Dari Aisyah r.a. isteri Rasulullah s.a.w., katanya: "Orang Quraisy mendapati kesukaran kerana seorang WANITA BANGSAWAN telah mencuri pada masa Rasulullah s.a.w. , iaitu ketika terjadi perang penaklukan Makkah... Kata mereka, "Siapa yang dapat bercakap kepada Rasulullah s.a.w. meminta dibebaskan wanita itu daripada hukuman potong tangan?".. Jawab mereka, "Tidak ada yang berani bercakap kepada Rasulullah s.a.w. selain Usamah bin Zaid, anak kesayangan Rasulullah s.a.w.."....
Lalu Usamah bercakap dengan Rasulullah s.a.w. meminta kebebasan bagi wanita itu.. Mendengar permintaan Usamah, muka Rasulullah s.a.w. BERUBAH WARNANYA, lalu baginda bersabda: "SANGGUPKAH KAMU MEMBELA SESEORANG DARI HUKUM YANG DITETAPKAN ALLAH?" Jawab Usamah: "Mohonkanlah ampun bagi ku kepada Allah, ya Rasulullah.."...
Setelah malam tiba, Baginda s.a.w. berpidato.. Mula-mula Baginda s.a.w. memuji Allah, sesuai dengan kebesaran dan keagungan-Nya.. Kemudian Baginda s.a.w. bersabda, "AMMA BA'DU, sesungguhnya orang-orang yang sebelum kamu mengalami kehancuran, kerana apabila ORANG-ORANG BESAR YANG MENCURI, MEREKA DIAMKAN SAHAJA.. DAN APABILA YANG MENCURI ITU RAKYAT BIASA, MEREKA TEGAKKAN HUKUM... Sesungguhnya aku, demi Allah yang jiwaku berada ditangan-Nya, ANDAIKATA FATIMAH BINTI MUHAMMAD YANG MENCURI, SUNGGUH KU POTONG TANGANNYA.." Kemudian Baginda s.a.w. perintahkan supaya wanita yang mencuri itu dipotong tangannya.. Maka dilaksanakanlah hukuman itu.."..
(Kitab Terjemahan Hadith Shahih Muslim bil. 1672).... Hadith ini menunjukkan KESYUMULAN ISLAM itu sendiri... walaupun diturunkan 1,400 tahun yang lalu, sehingga ada yang mengatakan ia tidak sesuai lagi di zaman moden ini, namun ia tetap releven hingga hari Kiamat.....
Dalil-dalil~
~firman ALLAH..''Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara),
Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu.
Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.~al Ahzab:[70][71]
~Sabda Nabi s.a.w. "Sehari hidup di bawah Imam yang adil, lebih baik dari beribadah selama 60 tahun, dan pelaksanaan satu hukum had di atas muka bumi, jauh lebih bersih daripada ditimpa hujan selama 40 hari.." (Sunan Al Kubra lil Baihaqi jilid 8/162)....
~Firman Allah s.w.t.: "Dan sesungguhnya Kami telah MENGULANG-ULANGI bagi manusia dalam Al Quran ini, bermacam-macam perumpamaan.. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak MEMBANTAH.." (Al-Kahfi ayat 54)...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan