Sabtu, 19 November 2011

KEPADA YANG INGINKAN PELARIS PENIAGAAN....

                                                                                                  Gambar Hiasan...



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
SEMUA ORANG YANG BERNIAGA MAHUKAN PERNIAGAANNYA MAJU dan beroleh keuntungan...Tidak ada orang berniaga yang mahukan kerugian... Adat berniaga mahukan perniagaan yang laris... Oleh itu ramai yang menggunakan pelbagai jenis pelaris perniagaan sebagai salah satu strategi untuk melariskan barang jualan, atau menarik ramai pelanggan... Antara pelaris yang sedia maklum digunakan dalam perniagaan:-

1- Dengan menggunakan tangkal, menggunakan jampi, mentera serapah dan sebagainya..
2- Dengan menggantung ayat2 suci al-Quran
3- Dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan zikir tertentu sebagai amalan
4- Menggunakan pelaris fizikal seperti kedai yang cantik, pekerja yang cantik, konsep yang unik dan sebagainya.

Persoalannya, adakah penggunakan pelaris ni dibolehkan?

Cara yang pertama: Menggunakan pelaris perniagaan adalah harus selagi ia tidak bertentangan dengan Islam… Pelaris seperti meminta bantuan jin matau iblis atau syaitan, tangkal, mentera dan sebagainya, yang nyata adalah syirik, sudah pasti bertentangan dengan kehendak Allah SWT. Pelaris cara itu tidak dibolehkan malah haram untuk diamalkan….Auf bin Malik r.a. berkata: Kami pernah menggunakan jampi mentera ketika jahiliah dahulu. Lalu kami bertanya: Ya Rasulullah saw, apa pendapat tuan tentang perkara ini? Baginda menjawab: Kemukakan pada ku mentera kamu itu. (Kemudian dibacakan mentera itu oleh sahabat). Baginda menjawab: "Tidak mengapa jampi mentera itu selagi tidak mengandungi syirik. Rasulullah saw juga membenarkan seorang sahabat yang berdoa bukan dari sumber al Quran, asalkan kalimatnya tidak bercanggah dengan syara'...."....

Cara kedua dan ketiga: Menggantung ayat-ayat suci al-Quran.. walaupun yang digantung itu Ayat Kursi ke, ayat 1000 dinar ke, sejuta dinar ke, tak ada gunanya jika tuan yang berniaga tidak menghayati dan tidak mengamalkan ayat-ayat yang digantung.... Perbuatan sebegini tak ubah seperti menggantung tangkal saja… Ia seolah-olah meminta vitamin dari nutrition, tapi tak ditelan, sebaliknya cuma bawa vitamin itu ke mana-mana… adakah dapat manfaat? Sebaiknya ialah mengamalkan ayat-ayat tersebut dengan membaca, memahami makna dan mengamalkan isinya dan berharap kepada bantuan Allah SWT semata-mata.

Cara keempat: Adalah benda yang biasa digunakan… dan dibenarkan selagi tidak melanggar syarak... Umpamanya rekabentuk kedai yang menarik, ada TV skrin besar, persekitaran yang bersih, pekerja-pekerja yang cantik dan berpakaian kemas, serta menutup aurat.... Contoh melanggar syarak ialah seperti menjual minuman keras ( bagi peniaga Islam ), menganjurkan hiburan terlampau, menggunakan gadis seksi dan sebagainya…


Namun, dalam senarai itu ada lagi satu amalan pelaris yang jarang disebut-sebut. Amalan inilah yang diamalkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, para sahabat malah sebahagian ahli2 perniagaan Islam... Amalan tersebut ialah BERSEDEKAH... Amalan ini bukan saja dilakukan oleh ahli perniagaan Islam, malah yang bukan Islam juga banyak menderma kerana mereka mempercayai konsep “the more you give the more you get“.. Sekiranya anda masih tercari-cari pelaris yang sesuai untuk memajukan perniagaan, nah sekaranglah peluangnya... bersedekahlah

~jaksa kotaraja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan