Sabtu, 4 Ogos 2012

KITAB HINDU MENJAWAB DAN MENERANGKAN KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW

                                     
Gambaran Kalki Avtar yang berpedang dan menaiki seekor kuda yang ditunggu-tunggu oleh umat hindu. Ia dipahat pada batu dan dijumpai pada kurun ke 18 di Radhanagar, Tripura, India.

Jika umat Islam mempercayai ramalan kedatangan Nabi Muhammad SAW di dalam Kitab Taurat & Injil, bagaimana pula dengan kitab suci Umat Hindu? Mungkinkah kedatangan Nabi Muhammad SAW juga sudah diramalkan oleh kitab suci Umat Hindu? Itulah yang akan kita bahaskan di sini.

Di Antara Firman² Allah SWT Di Dalam Al~Quran:
Dalam surah Asy-Syu’ara (26) ayat 196:

“Dan sesungguhnya Al-Qur’an itu benar-benar (tersebut) di dalam kitab-kitab orang² yang terdahulu”.
~Maka di dalam kitab² sebelum Al-Qur’an juga telah terdapat wahyu² daripada Tuhan (Allah SWT) sepertimana Taurat & Injil.

Dalam surah Fatir (35) ayat 24:
~ Dinyatakan bahawa tiada satu kaum pun pada masa dahulu yang berlalu tanpa diberikan seorang pemberi peringatan tentang perintah dan larangan Tuhan (Allah SWT).

Dalam surat Al-Ahzab (33) ayat 40:
~ Dinyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah merupakan Utusan Tuhan dan juga merupakan penutup kepada semua para nabi (Utusan Terakhir)

Dalam surat Al-Anbiya (21) ayat 107:
~ Dinyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW tidaklah diutuskan melainkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam semesta.

Dalam surat Saba’ (34) ayat 28:
~ Dinyatakan bahawa Tuhan telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW untuk seluruh umat manusia sebagai pembawa khabar gembira dan peringatan tentang dosa, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.


Juga yang terdapat di dalam hadis Bukhari vol 1. Di dalam kitab Solat bab 56, hadis no.429, yang bermaksud Nabi Muhammad telah bersabda:
“Kesemua rasul yang telah diutuskan sebelumku hanya dipertanggungjawabkan untuk umat/bangsanya sahaja tetapi aku telah diutuskan untuk kesemua umat manusia”.
Sekarang kita akan melihat pula ke dalam kitab suci agama Hindu. Terdapat banyak kitab di dalam ajaran Hindu yang diakui sebagai kitab suci mereka. Daripada kesemua kitab tersebut, kitab yang dianggap paling suci sekali adalah kitab yang bernama Kitab Veda (Weda). Apabila di antara kitab² tersebut terdapat percanggahan pendapat berkaitan sesuatu isu, maka pendapat yang harus menjadi rujukan utama pada ajaran Hindu adalah Kitab Veda (Weda) yang juga masih terbahagi lagi kepada beberapa jenis kitab. Kitab² lain selain Kitab Veda (Weda) adalah seperti Upanishad, Smriti, Dharma Sastra, Bhagavat Gita, Puranas dan lain-lain.

Ayat² Ramalan Kedatangan Nabi Muhammad SAW Di Dalam Kitab² Agama Hindu

Disebutkan di dalam Bhavisa Purana –> dalam Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 to 27:

“Aryadarma akan datang ke muka bumi ini. ‘Agama kebenaran’ akan memimpin dunia. Aku telah diutuskan oleh Isyparmatma. Dan para pengikut aku adalah orang² yang berada di dalam lingkungan itu, yang kepalanya tidak dikucirkan (tidak ditocangkan). Mereka akan memelihara janggut dan akan mendengar wahyu. Mereka akan mendengar panggilan solat (azan). Mereka akan memakan apa sahaja kecuali daging babi. Mereka tidak akan disucikan dengan tanaman semak²/umbi-umbian tetapi mereka akan suci di medan perang. Meraka akan dipanggil “Musalaman” (perantara kedamaian).”

Jikalau anda membaca tulisan di atas dengan baik, maka anda akan mendapati bahawa kesemua ciri² daripada pengikut 'agama kebenaran' yang disebutkan di atas adalah ciri² yang umumnya terdapat pada umat Islam (muslim).

Di dalam Atharvaveda book 20 Hymn 127 Shlokas 1-14:
~ Dinyatakan pula tentang Kuntupsuktas yang telah mengisyaratkan bahawa Nabi Muhammad SAW akan terungkap dikemudiannya.

Mantra 1 mengatakan:

Beliau akan digelarkan sebagai Narasangsa. “Nars” membawa maksud orang, “sangsa” membawa maksud “yang terpuji”. Maka Narasangsa bermaksud "orang yang terpuji". Istilah “Muhammad” di dalam bahasa arab juga membawa bermaksud "orang yang terpuji". Maka istilah Narasangsa di dalam bahasa Sansekerta adalah sangat mirip dengan istilah Muhammad di dalam bahasa arab yang juga membawa maksud "orang yang terpuji". Oleh yang demikian, ini telah memberikan sebuah gambaran bahawa kemungkinan besar Narasangsa juga adalah tokoh yang sama dengan seorang manusia hebat di Tanah Arab iaitu Nabi Muhammad SAW. Dan berdasarkan kajian ini, sememangnya Narasangsa itu adalah Nabi Muhammad SAW.

Beliau akan dipanggil sebagai “Kaurama" yang boleh membawa maksud pangeran kedamaian, dan juga boleh memberi maksud orang yang berpindah (hijrah). Nabi Muhammad adalah seorang pangeran kedamaian yang telah berhijrah dari Makkah ke Madinah. 


Beliau akan dilindungi daripada musuh yang akan dikalahkannya yang kesemua musuhnya itu berjumlah 60,090 orang. Jumlah itu adalah bersamaan dengan jumlah penduduk Makkah pada masa Nabi Muhammad SAW hidup iaitu sekitar 60,000 orang.

Mantra 2 mengatakan:
Beliau adalah orang suci yang menaiki unta. Ini membawa maksud beliau bukanlah seorang bangsawan India kerana dinyatakan di dalam Mansuriti (11):202 bahawa Brahma tidak menaiki unta ataupun keldai. Maka tokoh ini jelas bukanlah daripada golongan Brahmana (pendeta tinggi Hindu) tetapi beliau adalah orang yang asing daripada bangsawan India.

Mantra 3 mengatakan:
Beliau adalah “Mama Rishi” atau "orang suci yang agung". Ini bersepadanan dengan nabi agung umat Islam iaitu Nabi Muhammad SAW.

Mantra 4 mengatakan:
Beliau adalah Washwereda (Rebb) iaitu "orang yang terpuji". Nabi Muhammad SAW juga telah dipanggil dengan nama Ahmad yang membawa maksud “orang yang terpuji” yang seandainya diterjemahkan ke dalam bahasa Sansekerta, ia akan membawa makna Rebb (orang yag terpuji).

Dalam Beberapa Ramalan Lainnya :
Di dalam Atharvaveda book 20 hymn 21:6;
~ Dinyatakan bahawa di sana ia disebutkan dengan istilah;“akkaru" yang bermaksud “yang mendapat pujian”. Beliau akan mengalahkan 10,000 musuh tanpa pertumpahan darah. Hal ini merujuk pada Perang Ahzab yang mana Nabi Muhammad SAW telah mengalahkan musuh yang berjumlah 10,000 orang tanpa pertumpahan darah.

Di dalam Atharvaveda book 20 hymn 21:7;
~ Dinyatakan bahawa Abandu akan mengalahkan 20 orang ketua. Abandu juga membawa maksud seorang yatim atau seorang yang mendapat pujian. Sesungguhnya hal ini juga telah merujuk kepada Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan seorang anak yatim semenjak dilahirkan dan ditambah pula dengan maksud istilah Muhammad/Ahmad yang membawa maksud "terpuji", yang akan mengalahkan ketua² suku kaum daripada suku² kaum yang terdapat di sekitar Makkah yang kesemuanya berjumlah sekitar 20 suku kaum.

Di dalam Rigveda book 1 Hymn 53:9;
~ Nabi dipanggil dengan gelaran “Suslama” yang juga membawa maksud "orang yang terpuji"yang juga telah memberikan maksud yang seerti dengan kata nama "Muhammad" daripada bahasa arab iaitu "orang yang terpuji".

Di dalam Samaveda Agni Mantra 64;
~ Dinyatakan bahawa beliau tidak disusui oleh ibunya. Hal ini sama kisahnya dengaan sirah (sejarah) hidup Nabi Muhammad SAW yang tidak disusui oleh ibunya tetapi sebaliknya telah disusui oleh seorang wanita yang bernama Halimatul Saadiah.

Di dalam Samaveda Uttararchika Mantra 1500:
~ Dinyatakan bahawa Ahmad akan dianugerahi dengan sebuah undang² abadi yang jelas merujuk kepada Nabi Muhammad SAW yang telah dianugerahi dengan sebuah kitab suci Al-Qur’an dengan segala undang² yang termaktub di dalam Al-Quran akan diguna pakai sehingga menjelangnya Hari Kiamat.

Namun disebabkan orang India yang berbahasa sansekerta tidak memahami istilah "Ahmad", maka mereka telah menterjemahkan “a” dan "mahdi” kepada maksud“saya sendiri” yang sekaligus telah mengubah maksud ayat tersebut menjadi “saya sendiri yang akan menerima undang² abadi”. Padahal seharusnya maksud ayat terbabit ialah “Muhammad sendiri yang akan dianugreahi undang² abadi”.

Nabi Muhammad SAW telah diramalkan dengan nama Ahmad pada banyak bahagian di dalam Kitab Veda (Weda). Nabi Muhammad SAW juga telah diramalkan tidak kurang daripada 16 tempat yang berbeza di dalam Kitab Veda (Weda) dengan istilah nama Narasangsa yang maksudnya adalah sama dengan maksud istilah nama Muhammad di dalam bahasa arab iaitu “yang terpuji”.


Kalky Avtar

Salah satu ramalan kedatangan Nabi Muhammad SAW yang sangat terkenal yang juga telah membuatkan seorang professor bahasa dari Universiti ALAHABAD India telah mengajak umat Hindu untuk segera memeluk agama Islam adalah kerana terdapatnya sebuah ramalan penting di dalam kitab suci agama Hindu tentang kedatangan yang ditunggu-tunggu daripada seorang Kalky Avtar (baca : autar). “av” membawa maksud "turun". “tar” membawa maksud "melewati". Maka maksud istilah "Avtar" adalah “diturunkan atau diutuskan untuk turun” . Sementara maksud KalkyAvtar adalah “Utusan Terakhir”.

Pundit Vaid Parkash iaitu seorang professor (yang menulis sebuah buku yang berjudul “Kalky Avtar”) secara terbuka dan dengan alasan-alasan ilmiahnya telah mengajak kesemua para penganut agama Hindu untuk segera memeluk agama Islam dan sekaligus mengimani risalah yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW kerana menurutnya, Nabi Muhammad SAW adalah tokoh yang dinanti-nantikan sebagai tokoh pembaharuan spiritual di dalam agama Hindu selama ini.

Dinyatakan di dalam Nashpropesy, Nabi Muhammad SAW diramalkan kedatangannya dengan namaKalky Avtar (Utusan terakhir) dan "Amtim Rishi". Sedangkan di dalam Kitab Puranasdisebutkan tentang Kalky Avtar dan perihal kedatangannya.

Diantara ayat² yang menyebutkan tentang kedatangan Nabi Muhammad SAW adalah:

Di dalam Baghavata Purana Khand 12 Adhyay 2 Shloka 18-20:
~Dinyatakan di dalam rumah Visnuyash akan dilahirkan Kalky Avtar yang diramalkan akan menjadi penguasa dunia yang sangat terkenal dengan sifat²nya yang baik & menonjol. Beliau akan diberikan tanda²nya. Beliau akan diberikan oleh malaikat sebuah kenderaan yang sangat pantas pergerakkannya. Beliau akan menaiki kuda putih sambil memegang pedang. Beliau akan mengalahkan orang² jahat dan beliau akan terkenal di seluruh pelusuk dunia.

Di dalam Baghavata Purana Khand 1 Adhyay 3 Shloka 25:
~ Dinyatakan akan datangnya seorang penyelamat di rumah Visnuyash

Di dalam Kalki Purana (2) : 4;
~ Dinyatakan bahawa di dalam rumah Visnuyash, pemimpin kampung Sambala akan lahirnya Kalki Avtar.

Di dalam Kalki Purana (2) : 5;
~ Dinyatakan bahawa beliau akan datang bersama para sahabatnya (4 orang sahabat) untuk mengalahkan orang² jahat

Di dalam Kalki Purana (2) : 7;
~ Dinyatakan bahawa beliau akan dijaga oleh malaikat di medan perang

Di dalam Kalki Purana (2) : 11;
~ Dinyatakan bahawa di dalam rumah Visnuyash dan di dalam rumah Summati, Kalki Autar akan dilahirkan

Di dalam Kalki Purana (2) : 15;
~ Dinyatakan bahawa beliau akan dilahirkan pada tanggal 12 bulan pertama Madhop
Sesungguhnya kesemua ramalan yang disebutkan di atas tadi tiada lain melainkan merujuk kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW bagi Umat Islam. Penjelasannya adalah sepertimana di bawah:

Di dalam rumah Visnuyash telah membawa maksud di dalam "rumah pengikut Vishnu (pengikut Tuhan)" sedangkan ayah Nabi Muhammad SAW adalah bernama Abdullah yang bermaksud "pengikut Allah (pengikut Tuhan)". Orang Islam menyebut “Allah” sebagai Tuhan, sedangkan orang Hindu menyebut “Vishnu” sebagai Tuhan. Maka di dalam rumah Visnuyash adalah membawa maksud di dalam rumah Abdullah iaitu ayah Nabi Muhammad SAW.

Summati pula di dalam bahasa sansekerta bermaksud "orang yang sangat setia". Sedangkan ibu Nabi Muhammad SAW adalah bernama Aminah yang jika diterjermahkan daripada bahasa arabnya akan membawa bermaksud "orang yang setia".

Sambala di dalam bahasa arabnya adalah tempat yang aman & damai. Sementara Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan di Makkah yang terkenal dengan nama “Darul Aman” iaitu tempat yang aman & damai. Akan lahirnya di antara ketua² suku Sambala : bermaksud bahawa nabi akan dilahirkan di antara ketua² suku di Makkah.

Dilahirkan pada tanggal 12 di bulan pertama Madhop. Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan pada tanggal 12 Rabiulawwal.
Sebagai Amtim Rishi (orang suci terakhir). Nabi Muhammad SAW adalah juga nabi terakhir daripada deretan nabi² yang dikirimkan Tuhan sepertimana yang tercatat di dalam QS. Al- Ahzab : 40.

Beliau akan memperolehi bimbingan di atas gunung dan akan kembali lagi ke arah utara. Nabi Muhammad SAW memperolehi wahyu pertamanya di Gua Hira di Jabal Nur. Jabal Nur bermaksud Gunung Cahaya kemudian akan kembali semula ke Makkah.

Beliau akan memiliki sifat² yang sangat mulia. Ia jelas sama sepertimana sifat² Nabi Muhammad SAW sebagimana yang telah terkadung di dalam QS. Al-Qalam : 14 “Dan sesungguhnya kamu benar-benar seorang yang berbudi pekerti yang luhur”.

Kalki Avtar akan diberikan 8 kemampuan spiritual iaitu kebijaksanaan, punyai kendali diri (kemampuan mengawal hawa nafsu), keturunan yang dihormati, mempunyai pengetahuan tentang wahyu, seorang yang berani, perkataannya menumpukan pada kurikulum, sangat dermawan dan sangat ramah. Kesemua sifat² yang dinyatakan dimiliki oleh Kalki Avtar itu juga telah dibuktikan dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW.

Kalki Avtar jug akan diberikan sebuah kenderaan yang sangat pantas bergerak oleh Shiva. Nabi Muhammad SAW juga telah diberikan sebuah kenderaan yang bernama bouraq yang sangat pantas bergerak oleh Allah SWT yang telah membawa Nabi Muhammad SAW ke langit di dalam peristiwa Israj Dan Mikraj.

Beliau akan menaiki kuda putih dengan tangan kanannya sedang memegang pedang. Nabi Muhammad SAW juga telah mengambil bahagian didalam peperangan termasuk dengan menunggang kuda dan bertempur dengan memegang pedang melalui tangan kanannya.

Beliau akan menjadi penyelamat umat manusia. Di dalam QS. Faatir(35) ayat 24 dan QS. Saba(34) ayat 28 ada menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang pembawa berita gembira & peringatan bagi seluruh umat manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

Beliau akan menjadi pembimbing ke jalan yg benar. Nabi Muhammad SAW telah hidup pada zaman jahiliyah yang penuh dengan kegelapan dimana Nabi Muhammad SAW kembali membawa umatnya ke jalan yang terang benderang melalui agama Islam yang diperintahkan Tuhan (Allah SWT).

Beliau akan dibantu oleh 4 orang sahabat di dalam menyebarkan misinya. Sepertimana yang telah kita umat Islam ketahui, terdapat 4 orang khalifah yang diberikan gelaran ''Khulafa Ar-Rashidin ''yang juga merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu : Sayyidina Abubakar, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, dan Ali bin Abi Thalib.

Beliau akan dibantu oleh malaikat di medan pertempuran. Di dalam perang Badr, Nabi Muhammad SAW telah dibantu oleh para malaikat Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan di dalam QS. Ali Imran (3) ayat 123 & 125 :
“Jika kamu bersabar dan bertaqwa kemudian mereka menyerang kamu dengan seketika itu juga nescaya Allah SWT akan menolong kamu dengan 5000 malaikat yang memakai tanda”.

Juga yang terdapat di dalam surah QS. Al-Anfal(8) ayat 9 yang berbunyi:
“…. sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.”
Subhanallah, ternyata setelah sekian banyak ayat tersebut (yang sebenarnya belum kesemuanya pun ditampilkan di dalam artikel ini) yang meramalkan kedatangan seorang nabi yang ditunggu-tunggu oleh umat Hindu yang begitu sepadan dengan gambaran kisah hidup Nabi Muhammad SAW iaitu nabi terakhir bagi umat Islam.

Ini juga merupakan pembuktian yang telah diberikan oleh Allah SWT bagi umat manusia termasuk bagi masyarakat India, Cina, Nasrani (Kristian), Yahudi dan lain² bagi menunjukkan bahawasanya Nabi Muhammad SAW adalah sememangnya telah diutuskan oleh Allah SWT untuk seluruh umat manusia di alam semesta ini.

~DIDALAM AL~QURAN ISLAM ITU TELAHPUN MENJELASKAN SELURUHNYA PERISTIWA YANG TELAH DAN AKAN BERLAKU YANG TIADA TERCATAT DALAM KITAB TERDAHULU ,MEREKA DARI KALANGAN YANG BUKAN ISLAM KINI MENJELAJAHI ISIKANDUNGAN AL~QURAN
~Jika dilihat senario hari ini terbukti dengan penerimaan semua bangsa dalam perbankan secara islam di Malaysia,malah bank bukan islam juga memperkenalkan perbankan secara islam, bahkan seluruh dunia telah iktirafkan perbankan islam adalah terbaik.

SEJARAH PUASA dan sirahnya


..Ali bin Abi Talib r.a berkata : Sewaktu Rasullullah SAW duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansyar, tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu mereka berkata(diantara pertanyaan tersebut)........

Kini katakan pula kepada kami semua mengapa Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu ?

Sabda Rasullullah S.A.W. : Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang , lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.

Kata orang Yahudi : Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang engkau katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.

Sabda Rasullullah S.A.W. : Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara :

1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah senantiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.

Kata orang Yahudi : Benar apa yang engkau katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi
Sabda Rasullullah S.A.W : Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi aku tetap menyimpankan doa saya ( untuk aku gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat ).

Kata orang Yahudi : Benar apa yang engkau katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa asyhadu anna Muhammada Rasulullah ( kami percaya bahwa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau (Muhammad) utusan Allah ).

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta , jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar". (Al-Baqarah [2] : 155)


Nabi shallallahu 'alaihi wassallam bersabda : “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dalam Iman dan keikhlasan akan diampunlah segala dosanya yang telah lalu, dan sesiapa yang menghidupkan Lailatulqadar dalam keimanan dan keikhlasan akan diampunlah dosanya yang telah lalu” [HR Bukhari, Muslim]

Justeru, carilah pengampunan di dalam bulan yang sepatutnya Hamba Allah mendapat pengampunan dan maghfirah dari Tuhan yang maha Pengampun itu.

Sangat luar biasa bebalnya nafsu andai Ramadhan ini tidak bisa menebuskan diri kita dari Neraka, dan dosa-dosa kita tidak terampun sedangkan janji Allah dan Rasulnya itu bahawa Tuhan sangat pemurah dengan pengampunan, apatah lagi di saat-saat Ramadhan.

Muhammad saw bersabda.... “ Ramadhan sehingga Ramadhan, Jumaat ke Jumaat, dan solat ke solat menjadi pengkifarah dosa diantaranya selama mana menjauhi dosa-dosa besar” [HR Muslim]

Aisyah bertanya kepada Rasul shallallahu 'alaihi wassallam, apakah yang seharusnya didoakan sekiranya bertemu lailatul qadar. Jawab Baginda shallallahu 'alaihi wassallam “Ya Allah, sesungguhnya engkau maha pemaaf, sukakan pula kemaafan, maka maafkanlah aku” [ HR Tirmizi: sahih]

Nabi juga berdoa “ Aku berlindung dengan redha-Mu daripada kemurkaan-Mu, dan dengan pengampunan-Mu daripada pembalasan-Mu” [HR Muslim]

Firman Jalla wa A’la : “ Bersegeralah kalian mencari maghfirah (pengampunan) dan Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, disediakan maghfirah dan syurga itu untuk golongan muttaqin (orang-orang yang bertakwa)” [ surah Ali Imran :133]


Manusia itu ada 5 jenis apabila bertemu Ramadhan:

1 – Orang yang soleh. Menunggu-nunggu Ramadhan. Apabila bertemu dengannya mereka sambut dengan gembira dan mengambil faedah daripadanya semaksima mungkin. Lalu di bawa ke luar ramadhan. ~ ini adalah sebaik-baik golongan.

2 – Orang yang kedatangan ramadhan dan pemergiannya sama sahaja (tidak teransang mahu menambah amal) ~ Golongan yang rugi kerana berada dalam peluang tetapi tidak mengambil peluang.

3 – Orang yang Cuma kenal Allah pada bulan Ramadhan sahaja. Apabila selesai ramadhan dia kembali kepada tabiat jahatnya semula. ~ Imam Ahmad dan Fudhail mengatakan : Seburuk-buruk manusia mereka hanya kenal Allah cuma ketika ramadhan sahaja.

4 – Orang yang hanya puasa perut sahaja. Lain anggotanya tidak turut taat kepada Allah. ~ Nabi sebut bahawa ini golongan yang tidak dinilai sikit pun Oleh Allah puasanya dari makan minum [Riwayat Bukhari dan Abu Daud]

5 – Orang yang di dalam bulan Ramadhan pun tidak kenal dan taat kepada Allah, apatah lagi jika di luar Ramadhan. ~ Ini adalah sejahat-jahat jenis manusia, paling bahaya dan sangat terancam. Moga Allah lindungkan kita dari jenis ini.

Pesan Imam Al-Ghazali : “Hiduplah apa kehidupan yang kamu mahu, sesungguhnya engkau mati juga. Cintailah sesiapa pun yang kamu mahu, sesungguhnya engkau tetap berpisah dengannya juga. Buatlah apa kerja yang kamu mahu, sesungguhnya kamu tetap akan dibalas juga.” [Ayyuhal walad : wahai anakku]

PERHKAWINAN KETURUNAN RASULLULLAH(BANI HASHIM & BANI UMAIYYAH)


(1) Anak perempuan Sayyidina Ali sendiri bernama Ramlah telah berkahwin dengan anak Marwan bin Al-Hakam yang bernama Muawiyah iaitu saudara kepada Amirul Mukminin Abdul Malik bin Marwan. (Ibn Hazm-Jamharatu Al Ansab, m.s. 80)

(2) Seorang lagi anak perempuan Sayyidina Ali berkahwin dengan Amirul Mukminin Abdul Malik sendiri iaitu khalifah yang ke empat daripada kerajaan Bani Umaiyah. (Al Bidayah Wa An Nihayah, jilid 9 m.s. 69)
(3) Seorang lagi anak perempuan Sayyidina Ali iaitu Khadijah berkahwin dengan anak gabenor 'Amir bin Kuraiz dari Bani Umaiyah bernama Abdul Rahman. (Jamharatu An Ansab, m.s. 68). 'Amir bin Kuraiz adalah gabenor bagi pihak Muawiyah di Basrah dan dalam peperangan Jamal dia berada di pihak lawan Sayyidina Ali.

Cucu Sayyidina Hasan pula bukan seorang dua yang telah berkahwin dengan pemimpin-pemimpin kerajaan Bani Umaiyah bahkan sejarah telah mencatatkan 6 orang daripada cucu beliau telah berkahwin dengan mereka iaitu:-

1. Nafisah bt Zaid bin Hasan berkahwin dengan Amirul Mukminin Al Walid bin Abdul Malik bin Marwan.

2. Zainab bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali juga telah berkahwin dengan Khalifah Al Walid bin Abdul Malik. Zainab ini adalah di antara orang yang turut serta di dalam rombongan Sayyidina Husain ke Kufah dan dia adalah salah seorang yang menyaksikan peristiwa pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala dengan mata kepalanya sendiri.

3. Ummu Qasim bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali berkahwin dengan cucu Sayyidina Uthman iaitu Marwan bin Aban. Ummu Qasim ini selepas kematian suaminya Marwan berkahwin pula dengan Ali Zainal Abidin bin Al Husain.

4. Cucu perempuan Sayyidina Hasan yang keempat telah berkahwin dengan anak kepada Marwan bin Al-Hakam iaitu Muawiyah.

5. Cucu Sayyidina Hasan yang kelima bernama Hammaadah bt Hasan Al Mutsanna berkahwin dengan anak saudara Amirul Mukminin Marwan bin Al Hakam iaitu Ismail bin Abdul Malik.

6. Cucu Sayyidina Hasan yang keenam bernama Khadijah bt Husain bin Hasan bin Ali juga pernah berkahwin dengan Ismail bin Abdul Malik yang tersebut tadi sebelum sepupunya Hammaadah.


Perlu diingat bahawa semua mereka yang tersebut ada meninggalkan zuriat.
Dari kalangan anak cucu Sayyidina Husain pula ramai yang telah menjalinkan perkahwinan dengan individu-individu dari keluarga Bani Umaiyah, antaranya ialah:-

(1) Anak perempuan Sayyidina Husain yang terkenal bernama Sakinah. Selepas beberapa lama terbunuh suaminya Mus'ab bin Zubair, beliau telah berkahwin dengan cucu Amirul Mukminin Marwan iaitu Al Asbagh bin Abdul Aziz bin Marwan. Asbagh ini adalah saudara kepada Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz sedangkan isteri Asbagh yang kedua ialah anak kepada Amirul Mukminin Yazid iaitu Ummu Yazid. (Jamharatu Al -Ansab)

(2) Sakinah anak Sayyidina Husain yang tersebut tadi pernah juga berkahwin dengan cucu Sayyidina Uthman yang bernama Zaid bin Amar bin Uthman.


Sementara anak cucu kepada saudara-saudara Sayyidina Husain iaitu Abbas bin Ali dan lain-lain juga telah mengadakan perhubungan persemendaan dengan keluarga Umaiyah. Di antaranya yang boleh disebutkan ialah:-

Cucu perempuan kepada saudara Sayyidina Husain iaitu Abbas bin Ali bernama Nafisah bt Ubaidillah bin Abbas bin Ali berkahwin dengan cucu Amirul Mukminin Yazid yang bernama Abdullah bin Khalid bin Yazid bin Muawiyah. Datuk kepada Nafisah ini iaitu Abbas bin Ali adalah di antara orang yang ikut serta dalam rombongan Sayyidina Husain ke Kufah. Beliau terbunuh dalam pertempuran di medan Karbala .

Sekiranya benar cerita yang diambil oleh ahli -ahli sejarah dari Abu Mukhnaf, Hisyam dan lain–lain tentang kezaliman Yazid di Karbala yang dikatakan telah memerintah supaya tidak dibenarkan setitik pun air walaupun kepada kanak–kanak yang ikut serta dalam rombongan Sayyidina Husain itu sehingga mereka mati kehausan apakah mungkin perkahwinan di antara cucu kepada Abbas ini berlaku dengan cucu Yazid. Apakah kekejaman–kekejaman yang tidak ada tolak bandingnya seperti yang digambarkan di dalam sejarah boleh dilupakan begitu mudah oleh anak – anak cucu orang–orang yang teraniaya di medan Karbala itu? Apa lagi jika dilihat kepada zaman berlakunya perkahwinan mereka ini, bukan lagi di zaman kekuasaan keluarga Yazid, bahkan yang berkuasa pada ketika itu ialah keluarga Marwan. Di sana tidak terdapat satu pun alasan untuk kita mengatakan perkahwinan itu berlaku secara kekerasan atau paksaan.

Perkahwinan mereka membuktikan kisah–kisah kezaliman yang dilakukan oleh tentera Yazid ke atas rombongan Sayyidina Husain itu cerita–cerita rekaan oleh Abu Mukhnaf, Al Kalbi dan anaknya Hisyam dan lain–lain.

Cucu perempuan kepada saudara Sayyidina Husain, Muhammad bin Ali (yang terkenal dengan Muhammad bin Hanafiyah) bernama Lubabah berkahwin dengan Said bin Abdullah bin Amr bin Said bin Al Ash bin Umaiyah. Ayah kepada Lubabah ini ialah Abu Hisyam Abdullah yang dipercayai sebagai imam oleh Syiah Kaisamyyah .

Demikianlah serba ringkasnya dikemukakan hubungan persemendaaan yang berlaku di antara Bani Umaiyyah dan Bani Hasyim terutamanya dari anak cucu Sayyidina Ali, Hasan dan Husain. Hubungan persemendaan di antara mereka sangat banyak terdapat di dalam kitab-kitab Ansab dan sejarah. Maklumat lebih lanjut boleh dirujuk dari kitab–kitab seperti Jamratu Al Ansab, Nasbu Quraisy, Al Bidayah Wa An Nihayah, Umdatu Al Thalib Fi Ansab Aal Abi Thalib dan lain–lain .

baiodata dan kisah SAIDINA ALI sempena mengingati wafatnya dibulan Ramadhan



Saiyidina Ali R.A. bukan sahaja seorang sahabat besar Rasullullah S.A.W. serta yang paling dicintai oleh baginda bahkan beliau juga seorang manusia luarbiasa yang memiliki ilmu bagaikan lautan, kefasihan lidahnya yang tiada bandingan sebagai seorang ahli sastera dan pidato, di samping seorang pahlawan yang tiada seorangpun dapat menafikan kehandalannya di antara barisan pahlawan-pahlawan yang terbilang.

Beliau telah memeluk Islam ketika berumur 8 tahun dan merupakan kanak-kanak yang mula-mula sekali memeluk Islam. Setengah riwayat menyatakan bahawa beliaulah yang paling dahulu Islam dari Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. Saiyidina Ali Bin Abu Talib termasuk ahli keluarga Rasulullah S.A.W. sendiri kerana beliau adalah anak saudara baginda yang membesar dalam asuhan dan pemeliharaan Nabi S.A.W. Saiyidina Ali R.A. dilahirkan dalam Kaabah, kiblat yang menjadi kerinduan ummat Islam. Mula-mula yang dilihatnya ialah Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah sedang sembahyang. Ketika beliau ditanyakan kenapa memeluk Islam tanpa lebih dahulu mendapat izin ayahnya, Ali R.A. menjawab, "Apa perlunya aku bermesyuarat dengan ayah demi untuk mengabdi kepada Allah?

Pada mulanya agama Islam hanya berkembang di sekitar lingkungan rumah Rasulullah S.A.W. sahaja, yakni berkisar pada diri Rasulullah S.A.W., isterinya Siti Khadijah, Ali dan Zaid Bin Haritsah. Pada suatu hari Nabi Muhammad S.A.W. telah mengundang sekelian sanak saudaranya pada satu jamuan di rumahnya. Setelah mereka itu datang maka Rasulullah S.A.W. pun menerangkan kepada mereka itu tentang agama Islam yang dibawanya itu. Maka Abu Lahab memutuskan pembicaraannya serta menyuruh hadirin yang lain supaya meninggalkan jamuan makan itu. Pada keesokan harinya Rasulullah S.A.W. mengadakan pula jamuan makan, dan setelah selesai bersantap, maka bersabdalah Rasul S.A.W.

"Saya rasa tak ada seorang yang membawa sesuatu yang lebih mulia daripada yang ku bawa sekarang. Maka siapakah di antara kalian yang akan menolongku? Tatkala mendengarkan rayuan Rasul itu mereka semua marah lalu bangkit untuk meninggalkan rumah itu. Tetapi Ali yang masih lagi belum baligh ketika itu lantas bangun seraya berkata, "Hai Rasulullah, akulah yang akan menolongmu. Aku akan memerangi sesiapa sahaja yang akan memerangimu , lalu disambut oleh hadirin dengan tertawa sambil melihat-lihat Abu Talib dan anaknya itu. Kemudian meneka meninggalkan rumah Rasul itu sambil mengejek-ejek.

Saiyidina Ali R.A. pernah benkata, "Aku telah menyembah Allah S.W.T. lima tahun sebelum disembah sesiapapun dari ummat Muhammad ini. Bahkan beliau adalah salah seorang yang pertama bersembahyang bersama Rasulullah S.A.W. Dalam hubungan ini Anas Bin Malik R.A. pernah berkata, "Muhammad diangkat menjadi Rasulullah pada hari Isnin, sedang Ali Bin Abu Talib sudah ikut sembahyang bersama baginda Rasul pada keesokan harinya.

Abu Talib, bapa saudara Rasul adalah seorang yang miskin lagi susah hidupnya serta mempunyai ramai anak. Maka dengan maksud untuk meringankan beban Abu Talib itulah atas fikiran. Nabi S.A.W., Saiyidina Abbas Bin Abu Muttalib telah mengambil Ja'afar menjadi tanggungannya sedang Rasullullah sendiri mengambil Ali. Dengan hal demikian tumbuhlah Ali Bin Abu Talib sebagai seorang pemuda di tengah-tengah keluarga Rasulullah dan langsung memperoleh asuhan dan baginda. Saiyidina Ali R.A. banyak mengambil tabi'at Nabi S.A.W. dan beliaulah yang terdekat sekali hubungannya dengan Rasul serta yang paling dicintainya. Demikian akrabnya Saiyidina Ali R.A. dengan Rasulullah S.A.W. hinggakan beliau seolah-olah tidak pernah berpisah sejengkal pun dari Rasulullah S.A.W. baik di waktu suka mahupun di waktu susah. Pergonbanannya terhadap Islam dan Rasulnya adalah demikian besar sekali dan akan selamanya menjadi contoh keutamaan yang tiada bandingannya dalam sejarah ummat Islam.

Tatkala Rasulullah S.A.W. melakukan hijrah ke Madinah di atas penintah Allah S.W.T. bagi menyelamatkan dirinya dari rencana pihak musyrikin Quraisy yang bertujuan hendak membunuhnya, maka kepada Saiyidina Ali R.A. ditugaskan oleh baginda untuk tidur di tempat tidurnya pada malam yang sangat genting itu. Walaupun tugas itu sangat berat dan merbahaya sekali namun Saiyidina Ali R.A. sebagai sifatnya seorang pejuang yang sejati, telah menyanggupi tugas tersebut dengan hati yang ikhlas dan gembira, kerana beliau mengerti bahawa berpeluang menyerahkan nyawanya demi untuk menebus seorang Rasul. Bahkan beliau juga mengerti bahawa tugas yang dilaksanakannya itu akan merupakan pengorbanan yang tidak ada tolok bandingannya di kemudian hani.

Setelah Rasulullah S.A.W. selamat sampai ke Madinah, tidak lama kemudiannya tibalah pula rombongan Saiyidina Ali R.A. Apakala ramai kaum Muhajinin sampai di kota Madinah itu, Rasullullah S.A.W. telah mempersaudarakan antara golongan Muhajirin dengan golongan Ansar. Tetapi anehnya dalam hubungan ini Rasulullah tidak mempersaudarakan Saiyidina Ali R.A. dengan sesiapapun juga, hanya baginda berkata kepada Saiyidina Ali, demikian sabdanya, "Wahai Ali, engkau adalah saudaraku di dunia dan saudaraku juga di Akhirat. Demikian jelaslah bahawa baginda telah mempersaudarakan Saiyidina Ali dengan diri baginda sendiri. Kesayangan Rasulullah S.A.W. terbukti dengan menjodohkan Saiyidina Ali R.A. dengan puteri yang paling disayanginya iaitu Fatimah AzZahrah, seorang wanita yang paling utama di syurga, padahal sebelum itu Fatimah sudah pernah dilamar oleh Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar Al Khattab R.A. tetapi Rasul menolaknya dengan lemah lembut dan dengan cara yang bijaksana.

Sebagai seorang yang gagah berani dan sahabat yang paling disayangi baginda Rasul, Saiyidina Ali R.A. tidak pernah ketinggalan dalam mana-mana peperangan baik besar mahupun kecil yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Beliau telah melakukan peranan yang penting dalam Peperangan Badar yang terkenal itu. Ketika itu beliau merupakan seorang pemuda yang gagah dan tampan masih dalam lingkungan 20an lagi. Dalam peperangan itulah buat pertama kalinya Rasulullah S.A.W. telah menyerahkan panji-panji peperangan kepada Saiyidina Ali R.A. dimana beliau telah menjalankan tugasnya dalam peperangan tersebut dengan cemerlang sekali. Setelah peperangan tamat para sahabat tidak menemui Nabi S.A.W. di tengah-tengah mereka. Dalam keadaan mereka tertanya-tanya itu tiba-tiba muncul Rasulullah S.A.W. bersama Saiyidina Ali R.A. seraya baginda bersabda, "Aku sebenarnya ada di belakang kalian sedikit kerana merawati perut Ali yang luka. Dari peristiwa ini dapatlah dilihat betapa besarnya kecintaan baginda tenhadap Saiyidina Ali R.A. dan bagaimana pula besarnya pengorbanan Ali R.A. dalam menegakkan kemuliaan Agama Islam.

Dalam apa jua peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W., Saiyidina Ali R.A. tetap berada di samping baginda. Pada suatu ketika iaitu dalam Perang Tabuk, tiba-tiba Rasulullah S.A.W. tidak membenarkan Saiyidina Ali R.A. untuk menyertai baginda hingga sikap Rasulullah S.A.W. itu telah dijadikan modal fitnah oleh pihak musuh-musuh Islam serta kaum munafik konon baginda tidak senang hati terhadap Saiyidina Ali R.A. Jika tidak demikian masakan baginda menegahnya menyertai perang. Sebagai seorang yang benar dan mencintai kebenaran Saiyidina Ali R.A. kurang berasa senang mendengar desas-desus yang kurang menyenangkan itu lantas beliau terus menjumpai Rasul untuk meminta penjelasan. Sebagai menghilangkan keraguan beliau itu, Rasullullah lalu bersabda kepadanya,"Tidakkah engkau rela hai Ali, kedudukanmu di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa ?" Mendengankan kata-kata Rasulullah s.a.w yang menyejukkan jiwanya itu maka barulah puas Saiyidina Ali R.A.

Perkataan Rasullullah itu terang memperlihatkan betapa besarnya kecintaan dan penghormatan baginda terhadap dirinya.

Dalam Perang Khaibar pula di mana sebuah ibu kota kaum Yahudi sukar dapat ditakluki oleh angkatan tentera Islam, Saiyidina Ali R.A. telah memainkan peranannya yang utama sekali. Pada mulanya pihak Islam gagal untuk menakluki kota tersebut sekalipun telah dilakukan pengepungan beberapa hari lamanya. Dalam detik-detik yang sukar itulah akhirnya Rasulullah S.A.W. bersabda "Aku akan menyerahkan panji-panji peperangan esok pada seorang lelaki yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai oleh Allah dan RasulNya".

Sekalian panglima pasukan masing-masing mengharapkan agar dirinya akan diserahkan panji-panji tersebut kerana setiap mereka bercita-cita hendak mendapatkan kemuliaan yang begitu besar sebagai seorang yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai pula oleh Allah dan RasulNya. Pada keesokan harinya, setelah selesai sembahyang subuh Rasulullah S.A.W. lantas mencari-cari Saiyidina Ali R.A. Nyatalah bahawa Saiyidina Ali R.A. tidak ada di situ kerana ketika itu Ali R.A. mengidap sakit mata. Kemudian bersabdalah Rasul "Panggillah Ali ke mari menjumpai saya, Saiyidina Ali R.A. yang sedang sakit kedua matanya itu lalu datang mengadap Rasulullah S.A.W. seraya baginda pun meludah kepada mata beliau yang sakit itu. Maka dengan serta merta sahaja sembuhlah mata beliau. Kemudian Rasul pun menyerahkan panji-panji kepada Saiyidina All R.A. Maka benteng yang sudah berhari-hari tidak dapat ditembus itu akhirnya dapat dikalahkan di bawah pimpinan panglima Ali Bin Abu Talib R.A.

Satu lagi peperangan di mana Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. memperlihatkan kegagahan dan keberaniannya yang luarbiasa ialah tatkala berlakunya Perang Khandak atau Ahzab. Perang ini adalah antara pihak Islam dengan angkatan musyrik Mekah yang mendapat bantuan dari puak-puak Arab yang lain serta orang-orang Yahudi. Orang-orang Islam telah menggali parit-parit yang digelarkan Khandak di sekeliling kota Madinah sebagai jalan untuk membendung kemaraan pihak musuh danipada memasukinya. Jumlah pihak musuh adalah kira-kira 10,000 orang tetapi mereka tidak dapat masuk kerana tenhalang oleh parit-parit. Namun begitu mereka terus mengepung kota itu selama 15 hari lamanya. Kemudian Allah S.W.T. turunkan angin ribut dari tentera Allah yang tak kelihatan memukul dan menerbangkan khemah-khemah serta alat perang musuh sehingga mereka pun mengundurkan diri dengan penuh kekecewaan.

Semasa peperangan inilah diriwayatkan bahawa beberapa pahlawan musyrik Quraisy telah dapat menyeberangi parit dengan mengenderai kuda. Di antara mereka ialah Amru Bin Abdi Wid, Ikrimah Bin Abu Jahal dan Dhiraar Ibnul Khattab. Apakala mereka itu telah berada di seberang parit, tiba-tiba Amru Bin Wid telah bertempik meminta lawan untuk beradu kekuatan dengan pihak pahlawan-pahlawan Islam. Dia mencabar seraya berkata, "Siapa di antara kalian yang berani berlawan denagan aku, silakan! Cabaran itu lantas disambut oleh Saiyidma Ali R.A. yang kemudiannya terus meminta izin dari Rasulullah S.A.W. untuk melawan pahlawan musyrik itu. Kata Ali R.A., "Saya akan melawan dia, ya Nabi Allah, Izinkanlah saya. Tetapi Rasulullah S.A.W. telah menahannya dengan sabdanya, "Duduklah engkau hai Ali! Tidakkah engkau tahu dia Amru.

Amru kemudian minta lawan lagi berulang-ulang hingga dua kali. Setiap ia mencabar, Saiyidina Ali R.A. telah berdiri menyahutnya tetapi Rasulullah senantiasa menyuruhnya duduk sambil mengingatkan bahawa lawannya itu bukan padannya kerana Amru itu memang terkenal gagah lagi perkasa. Namun begitu Saiyidina Ali R.A. tetap juga mengatakan, "Sekalipun dia itu Amru, hai Nabi Allah, saya tidak takut melawannya. Izinkanlah saya menemuinya. Akhinnya Rasulullah S.A.W. mengizinkannya untuk melawan musuh yang keadaan orangnya lebih tua, lebih besar lagi lebih berpengalaman dari dirinya itu. Sebelum Saiyidina Ali R.A. pergi mendapatkan musuhnya yang menanti itu, Rasulullah S.A.W. telah membekalnya dengan pedangnya lalu kemudian berdoa ke hadrat Allah S.W.T. untuk keselamatan Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A.

Tidak lama kemudian tampillah Saiyidina Ali R.A. ke hadapan. Manakala Amru melihatnya dia tidak dapat mengenalinya kerana muka dan kepala Saiyidina Ali R.A. bertopeng besi lalu ditanyainya:

Siapa engkau, hai pahlawan?

Jawapnya, "Ali!

Tanya Amru lagi, "Ali, anak Abdul Manaf?

Jawab Ali R.A. "Ali, anak Abu Talib

Mendengar nama itu Amru enggan hendak melawannya seraya katanya untuk memperkecilkan kehandalan Ali R.A. "Wahai anak saudanaku! Lebih baik orang lain sahaja engkau suruh melawan aku. Panggillah paman-pamanmu yang lebih kuat daripadamu. Aku benci menumpahkan darahmu, kerana aku memandang ayahmu seonang sahabat baikku.

Saiyidina Ali R.A. lalu menjawab, "Tetapi aku, demi Allah, tak benci menumpahkan darahmu. Demi mendengarkan jawapan itu maka menjadi marahlah Amru dan mulalah ia hendak menyerangnya. Tetapi Saiyidina Ali R.A. lalu benkata, "Macamana aku hendak bertempur denganmu padahal engkau di atas kuda. Turunlah ke mari sama-sama aku di bawah.

Mendengar itu Amru telah menghambur dari kudanya, dihunusnya pedangnya itu dan untuk menunjukkan garangnya ditetak kudanya dicencangnya mukanya supaya tak boleh lari. Kemudian ía mara ke hadapan mendapatkan Saiyidina Ali R.A. yang disambut pula olehnya dengan mengacukan perisainya yang dibuat daripada kulit. Amru telah menetaknya, perisainya tersiat sedang pedangnya pula melekat di situ dan mengenai kepala Saiyidina Ali R.A. Maka Saiyidina Ali R.A. pun membalas menetak bahu Amru. Ia lalu tersungkur rebah serta mati di situ juga. Saiyidina Ali R.A. lantas memekikkan takbir, "Allahu Akbar yang disambut pula dengan pekikan takbir yang bengemuruh di angkasa oleh kaum Muslimin yang menyasikannya, sebagai tanda kesyukunan di atas kemenangannya. Dan dengan kematian Amru itu kawan-kawannya yang lain bertempiaran lari mengundurkan diri.

Rasulullah S.A.W. selalu memilih Saiyidina Ali R.A. untuk diberikan tugas dalam pekerjaan-pekerjaan yang amat berat, yang memerlukan keberanian yang luarbiasa serta ketabahan yang besar. Pada suatu masa, Rasulullah S.A.W. telah mengutus pahlawan Islam Khalid Bin Walid ke negeri Yaman untuk melaksanakan tugas sebagai pemenintah dan mubaligh Islam di negeri itu. Setelah bekerja selama enam bulan ternyata Khalid tidak berjaya memperoleh hasil yang diharapkan walaupun setelah bekerja bertungkus lumus. Kemudian Rasulullah S.A.W. pun mengutus pula Saiyidina Ali R.A. untuk menggantikan tempat Khalid Bin Walid sebagai mubaligh dan pemenintah di sana. Demi apakala penduduk Yaman mendengar bahawa Saiyidina Ali R.A. yang telah mereka kenal Sebagai Harimau Padang Pasir itu ditugaskan sebagai pemerintah yang baru maka bersegeralah mereka berkumpul hingga akhirnya Saiyidina Ali R.A. dapat melakukan sembahyang subuh bersama-sama mereka itu.

Setelah selesai sembahyang subuh, Saiyidina Ali R.A. pun membacakan surat dakwah di hadapan para hadirin. Maka seluruh penduduk dan kaum Hamdan sekeliannya memeluk Islam pada hari itu. Dalam laporan yang dikirimkan oleh beliau kepada Rasulullah S.A.W. Saiyidina Ali R.A. telah mengisahkan peristiwa yang telah terjadi itu. Setelah Rasul S.A.W. membaca laporan tersebut segeralah baginda sujud menyembah Allah sebagai tanda syukur atas kejadian itu senaya bersabda, "Sejahteralah penduduk Hamdan.

Selaku pemerintah dan mubaligh di Yaman, Saiyidina Ali R.A. juga telah diperintahkan untuk menjadi hakim dalam bidang pengadilan. Oleh kenana beliau berasa dirinya kurang ahli dalam bidang pengadilan itu maka dengan terus-terang dan ikhlas beliau berkata kepada Rasul S.A.W., "Ya Rasul Allah, saya tidak mengerti dan tidak mempunyai keahlian yang cukup mengenai hal pengadilan ini.

Mendengar perkataan Saiyidina Au R.A. itu segeralah Rasulullah S.A.W. menyapu dada beliau dengan tangan Rasulullah S.A.W. sendiri sambil bersabda, "Ya Allah, bukalah dada Ali untuk menerima ilmu dan lapangkanlah ucapannya dalam soal pengadilan". Adalah diriwayatkan bahawa berkat doa Nabi Muhammad S.A.W. itu Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. kemudiannya menjadi seorang hakim yang bijak lagi adil hukumannya. Baik di zaman Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. mahupun di zaman Saiyidina Umar Al Khattab R.A. selalulah Saiyidina Ali R.A. diajak bermesyuarah dalam memutuskan sesuatu masalah yang dihadapi oleh Khalifah-Khalifah itu. Bahkan Saiyidina Umar Al Khattab R.A. biasanya enggan memutuskan sesuatu keputusan sebelum lebih dahulu Saiyidina Ali R.A. diajaknya berunding.

Demikianlah beberapa kisah riwayat tentang peranan yang pernah dilakukan oleh Saiyidina Ali Bin Abu Talib di zaman hidupnya Rasulullah S.A.W. Ketika Rasulullah S.A.W. wafat, Saiyidina Ali R.A. tidak mempunyai kesempatan untuk menyertai pertemuan para sahabat dan golongan Muhajirin dan Ansar di Balai Bani Saidah hingga terpilihnya Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq sebagai Khalifah. Sebabnya ialah ketika itu beliau sibuk menguruskan jenazah Rasulullah S.A.W. Pada hari yang penuh dukacita itu, beliau sama sekali tidak menghiraukan permesyuaratan yang berlangsung di Balai Bani Saidah itu kerana beliau sibuk dengan tugas-tugas pengkebumian jenazah Rasulullah S.A.W. serta mententeramkan sekelian keluarga Rasul S.A.W.

Permesyuaratan di Balai Bani Saidah hampir-hampir sahaja menimbulkan keadaan yang kacau tetapi akhirnya dapat ditenteramkan dengan terpilihnya Saiyidina Abu Bakar R.A. sebagai Khalifah pertama sesudah Rasulullah S.A.W. Pada mulanya Saiyidina Ali R.A. enggan memberikan persetujuannya terhadap pemilihan Abu Bakar Al-Siddiq R.A. sebagai Khalifah, bukan kerana benci atau kurang senang terhadap Saiyidina Abu Bakar R.A. bahkan kerana rasa hati beliau yang sedang remuk redam disebabkan hilangnya Rasulullah S.A.W. Enam bulan kemudian setelah isteri beliau iaitu Siti Fatimah meninggal dunia, maka baharulah Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. memberikan persetujuannya secara rasmi terhadap pengangkatan Saiyidina Abu Bakar R.A. sebagai Khalifah. Saiyidina Abu Bakar R.A. pun selaku pemerintah ummat yang agung, tidak pernah meninggalkan Saiyidina Ali R.A. di dalam permesyuaratan penting.

Apakala Saiyidina Umar Al Khattab menjadi Khalifah yang kedua, Saiyidina Ali R.A. tetap memperoleh kemuliaan dan penghormatan dan Saiyidina Umar R.A. sepertimana yang dinikmatinya semasa pemenintah Abu Bakar R.A. Walaupun diketahui bahawa Umar Al Khattab terkenal sebagai sahabat yang sangat ahli dan bijak dalam bidang hukum, namun baginda sering minta bantuan kepada Saiyidina Ali R.A. di dalam menyelesaikan beberapa hal yang sulit-sulit bahkan pernah diriwayatkan orang bahawa Saiyidina Umar Al Khattab R.A. tidak suka merundingkan soal-soal yang sulit tanpa dihadiri oleh Saiyidina Ali Bin Abu Talib.

Setelah wafat Saiyidina Umar Al Khattab jawatan Khalifah akhirnya jatuh pula ke tangan Saiyidina Uthman Bin Affa'n R.A. Namun begitu Saiyidina Ali R.A. tetap memberikan persetujuannya serta ketaatannya kepada Khalifah Uthman R.A. sekalipun dirinya juga bercita-cita agar terpilih sebagai Khalifah. Sungguhpun demikian, kesayangan Khalifah Uthman yang berlebih-lebihan terhadap kaum kerabatnya sendiri menyebabkan pandangan Saiyidina Ali R.A. dalam beberapa hal berubah terhadap Khalifah. Bahkan sebahagian danipada penduduk melihat seolah-olah terdapat keretakan dalam hubungan antara dua tokoh besar itu. Keadaan inilah yang menyebabkan setengah-setengah pihak yang memusuhi Saiyidina Ali R.A. menuduh Saiyidina Ali R.A. terlibat dalam pembunuhan Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. Padahal yang sebenarnya Saiyidina Ali R.A. sama sekali tidak bertanggungjawab dalam perkara yang terjadi ke atas Khalifah Uthman R.A. Bahkan beliaulah sahabat yang paling mengambil berat terhadap keselamatan Khalifah. Ketika rumah Khalifah Uthman R.A. dikepung oleh puak pemberontak, Saiyidina Ali R.A. segera mengirim puteranya Saiyidina Hasan R.A. supaya menjaga keselamatan Khalifah. Tetapi ketika Saiyidina Hasan Bin Ali R.A. datang ke rumahnya untuk menawarkan bantuan, Khalifah Uthman R.A. menolak bantuannya serta menyuruhnya pulang. Lebih dari itu, apakala Saiyidina Ali R.A. mendengar khabar tentang pembunuhan Khalifah Uthman R.A. beliau telah memukul anaknya Hasan R.A. serta mengancam Muhammad Bin Talhah kerana dianggapnya kurang rapi menjalankan tugas menjaga keselamatan Saiyidina Uthman R.A.

Saiyidina Ali R.A. akhinnya telah dipilih kemudiannya sebagai Khalifah selepas kewafatan Khalifah Uthman R.A. sedang ketika itu sebahagian besar para sahabat Rasulullah S.A.W. sudah berselerak di pelusok kota-kota di seluruh wilayah Islam. Yang masih tinggal di Madinah hanya sebahagian kecil sahaja.

Setelah jawatan Khalifah jatuh kepadanya maka baharulah Saiyidina Ali R.A. cuba bemtindak untuk membawa garis politik seperti yang pernah dijalankan oleh Rasulullah S.A.W., Khalifah Abu Bakar R.A. dan Khalifah Umar Al Khattab R.A. Tetapi keadaan masyarakat dan ummat sudah jauh berubah disebabkan perkembangan ekonomi dan pembangunan yang diakibatkan oleh perluasan takluk Islam. Cita-cita Saiyidina Ali R.A. untuk membawa kembali dasar pemerintahan ummat sebagaimana zaman Rasulullah dan Saiyidina Abu Bakan R.A. dan Umar R.A. telah menghadapi rintangan dari pihak-pihak yang bersimpati dengan Saiyidina Uthman R.A. yang menuduhnya bentanggungjawab dalam penistiwa pembunuhan itu.

Disebabkan adanya golongan yang keras menentang sikapnya itu seperti Muawiyah Bin Abu Sufyan dan pembantunya Amru Bin Al As maka tenjadilah satu penbalahan yang sengit antana dua golongan itu. Satu pertelingkahan yang panjang yang mengakibatkan pertumpahan darah di antana sesama ummat Islam. Muawiyah berkeras enggan mengakui Saiyidina Ali Bin Abu Talib sebagai Khalifah senta menuntut baginda mengenakan hukuman tenhadap orang-orang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Saiyidina Uthman R.A. Sedang Saiyidina Ali R.A. pula terlebih dahulu telah memecat Muawiyah sebagai gabenor Syam dan juga tokoh-tokoh yang pemnah dilantik oleh Khalifah Uthman R.A. atas dasan kekeluargaan. Akibatnya maka berlakulah peperangan yang berpanjangan antara pihak Khalifah Ali R.A. dengan pihak penyokong Muawiyah Bin Abu Sufyan yang terdiri dari penduduk negeri Syam. Kesudahan dari perbalahan yang panjang itu Saiyidina Ali Bin Abu Talib akhirnya telah mati terbunuh oleh pengikut golongan Khawarij.



Sungguhpun beliau pendekar segala pendekar, tetapi beliau tidak membina kekayaan sebagaimana pendekar moden hari ini. Saidina Ali tidak pernah tinggal di dalam rumah batu (sedangkan orang Arab lain biasanya berumah batu). Tidak pernah makan makanan yang lazat-lazat. Tidak pernah memakai pakaian yang halus dan mahal, semuanya kasar-kasar belaka.

Dalam usaha untuk menjadi seorang pejuag, ikutilah contoh kezuhudan, keberanian, kealiman, kebijaksanaan, ketaqwaan dan lain-lainnya sebagaimana yang ditunjukkan oleh Saidina Ali RA.


KELEBIHAN ATAU KARAMAHNYA


KEGAGAHAN SAIDINA ALI ABI TALIB KARAMALLAAHU WAJHAH.

Bukti kegagahan dan kependekaran Saidina Ali terlalu banyak untuk diriwayatkan. Di antaranya ialah beliau berjaya merempuh dan memecahkan pintu kubu Yahudi Bani Khaibar seorang diri sedangkan terdapat dua puluh orang musuh yang menahannya dari dalam. Lebih dahsyat lagi, sebelah pintu yang sebegitu besar dan berat itu dibuatnya perisai tangan.

Sewaktu pembukaan Kota Mekah, terdapat sebuah berhala yang besar di atas Ka’abah. Saidina Ali berjaya menolaknya jatuh sedangkan sepuluh orang pejuang yang berpadu tenaga gagal berbuat demikian sebelum itu.

Dalam satu peperangan lain, sebuah mata air tertindih dengan batu yang sangat berat. Tiada siapa pun yang dapat mengalihkannya kecuali Saidina Ali.

Sewaktu kanak-kanak, salah seorang rakannya telah terjatuh ke dalam lubang yang dalam. Saidina Ali mengangkat rakannya itu dengan menghulurkan sebelah kaki sahaja.

Dalam Perang badar, tujuh puluh orang musuh berjaya dibunuh oleh tentera Islam. Tiga puluh empat daripadanya maut di tangan Saidina Ali.

Dalam Perang Uhud pula, beliau menewaskan dua belas orang musuh dalam pertandingan satu sama satu sebelum peperangan bermula.

Dalam Peperangan Khandaq, seorang pahlawan Quraisy yang termasyhur bernama Amru Ibnu Abdi Wudd dengan niat mengejek melangkah parit seorang diri ke tempat tentera Islam. Dia meminta duel. Tiada seorang pun tentera Muslimin yang berani bersuara kerana mereka tahu betapa handalnya Amru Ibni Widd.

Namun begitu sikap Saidina Ali amat berlainan. Tiga kali Ibnu Wudd mencanangkan tanpa jawapan tetapi setiap kali itulah pula Saidina Ali bergerak ke hadapan untuk menyahut cabarannya. Cuma dia dihalang oleh Rasulullah memandangkan Amru  bukan calang-calang pendekar.

Setelah mendesak beberapa kali Rasulullah pun mengizinkan beliau pergi dengan hati yang berat. Sungguh di luar dugaan, Amru terputus dua badannya walaupun mereka baru berbalas beberapa kali tetakan. Terus luntur semangat musyrikin Quraisy.



~@Tersebut dalam sebuah kitab lama, kononnya Saidina Ali pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, adakah lagi pahlawan yang lebih handal bermain pedang daripada aku?” Jawab baginda: “Ya, ada”.

Saidina Ali begitu terkejut dengan jawapan tersebut lalu meminta Rasulullah menunjukkan pahlawan itu kepadanya agar dapat dia bertukar-tukar fikiran dan menguji kehandalan masing-masing. Rasulullah meminta Saidina Ali pergi saja ke suatu tempat terpencil keesokan harinya. Di sana dia akan menemui pahlawan yang dikatakan itu.

Saidina Ali pergi ke sana lalu terlihat seorang lelaki yang menutup wajahnya dengan kain (bertopeng) sedang berlatih jurus-jurus pedang seorang diri. Saidina Ali pun memperkenalkan dirinya dan menyatakan tujuan kedatangannya.~ wallahullam

Pahlawan itu tidak keberatan lalu mereka pun berbalas tetakan dan tikaman pedang. Akhirnya Saidina Ali tewas. Saidina Ali akur bahawa memang ada lagi orang yang lebih handal daripada dirinya.

Sebaik-baik sahaja topengnya dibuka, ternyata pahlawan tersebut ialah Rasulullah SAW sendiri! Kisah ini bersesuaian sekali dengan riwayat para sahabat yang mengatakan Saidina Alilah orang yang paling banyak melindungi Rasulullah dalam peperangan. Namun begitu apabila keadaan terlalu mendesak, beliau sendiri pula turut berlindung di belakang Rasulullah.

Jumaat, 3 Ogos 2012

PERANG JAMAL & SHIFFIN & SAIDINA ALI KARAMULLAH WAJHA...



Perang Jamal, dipanggil sedemikian rupa kerana diriwayatkan Sayyidatina Aisyah duduk di atas unta (Jamal) ketika berlakunya perang tersebut. Selepas peristiwa pembunuhan Sayyidina Uthman, yang didalangi oleh kaum munafiqun, yang diketuai oleh Abdullah bin Saba’, Sayyidina ‘Ali telah dibaiah sebagai khalifah Islam yang ke-4. Pembai’ahan tersebut tidak menjadi masalah kepada sahabat sebenarnya, namun kekacauan mula berlaku apabila waris Sayyidina Uthman meminta supaya hukuman qisas terhadap pembunuh Sayyidina Uthman dipercepatkan dan fitnah mula tersebar. Sayyidina ‘Ali mengambil langkah untuk melewatkan sedikit pelaksanaan hukuman tersebut atas 2 sebab utama;

1)Keadaan Negara yang tidak stabil ketika itu, kerana umat Islam telah berpecah kepada dua belah pihak.

2)Orang yang terlibat dengan pembunuhan Sayyidina Uthman, adalah terdiri daripada kaum Munafiqun dan beberapa orang muslimin yang termakan dengan hasutan kaum munafiqun. Oleh itu, siasatan/kepastian siapa yang benar2 terlibat amat diperlukan.

Walau bagaimanapun, waris Sayyidina Uthman kurang bersetuju dengan ijtihad Sayyidina 'Ali itu. Perpaduan umat Islam goyah ketika itu. Ada yang menggesa supaya pelaksanaan hukuman itu dipercepatkan, ada yang bersetuju dengan Sayyidina 'Ali. Dari hal kerana itu, Sayyidatina ‘Aisyah telah berangkat ke Basrah bersama-sama dengan sekumpulan muslimin untuk mencari penyelesaian terhadap perpecahan umat Islam, yang tercetus angkara peristiwa pembunuhan Sayyidina Uthman. Jelas di sini, keberangkatan Sayyidatina ‘Aisyah bukanlah bermaksud utk berperang, namun lebih kepada mencari perdamaian. Hal ini dinyatakan di dalam al-Fishal fi al-Milal wa al-Ahwa’ wa al-Nihal (diteliti oleh Ahmad Syams al-Din; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 1996), jld. 3, ms. 83.

Dan ketika menghampiri Basrah, kumpulanSayyidina ‘Ali telah bertemu dengan kumpulan yg dibawa oleh Sayyidatina ‘Aisyah. Dan hasil dari pertemuan tersebut, kata sepakat telah diambil, iaitu untuk mempercepatkan proses hukuman terhadap pembunuh2 yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan Sayyidina Uthman. Segala2nya kelihatan selesai, namun tidak bagi pihak yang bertanggungjawab merancang dan melakukan pembunuhan Sayyidina Uthman. Bagi mereka, perdamaian tersebut merupakan bencana buat mereka. Untuk mengelakkan diri mereka daripada dihukum, sekali lagi mereka membuat onar. Pada awal pagi keesokan harinya (sehari selepas pertemuan Sayyidina ‘Ali dan Sayyidatina ‘Aisyah), kaum munafiqun ini telah menyerang kumpulan Sayyidatina ‘Aisyah. Dalam keadaan terkejut dari tidur, kumpulan Sayyidatina ‘Aisyah menyangka bahawa mereka diserang oleh kumpulan Sayyidina ‘Ali. Tanpa membuang masa, mereka terus menyerang balas dengan tujuan utk melindungi diri, kerana terasa perjanjian telah dikhianati. Di pihak Sayyidina ‘Ali pula, apabila mereka menerima serangan dari pihak Sayyidatina ‘Aisyah, kumpulan Sayyidina ‘Ali turut menyerang balas. Pendek kata, kedua-dua pihak merasakan diri masing-masing dikhianati. Maka, tercetuslah peperangan yang dinamakan perang Jamal.


Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) telah meringkaskan peristiwa tersebut: “Mereka (para pembunuh Usman) menyerang khemah Thalhah dan al-Zubair. Lalu Thalhah dan al-Zubair menyangka bahawa Ali telah menyerang mereka, maka mereka menyerang kembali untuk mempertahankan diri (self defense). Seterusnya Ali pula menyangka bahawa mereka (Thalhah dan al-Zubair) menyerangnya, maka Ali menyerang kembali untuk mempertahankan diri. Maka berlakulah fitnah (peperangan) tanpa ia menjadi pilihan mereka (kedua-dua pihak). Manakala Aisyah radhiallahu 'anha hanya berada di atas pelana untanya, beliau tidak menyerang dan tidak memerintahkan serangan. Demikianlah yang diterangkan oleh tidak seorang daripada para ilmuan dalam bidang sejarah (Ahl al-Ma’rifat bi al-Akhbar).” [Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah fi Naqd Kalam al-Syi‘ah wa al-Qadariyyah (diteliti oleh M. Rasyad Salim; Muassasah Qurtubiyyah, 1986), jld. 4, ms. 317]

“Sesungguhnya Aisyah tidak diperangi dan tidak pergi untuk berperang. Sesungguhnya beliau pergi hanya untuk kebaikan umat Islam. Beliau menjangkakan pada pemergiannya terdapat kemaslahatan kepada umat Islam. Kemudian sesudah itu jelas baginya bahawa meninggalkan pemergian tersebut adalah lebih tepat. Maka setelah itu apabila sahaja beliau mengingat kembali pemergiannya itu, beliau menangis sehingga membasahi kain tudungnya.” [Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms. 316]

Kekesalan jelas tergambar di kalangan umat Islam ketika itu, terutama Sayyidatina 'Aisyah. Namun segala2 telah terjadi. Kebenaran hanya diketahui selepas dari peperangan berlaku. Jika dilihat kisah di atas, beberapa pengajaran yang boleh didapati;

Bagaimana liciknya kaum munafiqun memainkan jarum, menyelinap dan menyusup di celah2 umat Islam, untuk menimbulkan huru-hara. Mereka gemar menyebarkan fitnah untuk kepentingan diri mereka sendiri. Mereka ada di setiap zaman. Berhati-hatilah…

Bahaya salah faham. Jika kita lihat kisah di atas, bagaimana salah faham telah menyebabkan perang tercetus dan hampir 10000 umat Islam, termasuk sahabat telah meninggal dunia. Bukankah itu satu kerugian terhadap dunia Islam??

Ketidaksefahaman membawa kepada perpecahan. Ketidak sefahaman umat Islam ketika itu yg bergolak slps pembunuhan Sayyidina Uthman, telah menyebabkan pelbagai maslah. Pentadbiran Negara terganggu, perpecahan umat Islam, musuh semakin berleluasa. Perbincangan dan mesyuarah merupakan salah satu cara terbaik utk menyelesaikan masalah ini.

Sifat terlalu taksub dengan seseorang, sehingga sanggup mengenepikan kemaslahatan umat Islam. Segolongan umat Islam ketika itu yang terlalu taksub dengan Sayyidina ‘Ali sehingga ada yang menolak akan khalifah Uthman. Ketaksuban ini, ditambah dengan fitnah pihak munafiqun telah membawa kepada pembunuhan Sayyidina Uthman.

Perpecahan dan timbulnya pelbagai fahaman. Dimulai dengan firqah khawarij, yg tidak puas hati dengan Sayidina ‘Ali dan Mu’awiyah , yang terlalu taksub dengan Sayyidina ‘Ali, kemudian Syiah,Mu’tazilah, Murji’ah, Jahmiyyah, Qadariyyah, Jabariyyah dan lain2 lagi. Walau apapun ''khlilaf''(selisih fahaman) adalah RAHMAT

Sejarah telah membuktikan bahawa fitnah, ketidaksefahaman, salah faham telah mencetuskan pelbagai perkara yang boleh mencalar sejarah. Ia mendatangkan 1001 perkara yang pasti sahaja tidak menyenangkan. Mengapa perlu diulang kembali kesilapan yang pernah berlaku satu ketika dahulu. Orang Islam adalah orang yang bijak, dan orang yang bijak tidakkan jatuh ke dalam lubang yang sama berulang-kali. Dan orang yang paling bijak adalah orang yang belajar dari kesilapan/pengalaman orang lain.~wallahullam

peristiwa perang jamal

Perang Jamal atau Perang Unta berlaku pada 11 Jamadilakhir 36H atau Disember 657M yang mengambil masa tidak sampai sehari. Kemenangan berpihak kepada Khalifah Ali. Peperangan tersebut berlaku Ali menggantikan semua pegawai kerajaan yang merupakan keluarga Uthman bin Affaniaitu Bani Umaiyyah kepada mereka yang cekap dan adil. Ali yang dikenal dengan keadilannya juga mencabut undang-undang yang diskriminatif dan memutuskan untuk membatalkan segala konsesi yang sebelumnya diberikan kepada orang-orang Muhajirin dan menyamaratakan hak umat atas kekayaan baitul mal. Disamping itu, pihak keluarga Bani Umaiyyah menggunakan alasan kemangkatan Khalifah Uthman sebagai alasan untuk menentang pemerintahan Ali.

Hal tersebut mendapat tentangan dari orang yang selama bertahun-tahun menikmati keistimewaan yang dibuat oleh khalifah sebelumnya. Ketidakpuasan itu kian meningkat sampai akhirnya mendorong sekelompok orang untuk menyusun kekuatan untuk melawan beliau. Thalhah, Zubair dan Aisyah berhasil mngumpulkan pasukan yang cukup besar di Basrah untuk bertempur melawan khalifah Ali bin Abi Thalib.

Mendengar adanya pemberontakan itu, Ali turut mengerahkan pasukannya. Kedua pasukan saling berhadapan. Ali terus berusaha membujuk Thalhah dan Zubair agar mengurungkan rencana berperang. Beliau mengingatkan keduanya akan hari-hari manis saat bersama Rasulullah S.A.Wdan berperang melawan pasukan kafir.

Walaupun ada riwayat yang menyebutkan bahawa imbauan Ali itu tidak berhasil menyedarkan kedua sahabat Nabi itu, tetapi sebahagian sejarawan menceritakan bahawa ketika Thalhah dan Zubair mendengar teguran Ali, bergegas meninggalkan medan perang.

Perang tak dapat dihindarkan. Ribuan nyawa melayang sia-sia, hanya kerana ketidakpuasan hati sebahagian orang terhadap keadilan yang ditegakkan oleh Ali. Pasukan Ali berhasil mengalahkan pasukan yang dikepalai Aisyah, yang ketika itu menunggang unta. Perang Jamal atau Perang Unta berakhir setelah unta yang dinaiki oleh Aisyah tertusuk tombak dan jatuh terkapar.

Sebagai khalifah yang bijak, Ali memaafkan mereka yang sebelum ini menghunus pedang untuk memeranginya. Aisyah juga dikirim kembali keMadinah dengan dikawal oleh sepasukan wanita bersenjata lengkap. Fitnah pertama yang terjadi pada masa kekhalifahan Ali berjaya dipadamkan. Namun masih ada kelompok-kelompok lain yang menghunus pedang melawan Ali yang oleh Rasulullah SAW disebut sebagai poros kebenaran.



peristiwa perang shiffin

Pada malam harinya (Perang Jamal berlangsung pada malam hari) kaum munafiquunmenyusup ke barisan sahabat Thalhah ra. dan Zubair ra. dan melakukan penyerangan mendadak. Karena merasa diserang maka kubu Thalhah ra. dan Zubair ra. balas menyerang ke pasukan Ali bin Abi Thalib ra dan perang besar pun tak terhindarkan.Perang ini disebut Perang Jamal dan berakhir dengan kemenangan Ali bin Abi Thalib ra. dan meninggalnya 2 orang sahabat yang dijamin masuk surga yaitu Thalhah ra. dan Zubair ra.

Sahabat Muawiyyah ra. yang pada waktu itu masih menjadi Gubernur di Damaskus menggerakan pasukannya menuju Madinah dengan tuntutan yang sama yaitu menyegerakan mengqishas pembunuh Utsman bin Affan ra.

Karena keadaan yang semakin kacau Ali bin Abi Thalib ra. tidak dapat memenuhi tuntutan tersebut lalu terjadilah perang yang berikutnya yang dikenal dengan nama Perang Shiffin yang berakhir dengan gencatan senjata meskipun pada waktu itu Ali bin Abi Thalib ra. hampir memenangkan pertempuran tersebut. Lalu Muawiyyah ra. kembali ke Damaskus dan tetap menolak membaiat Ali bin Abi Thalib ra. sebagai Khalifah (Lalu sebagian kaum muslimin membaiat Muawiyyah ra. sebagai Amirul Mukminin)

Dan pada itu negara Islam terbagi 2 yaitu Ali bin Abi Thalib ra di Madinah dan Muawiyyah ra. di Damaskus. Pada kondisi tersebut ada sebagian kecil kaum muslimin yang tidak puas kepada keduanya, dan kaum muslimin yang tidak puas kepada Ali ra. dan Muawiyyah ra. mereka membentuk firqah baru (inilah firqah pertama dalam Islam, disusul Syiah, Mutazilah, Murjiah, Jahmiyyah, Qadariyyah, Jabariyyah dan lain sebagainya) yang disebut sebagai Khawarij dan mereka mengkafirkan kedua sahabat nabi tersebut.

Lalu kaum Khawarij mengutus pembunuh kepada keduanya, namun qadarullah hanya Ali bin Abi Thalib ra yang terbunuh, sedangkan percobaan pembunuhan terhadap Muawiyyah ra. dapat digagalkan.

RAMADHAN ,Saat akhir & Saidina Ali Karamallahu Wajhah pergi selamanya


Bulan Ramadhan yang terakhir yang dijalani oleh Saidina Ali dalam hidupnya merupakan bulan Ramadhan yang lain dari biasanya. Bagi keluarga Ali, semenjak hari-hari awal Ramadhan ini penuh kegelisahan dan kesedihan. Tingkah laku Ali berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.

Dalam Nahjul Balaghah iaitu kumpulan pidato dan khutbah Saidina Ali, beliau menyebut, “Ketika ayat ini diturunkan; “Alif Lam Mim. Apakah manusia itu mengira mereka bahawa mereka itu dibiarkan sahaja dan mengatakan; kami telah beriman, sedang mereka belum diuji lagi?, aku menyedari bahawa sepeninggalan Rasulullah SAW nanti, umat ini akan mengahadapi cubaan yang besar. Aku bertanya kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan fitnah dalam ayat ini?”

Baginda menjawab; “Wahai Ali! Umatku akan menghadapi fitnah dan cubaan yang besar sepeninggalanku nanti”. “Ya Rasulullah, mereka telah syahid di Uhud, iaitu tujuh puluh mujahid Islam termasuk Hamzah bin Abdul Muttalib. Mereka semua telah meneguk madu syahadah. Sedangkan syahadah telah menjauh dariku dan aku tidak mendapat anugerah dan curahannya. Inilah yang membuatkan aku benar-benar gelisah. Mengapa aku tidak ikut syahid seperti mereka?”

Baginda menjawab, “Kalau di Uhud engkau tidak menemui syahadah, maka di tempat lain pasti engkau akan menemuinya. Jangan bimbang. Syahadah akan segera mendatangimu. Hanya tinggal bagaimana kesabaranmu dalam menghadapinya.” “Ya Rasulullah, jangankan engkau mengatakan bagaimana kesabaranku dalam menghadapi syahadah, tapi katakan bagaimana aku harus mengsyukurinya. Bukankah syahadah itu merupakan hadiah Ilahi di mana kita dituntut untuk bersyukur dan bukannya bersabar.”

Dengan berita-berita yang diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dan beberapa tanda yang Ali sendiri mengetahuinya, timbullah kegelisahan dalam ahli keluarga beliau dan sahabat-sahabatnya. Di bulan Ramadhan itu, beliau mengucapkan hal-hal yang tidak biasa diucapkan sebelumnya. Selalu berbuka di rumah anak-anaknya; setiap malam menjadi tamu salah seorang daripada anaknya, terkadang di rumah al-Hasan, al-Hussein atau di rumah anak perempuannya, Zainab al-Kubra.

Beliau makan sedikit daripada biasa. Mereka semua gelisah dengan keadaan ayah mereka. Mereka bertanya, “Ayahku tercinta, mengapa sedikit sekali ayah makan?” Beliau menjawab, “Aku ingin bertemu dengan Tuhanku dalam keadaan lapar.” Anak-anak beliau mengetahui bahawa ayah mereka sedang menunggu hari syahadahnya yang kian mendekat. Seringkali beliau menatap ke langit dan berkata, “Habibi ya Rasulullah, apa yang engkau janjikan kepadaku benar-benar akan terjadi. Bukan dusta! Kini hal itu sudah sedemikian dekatnya.”

Pada hari ketiga belas bulan itu, tepatnya pada hari Jumaat, beliau bertanya kepada anaknya, “Anakku Hussein, tinggal berapa hari lagi bulan suci ini akan berakhir?” Al-Hussein menjawab, “Tujuh belas hari lagi, ayahku.” Lalu beliau berkata, “Ya, telah dekat hari ketika janggut ini akan berubah warna menjadi merah kerana darah yang mengalir dari kepalaku.”

Malam kesembilan belas telah tiba. Di separuh malam itu, anak-anak beliau berkumpul di rumahnya. Ketika al-Hassan pulang, beliau langsung ke mushallanya (Darul Imarah). Beberapa saat menjelang subuh, kerana khuatir dengan keadaan ayahnya, al-Hassan kembali menziarah ayahnya. Pada saat itu, beliau berkata kepada al-Hassan, “Sayangku! (Ali memberi kasih sayang dan penghormatan khusus untuk al-Hassan dan al-Hussein kerana mereka adalah anak-anak daripada puteri Rasulullah SAW, Fatimah az-Zahra, dan satu-satunya cara untuk menghormati Rasullullah dan a-Zahra adalah dengan menghormati dan menyayangi mereka) Aku baru bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW. Kukatakan kepadanya, “Ya Rasulullah! Selama hidupku, aku telah banyak disakiti oleh umat ini. Mereka enggan mengikuti perintah dan bimbinganku.”

Kalau kita melihat sejarah Ali, memang benar bahawa mereka telah menyakiti Ali. Bacalah sejarah sahabat-sahabat Aisyah dan bagaimana mereka mengingkari baiah. Bacalah tentang Muawiyah dengan segala tipu muslihat dan kejahatan yang dilakukannya. Sesiapa pun yang membaca kisah tragedi yang menimpa Ali dalam sejarah, pasti akan hairan dan terperanjat. Gunung pun tidak sanggup menahan derita yang ditanggung oleh beliau. Dalam keadaan demikian, kepada siapa beliau harus mengadu? Dengan siapa harus berkongsi derita? Sekarang adalah saatnya beliau mengadu kepada Rasulullah, meskipun hanya melalui mimpi. “Ya Rasulullah. Apa yang harus kulakukan terhadap mereka? Ya Allah. Gantikan mereka untukku dengan orang-orang yang lebih baik daripada mereka dan gantilah aku untuk mereka dengan orang yang lebih buruk daripadaku.(Khutbah 68, Nahjul Balagah)

al-Hassan semakin khuatir dengan keselamatan ayahnya. Saidina Ali keluar dari rumah di saat ayam jantan mulai berkokok. Beliau berkata, “Biarkan mereka berkokok, kerana tidak lama lagi ia akan digantikan dengan tangisan manusia.” Anak-anak Ali berusaha menahan ayah mereka pergi sendirian. “Ayah tercinta. Sebaiknya kirimkan sahaja orang lain untuk menggantikanmu.” Beliau menjawab, “Biarlah aku pergi sendiri. Aku juga tidak mahu ditemani oleh orang lain.”

Saat yang ditunggu telah tiba. Setelah mengumandangkan azan, beliau mengucapkan selamat tinggal kepada fajar shadiq, “Wahai subuh! Wahai fajar! Sejak Ali dilahirkan dan membuka matanya kepada dunia, pernahkah ada hari di saat engkau terbit, sedang mata Ali masih tertidur? Saksikanlah! Sesungguhnya mata Ali akan tidur untuk selamanya. Bukalah jalan untuk mukmin mujahid ini.

Allamah Al-Qunduzi dalam kitabnya Yanabi’ Al-Mawaddah menukil bahwa pada malam terjadinya pemukulan atas diri beliau oleh Abdurrahman bin Muljam, Imam Ali AS berkali-kali keluar dari rumahnya dan memandang ke arah langit. Berulang kali beliau mengatakan, “Demi Allah aku tidak berbohong dan aku tidak menerima berita yang bohong. Malam ini adalah malam yang dijanjikan untukku.”

Dengan langkah perlahan Imam Ali berjalan menuju masjid. Saat memasuki Masjid beliau melihat Ibnu Muljam sedang tertidur. Imam Ali membangunkannya lalu berjalan menuju ke mihrab untuk melaksanakan shalat Subuh. Masjid telah dipenuhi oleh jemaah yang berbaris rapi membentuk shaf-shaf. Ali memuji tuhannya dengan mengangkat tangan.

Allahu Akbar.

Pujian itu diikuti oleh jemaah shalat yang telah siap. Tak lama kemudian Ali ruku lalu meletakkan dahi di atas tanah seraya mengagungkan Tuhannya. Tiba-tiba saat mengangkat kepala dari sujud, pedang Ibnu Muljam yang beracun mendarat tepat di kepalanya. Gema Allahu Akbar yang keluar dari mulut Ali membubarkan barisan shalat.

Ibnu Muljam ditangkap. Darah segar mengucur dari kepala Ali yang terbelah. Meski demikian, putera Abu Thalib ini sempat melarang masa menghakimi orang yang berniat membunuhnya itu. Beliau meminta Ibnu Muljam dibawa ke hadapannya. Kepadanya beliaau berkata, “Mengapa engkau lakukan ini padaku? Apakah aku pemimpin yang buruk bagimu?” Ali memerintahkan orang-orang untuk membawa Ibnu Muljam namun melarang mereka menyakitinya. Masjid Kufah mendadak tenggelam dalam tangis dan duka.

Pada pagi itu, Zainab, Ummi Kalsum dan seluruh keluarga Saidina Ali dicengkam gelisah. Mereka bimbang keselamatan ayah mereka. Peristiwa apakah yang akan terjadi di pagi ini? Tidak lama kemudian, terdengar jeritan bergema disusul dengan gemuruh tangisan membanjiri lorong-lorong subuh.

Dalam sepanjang sejarah hidup Ali, empat puluh lima jam yang terakhir dari hayatnya adalah yang paling menakjubkan. Ali telah menjalani beberapa masa dalam hidupnya. Pertama, sejak lahir hingga bi’tsah ar-Rasul. Kedua, dari bi’tsah sampai hijrah. Ketiga, dari hijrah sehingga wafatnya Rasulullah. Keempat, dari wafat Rasulullah sehingga dua puluh lima tahun khilafah. Kelima, empat tahun setengah masa khilafahnya. Dan terakhir, yang masanya tidak lebih daripada dua hari, namun merupakan episod yang paling menakjubkan iaitu sekitar empat puluh lima jam sejak dipukul dengan pedang beracun sampai beliau syahid. Masa yang jelas memperlihatkan kesempurnaan Saidina Ali.

Apa tindakan pertama Saidina Ali menjelang kematiannya? Ketika pukulan pedang itu mengenai kepala beliau yang suci, hanya terdengar dua kalimat darinya. Kalimat pertama, “Tangkaplah lelaki ini!” Kemudian beliau mengucapkan, “Fuztu wa Rabb al-Kaabah, Demi Tuhan Kaabah, aku telah beruntung. Mencapai kesyahidan bagiku merupakan suatu keuntungan yang besar”.

Orang-orang mengangkat tubuh suci itu dan membaringkannya di atas tikar. Kemudian didatangkan seorang tabib bernama Atsir bin Amr yang tinggal di Kufah untuk mengubati beliau. Diriwayatkan, diletakkan urat paru-paru kambing yang hangat atas lukanya untuk mengetahui apakah racun telah masuk ke saluran darah.

Akhirnya tabib tidak sanggup lagi merawati beliau kerana lukanya yang amat parah. Dia berkata, “Ya Amirul Mukminin, jika Tuan punya wasiat, maka sekarang telah tiba saatnya untuk Tuan katakan.”

Ketika Ummu Kalsum bertemu dengan Ibnu Muljam, pembunuh ayahnya, dia berkata, “Apakah yang telah ayahku lakukan kepadamu sehingga tergamak engkau melukainya dengan kejam? Aku berharap kepada Allah agar ayahku cepat sembuh sehingga segala usahamu akan sia-sia.” Dengan sikap iblisnya si mal’un itu menjawab, “Wahai Ummu Kalsum! Perlu kau ketahui bahawa pedang yang kugunakan untuk memukul ayahmu itu telah kubeli dengan seribu dirham dan kuracunkan semahal seribu dirham juga. Seandainya semua kepala penduduk Kufah dibariskan pada satu tempat, dan kutetak pedang ini dari awal hingga hujung barisan, nescaya semua akan mati binasa. Jangan terlalu banyak berharap, kerana ayahmu tidak lama lagi akan pergi meninggalkanmu untuk selamanya.” Dia juga berkata kepada Ali, “Saat kubeli pedang ini, aku telah bersumpah bahawa ia akan kugunakan membunuh seburuk-buruk manusia!” Saidina Ali menjawab, “Benar! Pedang itu juga akan digunakan untuk meng-qishas (bunuh balas) dirimu nanti.”

Pada detik-detik terakhir inilah terlihat keagungan Ali. Dalam wasiatnya beliau berpesan, “Perlakukanlah tawananmu (Ibnu Muljam) dengan baik, wahai anak-anak Abdul Muttalib. Jangan sampai sepeninggalanku nanti kalian ribut dan berperang dengan masyarakat. Jangan kalian menuduh si fulan dan si fulan sebagai penyusun dalam pembunuhan ini. Ingatlah! Pembunuhku telah berhasil ditangkap.”


Beliau berpesan kepada al-Hassan, “Anakku Hassan! Setelah aku tiada, kuserahkan Ibnu Muljam kepadamu. Jika kau mahu membebaskannya, bebaskanlah. Jika kau mahu meng-qishasnya, ingat bahawa dia memukul ayahmu hanya dengan sekali pukulan, maka pukullah dia sekali sahaja. Jika dia mati dengan sekali pukulan, biarlah dia mati. Jika tidak, maka biarkanlah dia pergi.”

Ketika ditawarkan pada beliau semangkuk susu, beliau meminumnya separuh dan separuh lagi beliau perintahkan untuk diberikan kepada tawanannya itu agar tidak kelaparan! Beginilah cara Ali melayani orang yang telah menetak kepala beliau dengan pedang beracun! Maulawi ar-Rumi, penyair-irfan Parsi berkata dalam syairnya;

Dalam keberanian
Engkau adalah singa Rabbani,
Dalam maruah,
Tidak seorang pun yang tahu,
Siapa engkau yang sebenarnya!

Saat demi saat keadaan Ali semakin parah dan racun semakin merebak. Sahabat-sahabat Ali dicengkam duka dan sangat terharu. Mereka tidak dapat menahan titisan airmata, bahkan sebahagian daripada mereka meraung pilu . Namun mereka melihat wajah Ali terus tersenyum redup dan berseri-seri.

Beliau berkata, “Demi Tuhan! Apa yang telah menimpaku bukan suatu hal kubenci. Sama sekali tidak! Syahid di jalan Allah sudah ku angan-angankan sejak sekian lama. Dan bagiku, apakah yang lebih baik dan berharga dari syahadah dalam keadaan ibadah?! Perumpamaanku adalah ibarat seorang asyiq (orang-orang yang diliputi keasyikan atau kecintaan dan kerinduan) yang menemui Ma’syuqnya (pencintanya). Ibarat seseorang yang mencari sesuatu dalam gelap malam dan mendapatkannya.”

Racun semakin melemahkan badannya. Sesekali beliau pengsan. Dalam sedar beliau, dari bibirnya terus mengalirkan pesan-pesan mutiara. Sarat dengan pesan dan hikmah. Kepada anak-anak dan seluruh ahli keluarganya, beliau berpesan, “Hassanku, Husseinku, keluargaku dan semua yang mendengar...aku amanahkan kepada kalian anak-anak yatim. Berpeganglah selalu kepada Al-Quran. Jagalah hubungan baik dengan tetangga. Jagalah waktu solat..keluarkanlah zakat....”

Ketika selesai mengucapkan semua pesannya, mereka terus memerhatikan bibirnya yang suci itu. Mereka lihat Ali sedang bermandi keringat dingin. Ali mulai memejamkan matanya. Mereka diam. Senyap. Tidak ada seorang pun yang mampu untuk membuka mulut. Tiba-tiba keheningan mereka dipecahkan oleh syahadah Ali bin Abi Talib, dan wafatlah Amirul Mukminin.

Ali yang beberapa saat setelah terbitnya fajar hari ke sembilan belas bulan Ramadhan, ditetak kejam oleh pedang Ibnu Muljam, dan roh sucinya diangkat ke malakut a’la pada tengah malam dua puluh satu Ramadhan.

Khamis, 2 Ogos 2012

Peristiwa nuzul al-Quran

..tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan.. 

‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. 

Firman Allah: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), 
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; 
Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, 
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, 
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan al-Quran selama-lamanya usia dikandung badan. Marilah kita bersama-sama berdoa ke pada ALLAH SWT akan apa yang  kita inginkan kebanagian dunia dan akhirat........

surah al-Baqarah ayat 186 :
“Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka), sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik dan betul”. (Al-Baqarah: 186)


Oleh yang demikian marila kita bersama-sama mendampingi A-Quran.Jadikanlah Kitab Al-Quran sebagai pembimbing hidup kita.
~Wallahu'alam
~jaksa kotaraja

SEJARAH ASAL NAMA BILAL MASJID & english version


.....unique voice with which he spoke from the soul and as a result of this Bilal became the first muezzin....matahari tegak di atas kepala,dan padang pasir panas membara,Bilal dipakaikan baju besi lalu dibiarkan berjemur di bawah terik cahaya matahari.Tidak cukup dengan itu,Bilal disebat dengan cemeti dan dadanya ditindih dengan batu,Namun ...


Bilal bin Rabah lahir di daerah as-Sarah yang terletak di pinggir Kota Mekah,43 tahun sebelum hijrah,Ayahnya bernama Rabah,ibunya bernama Hamamah,seorang wanita berkulit hitam,kerana itu ada yang memanggil Bilal dengan gelaran Ibnus Sauda' atau putera wanita hitam.

Bilal dibesarkan di kota Mekah sebagai seorang hamba milik keluarga Bani Abdul Dar.Selepas ayahnya meninggal dunia,Bilal diserahkan kepada Umayyah bin khalaf,seorang tokoh penting kaum Quraisy

Bilal termasuk dalam kalangan mereka yang awal memeluk Islam,Apabila Umayyah mendapat tahu,dia menyeksa Bilal tanpa belas kasihan supaya kembali ke agama asal serta menjadi pengajaran kepada yang lain,Namun,Bilal enggan tunduk dengan kehendak Umayyah.

Bilal bin Rabah diseksa oleh Umayyah tanpa henti,Mula-mula dia dipukul.kemudian diarak keliling kota Mekah.kerana Bilal masih berdegil,dia di jemur di atas pasir tanpa diberi makan dan minum.Ketika matahari tegak di atas kepala,dan padang pasir panas membara,Bilal dipakaikan baju besi lalu dibiarkan berjemur di bawah terik cahaya matahari.Tidak cukup dengan itu,Bilal disebat dengan cemeti dan dadanya ditindih dengan batu,Namun iman Bilal tetap teguh menghadapi penyeksaan itu.Umayyah memaksa Bilal menyebut nama al-Latta dan al-Uzza tetapi mulut Bilal hanya menyebut ALLAH...ALLAH...ALLAH..

Seksaan pada Bilal itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq,lalu membelinya daripada Umayyah dengan harga sembilan Uqiyah emas.Menurut Umayyah , jika Abu Bakar membelinya dengan satu Uqiyah emas pun dia akan menjual hambanya itu. Menurut Abu Bakar pula,jika Umayyah menjualnya dengan harga 100 Uqiyah emas pun dia sanggup membelinya.

Apabila Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wasallam diberitahu mengenai perkara itu ,Nabi memuji Abu Bakar As-Siddiq dengan berkata : " Sekiranya begitu,biarkan aku berkongsi dengan mu bagi membayarnya,wahai Abu Bakar"

"Wahai Rasulullah,saya sudah pun membayarnya kepada Umayyah dan sudah memerdekakan Bilal" Kata Abu Bakar as-Siddiq.

Bilal bin Rabah pernah hidup pada tiga zaman,iaitu zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam,zaman Nabi Muhammad (SAW)pembawa risalah Allah dan zaman khalifah ar-Rasyidin iaitu pada zaman pemerintahan Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab.

Pada zaman jahiliah,Bilal menjadi hamba kepada Umayyah.pada zaman Rasulullah pula beliau dilantik menjadi tukang azan,Beliau juga turut serta dalam semua peperangan yang disertai Rasulullah.

Sesudah Nabi Muhammad wafat.Bilal merasakan satu kehilangan dalam kehidupannya.kerana berasa sangat sedih,beliau tidak mampu menyebut Nama Muhammad dalam sebutan azan yang dilaungkannya,Akhirnya Bilal tidak sanggup lagi menjadi tukang azan.

semasa Bilal bin Rabah mengerjakan ibadat haji,penduduk Mekah meminta beliau menetap di kota Mekah dan menjadi tukang azan di Masjidil Haram,Tetapi Bilal menolak.

Apabila pulang ke Madinah,Ali bin Abi Thalib memujuk Bilal supaya tinggal di Madinah dan meneruskan semula khidmatnya sebagai tukang azan di Masjid Nabi,tetapi Bilal sekali lagi menolak.Kemudian Khalifah Umar al-Khattab sendiri yang memujuk Bilal,namun tetap tidak berjaya,kerana tidak sanggup berada di Madinah,Bilal membawa isterinya berpindah ke Syam

Penduduk Syam juga meminta Bilal menjadi tukang azan,tetapi Bilal enggan hingga mereka marah pada Bilal,Akhirnya Bilal membawa isterinya ke Damsyik.

Bilal bin Rabah meninggal dunia di Damsyik pada tahun 20 Hijrah iaitu pada 641 Masihi dan dikebumikan di Damsyik.ketika itu beliau berumur 63 tahun...

Al-Fatihah buat Bilal bin Rabah...nama nya terus disebut hingga ke hari ni...Allahu akbar....
 Allahu akbar   !!!!!!!!



Bilal ibn Rabah or Bilal ibn Rabah

Bilal ibn Rabah (Arabic: بلال بن رباح‎)  Bilal ibn Rabah  (580-640 CE) was an African of Ethiopian heritagecompanion of Islamic prophet Muhammad, born in Mecca who is considered as the first muezzin chosen by the prophet himself.

He was among the emancipated slaves freed by Abu Baker (see Muhammad's views on slavery) and was known for his beautiful voice with which he called people to their prayers. His name can also be known as, "Bilal ibn Riyah" or "ibn Rabah" and he is sometimes known as "Bilal al-Habashi" or "Bilal the one from Habesha (today's Ethiopia)".He died sometime between 638 to 642, when he was just over sixty years old.

Bilal Ibn Rabah, was an emancipated slave of key importance in Islam. He is said to have been one of the most trusted and loyal Sahabah (companion) of Muhammad. His respected stature during the birth of Islam is often cited by Muslims as evidence of the importance of pluralism and racial equality in the foundations of the religion.

Living with Muhammad


According to Ibn Ishaq, Abdullah Ibn Zaid Ibn Abd Rabbihi went to Muhammad with his story that he saw Adhan in his dream, Muhammad, approving the method for calling to prayers, told him to ask an Ethiopian named Bilal, who had a marvelous voice, to call the Muslims to prayer (the Adhan). As Ibn Ishaq told the story (in Albert Guillaume's translation):When the Apostle was told of this he said that it was a true vision if God so willed it, and that he should go to Bilal and communicate it to him so that he might call to prayer thus, for he had a more penetrating voice. When Bilal acted as muezzin, Umar I, who later became the second caliph, heard him in his house and came to the Apostle... saying that he had seen precisely the same vision. The Apostle said 'God be praised for that!'

Though slightly different versions of the story exist, all agree that Islam's first muezzin was Bilal.

One version states that one of the slaves of Umayyah ibn Khalaf, a terrible foe of Islam and Muhammad, was named Bilal. Bilal learned about Muhammad and his teachings and became Muslim, but kept his belief in secret. However, his master Umayyah came to know that he had opted to be a Muslim. So he started punishing him. He ordered his slaves to make him lay on the hot sand and put heavy stones on his body so that he could not move. After such punishments, news of this slave reached some of Muhammad's companions who told Muhammad of the slave. Muhammad then sent Abu Baker. Muhammad later learned of Bilal's unique way of praying and unique voice with which he spoke from the soul and as a result of this Bilal became the first muezzin.
Later on, some people suggested that this honor should be given to someone else, because Bilal could not pronounce the Arabic letter 'sheen' properly and instead used the letter 'seen' (the two sounds had merged in "s" in classical Ge'ez). It is reported that Muhammad said, "The 'seen' of Bilal is 'sheen' in the hearing of God," meaning that God does not see the physical manifestation; He appreciates the purity of heart. This saying of Muhammad is held to be contentious by scholars of hadith, with almost all of them grading it as baseless.Bilal felt deep love for Muhammad, and he is quoted as reciting some lines of poetry in his own language, in praise of Muhammad. One verse translated:"When noble traits are described in our country, thou art pointed out as a model among us."
Migration

In 622, the year of the Hijra, Bilal migrated to Medina and over the next decade accompanied Muhammad on all his military expeditions, and according to Islamic tradition, a lawyer revered by Muslims for his majestically sonorous renditions of the adhan. Bilal also carried Muhammad's spear, which was used from 624 onward to point the direction of prayer.

He fought in the Battle of Badr, in the aftermath of which he killed his former master, Umayyah ibn Khalaf, in spite of the protestation of Umayyah's capturer and long-time friend Abdur Rahman bin Auf. Bilal was also present in all of the major events and battles, including the battles of Uhud and Battle of the Trench.

Bilal's finest hour came in January 630, on an occasion regarded as one of the most hallowed moments in Islamic history. After the Muslim forces had captured Mecca, Muhammad's muezzin ascended to the top of the Kaaba to call the believers to prayer, - the first time the call to prayer was heard within Islam's holiest city, however this was never proven and many dispute the fact that it would be against the faith to actually have climbed the Kaaba, no matter how big the conquest.


After Muhammad

There are contradictory reports about what happened to Bilal after the death of Muhammad in 632. What seems clear is that at some point Bilal accompanied the Muslim armies to Syria.

After the death of Muhammed, Usama ibn Zayd continued a military expedition to Syria, as commanded by Muhammad. However, it is very uncertain if that is the army Bilal accompanied.

After Muhammad's death, Bilal never called Adhan. But when Caliph Umar visited Jerusalem, other Sahaba quested Umar to ask Bilal for one more last Adhan, and when Bilal did it, It was a very emotional moment for all of the Sahaba

Bilal's grave is now in the outskirts of Amman, Jordan, in a village called Bader. There is also another tomb in Damascus believed to be his.

Death date. 
Grave of Bilal, in Bab Saghir cemetery.
Bilal died there between 638 and 642, though the exact date of death and place of burial are disputed.

He (Bilal) died in Damascus in 17 or 18 AH, but some say 20 AH, or even 21 AH when he was just over sixty years old. Some said he died in Madinah, but that is wrong. That is how it is in al-Isabah and other works such as the Tahdhib of an-Nawawi.

Shia state that Bilal was one of Ali's devouted followers after the death of Muhammad, and that he died in Damascus around 20 AH, and was buried within Bab al-Saghir cemetery.


If there is some disagreement concerning the hard facts of Bilal's life and death, his importance on a number of levels is incontestable. Muezzin guilds, especially those in Turkey and Africa, have traditionally venerated the original practitioner of their noble profession, and African Muslims as a whole feel a special closeness and kinship to him; he was an Ethiopian, after all, who had been exceptionally close to Muhammad, and is a model of steadfastness and devotion to the faith. The story of Bilal, in fact, remains the classic and most frequently cited demonstration that in Muhammad's eyes, the measure of a man was neither nationality nor social status nor race, but piety[citation needed].

Bilal was devoted to the Ahl al-Bayt and used to publicly show his support for them.

The Imam Ja'far al-Sadiq is recorded as having said, "May God bless Bilal! He loved us, the family of Muhammad, and was one of the most pious servants of God."

Rabu, 1 Ogos 2012

SEDEKAH YANG DIBERKATI...

                                                                                                                                gambar hiasan
....bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu." Ketika aku mendengar jawapan itu ........

Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak beribadah haji, beliau tertidur di Masjidil Haram. Dalam tidurnya, dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, "Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?" Jawab yang lain, "Enam ratus ribu." Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima?" Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."
.
Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya. Jawab orang itu, "Muwaffaq." Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?"
.
Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus dirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalu aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu. Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu." Ketika aku mendengar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan kuserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu. "Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.

Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim. Rasulullah SAW ada ditanya, "Ya Rasulullah, tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga." Jawab Rasulullah SAW, "Jadilah kamu orang yang baik." Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?" Jawab Rasulullah SAW, "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."