GAMBAR HIASAN...
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
SUAMI ISTERI adalah dua faktor penentu kebahagiaan keluarga... suami tidak boleh mengatakan isteri sahaja berperanan, dan isteri pun tidak boleh mengatakan suami sahaja berperanan.. Kedua2nya mesti saling tolong menolong, dan bantu membantu... Namun SUAMI, sebagai KETUA KELUARGA, mempunyai peranan dan tanggungjawab yang lebih berbanding isteri... Apakah daya-usaha dan inisiatif suami:-
1. Hargailah usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja...sama2 keluar pagi dan balik petang..sama2 menjaga anak2, dan sama-sama terpaksa menanggung hutang rumahtangga...
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin...
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja....
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari kamu juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak, sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila merasa tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga...
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan habiskan semua, sampai giliran isteri, yang tinggal cuma ekor ikan, janggut sotong dan kaki ketam sahaja...
8. Kalau nak ajak rakan2 bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak dan mengemas rumah. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang, sedangkan rumah dalam keadaan tidak kemas....
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri... Bercakap dengan mereka, gunakan bahasa yang sopan, macam masa nak mengurat isteri anda dulu.. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau...
11. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga...
12. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda... Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong...
13. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?...
14. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja...
15. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja... Kalau kamu sakit nanti, siapa yang kena jaga kamu?...
16. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan yang penting dibuat... Berbincang dan berunding (musyauwarah) adalah kaedah yang terbaik.... Maknanya ada timbangrasa dan saling menghargai.... ISTERI PULA JANGANLAH AMBIL KESEMPATAN ATAS KESEDIAAN SUAMI nak minta pendapat... suami tetap Ketua Keluarga...KALAU PENDAPAT SUAMI DAN KEPUTUSANNYA TIDAK BERCANGGAH DENGAN SYARA', IKUT SAHAJA...
17. Dalami soal2 agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga...
18. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka... Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali...
19. JIKA isteri merajuk atau berkecil hati, minta maaf... kalau perlu dipujuk, pujuk... Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi besar kepada isteri...
MOGA-MOGA ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA MERAHMATI DAN MEMBERKATI KELUARGA KITA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan