Khamis, 30 Mei 2013

FADHILAT SURAH AL-IKHLAS





.. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,..

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menjawab. Dirikanlah solat kerana salam pertama (itu wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang solat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap solat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:

“Barang siapa membaca surah al~Ikhlas 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahawa si fulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka”. Inilah yang dinamakan membaca surah Al~Ikhlas satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. 
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). 
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya. Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya Sayyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran karena itu sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda:
Ketika aku (Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam) israk ke langit, maka aku telah melihat ‘Arasy
di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahuu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nas pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Catatan:
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan-kawan yang lain. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam ‘Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain
~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja

Rabu, 29 Mei 2013

BULAN SYA'BAN.. PERISTIWA KIBLAT DARI BAITULMUQADDIS KE KAABAH..


                  

..Ya Allah, kiranya aku ini tersurat pada sisiMu dalam Loh Mahfuz mendapat kesusahan atau ditegah dari beroleh rahmat atau terhindar jauh lagi sempit mendapat rezeki dariMu, maka dengan segala kebajikan yang ada padaMu, Ya Allah, hapuskanlah kesusahan, tegahan dan kesempitan dari beroleh rezekiku. Dan tetapkanlah aku di sisiMu dalam Lauh Mahfuz sebagai orang yang berbahagia..

Salah satu keutamaan bulan Sya’ban adalah diturunkannya ayat tentang anjuran membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW pada bulan ini, iaitu ayat:“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (QS. Al Ahzab;56)
Dinamakan Sya’ban, kerana pada bulan itu terpancar bercabang-cabang kebaikan yang banyak (yatasya’abu minhu khairun katsir). Menurut pendapat lain, Sya’ban berasal dari kata Syi’ab, yaitu jalan di sebuah gunung atau jalan kebaikan. Dalam bulan ini terdapat banyak kejadian dan peristiwa yang patut memperoleh perhatian dari kalangan kaum muslimin.Pendapat lain pula,

adalah bulan ke-8 dalam  Hijrah. Nama Sya'ban berarti 'pemisahan', disebut demikian kerana orang-orang Arab bersedia dalam pengumpulan/pencarian air dan berpisah pada bulan ini untuk mencari air.


Sha'ban, umat Islam selalunya  memperkatakan tentang peristiwa Isra’ dan Mi’raj Nabi Muhammad SAW. Namun, terdapat suatu lagi peristiwa yang besar dan penting kepada kita semua di mana riwayat Sahih al-Bukhari secara tidak langsung mengisyaratkan bahawa ia berlaku sama ada pada pertengahan bulan Rejab atau pun Shaaban, kira-kira 16 atau 17 bulan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW; sejurus sebelum berlakunya Peperangan Badar al-Kubra pada tahun kedua Hijrah itu. Peristiwa yang dimaksudkan itu adalah perpindahan Qiblat daripada Baitul Maqdis ke Masjidil Haram di Makkah.
Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada al-Barraa’, beliau berkata:
“Apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah, Baginda bersolat di dalam keadaan mengadap ke arah Baitul Maqdis selama 16 atau 17 bulan. Akan tetapi Baginda SAW amat suka seandainya Baginda berpeluang untuk bersolat mengadap ke arah Kaabah.Kisah ini disebut dalam Al~Quran dalam surah Al Baqarah 142-147.... Lalu Allah SWT menurunkan ayat “Kami sering melihat kamu mendongak-dongakkan wajahmu ke langit”...[surah al-Baqarah ayat 144]. Maka berkata-katalah orang-orang yang bodoh dari kalangan manusia dan mereka itu adalah Yahudi, “Apakah yang telah memalingkan orang-orang Islam itu daripada qiblat mereka sebelum ini?” Lalu Allah SWT menjawab dengan menyatakan “Bagi Allah itulah timur dan barat”.


Ketika di Makkah, sebelum berlakunya peristiwa Hijrah, Rasulullah SAW bersolat di bahagian selatan Kaabah supaya Baginda SAW mengadap Baitul Maqdis sebagai perintah Allah, dan dalam masa yang sama Baginda SAW mengadap Kaabah, Qiblat Nabi Ibrahim A.S yang dikasihinya. Apabila Baginda SAW dan umat Islam berhijrah ke Madinah, Allah memerintahkan supaya solat dilakukan secara mengadap ke Baitul Maqdis. Tujuannya adalah supaya dengan ibadah yang dilakukan seumpama ini, ia akan membolehkan Nabi SAW melembutkan hati orang-orang Yahudi di Madinah untuk menerima Islam. Ia juga sebagai isyarat bahawa Syariat yang dibawa oleh Baginda SAW adalah sama dengan risalah yang diseru oleh Nabi-nabi Bani Israel seperti Musa dan Isa Alayhima as-Salaam.
Akan tetapi sifat mulia yang ditunjukkan oleh Baginda dan umat Islam itu, tidak langsung menggerakkan hati orang-orang Yahudi untuk menerima Islam, bahkan mereka mengejek-ngejek Baginda SAW. Kata mereka “Muhammad itu menentang agama kita, tetapi dalam masa yang sama mengadap Qiblat kita pula. Kalaulah agama kita tidak ada, nescaya Muhammad itu tidak tahu ke arah Qiblat mana dia mahu bersolat!”Kata-kata seumpama ini amat melukakan hati Nabi SAW. Sehingga diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “aku amat suka jika Allah SWT menghindarkan aku daripada Qiblat Yahudi itu (Baitul Maqdis)”.

maka dengan itu maka turunlah ayat ini...dari surah al~baqarah bermaksud...
“Dan Kami sering melihat kamu mendongak-dongakkan kepalamu ke langit. Maka (pada hari ini) Kami tukarkan bagi kamu ke arah Qiblat yang kamu suka. Oleh yang demikian, hadapkanlah wajahmu ke Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada maka hendaklah kamu mengadap ke arahnya. Sedangkan mereka yang telah diberikan al-Kitab (Yahudi) itu benar-benar tahu bahawa hal ini adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Dan tidaklah Allah SWT alpa terhadap apa yang mereka lakukan. {144} Dan sekiranya kamu datangkan segala bukti kepada mereka yang telah diberikan al-Kitab kepadanya (Yahudi), tidaklah mereka itu mengikut Qiblat kamu. Dan kamu juga tidak akan sekali-kali mengikut Qiblat mereka. Bahkan mereka sesama mereka juga tidak mengikut Qiblat antara satu dengan yang lain. Dan sekiranya kamu mengikut hawa nafsu mereka selepas datangnya kepada kamu pengetahuan, maka sesungguhnya kamu adalah dari golongan yang zalim. {145} Mereka yang Kami berikan al-Kitab itu (Yahudi dan Nasrani), mereka mengenalinya (Muhammad) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka. Akan tetapi sebahagian daripada mereka itu senantiasa menyembunyikan kebenaran sedangkan mereka mengetahui. {146}Kebenaran itu adalah datangnya dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali kamu tergolong dari kalangan orang yang zalim. {147}”

DOA NISFU SYA'BAN 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن.
اَللّهُمَّ يَاذَاالْمَنِّ وَلاَيُمَنُّ عَلَيْهِ يَاذَاالْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ يَاذَاالطَّوْلِ وَالإِنْعَامِ لآ إِلهِ إِلاَّ أَنْتَ ظَهْرَ اللاَّجِيْنَ وَجَارَ الْمُسْتَجِيْرِيْنَ وَأَمَانَ الْخَائِفِيْنَ.
اَللّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْتَنِي عِنْدَكَ فِي أُمِّ الْكِتَابِ شَقِيًّا أَوْ مَحْرُوْمًا أَوْ مَطْرُوْدًا أَوْ مُقْتَرًّا عَلَىَّ فِي الرِّزْقِ فَامْحُ اَللّهُمَّ بِفَضْلِكَ شَقَاوَتِي وَحِرْمَانِيْ وَطَرْدِيْ وَاقْتَارَ رِزْقِي وَأَثْبِتِْنيْ عِنْدَكَ فِي أُمِّ الْكِتَابِ سَعِيْدًا مَرْزُوْقًا مُوَفَّقًا لِلْخَيْرَاتِ فَإِنَّكَ قُلْتَ وَقَوْلُكَ الْحَقُّ فِي كِتَاِبكَ  الْمُنْزَلِ عَلَى لِسَانِ نَبِيِّكَ الْمُرْسَلِ يَمْحُواللهُ مَايَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ  الْكِتَابِ.   
إِلهِي بِالتَّجَلِّي الأَعْظَمِ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَهْرِ شَعْبَانَ الْمُكَرَّمِ الَّتِي يُفْرَقُ فِيْهَا كُلُّ أَمْرٍ حَكِيْمٍ وَيُبْرَمُ أَنْ تَكْشِفَ عَنَّا مِنَ الْبَلاَءِ مَانَعْلَمُ وَمَا لاَنَعْلَمُ وَمَا أَنْتَ بِهِ أَعْلَمُ إِنَّكَ أَنْتَ الأَعَزُّ الأَكْرَمُ .
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Ertinya:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, semulia-mulia nabi dan rasul dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya .
Ya Allah, wahai yang empunya kurniaan dan tiada siapa mengurniakan kepadaNya, wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan, wahai Yang Empunya segala kemurahan dan pemberian, tiada Tuhan melainkan Engkau tempat sandaran hamba-hambaMu yang memohon perlindungan, Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan, Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan.
Ya Allah, kiranya aku ini tersurat pada sisiMu dalam Lauh Mahfuzh mendapat kesusahan atau ditegah dari beroleh rahmat atau terhindar jauh lagi sempit mendapat rezeki dariMu, maka dengan segala kebajikan yang ada padaMu, Ya Allah, hapuskanlah kesusahan, tegahan dan kesempitan dari beroleh rezekiku. Dan tetapkanlah aku di sisiMu dalam Lauh Mahfuzh sebagai orang yang berbahagia, sentiasa beroleh rezeki, memperoleh pelbagai kurnia dan kebajikan. Sesungguhnya Engkau Ya Tuhan telah berfirman dalam kitab (al-Quran) yang diturunkan melalui lisan NabiMu yang diutus firmannya: يَمْحُوا اللَّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الْكِتَابِ tafsirnya: Allah menghapuskan dan menetapkan apa jua yang dikehendakiNya dan di sisiNya ada Ummul Kitab (Lauh Mahfuzh).
Ya Allah, dengan limpah kemurahanMu pada malam nishf Syaban yang mulia, pada malam dinyatakan segala perkara yang dikehendaki Allah, ditetapkan dan diputuskan, mohon ya Allah lepaskan kami dari segala bala yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui dan apa yang Engkau lebih ketahui. Sesungguhnya Engkau jua Yang Maha Kuasa lagi Maha Mulia.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta kepada ahli keluarga dan para sahabat baginda. Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan Pentadbir sekalian alam.


~Wallahu'alam
~jaksa Kotaraja

AJARILAH ANAK ANDA BERSEMBAHYANG


Penulisan ini adalah buat semua pembaca serta pelayar jaringan supaya kita sentiasa dalam ingat mengingati..berapa lemahnya kita dalam urus mentadbir hal ehwal keluarga..masih ramai antaraa kita yang LALAI terhadap amanah kita pada keluarga,anak kepada ibubapa,isteri kepada suami,suami terhadap ALLAH SWT..
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, PELIHARALAH DIRI KAMU DAN AHLI KELUARGA KAMU dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu.." (Surah At Tahrim: 6)....

Ibubapa (terutamanya bapa) tidak mempunyai ruang UNTUK MENGELAK dari tanggungjawab ini... Satu tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah sendiri... Sekiranya tidak mampu melakukannya, ibubapa wajib mencarikan orang yang boleh mengajar anak-anak mengenal Allah....

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.’anhuma, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “PERINTAHLAH ANAK-ANAK KAMU SUPAYA MENDIRIKAN SEMBAHYANG KETIKA BERUSIA TUJUH TAHUN, DAN PUKULLAH MEREKA KERANA MENINGGALKAN SEMBAHYANG, KETIKA BERUMUR SEPULUH TAHUN.., DAN ASINGKANLAH TEMPAT TIDUR DI ANTARA MEREKA (LELAKI DAN PEREMPUAN)..”.. (HR Abu Daud)…

PUKUL ITU PULA BUKANLAH UNTUK MENYEKSA, atau mendera… bukan pukul dengan rasa geram… cukup sekadar untuk menggerunkan... Janganlah dipukul bahagian muka, kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang...

Anak-anak lebih memerhati ibubapanya daripada mendengar cakap ibubapanya... Sebab itu ibubapa kena praktikkan apa yang disuruh kepada anak-anaknya.... Untuk mengajak anak-anak bersolat, bentanglah sejadah dan JADILAH IMAM KEPADA ISTERI DAN ANAK-ANAK... Anak-anak tidak kisahpun kalau suara ayahnya tidak merdu... Ibubapa yang 'CAKAP SERUPA BIKIN' lama-lama akan dihormati oleh anak-anak...

Asuhlah anak-anak kita seperti kata pepatah “MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA” supaya akhlak anak jadi baik DAN BERTERASKAN AGAMA ISLAM YANG MAHA SUCI…Apa juapun kita wajib berikhtiar dan berserah kepada  Allah SWT agar kita diberi kekuatan untuk menempuhi segala ujianNYA.



Selasa, 28 Mei 2013

RAHMAT KALIMAH LA ILA HAILLALLAH.....

                                       
“Sesungguhnya Allah mengharamkan api neraka terhadap orang yang mengucapkan Laa Ilaaha Illallaah kerana mengharapkan ridha Allah.” 
Diriwayatkan bahwa seorang wanita tua memasak dengan menggunakan kayu bakar, dan ketika itu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melalui wanita tersebut, lantas wanita itu memanggil Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam : “ Wahai Rasulullah !”, kemudian beliau shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab : “Labbaik wasa’daik (Aku datang)”, lalu wanita tersebut berkata : “Wahai Rasulullah, apakah Allah subhanahu wata’ala akan melemparkan seseorang yang mengucapkan “Laa ilaaha Illallah” ke dalam api neraka, seperti kayu yang dilemparkan ke tempat pembakaran ini?”, mendengar hal tersebut Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengalirkan air mata dan berkata :

إِنََّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَى النَّارِ مَنْ قَالَ: لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ يَبْتَغِي بِذَلِكَ وَجْهَ اللَّهِ
“Sesungguhnya Allah mengharamkan api neraka terhadap orang yang mengucapkan Laa Ilaaha Illallaah kerana mengharapkan ridha Allah.” 
Demikian rahasia kelembutan dan kasih sayang Allah subhanahu wata’ala. Dan Allah tidak akan menolak cinta siapapun dari hamba-hambaNya, maka limpahkanlah cinta kita kepada Yang paling berhak untuk dicintai dan tidak akan pernah berkhianat seperti makhluk, yang mana segala kejadian berada dalam kehendakNya, maka panggil dan ingatlah selalu nama Yang Maha Luhur, dimana satu kali menyebut namaNya maka hal itu lebih mulia dari alam semesta, dan telah berfirman di dalam hadits qudsi :

أَنَا مَعَ عَبْدِى حَيْثُمَا ذَكَرَنِى، وَتَحَرَّكَتْ بِى شَفَتَاه
“ Aku bersama hamba-Ku ketika ia mengingat-Ku dan bergetar bibirnya (menyebut nama-Ku)”

Ketika seseorang mengingat dan menyebut nama Allah, maka kebersamaan Rahmat Allah subhanahu wata’ala yang menyertainya akan mencabut kesulitan-kesulitan di masa mendatang dalam kehidupannya di dunia dan akhirat, dan membukakan untuknya segala pintu kemudahan dalam kehidupan di dunia dan akhirat dan menjadikannya sentiasa semakin mendekat kepada Allah subhanahu wata’ala, menjadikannya semakin cinta dan senang untuk menyebut namaNya dan mengingatNya, dan menjadikannya tenang dalam beribadah kepadaNya tanpa terganggu oleh permasalahan dunia. Maka bukalah segala pintu-pintu kedermawananMu untuk kami Ya Allah…


Maka marilah kita sering basahi bibirkita dengan menyebut ''Zikrulluh''...semoga ''masa'' tidak akan mempersoalkan tentang apakah masa yang digunakan ketika kita hidup didunia...insya allah

~WALLAHULLAM...
~Jaksa kotaraja

Isnin, 27 Mei 2013

BACALAH AL QURAN WALAUPUN DENGAN TERGAGAP-GAGAP


                          

Sabda Rasulullah SAW: "ORANG-ORANG YANG MAHIR MEMBACA AL-QURAN adalah orang-orang yang sentiasa DITEMANI OLEH MALAIKAT yang mulia lagi berbakti." (HR Bukhari/Muslim).... Hadis ini bermaksud bahawa orang-orang yang mahir membaca Al-Quran sentiasa ditemani para malaikat dan dicintai mereka.... Oleh yang demikian, untuk kita berdamping dengan para malaikat ialah dengan MEMAHIRKAN DIRI MEMBACA QURAN serta memahami kandungannya....


TAPI BAGAIMANA PULA DENGAN ORANG YANG TIDAK MAHIR MEMBACA AL-QURAN? USIA sudah LANJUT BARU ADA KESEDARAN UNTUK MEMBACA DAN MEMAHAMI AL-QURAN?.... Berkenaan orang-orang ini, Aisyah r.anha berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: "Orang yang mahir membaca Al Quran, akan berkumpul malaikat-malaikat yang mulia taat.. sedang ORANG YANG TERGAGAP-GAGAP DAN BERAT JIKA MEMBACA AL QURAN, MENDAPAT PAHALA DUA KALI GANDA..”... (HR Bukhari, Muslim)....
YAKNI... orang yang membaca al-Quran, tetapi sulit atau PAYAH, hingga TERGAGAP-GAGAP, merangkak-rangkak, DIA MENDAPAT DUA PAHALA.... Yang pertama, dia mendapat pahala kerana membaca Al-Quran.... Dan yang keduanya ialah kerana walaupun sukar, tapi dia tetap mencubanya....

BAGAIMANA DENGAN ORANG YANG TIDAK MEMBACA AL QURAN? Ibnu Abbas r.a. berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: "SESUNGGUHNYA seorang yang di dalam dadanya tiada Al Quran, MAKA IA BAGAIKAN RUMAH YANG KOSONG (USANG)..”.. (HR At-Tirmidzi)..... Tentu sekali rumah sebegini tidak bernilai langsung bagi sesiapapun, apatah lagi bagi Allah SWT sebagai pemilik seluruh alam..... Inilah sebesar-besar kerugian bagi orang yang langsung tidak membaca dan mengamalkan Al-Quran.....

JADIKANLAH MEMBACA AL QURAN IBADAH HARIAN KITA... JANGAN BERLALU SATU HARI, TANPA KITA MEMBACA AL QURAN.... kerana ia adalah ibadah yang tidak ada tolok bandingnya, selain kitab yang memberi petunjuk ke jalan yang benar dan diredhai Allah SWT....

ANTARA PETIKAN SURAH AL~AHZAB MENGENAI ISTERI-ISTERI NABI / UMAT MANUSIA LELAKI / PEREMPUAN / MUNAKAHAT

...orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang... 

28]Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: “Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut’ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.[29]“Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu: pahala yang besar”.[30]Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.[31]Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda, dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia.

[32]
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).[33]Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).[34]Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.

[35]Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.[36]Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.

[37]Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: “Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah”, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.

[38]Tidaklah ada sebarang keberatan yang ditanggung oleh Nabi dalam melaksanakan perkara yang telah ditetapkan Allah baginya. (Yang demikian itu) adalah menurut peraturan Allah yang tetap, yang berlaku juga kepada Nabi-nabi yang telah lalu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu adalah satu ketetapan yang ditentukan berlakunya.

[39](Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi Penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka).[40]Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.[41]Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;

[42]Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.[43]Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu – dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) – untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat).[44]Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucapan “Salam” (selamat sejahtera); dan Ia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan yang mulia.[45]Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).
[46]Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah dengan taufiq yang diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi.[47]Dan (dengan itu) sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh limpah kurnia yang besar dari Allah.[48]Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu).

Sabtu, 25 Mei 2013

MALAIKAT JUGA MENDOAKAN KITA DALAM BEBERAPA SITUASI.

Dalam islam,kita dianjurkan agar sering berdoa jika kita mempunyai hajat,kehendak atau meninginkan sesuatu yang diidamkan.Maka Allah SWT jualah sebaik-baik tempat mengadu bukannya mengadu keluh resah di facebook atau mengadu pada rakan taulan..

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

PEMIMPIN YANG ZALIM ,PEMBAWA AZAB..dari il'ya ulumuddin al imam ghazali..SILA BACA

.."Jangan menerima apa-apa pemberian dari golongan pembesar, meski kamu tahu pemberian itu berpunca dari yang halalSebab, sikap tamak mereka akan merosakkan agama. Pemberian itu akan menimbulkan rasa simpati (jika diterima). Lalu kamu akan mula menjaga kepentingannya mereka dan berdiam diri atas kezaliman yang mereka lakukan. Dan itu semua telah merosakkan agama. "..

Syaikul Islam Imam al Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim. 
"Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Dan sekiranya kamu terpaksa bertemu, jangan memuji-muji mereka, kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah didurhakai di muka bumi. "Tidak hanya tentang pertemuan, bahkan Imam al Ghazali mengeluarkan larangan menerima pemberian dari penguasa yang zalim. 
"Jangan menerima apa-apa pemberian dari golongan pembesar, meski kamu tahu pemberian itu berpunca dari yang halal. Sebab, sikap tamak mereka akan merosakkan agama. Pemberian itu akan menimbulkan rasa simpati (jika diterima). Lalu kamu akan mula menjaga kepentingannya mereka dan berdiam diri atas kezaliman yang mereka lakukan. Dan itu semua telah merosakkan agama. "

Peringatan susulan juga diungkapkan. Sekecil-kecilnya mudharat ketika seseorang menerima hadiah dari penguasa adalah, akan muncul rasa saya terhadap mereka. "Seterusnya kami akan mendoakan mereka kekal dan lama di atas kedudukannya. Mengharapkan orang yang zalim lama berkuasa sama seperti mengharapkan kezaliman berpanjangan atas hamba-hamba Allah dan alam akan musnah binasa. "
Jika sudah demikian, Imam al Ghazali mengajukan soalan yang luar biasa menyeramkan. "Apalagi yang lebih buruk dibanding dengan kerosakan agama?"

Setiap penguasa, selalu mempunyai kemungkinan untuk berbuat zalim, kecuali penguasa yang beriman kepada Allah, berteman dan dikeliling orang-orang yang beriman pula. Mereka saling mengingatkan dan memberi nasihat, hanya demi kebaikan, dan bukan untuk kepentingan.

Tapi ketika seorang penguasa dikelilingi orang-orang yang busuk dan jahat, maka kezaliman hanya tinggal menunggu masa untuk dirasakan. Dan ketika semua itu terjadi, kerosakan akan bermaharajalela, kehancuran di depan mata, menggelincirkan manusia dari jalan kebenaran dan menjadikan kesesatan sebagai panutan. Kerana itu, pemimpin yang zalim masuk menjadi salah satu golongan yang paling dibenci oleh Allah SWT.

Rasulullah bersabda, "Ada empat golongan yang paling Allah benci. Peniaga yang banyak bersumpah, orang fakir yang sombong, orang tua yang berzina, dan seorang pemimpin (penguasa) yang zalim." (HR. An-Nasai)

Bahkan, Rasulullah memberikan penegasan sanksi atas para pemimpin yang zalim. Dalam Shahih Bukhari Muslim disebutkan, Rasulullah bersabda, "Tidaklah ada seseorang hamba yang Allah beri kepercayaan untuk memimpin, kemudian pada saat matinya dia berada dalam (keadaan) melakukan penipuan terhadap rakyatnya, kecuali akan diharamkan atasnya untuk masuk syurga."
Alangkah ruginya para pemimpin seperti ini. Dan alangkah malangnya umat dan rakyat yang mendapat pemimpin seperti ini. Ketika seorang pemimpin zalim berkuasa, maka yang bertanggung jawab bukan hanya para pelaku kekuasaan; raja, maharaja, presiden,perdana menteri,menteri,exco bahkan gabenur dan ketua kampung serta waima selagi dilantikatau diamanahkan oleh orangramai untuk mengetuai sesebuah pertubuhan/orgaanisasi. Umat ​​dan rakyat pun akan bertanggung jawab memikul beban penguasa yang zalim.

Ibnu Taimiyyah dalam karyanya Siyasah Syari'iyah mengutip sebuah hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. "Barangsiapa yang mengangkat seseorang (pemimpin) untuk mengurusi perkara kaum Muslimin sementara dia mendapati ada seseorang yang lebih layak daripada orang yang diangkatnya, maka dia telah berkhianat pada Allah SWT dan Rasul-Nya."

Dalam hadis lain yang diriwayatkan dari sahabat Jabir ra, Rasulullah juga menegaskan bahawa mereka yeng memilih pemimpin dengan pamrih duniawi maka Allah tidak akan menyapa orang-orang seperti ini di akhirat nanti.

"Ada tiga orang yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat, tidak dilihat dan tidak akan disucikan, dan bagi mereka azab yang pedih. Mereka adalah; 

1) Orang yang mempunyai kelebihan air di padang pasir namun tidak mau memberikannya kepada orang yang berada di tengah perjalanan
2) Orang yang menawarkan barang dagangan kepada orang lain setelah Ashar, lalu ia bersumpah dengan nama Allah bahawa ia telah membelinya sekian dan sekian sehingga lawannya mempercayainya, padahal sebenarnya tidaklah demikian
3) Orang yang mengikrarkan kepatuhannya kecuali untuk kepentingan dunia (harta), bila sang pemimpin memberinya ia akan patuh dan bila tidak memberinya ia tidak akan mematuhinya. "

Jauh-jauh hari, sesungguhnya Allah telah melakukan perlindungan agar kita tidak mempunyai kecenderungan hati pada orang-orang yang zalim. Sebab, kecenderungan itu akan mengantarkan kita pada azab yang pedih.
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan." (QS Hud [11]: 113)

Sungguh, seorang pemimpin sejatinya adalah sebuah perisai yang melindungi rakyatnya. Seperti sabda Rasulullah, "Sesungguhnya seorang pemimpin itu merupakan perisai, rakyat akan berperang di belakang serta berlindung dengannya. Bila ia memerintah untuk takwa kepada Allah azza wa jalla serta bertindak adil, maka ia akan memperoleh pahala. Namun bila ia memerintah dengan selainnya, maka ia akan mendapatkan akibatnya. "

(HR Muslim)

Pemimpin dan yang dipimpin adalah mata rantai yang tidak boleh dipisahkan. Pemimpin lahir dari dan terpilih oleh orang-orang yang akan dipimpin. Ketika seorang pemimpin bersalah, maka bersalah pula mereka yang memilihnya. Ketika seorang pemimpin berbuat zalim, maka mereka yang memilih juga akan menanggung akibatnya.

Sesuungguhnya bukan pekerjaan ringan untuk menjaga dan menghalang-halangi para pemimpin agar tidak berbuat zalim. Orang-orang yang dipimpin harus menjaga para pemimpin dengan cara memastikan bahawa ketua negara melakukan kewajiban-kewajiban besarnya. Kewajiban pemimpin negara adalah menegakkan keadilan, memberantas kezaliman, melaksanakan undang-undang syariat, dan bahkan kewajiban pemimpin itu untuk tidak melakukan maksiat.

Umar bin Khattab ra lebih tegas lagi mengatakan, tugas seorang pemimpin adalah menjaga agama. "Pemimpin di angkat untuk menegakkan agama Allah," kata Umar bin Khattab.

Jika kita mampu menjaga para pemimpin yang terpilih, menjadi para pemimpin yang menegakkan agama Allah, menjaga akidah umatnya, memberantas kezaliman dan melaksanakan syariat, sungguh negeri ini ibarat potongan syurga di dunia. Apalagi Rasulullah bersabda bahawa menasihati para pemimpin untuk taat pada Allah, adalah salah satu perilaku yang mengundang redhaNya. "Sesungguhnya Allah redha terhadap tiga perkara dan membenci tiga perkara. 

Dia rela apabila kalian menyembah-Nya.
Berpegang tegug pada tali-Nya dan menasihati para pemimpin.  
Allah membenci pembicaraan sia-sia, menghambur-hamburkan harta dan banyak bertanya. "
Ada beberapa perkara yang membuat pemimpin tergelincir pada perilaku zalim. Yang paling berbahaya adalah, ketika seorang pemimpin menuruti hawa nafsu dan mengejar kesenangan dunia. Kemudian, korupsi dan nepotisme yang tidak sesuai dengan peraturan kebenaran. Para penasihat yang buruk dan teman yang jahil, juga mampu menggelincirkan para pemimpin. Jika orang-orang yang lemah dan kaum kuffar dijadikan sebagai pembantu, kehancuran tinggal menunggu waktu. Rela dan mudah terpengaruh pada tekanan antarabangsa, juga menjadi penyebab pemimpin berlaku zalim.

Tugas umat, belum lagi selesai. Setelah terpilih, para pemimpin harus terjaga. Jika tidak, kita juga yang akan merasakan azab dan akibatnya. Sebab, keadilan seorang pemimpin adalah penawar dahaga bagi umatnya dan lebih utama dari ibadah ritual yang dilakukannya. "Keadilan seorang pemimpin walaupun sesaat jauh lebih baik daripada tujuh puluh tahun," demikian sabda Rasulullah. (HR Thabrani)

Tapi jika yang terjadi justeru sebaliknya, maka sungguh keadaan yang akan menimpa."Yang aku takuti pada umatku adalah pemimpin-pemimpin yang menyesatkan," sabda Rasulullah. (HR Dawud.
Jika pemimpin-pemimpin sesat telah memimpin, maka manusia akan berada pada penyelasan yang tiada tara seperti yang digambarkan Allah dalam firman-Nya. "Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikan dalam neraka, mereka berkata:" Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul. " (QS al Ahzab [33]: 66)

Dari pesanan Jaksa kotaraja...ketika kita telahsampai pada tahap itu, penyesalan paling besar pun tidak akan bermakna. Semoga kita adalah umat yang terbaik, dengan pemimpin-pemimpin yang soleh dan muslih. Bukan sebaliknya, umat yang dipimpin para penguasa yang zalim dan bathil. 
Semoga pemimpin kita tidak seperti pepatah, tongkat yang membawa rebah!
Semoga pemimpin kita tidak musang berbulukan ayam!
Semoga pemimpin kita tidak  haruan makan anak !


Jumaat, 24 Mei 2013

SEJARAH ISLAM DALAM PENCIPTAAN KAMERA GAMBAR..”Bagaimana para perekacipta Muslim mengubah dunia.”

 ...prinsip-prinsip dasar pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim sekitar 1000 tahun lalu. Peletak prinsip kerja kamera itu adalah seorang saintis legenda Muslim bernama Ibnu al-Haitham. Pada akhir abad ke-10 M, al-Haitham berjaya menemui sebuah ..... 

Benarkah Pencipta Kamera Adalah Orang Islam? (Menarik!) | Pada zaman sekarang, sebut sahaja kamera, sudah tentu kita akan terbayang tentang kamera jenis DSLR. Inilah yang menjadi kegilaan masyarakat sekarang. Biarpun harganya mencecah ribuan ringgit, ada yang sanggup mengikat perut semata-mata untuk memenuhi impian hobinya. Persoalannya, siapakah sebenarnya yang mencipta kamera ini? Adakah benar pencipta kamera ini sebenarnya adalah orang Islam? 


Akhbar terkemuka di UK, The Independent pada edisi 11 Mac 2006 pernah menyiarkan sebuah artikel yang sangat menarik bertajuk ”Bagaimana para perekacipta Muslim mengubah dunia.” Akhbar tersebut menyenaraikan sekitar 20 penemuan penting yang mampu mengubah peradaban umat manusia, salah satunya adalah penciptaan kamera obscura.



Kamera merupakan salah satu penemuan penting yang dicapai umat manusia.Melalui bidikan kamera, manusia dapat merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar mulai dari sel manusia hingga galaksi di luar angkasa. Teknologi pembuatan kamera, kini dikuasai peradaban Barat serta Jepun. Sehingga, ramai antara kita meyakini kamera berasal dari peradaban Barat.

Jauh sebelum masyarakat Barat menemukannya, prinsip-prinsip dasar pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim sekitar 1000 tahun lalu. Peletak prinsip kerja kamera itu adalah seorang saintis legenda Muslim bernama Ibnu al-Haitham. Pada akhir abad ke-10 M, al-Haitham berjaya menemui sebuah kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang paling monumental. Penemuan itu dilakukan al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Kedua-duanya berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera obscura. Penemuan itu berawal ketika kedua mereka mempelajari gerhana matahari.

Untuk mempelajari fenomena gerhana, Al-Haitham membuat lubang kecil pada dinding yang memungkinkan citra matahari semi-nyata ditumpukan melalui permukaan datar.



Kajian ilmu optik berupa kamera obscura itulah yang mendasari fungsi kamera yang ketika ini digunakan umat manusia. Mengikut kamus Webster, fenomena ini secara ''harfiah'' diertikan sebagai ”ruang gelap”.Biasanya bentuknya berupa kertas kardus dengan lubang kecil untuk masuknya cahaya. Teori yang dipecahkan Al-Haitham itu telah mengilhami penemuan filem yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton.

“Kamera obscura pertama kali dibuat ilmuwan Muslim, Abu Ali Al-Hasan Ibnu al-Haitham, yang lahir di Basra (965-1039 M),” ungkap Nicholas J Wade dan Stanley Finger dalam karyanya berjudul The eye as an optical instrument: from camera obscura to Helmholtz’s perspective.

Dunia mengenal al-Haitham sebagai perintis di bidang optik yang terkenal melalui bukunya bertajuk Kitab al-Manazir (Buku optik). Untuk membuktikan teori-teori dalam bukunya itu, beliau menyusun Al-Bayt Al-Muzlim atau lebih dikenali dengan sebutan kamera obscura, atau kamar gelap.



Bradley Steffens dalam karyanya berjudul Ibn al-Haytham: First Scientist mengungkapkan bahawa Kitab al-Manazir merupakan buku pertama yang menjelaskan prinsip kerja kamera obscura. “Dia merupakan ilmuwan pertama yang berjaya menumpukan seluruh gambar dari luar rumah ke dalam gambar dengan kamera obscura,” papar Bradley.



Istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham kemudiannya diperkenalkan di Barat sekitar abad ke-16 Masihi, iaitu sekitar 5 abad setelah penemuan kamera obscura, Cardano Geronimo (1501 -1576), yang terpengaruh pemikiran al-Haitham mulai mengganti lubang bidik lensa dengan lensa (camera).

Setelah itu, penggunaan lensa pada kamera obscura juga dilakukan Giovanni Batista della Porta (1535-1615 M). Ada pula yang menyebutkan bahawa istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham pertama kali diperkenalkan di Barat oleh Joseph Kepler (1571 – 1630 M). Kepler meningkatkan fungsi kamera itu dengan menggunakan lensa negatif di belakang lensa positif, sehingga dapat memperbesar gambar (prinsip digunakan dalam dunia lensa foto jarak jauh modern).


Setelah itu, Robert Boyle (1627-1691 M), mulai menyusun kamera yang berbentuk kecil, tanpa kabel, jenisnya kotak kamera obscura pada 1665 M. Setelah 900 tahun dari penemuan al-Haitham pelat-pelat foto pertama kali digunakan secara kekal untuk menangkap gambar yang dihasilkan oleh kamera obscura. Foto kekal pertama diambil oleh Joseph Nicephore Niepce di Perancis pada 1827.



Tahun 1855, Roger Fenton menggunakan plat kaca negatif untuk mengambil gambar dari tentera Inggeris ketika Perang Crimean. Dia mengembangkan plat-plat dalam perjalanan kamar gelapnya . Tahun 1888,George Eastman mengembangkan prinsip kerja kamera obscura ciptaan al-Hitham dengan baik sekali. Eastman menciptakan kamera kodak. Sejak itulah, kamera terus berubah mengikuti perkembangan teknologi.



Peradaban dunia modern tentu sangat terhutang budi kepada ahli fizik Muslim yang lahir di Kota Basrah, Iraq. Al-Haitham selama hidupnya telah menulis lebih dari 200 karya ilmiah. Semua didedikasikannya untuk kemajuan peradaban manusia.
wallahu'alam...

Selasa, 21 Mei 2013

Jauhi 10 Sifat Orang Islam Yang Zalim


..dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu. Seorang mukmin yang membiarkan jiran tetangganya kelaparan sedangkan dia kenyang dan dia mengetahui keadaan tersebut maka perbuatan tersebuat adalah tercela dan dilarang dalam agama..
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.Seorang ulama dan ahli sufi yang terkenal bernama Sufwan Atsauri mengatakan terdapat 10 sifat orang Islam yang zalim (tidak melaksanakan hak sebagai seorang muslim).

Sifat-sifat tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : 

Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan orang-orang mukmin .Seorang muslim apabila berdoa hendaklah dia berdoa untuk dirinya sendiri dan juga untuk anak-anaknya, isterinya dan kaum muslimin dan muslimat.
Imam Bukhari meriwayatkan dalam sahihnya (no.1982), bahwa Rasulullah SAW pernah mendoakan kebaikan dunia dan akhirat untuk Anas bin Malik, “Ya Allah, karuniakanlah harta dan anak kepadanya dan berkahilah dia.” (Lantaran doa itu, di kemudian hari), Anas bin Malik termasuk orang Anshar yang paling banyak memiliki harta.

Rasulullah SAW, dalam banyak riwayat diceritakan bahwa baginda juga sering berdoa untuk anak-anak baginda dan untuk anak-anak kaum muslimin. Jangan lupa berdoa dan munajat untuk anak dan isteri selepas solat. Doanya: “Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’ayun, wajaalna lill mutaqiina imama.”
Maksudnya: “Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa.”

Kedua : 

Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat. Jadikanlah bacaan al-Quran itu sebagai amalan harian yang tidak ditinggalkan sekurang-kurangnya membaca 100 ayat dan membaca terjemahannya sekali.
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah SAW, ''Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air" Seorang sahabat bertanya, “Bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi SAW. " Banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran."

Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.

Ketiga : 

Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat. Dari Abi Qatadah as-Salmi r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Apabila seseorang daripada kamu masuk ke masjid, hendaklah ia mengerjakan sembahyang (tahyatul masjid) dua rakaat sebelum ia duduk.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Keempat : 

Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur. Adalah menjadi sunnah Rasulullah SAW pergi menziarahi kubur dengan memberi salam dan berdoa kepada ahli kubur.Dalam satu riwayat, ('Aisyah bertanya) "Bagaimana harus aku katakan (doakan) kepada mereka (ahli kubur) wahai Rasulullah?"
Nabi SAW menjawab, "Katakanlah: 'Semoga keselamatan dilimpahkan ke atas ahli kubur, dari kalangan orang mukmin dan muslim. Semoga Allah memberikan rahmat kepada orang telah meninggal dunia terdahulu atau terkemudian. Sesungguhnya, insyaAllah kami akan menyusul bertemu kamu semua." (Hadis Riwayat Muslim, 5/102, Kitab al-Jana'iz, no. 1619)

Disunnahkan (atau dibolehkan) mengangkat tangan ketika mendoakan ahli kubur berdasarkan dari hadis yang sama:

فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ انْحَرَفَ فَانْحَرَفْتُ

Maksud: (Ketika di perkuburan Baqi') Baginda berdiri cukup lama dan kemudian mengangkat kedua tangannya tiga kali. Dan baginda pun kemudiannya terus pulang... (Hadis Riwayat Muslim, 5/102, Kitab al-Jana'iz, no. 1619)

Kelima : 
Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak solat jemaah (solat Jumaat) Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah SAW, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya yang bermaksud :”Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?”
(Hadis Riwayat Muslim)

Keenam : 
Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya. Menunutut ilmu adalah dituntut dalam Islam, apabila berpeluang menuntut ilmu dengan orang alim maka janganlah dipersia-siakan peluang tersebut.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka Allah akan memahamkannya dalam urusan agama'' : (Hadis Riwayat Bukhari no. 71 dan Muslim no. 1037)

Nabi SAW berwasiat kepada Sayyidina Ali k.wj. "Wahai Ali ! Apabila seorang mukmin yang lebih dari empat puluh hari tidak berkumpul duduk dengan ulama maka hatinya menjadi keras dan berani mengerjakan dosa-dosa besar. Kerana sesungguhnya ilmu itu penghidup hati."

Ketujuh : 
Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu. Apabila bertemu seorang muslim dengan muslim yang lain dan mereka saling memberi salam dan menyanyakan nama mereka (bertaaruf) maka dosa-dosa mereka akan dihapuskan oleh Allah SWT. Apabila Rasulullah SAW bertanya Iblis apakah tindakkannya apabila umatnya memberi salam sesama mereka, maka Iblis berkata :"Ya Nabi Allah, akan pecahlah daku apabila umatmu bertemu dijalanan lantas salah seorang daripadanya memberi salam dan yang lain menjawabnya sehingga aku menangis, melolong kesedihan. Kerana keduanya telah mendapat keampunan setelah keduanya berpisah".

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu saya tunjukkan kepada sesuatu jika kamu lakukan kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah salam antara sesama kamu".
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a).

Kelapan : 
Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang. Memenuhi undangan untuk hadir dimajlis jamuan saudara kita adalah wajib melainkan ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan. Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya : "Hak Muslim terhadap Muslim lainnya ada enam". (Baginda) ditanya: "Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah?" Jawab baginda:

1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.
2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.
3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.
4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.
5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.
6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah) nya.

(Hadis Riwayat Muslim)

Kesembilan : 
Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan. Seorang pemuda yang sihat tubuh badan, suka duduk menganggur dan tidak mahu bekerja dan menuntut ilmu adalah perbuatan yang tercela. Nabi SAW bersabda maksudnya ''Menuntut ilmu itu diwajibkan bagi setiap orang Islam"
(Hadis Riwayat Ibnu Majah, al-Baihaqi, Ibnu Abdil Barr dan Ibnu Adi daripada Anas bin Malik)

Kesepuluh : 
Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu. Seorang mukmin yang membiarkan jiran tetangganya kelaparan sedangkan dia kenyang dan dia mengetahui keadaan tersebut maka perbuatan tersebuat adalah tercela dan dilarang dalam agama.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Tidak beriman kepadaku orang yang bermalam dengan kenyang sementara jirannya lapar padahal dia mengetahui hal itu."
(Hadis Riwayat al-Bazzar)


Marilah sama-sama kita tinggalkan 10 amalan yang zalim (amalan yang tidak baik) sebagaimana yang dijelaskan oleh Sufwan Atsauri dengan digantikan dengan amalan soleh dan dikasihi oleh Allah SWT. Semoga kita menjadi hamba Allah yang taat dan patuh kepada-Nya dengan dihiasi akhlak Islam dan sifat-sifat mahmudah.

Isnin, 20 Mei 2013

DAKWAH ALAF BARU...BUKA PINTU HATI..


...pengaruh globalisasi yang sememangnya tidak dapat dihalang. Kesannya, masyarakat di seluruh dunia saling mempengaruhi walaupun tidak pernah mengenal wajah dan bertemu muka. Pengaruh globalisasi membawa bersama-sama kemajuan canggih.. 

PEMBANGUNAN bangsa pada alaf ini menuntut kepada wujudnya permasalahan kehidupan yang antara lainnya berpunca daripada pengaruh globalisasi yang sememangnya tidak dapat dihalang. Kesannya, masyarakat di seluruh dunia saling mempengaruhi walaupun tidak pernah mengenal wajah dan bertemu muka. Pengaruh globalisasi membawa bersama-sama kemajuan canggih teknologi komunikasi dan informasi. Kemajuan ini tentu sekali mewarnai pembangunan yang membawa transformasi positif dan juga negatif dari aspek kehidupan manusia semua bangsa dan negara seperti politik, ekonomi, budaya dan agama.

Tidak terkecuali, ketamadunan manusia membawa bersama kemajuan perubahan yang memberi kesan kepada usaha berdakwah. Dakwah boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk, termasuk mengunakan multimedia Kemajuan teknologi maklumat yang sentiasa bergerak pantas dan berteknologi canggih memerlukan usaha berdakwah yang berlari pantas mengejar kemajuan ini. Penggunaan teknologi sebagai alat berdakwah tidak boleh dihindari, malah amat digalakkan kerana Islam tidak membataskan umatnya untuk menggunakan apa jua media yang boleh memberi kejayaan dalam usaha berdakwah di kalangan umat manusia seluruhnya.

Umat Islam perlu mengambil manfaat daripada kemajuan teknologi dalam menyebarkan dakwahnya. Ini kerana pendakwah Islam perlu menggunakan kaedah yang terkini, sistematik dan teratur bagi tujuan menjalankan usaha dakwahnya. Gerakan dakwah dalam negara ini perlu dilakukan secara tersusun dalam usaha mewujudkan tenaga pendakwah dan pasukan sukarelawan Islam yang benar-benar komited untuk berdakwah dan menyumbang kepada kesejahteraan umat secara menyeluruh.

Gerakan dakwah yang tersusun memerlukan `manhaj' atau kurikulum yang kemas dalam usaha melahirkan bentuk latihan yang teratur, praktikal dan bersesuaian. Jelas sekali, usaha berdakwah kini sudah tidak boleh dilakukan secara sambilan. Keseriusan pendakwah dalam menjalankan kegiatan dakwah, termasuk menggunakan multimedia sangat perlu kerana tanpanya, tidak banyak aktiviti dakwah boleh dilakukan. Keberkesanannya pula hanyalah bersifat minimum,namun ianya boleh menjadi maksimum jika ianya disebar oleh pembaca yang merasakan akan perlunya berdakwah melalui siber. 

Dalam memastikan usaha berdakwah melalui kemajuan teknologi benar-benar berfungsi dan berkesan, beberapa faktor perlu diambil kira. Antara faktor tersebut ialah faktor penguasaan ilmu dalam bidang teknologi oleh pendakwah. Tidak dapat dinafikan, tenaga pendakwah wajar menguasai ilmu dalam bidang ini. Bagaimanapun, masalah yang timbul ialah kurangnya tenaga pendakwah yang mampu ataupun mahir menggunakan teknologi ini

Tidak terkecuali, ketamadunan manusia membawa bersama kemajuan perubahan yang memberi kesan kepada usaha berdakwah. Dakwah boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk, termasuk mengunakan multimedia Kemajuan teknologi maklumat yang sentiasa bergerak pantas dan berteknologi canggih memerlukan usaha berdakwah yang berlari pantas mengejar kemajuan ini. Penggunaan teknologi sebagai alat berdakwah tidak boleh dihindari, malah amat digalakkan kerana Islam tidak membataskan umatnya untuk menggunakan apa jua media yang boleh memberi kejayaan dalam usaha berdakwah di kalangan umat manusia seluruhnya.
Maka marilah kita meenyeru rakan siber kita untuk terus berdakwah dalam berinternet supaya saudara kita tidak lalai dalam segaala hal,terutamanya dalam berinternet.

~wallahu'alam
~jaksa yadim

Ahad, 19 Mei 2013

LELAKI SOLEH UNTUK WANITA YANG INGIN JADI SOLEHAH

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA, yang bermaksud: “Dan diantara ahli kitab ada sekelompok ORANG YANG BERLAKU LURUS.. Mereka MEMBACA AYAT-AYAT ALLAH DI MALAM HARI, sedang MEREKA BERSUJUD (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah).. Mereka BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT, mereka MENGAJAK PADA KEBAIKAN DAN MENCEGAH DARI PERBUATAN MUNGKAR, dan mereka BERSEGERA MENGERJAKAN KEBAIKAN.. Mereka itulah orang-orang yang soleh”. (Ali Imran 133-134)...


Tanda–tanda orang yang soleh adalah:
1] Seseorang SECARA TEKUN DAN SABAR MENUNAIKAN KEWAJIBAN UTAMA, seperti solat 5 waktu, zakat dan puasa Ramadhan... Kemudian dia menjalankan ibadah tambahan, baik berupa solat sunat, puasa sunat, membaca Al Quran, serta bersedekah dijalan kebaikan...

2] Seseorang yang MENJAUHI PERBUATAN DOSA BESAR, seperti membunuh, berzina, sihir, memakan harta riba, menganiaya anak yatim, derhaka kepada orang tua, dan sumpah palsu...

3] Seseorang yang PRIHATIN dengan keadaan sekelilingnya... MELAKUKAN AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNKAR.... Jika dia memiliki ilmu, DIA MEMBERI NASIHAT DENGAN PERKATAAN ATAU MELALUI TULISAN... Singkatnya, hatinya tidak tenteram ketika melihat perintah Allah diabaikan dan larangan Allah dikerjakan...

4] Seorang yang SENTIASA BERSEMANGAT UNTUK MENAMBAH KEBAIKAN, BAIK ILMU, KEIMANAN DAN AMALAN... Dia tidak merasa puas dengan kebaikan yang sudah diperoleh dan tidak merasa jenuh untuk berbuat yang lebih baik. Setiap kali kita bertemu dengannya, dia akan selalu lebih baik dari sebelumnya...

5] Seorang yang KONSISTEN DENGAN solat tahajjud di akhir malam... Dan bacaan serta hafalan Al Quran...

OLEH ITU, KEPADA KAUM WANITA, JIKA ANDA INGIN MENDIRIKAN RUMAH TANGGA, DAN INGIN MENJADI WANITA DAN ISTERI YANG SOLEHAH, CARILAH LELAKI YANG SOLEH... kerana secara teori kita boleh berkahwin dengan siapa saja yang kita sukai... Tetapi ciri – ciri suami yang benar-benar AKAN MEMBIMBING KITA MERAIH TUJUAN KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT ITU, HANYALAH LELAKI SOLEH... 


Seorang lelaki soleh tidak akan membiarkan di dalam rumahnya ada perilaku-perilaku buruk yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT... Jika pernikahan hanya untuk hidup bersama-sama, makan minum bersama, bergembira bersama, berketurunan, serta bersenang-senang bersama, dengan lelaki manapun boleh..
maka renunglah buat kaum ADAM dan HAWA...
~wallahu'alam
~jaksa yadim

Sabtu, 18 Mei 2013

MATLAMAT SERTA TUJUAN SYAITAN ....


Berapa ramaikah yang tahu jenis atau nama syaitan atau iblis ?? sebagai manusia tidak kira agama dan bangsa percaya bahawa iblis /syaitan merupakan mahluk yang sering menganggu serta memperdayakan kehidupan manusia.Syaitan /Iblis sering menjadi bahan hamun/makian manusia apabila dalam keadaan marah atau terganggu fikirannya...
Visi syaitan adalah memperbudak manusia dan Misi syaitan mengkondisikan manusia lupa kepada Alah SWT.

Adapun strategi syaitan untuk mewujudkan visi dan misinya adalah sebab :

1. Waswasah
Waswasah ertinya membisikkan keraguan pada manusia ketika melakukan kebaikan atau amal soleh. Saat kumandang azan subuh dan tubuh kita masih dililit selimut, terlintas dalam pikiran kita, "Nanti lima minit lagi". Ini adalah waswasah. Kenyataannya bukan lima minit tapi satu jam, akhirnya Solat Subuh terlambat bahkan tidak solat.

2. Tazyin
Tazyin ertinya membungkus kemaksiatan dengan kenikmatan. Segala yang berbau maksiat biasanya terlihat indah, Misalnya, mengapa orang yang berkekasih-kasihan lebih mesra daripada suami-isteri? Jalan-jalan saat bercumbuan lebih mendalam daripada setelah menikah. Ini kerana ada unsur tazyin. Berkasih-kasihan/bercumbuan itu maksiat, sementara nikah itu ibadah. Maksiat disulap oleh syaitan sehingga terasa lebih indah, nikmat dan menyeronokankan. Inilah yang disebut strategi tazyin.

3.Tamanni
Tamanni ertinya memperdaya manusia dengan khayalan dan angan-angan. Pernahkan terlintas niat akan Solat Tahjud saat merebahkan badan di tempat tidur? Namun pada jam tiga, tatkala jam loceng berbunyi, kita cepat-cepat mematikannya lalu meneruskan tidur.
Pernahkan kita ingin bertobat? Namun pada saat maksiat ada di depan mata, kita tetap saja melakukannya. Ironismanya ini berlangsung berkali-kali. Inilah yang disebut strategi tamanni.

4. A'dawah
A'dawah ertinya berusaha menanamkan permusuhan. Syaitan berikhtiar menumbuhkan permusuhan di anatara manusia. Biasanya permusuhan berawal dari prasangka buruk. Supaya manusia bermusuhan, syaitan biasanya menumbuhkan prasangka buruk.Kerana itu waspadai kalau kita berprasangka buruk pada orang lain, sesungguhnya kita telah terperangkap strategi syaitan.

5. Takwif
Takwif ertinya menakut-nakuti. Pernahkah merasa takut miskin kerana menginfakkan sebagian harta, takut disebut tok alim kerana datang ke majlis keagamaan? Kalau kita pernah merasakannya, inilah strategi takhwif.

6. Shaddun
Shaddun ertinya berusaha menghalang-halangi manusia menjalankan perintah Allah SWT dengan menggunakan berbagai hambatan. Pernahkah anda merasa malas saat mau melakukan solat, atau mengantuk saat membaca Al Qur'an meskipun sudah cukup tidur? Ini adalah gejala shaddun dari syaitan.

7. Wa'dun
Wa'dun artinya janji palsu. Syaitan berusaha memujuk manusia agar mahu mengikutinya dengan memberikan janji-janji yang menggiurkan. Akhirnya manusia mempercayainya. Misalnya, banyak kes  wanita menyerahkan dirinya pada pasangannya kerana dijanjikan akan dinikahi, namun setelah hamil/bunting pasangannya akan meninggalkannya begitu saja. Dia tidak mahu bertanggung jawab. Inilah contoh wa'dun atau janji palsu dari syaitan.

8. Kaidun
Kaidun ertinya tipu daya. Syaitan berusaha sekuat tenaga memasang sejumlah perangkap agar manusia terjebak. Pernahkah saat diberi tugas, kita berfikir nanti saja mengerjakannya(melengahkan waktu) kerana waktu masih lama? Ternyata setelah dekat waktunya kita mengerjakan asal-asalan dan tergesa-gesa sehingga hasilnya tidak optimal atau ada kemungkinan pada waktu yang ditentukan pekerjaan tidak selesai. Strategi ini disebut kaidun.

9. Nisyan
Nisyan ertinya lupa. Sesungguhnya lupa itu adalah hal yang manusiawi. Lupa memang sesuatu hal yang manusiawi, tetapi syaitan berusaha agar manusia menjadikan lupa sebagai alasan untuk menutupi tanggungjawab. Pernahkan kita lupa menunaikan janji? lupa solat? Kalau sesekali itu boleh disebut manusiawi(masih lalai), tetapi kalau sering dilakukan berarti terjebak strategi nisyan.

Demikian ringkasan tentang strategi syaitan. Semoga kita dapat mencermati dan berusaha agar tidak terjebak strategi syaitan laknatullah (syaitan yang dilaknat Allah).Maka itulah digalakkan kita untuk membaca surah AN NAS (KULL A'UZUBI ROBBINNAS..) bagi mengelakkan gangguan syaitan serta iblis.
~wallahu'alam
jaksa kotaraja

Jumaat, 17 Mei 2013

MANTAPKAN LAGI IMAN KAMI


KEMULIAAN seseorang berkait rapat dengan KESUNGGUHANNYA DALAM MENAMBAH DAN MENINGKATKAN IMAN... Dan perkara yang paling berpotensi untuk menambah dan menguatkan iman adalah MELALUI ‘ILMU’, KEMUDIAN ‘AMAL SOLEH’ DAN ‘ZIKRULLAH’… Maka tiap kali seorang hamba menambah ilmu dan amal solehnya bererti dia sedang memperbaharui imannya……. Inilah yang dimaksud oleh hadis Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya yang bermaksud: “PERBAHARUILAH IMAN KAMU, baginda ditanya: “Bagaimana kami boleh memperbaharui iman kami? Baginda menjawab: “Perbanyaklah mengucapkan kalimat laa Ilaha Illallah.” (Riwayat Ahmad : 8944 dan Al Hakim: 7766)…

MEMPERBAHARUI IMAN SANGAT PENTING BAGI SETIAP MUSLIM, apalagi para pendakwah dan mujahid fisabilillah… Sebabnya ialah kesibukan dengan tugas harian, sering kali didapati kesibukan dalam menjalankan tugas-tugas dakwah, ditambah lagi kesibukan mencari nafkah atau mengurus rumah tangga, para aktivis dakwah dan mujahid tidak sempat untuk MENGURUS HATINYA yang terkadang-kadang melekat padanya warna hitam yang terpalit dosa yang tidak disedarinya….
Oleh itu, Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “SESUNGGUHNYA ORANG MUKMIN APABILA MELAKUKAN SUATU DOSA TERBENTUKLAH BINTIK HITAM DI DALAM HATINYA… Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu... Dan apabila dia terus melakukan dosa bertambahlah bintik hitam pada hatinya sehingga tertutuplah seluruh hatinya
 (Hadis riwayat al-Baihaqi)…., itulah KARAT yang disebut Allah di dalam kitab-Nya: “Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang mereka usahakan telah menutup hati mereka.”(Surah al- Mutaffifin ayat 14)…

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.
(Al-Insaan 76:2)

Kerana keadaan itu tidak mencukupi, m
aka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).
(Al-Insaan 76:3)


Imam al-Ghazali pernah berkata, bahawa HATI (QALBU) ITU IBARAT CERMIN… Ketika seseorang melakukan dosa@maksiat, maka ada SATU TITIK HITAM MENODAI QALBUNYA… Semakin banyak dosa, semakin banyak titik itu menutupi qalbunya… Jika sudah tertutup dengan banyak titik hitam, qalbu yang ibarat cermin itu tidak mampu lagi digunakan untuk bercermin…. dengan demikian, kepekaan spiritual yang biasa dilakukannya, akan lenyap daripada dirinya… Jika sudah seperti itu, jangankan dosa kecil,,.. DOSA BESAR SEKALIPUN TIDAK LAGI DIANGGAP BESAR….
Jangankan meninggalkan hal sunnah, meninggalkan kewajipan pun sudah dianggap perkara biasa…. AKHIRNYA, KEPEKAAN QALBUNYA AKAN HILANG; TIDAK LAGI MAMPU MENGENALI DOSA, APALAGI DOSA YANG DIANGGAP KECIL….

Arahan Baginda s.a.w. untuk memperbaharui iman bertujuan MENGIKAT HATI MANUSIA KEPADA ALLAH, Tuhan Yang Mencipta alam ini.... Kenapa perlu perbaharui iman? ... Ini kerana setiap daripada kita bukan maksum, kita sering melakukan kesalahan dan DOSA, sama ada yang disedari ataupun tidak, dan kita juga tidak mengetahui kemungkinan semasa remaja dahulu, kita pernah bersalahan dengan kedua-dua ibu bapa dan tidak sempat memohon kemaafan daripada mereka...

Suatu hari ketika Rasulullah saw bersama para sahabat, Rasulullah saw telah berkata kepada mereka..
"Jaddidu imanakum "(perbaruilah iman kamu).
Lalu sahabat bertanya bagaimana ya Rasulullah?
Lalu Rasulullah saw bersabda "aksiru min khauli La ila ha illallah"(perbanyakkanlah percakapan kalimah La ila ha illalah).

Iman itu akan luntur sepertimana warna pada pakaian, lalu untuk memelihara dan memperbaharui iman, hendaklah kita memperbanyakkan percakapan yang membesarkan Allah. Lidah dan hati kita jaraknya hanya sejengkal. Apa yang selalu kita perkatakan maka kesannya adalah pada hati kita sendiri.. Semakin banyak kebesaran Allah yang kita cakap, dengar, lihat dan fikir.. maka semakin banyaklah kebesaran Allah masuk ke dalam hati kita.

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih ‘kerja Tuhan’ yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita yakni mengawal perlayaran hidup kita dengan meningkatkan iman & amal dari masa ke semasa.
DAKWAH ILLALLAH!

"Dan seandainya pohon-pohon di bumi dijadikan pena dan lautan menjadi dakwat, ditambahkannya tujuh laut sesudah (kering) nya.. Nescaya tidak akan habis-habis (dituliskan) kalimah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (Lukman:27)