Khamis, 19 Julai 2012

KEKAYAAN, PANGKAT DAN DARJAT TIDAK JAMIN MASUK SYURGA...



                      
                                          
Allah Subhanahu wataala dan RasulNYA Muhammad S.A.W. tidak pernah menjamin syurga kepada hambaNya yang kaya, yang tinggi pangkat dan darjat... Malah, RASULULLAH SAW bersabda bahawa orang fakir (miskin) akan masuk syurga lebih dulu selama beberapa waktu daripada orang kaya... 

Boleh jadi, hal ini tidak berlaku umum, kerana sebahagian orang kaya ada yang termasuk orang sentiasa bersyukur, memuji, mengabdi dan membenarkan Allah SWT. Mereka memiliki keutamaan yang besar, serta konsisten dalam ketaatan dan pengabdian....

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Takutlah kepada Allah dalam hal orang fakir, kerana pada hari kiamat, Allah SWT berfirman: Di mana makhluk pilihan-Ku? Malaikat menjawab: Wahai Tuhanku, siapakah mereka? Allah SWT berfirman: Orang fakir yang sabar dan rela terhadap takdir-Ku... Mereka akan Aku masukkan ke dalam syurga... Rasulullah SAW melanjutkan sabdanya: Kemudian orang fakir itu masuk syurga lalu makan dan minum, sementara orang kaya masih sibuk dalam penghitungan amal mereka.”....

Imam Tirmidzi meriwayatkan hadis dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang fakir yang berjuang di jalan Allah akan masuk syurga sebelum orang kaya, dengan jarak 500 tahun.” (Hadis riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah)...

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Orang fakir akan masuk syurga terlebih dulu daripada orang kaya, selama setengah hari akhirat, iaitu 500 tahun dunia.” (Hadis riwayat Tirmidzi).. Ia berkata hadis ini hasan sahih...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan