Fenomena pemakaian gelang, subang dan rantai leher bagi kaum lelaki di kalangan masyarakat kita sememangnya tidak dinafikan sehingga bermacam-macam jenis gelang, subang & rantai yang dipakai, sama ada ia daripada emas, perak, besi, tembaga, kayu, getah atau benang. Kalau gelang itu terdiri daripada besi atau terdiri daripada jenis logam tertentu ia biasanya dikaitkan dengan tujuan perubatan. Walau bagaimanapun ia mempunyai hukum tersendiri.
Pemakai-pemakai gelang, subang & rantai tersebut tidak mengira sama ada ia daripada golongan remaja, orang muda mahupun orang tua. Perkara pemakaian gelang, subang & rantai bagi kaum lelaki ini pada dasarnya tidak selari dengan apa yang telah ditetapkan dalam hukum syara‘. Seringkali kita melihat zaman sekarang tak kiralah tua muda yang kecik besar kadang-kadang baby lelaki pun dah pakai gelang dan rantai silver.
Jam tangan, kini masih ramai yang keliru dangan hukumnya,tiada yang ditetapkan hukumnya.Haruslah diingat,jika tujuan pemakaian jam sekadar untuk mengingati waktu adalah harus.Dan bagi sipemakai pula jika tujuan untuk bermegah atau untuk bergaya, maka hukumnya adalah HARAM.
Bagi jemaah yang pergi menunaikan ibadah haji pula, gelang haji adalah HARUS kerana bertujuan pengenalan diri jika terjadinya sesuatu perkara kerana mereka berihram disertai pula dengan keadaan ramainya jemaah dari sepelusuk dunia dan ianya adalah bertempoh sahaja.
Hadits di atas jelas menunjukkan bahawa Rasullullah Shallallahu àlaihi wasallam melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. Laknat bermaksud jauh dari rahmat, taufiq dan hidayat Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Berdasarkan hadits tersebut, Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah berkata: “Sesungguhnya haram (orang lelaki) menyerupai mereka (orang perempuan antaranya ialah) dengan memakai perhiasan yang khusus bagi mereka lagi yang lazim menjadi hak mereka seperti memakai gelang tangan, gelang kaki dan seumpama keduanya.”
Syeikh al-Islam Zakariyya al-Anshari Rahimahullah pula berkata: “Dan daripada apa yang haram ialah gelang tangan dan gelang kaki untuk dipakai oleh orang lelaki dan orang khuntsa (orang yang mempunyai dua jantina).” Maka jelaslah bahawa kaum lelaki haram memakai gelang kerana ia adalah perhiasan yang khusus bagi kaum perempuan.
Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut:”Apakah bendanya ini”? Lelaki itu berkata:”Ia adalah gelang perubatan”. Rasulullah bersabda: “ Sesungguhnya benda itu tadak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekirannya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya (Sahih riwayat Imam Ahmad).
~wallahuallam
jaksa kotaraja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan