Khamis, 25 Oktober 2012

SEJARAH 1979 MEKAH DITAWAN SEJURUS SELESAI FARDU HAJI


                   
..Sempena Hari Raya Korban @ Aidiladha ini, Jaksa ingin mengimbau kembali peristiwa sedih satu masa dahulu pada tahun 1979 di mana kota Mekah Pernah Ditawan Pengganas,mungkin ada yang pernah terbaca cerita ni,mungkin ada yang belum pernah tahu pun tragedi sedih ini....
CERITA BERMULA
“Pada 20 November 1979, Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani. Dibantu oleh adik iparnya Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi dan 500 penyokong kuat mereka, menyerang Masjidil Haram dan mengambil ratusan jemaah haji sebagai tebusan”

SERANGAN AWAL PAGI

Hari ini dipilih kerana ianya jatuh pada hari pertama 1400 Hijrah. Ada sesetengah pihak yang percaya pada ramalan yang Imam Mahdi akan muncul pada hari itu. Selepas solat subuh, Juhaiman dan konco-konconya menyerang Masjidil Haram. Sebelum serangan dibuat beliau menyenbunyikan senjata dan bekalan makanan didalam bilik-bilik bawah tanah Masjidil Haram. Senjata untuk serangan keatas Masjidil Haram dicuri dari depot senjata Natioanal Guard negara Saudi. Untuk mencuri dan menyeludup senjata adalah perkara mudah bagi Juhaiman kerana beliau pernah bertugas didalam National Guard selama 18 tahun. National Guard adalah tentera peribadi keluarga diraja bagi mengimbangi kuasa Pasukan Pertahanan Arab Saudi.

Serangan keatas Masjidil Haram menggemparkan dunia Islam kerana pada waktu itu musim haji baru sahaja tamat. Setelah orang-orang Juhaiman berjaya mengunci semua pintu keluar masuk masjid, beliau mengambil jemaah haji yang terperangkap sebagai tebusan. Juhaiman kemudian mengambil alih sistem pembesar suara masjid dan mengumumkan Imam Mahdi akhirnya telah muncul di Mekkah. Selain daripada itu beliau mahukan export minyak ke Amerika dihentikan dan pengusiran semua penasihat ketenteraan bukan Islam dari tanah Arab.

masjidilharam meletup
Masjidil Haram meletup

KEPUNGAN BERMULA

Pada awalnya pihak National Guard dan Tentera Arab Saudi cuba merempuh masuk perkarangan Masjidil Haram. Kereta kebal cuba merempuh pintu masuk utama tetapi gagal kerana kekukuhan pintu yang digunakan. Tentera dibawah arahan Juhaiman juga diletakkan di atas menara masjid lengkap dengan sniper. Akibatnya pihak Saudi berhenti dari cuba masuk.

Disamping itu ada masalah besar tentang penggunaan senjata api didalam perkarangan Masjidil Haram. Pihak Ulama’ Saudi pada awalnya menghalang pengguanaan senjata kerana ia bakal mencemarkan kesucian Kaabah. Tetapi atas desakan kerajaan, akhirnya Ulama’ Saudi mengeluarkan fatwa membenarkannya.
Setelah usaha awal mereka gagal kerajaan Saudi terpaksa meminta bantuan pasukan anti keganasan GIGN dari Perancis. Tiga orang anggota GIGN secara rahsia memeluk islam bagi membolehkan mereka menjejakkan kaki ke dalam tanah haram Mekah. Walaupun mereka “masuk islam” kehadiran anggota komando Peranchis ini dirahsiakan pihak Saudi bagi menutup malu kegagalan mereka menamatkan pengepungan.

mekah ditawan
3 orang ahli GIGN yang “masuk islam”


PEMBEBASAN TEBUSAN

Antara rancangan awal GIGN ialah membanjiri bilik bawah tanah Masjidil Haram yang digunakan sebagai tempat penahanan tebusan dan persembunyian pengikut Juhaiman. Selepas bilik-bilik ini dibanjiri mereka akan menjatuhkan kabel bervoltan tinggi kedalamnya! Rancangan ini ditolak kerana boleh membawa kepada kematian ramai tebusan. Akhirnya mereka mengambil kata putus untuk menebuk lubang pada lantai masjid dan menjatuhkan bom tangan terus ke bilik-bilik bawah tanah tersebut.

mekah ditawan
Kesan selepas pembebasan
mekah ditawan
Pengganas yang berjaya ditangkap

Pada 4 Desember 1979 selepas dua minggu, insiden pengepungan Masjidil Haram berjaya ditamatkan. Mengikut pihak berkuasa hanya 127 orang terbunuh dan 451 tercedera. Ini termasuk tebusan, ahli pasukan pertahanan dan pengikut Juhaiman. Namun ada yang percaya angka sebenar kematian ialah 255 orang dan 560 orang lagi tercedera. Setelah menyerah diri Juhaiman , Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani dan pengikut-pengikut lelaki yang masih hidup dijatuhkan hukuman pancung sehingga mati.

juhaiman ibn muhammad ibn saif al utaibi
Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi
Siapa Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi?

seorang pengikut fanatik fahaman wahhabi. Percaya yang semua ketua kerajaan islam didunia adalah korup dan proksi kepada kuasa barat terutamanya Amerika. Beliau juga percaya keluarga diraja Al Saud harus disingkirkan. Mengikut Juhaiman didalam islam tidak ada provisyen untuk kewujudan kuasa Sultan atau Raja-Raja. Dengan kata lain bagi beliau sistem kesultanan ialah merepek. Zaman nabi dulu mana ada Sultan. Nabi sendiri hanya rakyat biasa yang menjadi ketua sebuah negara.

KESAN JANGKA PANJANG

Ketika serangan dilakukan Masjidil Haram sedang dalam proses ubah suai. Kerja pengubahsuian dilakukan oleh Syarikat Pembinaan Ben Laden. Yep. Ianya syarikat kepunyaan bapa Osama Ben Laden! Ramai umat Islam emosi dengan apa yang berlaku di masjidil haram. Keengganan pihak Saudi memenuhi permintaan Juhaiman dan seterusnya menghalalkan pembunuhan serta penggunaan senjata di perkarangan masjid dipandang sebagai keputusan menyebelahi Amerika. Akibatnya kedutaan Amerika di Pakistan dan Libya dibakar oleh penunjuk perasaan. Demonstrasi juga diadakan di Filipina, Turki, UAE , Bangladesh dan India bagi membantah tindakan Raja Faisal. Bagi kebanyakan orang Islam tindakan keluarga Al Saud membuktikan yang mereka hanyalah boneka Amerika.
Insiden ini juga membakar semangat Osama ben Laden untuk menjadi pejuang Islam dimasa hadapan. Setahun kemudian Osama  diusir dari Arab Saudi atas kelantangannya mengkritik keluarga Al Saud.
~wallahuallam...
~jaksa kotaraja

CERITA ASAL USUL JACK SPARROW DAN MEMELUK ISLAM

                                                       
















..aksesori yang dipakai oleh Jack Sparrow lakonan Johnny Depp. Jack Sparrow ala Pirates of the Carribean dilihat memakai aksesori bulan dan bintang(simbol Islam), kain lilit kepala berwarna merah(menggantikan serban merah ala Turki Othmaniyyah) dan janggut(Johnny Depp melilit janggut supaya kelihatan ranggi)..

Dalam filem Pirates of the Carribean, watak Jack
Sparrow lakonan Johnny Depp digambarkan sebagai seorang yang berseloroh, acuh tidak acuh dan licik. Lakonan cemerlang Johnny Depp menenggelamkan watak utama yang lain terutamanya watak Will Turner lakonan Orlando Bloom yang lebih macho dan serius. Disebabkan penonton turut sama menyukai watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp, ia kemudiannya diangkat menjadi watak utama untuk siri-siri seterusnya.

Namun, dalam meminati watak Jack Sparrow, ramai yang tidak menyedari bahawa watak Jack Sparrow diilhamkan daripada watak seorang lanun terkenal yang pernah hidup sekitar abad ke-16 dan abad ke-17. Tambah menarik, watak tersebut adalah seorang lanun yang bernama Yusuf Reis yang beragama Islam.



Dilahirkan sebagai Jack Ward

Yusuf Reis dilahirkan sebagai Jack Ward pada tahun 1553 di Feversham, Kent di tenggara England. Kehidupan awal Jack bermula sebagai seorang nelayan memandangkan kampung halamannya terletak berhampiran dengan laut. Kelebihan tersebut menjadikan beliau seorang panglima laut berkaliber suatu hari nanti.

Pada tahun 1588 ketika umurnya menginjak 25 tahun, Jack Ward nekad berjuang untuk England sebagai Privateer. Privateer adalah seseorang yang diberi kelulusan oleh kerajaan England berdasarkanletter of marque untuk menyerang kapal-kapal musuh terutama kapal armada Sepanyol. Sokongan sepenuhnya daripada Queen Elizebeth I memberikan semangat luar biasa kepada beliau. Karier beliau sebagai privateer berlangsung dengan cemerlang sehinggalah pada awal tahun 1600-an.


Queen Elizebeth I

Walaubagaimanapun, sekitar tahun 1603, King James I menaiki takhta. Kegiatan Jack Ward yang selama ini disokong oleh kerajaan England tiba-tiba terhenti selepas King James I memetarai penjanjian pendamaian dengan Kerajaan Sepanyol.

Akibatnya, ramai privateer memberontak dan menjadi lanun yang bertindak merampas kekayaan kapal-kapal dagang Sepanyol. Namun begitu, Jack Ward tidak terus menjadi lanun tetapi mencari rezeki menjadi nelayan.

Menjadi Lanun
Jack Ward mula menjadi lanun pada tahun 1603 apabila Jack dan 30 orang rakannya merampas kapal kecil di Perlabuhan Portsmouth. Jack kemudian sebulat suara dipilih menjadi kapten kapal yang mana ia kemudiannya tercatat sebagai antara ‘pilihanraya’ pertama di kalangan para lanun.

Berbekal kapal kecil tersebut, Jack dan 30 orang rakannya melanun sekitar tanah Britain. Hasil pertama Jack adalah sebuah kapal yang dikenali ‘Violet’ yang membawa harta pelarian penganut Kristian Katholik ke Isle of Wight.

Dengan kapal tersebut, Jack kemudian berjaya merampas kapal yang lebih besar di Laut Mediterranean. Kapal yang lengkap dengan tiga puluh dua meriam kemudian dikenali The Gift. The Gift kemudiannya digunakan oleh Jack Ward untuk melanun kapal kargo selama lebih dua tahun.




Perjanjian dengan Sultan Uthman Dey
Pada Ogos 1606, Jack Ward telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan pemerintah Tunisia ketika itu, Uthman Dey untuk menjadikan perlabuhan Tunisia sebagai pengkalan operasi. Melihat kepada kepentingan ummah dan kecenderongan Jack Ward kepada Islam, Sultan Uthman Dey bersetuju.

Di tapak operasi baru tersebut, Jack Ward dengan bantuan beberapa panglima yang berkaliber sepertiRichard Bishop dan Francis Varney daripada England, Kara Osman daripada Turki Othmaniyyah,Simon Dangizer(Simon Reis) dan Jan Jansz(Murat Reis) daripada Belanda berjaya menghapuskan kekuatan Sepanyol dan Perancis di Laut Mediterranean.

Sebuah kapal yang terkenal besarnya dikenali dengan nama Reneira e Sodeira berjaya dirampas. Kapal tersebut serta merta ditukar menjadi kapal perang oleh Jack Ward. Malangnya, kapal ini karam pada tahun 1605 di sekitar laut di Greece sehingga memakan korban lebih 400 orang krew. 250 orang krew adalah muslim Tunisia dan 150 adalah warga Inggeris.

Berita ini mengundang kemurkaan Uthman Dey dan rakyat Tunisia turut sama marah kepada Jack Ward. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk mendapat pengampunan daripada King James I. Walaubagaimanapun ia tidak berjaya malahan beliau telah diburu untuk dihukum.

Akhirnya beliau cuba memohon ampun kepada Uthman Dey. Kerana berpegang kepada prinsip amanah kepada perjanjian, Uthman Dey memberi pengampunan dan seterusnya suaka politik kepada beliau.

Memeluk Islam
Kemurahan hati Uthman Dey menarik minat Jack Ward untuk mendalami Islam secara mendalam. Tidak lama selepas itu, Jack Ward secara rasminya menganut Islam. Daripada detik itu juga, Jack Ward yang selama ini turut digelar Jack Birdy atau Jack Sparrow telah memeluk Islam dan diikuti oleh krew-krew kapalnya yang setia. Sepertimana Simon Dangizer yang menukar namanya kepada Simon Reis dan Jan Jansz kepada Murat Reis, Jack Ward turut menukarkan nama Kristiannya kepadaYusuf Reis. Jack Ward atau Yusuf Reis kemudian bernikah dengan seorang gadis berasal daripada Sicily, Italy yang bernama Jessimina.

Pada 1622, seorang dramatis bernama Robert Daborne mendapat inspirasi daripada kehidupan Jack Ward atau Yusuf Reis yang mana beliau kemudiannya menghasilkan novel bertajuk ‘A Christian Turned Turk’.

Selanjutnya..Jihad
Dahulunya, beliau seorang kapten lanun yang licik serta sering mabuk arak. Selepas menganut Islam, beliau lebih berdisiplin dan menggunakan kemahiran lautnya untuk berjihad menyelamatkan tanah masyarakat Muslim daripada terus diancam bahaya armada Sepanyol. Beliau turut direkodkan menyelamatkan ribuan masyarakat Muslim dan Yahudi Andalusia yang ditindas oleh kerajaan Kristian Katholik Sepanyol. Miskipun berdarah Inggeris, beliau tidak kekok untuk berpakaian sepertimana orang Turki berpakaian.

Beliau dalam satu rekod dinyatakan sebagai seorang yang tidak tinggi, rambut tidak lebat dengan uban serta botak di depan, wajah agak gelap dan berjanggut. Beliau turut memakai turban yang senonim dengan masyarakat Islam ketika itu. Beliau agak kecoh dan kadangkala agak melucukan. Peribadi dan tingkah laku ini kemudiannya melahirkan watak Jack Sparrow di dalam filem Pirates of the Carribean.


Kembali ke rahmatullah
Pada 1622, Yusuf Reis atau Jack Ward kembali ke rahmatullah selepas menderita terkena tempias wabak penyakit. Beliau meninggal dunia dalam beragama Islam tidak sepertimana rakan akrabnya,Francis Varney yang murtad di akhir hayatnya.

Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean
Sudah namapun mengadaptasi watak sebenar kepada watak dalam filem. Beberapa elemen telah diterapkan dalam pemakaian dan aksesori yang dipakai oleh Jack Sparrow lakonan Johnny Depp. Jack Sparrow dala Pirates of the Carribean dilihat memakai aksesori bulan dan bintang(simbol Islam), kain lilit kepala berwarna merah(menggantikan serban merah ala Turki Othmaniyyah) dan janggut(Johnny Depp melilit janggut supaya kelihatan ranggi).

                    
                              catatan asal ....jack sparrow memeluk islam
                     
Perhatikan lambang bulan dan bintang.

Rabu, 24 Oktober 2012

SEJARAH ZULHIJJAH...

..SEJARAH ZULHIJJAH KEMBALI MENGINGATKAN KITA PADA PERISTIWA YANG SERING KITA DENGAR DAN ADA JUGA KITA JARANG ATAU LANGSUNG TIDAK PERNAH DENGAR...SEPERTI MEKAH PERNAH DITAWAN PADA ZULHIJJAH 1979 YANG AKAN DIPAPARKAN .....DAN KISAH PERANG DAN PERJUANGAN KHALIFAH,ULAMA DAN TOKOH-TOKOH LAINYA..

A. Pengorbanan Nabi Ismail a.s.

 - Nabi Ibrahim a.s. yang medapat gelaran Rasul Ulul'Azmi sekali lagi membuktikan kepatuhannya terhadap perintah Allah SWT untuk mengorbankan anak yang disayangi Ismail a.s. Lambang kepatuhan dua beranak ini telah diabadikan menjadi syiar Islam melalui sembelihan korban sama ada unta,lembu,atau kambing pada 10,11,12 atau 13 Zulhijjah.

B. Bai'tul Aqabah
 - Pada tahun ketiga belas selepas perlantikan Rasulullah s.a.w. menjadi nabi, berlakulah peristiwa Bai'tul Aqabah ( Perjanjian setia Aqabah )yang disertai kaum Aus dan Khazraj. Mereka telah berjanji akan terus setia mempertahankan, menolong dan menyebarkan ajaran Rasulullah s.a.w kepada penduduk Yatsrib ( Madinah ). Sebenarnya Bai'tul Aqabah adalah pembuka kunci kepada penghijrahan Nabi s.a.w ke Madinah.

C. Hajjatul Wida' ( Haji Selamat Tinggal )
 - Rasulullah s.a.w. hanya sempat mengerjakan haji sebanyak sekali sahaja seumur hidup baginda. Pada tahun kesepuluh Hijrah, Nabi s.a.w. mengerjakan ‘ibadah haji yang dikenali dengan Hajjatul Wida'. Dalam peristiwa Hajjatul Wida' itu,baginda s.a.w. menyampaikan khutbah terakhirnya ( Khutbatul Wida' ) yang terkandung amanat-amanat tentang peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.

D. Saidina Umar r.a. meninggal dunia dan Saidina Uthman r.a sebagai pengganti 
- Umar adalah khalifah yang kedua selepas Saidina Abu Bakar r.a. Beliau adalah sahabat rapat Rasulullah s.a.w. dan terkenal dengan sifat tegas dan cerdik sehingga digelar sebagai Umar Al-Faruk ( pembeza ). Pada tahun 23 Hijrah, Amirul Mikminin Umar bin Al-Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu'luah al-Majusi. Perlantikan Uthaman bin ‘Affan sebagai khalifah ketiga dibuat oleh sebuah majlis mesyuarat ( Syura ) yang telah ditubuhkan oleh Umar bin al-Khattab sebelum kematiannya.

E. Saidina Ali r.a menjadi khalifah yang keempat 
- Setelah berlaku kontroversi tentang pembunuhan Uthman r.a, urusan kepimpinan kerajaan diterajui pula oleh Saidina Ali r.a. Perlantikan Ali bin Abi Talib berlaku pada tahun 35 Hijrah. Namun begitu Ali juga akhirnya dibunuh oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya.

Bulan Zulhijjah juga merupakan bulan terserlahnya simbol kekuatan dan perpaduan ummat Islam iaitu melalui ibadah Haji dan Wukuf di padang Arafah. Bayangkan berjuta-juta umat Islam tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa,dan kedudukan bersama-sama mengerjakan ketaatan kepada-Nya. Selain itu,kita disunnatkan berpuasa pada 9 hari pertama termasuk pada hari ‘Arafah ( kecuali bagi orang wukuf dalam mengerjakan haji ).Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Puasa pada hari ‘Arafah,saya mengharap agar Allah akan menghapuskan ( dosa ) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang" ( Muslim ).

Kita juga disunnatkan bertakbir ( Allahu Akbar ) dan berzikir padanya, Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :"Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum"( hajj : 28 ), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah, Oleh kerana itu para ulama' menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu Umar r.a yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah,di antaranya : " Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil ( La Ilaha Illah Allah ),takbir ( Allahu Akbar ) dan Tahmid ( Alhamdulillah )".

Perkara Sunnat lain adalah :

1. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa.Semoga dengan amalan baik ini dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah.

2. Memperbanyakkan amalan soleh ( baik ) terutama amalan-amalan sunat seperti solat sunat, bersedekah, membaca Al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

3. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu sama ada pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan solat fardhu lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji', takbir bermula dari waktu Subuh hari ‘Arafah ( 9 Zulhijjah ) dan bagi yang menunaikannya,takbir bermula pada waktu Zohor Hari Raya Haji ( 10 Zulhijjah ), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13)Zulhijjah.

4. Disyariatkan melakukan korban ( menyembelih haiwan ternakan ) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq ( 11,12 dan 13 Zulhijjah ). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim a.s setelah Allah Ta'ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail a.s yang kemudian ditebus atau digantikan dengan seekor kibas untuk disembelih.

5. Menunaikan solat hari raya secara berjamaah,mendengar khutbah serta pengajaran daripadanya.

6. 29 Zulhijjah : membaca doa akhir tahun setelah selesai solat Asar hingga sebelum masuk waktu maghrib..

Berkata sebahagian ulama' "Sesiapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu :

1. Berkat pada umurnya

2. Bertambah hartanya

3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin

4. Membersihkan dirinya daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu.

5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda

6. Allah akan memudahkan di saat kematiannya

7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh

8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di padang mahsyar

9. Selamat daripada jatuh kedudukan di dunia

10. Martabatnya akan dinaikkan di sisi Allah

Maka selaku umat Islam hendaklah kita memperbetulkan kefahaman kita bahawa bulan Zulhijjah bukanlah sekadar bulan haji sahaja yang di sambut ala kadar sebagaimana biasa bahkan bulan Zulhijjah sebenarnya adalah bulan yang penuh keberkatan.

ZULHIJJAH ...PEJUANGAN...PEMIMPINNYA...

Bulan Zulhijjah merupakan bulan-bulan yang mempunyai kedudukan tertinggi di dalam jiwa umat Islam, iaitu salah satu bulan-bulan Haram dan bulan yang mengandungi BANYAK peristiwa besar, yang paling utama dan paling besar ialah perhimpunan Islam sedunia sempena menunaikan fardu haji.

Di antara peristiwa di bulan yang agung ini:

1. Ghazwah dan peperangan

Pada 11 Zulhijjah 571H Salehuddin al-Ayubi berjaya merempuh kubu kukuh yang menjadi tempat saliran air. Ia termasuk dalam strategi utama mewujudkan kesatuan Islam. Kubu ini berjaya ditawan selepas berlaku pengepungan selama 38 hari. Salehuddin al-Ayubi mengukuhkan binaan kubu selepas menerima penyerahannya yang kini dikenali Qal’ah Sultan Salehuddin. Fungsinya menyamai yang diguna pakai bagi menyatukan tentera-terntera bersekutu yang terdiri dari tentera Halab dan tentera Salib Antakiyah.

Pada 4 Zulhijjah 616H kota Bukhara telah jatuh ke tangan tentera Moghul di bawah pimpinan Gengiz Khan selepas berlaku pengepungan selama tiga hari. Tentera Moghul telah memburu seluruh penduduk Bukhara dan menggunakan pedang kepada semua orang yang masih hidup di dalam kota dan mengakhiri kekejaman mereka dengan membakar seluruh kota!

2. Kelahiran

Pada 25 Zulhijjah 1326H lahir seorang sarjana besar Abdul Salam Muhammad Harun seorang “syaikhul muhaqqiqin” (penyelidik atau pengedit besar), perintis dalam seni penyelidikan khazanah silam dan meninggalkan puluhan bahan ilmiah Arab seperti buku-buku sastera dan bahasa yang diperakuinya. Antara yang paling utama ialah “Al-Kitab” karya Sibaweih, “Al-Hayawan” karya Al-Jahiz dan “Khazanah al-Adab” karya al-Baghdadi.

Pada 5 Zulhijjah 1335H lahir seorang pendakwah, muslih, faqih dan mujaddid Syeikh Muhammad al-Ghazali di Mesir dan menamatkan pengajiannya di Al-Azhar. Beliau menghabiskan usianya dengan menjalankan dakwah dan memusatkan dakwahnya dalam hal membaharui iman kepada Allah, memerangi kekerasan dan kezaliman, seruan kepada keadilan social, membebaskan dan membangkitkan umat.

3. Kewafatan

Pada 26 Zulhijjah tahun 27H Khalifah Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab telah terbunuh setelah ditikam oleh Abu Lukluk seorang Majusi yang dikatakan berdendam ketika beliau sedang memimpin solat. Saidina Umar telah dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Abu Bakar as-Siddiq. Beliau memerintah selama sepuluh tahun di mana jajaran Negara Islam telah bertambah luas. Pada masa pemerintahannya dipenuhi dengan keadilan dan kemuliaan kepada umat Islam. Pada zamannya juga Mesir dan al-Quds Berjaya dibuka.

Pada 18 Zulhijjah tahun 35H Khalifah Amirul Mukminin Uthman bin Affan r.a telah terbunuh di tangan orang-orang yang terpedaya dengan fitnah. Sumbangan utama Saidina Uthman ialah menghimpunkan al-Quran di dalam satu mushaf. Tempoh pemerintahannya selama 13 tahun. Beliau mendapat gelaran “Zu an-Nur’ain” kerana mengahwini dua puteri Rasulullah, Ruqayyah dan Ummu Kalthum.

Pada 6 Zulhijjah tahun 158H Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, pengasas sebenar Daulah Abbasiyah telah mangkat. Baginda telah Berjaya mengukuhkan tonggak dan sendi Daulah serta menyelesaikan semua fitnah dan kebangkitan rakyat yang wujud untuk menentangkannya. Sebagaimana yang diketahui baginda adalah seorang khalifah yang sangat mengambil berat tentang kebajikan dan urusan Negara. Baginda jugalah yang mengasaskan kota Baghdad dan seterusnya menjadinya sebagai ibukota Daulah Abbasiyah. Baginda telah mendapat nasihat secara langsung tentang pembinaannya dari Imam Abu Hanifah an-Nu’man.

Pada 26 Zulhijjah 206H al-Hakam bin Hisyam bin Abdul Rahman salah seorang raja Andalus yang terkenal telah mangkat. Baginda telah dilantik pada usia 26 tahun. Al-Hakam merupakan raja pertama yang mendapat kemuliaan di Andalus.

Pada 11 Zulhijjah 207H seorang sejarawan besar, Muhammad bin Umar al-Waqidi telah meninggal dunia. Beliau adalah sarjana ilmu al-Maghazi dan Sirah. Penulis kitab “Al-Maghazi”. Dilahirkan di Madinah dan memperolehi ilmu di tangan ulama setempat, kemudian menetap di Baghdad sehingga meninggal.

Pada tahun 286H Muhammad bin Yazid bin Abdul Akbar yang lebih dikenali dengan “Al-Mubarrad” telah meninggal dunia. Beliau digelar Al-Mubarrad, menurut satu riwayat kerana kecantikan wajahnya dan satu riwayat lain kerana ketelitian dan kepetahan jawapannya. Al-Mubarad adalah pemimpin sarjana ilmu Nahu tanpa sebarang pertikaian. Belaiu juga imam pada zamannya dalam bidang sastera dan bahasa yang diperolehi dari gurunya al-Mazny. Beliau hidup sezaman dengan 9 orang khalifah Abbasiyah. Di antara sumbangan al-Mubarrad ialah penulisan kitab “Al-Kamil” dalam bidang sastera dan bahasa.

Begitu juga pada tahun 463H di bulan Zulhijjah telah meninggal dunia al-Hafiz Abu Bakar Ahmad bin Ali bin Tsabit, yang lebih dikenali dengan “Al-Khatib al-Baghdadi” yang merupakan salah seorang imam Hadith dan sejarah pada kurun ke 5H. Beliau telah menghasilkan banyak karya tentang sejarah dan yang terkenal ialah “Tarikh Baghdadi”.

Selasa, 23 Oktober 2012

KORBAN, AIDIL ADHA, TAKBIR AIDILADHA DAN HARI TASHIRQ PENGERTIAN DAN WAKTU ...

..“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan...

Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat.

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:

Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun

Hari-hari Tashriq dalam istilah Islam adalah merujuk kepada hari ke-11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah mengikut kalender Islam Hijrah. Pada hari-hari tersebut, umat Islam yang sedang melakukan ibadah Haji akan menyempurnakan amalan bekenaan dengan melakukan ibadah melontar di ketiga-tiga Jamrah; iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah. Ibadah melontar jamrah ini dilaksanakan bersempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. melontar syaitan apabila ia menjelma bagi mengganggu kosentrasi kedua Nabi besar tersebut melakukan korban sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Umat Islam boleh melakukan ibadah korban sehingga sebelumnya masuk waktu Maghrib 14 Zulhijjah. Begitu juga amalan bertakbir, juga disunatkan sehingga maghrib tersebut.

Takbir raya tidak semestinya dilaungkan di Masjid sahaja mahupun selepas setiap waktu solat. Umat Islam digalakkan melaungkan lafaz takbir ini (pada masa-masa yang disunatkan/dibenarkan) di mana-mana sahaja. Di dalam kereta waktu sedang memandu, di dalam rumah waktu sedang masak, di jalanan waktu pergi ke Masjid atau Surau dan di mana-mana sahaja mereka berada dan teringat hendak bertakbir. Tidak perlu tunggu sampai di Surau dan selepas solat baru hendak bertakbir.

Pada hari-hari Tashriq, umat Islam (Muslim) sama sekali diharamkan untuk melakukan ibadat puasa, ini kerana Hari Tashriq juga membawa maksud "Hari Makan Minum".

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari Nubaisyah al-Hudzali RA katanya:”Rasulullah SAW bersabda:”Hari-hari Tashriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.”
~(Hadis Riwayat Imam Muslim)
SELAMAT MENYAMBUT IEDILADHA DAN MAAF LAHIR BATIN KU POHON KEPADA SEMUA...  ~Jaksa Kotaraja@Hanafiah husin..

Selasa, 2 Oktober 2012

KISAH ABU YAZID AL BUSTAMI DAN PADERI GEREJA SAMAAN



“Abu Yazid Al Bustami merupakan seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia bersama-sama paderi lain menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap.Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.”

Semua paderi menjadi gempar dan mereka menghendaki orang itu di bunuh. Namun ketua paderi mencegahnya, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.

Menjawab 50 pertanyaan bertanya 1 pertanyaan.

Ketua paderi berkata, “Wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikuti agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuhmu.”

Jawab Abu Yazid, “Baiklah! Tanyakan apa saja yang kamu ingin tanyakan.”

Ketua paderi itu mengemukakan 50 pertanyaan bertubi-tubi dan kemudian Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.

Kata Abu Yazid, “Saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang apakah ada lagi pertanyaan-pertanyaan yang lain?”

Semua pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”

Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. “Beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit.”

Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawabannya. Baru satu pertanyaan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh pertanyaan. Merekameminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.

Katanya, “Bukan saya tidak mau menjawab, tetapi saya takut kamu semuatidak sependapat.” Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk menyetujui serta menerima kata-kata ketua mereka.

Kemudian ketua Paderi menjawab “Bahwa kunci Syurga dan Kunci langit itu tidak lain ialah “LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARASULULLAH.” Tegas ketua paderi.

Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, “Memang benar kata ketua kamu ini.” Semua paderi memeluk Islam, Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.

“Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya ceritakan ini adalah benar. Saya tidak dipaksa oleh siapapun dalam mengucapnya. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan masalah ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu.”

“Dari mana tuan mengetahui perkara ini?” Tanya salah seorang paderi.

“Dari ketua sebelum saya.” Jelas ketua paderi.

“Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahwa perkara yang dikatakan itu adalah benar.” Sambung ketua paderi itu.

“Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!” Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid. Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!

Berikut ini Pertanyaan Ketua Paderi. Dan Jawaban Abu Yazid Al-Bustami

1. Yang satu tidak ada duanya.
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu bagiNya.

2. Yang dua tiada tiganya.
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.

3. Yang tiga tiada empatnya.
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wa Ta’ala.

4. Yang empat tiada limanya.
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

5. Yang lima tiada enamnya.
Islam telah memfardhukan solat lima waktu : Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.

6. Yang enam tiada tujuhnya.
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.

7. Yang tujuh tiada lapannya.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.

8. Yang lapan tiada sembilannya.
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya) : Dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.

9. Yang sembilan tiada sepuluh.
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya) : Di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.

10. Sepuluh yang sempurna.
Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.

11. Yang sebelas.
Saudara-saudara Nabi Yusof AS.

12. Yang dua belas.
Bilangan bulan dalam setahun.

13. Yang tiga belas.
Mimpi Nabi Yusof AS yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas.

14. Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga.
Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof AS. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob AS bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.

15. Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka.
Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Telah berkata Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.

16. Tempat roh dalam badan manusia.
Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya) : Katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.

17. Al Zariyati Zarwa.
Nama empat macam angin.

18. Al Hamilati Wakra.
Awan gemawan di dada langit.

19. Al Jariyati Yusra.
Perahu-perahu yang belayar di laut.

20. Al Mukassimati Amra.
Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.

21. Yang empat belas.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahKu ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, “kami akan datang kepadaMu secara patuh dan taat.”

22. Kubur yang berjalan dengan penghuninya.
Ikan besar yang menelan Nabi Yunus AS. Nabi Yunus AS di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.

23. Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh.
Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya) : Demi subuh apabila ia terlepas.

24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi.
Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman AS di dalam botol iaitu air peluh kuda.

25. Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan.
Kibas yang di bawa Jibril AS sebagai korban ganti Nabi Ismail AS, unta Nabi Salleh AS yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa AS.

26. Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk.
Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai.

27. Darah yang mula-mula mengalir ke bumi.
Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.

28. Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat.
Helah kaum wanita, seperti firman Allah Taala (ertinya) : Sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.

29. Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh.
Tongkat Nabi Musa AS.

30. Wanita yang paling utama.
Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.

31. Gunung yang paling utama.
Gunung Tursina.

32. Binatang yang paling utama.
Kuda.

33. Bulan yang paling utama.
Bulan Ramadhan.

34. Malam yang paling utama.
Lailatul Qadar.

35. Tentang Atta’mah.
Hari Kiamat.

36. Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan.
Pohon itu “tahun” yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat.

37. Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji.
Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.

38. Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu.
Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.

39. Nakir, fatil dan kitmir.
Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.

40. Sabid dan Labad.
Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.

41. Sam dan Ram.
Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam AS.

42. Maksud keldai Makwak.
Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.

43. Maksud anjing menyalak.
Anjing menyalak bermaksud : Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.

44. Maksud jeritan kuda.
Kuda menjerit bermaksud : Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.

45. Maksud jeritan unta.
Unta menjerit membawa maksud : Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.

46. Maksud nyanyian burung Bulbul.
Nyanyian Bulbul bermaksud : Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.

47. Maksud bunyi katak.
Bunyi katak bermaksud : Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhlukNya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.

48. Maksud kata-kata burung Nakus.
Maksud kata-katanya : Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?

49. Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat.
Makhluk itu adalah lebih seperti firman Allah Taala (ertinya): Dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih.

50. Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.
Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit

Sabtu, 29 September 2012

GUGURNYA PAHALA WANITA


..hati seorang suami yang kecewa terhadap isterinya biasanya akan dipendam oleh sisuami tersebut. Hanya dihadapnya perasaan itu kepada ALLAH SWT agar dilembutkan hati siisteri...bagi yang beramal dan tidak beramal akan menjaja keluhan itu kepada rakan taulan...

Suatu peristiwa di suatu Eid, seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita... Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’... Setelah kaum wanita berkumpul, Baginda S.A.W. pun pergi ke sana, dan memberi tazkirah seperti berikut:

“Assalamu’alaikum... Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”... Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak.. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka, Kamu banyak mengutuk atau menyumpah... dan kamu kufurkan kebaikan suami..."...

Maksud MENGUTUK atau MENYUMPAH ialah seperti: Contoh – Katakan kita lama menunggu bas... Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus agaknya.”.. Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah.... Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah... ATAU – Tengah memasak, gas habis... Kita mungkin berkata “Celaka punya gas.. Masa ni jugak nak habis.” ...

Yang dimaksudkan KUFUR di sini bukan kufur I’tiqad, tetapi bererti TIDAK MENGIKTIRAF KEBAIKAN SUAMI... iaitu tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami diremehkan.... Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah S.A.W. pernah ditanya oleh seorang suami, yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami’...

Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,”AWAK NI, SAYA TIDAK NAMPAK PUN SATU KEBAIKAN AWAK..” ... (Terjemahan langsung dari Arab)... [Dalam masyarakat kita, kita selalu dengar kata-kata seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?"......

Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan GUGUR PAHALA-PAHALA amalannya."... Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya banyak BERISTIGHFAR dan banyak BERSEDEKAH... kerana ia dapat menyelamatkan dari dua perkara tersebut, yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka JAHANAM....

  wallahullam
~jaksa kotaraja

BANYAK KAUM TELAH DIBINASAKAN ATAS KEZALIMANNYA SENDIRI


12 KAUM YANG DIBINASAKAN ALLAH..

1. Kaum Nabi Nuh
Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan istri Nabi Nuh (Surah Al-Ankabut : 14).


2. Kaum Nabi Hud
Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (Surah Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).


3. Kaum Nabi Salleh
Nabi Salleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Salleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (Surah ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).

4. Kaum Nabi Luth
Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan menyonsang, iaitu berminat dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Banyak kali diberi peringatan, mereka tidak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (Surah Alsyu’araa: 160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12).

5. Kaum Nabi Syuaib
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perniagaan. Bila membeli, mereka minta dilebihkan dan bila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Banyak kali mereka berlindung di tempat yang teduh, perkara itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa (Surah Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44).

Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pohonnya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah) (Surah AlHijr: 78, Alsyu’araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14).

6. Firaun
Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun mengaku sebagai tuhan. Dia akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya berjaya diselamatkan. Hingga kini masih boleh disaksikan di museum mumi di Mesir (Albaqarah: 50 dan Yunus: 92).

7. Ashab Al-Sabt
Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (Surah Al-A’raaf: 163).

8. Ashab Al-Rass
Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Konon, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Salleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib.

Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (adapula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam perigi sehingga mereka dibinasakan Allah (Surah Alfurqan: 38 dan Qaf ayat 12).

9. Ashab Al-Ukhdudd
Ashab Al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman diceburkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang sedang menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (Surah Alburuuj: 4-9).

10. Ashab Al-Qaryah
Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Surah Yaasiin: 13).

11. Kaum Tubba’
Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat engkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (Surah Addukhan: 37).

12. Kaum Saba
Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan empangan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim) (Surah Saba: 15-19).

Jumaat, 28 September 2012

NORMAL HIDUP MANUSIA ADALAH PERKHAWINAN


                              
 ..Oleh itu, jika seseorang berkemampuan dari segi fizikal dan mental, serta ditakuti melakukan perbuatan nista seperti zina, maka wajib ia kahwin... Jika tidak ada hal ditakuti tadi, sedangkan ia mampu dan sanggup berkahwin, maka hukumnya..

ISLAM ANJURKAN UMATNYA BERKAHWIN

1] Sabda Baginda SAW bermaksud: “NIKAH ITU SUNNAH-KU, SIAPA TIDAK SUKA SUNNAH-KU, MAKA BUKAN IA DARIPADA GOLONGAN-KU.” (Hadis riwayat Bukhari)...

2] Sabda Nabi SAW: “KAHWINLAH KAMU SUPAYA KAMU BERKEMBANG BIAK, KERANA SESUNGGUHNYA AKU AKAN BERMEGAH DENGAN BANYAKNYA KAMU DI DEPAN UMAT LAIN PADA HARI KIAMAT.”...

Hadis itu menjelaskan kahwin perlu disempurnakan setiap umat Islam yang berasa dirinya mampu berbuat demikian... Oleh itu, jika seseorang berkemampuan dari segi fizikal dan mental, serta ditakuti melakukan perbuatan nista seperti zina, maka wajib ia kahwin... Jika tidak ada hal ditakuti tadi, sedangkan ia mampu dan sanggup berkahwin, maka hukumnya sunat, tetapi tidak digalakkan dalam Islam... Makruh seseorang berkahwin jika dia tidak mampu atau sanggup memberi nafkah selepas berkahwin...

Namun, perkembangan hari ini memperlihatkan sesetengah pihak menganggap perkahwinan tidak perlu, bukan disebabkan tidak mampu, sebaliknya sengaja MEMILIH HIDUP SOLO kerana inginkan kebebasan mutlak.... ISLAM MELARANG ORANG YANG SENGAJA HIDUP MEMBUJANG.... Ada juga yang tidak mahu kahwin atas alasan tidak mahu memberi nafkah atau memikul tanggungjawab menjaga serta memenuhi keperluan ahli keluarga... INI SIKAP ORANG MALAS DAN BERLAWANAN SYARIAT ISLAM....

Sabda Nabi SAW bermaksud:
“Satu dinar engkau belanjakan di jalan Allah dan satu dinar engkau belanjakan buat memerdekakan budak, dan satu dinar engkau belanjakan buat anakmu. Yang paling utama daripada semua itu ialah satu dinar yang engkau belanjakan buat anakmu.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)...

Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a., Nabi Muhammad SAW bertanya Ukkaf Basir At Tamimi Al Hilali: “Wahai Ukkaf! Apakah engkau mempunyai isteri?“... Ukaff menjawab:” Tidak.” ....Baginda SAW bertanya lagi: “Adakah engkau orang yang mampu dalam keadaan baik dirimu?” Jawab Ukaff: “Ya, aku orang yang mampu.” Mendengar jawapan itu, Nabi SAW pun bersabda seperti memberi keputusan...


Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Jika begitu engkau daripada SAUDARA SYAITAN... Jika engkau daripada kaum Nasrani, nescaya engkau termasuk paderinya.. Sesungguhnya sunnah kami ialah nikah (kahwin)... Sejahat-jahat kamu ialah yang tidak kahwin... Serendah-rendah orang yang mati daripada kamu ialah yang tidak mahu kahwin... Apakah dengan syaitan kamu akan berhubungan? Tidak ada senjata bagi syaitan yang lebih ampuh buat menggoda orang salih, lebih daripada meninggalkan perempuan (tidak kahwin).” ...

MAKA HENDAKLAH yang berkemampuan dari segi kewangan, berkeupayaan dan sihat tubuh badan segera menyempurnakan sunah Nabi SAW... Jangan tangguh kerana kahwin melahirkan zuriat yang akan membanggakan Nabi SAW di depan umat lain pada hari kiamat.... 

~WALLAHULLAM 
JAKSAKOTARAJA

KEBERKATAN HIDUP


                       
..Leka main facebook, internet, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun..

Banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah
Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tetapi cepat habis.Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi selalu tak cukup . Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main facebook, internet, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Alangkah malang dan rugi kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan RUGI di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga.

Rabu, 19 September 2012

KHALIFAH UMAR AL KHATTAB MENULIS SURAT KEPADA SUNGAI NIL


..SUNGAI NIL ! JIKA AIR YANG MENGALIR DI SUNGAI INI ATAS KUASAMU, MAKA KETAHUILAH BAHAWA KAMI TIDAK MEMERLUKAN KAU, TETAPI JIKA IANYA MENGALIR DI ATAS KEKUASAAN ALLAH S.W.T ..

Semasa pemerintahan Khalifah Ar-Rasyidin yang ke-2 iaitu SAIDINA UMAR AL-KHATTAB R.A., beliau telah melantik seorang pahlawan Islam yang gagah perkasa iaitu AMRU AL-AS SEBAGAI GABENOR DI MESIR... Sebahagian daripada penduduk Mesir ketika itu telah menganut agama Islam, manakala yang lain masih berpegang kepada ajaran asal nenek moyang mereka...


Diriwayatkan telah berlaku kejadian dimana air Sungai Nil semakin surut dan kering, dan tidak melimpah-limpah seperti biasa... Kejadian ini telah pernah berlaku setiap tahun sejak beberapa lama.... Penduduk Mesir berasa bimbang, kerana air Sungai Nil menjadi sumber air utama penduduk di sana... Lalu mereka melaporkan kejadiaan aneh tersebut kepada Gabenor Amru al-Ash... Kata mereka: "Sungai Nil boleh menjadi kering sekiranya permintaanya tidak ditunaikan."... "Apakah permintaannya?", bertanya Gabenor Amru...

"Biasanya, sudah menjadi amalan kami setiap tahun untuk mencari SEORANG GADIS YANG CANTIK RUPA PARAS... KAMI AKAN MENYURUH GADIS ITU BERDANDAN DAN BERHIAS SEELOK MUNGKIN... SELEPAS ITU, KAMI AKAN MELEMPARKAN DIA KE SUNGAI NIL SEBAGAI KORBAN.... Setelah itu barulah air Sungai Nil akan mengalir semula." jelas mereka... Walaupun sebahgian penduduk Mesir telah memeluk Islam, dalam diri mereka masih tertanam kepercayaan Jahiliah yang diamalkan sejak turun-temurun...

Gabenor Amru tidak bersetuju dengan permintaan mereka kerana adat tersebut adalah khurafat dan syirik, kerana mempercayai selain Allah.. Gabenor Amru meminta penduduk Mesir untuk bersabar telebih dahulu, kerana beliau ingin meminta pandangan dari Khalifah Umar r.a. sendiri.... Setelah sampai kepada Khalifah Umar r.a. akan masalah tersebut, Khalifah Umar r.a. menulis surat kepada Gabenor Amru...
"TINDAKANMU ITU BENAR WAHAI AMRU, ISLAM MEMANG DATANG UNTUK MENGHAPUSKAN ADAT DAN AMALAN YANG BURUK SERTA KHURAFAT, seperti mengorbankan gadis ke Sungai Nil itu... Untuk mengatasi masalah ini, dan demi kebaikan penduduk Mesir, aku sertakan bersama, surat untuk kau lemparkan ke dalam Sungai Nil".. Lalu Gabenor Amru membuka surat yang ditujukan khas kepada Sungai Nil itu dan membacanya, sebelum dilontarkan surat tersebut ke dalam Sungai Nil... Isi kandungan surat tersebut berbunyi:

“SURAT INI DIKIRIMKAN KEPADA SUNGAI NIL OLEH UMAR, HAMBA ALLAH DAN AMIRUL MUKMININ... WAHAI SUNGAI NIL ! JIKA AIR YANG MENGALIR DI SUNGAI INI ATAS KUASAMU, MAKA KETAHUILAH BAHAWA KAMI TIDAK MEMERLUKAN KAU, TETAPI JIKA IANYA MENGALIR DI ATAS KEKUASAAN ALLAH S.W.T, MAKA KEPADANYALAH KAMI MEMOHON AGAR AIRMU MENGALIR SEPERTI BIASA...”...

Setelah surat itu dicampak ke dalam Sungai Nil, air Sungai Nil tersebut mulai mengalir seperti biasa dan dikatakan Sungai Nil tidak akan surut sehingga kiamat, meskipun kemarau yang panjang melanda..

Sabtu, 15 September 2012

NIKMAT USIA

...bertakwalah kalian semua kepada Allah, dan baguskanlah dalam mencari rezeki. Jangan sampai terlambatnya rezeki menyebabkan kalian memohon apa yang ada di sisiNya dengan tindakan maksiat.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Sesungguhnya Ruhul Kudus ( Jibril ) membisikkan ke dalam jiwaku bahwa jiwa tidak akan mati hingga telah sempurna semua rezekinya dan telah tiba ajalnya.Oleh karena itu ,bertakwalah kalian semua kepada Allah, dan baguskanlah dalam mencari rezeki.Jangan sampai terlambatnya rezeki menyebabkan kalian memohon apa yang ada di sisiNya dengan tindakan maksiat.Karena segala apa yang dimiliki Allah tidak bisa diperoleh kecuali dengan ketaatan kepadaNya."
( HR. Al-Bazzar ). Al-Albani menganggapnya sebagai hadis shahih di dalam Shahihut Targhib wat Tarhib.Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Sesungguhnya Ruhul Kudus ( Jibril ) membisikkan ke dalam jiwaku bahwa jiwa tidak akan mati hingga telah sempurna semua rezekinya dan telah tiba ajalnya.Oleh karena itu ,bertakwalah kalian semua kepada Allah, dan baguskanlah dalam mencari rezeki.Jangan sampai terlambatnya rezeki menyebabkan kalian memohon apa yang ada di sisiNya dengan tindakan maksiat.Karena segala apa yang dimiliki Allah tidak bisa diperoleh kecuali dengan ketaatan kepadaNya."
( HR. Al-Bazzar ). Al-Albani menganggapnya sebagai hadis shahih di dalam Shahihut Targhib wat Tarhib. 


USIA UMPAMA HARTA.... bukan banyaknya yang menjadi perhitungan tetapi KEBERKATANNYA.... Harta yang berkat, sedikitnya mencukupi.... manakala banyaknya boleh diagih-agihkan..... Begitu juga usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaikan dan kebaktian....

Sabda Rasullullah S.A.W..

“HIDUPLAH selama yang kamu suka, maka kamu tetap akan mati... CINTAILAH dengan siapa yang kamu suka, maka kau tetap akan meninggalkannya.... Dan lakukanlah apa yang kamu suka, maka kamu akan dibalas dan dipertanggungjawab tentangnya”....

“Tidak Allah turunkan PENYAKIT, melainkan Allah sertai baginya UBAT, kecuali TUA..”....

Didalam kitab “AL-HIKAM" ada disarankan:

“Terkadang umur seorang itu panjang, sedangkan bekalannya sedikit... Terkadang umur seorang itu pendek, sedangkan bekalannya banyak.... Siapa umurnya diberkati oleh Allah, biarpun umurnya singkat, dia akan memperolehi pemberian Allah yang banyak yang tidak terdaya untuk digambar dan ditunjuk”.... 


LAKUKANLAH AMAL KEBAJIKAN DAN AMAL SOLEH, SELAGI UMUR MASIH ADA... JANGAN DI TUNGGU MASA TUA, KERANA SEMUA ITU BELUM TENTU MENJADI KENYATAAN.....


Firman Allah.....TIDAK AKU JADIKAN JIN DAN MANUSIA SEMATA-MATA UNTUK BERIBADAH UNTUKKU...dalam al-quran banyak disebut ayat begini.....ini sering kita dengar setiap kali dalam khutbah jumaat.......adakah kita peka tentang peringatan ini...


 surah Ibrahim: [31]
Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, sama ada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan).

Jumaat, 14 September 2012

BERTAUBAT SETIAP HARI


..Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu melakukan kesalahan siang dan malam dan Aku mengampuni semua dosa, oleh itu pohonlah keampunan kepadaKu, nescaya Aku mengampuni kamu...


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

Setiap anak adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat. ( Ibn Majah ).Sesiapa yang mengatakan bahawa dia tidak mempunyai dosa sebenarnya dia telah melakukan dosa dengan ucapan sedemikian. Firman Allah SWT yang bermaksud :

Maka janganlah kamu menganggap diri kamu suci. Dan dialah yang Maha Mengetahui siapa yang bertakwa. ( Surah al-Najm : 32 ) Agama kita memperuntukkan satu amal soleh yang boleh menghapuskan segala dosa yang dilakukan iaitu taubat sebagai mengimbangi kelemahan manusia ini. Allah SWT yang bersifat dengan sifat al-Tawwab ( Maha Penerima Taubat) dan al-Ghafur ( Maha Pengampun) tidak akan membiarkan kelemahan hambanya ini dengan begitu sahaja. Dalam al-Quran bayak dijelaskan keutamaan, dorongan dan perintah agar kita sentiasa bertaubat.

Maksud firman Allah SWT :
Dan bertaubatlah kamu semua wahai orang-orang yang beriman supaya kamu memperolehi keuntungan. (Surah al-Nur: 31)

Maksud Firman Allah SWT :
Dan bersegeralah menuju kepada keampunan dari Tuhan kamu dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. ( Surah Ali Imran :133)

Allah SWT juga berfirman:
Dan dirikanlah sholat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya amalan-amalan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat ( Surah Hud: 114).

Hadis-hadis Nabi saw juga banyak yang menyebut tentang kelebihan dan tuntutan taubat, antaranya ialah ;
Dari Nabi saw bersabda bahawa Allah berfirman ( hadis qudsi ) :
Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu melakukan kesalahan siang dan malam dan Aku mengampuni semua dosa, oleh itu pohonlah keampunan kepadaKu, nescaya Aku mengampuni kamu. (Imam Muslim).

Sabda Nabi saw :
Sesungguhnya Allah SWT sangat gembira dengan taubat hambaNya melebihi kegembiraan salah seorang di antara kamu yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian menemukannya kembali. ( Imam Muslim)

Dalam sabdanya yang lain, Rasulullah mengatakan:
Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada siang hari, dan Allah membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada malam hari, sampai matahari terbit dari barat.(Imam Muslim )
Rasulullah saw yang terpelihara daripada dosa dan diutuskan agar menjadi contoh kepada sekalian manusia juga memohon keampunan kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari sebagai mana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Begitulah petunjuk sunnah Rasulullah saw kepada kita semua agar sentiasa bertaubat setiap masa. Jangan dibiarkan dosa berlanjutan dan dijadikan koleksi dari semasa ke semasa kerana maut datang tanpa isyarat dan amaran. Dosa yang dibiarkan pasti akan memberi kesan buruk kepada kita di akhirat kelak.

Allah SWT yang bersifat Maha Penyayang telah mensyariatkan ibadat yang menjanjikan dosa-dosa diampunkan. Antaranya ;

1- Berwuduk

Rasulullah saw bersabda : Tidaklah salah seorang daripada kamu mendekati air wuduknya, kemudian berkumur-kumur, memasukkan air ke hidungnya lalu mengeluarkannya kembali, melainkan gugurlah dosa-dosa di (rongga) mulut dan rongga hidungnya bersama air wuduknya, kemudian (tidaklah) ia membasuh mukanya sebagaimana yang Allah perintahkan, melainkan gugurlah dosa-dosa wajahnya melalui hujung-hujung janggutnya bersama titisan air wuduk, kemudian (tidaklah) ia membasuh kedua tangannya sampai ke siku, melainkan gugurlah dosa-dosa tangannya bersama air wuduk melalui jari-jari tangannya, kemudian (tidaklah) ia menyapu kepalanya, melainkan gugur dosa-dasa kepalanya bersama air melalui hujung-hujung rambutnya, kemudian (tidaklah) ia membasuh kedua kakinya, melainkan gugur dosa-dosa kakinya bersama air melalui hujung-hujung jari kakinya. (Imam Muslim)

2. Solat fardu, solat Jumaat dan Puasa Bulan Ramadan.

Rasulullah saw bersabda :
Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan adalah penghapus dosa di antaranya selama dosa-dosa besar dihindari. (Imam Muslim)

3. Puasa Sunat Asyura’ dan puasa sunat wukuf.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyur (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.( Imam Muslim )

4. Tasbih, tahmid dan takbir

Sabda Rasulullah saw : Sesiapa yang menyebut setiap kali selepas solat dengan tasbih, tahmid dan takbir ( 33x) di akhiri dengan ucapan lah ila ha illa Allah….. maka diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. ( Imam Muslim)
Para ulama mentafsirkan dosa-dosa yang diampunkan di atas ialah hanyalah dosa kecil sebagai mana pendapat Imam al-Nawawiy dalam kitab syarh Muslim. Dosa besar hanya diampunkan bila dilakukan taubat nasuha.

Begitulah perancangan Allah yang bersifat al-Hakim ( Maha Bijaksana ) menyusun ibadat-ibadat untuk menghapuskan dosa-dosa hambaNya. Solat fardu atau puasa Ramadan yang kita lakukan dengan ikhlas akan memberi kebaikan kepada kita sendiri. Dengan kata lain Allah mewajibkan amalan-amalan tertentu bukan untuk membebankan hamba-hambaNya tetapi sebagai ujian sama ada taat atau ingkar dan untuk menyucikan rohani mereka daripada kegelapan dosa.

Betapa ruginya mereka yang mengabaikan solat fardu dan puasa wajib. Tanpa mereka sedari golongan ini membuat koleksi dosa-dosanya dari semasa ke semasa. Mereka tiada peluang untuk menyucikan jiwa mereka daripada dosa. Lebih malang sekiranya mereka dijemput oleh Malakul Maut secara mengejut tanpa taubat, Na’uzubillah.

Jadikanlah taubat sebagai amalan rutin seharian, pohonlah keampunan dariNya dan laksanakanlah amalan fardu sebaik-baiknya. Semua itu akan menyucikan dosa-dosa yang telah dilakukan. Jangan berputus asa dengan rahmat dan keampunan sekiranya selepas itu kembali melakukan dosa. Jangan terpedaya dengan tipu muslihat syaitan agar kita perputus asa dengan keampunan Allah SWT . Perbaharuilah taubat pada setiap waktu. Pohonlah pimpinan dan bimbingan Allah SWT agar sentiasa istiqamah dalam melakukan taubat kepadaNya

SUJUD TILAWAH / SAJADAH



Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: ”APABILA ANAK ADAM MEMBACA AYAT SAJDAH, LALU DIA SUJUD; MAKA SYAITAN JATUH SAMBIL MENANGIS... KATANYA, “CELAKA AKU! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga... Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak, maka untukku neraka.” ..(HR al-Bukhari dan Muslim)...



KETERANGAN HADIS;-
1. TILAWAH ertinya bacaan.. Maka sujud tilawah ertinya adalah sujud bacaan... Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat iaitu apabila dibaca ayat tersebut, kita disunatkan bersujud... Ayat inilah disebut AYAT SAJDAH dan sujudnya disebut SUJUD TILAWAH...

2. Sujud tilawah disunatkan tidak hanya pada waktu solat tetapi juga di luar solat... Namun dalam solat berjamaah, sekiranya imam tidak melakukannya, maka makmumnya juga tidak perlu bersujud ..... untuk melakukannya, seseorang itu mestilah dalam keadaan suci dan berada di tempat yang suci, sama seperti mahu mengerjakan solat...

3. Ayat-ayat sajdah itu ialah surah as-Sajdah:15, al-A'raaf: 206, ar-Ra'd: 15, an-Nahl: 49, al-Israa': 107, Maryam: 58, al-Haj: 18, al-Furqaan: 60, an-Naml: 25, Fussilat: 38, al-'Alaq:19, an-Najm: 62, Insyiqaaq: 21, Saad: 24...

4. Cara melakukan sujud sajadah DI LUAR SOLAT menurut mazhab Syafi’e, ialah dengan mengangkat tangan sambil bertakbir dan terus sujud dan membaca sepotong ayat ketika sujud yang maksudnya: “AKU BERSUJUD DENGAN WAJAHKU, KEPADA DZAT YANG TELAH MERUPAKAN DAN MENCIPTAKANNYA, DAN MENCIPTAKAN PENDENGARAN DAN PENGLIHATANNYA DENGAN KEKUATAN-NYA... MAHA MEMBERKATI ALLAH, SEBAIK-BAIK PENCIPTA"... Kemudian kembali duduk dan memberi salam...

5. Manakala ketika DI DALAM SOLAT pula, cara melakukan sujud sajdah ialah sebaik sahaja membaca ayat sajadah, hendaklah terus bersujud dan membaca bacaan seperti di atas (di dalam sujud)... Setelah itu berdiri semula meneruskan bacaan seterusnya..

Di dalam kitab Al-Majmuk

 menurut Ashhab Syafi‘ieyah, bahawa hukum sujud tilawah itu sama seperti hukum sembahyang sunat dari segi syarat-syarat sahnya sujud itu, syarat-syarat itu adalah seperti berikut:

(i) Bersih daripada hadas kecil atau besar dan juga bersih daripada najis sama ada pada tubuh badan, pakaian dan juga tempat...

(ii) Orang yang hendak melakukan sujud tilawah itu juga di kehendaki dalam keadaan menutup aurat...

(iii) Untuk melakukannya hendaklah menghadap kiblat...

(iv) Hendaklah masuk waktunya ketika melakukan sujud itu.. Adapun masuknya waktu sujud itu ialah sejurus sahaja ia selesai mambaca atau mendengar keseluruhan ayat sajdah... Jika sekiranya ia bersujud sebelum lagi habis ayat itu di bacanya atau didengarnya maka sujud tilawah itu tidak sah dan tidak memadai...

@
Sekiranya terdapat halangan yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat sujud, seperti berhadas
kecil, dalam kenderaan atau mendengarnya dari corong masjid, maka diharuskan mengucapkan:-

Subhanallah, walhamdulillah, wa laa Ilaha illah, wallahu akbar,wala haula wala quwata illah billahi a'liyil azim.

Isnin, 10 September 2012

CIRI-CIRI ULAMA PEWARIS NABI S.A.W


..ALIM ULAMA LAH YANG MEMBERIKAN MAKNA DAN ERTI PADA KEHIDUPAN MANUSIA DI PERMUKAAN BUMI INI..... Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai... KEMAKSIATAN DAN KEMUNKARAN AKAN BERMAHARAJALELA......


AGAMA HILANG DENGAN MATINYA ULAMA'

Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “BAHAWASANYA ALLAH S.W.T. TIDAK MENCABUT (MENGHILANGKAN) AKAN ILMU ITU DENGAN SEKALIGUS dari (dada) manusia... Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu DENGAN MEMATIKAN ALIM ULAMA... Maka apabila sudah tiada alim ulama, orang ramai akan MEMILIH ORANG-ORANG YANG JAHIL SEBAGAI PEMIMPIN MEREKA.... Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan... Mereka SESAT dan menyesatkan...” (Hadits Riwayat Muslim)...


KETERANGAN:

Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan... Satu demi satu pergi meninggalkan kita.... Kalau peribahasa Melayu mengatakan, “patah tumbuh, hilang berganti”, peribahasa ini tidak tepat herlaku kepada alim ulama.... Mereka patah payah tumbuh, dan hilang payah berganti.... Sampailah suatu saat nanti, PERMUKAAN BUMI INI AKAN KOSONG DARI ULAMA... Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini..... Alam penuh dengan kesesatan.... Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup..... SEBENARNYA, ALIM ULAMA LAH YANG MEMBERIKAN MAKNA DAN ERTI PADA KEHIDUPAN MANUSIA DI PERMUKAAN BUMI INI..... Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai... KEMAKSIATAN DAN KEMUNKARAN AKAN BERMAHARAJALELA......

Di akhir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w tadi.... Di MANA BILANGAN ALIM ULAMA HANYA TINGGAL SEDIKIT DAN USAHA UNTUK MELAHIRKANNYA PULA TIDAK MENDAPAT PERHATIAN YANG SEWAJARNYA..... PONDOK-PONDOK DAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA KURANG MENDAPAT PERHATIAN daripada cerdik pandai..... Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia..... Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini..... Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.....

SABDA RASULULLAH S.A.W. " Al Ulamaa' warothatul anbiyaa'.." Maksudnya: Ulama adalah pewarith para nabi.... Berikut adalah ciri-ciri Ulama Pewaris Nabi s.a.w:-


1] Ulama itu, dikenali dengan ILMUNYA DAN KETEGUHAN PENDIRIANNYA.... Mereka terpelihara daripada terjebak ke dalam perkara-perkara yang syubahat... Ulama dikenali dengan JIHAD, DAKWAH, PENGORBANAN DARI SEGI WAKTU, HARTA BENDA, nyawa dan kesungguhan mereka di jalan Allah...

2] Ulama dikenali dengan IBADAH DAN KHUSYUK MEREKA KEPADA ALLAH.... MEREKA TAKUT KEPADA ALLAH, DAN TIDAK TAKUT KEPADA MANUSIA.... Mereka merujuk kepada HUKUM-HAKAM ALLAH dalammenyelesaikan masaalah umat... Ulama dikenali dengan jauhnya mereka dari keburukan dunia dan pujuk rayunya... Ulama dikenali dengan pengakuan oleh umat Islam dan jumhurnya dari kalangan ahli hak....

3] Ulama adalah orang YANG TIDAK MENGINGINKAN KEDUDUKAN, dan membenci segala bentuk pujian serta tidak menyombongkan diri atas seorang pun... Walaupun mereka seperti mengejar kedudukan, tetapi adalah dengan NIAT UNTUK MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH... Dia yang tidak hasad kepada seorang pun yang berada di atasnya dan tidak menghinakan orang yang ada di bawahnya dan tidak mengharapkan balasan dalam menyampaikan ilmu Allah....

4] Ulama yang tawaduk juga SENTIASA MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG RAPAT DENGAN UMMAT... BERGAUL DENGAN UMMAT.... mengajar dan mendidik, serta menasihati mereka dengan cara yang penuh hikmah...

5] Ulama akan MENGAMALKAN ILMU YANG DIMILIKINYA.... Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya orang alim itu adalah orang yang beramal dengan apa yang dia ketahui".. (Hadis dalam Sunan ad-Darimi)... Sayyidina Ali r.a. berkata : "Wahai orang yang mempunyai ilmu! beramallah kamu dengannya kerana sesungguhnya orang yang alim itu adalah orang yang beramal dengan ilmu yang dia ketahui, serta selaras antara ilmunya dengan amalannya."...

6] Ulama ini MENERUSKAN TUGAS PARA NABI, IAITU MENGAJAR, mendidik, membersihkan hati umat daripada syirik dan maksiat, serta berdakwah dan memerintah mengikut perundangan Allah, sebagaimana kita fahami daripada firman Allah SWT, maksudnya: "Dialah (Allah) yang telah mengutuskan kepada kalangan orang-orang arab yang buta huruf, seorang rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat Allah, yang membuktikan keesaan Allah, dan kekuasaanNya... Dan membersihkan mereka daripada aqidah yang sesat, serta mengajarkan mereka kitab Allah dan hikmat pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat... Dan sesungguhnya mereka sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w adalah dalam kesesatan yang nyata" (Surah al-Jumaah ayat 2)...

BINGKISAN HATI SEORANG EMAK DI AIDILFITRI LALU

                                         gambar hiasan
                                          
..Mak Uda telefon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak...


Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.... ...
Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, "Along mana?'

Mak jawab, "Ada di dapur tolong siapkan makan."

Ayah tanya Mak lagi," Angah mana?"

Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola."

Ayah tanya Mak, "Ateh mana?"

Mak jawab, "Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?"

Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?"

Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik."

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, "Mana Mak?"

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, "Tak tahu."

Ayah tanya Angah, "Mana Mak?"

Angah menonton tv. Angah jawab, "Mana Angah tahu."

Ayah tanya Ateh, "Mana Mak?"

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, "Entah."

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, "Mana Mak?"

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, "Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!"

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telefon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telefon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, "Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka." Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, "Mana mak?".

Hanya Adik yang jawab, "Mak dah tak ada."

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?