Rabu, 29 Mac 2017

ANTARA DOA DAN KEKUFURAN SERTA WASIAT

..sebagai Teman teristimewamu sebagaimana telah kau lihat bagaimana aku perlakukannya... kamu pasti tidak akan sesat ...  Janganlah kamu anak beranak berbalah-balah.. ringankanlah beban antara satu sama yang lain.. Hedaklah kamu redha serta menghalalkan segala apa yang telah kamu berikan antara kalian... Usahlah kamu ungkit mengunkiti...  Berbaik-baiklah serta berkasih sayanglah antara hingga kamu tua .. dan... ingatlah jadikanlah AIRMATAMU..

Diakhir zaman ini akan kita saksikan atau telah kita saksian akan perihal yang amat menyedihkan Umat Muhammad... Hukum Islam hanya menjadi kata dibibir sahaja... Kedurhakaan bermaharajalela tanpa batasan.. Mereka yang mengabdikan diri pada Ilahi akan diuji dengan ujian yang getir dari Allah Swt.. Tidak lain kerana Allah Swt merindui keluhan serta rintihan hambaNYA yang akan pasti merintih ..memohon.. merayu malah akan senantiasa dia bertaubat(sering merasakan diri bersalah serta menzalimi diri sendiri) dalam tangisan yang hanya didengar oleh Allah Swt.. Maka tika itu Allah Swt akan menjawab ''Wahai hambaku... aku suka akan rintihanmu.. serta tangisanmu.. aku mendengar keluhanmu AKU suka mendengar taubatmu... Wahai hambaKU.. AKU sayang dan kasih padamu.. Sabarlah hambaKU.. AKU mendengar semua itu wahai hambaKU.. AKU Mengetahui jalan yang tidak kau ketahui yang terbaik buatmu...

Tiada seorang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkanNya, dan dia memperoleh salah satu dari tiga hal, iaitu dipercepat terkabulnya baginya di dunia, disimpan@bekalan untuknya sampai di akhirat, atau diganti dengan mencegahnya dari musibah (bencana) yang serupa. 
(HR. Ath-Thabrani)

Hadis riwayat Abu Hurairah RA.,  Rasulullah SAW. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu terhadapKu dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingatKu. Apabila dia mengingatKu dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diriKu. Apabila dia mengingatKu dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya Sehasta. Apabila dia mendekatiKu Sehasta, maka Aku akan mendekatinya Sedepa. Dan apabila dia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.
(Shahih Muslim) 
Oleh yang demikian pada zaman inilah telahpun terjadi apabila mereka yang berpegang pada Islam akan merasakan tersiksa..

Daripada Anas r.a. Berkata Rasulullah SAW bersabda ”Akan datang pada manusia suatu zaman di mana orang yang berpegang teguh di antara mereka kepada agamanya laksana orang yang memegang bara api.''  

(HR Tarmizi)

Binasanya insan yang beriman  itu diakhir zaman kebanyakannya adalah disebabkan bukan dari dirinya.. tetapi dari ajakan atau kehendak serta desakan orang terdekat.. Ianya terjadi apabila keadaan hidup serta nafsu duniawi mengatasi iman... atau mereka kufur nikmat.. atau mereka itu jahil... atau mereka itu sengaja dengan sanggup menolak hukum... Maka bila ini terjadi maka akan didapati mereka yang beriman itu dicerca serta dicaci atas tidak memenuhi impian ''daki dunia'' yang berupakan kesenangan serta kemewahan hidup...
Dari Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda; “Akan datang suatu zaman di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali apabila dia lari membawanya dari puncak bukit ke puncak bukit yang lain, dan dari suatu gua ke gua yang lain. Maka apabila zaman itu telah tiba, segala sumber pendapatan tidak dapat diperoleh kecuali dengan melaksanakan sesuatu yang menyebabkan kemurkaan Allah SWT. Apabila ini telah terjadi, maka kebinasaan seseorang adalah disebabkan memenuhi kehendak isteri dan anak-anaknya. Kalau dia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya disebabkan memenuhi kehendak kedua ibu bapanya. Dan jikalau ibu bapanya sudah tidak ada lagi, maka kebinasaannya disebabkan mengikuti kehendak keluarganya atau disebabkan mengikuti kehendak jiran tetangganya” 

Sahabat bertanya “Wahai Rasulullah SAW, apakah maksud perkataan engkau itu?” Nabi SAW menjawab “Mereka akan menghinanya dengan kesempitan hidupnya. Maka ketika itu sesungguhnya dia telah menceburkan dirinya ke jurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya” (HR Baihaqi)

Ketika  mana mereka berhasil dapat kemewahan atau kesenangan, mereka akan merasakan bangga diri dan tinggi diri hingga sanggup berlagak sombong serta angkuh terhadap orang sekeliling walaupun kepada suami@isteri atau ibubapa mereka. Apakah mereka lupa itu semua akan ditinggalkan bila kita mati..malah kita akan ditanya dimanakah serta punca hasilnya... 
Daripada Abu Hurairah r.a. Katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Umatku akan ditimpa penyakit -penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu” Sahabat bertanya “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi SAW menjawab “Penyakit-penyakit itu adalah, Terlalu sombong...Terlalu mewah... Mengumpulkan harta sebanyak mungkin.... Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia... Saling memarahi.... Dengki-mendengki sehingga menjadi zalim menzalimi” 
(HR Al Hakim)
Dan apabila mereka berjaya mereka lupa ada hak dalam kemewahan tersebut.. tetapi oleh kerana kesombongan mereka itu.. mereka merasakan segala perbuatannya adalah ''benar belaka'' hingga sanggup mendusta larangan Allah Swt..
Daripada Abu Malik Al-Asy’ari r.a. Katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya akan ada sebahagian dari umatku yang meminum khamar dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. Sambil diiringi dengan alunan muzik dan suara biduanita. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi dan Allah SWT akan mengubah mereka menjadi kera atau babi” 

(HR Ibnu Majah)

Dalam kehidupan mereka seharian akan dirasakan terlalu singkat lebih lagi kepada mereka yang mengejar dunia... waktu malam mereka juga mereka habiskan dalam mencar kemewahan serta kekayaan hidup tanpa memikirkan soal hari kebangkitan, yaumil masyhar...
Daripada Anas bin Malik r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Tidak akan terjadi kiamat sehingga waktu terasa pendek, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu kilatan api” 

(HR Tirmizi)
Akhir kata... wahai anak dan isteriku yang amat aku kasihi... aku memohon keampunan dan kemaafan buat kamu semua sekiranya kalian merasakan aku gagal membimbing dan mendidikmu.. Wahai anak-anakku... wahai isteriku.. telah aku wasiatkan serta aku sempurnakan hakmu keatas agamamu untuk kamu semua... hendaklah kamu ikut serta ambil dari Al quran sebagai panduan hidup kamu jadikanlah Al Quran itu sebagai Teman teristimewamu sebagaimana telah kau lihat bagaimana aku perlakukannya... kamu pasti tidak akan sesat ...  Janganlah kamu anak beranak berbalah-balah.. ringankanlah beban antara satu sama yang lain.. Hedaklah kamu redha serta menghalalkan segala apa yang telah kamu berikan antara kalian... Usahlah kamu ungkit mengunkiti, kerana hal demikian akan mengundang permusuhan...  Berbaik-baiklah serta berkasih sayanglah antara hingga kamu tua .. dan... ingatlah jadikanlah AIRMATAMU BAGI MENYUCIKAN DIRI DENGAN  BERTAUBAT.. MENANGISLAH KAMU TANPA DIKETAHUI ORANG.. AIRMATAMU HANYA UNTUK ALLAH SWT.. DAN AIRMATMU BUKANNYA UNTUK KEDAKIAN DUNIA.. Ingatlah wahai anak isteriku... Seandainya aku dijemput ''pulang'' aku minta janganlah kau menangis serta tangisi kematianku sebagaimana aku serta berpesan.. Jangan kau tangguh urusan pemakamanku.. Sesungguhnya telah aku maafkan segala kesalahanmu wahai anak dan isteriku yang amat aku kasihi...
 ~wasalam..
~Jaksa Kotaraja



Selasa, 28 Mac 2017

DAIRI BINGKISAN REJAB ~ INGINKU SEMAIKAN KASIHKU



~ AL-FATIHAH... 

Oleh kerana tiadaku mampu menongkat dunia.. tiada mampuku mengejar dunia.. oleh kerana tiada mampuku mengejar dunia ..,. tiada mampu aku permewahkan.. perhiaskan.. pertahtakan.. dan memenuhi segala kemahuanmu  wahai anak dan isteriku yang amat aku  kasihi, mampuku hanya sekadar perlu dan mengisi keperluan hidup.. Maka kusemaikan risalah fiqh dan tauhid kepadamu sayang... agar kita terhindar dari bahang neraka...


Wahai isteriku... ku akui kau merasai perhubungan kita kadangkala panas bagaikan neraka... namun itulah hakikatnya ''syurga'' mendekati kita.. janganlah kau ragu.. tiada aku pernah mendorongmu kejalan ''lara''.. aku tegah.. aku sanggah... aku marah.. aku bentak.. tiada lain kerana menyangimu kerana amanah Ilahi... Aku sedar.. aku bukanlah lelaki yang amat sempurna bagimu... namun tidak aku sanggup membiarkan orang yang aku sayang serta cintai itu HILANG Rahmat Ilahi dan dimamah oleh ''Nar'' ... maafkan aku.. maafkan aku..  maafkan aku .. berkali ku katakan inginku hidup bahagia dunia dan akhirat..

Wahai anakku.. telah aku didik serta berikan asas kefarduan serta asas perukunan kehidupan... maka telah engkau dewasa dan matang.. tambahilah... carilah.. dalamilah.. istiqamahlah dalam jalan mencari jalan ''pulang''.. telah aku peringatkan. Al quran itu adalah panduanmu.. Alquran itu kekasihmu yang sejati dan harus kau laziminya(membaca). Dan telah aku berpesan agar jangan kalian memburu dunia.. jika kau memburu dunia, akhirat akan lari.. burulah akhirat..maka dunia akan mengikutimu...
Oleh yang demikian bertakwalah kamu agara menjadi anak yang soleh..
Hai anakku... taatilah ibumu... sayangilah ibumu.. kasihilah ibumu.. jagalah ibumu .. janganlah kau sakiti lahir dan batinnya... 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّـهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّـهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖنُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu" 
(Surah At-Tahrim 66 : 8)

Inginku menyemai kasih... inginku semaikan sayang.. inginku semaikan cinta... 

kerana dari Dia aku disini.. dan kepada DIA jua akan aku kembali... kasih kepada mahluk hanyalah seketika.. terkadang menagih kasih yang tak keharuan bagai Adam dengan Hawa, terkerana nafsu bergelora,  tercampaklah zuriatnya kedalam dunia..
Lahirnya kita maka, disinilah bermula destinasi pencarian jalan ''pulang'' untuk naik semula ke ''jannah''.. namun diadakan perhiasan dunia yang melekakan bagi kita memilih gerbang duniawi .. dan bekalan ke jannah yang amat memberatkan lagi amat perit dan dipenuhi dengan ujian dan cabaran bagi mencapai gerbang jannah...

Terdapat sangat banyak kelebihan bulan Rejab yang ditulis oleh para alim ulama yang besar. Nabi SAW, apabila melihat anak bulan Rejab, akan melafazkan doa, “Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.” Jadi kenapa Nabi SAW guna perkataan 'Berkatilah kami'? Ini kerana ramai orang yang leka dengan kelebihan yang ada dalam bulan Rejab. Ramai yang masih lupa akan arah destinasi kita seterusnya...

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud, “Berpuasalah, kamu akan sihat.”

Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”



اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِى، فَاغْفِرْ لِى، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ                                                                       
Maksudnya :
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam gengganman-Mu dan di dalam perjanjian setia (beriman dan taat) kepadaMu sekuat mampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telahku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.... Amin Ya RAbb...

Dari Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan surat kejahatan.”



اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمُ الَّدِىْ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ تَوْبَة   عَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلاَ نَفْعًا وَلاَ مَوْتًا وَلاَ حَيَا وَلاَنُشُوْرً

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

Siapakah yang tak mahu bahagia didunia.. dan siapakah yang tak mahu kesenangan didunia.. memang semua inginkannya... Namun harus kita ketahui segala itu kurnia Allah dan Akirat jualah yang kekal Abadi... semoga para pembaca beroleh kejayaan dalam mencari jalan ''pulang''... AMINN..
~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja

Isnin, 27 Mac 2017

WANITA DUNIAWI MEMARAKKAN '' AZAB NAR'' OLEHNYA SENDIRI...


Akhir zaman didapati ramai wanita yang ingin memiliki wajah jelita... mereka berhias kebanyakannya untuk tatapan orangramai tanpa mereka sedar.. Mereka suka dipuji dan disanjung.. tapi mereka lupa akan hukum Allah.. dan meraka sanggup untuk ENGKAR hukum Allah.. apatah lagi jika diberikan nasihat oleh ibubapa atau suami.. pasti mereka akan marah dan sanggup memberontak dan membentak.....
Rasulullah SAW bersabda:

'Aku pernah melihat di dalam syurga lalu aku melihat yang terbanyak ahli syurga ialah orang-orang fakir dan aku juga melihat di dalam neraka lalu melihat yang terbanyak ahli neraka ialah perempuan-perempuan. Demikian itu kerana kurang baktinya kepada Allah dan kepada suami mereka serta kebanyakan mereka menghias diri seindah-indahnya (berkelebihan jika hendak keluar rumah).'

Sayidina Ali R.A menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,
“Pada malam aku di israkkan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.Puteri Rasulullah SAW kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.
Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,”

Sabda Rasulullah SAW.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

1. Wanita yang digantung rambutnya dan otaknya mendidih kerana tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

2. Wanita yang digantung lidahnya, dan tangannya dikeluarkan dari punggungnya sedang cairan aspal panas dituangkan pada tenggorokannya,kerana menyakiti hati suaminya dengan lidahnya / kata-katanya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Wanita yang diikat dengan tangannya kerana keluar rumah tanpai zin suami dan tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubun, dibelit dan disengati ular dan kalajengking kerana dia mampu untuk mengerjakan shalat dan puasa tapi tidak mengerjakannya dan tidak mahu wudhu dan mandi wajib.


6. Wanita yang memakan badannya sendiri kerana bersolek untuk dilihat laki-laki lain dan suka membicarakan aib orang lain.

7. Wanita yang menggunting-gunting badannya kerana suka memanjakan diri (ingin terkenal) dan mempertontonkan perhiasannya di depan orang banyak sehingga tertarik padanya.

8.Wanita berkepala babi dan badannya seperti keledai kerana dia suka berdusta dan mengadu domba.

9. Wanita berbentuk seperti anjing dan api dimasukkan dari mulut hingga keluar dari duburnya dan malaikat memukul-mukul kepalanya kerana dia ahli fitnah dan suka marah-marah pada suaminya.

10. Wanita diikat kedua kakinya sampai ke payudara dan kedua tangannya sampai ke ubun-ubun dan disengati ular dan kalajengking kerana ia telah mempersilakan laki-laki lain untuk berzina dengannya.(mengotori tempat tidur)


Duhai kaum Hawa... ingatlah perhiasan didunia hanyalah sementara... kejelitaan... emas permata.. wang.. harta.. tidak membawa menafaat selepas kamu mati..malah kamu akan dipersoalkan pula kemana dan dari manakah kamu dapati serta belanjakan..
Sepatutnya wanita itu perlu bersyukur atas apa yang ada.. 
Yang kamu bawa hanyalah  amanah kamu pada Suami kamu.. puasa dan solat kamu..
Berbahagialah pada mereka yang taati perintah serta memenuhi kehendak suami serta solat dan puasa.. Allah Swt menjanjikan, PILIHLAH PINTU SYURGA YANG MANAKAH KAMU MAHU MASUK.. 
Semoga pembaca diberikan serta dikurniakan taufik dan hidayah untuk Mentaati hukum Allah, agar menjadi wanita yang solehah ..


PENJELMAAN AL QURAN OLEH PEMBACANYA SELEPAS MATI..



Setelah dikuburkan dan orang-orang mulai meninggalkannya, Maka datanglah dua malaikat. Iaitu Malaikat Munkar dan Nakir yang berusaha memisahkan orang tampan itu dari mayat agar memudahkan tanya jawab. Tetapi si tampan itu berkata '' Ia adalah sahabat karibku. Dalam keadaan bagaimanapun aku tidak akan meninggalkannya. Jika kalian ditugaskan untuk bertanya kepadanya, lakukanlah pekerjaan kalian. Aku tidak akan berpisah dari orang ini sehingga ia dimasukkan ke dalam syurga''

Lalu ia berpaling kepada mayat dan berkata,”Aku adalah Al Quran yang terkadang kamu baca dengan suara keras dan terkadang dengan suara perlahan. Jangan bimbang, setelah menghadapi pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan mengalami kesulitan.” 
Setelah para malaikat itu selesai memberi pertanyaan, ia menghamparkan tempat tidur dan permadani sutera yang penuh dengan kasturi dari Mala’il A’la. 
(Himpunan Fadhilah Amal : 609)


Banyak lagi kelebihan yang Allah Swt anugerahi kepada pembaca Al Quran.. namun berjuta kali sayang.... berapa ramaikah yang ruangkan masa untuk membaca atau belajar membaca Al Quran. 

Rasulullah S.A.W Telah bersabda:
"Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di saat itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya:
"Kenalkah kamu kepadaku?"
Maka orang yang pernah membaca akan menjawab:
"Siapakah kamu?"
"Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, serta kamu juga telah bangun malam untukku dan kamu pernah membacaku di waktu siang hari," jawab Al-Our'an.
"Benarkah kamu Al-Qur'an?", tanya orang yang pernah membaca Al-Qur'an.
Kemudian Al-Qur'an mengakui dan memimpin orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T.
Dan orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian diletakkan mahkota di atas kepalanya.
Kepada ibubapanya yang muslim juga akan diberikan perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan yang ada di dunia, walau berlipat ganda. 

"Dari manakah kami memperoleh ini semua, padahal amal kami tidak sampai sekian?" keduanya bertanya.
"Kamu diberi ini semua, kerana anak kalian telah mempelajari @ melazimi  Al-Qur'an."


Hari ini berapa ramaikah yang tahu membaca Al Quran..??
Berapa ramaikah yang rajin perdengarkan bacaan Al Quran??
Adakah kita berikhtiar untuk belajar membaca Al Quran..??
Mengapakah kini Gajet@telefon pintar jadi pegangan dan tontonan perkara yang lara..??
Mengapakah Al Quran itu dijadikan hanya perhiasan yang layak duduk dalam almari..??
“Barang siapa berpaling darinya (Alquran), maka sesungguhnya dia akan memikul beban yang berat (dosa) pada hari kiamat.” (QS 20: 100).

Rasulullah SAW juga telah menjelaskan kepada kita tentang keutamaan Alquran dan orang-orang yang membaca, menghafal, mentadaburi, dan mengamalkannya. Diantara keutamaan tersebut adalah:


Pertama, akan memberikan syafaat pada hari kiamat. 
Sabda Rasulullah SAW, “Bacalah Alquran, kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi pembacanya.” 
(HR Muslim dan Abu Umamah)
Kedua, ia akan menjadi pembela kita pada hari kiamat. Diriwayatkan dari An-Nawwas bin Sam’an bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, “Didatangkan pada hari kiamat Alquran dan para pembacanya, yang mereka dulu itu mengamalkannya di dunia, dengan didahului oleh Surah Al-Baqarah dan Ali’Imran itulah yang membela pembaca tersebut.” 

(HR Muslim)
Ketiga, sebaik-baiknya amalan adalah mempelajari dan mengamalkan kandungan Al Quran. Diriwayatkan dari Usman bin Affan bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baiknya kalian adalah orang yang mempelajari Alquran dan mengajarkannya.’‘ 

(HR Al-Bukhari). 
Keempat, membaca, mempelajari, dan mengamalkan isi Alquran, bernilai sepuluh kebaikan


Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. 
(QS. At Tahriim: 6 )

Firman Allah Swt dalam surah At Taubah..
“Dan Katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” 

(QS At Taubah 105)

Oleh yang demikian marilah kita mula membuka Al Quran.. dan yang memang membaca, teruskan untuk beristiqomah setiap hari untuk membacaAl Quran... Tiada malu untuk bermula.. kerana setiap huruf yang kita baca/belajar secara merangkak, Allah memberi 2 ganjaran pahala, yakni pahal belajar dan pahala meyebut huruf... Alangkah BESARNYA Rahmat Allah SWT.. Semoga pembaca budiman diberikan hidayah untuk kita bersama menghayati Al Quran... Aminn...
~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja

Jumaat, 24 Mac 2017

LAMARAN NERAKA PASTI MENANTIMU HAI ANAK ADAM..


Duhai anak Adam @ lelaki ... lamaran neraka menantimu hai suami.. ayah.. abang.. bapa saudara.. anak lelaki... Amanahmu amatlah besar pada Allah Swt.. Bila leka dalam keduniaan .. tenggelam dalam kemaksiatan.. jahil dalam perukunan islam dan engkar pada perintah AllAh Swt... Maka LAMARAN NERAKA PASTI MENANTIMU.... 

Duhai lelaki yang bergelar Ayah, bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang?  Adakah anda membiarkan anak perempuan tidak menutup aurat/berhijab. Di membiarkan anak wanitanya berpacaran, berpergian/berduaan atau bahkan berpegangan tangan dengan lelaki yang belum halal baginya. Seorang perempuan/wanita tidak boleh diajak pergi tanpa didampingi dengan orang yang bukan mahram, kerana hal tersebut mengundang fitnah, melakukan zina dengan saling berpegangan, pemerkosaaan, dan hal yang tidak diinginkan.

Apabila ayah@bapa sudah tiada(mati), tanggungjawab menjaga kehormatan wanita jatuh pada saudara lelakinya (abang dan bapa saudara). Jika mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik atau saudaranya dibiarkan dari ajaran Islam, maka tunggulah tarikan mereka di akhirat kelak.
Duhai lelaki yang mempunyai saudara perempuan, jangan hanya menjaga amalmu dan melupakan amanah yang lain.

Kerana kau juga akan pertanggung jawabkan diakhirat kelak...

Duhai anak lelaki, sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika bersalah atau lalai. 
Anak lelaki mestilah menasihati Ibunya dalam keadaan lembut dan bersopan santun. Apabila seorang anak laki-laki tidak menasihati Ibunya perihal kelakuan yang tidak dibenarkan dalam Islam. Seperti ibu yang membuat berbagai kemungkaran, mengumpat, memfitnah, mengeji, berbuat dan berperilaku tidak baik dan menggangu tetangganya serta hal-hal lainnya yg tidak diperbolehkan.. Jika tidak sianak lelaki akan dipersoalkan diakhirat kelak.

Maka anak itu akan ditandia akan bersama menemani ibunya kelak di Neraka.ya dan diminta pertanggungjawabkan di akhirat kelak. Jika tidak 
Kerana seorang ibu juga insan biasa, tak lepas dari melakukan dosa. Selamatkanlah dia dari fitnah kubur dan ancaman neraka,

jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi teman di dalam kepanasanya api neraka yang jauh melebihi panas matahari...

Apakah kita masih ragu dengan segala keterangan yang ada...Allah Swt telah befirman; 
"sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?(yaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan, yang (membakar) sampai ke hati. 
(QS Al-Humazah : 4-7)


Semua permintaan dan permohonan para penghuni neraka kepada ALLAH SWT ditolakNYA dengan tegas yang justeru menambah kepedihan siksa mereka, sebagaimana firman Allah SWT

"Mereka berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami, dan adalah kami orang-orang yang sesat. Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya (dan kembalikanlah kami ke dunia), maka jika kami kembali (juga kepada kekafiran), sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim.
Allah berfirman: "Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara dengan Aku. 
(QS Al-Mu'minun :106-108)
Oleh yang demikian ..wahai Anak Adam... beringatlah akan tanggungjawabmu...bukan hanya untuk dirimu sahaja tetapi ada insan yang perlu kamu pertanggungkan(amanah Allah) untuk kamu membawanya kejalan lurus... semoga kita diberikan hidayah serta kekuatan untuk terus beristiqamah dalam menuju gerbang ''jannah'' Aminnn...

~Wallahu'alam
~JaksaKotaraja

KEINGINANMU DIDUNIA MEMBAWA KE NERAKA...???


....Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: ''Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai ....

Isteri itu adalah amanah yang dilepaskan oleh ibubapa perempuan kepada ''suami'' anak perempuannya. Maka itu perempuan itu wajib taat pada suaminya. Suami itulah yang akan memikul dosa isterinya jika suami itu tidak mendidik isterinya, manakala isteri pula tidak pula menanggung dasao suaminya.. betapa untungnya perempuan yang berkhawin, hanya perlu taat pada suami serta tunaikan solat serta puasa.
Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya." (Hadis Riwayat Tirmizi dan Ibnu Hibban)
Kita dapat lihat dan gambarkan hadis diatas betapa tingginya kedudukan suami.. ini adalah disebabkan akan besarnya amanah yang perlu suami pertanggungkan... maka itu ''syurga'' seseorang isteri, adalah dibawah tapak kaki suaminya.
Janganlah pula sang isteri itu suka menyakiti hati suami. Isteri yang suka menyakiti suaminya akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: ''Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami'." 

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Dalam hal lainnya pula, adakala sang isteri itu tidak cukup atas apa segala pemberian sang suami. malah mereka merasa tidak cukup dan tidak bersyukur diatas apa yang suami itu beri.. ingatlah segala pemberian dari suami itu hanyalah apa yang termampu diberikan dan perlu dingat semua itu adalah pemberian dan kurniaan dari Allah Swt yang disampaikan ''sahaja'' melalui tangan suami.. maka itulah isteri harus bersyukur...
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah S.A.W ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" 
Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."(Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah radhiallahu ‘anha bermaksud: "Aku pernah bertanya kepada baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" 

Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". 
Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" 
Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya." (Hadis Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Berapa ramai kini sang isteri sering meminta-minta perhiasan serta kemewahan dunia..?? Mereka mendesak sang suami untuk memenuhi kehendak siisteri tadi..malah ada yang sanggup mencerca hina suami mereka dengan pelabagai kata yang amat pahit untuk didengar oleh sang suami..
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."

Dari kerana itu perlulah kita bermuhasabah diri... sesungguhnya kehidupan didunia ini adalah bersifat sementara, diakhirat jualah tempat yang kekal abadi selamanya... oleh yang demikian marilah kita bersama sedaya upaya menjadi insan yang bertakwa kepada Allah Swt Semoga kita bersama pasangan kita dapat kekal bertemu semula di Jannah....Aminnn...
Dengan rasa rendah diri, marilah kita ampunkan segala kesalahan isteri kita dan bersamalah kita bertaubat semasa masih kita ada hayat bersama pasangan kita... Aminnn.. buat wanita pula.. hulurkanlah kemaafan dan keampunan kepada suamimu semoga baki hidup yang berbaki ini menjadikan kita orang yang sempat bertaubat dan berbuat amal kebajikan... Aminn Ya Allah....
~Wallahu'alam,
~Jaksa Kotaraja.

Khamis, 23 Mac 2017

Menyemai benih ditangan ...


..satu sindiran pada manusia yang mengejar keduniaan dan mengenepikan saat akhirat.Padahal yang menghidupkan kehidupan adalah kehendak Allah Swt. Padahal semua perlakuaan kita didunia akan dihitung dimahsyar kelak. Maka itu perbanyakkanlah amalan baik serta perbanyakkan ..

Tetapku semai benih kerana itu ibadahkuku  didunia dan jika ajal atau kiamat pula urusan Allah Swt... Janganlah kerana mengejar akhirat kita lupa pula akan tanggungjawab didunia walau kita sebagai penanggung amanahNYA. Bukan hari ini kita semai, esok terus berhasil. Ianya memakan masa  dan tempoh pembesaran dan perjagaan serta pembajaan. Alangkan benih yang kita semai itupun kuasa Iradat Allah Swt untuk menumbuhkannya.Ini jelas menunjukkan kita perlu berusaha tetapi yang menentukan segalannya adalah Allah Swt. 

“ Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat. Maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala.” (HR: Al-Bukhari)
Itulah perumpamaan kehidupan dunia dan akhirat yang mempunyai susur galur untuk timbangan segala amalan kita didunia untuk dibawa keakhirat.
Ini juga satu sindiran pada manusia yang mengejar keduniaan dan mengenepikan saat akhirat.Padahal yang menghidupkan kehidupan adalah kehendak Allah Swt. Padahal semua perlakuaan kita didunia akan dihitung dimahsyar kelak. Maka itu perbanyakkanlah amalan baik serta perbanyakkan ibadah didunia ini.
Islam menyatukan dunia dan akhirat di atas satu sistem. Allah berfirman: 
“Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah Dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah pada yg lain, sebagaimana Allah berbuat baik pada kamu, dan janganlah membuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang membuat kerosakan.”
(Surah Al- Qosas 77)

Dalam dunia akhir zaman ini betapa manusia itu mengejarkan harta kemewahan dengan sanggup mengenepikan larangan Allah Swt. dengan alasan alasan yang menghalalkan cara baginya. Memang kita boleh beri pelbagai alasan,namun mampukah kita jawab diakhirat esok dengan bersaksikan tubuh anggota badan sendiri yang mana mulut akan terkunci..??? Manusia itu mencari jalan mudah untuk mengecapi kemewahan walaupun melanggar hukum hakam agama dengan pelbagai alasan bagi menhalalkan cara, namun Allah Swt itu Maha mengetahui dan telah memberikan ingatan serta petunjuk didalam kitab Al Quran.
Firman Allah Swt;
"Maka sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi mata hati yang ada dalam dada itulah yang buta"
(Surah Al-Hajj 46)

"Dari Ibnu Abbas Radiallahu Anha katanya: "Aku mendengar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Seandainya manusia memiliki lembah berisi harta, tentu ia masih menginginkan harta yang banyak seperti itu pula, mata manusia barulah penuh jika diisi dengan tanah ( mati berkalang tanah ). Allah tentu akan menerima taubat bagi siapa saja yang ingin bertaubat". (Riwayat Al Imam Al-Bukhari)
Jelas menunjukkan bahawa celaan bagi orang yang terlalu tamak dengan dunia dan tujuannya hanya ingin memperbanyak harta. Oleh kerana itu, para ulama ada mengatakan bahawa kita hendaklah bersifat qanaah dan selalu merasa cukup dengan harta yang kita perolehi.
Firman Allah Swt ;
"Kamu telah dilalaikan daripada mengerjakan amal bakti oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya harta benda, anak pinak, pangkat dan pengaruh, sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk semasa hendak mati. Sekali lagi diingatkan jangan sekali-kali kamu bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat".
(Surah At-Takasur ayat 1-4)
Moga-moga kita semua terpelihara dari mengejar kemewahan dunia...dan semoga kita menjadi orang yang berfikir dan menyampai-yampai dalam perkara yang membawa kebaikan..... Aminnn
~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja




Sabtu, 18 Mac 2017

WASIAT MENDIDIK ANAK SOLEH DAN SOLEHAH....


Ya Allah... adakah aku ditengah-tengah kegagalan membentuk amalan yang baik buat anak-isteriku...?? perhiasan dunia yang merupakan masa dalam mengejar impian hidup yang berupa... wang.. kebendaan.. harta.. kemewahan dan kedudukan serta darjat yang diidamkan manusia menjadi ujian penghalang bagiku... belum termasuk dalam era laman sesawang yang amat meluas yang sukar dibendung selia.. YA Allah bantulah aku untuk perkemaskan kembali keadaan.. Sesungguhnya aku tidak terdaya melawan arus fitnah yang berluasa.. Ya Allah telahpun aku perkemaskan, namun banyak ujian serta dugaan yang KAU telah kurniakan padaku agar aku kembali semula kepadaMU...Namun talah aku amanatkan serta wasiatkan buatmu hai anakku segala-galanya seandainya pasti setelah ketiadaanku(mati)..

Sesungguhnya aku amanahkan perkara ini buat semua insan yang membaca  risalah ini..
Salah satu amalan yang tidak terputus pahalanya, sekalipun kita telah meninggalkan dunia, adalah doa “ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH”... Anak-anak yang TIDAK SOLEH dan solehah, tidak tahu bagaimana hendak mendoakan ke ibubapanya.... Bagaimana cara untuk mendidik anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah? Berikut adalah beberapa tips sebagai panduan:-

1] Biasakan anak kita bangun pada waktu subuh... Contoh: Sejak usia masih kecil, ajaklah ia solat subuh bersama atau berjamaah di rumah atau mesjid... KALAU TIDAK DIBIASAKAN, NANTI MEREKA SUSAH HENDAK BANGUN SUBUH....

2] Sediakan persekitaran dan pendidikan yang Islami... Contoh: sejak dari awal ikutkan anak kita dalam pusat asuhan Islam, mengikuti kursus di masjid, dan sebagainya..

3] Berikan teladan, bukan hanya perintah ... Contoh: jangan hanya menyuruh ia belajar mengaji atau solat, namun kita sendiri tidak melakukannya... ATAU menyuruh anak jangan merokok, tetapi kita sendiri rajin merokok...

4] Ajak anak kita untuk mengunjungi masjid secara rutin... Contoh: secara rutin, ajaklah anak kita untuk berjamaah di masjid...

5] Perkenalkan batasan aurat sejak dari awal... Contoh: Jika sejak awal kita biasakan anak perempuan kita menggunakan tudung, maka bila dewasa, ia akan merasa tidak selesa jika tidak bertudung...

6] Biasakan anak kita untuk selalu membawa perlengkapan solat, terutama untuk anak perempuan, ketika dalam perjalanan....

7] Kurangkan anak kita dalam mendengar musik-musik tidak-Islamik... Sebaliknya, banyakkan anak kita untuk mendengar ayat-ayat Al-Quran atau nasyid...UMPAMANYA, SEMASA DALAM PERJALANAN BERKERETA, mainkan CD atau ‘saluran radio’ beteraskan Al Quran..

8] Buatlah jadual menonton TV dan dampingi anak ketika menonton... Jauhkan anak dari tontonan yang tidak mengandung unsur pendidikan, seperti: sinetron, filem seram, filem khayalan, khurafat, dan lain-lain...

9] Ajarkan nilai-nilai Islam secara langsung... Sampaikan nilai-nilai Islam yang kita kuasai kepada anak kita... dalam usrah bersama anak-anak atau selepas setiap kali solat berjemaah....

10] Jadilah sahabat setia baginya... Jadikan ia selesa untuk menjadikan kita tempat curahan hati yang utama, sehingga kita akan selalu mengetahui masalahnya....

11] Ciptakan suasana hangat dan harmoni dalam keluarga... Jika keluarga tidak lagi terasa hangat baginya, anak akan mencarinya di tempat lain... SEBULAN sekali atau dua kali, ajak keluarga makan di luar, sambil solat berjemaah di masjid-masjid di bandar... DUA BULAN SEKALI adakan perkelahan keluarga di pantai atau tempat-tempat peranginan...

12] Lakukan semua tips di atas dengan bijak, sabar dan konsisten (istiqomah)... Jangan terburu-buru, jangan guna kekerasan, dan hindari sikap emosional yang dapat membuatnya sakit hati atau jauh hati....

13] BANYAKKAN BERDOA kepada ALLAH S.W.T. memohon bantuan dan pertolonganNya, dalam usaha kita itu....

Semoga panduan ini dapat membantu kita menjadi IBU BAPA yang baik bagi anak kita, dan mengajaknya bersama-sama masuk ke dalam syurgaNya yang kekal abadi... Amin.

~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja

TANGISAN SEORANG SUAMI YANG TIDAK SANG ISTERI KETAHUI...

...Kini sebagai suami aku kalungkan akan dikau isteriku suatu doa dan harapan agar kita bersua bersama kembali dijannah nanti..

Ketahuilah... tiada apa yang dapat suamimu berikan bagi memuaskan kehidupan didunia ini, melainkan segalanya adalah kurniaan Ilahi.. yang disalurkanNYA padaku untukmu... Ketahuilah bahawa suamimu adalah hanya...

Ya Allah dalam kehidupan kami ini ya Allah .. telah banyak dosa yang telah kami lakukan secara zahir mahupun batin ... yang kami sedar dan kami tidak sedar.. Sebagai sang suami aku memohon keampunanMu buat diriku dan isteriku dan kami bertaubat atas segala dosa yang telah kami lakukan dimuka bumi ini sedari kami kecil hingga kami berumahtangga.. Telah sedaya upayanya kini aku melangkah untuk menuju jalan ''kembali'' agar  kami menjadi insan yang bertakwa...banyak ujian yang telah kita lewati susah senang, pahit maung dalam kehidupan, namun tetap kami gagahi... 

Kini sebagai suami aku kalungkan akan dikau isteriku suatu doa dan harapan agar kita bersua bersama kembali dijannah nanti..
Ketahuilah... tiada apa yang dapat suamimu berikan bagi memuaskan kehidupan didunia ini, melainkan segalanya adalah kurniaan Ilahi.. yang disalurkanNYA padaku untukmu... Ketahuilah bahawa suamimu adalah hanya pembawa amanah yang amat berat yang mempertanggungjawabkan segala tanggungjawab yang dilepaskan@diamanahkan oleh ibubapamu.. 
Walau aku sang suami terkadang terasa siksanya dan dugaan serta kepayahan dalam memenuhi kemahuanmu, namun aku sering berserah semula kepada Ilahi, hingga aku menitiskan airmatku kepada Rabbulizzati memohon agar aku cekal dan sabar... Aku sedar aku bukanlah malaikat atau rasul yang mempunyai kata-kata yang baik dan manis serta boleh memenuhi segala impain dunia yang mengkin kau rasa kau terasa sebagai dihambakan olehku dalam hidupmu...
Maafkanlah aku wahai isteriku yang aku sayang dan kasihi.. ampunkanlah dosa kesalahanku yang menyakiti dikau dan menyiksa dikau.. ketahuilah kerana aku mengasihi dan sayangi dikau melebihi seperti ibubapamu mengasihi dikau...

Mereka mencintainya (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah, sedang orang-orang yg beriman itu lebih cinta taat kepada Allah. (QS : Al-Baqarah ayat 165)

Wahai isterku..ketahuilah bahawa aku idamkan agar kita tetap selamanya didunia dan akhirat...amin Ya Rahman ya Rahim... 
Ya Allah…Ampunilah semua dosa-dosa isteriku. Hindarkan ia dari segala kesulitan, mudahkanlah segala urusannya untuk menggapai RedhaMu. Ringankanlah beban tugasannya seharian. Hindarkan ia dari segala sifat-sifat buruk, khianat, dan segala sifat yang mendatangkan murkaMu. Berikanlah ia selalu sifat yang sabar dan penuh kesyukuran. Jauhkan dia dari segala kemaksiatan baik besar maupun kecil, perzinaan baik besar maupun kecil, perselingkahan baik besar maupun kecil. Jauhkan ia dari segala godaan laki-laki dan segala godaan yang menjerumuskan. Berikan selalu isteriku kemampuan yang kuat untuk menjaga kesucian dan kehormatannya. 
Pimpinlah dia selalu ke jalan yang lurus, jalan yang engkau Redhai. Jadikanlah ia isteri shalehah, yang patuh dan setia kepadaku, Jadikanlah ia sebaik-baik perhiasan dunia bagiku. Tanamkan cinta yang tulus dihatinya untuk mencitaiku sepenuhnya seperti aku mencintainya sepenuh hatiku sepenuh jiwaku. Satukanlah kami selalu didunia maupun diakhirat. Jadikanlah isteriku isteri yang taat menjalankan perintahMu, dan tegas meninggalkan larangan-Mu... 
Seandainya aku kembali lebih awal darimu.. ketahuilah... aku telah memaaf dan mengampunkan segala salah dan dosamu . Dan telah aku halalkan segalanya untukmu..
Aminn ya Allah ya Rahman... ya Rahim.. ya Halim.. ya Rabbal A'lamin
~Jaksa Kotaraja

BERUNTUNGLAH PADA YANG BERDOA DI AKHIR SOLAT...

...Tiap Muslim di muka bumi yang memohonkan suatu permohonan kepada Allah, pastilah permohonannya itu dikabulkan Allah, atau dijauhkan Allah daripadanya sesuatu kejahatan, selama ia mendoakan sesuatu yang tidak membawa kepada dosa atau memutuskan kasih sayang...


Doa diakhir solat adalah menunjukkan kita lemah sebagai hamba dan amat berkendakkan banyak perkara kepada Allah SWT. Boleh dikatakan seseorang itu angkuh atau sombong bila enggan berdoa. Bukan lama pun untuk berdoa... Doa adalah satu kesyukuran buat manusia kerana diberikan peluang untuk meminta atau merubah apa yang diidamkan atau dihajatkan dan mengelakkan kita memohon selainNYA. 

Banyak firman Allah SWT. dan hadits Rasulullah SAW. yang menerengkan tentang doa dan merintahkan orang-orang beriman agar berdoa diantaranya adalah sebagai berikut:
Dalam Al-Quran dicatatkan..

Surat Al-A'râf ayat 55-56




Ertinya: "Mohonlah (berdoalah) kamu kepada Tuhanmu dengan cara merendahkan diri dan cara halus, bahwasannya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas; dan janganlah kamu berbuat kebinasaan di bumi (masyarakat) setelah la baik; dan mohonlah (berdoalah) kamu kepada Allah dengan rasa takut dan loba (sangat mengharap); bahwasannya rahmat Allah itu sangat dekat kepada orang-orang, yang ihsan (Iman kepada Allah dan berbuat kebajikan)."

Surah Al-Baqarah ayat 186




Ertinya: "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada engkau tentang Aku, maka sesungguhnya Aku sangat dekat (kepada mereka). Aku perkenankan doa orang-orang yang mendoa apabila ia memohon (mendoa) kepada-Ku. Sebab itu, hendaklah mereka memenuhi (seruan)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk."

Surah Al-Mu'min, ayat 60






Ertinya: "Dan berfirman Tuhanmu "Memohonlah (mendoalah) kepada-Ku, Aku pasti perkenankan permohonan (doa) mu itu."

Surah Al-A'râf, ayat 180:




Ertinya: "Dan Allah mempunyai nama-nama yang sangat indah (Al-Asmâ'u al-Husnâ), maka memohonlah kamu kepada-Nya dengan (menyebut) nama-nama itu."


Surah Al-Isrâ', ayat 110




Ertinya: "Katakanlah olehmu hai Muhammad: berdoalah (pujilah) akan Allah atau berdoalah (pujilah), akan Ar-Rahmân (Maha penyayang)."

Surah Yûnûs, ayat 10





Ertinya: "Doa (percakapan) mereka di dalamnya (syurga), adalah Allâhumma (Maha Suci Engkau wahai Tuhan)."


Al-Hadits

Diriwayatkan dari Abû Dâud dan Al-Turmudzî



Ertinya: "Doa itu adalah lbadah.


Diriwayatkan dari Al-Turmudzî yang artinya sebagai berikut:
"Barangsiapa dibukakan pintu doa untuknya, berarti telah dibukakan pula untuknya segala pintu rahmat. Dan tidak dimohonkan kepaia Allah, yang lebih disukai-Nya selain daripada dimohonkan 'afiyah. Doa itu memberi manfaat terhadap yang telah diturunkan dan yang belum diturunkan. Dan tak ada yang dapat menangkis ketetapan Tuhan, kecuali Doa. Sebab itu berdoa kamu sekalian." (HR. Al-Turmudzî).

Diriwayatkan dari Al-Turmudzî



Ertinya: "Tiap Muslim di muka bumi yang memohonkan suatu permohonan kepada Allah, pastilah permohonannya itu dikabulkan Allah, atau dijauhkan Allah daripadanya sesuatu kejahatan, selama ia mendoakan sesuatu yang tidak membawa kepada dosa atau memutuskan kasih sayang." (HR Al-Thurmudzî).



“DOA DI AKHIR SOLAT SEBELUM SALAM, DISYARIATKAN BERDASARKAN SUNNAH YANG CUKUP BANYAK, Dan ijma' kaum muslimin... Kerana ketika itu, seseorang itu masih menghadap Rabb-Nya dan bermunajat kepada-Nya.... Maka tidak elok meninggalkan (solat), tanpa meminta kepada Tuhannya ketika itu..”pelbagai doa boleh kita mohon dan dibawah inilah antara doa yang Rasulullah mohon..

1] اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ , وَمِنْ عَذَابِ اَلْقَبْرِ , وَمِنْ فِتْنَةِ اَلْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ , وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ اَلْمَسِيحِ اَلدَّجَّالِ
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari AZAB JAHANNAM, DARI AZAB KUBUR, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari keburukan fitnah Al-Masih Dajjal.”... (Muttafaq 'alaih)..



2]
اللَّهُمَّ إنِّي ظَلَمْت نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا ، وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إلَّا أَنْتَ ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِك وَارْحَمْنِي ، إنَّك أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Ya Allah, Sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak... Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau... Maka ampunilah aku dengan ampunan dari sisi-Mu. dan rahmati aku.... Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Penyayang.”.. (Muttafaq 'Alaih)....


3]
اَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
“Ya Allah, Bantu aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan memperbaiki ibadah kepada-Mu.”.. (HR. Ahmad, Abu Dawud)



4] Ibn Yasaf berkata bahwa pada suatu ketika ‘Aisyah R.A ditanya tentang doa yang banyak dibaca oleh Nabi Saw, maka ‘Aisyah menjawab bahwa doa yang banyak atau sering dibaca oleh Nabi Saw adalah doa berikut ini:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَمِلْتُ وَمِنْ شَرِّ مَا لَمْ أَعْمَلْ بَعْدُ
''Ya Allah sesungguhnya aku mohon perlindungan kepadaMu dari kejahatan yang pernah aku perbuat dan dari kejahatan yang belum aku perbuat''. (HR. Al-Nasa-i)



5] Dari Anas ra, bahwasanya Nabi Muahmmad SAW banyak membaca doa berikut:
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Ya Allah, Tuhan Yang bisa membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku agar senantiasa berpegang teguh kepada agamaMu.
(HR.Al-Bukhari)

Jadi, marilah kita menjadi seorang yang selalu berdoa..  Moga moga kita menjadi insan yang bertakwa dan merendahkan diri pada Allah SWT serta kita berada dinaungan lindungan dari fitnah serta kejahatan terang dan kegelapan... aminn...
~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja

MUHARAM .. MENGAPA ADA PERBUATAN BID'AH....



MUHARAM ..''sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram.. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram''. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya... MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. 

Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91)... Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi) ... Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk – makhlukNya... Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah ''sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram.. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram''

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang puasa di hari Asyura, maka beliau menjawab : “Puasa itu  menghapuskan (dosa-dosa kecil) pada tahun lalu”

CARA BERPUASA DI HARI ASYURA
1. Berpuasa selama 3 hari tanggal 9, 10, dan 11 Muharram
Berdasarkan hadits Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan lafadz sebagaimana telah disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam al-Huda dan al-Majd Ibnu Taimiyyah dalam al-Muntaqa 2/2:

خَالِفُوا الْيَهُودَ وَصُومُوا يَوْمًا قَبْلَهُ وَ يَوْمًا بَعْدَهُ
Selisihilah orang Yahudi dan berpuasalah sehari sebelum dan setelahnya.”

PERKARA-PERKARA BID'AH YANG DILAKUKAN PADA HARI ASYURA (10 MUHARRAM). 

Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 
Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 
Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 
Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. 
Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 
Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 
Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah swt”. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu. Membaca Surah Al~Ikhlas hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Al~Ikhlas 11 kali. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Semoga pada Muharam ini membawa kita kearah hidup yang berpaksikan Kalimah Tauhid dan beramal sebanyak mungkin dalam era akhir zaman ini..
~Wallahu'alam..
~Jaksa Kotaraja

HASAD DENGKI YANG DIBENARKAN...........

                       

Dalam kehidupan kini, ada kalangan kita yang mudah untuk berhasad kepada sesuatu yang ada kelebihan pada seseorang yang lazimnya kita kenali. Perbuatan hasad boleh mengundang perpecahan ummah atau persaudaraan yang sedia terjalin. Malah ada yang sanggup mengenepikan soal hukum hakam,asal hasrat untuk melebihi saingannya tercapai.


Dari Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: Tidak dibolehkan adanya perasaan iri hati dan hasad dengki, melainkan dalam dua keadaan: Pertama, keadaan orang yang dikurniakan Allah S.W.T. harta benda, serta menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu pada perkara kebajikan yang sebenar-sebenarnya, dan kedua, keadaan orang yang dikurniakan Allah S.W.T. ilmu pengetahuan agama, lalu dia beramal dengannya dan mengajarkannya.” Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi....

Pelajaran yang kita dapati dari hadith ini ialah, kita TIDAK BOLEH mempunyai sikap hasad dengki dan iri hati kepada seseorang, apabila melihat orang itu memiliki sesuatu kelebihan yang tidak ada pada diri kita... Sebagai contoh kita tidak boleh iri hati jika seseorang itu memilikki harta yang banyak, atau seseorang itu berjawatan tinggi, atau seseorang itu mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang, sedangkan kita tidak memilikki semuanya itu... Begitu juga dengan perkara-perkara yang lain...

Kita hendaklah bersyukur dengan apa yang ada pada kita dan berikhtiar untuk mencari yang selebihnya... Jangan sekali-kali kita bersikap iri hati kerana semuanya itu datang dari Allah S.W.T... Tetapi kita boleh beriri hati jika melihat:-

1] Seorang kaya yang tidak membazir dengan hartanya,TIDAK KEDEKUT, tidak tamak dan tidak mementingkan diri sendiri, sehingga sanggup menghabiskan hartanya untuk membantu orang yang memerlukan bantuan, dan ianya membelanjakan hartanya hanya kepada jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T...

2] Seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan agama, dan menghabiskan masanya melakukan amal ibadah dengan sebaiknya, menghindari perbuatan yang dilarang Allah S.W.T., dan sanggup menyampaikan ilmu pengetahuan agamanya demi untuk menegakkan syiar Islam...

Kita hendaklah berusaha dan berdoa memohon taufik dan hidayah dari Allah S.W.T. agar kita memiliki sifat yang demikian, demi untuk mencari keredhaan Allah S.W.T.

Segala apa yang ada didunia ini hanya perhiasan sementara dan akhirat jua kekal abadi... pesan ibuku kepadaku... ''janganlah mengejar harta dan kemewahan, kerana itu adalah ''DAKI DUNIA''.. 

~waallahu'alam.............
~Jaksa Kotaraja..

Sunnah yang kita sering lupa...


Di antara perbuatan sunnah yang jarang dilakukan kaum muslimin adalah sebagai berikut:

1. Mendahulukan Kaki Kanan Saat Memakai Sandal Dan Kaki Kiri Saat Melepasnya
Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu bahwa Rasulullah Saw. bersabda, “Jika kalian memakai sandal maka dahulukanlah kaki kanan, dan jika melepaskannya, maka dahulukanlah kaki kiri. Jika memakainya maka hendaklah memakai keduanya atau tidak memakai keduanya sama sekali.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)


2. Menjaga Dan Memelihara Wudhu
Diriwayatkan dari Tsauban Radhiyallahu Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Istiqamahlah  kalian semua (dalam menjalankan perintah Allah) dan kalian tidak akan pernah dapat menghitung pahala yang akan Allah berikan. Ketahuilah bahwa sebaik-baik perbuatan adalah solat, dan tidak ada yang selalu memelihara wudhunya kecuali seorang mukmin.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)


3. Bersiwak (Menggosok Gigi dengan Kayu Siwak)
Diriwayatkan dari Aisyah Radhiyallahu Anha bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Siwak dapat membersihkan mulut dan sarana untuk mendapatkan redha Allah.” (HR. Ahmad dan An-Nasa`i)
Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam juga bersabda, “Andaikata tidak memberatkan umatku nescaya aku memerintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali hendak solat.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Bersiwak disunnahkan setiap saat, tetapi lebih sunnah lagi saat hendak berwudhu, solat, membaca Al-Qur`an, saat bau mulut berubah, baik saat berpuasa ataupun tidak, pagi maupun sore, saat bangun tidur, dan hendak memasuki rumah.
Bersiwak merupakan perbuatan sunnah yang hampir tidak pernah dilakukan oleh banyak orang, kecuali yang mendapatkan rahmat dari Allah. Untuk itu, wahai saudaraku, belilah kayu siwak untuk dirimu dan keluargamu sehingga kalian bisa menghidupkan sunnah ini kembali dan nescaya kalian akan mendapatkan pahala yang sangat besar.


4. Solat Istikharah
Diriwayatkan dari Jabir Radhiyallahu Anhu bahwa ia berkata, “Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam mengajarkan kepada kita tata cara shalat istikharah untuk segala urusan, sebagaimana beliau mengajarkan surat-surat Al-Qur`an kepada kami.” (HR. Al-Bukhari)
Oleh kerana itu, lakukanlah solat ini dan berdoalah dengan doa yang sudah lazim diketahui dalam solat istikharah.


5. Berkumur-Kumur Dan Menghirup Air dengan Hidung Dalam Satu Cidukan Telapak Tangan Ketika Berwudhu

Diriwayatkan dari Abdullah bin Zaid Radhiyallahu Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berkumur-kumur dan menghirup air dengan hidung secara bersamaan dari satu ciduk air dan itu dilakukan sebanyak tiga kali. (HR. Al-Bukhari dan Muslim)


6. Berwudhu Sebelum Tidur Dan Tidur Dengan  Miring Ke Kanan

Solat diatas kerusi..



Sekarang ini kita banyak melihat kerusi telah mula ada dalam '''musollah'' @ masjid/surau. Ianya digunakan oleh orang yang hilang upaya. Sewajibnya perlulah seseorang itu menepati syarat rukun solat agar ianya tidak tergelincir meninggalkan rukun tersebut... 

Antara rukun yang sering ditinggalkan oleh mereka yang solat dikerusi =


Hendaklah bertakbiratul ihram dalam keadaan berdiri sekiranya mampu, kerana qiyam adalah sebahagian daripada rukun solat. HaI ini adalah bagi kes ketidakmampuan untuk ruku’, sujud atau berdiri lama. Manakala bagi kes ketidakmampuan untuk berdiri maka diharuskan bertakbiratul ihram dalam keadaan duduk.


Hendaklah terus berdiri ketika membaca al-Fatihah dan surah sekiranya mampu. Walau bagaimanapun, diharuskan duduk apabila tidak mampu atau terus duduk jika langsung tidak mampu.


Hendaklah berdiri dengan bertumpukan (i’timad) kedua-dua belah kaki jika mampu atau salah satu daripadanya jika tidak mampu, dan tidak berdiri sambil bersandar kepada sesuatu dengan merehatkan kedua-dua kaki atau salah satu daripadanya.


Tidak menggerakkan kerusi ke hadapan atau ke belakang ketika melakukan isyarat tunduk untuk ruku’ dan sujud.


Tidak menyandarkan belakang badan ke kerusi tanpa sebarang hajat atau keuzuran. Hal ini kerana ia menyalahi tatacara solat, dan keizinan duduk hanya sekadar untuk menampung keuzuran berdiri.


Hendaklah membezakan secara tetap keadaan tunduk untuk ruku’ dan tunduk untuk sujud. Kedudukan isyarat tunduk untuk sujud hendaklah lebih rendah daripada isyarat tunduk untuk ruku’.


Tidak sujud di atas sesuatu yang berada di hadapannya seperti yang dilakukan oleh sesetengah penumpang kapal terbang yang menjadikan meja makan sebagai tempat sujud.


Sekiranya keuzuran adalah untuk ruku’ atau sujud, maka hendaklah solat dalam keadaan berdiri dan apabila tiba masa untuk ruku’ atau sujud, barulah diizinkan duduk dan melakukan isyarat tunduk tanda ruku’ dan sujud mengikut kemampuan.


Hendaklah meletakkan tangan di atas kedua-dua lututnya ketika tunduk tanda ruku’ dan meletakkannya di tempat lain selain lutut ketika tunduk tanda sujud supaya ada perbezaan antara isyarat ruku’ dan sujud. Sebagai contoh, kedua-dua belah tangan boleh dilepaskan sahaja di kiri atau kanan peha ketika tunduk tanda sujud, atau diletakkan di atas kedua-dua belah paha kanan dan kiri, atau diletakkan pada kerusi jika ada.
Jika seseorang itu tidak mampu berdiri dan tidak boleh menggerakkan anggota badan.. maka dibolehkan dia duduk.. dalam bab sujud ketika duduk dikerusi, anak kaki perlulah dibengkokkan seperti biasa bagi membezakan ruku' dan sujud walau keadaan yang dilakukan sujud badannya lebih rendah,tetapi tapak kaki diangkat pada jejari kaki hendaklah dibengkokkan mengenakan lantai sebagai rukun sujud.

hadis yang diriwayatkan daripada Jabir RA:
Bahawa Nabi SAW pernah menziarahi seorang pesakit. Baginda melihat orang itu solat di atas bantal, lalu baginda mengambil bantal tersebut dan membuangnya. Lalu orang itu mengambil sebatang kayu untuk solat (sujud) di atasnya. Baginda sekali lagi mengambil kayu itu dan membuangnya seraya bersabda:
"Tunaikan solat di atas lantai jika kamu berkemampuam, jika tidak mampu, maka lakukan isyarat dan jadikan sujud kamu lebih rendah daripada ruku'."



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menunaikan solat seperti biasa dan marilah kita doaka agar mereka yang hilang upaya untuk solat  seperti biasa dikurniakan kembali kesihatan dan kekuatan, agar mereka terus dapat menunaikan solat dengan lazimnya... Aminn... Ya Allah kau sembuhkanlah mereka yang tetap bersolat diatas kerusi/pembaringan.. berikanlah kesembuhan kepada mereka agar dapat kembali solat seperti sediakala.... Amin Ya Rabbal A'lamin...

~Waallah'alam
~Jaksa Kotaraja

Isnin, 13 Mac 2017

SAAT ALLAH RINDUKAN KITA.. HARUSKAH KITA BERPALING ARAH..???


SAAT ALLAH SWT RINDU PADA HAMBANYA ... ALLAH AKAN MENGIRIMKAN SEBUAH HADIAH ISTIMEWA MELALUI MALAIKAT JIBRIL YANG ISI HADIAHNYA ADALAH ‘’UJIAN’’. SAAT ITU LAZIMILAH , RAPATI, BERTAWAKALL PADA ALLAH SWT KERANA DIDALAMNYA ADA PENGAMPUNAN DAN SESUATU YANG BAIK BAKAL DIKURNIAKAN ATAU BERHADAPAN DENGAN KEZALIMAN DIRI SERTA KUFUR NIKMAT…


Saat kita menuju dan merapatkan diri pada yang Esa, pelbagai dugaan serta keperitan yang kita rasa.. barulah kita tahu sesungguhnya dunia ini dipenuhi selimut neraka yang mengerikan.. Dalam dunia akhir zaman ini, masa tidur adalah penting buat mereka yang mengejari dunia.. Solat seolah-olah tiada erti dalam kehidupan mereka. Mereka sanggup langgar syariat solat.. Al~ Quran hanyalah hujah untuk mereka mengizinkan penderhakaan mereka kepada Allah Swt dengan tafsiran sendiri. 

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak-pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.(Al-Hadid, 57:20)

Berapa ramaikah antara kita kufur kepada nikmat yang Allah Swt kurniakan kepada hambaNYA ???  Bermula dalam kehidupan kita sedari kecil kita diberikan nikmat berupa kebebasan bermanja bermain dan tidur dalam waktu yang panjang, dibelai dan dimanja... Dalam remaja kita pula kita isikan cita-cita dan pengharapan untuk hidup senang tanpa memikirkan akhirat. Akhirat hanyalah kata cinta pada bakal pasangan kita... Tiba saat alam keluarga, kita bina dengan satu semangat yang kuat bagi membahagiakan anak dan isteri dan bermulalah disini apakah jalan yang kita tentukan.. 

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
At-Taghabun, (64: 14-15)

 Bermulah kita mengenali kehidupan dunia berkeluarga. Ada yang mula retak dan putus kekeluargaan apabila pancaroba dugaan KEINDAHAN ''daki dunia'' menjadi idaman, malah ada juga Allah Swt memberikan dugaan @ ujian buat mereka yang Allah SWT rindukan dengan amalan hambaNYA itu. Berbahagialah mereka yang redha akan ujianNYa dan Kembali KepadaNYA..

 Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Ali-Imran, 3:14) 

Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.(Luqman, 31:33)



Dan ada bagi mereka yang diakhir usia mereka amat bahagia dari sudut dunia dan akhirat yang mana mereka bersama melazimi banyak amalan sebelum terpejamnya mata..
Sesungguhnya harta kekayaan.. anak anak suami dan isteri itu adalah KURINAAN ALLAH SWT kepada hambaNYA..

engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.
(Al-Mujaadilah, 58:22)


Bagiku .. satu pengharapan yang amat besar cita-cita untuk hidup bahagia dunia dan akhirat bersama pasanganku ... TETAPI ... aku amat malu pada Allah Swt, kerana aku terlalu banyak memohon dan meminta-minta dari banyak bersyukur kepadaNYA.. 
Ya Allah... aku memohon keampunan atas kekufuran nikmat yang banyak telah Kau kurniakan bagiku.. Sesungguhnya aku menzalimi diriku... maka itu KAU ampunilah daku... tiada lain tuhan selainMU ya ALLAH rabbul izzati.. Segala puji- pujian bagiMU ya ALLAH.. aku berserah dan bertawakal padaMU.. semoga PENGAKHIRAN HIDUP@KEMATIANKU DALAM KETAKWAAN...Aminn ya Allah...

~WALLAHU'ALAM
~Jaksa Kotaraja