Sabtu, 28 Julai 2012

WAHAI IBU DAN BAPA


Pesananku kepada semua para sahabat,saudara sekalian.....rebutlah satu peluang yang tiada jalan berulang baginya.......masih ada yang sayang ??
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya:

 “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim

Huraian:

i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibubapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibubapa (kadar mampu) dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.


iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibubapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai,(jika ada) menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibubapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibubapa yang belum langsai semasa hayat mereka.(jika ada)

iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibubapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibubapa dianggap sebagai anak yang
derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.

v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.



@MARILAH KITA HADIAHKAN PAHALA ALFATIHAH BUAT IBUBAPA KITA.....~AL~FATIHAH~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan