGGA....



                         



BISMILLAHIR ROHMA NIR ROHIM


Antara punca konflik yang timbul dalam keluarga adalah :

1. Kurang kefahaman terhadap tanggungjawab sebagai suami/ayah dan isteri/ ibu dan anak...

Tanggungjawab sebagai suami/ayah, isteri/ibu dan anak adalah mengikut saranan agama, tradisi masyarakat dan peranan-peranan baru yang dipelajari melalui pendidikan formal dan tidak formal... Pendedahan terhadap tanggungjawab ini memerlukan usaha yang berterusan kerana masyarakat masih percaya bahawa apabila berkahwin, telah cukup sempurna kedua-dua mempelai untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing...

2. Kurang bijak menguruskan masa...

Hidup berkeluarga dalam masyarakat yang bekerja, perkara yang menjadi keutamaan ialah bijak menguruskan masa lebih-lebih lagi masa yang berkualiti... Ibu bapa yang kurang mahir menguruskan masa bersama keluarga, akan mengalami kerugian besar. Kemesraan, interaksi dan sentuhan fizikal yang berkurangan akan menghilangkan kasih-sayang, akhirnya anak-anak akan lebih rapat dengan penjaga atau pembantu rumah...

3. Ekonomi keluarga yang kurang mantap....

Kos hidup yang semakin meningkat membuatkan pasangan keluarga mengehadkan perbelanjaan.. Pembelian ke atas barangan yang tidak perlu hanya akan mengurangkan pendapatan keluarga dan menjadikan krisis kewangan lebih rumit. Faktor wang kadangkala menyebabkan pergaduhan di antara suami dan isteri yang menggugat kebahagiaan keluarga. Keluarga yang tidak mempunyai asas perancangan kewangan akan mengalami masalah menguruskan kewangan masing-masing terutama jika pendapatan isi rumah sangat kecil dan terhad...

4. Mengabaikan pendidikan agama....

Kebahagiaan keluarga terletak pada banyak faktor dan yang paling utama ialah beragama. Awal kepada agama ialah mengenal ALLAH SWT (akidah). Mendidik keluarga kepada Tuhan pada hakikatnya ialah usaha menanam keyakinan bahawa hidup adalah untuk mendapat keredhaan Allah swt. Instrumen yang diguna pakai ialah mengerjakan solat lima kali sehari dan yang terbaik ialah solat berjemaah. Pengabaian amalan agama, membentuk keluarga yang pincang, resah, mudah bergelora dan kesan jangka masa panjang yang negatif kepada ibu bapa...

5. Perubahan hidup...

Kenaikan pangkat bererti gaji dan elaun akan naik... Status hidup juga bertambah baik... Keadaan sesebuah keluarga akan lebih malang jika perubahan kerjaya ini membawa sekali perubahan pemikiran, emosi dan tingkah laku seperti anggapan tidak setaraf, membeli jenama pakaian yang mahal dan melihat pengorbanan pasangan sebagai tidak ada harga...

6. Kehadiran Orang Ketiga...

Perubahan hidup juga boleh bererti mengubah pasangan.. Justeru itu, wujudlah orang ketiga yang mengganggu ketenteraman hidup keluarga sedia ada...Jika si suami tidak pandai mengurus keadaan, konflik keluarga akan bertambah parah... Akibatnya anak2 akan menjadi mangsa....

7. Campurtangan Keluarga dan Orang Luar...

Seringkali juga berlaku campurtangan keluarga dan peranan orang luar akan menimbul kegelisahan dalam keluarga.. Ada ibubapa yang masih hendak mengambiltahu (secara keterlaluan) dan cuba mengatur hal ehwal rumahtangga anak mereka....

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Dan terimalah pesanku untuk berbuat kebajikan kepada wanita-wanita, kerana mereka itu dijadikan dari tulang rusuk yang paling bengkok, iaitu yang paling atas.... Jika kamu hendak luruskan, nescaya kamu patahkan dia, jika kamu biarkan dia, tetaplah dia bengkok... kerana itu terimalah pesanku untuk berbuat baik kepada wanita." .. (Hadis muttafa'alaihi dari Imam Bukhari)...

KERANA UPAH 2 DINAR




                                        


BISMILLAHIR ROHMA NIR ROHIM.....
KERANA UPAH 2 DINAR  DIA BERPALING TADAH.....
TEWASNYA SYAITAN  KEPADA HAMBA ALLAH YANG IKHLAS...
Di dalam Mikhtashar Minhaj al Qosidhin disebut satu riwayat sebuah kisah, ada sebatang pokok yang sering disembah oleh penduduk kampung... Maka ada seorang lelaki mengatakan, ”Aku akan tebang pokok itu yang telah menyebabkan ramai manusia menjadi syirik”... Lelaki itu pun mengambil kapak dan pergi ke pokok tersebut untuk menebangnya…

Syaitan yang menyerupai manusia, menunggu di pokok itu dan berkata, ”Apa yang kau ingin lakukan ?" Lelaki itu menjawab, "Aku ingin tebang pokok ini... Ramai telah syirik kerana menyembah pokok ini"... Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu... Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini"... 



Lalu terjadilah pergelutan, dan lelaki itu berjaya mencekik syaitan yang menyerupai manusia itu... Syaitan berkata, "Aku mengaku kalah dan kau boleh tebang pokok ini… Tetapi dengar dulu cadangan aku... Kau tidak akan dapat apa-apa faedah pun jika kau tebang pokok ini... Orang kampung akan cari pokok lain untuk mereka sembah... Jika kau setuju untuk tidak tebang pokok ini, aku akan berikan dua dinar, di bawah bantal tidurmu, pada setiap pagi." ...Lelaki itu bersetuju dengan tawaran tersebut...

Pada keesokan harinya dia mendapati ada dua dinar dari bawah bantalnya... Kemudian pada esok harinya lagi dia tengok tidak ada dua dinar seperti yang dijanjikan... Lelaki itu merasa marah lalu mengambil kapak dan pergi untuk tebang pokok itu... Setiba di pokok itu, syaitan telah sedia menunggu. ”Apa yang kau ingin lakukan ?". Lelaki itu menjawab, "Aku nak tebang pokok ini.. Hari ini tidak ada 2 dinar seperti yang kau janjikan.. Kau telah tipu aku"... Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu... Kamu perlu mengalahkan aku untuk tebang pokok ini"....

Lalu terjadilah pergelutan, dan kali ini lelaki itu kalah, syaitan telah berjaya mencekik lelaki itu.. Syaitan berkata, ”Tahukah kamu siapa aku?"... Syaitan memberitahu, dia sebenarnya adalah syaitan... Lelaki itu bertanya, " Mengapa hari itu, aku dapat kalahkan kau, tetapi kali ini aku tidak dapat kalahkan kau?".. 
Syaitan menjawab, "Kali pertama kau datang, niat kau IKHLAS semata-mata kerana Allah,sehingga aku tidak berdaya mengalahkan kau... 
''Tetapi kali ini kau datang kerana kau marah, tidak dapat dua dinar dan apabila kau tidak ikhlas kerana Allah, maka aku berjaya mengalahkan kau"....

HATI ANDA DIMANA ??

‎"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. ' 

Rasulullah bersabda :
“Sesungguhnya di dalam diri manusia ada segumpal darah (hati), apabila hati itu baik maka baik pula seluruh diri dan amal perbutan manusia dan apabila hati itu rusak maka rusaklah seluruh diri (amal perbuatan manusia tersebut). Ingatlah,ia adalah hati”.

(Shahih Bukhari dan Shahih Muslim dari Nu’man IbnBasyir ra).


Hati adalah ibarat cermin, setitik embun pun bisa membuatnya kusam, apalagi debu, kotoran dan air bernoda hitam. Hati yang kotor tidak mampu menangkap cahaya kebenaran. Namun cermin yang jernih, tak hanya berfungsi untuk mengenali diri sendiri, namun juga membimbing pada ruh-ruh kebaikan .


”Hati adalah sumber kedamaian. Hati adalah nikmat Ilahi yang harus dirawat tak ubahnya bayi dalam buaian.


Hati adalah karunia yang harus kita pupuk menjadi sejumput bibit kemenangan. Hati adalah anugerah. Gunjingan, hasad, dendam, kebencian dan permusuhan, seluruhnya adalah menjadikan kotoran.


Hati nan jernih adalah hati yang teduh dan pasrah, hati yang selalu basah oleh dzikir dan kalimat-kalimat pengagungan nan indah.


Hati adalah matahari kehidupan. Mungkin bukan sekedar lentera yang hanya menerangi ruang terbatas, bukan sekedar lilin yang menebar cahaya sementara, untuk kemudian cahaya itu padam tak berbekas.”


Hati ini tak ubahnya istana halimun; sebuah keindahan yang tak tampak, sebuah keagungan yang tak terlihat, namun bisa dirasakan.
Akan tetapi bila hati sudah ternoda dosa, gelembung pahitnya tercicipi setiap kalangan, ibarat santapan di sebuah pesta hidangan.



Hati adalah tempat persinggahan petunjuk Allah yang dipahami melalui ajaran Al-Qur’an.

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya” (QS 91 : 9-10)


“Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata. Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Qur'an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barang siapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya”. (QS Az Zumar : 22-23)



Dengan hati yang bersih , niscaya Hidayah akan semakin bertambah ..

“Dan di antara mereka ada orang yang mendengarkan perkataanmu sehingga apabila mereka keluar dari sisimu mereka berkata kepada orang yang telah diberi ilmu pengetahuan (sahabat-sahabat Nabi): "Apakah yang dikatakannya tadi?" Mereka itulah orang-orang yang dikunci mati hati mereka oleh Allah dan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan orang-orang yang mendapat petunjuk Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan kepada mereka (balasan) ketakwaannya”. (QS Muhammad : 16-17)



Dan Allah mencintai mereka yang bertakwa dan berhati bersih yaitu hati yang selamat (qalbun salim)... seperti di firmankan Allah dalam Al Qur'an surat Al-Fajr 27-30, yang artinya :

"Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku".

CINTA DAN KASIH SAYANG BOLEH MEMBAWA KE SYURGA ATAU KE NERAKA...



BISMILLAHIROHMANNIRROHIM.... 
PERASAAN KASIH DAN CINTA boleh membawa seseorang itu ke syurga atau ke neraka...bergantung siapa yang dicintai dan dikasihinya itu.. Dari Anas bin Malik r.a dia berkata:
 “Ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi saw “ Bilakah hari kiamat akan berlaku wahai Rasulullah?” baginda menjawab, “Apa yang telah kau persiapkan untuknya?” Lelaki itu menjawab, “Aku tidak mempersiapkan banyak solat, puasa, ataupun sedekah. Namun aku mencintai Allah dan RasulNya.” Maka beliau bersabda: “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.” ( Imam al-Bukhari dan Muslim)....

Hadis Nabi saw ini menjelaskan bahawa lelaki tersebut akan bersama Rasulullah saw di syurga lantaran kasih dan cintanya kepada Allah dan Rasul walaupun amal solehnya tidak seberapa....Hadis ini juga memberi isyarat kepada kita agar berhati-hati memilih orang untuk dicintai, dikasihi, dipuja dan dinyatakan taat setia kerana ia boleh membawa kepada kebinasaan di akhirat...

Dalam hadis yang lain riwayat Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa dia berkata:
“Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw lalu bertanya: “Ya Rasulullah, apa pendapat baginda tentang seseorang yang mencintai suatu kaum namun dia tidak mampu menyamai (amalan saleh) mereka?” Maka Rasulullah saw menjawab, “Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dia cintai.” ( Imam al-Bukhari dan Muslim)....

Sebagai seorang MUKMIN yang yakin dengan hari akhirat dan yakin dengan sabda Rasulullah S.A.W., kita hendaklah meletakkan rasa cinta dan kasih kita BERTUNJANG KEPADA IMAN DAN ISLAM... Dengan kata lain kita menyintai seseorang kerana agama dan takwanya kepada Allah....

Cinta dan benci hendaklah kerana Allah S.W.T. Kita mencintai seseorang, kerana Allah juga mencintainya lantaran keimanan dan ketaatannya kepada Allah... Kita juga hendaklah membenci seseorang, kerana Allah juga membencinya disebabkan kedurhakaannya kepada Allah S.W.T...

Muhasabahlah diri kita masing-masing... SIAPA YANG KITA SAYANGI, KASIHI, TAATI DAN IDOLA KITA? Adakah mereka golongan yang beriman, mentauhidkan Allah dan mengabdikan diri kepada Allah, atau mereka golongan yang menyekutukan Allah dan mengingkariNya?...

Amat malang sekali sekiranya terdapat orang Islam, tetapi mengasihi dan memuja golongan yang memusuhi Allah, iaitu individu yang menyembah selain dari Allah.... Lebih malang lagi si muslim tersebut akan bersama-sama pujaannya (yang mati dalam syirik) di neraka kelak sebagaimana maksud hadis Nabi saw di atas.....

Kita sepatutnya menyatakan kecintaan kepada golongan yang dicintai dan diredai oleh Allah, iaitu Rasulullah S.A.W., para sahabat, para tabi’in, para ulama dan sesiapa sahaja yang beriman dan beramal soleh.... Mencintai golongan ini akan memberi kebaikan kepada kita iaitu dimasukkan ke dalam syurga disebabkan keimanan dan kesolehan mereka....
Sememangnya kita tidak akan mampu menandingi amalan-amalan mereka, namun disebabkan rasa cinta kepada mereka, Allah dengan kemurahanNya akan menempatkan kita bersama mereka. Subhanallah!

Semoga Allah mencampakkan benih kecintaan dalam hati-hati kita agar mencintai golongan yang dikasihi dan diredai oleh Allah SWT.~ AMIIN YA ALLAH YA HALIM.....

AGIHAN WANG ZAKAT DI ZAMAN KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ



                                             
                                                                                Gambar Hiasan..


Yahya Ibn Said rah. meriwayatkan bahawa Khalifah Umar Ibn Abd.Aziz r.a telah melantiknya memungut zakat di Afrika... Apabila zakat telah dipungut, beliau mencari asnaf (orang yang berhajat kepada zakat), untuk diagihkan wang zakat, tetapi beliau gagal menemui satu orang pun asnaf zakat... Beliau seterusnya berkata bahawa dasar-dasar iqtisad Umar Ibn Abd Aziz r.a telah membuat semua orang cukup keperluannya, dan dengan itu beliau
tidak ada pilihan kecuali membeli beberapa orang hamba sahaya, dan memerdekakannya bagi pihak kaum muslimin amnya....
Seorang lagi meriwayatkan bahawa semasa pemerintahan Umar Abdul Aziz yang amat singkat, orang ramai terdorong mengeluarkan jumlah zakat yang banyak kepada Bendahari Negara untuk diagihkan kepada fakir miskin, tetapi zakat tersebut terpaksa dipulangkan semula kepada mereka, kerana tidak ada asnaf yang ditemui yang berhak menerima zakat tersebut... Beliau berkata bahawa setiap orang telah begitu makmur pada zaman Umar Abdul Aziz, sehingga tidak ada orang yang berada di dalam kesusahan, sehingga memerlukan kepada bantuan zakat....

Selain daripada kemakmuran rakyat, perubahan yang lebih penting yang dicapai oleh Umar Abdul Aziz, ialah perubahan di dalam kecenderungan dan sikap rakyat jelata... Orang-orang sezamannya meriwayatkan bahawa apabila beberapa orang kawan bertemu pada zaman Khalifah Al-Walid, mereka akan berbicara mengenai bangunan dan seni bina, kerana itulah keasyikan Al-Walid..... Khalifah Sulaiman pula berminat kepada perempuan cantik dan majlis makan yang besar-besaran, maka itulah yang menjadi keasyikan rakyat jelata pada zamannya.....

Sebaliknya
di dalam pemerintahan Khalifah Umar Ibn Abd.Aziz, perbualan rakyat jelata berkisar kepada soal solat, munajat, doa dan ibadat.... Hasilnya setiap kali orang-orang berkumpul, mereka akan seringkali bertanyakan persoalan solat-solat sunat yang dikerjakan, untuk menafaat rohaniah, juzuk-juzuk Al-Quran yang telah di baca atau yang telah di hafaz, puasa yang dikerjakan setiap bulan dan lain-lain amal taqwa....Ini disebabkan Khalifah Umar Ibn Abd. Aziz sendiri cenderung dan asyik kepada amalan taqwa....

Bagaimana pula wang zakat kita? Apa pula kecenderungan pemimpin negara kita?..... 
~jaksa kotaraja dari Ramlie Joned


Khamis, 1 Mac 2012

DILARANG MENCUKURI JANGGUT ....



Dalil atau hadis Nabi tentang simpan janggut
Semoga sama-samalah kita beramal dengannya walaupun tampak remeh tapi sangat bermakna . Walau apapun ianya tidak mendatangkan mudarat dan kerugian malah jika bertujuan ikhlas , membolehkan
pahala.

Hadis #1
Aisyah rah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sepuluh perkara adalah fitrah yang mana mengerat misai dan menumbuhkan janggut itu disebutkan" (dari Abu Daud)

Hadis #2
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, " Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu" (Ibnu Hibban)

Hadis #3
Di dalam sebuah hadis yang di petik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban" di beritakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah saw. Tatkala melihatkan ini
Rasulullah saw bersabda. " Di dalam agama kami, kami diperintahkan mengerat misai dan memanjangkan janggut"

Hadis #4
Ibn Asaakir dan yang lain-lainnya telah memberitakan bahawa Hasan ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, " terdapat sepuluh kebiasaan yang ada di kalangan umat nabi Luth yang menyebabkan punca kebinasaan keatas mereka. Di antara kebiasaan itu di senaraikan juga mengenai
pencukuran janggut dan memanjangkan misai"

Hadis #5
Zaid Ibni Habib ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw tidak tertahan lagi
melihat dua orang utusan yang datang daripada istana Maharaja Kisra kerana mereka telah mencukuri janggut-janggut mereka. Baginda memberitahu kepada mereka; "Binasalah ! Siapakah yang menyuruh kamu supaya menjadikan wajahmu seperti ini?" mereka menjawab, " Tuan kami, Maharaja Kisra memerintahkan kami"
Rasulullah saw bersabda, " Tetapi daku telah diperintahkan oleh Tuhanku Allah supaya memanjangkan janggut dan mengerat misai."

Hadis #6
Zaid bin Arqam ra meriwayatkan bahawa rasulullah saw bersabda, " Barangsiapa tidak mengerat misainya bukanlah daripada kami," ( dari Termizi)

Dan banyak lagi dalil tentang pentingnya menyimpan janggut…. sekarang mari kita lihat apa kata ulamak-ulamak muktabar…

Imam Ahmad bin Hambal rah di dalam kitabnya "Kitabuz Zuhud" meriwayatkan
daripada Aqil ibni Mudrik bahawa Allah telah mewahyukan kepada salah seorang daripada Nabinya daripada kalangan ambya bani israel; bahawa beliau hendaklah memberitahu kaumnya jangan memakan makanan
musuh-musuhku, dan mereka jangan menyerupai wajah-wajah mereka seumpama
musuh-musuhku; jikalau mereka lakukan ini mereka juga akan menjadi musuh-musuhku"

Di dalam kitab Mali Hal, Imam Abu Daud menyatakan,"Inilah sebabnya mencukur janggut adalah haram menurut semua Imam; Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad dan yang lain-lainnya"

Di dalam kitab Durri Mansur, " Tidak ada sesiapa pun yang pernah membenarkannya, beliau telah bersetuju bahawa terdapat kata sepakat di dalam pelarangan mencukur janggut"

Daripada Kitab pendapat Imam Syafie " Al Ibaabi", Imam Ibn ArRifah berkata bahawa Imam Syafie rah di dalam kitabnya "Kitabul Um" telah menyatakan dalam pembahagiannya bahawa mencukuri janggut adalah haram.

Daripada mazhab Maliki dalam kitab "Kitabul Ib ‘Daa", " Tanpa ragu-ragu
lagi keempat-empat Mazhab bersetuju bahawa janggut hendaklah dipanjangkan, dan bahawasanya pencukuran terhadapnya adalah haram"

Di dalam kitab Mazhab Hambali " Sharhul Muntahaa" dan " Sharhul Manzumatul Aadab" dinyatakan bahawa " Pendapat yang paling diterima bahawa ianya adalah haram untuk mencukur janggut"

Syaikul Islam Ibn Taimiyah telah menyatakan bahawa mencukur janggut adalah haram. (kitab Al Qasim)

Imam Qurtubi menyatakan, " pencukuran janggut, mencabut keluar semua rambut janggut itu dan mengerat pendek semuanya tidak dibenarkan"

Imam Muhammad Ibn Hazam telah memetik pendapat ijmak para ulamak bahawa
mengerat misai dan memanjangkan janggut adalah fardhu

Selanjutnya Ibn Taimiyah menyenaraikan kesemua hadis-hadis yang memerintahkan kita menentangi yahudi dan nasrani dari segi bentuk luar, kemudian mengulasinya " Syariat mengkhendaki kita menentangi mereka , dan meniru secara luaran akan menimbulkan cinta dan persahabatan terhadap mereka, sepertimana cinta kerohanian memberi kesan kepada kecenderungan dan kelakuan zahir. Ini adalah perkara-prakara yang telah disaksikan dan dialami"

Ibn Umar ra meriwayatkan bahawa, " Dia yang menyerupai orang-orang kafir
dan mati di dalam keadaan itu, dia akan dibangunkan bersama-sama mereka
di hari Qiamah"

Di dalam kitab "Tamheed" yang merupakan ulasan bagi "Muwataa" di sebut, "
Bahawa mencukuri janggut adalah haram, hanya orang yang melakukan ini adalah pondan"

Saidina Umar ra dan Ibn Abi Lailah ra, yang menjadi Qadhi Madinah telah
menolak persaksian orang yang mencabut kesemua rambut janggutnya.

Insyallah semoga dalil-dalil ini cukup untuk kita ambil iktibar. Walaupun perkara membela janggut nampaknya "kecil"atau "mudah" tetapi ia
membawa begitu besar pengertian.

~Wallahu'allam

Gadis Cina 17 Tahun Memeluk Islam...



Loo Jo Yee adalah seorang gadis berusia 18 tahun dari etnik Cina di Malaysia. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee sebenarnya telah memeluk Islam ketika masih berusia 17 tahun. Disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula umur 18 tahun sahaja, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan tersebut sehingga umurnya mencecah usia 18 tahun sekarang.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang ini, seseorang muallaf sudah tidak perlu menukar nama kepada nama Islam, dan hanya perlu ber'binti'kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa. Maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

1. Jo Yee mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam memeluk agama Kristian. Namun, untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji Al-Quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar. Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca Al-Quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

2. Jo Yee pernah disyaki menghidap penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda. Rakan-rakan Islam Jo Yee banyak memberi galakkan kepada beliau untuk cuba memohon doa kepada Allah Taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan beliau terus mengucap 2 kalimah syahadah serta-merta. Subhanallah.. Allahuakhbar!

*********************************

Selepas bergelar muallaf, banyak dugaan yang Jo Yee terpaksa terima. Beliau dipulau rakan-rakan dan keluarga tercinta. Tapi, beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Beliau juga merasa terharu kerana telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun, sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga jauh tersasar. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

IBLIS INGIN BERTAUBAT....



Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa sesungguhnya Iblis telah datang berjumpa dengan Nabi Musa a.s. dengan berkata: "Wahai Musa, engkau adalah seorang yang telah diutus oleh Allah s.w.t. dan Dia telah berkata-kata denganmu secara langsung." Kemudian Nabi Musa a.s. berkata: "Memang benar apa yang kamu kata, kamu ini siapa dan apa yang kamu mahu dariku?"...

Lalu berkata Iblis: "Aku adalah Iblis! Wahai Musa, aku mahu kamu tolong katakan kepada Tuhanmu, bahawa seorang makhluk-Nya ingin minta taubat kepadaNya." Lalu Nabi Musa a.s. berdoa kepada Allah s.w.t. dan menyampaikan apa yang diucap oleh Iblis, kemudian Allah s.w.t. pun menurunkan wahyu yang bermaksud: "Wahai Musa, katakan padanya bahawa sesungguhnya Aku berkenan menerima permohonannya itu, dengan syarat mestilah terlebih dahulu dia (Iblis) sujud di kubur Adam, kalau dia mahu sujud, maka aku sedia mengampuni segala dosanya."

Setelah Nabi Musa a.s. menerima wahyu dari Allah s.w.t. maka Nabi Musa a.s. pun terus memberitahu Iblis tentang apa yang telah Allah perintahkan...

Sebaik sahaja selesai Nabi Musa a.s. memberitahu perintah Allah s.w.t., maka dengan sombong dan bongkak Iblis berkata: "Wahai Musa, aku tidak sujud pada Adam ketika ia hidup di syurga, bagaimana aku hendak sujud padanya sesudah dia mati..!!" Begitulah sifat sombong Iblis yang tetap dengan kedegilannya, walaupun dia tahu bahawa api neraka itu akan memakannya tapi dia tetap tidak mahu beriman pada Allah s.w.t...

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. mengeluarkan Iblis dari neraka, setiap 1,000 tahun sekali, dan mengeluarkan Adam a.s. dari syurga, serta memerintahkan Iblis supaya sujud kepada Adam a.s. Disebabkan sikap angkuhnya dia tetap enggan sujud, maka dikembalikan Iblis ke dalam neraka.....

SIAPAKAH & APAKAH ITU QARIN........ ?

Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

 Lagi informasi ringkas mengenai Qarin.

Qarin adalah sejenis jin yang lahir bersama setiap manusia. Ianya boleh dikatakan sebagai pendamping manusia yang ditugaskan untuk menggoda manusia melakukan perbuatan jahat. Setiap manusia mempunyai Qarin termasuk Rasulullah SAW. Bezanya adalah Qarin Rasulullah SAW adalah Islam dan selain daripadanya adalah kafir.

Tugas utama Qarin adalah membisik kepada manusia untuk melakukan perbuatan yang jahat seperti malas solat, mencuri, berbohong dan sebagainya. Sifat manusia yang sentiasa lemah dan kurang keimanan akan mudah terjerumus kearah bisikan Qarin ini.

Firman Allah yang bermaksud :
"Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." - 43:36

Untuk mengimbangi perbuatan Qarin ini, Allah telah mengutuskan malaikat untuk memberikan ilham yang baik kepada manusia. Jadi terpulanglah kepada kekuatan iman manusia itu sendiri untuk melawan hasutan Qarin dan juga nafsunya dengan bantuan ilham daripada malaikat. Manusia boleh melawan pengaruh Qarin ini dengan memperbanyakkan zikir dan sentiasa membaca "Bismillah" sebelum memulakan sesuatu kerja dan mengakhirinya dengan "Alhamdulillah".

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.
#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.



JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !
والله اعلم



HUDUD DARI SEGI SAINS

                                               GAMBAR HIASAN


Hukum Rejam dan Hukum Sebat 100 kali.

Ada hikmahnya daripada sudut kitab Al-Quran dan juga ilmu sains….

Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman di atas, padahal kedua-duanya berzina iaitu pihak lelaki mahupun wanita?

Tokoh Islam menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya.

Hukuman sebat diberikan kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.

Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.

Buat penzina yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga

Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru.

Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan.

Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.

Cara terbaik adalah dengan menyebat di antara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS

Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia.

Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

Apabila mereka dihinggapi virus AIDS, sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin.

Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru.

Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

WALLAHU A'LAM

TERIMA KASIH WAHAI YANG BERNAMA ISTERI... TERIMA KASIH WAHAI YANG BERNAMA ISTERI... TERIMA KASIH WAHAI YANG BERNAMA ISTERI...


Isteri - Bermulanya dari ikatan sah yang menghancur-lumat keinginan syaitan iblis, yang ingin membawa engkau dan dia ke kancah penzinaan yang dimurkai Allah.

Isteri - Dialah yang membantu dalam urusan rumahtangga... mengemas rumah, membasuh pakaian... dia tempat engkau meluahkan perasaan ... Bila engkau marah - dia mendiamkan diri, menelan bulat apa yang ditegur... Dan apabila suasana kembali aman, dia tetap tersenyum dan berkata dengan baik denganmu..

Isteri - Dia mengingatkan pabila engkau terlupa... Sesekali engkau bosan mendengar bebelannya, tetapi itu untuk kebaikanmu jua....

Isteri - Dia wasilah yang menyambung zuriatmu... Membawa dalam rahimnya anak dengan penuh sabar dan tabah, walaupun payah. Bertarung dengan nyawa untuk melahirkan penyejuk mata, lalu engkau menyambutnya sebagai seorang ayah..

Isteri - Dia tetap meneruskan tugasnya setiap hari.. Air tangannya yang ikhlas, memasak makanan dan minuman, untuk mu, wahai suami...juga anak-anakmu.....

Isteri - Bukankah dia yang selalu risau tentang dirimu? Pasti ditanya khabar di mana engkau berada... Lalu apabila khabarnya dibalas dengan jawapan yang menyenangkan hati... Dia tersenyum lega....

Isteri - Sabarlah menerima teman yang menjadi suamimu, yang tidak lepas dari kesilapan... Yang berusaha menjadi suami yang baik untukmu.

Terima kasih wahai yang bernama isteri..

Ahad, 26 Februari 2012

‎Ganguan Iblis Ketika sakaratul maut

                                        gambar syahid palestin

..inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga..

Iblis Datang Mengganggu Ketika Sakaratul Maut ... Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

 Hadith Rasulullah SAW. menerangkan: Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2 
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. 
Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya. 

Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).
Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya. 

Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya.

Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya. 

Rombongan 6
 Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.” 

Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.” Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). 

Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. 

Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut.(ramai kini yang ''mengakui dia adalah ahli sunnah'' .. tetapi adakah sebenarnya dia tahu akan erti ''sunnah'' dan ''jamaah'' dan kebanyakkannya gemar menyesatkan orang lain) 

Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan kalimah tauhid Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu:" Laa Ilaaha Illallah.” Kalimah ini adalah kalimah yang tiada pergerakan bibir dan mulut..pastinya menakjubkan.. 
~wallahu'alam
~jaksa kotaraja

Israeli soldiers, Palestinians clash in Jerusalem

picture in 1900

Jerusalem (CNN) -- Israeli soldiers and several dozen Palestinians clashed in Jerusalem Saturday, exchanging volleys of rocks, tear gas, fire bombs, and rubber bullets, according to eyewitnesses and the Israeli military.

Hundreds of Palestinians gathered in the northern Jerusalem neighborhood of al-Ram for the burial of 25-year-old Palestinian man, Talat Ramiyeh.

He was shot the day before by Israeli security forces in a protest opposing Israeli police entering the compound that houses Jerusalem's al-Aqsa mosque, Palestinian officials said.

After the funeral, about 60 Palestinians began throwing rocks and fire bombs at an Israeli military position near the entrance to the neighborhood, an Israeli military spokesman said. The soldiers responded with tear gas and rubber bullets.

There was no immediate word of injuries.

The death of Ramiyeh prompted a condemnation from Palestinian Authority Prime Minster Salam Fayyad. He implored the the international community to hold Israel responsible for what he described as the "concerted use of violence against peaceful protests."

The military spokesman said Ramiyeh's death was still under investigation, but a preliminary report suggested that he had been engaged in a "violent riot" and aimed fireworks at Israeli security personnel who responded with live fire. The investigation suggested that Ramiyeh was hit in the shoulder, the spokesman said.

Saturday's protest marked the latest in a series of disturbances connected to the compound that holds Jerusalem's al-Aqsa mosque.

During the past week, clashes around the sensitive religious site known the Noble Sanctuary to Muslims and the Temple Mount to Jews erupted on multiple occasions amid rumors that Israeli authorities were allowing right-wing Jewish activists access to the compound in order to stoke tensions with Palestinians.

Israeli police spokesman Micky Rosenfeld denied the reports and said access to the location was being administered under normal guidelines.
By Kevin Flower, CNN
February 25, 2012 -- Updated 1549 GMT (2349 HKT)