Ahad, 30 Jun 2013

MENGAPA PEREMPUAN DIAZAB OLEH NERAKA..


..Perempuan yang memotong sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya...

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis mankala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw, mengapa beliau menangis.

Beliau menjawab, "Pada malam aku diisra'kan,  aku melihat perempuan- perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya." Puteri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. 

"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan, "Mengapa mereka disiksa seperti itu?"

Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, Adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya

Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.


Perempuan yang memotong sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana dia meninggalkan solat dan tidak mahu mandi junub.
Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta


Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."
Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Oleh yang demikian marilah kita bermuhsabah diri serta memesan serta menyampaikan nasihat kepada anak isteri serta sahabat kita...semoga kita terselamat dari bencana serta selamat dari Azab Allah SWT...insyaallah
~Wallahu'alam
~jaksa kotaraja

Ahad, 23 Jun 2013

ANTARA JERUBU..AURAT..PURDAH..


KINI JERUBU MELANDA NEGARA… DULU PAKAIAN PURDAH DIPANDANG SERONG,..IANYA DICACI.. DIKEJI.. DIPOLITIKKAN ..DAN BERMACAM-MACAM TOMAHAN DIBERI. MENGAPA KINI RAMAI ORANG MENUTUP HIDUNG DAN MULUT TERUTAMANYA DIKOTA.. DITAMBAH PULA MASA KINI DENGAN KEADAAN UDARA YANG BERHABUK SERTA BERDEBU….DAN KINI SELURUH NEGARA BERJERUBU…. mereka keluar rumah dengan menutup hidung dan mulut dan walhal sebenarnya mereka takut sakit dan mati ..!!

-Al Nur ayat 31 ;- 
وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ”.

Jadi pada muslimah,jadikanlah purdah ini sebagai  pakaian kamu kerana ianya akan aman dari gangguan manusia dan gangguan udara...disamping menjadikan kulit anda terlindung dari pancaran  sinaran UV serta melindungi anda dari cuaca sejuk/panas.

Firman Allah SWT:
Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang-orang mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka. yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk di kenal kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah maha pengampun dan penyayang. -Al Ahzab.59

Sama-samalah kita menyampai serta memanjangkan perkara ini..
~Wallahu'alam
~Jaksa kotaraja

Khamis, 20 Jun 2013

AMANAH BUAT PEREMPUAN,WANITA,ISTERI...edisi penuh


..Rasulullah SAW bersabda,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,”AWAK NI, SAYA TIDAK NAMPAK PUN SATU KEBAIKAN AWAK..” ... (Terjemahan langsung dari Arab)... [Dalam masyarakat kita, kita selalu dengar kata-kata seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".....

1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”

1. Orang yang gemuk tapi kurus
2. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
3. Orang yang alim tapi jahil
4. Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
5. Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
6. Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung).

Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”


1. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
2. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
3. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
5. Ingat kepada Allah SWT
6. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
7. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
8. Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:


1. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
2. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
3. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
4. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
5. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
6. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
7. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
8. Minta talak.
9. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
10. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
11. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
12. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita:


1. Mengekalkan malu pada suaminya.
2. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
3. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
4. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
5. Berdiri menyambut kedatangannya.
6. Berdiri menghantar pemergiannya.
7. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
8. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
9. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.-Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
10. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
11. Memuliakan keluarga suaminya.
12. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.

Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidak suaminya.

~Wallahu'alam
~jaksa kotaraja

Isnin, 17 Jun 2013

REBUT JAWATAN..AMANAH JAWATAN..JAWATAN BOHONG..



Jawatan adalah amanah besar yang perlu dibawa dengan jujur serta adil. Kepada mereka yang merebut jawatan atau sebarang pertandingan untuk mengekal atau merebut/mendapat sesuatu jawatan,maka ingatlah jika penyelewengan dilakukan semata-mata untuk mendapat atau mengekalkan jawatan maka jika ainya berjaya,selama itulah pendapatan yang diperolehi itu adalah HARAM. Rasulullah saw pernah bersabda kepada Abu Dzar yang hanya datang memohon suatu jawatan daripada baginda untuk beliau berkhidmat dalam kerajaan Islam.

Sabda Baginda saw (mafhumnya): "Wahai Abu Dzar, jawatan (yang) kamu (pohon itu) adalah amanah dan di hari Kiamat kehinaan dan penyesalan, melainkan yang menunaikan haknya."

Rasulullah saw menolak permohonan Abu Dzar kerana beliau tidak layak menerima jawatan tersebut kerana tidak sesuai baginya. Rasulullah saw menolaknya dengan peringatan kepada Abu Dzar, mafhumnya, jika diserahkan juga kepada beliau, di akhirat kelak, akan menyesal dan mendapat penghinaan daripada Allah yang tidak akan habis disesali.

Bayangkan itu jawatan yang sah. Jika diberi secara sah sekalipun, namun akibat daripada itu amat besar, jika tidak ditunaikan hak itu dengan penuh amanah dan tanggungjawab serta efisyen dalam menjalankan kerja.

Anda persoalkan jawatan yang tidak sah, yang diperolehi dengan cara yang menipu pula. Jelas itu bukan haknya. Malah hak orang lain. Seolah-olah diambilnya jawatan itu dengan cara merampas atau menipu. Maka pastilah pekerjaan itu adalah haram. Di atas ke tidak sahihan jawatan itu, maka hasil gaji yang diperolehi daripada jawatan yang tidak sah adalah haram. maka daging yang tumbuh daripada itu, maka nerakalah tempat penyudahnya. Gaji yang diperolehi daripada jawatan yang didapati daripada cara yang haram, yang digunakan untuk makan minum, pakaian dan sebagainya, tentulah tidak akan mendatangkan barakah.


Nabi s.a.w juga memberi amaran kepada sesiapa yang mengampu atau mengiyakan kezaliman pemerintah dengan sabda baginda:

“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga). Riwayat Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi. Hadith ini sahih seperti yang dinilai oleh al-Albani.



Ini jelas terbukti bahawa  dalam untuk diterima berjawatan daan pangkat adalah haram jika :-

1)Melakukan rasuah untuk mengekalkan jawatannya

2)Melalui persuratan atau persijilan palsu semata-mata untuk pangkat serta jawatan.

3)Mengadu domba, fitnah, khianat, memutuskan siratulrahim bagi mengekal atau mendapat jawatan/pangkat.

4)Penipuan dalam mendapat jawatan/pangkat dalam semua sudut,termasuk menipu hal peribadi sendiri, cth; berkhawin dikatakan bujang'',tipu alamat dan lain-lain lagi.

5)Merampas hak jawatan dari orang lain dengan cara tidak sah dan mengambilnya untuk diri sendiri atau orang lain.

Suatu ketika di zaman Rasulullah saw dahulu, ada seorang lelaki sedang mengangkat tangan, berdoa bersungguh-sungguh ke hadrat Allah SWT di bawah panas terik matahari. Melihat keadaannya Rasulullah saw yang mengetahui keadaan sebenar lelaki itu, lalu baginda bersabda (mafhumnya): "Lelaki tersebut berdoa, dalam keadaan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya juga haram. Bagaimana Allah hendak memakbulkan permintaannya."

Jadi,marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri dalam melaksanakan sebarang amanah yang telah diberikan.soal pangkat dan jawatan biarlah kita dapatkan dengan cara berhemah...
Janganlah kerana wang ringgit., untuk pangkat serta jawatan kita sanggup melakukan perkara-perkara yang melanggari batasan agama....INGAT !! sumber pendapatan kita akan kita berikan pada anak ,suami, isteri, ibubapa dan mereka yang lain melalui kita berbelanja...
Wallahu'alam
Jaksa kotaraja...

JANGAN TERGESA-GESA MENDATANGI SOLAT


Janganlah kita terburu-buru atau tergesa-gesa untuk hadir ke masjid atau surau,hendaklah kita dalam keadaan tenang supaya kita dapat menumpukan perhatian pada ''WUDUK'' yang kita kerjakan,kerana dalam waktu tergesa atau terburu-buru boleh jadi wuduk yang kita laksanakan tidak sempurna atau TIDAK SAH akibat tanpa kita sedari kita melanggar hukum wuduk.Kerana hedak cepat maka kita berwuduk cara ringkas atau cincai ...''SAH SOLAT KERANA WUDUKNYA, SAH WUDUKNYA KERANA SUCI AIRNYA''.

Dalam setiap waktu solat di surau atau dimasjid, seringkali kita lihat para jemaah ada yang datang tergesa-gesa dan terburu-buru memasuki ruang solat untuk solat BERJAMAAH. Menang sikap yang baik untuk solat berjamaah,tetapi hendaklah berlaku tertib didalam melaksanakan solat tersebut.

“Dari Abu Qatadah r.a., ia berkata : TATKALA KAMI SEDANG SOLAT BERSAMA NABI SAW, TIBA-TIBA BAGINDA MENDENGAR SUARA BERBISIK ORANG-ORANG (yang datang berjamaah).. Maka ketika Nabi telah selesai solat, ia bertanya : “Ada apa urusan kamu tadi (berisik) ?”... Mereka menjawab : “KAMI TERBURU-BURU UNTUK TURUT (JAMA’AH)”, Nabi SAW berkata : “JANGANLAH KAMU BERBUAT BEGITU !... APABILA KAMU MENDATANGI SOLAT, HENDAKLAH KAMU BERLAKU TENANG ! .. Apa yang kamu dapatkan (dari solatnya Imam), maka solatlah kamu (seperti itu), dan apa yang kamu ketinggalan, sempurnakanlah !”.. (Hadits riwayat : Ahmad, Muslim dan Bukhari)...

“Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW beliau bersabda : “APABILA KAMU MENDENGAR IQAMAH, MAKA PERGILAH KAMU KE TEMPAT SOLAT ITU, DAN KAMU HARUSLAH BERLAKU TENANG DAN BERSIKAP SOPAN, terhormat, dan janganlah kamu tergesa-gesa, apa yang kamu dapatkan (dari solatnya Imam), maka solatlah kamu (seperti itu) dan apa yang kamu ketinggalan sempurnakanlah”... (Hadits riwayat : Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, Nasa’i & Ahmad)... 

Kedua hadits ini mengandung beberapa iktibar :
1] KITA DIPERINTAH BERLAKU TENANG DAN BERSIKAP SOPAN, terhormat apabila mendatangi tempat solat di masjid atau surau...

2] KITA DILARANG terburu-buru, tergesa-gesa, apabila mendatangi tempat solat, seperti berlari-lari, meskipun iqamat telah dikumandangkan...Ini akan menyebabkan kita tercungap atau berpeluh semasa melakukan solat dan fikiran kita terganggu sewaktu dalam solat...

3] KITA DILARANG BERBISIK-BISIK APABILA SAMPAI DI TEMPAT SOLAT, sedang solat (jama’ah) telah didirikan... Ini dapat mengganggu orang-orang yang sedang solat berjama’ah....

4] IMAM perlu menegur (memberikan pelajaran atau nasihat) kepada para jama’ah (ma’mum) yang kelakuannya tidak sopan di masjid, seperti berbisik mengganggu orang solat, shaf tidak lurus dan rapat, berzikir dengan suara yang kuat, dan lain-lain, yang dapat mengganggu orang yang sedang solat atau belajar atau lain-lain...

5] Apa yang kita dapatkan dari solatnya bersama Imam, maka hendaklah langsung kita solat sebagaimana keadaan solat Imam waktu itu...

6] Setelah Imam selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, barulah kita sambung solat, dan habiskan atau sempurnakan apa-apa yang ketinggalan...

7] Diantara hikmahnya kita diperintahkan TENANG DAN SOPAN serta tidak boleh tergesa-gesa, Nabi SAW pernah bersabda: “KERANA SESUNGGUHNYA SALAH SEORANG DIANTARA KAMU, APABILA MENUJU SOLAT, MAKA BERERTI DIA SUDAH DIANGGAP DALAM SOLAT”..

Khamis, 13 Jun 2013

Syahid Ali Adnan Ertekin Menderes kian dilupakan oleh dunia islam...


  ...Menderes menaiki sebuah pesawat terbang. Semasa diudara, salah satu enjin pesawat mati. Pilot/pemandu pesawat mengumumkan keadaan kecemasan. Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya. Dia dikenali sebagai orang.. 

Ali Adnan Ertekin Menderes (lahir di Aydin tahun 1899 – meninggal di Imrali, 17 September 1961 pada umur 62 tahun) merupakan seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokratik dalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri Turki antara tahun 1950–1960. Salah seorang pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti pembangkang rasmi ke-4 di Turki.

Masyhur di kalangan masyarakat Turki tersebar kisah Adnan Menderes menaiki sebuah pesawat terbang. Semasa diudara, salah satu enjin pesawat mati. Pilot/pemandu pesawat mengumumkan keadaan kecemasan. Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya. Dia dikenali sebagai orang yang pertama kali mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, dimana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk ke dalam bahasa Turki.

Tahun 1950 bergabung dengan Parti Demokrat Turki dan menjadi calon untuk pilihanraya.Amerika pada masa itu mensasarkan bahawa Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen Menderes ialah:

-   Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab.
-   Ibadah haji diizinkan.
- Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum.
-   Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.

Dan hasilnya sangat menakjubkan! Parti Attaruk menurun 32 keursi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 keursi. Adnan Menderes dipilih menjadi PM Turki, dengan presiden Celâl Bayar

Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi janji-janji di dalam manifesto. Pelantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkankan azan dengan bahasa Arab, kebebasan berpakaian untuk muslimah, pengajaran di masjid-masjid, dan dibolehkan memakmurkan masjid.

Pada pilihanraya 1954, parti Attatruk sekali lagi menurun secara drastik hingga tinggal 24 keursi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran Al-Qur’an di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad Islam di Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da’i, dan guru-guru Al-Qur’an. Menderes juga megizinkan penerbitan buku-buku Islam, majalah-majalah, atau lebaran yang menyerukan agar kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Lebih dari itu, Menderes mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz Al-Qur’an.
Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab melawan Israel. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang masuk dari Israel, baik kargo ubat-ubatan atau barang yang 'Made in Israel'. Malah Menderes pernah mengusir Duta Israel di Turki tahun 1956.

Arus Islamisasi yang begitu pantas dan cepat berlalu, membuat golongan anti Islam di Turki kepanasan. Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Attatruk banyak menikmati banyak dana dollar dari Israel, Jeneral Kamal Joe Russel menangkap dan menghukum gantung Menderes.

Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen, "Penyebab hukuman mati Menderes adalah, kebijakan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan Israel. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji, menjadi sebab kemarahann militer tentera Turki."

Dengan izin Allah, Menderes syahid di tali gantung.
Seorang Adnan Menderes, hanya dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang dikembalikan dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006, benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan, dan generasi terbaik Turki saat ini.

Tak ramai yang mengenal dan pernah dengar tentang Adnan Menderes di dalam dunia Islam. Mungkin sebab Menderes tak pandai mengarang buku-buku, hingga tak ada yang menggelarnya 'Allamah Mujtahid Mutlaq Syaikh.' Atau mungkinkah kerana sekatan media barat kerana takut akan kebangkitan islamsemula di Turki.Tetapi pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turki, sejajar dengan Imam Syahid Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Raja Faisal dan lain-lain lagi
~ Al Fatihah buat beliau ~ Ali Adnan Ertekin Menderes..
~jaksa kotaraja~-->>sebarkanlah..

Lain halaman mengenainya..

Menderes was executed May 27, 1960 17 September Yassıada happened till 1961, Adnan Menderes and Fatin Rüştü Hasan Polatkan Tough'S executions, day details are being uncovered, before and after the execution of all aspects of this documentary screen future. Imrali Prison Director Ahmet Ziyaettin Acarol period, before and after the execution so far

dayuntapped events Yürekli'nin Mustafa said. All happened after the military intervention, "Imralı: Menderes hangin '" documentary.

We also evaluated from the perspective of the documentary, May 27 Intervention intellectuals. Aydin Menderes, Husain Cindoruk, Altemur Kilic, Ismet Bozdag Esin, spoiled Ilıcak, Mehmet Barlas, Oktay Sour, Çetin Altan, Bedii Faik, Shaukat Eygi May 27 Saadettin Bilgiç and Mehmet Mustafa commented Yürekli'nin. recent history, the dark face of Channel 7's "Imralı: Menderes hangin '" documentary illuminated Mustafa Yürekli'nin prepared in two parts' Imralı: Menderes executed, "the first part of the President Celal Bayar and Prime Minister Adnan Menderes, especially ministers, parliamentarians and the Democratic Party BRINGING Yassıadaya'ya local managers and told Yassıada Trials. Öcalan preparations Imralı Polatkan and former director of the prison on the night of execution Ahmet Zorlu Ziyaettin Acarol'un untapped memories will be displayed. Imrali Prison Ziyaettin Acarol former director Ahmet, 44 years later, Adnan Menderes, Fatin Rüştü Zorlu and Hasan Polatkan 'the public does not know the facts about the shooting of Öcalan, "Imralı: Menderes hangin'" documentary explaining the 're-written to a date, "he said. Acarol before and after the execution of describing, voting the saddest moments of his life, is one of the prime minister expressed his execution. Litigation continues, said Ahmet Ziyaettin Acarol begun preparations for execution, 'the pit opening olive trees saying' dug grave 'for ammo crate saying coffins were doing, 'goal post' I have established the gallows, he says. Judicial process, İmralı'da happened, describing in detail later executed before a Acarol, implementation of National Unity Committee, prepared by Mustafa Yürekli'nin "Imralı: Menderes executed," the said. Taverns drunk from the executioner, thinks imams came to debate the death pictures for sale in a newspaper, he hanged all the officers who protested ... Dark days in the dark, lit up all aspects of the documentary prepared by Mustafa Yürekli'nin.

Selasa, 11 Jun 2013

KENAPA PADA HARI INI TIDAK KAU BERIKAN GELAS ITU?

Pernah suatu hari Rasulullah SAW pulang dari perjalanan jihad fisabilillah... Beliau pulang diiringi para sahabat... Di depan pintu gerbang kota Madinah nampak isteri baginda, Aisyah r.a sudah menunggu.... Tiba Rasulullah SAW dirumah dan beristirehat melepas rasa letih.... Aisyah dibelakang rumah sibuk membuat minuman untuk suaminya... Lalu minuman itupun dihidangkan kepada Rasulullah SAW... 
Beliau meminumnya perlahan hingga hampir menghabiskan minuman tersebut tiba tiba Aisyah berkata “Ya Rasulullah biasanya engkau memberikan sebahagian minuman kepadaku, tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?”.... Rasulullah SAW diam, dan hendak meneruskan meminum habis air digelas itu.... Dan Aisyah bertanya lagi, “Ya Rasulullah, biasanya engkau memberikan sebahagian minuman kepadaku, tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?”...

Akhirnya Rasulullah SAW memberikan air yang berbaki di gelas itu.... Aisyah r.a meminum air itu, dan ia terkejut dan terus memuntahkan air itu....Ternyata air itu terasa masin bukan manis... Aisyah baru tersedar bahawa minuman yang ia buat, dicampur dengan garam, bukan gula... Kemudian Aisyah r.a terus meminta maaf kepada Rasulullah....

Itulah sebahagian dari banyaknya kemuliaan akhlak Rasulullah SAW.... Kesalahan yang dilakukan oleh isterinya, tidak dimarahinya atau ditegur dengan kasar... Rasulullah SAW memberi kita teladan bahwasanya akhlak yang mulia boleh kita mulai dari persekitaran terdekat dengan kita....

Sebuah hadith menyebutkan, “Lelaki yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik akhlaknya kepada isterinya”.... Semoga kita diberi taufik untuk mencontohi akhlak Rasulullah SAW

~Wallahu'alam...

INDAHNYA SYA'BAN MENANTINYA RAMADHAN..

..Aku akan memberi petunjuk pada pendengaran yang ia gunakan untuk mendengar, memberi petunjuk pada penglihatannya yang ia gunakan untuk melihat, memberi petunjuk pada tangannya yang ia gunakan untuk memegang, memberi petunjuk pada kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Jika ia memohon sesuatu kepadaKu..

Alhamdulillah, saat ini kita telah masuk ke bulan Sya’ban. Namun kadang kaum muslimin belum mengetahui amalan-amalan yang ada di bulan tersebut. Juga terkadang kaum muslimin melampaui batas dengan melakukan suatu amalan yang sebenarnya tidak ada tuntutannya dari Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Semoga dalam tulisan yang singkat ini, Allah memudahkan kita  untuk beramal di bulan Sya’ban. Allahumma a’in wa yassir (Ya Allah, tolong dan mudahkanlah kami).


Keutamaan Bulan Sya’ban
Dari Usamah bin Zaid, beliau berkata, “Katakanlah wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihatmu berpuasa selama sebulan dari bulan-bulannya selain di bulan Sya’ban.” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ“Bulan Sya’ban adalah bulan di mana manusia mulai lalai yaitu di antara bulan Rajab dan Ramadhan. Bulan tersebut adalah bulan dinaikkannya berbagai amalan kepada Allah, Rabb semesta alam. Oleh karena itu, aku amatlah suka untuk berpuasa ketika amalanku dinaikkan.”
(HR. An Nasa’i.). 

Banyak Berpuasa di Bulan Sya’ban
Terdapat suatu amalan yang dapat dilakukan di bulan ini yaitu amalan puasa. Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri banyak berpuasa ketika bulan Sya’ban dibanding bulan-bulan lainnya selain puasa wajib di bulan Ramadhan.

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau mengatakan,
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لاَ يُفْطِرُ ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لاَ يَصُومُ . فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلاَّ رَمَضَانَ ، وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِى شَعْبَانَ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa, sampai kami katakan bahwa beliau tidak berbuka. Beliau pun berbuka sampai kami katakan bahwa beliau tidak berpuasa. Aku tidak pernah sama sekali melihat Rasulullah  Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa secara sempurna sebulan penuh selain pada bulan Ramadhan. Aku pun tidak pernah melihat beliau berpuasa yang lebih banyak daripada berpuasa di bulan Sya’ban.” (HR. Bukhari no. 1969 dan Muslim no. 1156)

‘Aisyah radhiyallahu ‘anha juga mengatakan,
لَمْ يَكُنِ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – يَصُومُ شَهْرًا أَكْثَرَ مِنْ شَعْبَانَ ، فَإِنَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak biasa berpuasa pada satu bulan yang lebih banyak dari bulan Sya’ban. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa pada bulan Sya’ban seluruhnya.” (HR. Bukhari no. 1970 dan Muslim no. 1156)

Dalam lafazh Muslim, ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha mengatakan,
كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ إِلاَّ قَلِيلاً.

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa pada bulan Sya’ban seluruhnya. Namun beliau berpuasa hanya sedikit hari saja.” (HR. Muslim no. 1156)

Dari Ummu Salamah, beliau mengatakan,
أَنَّهُ لَمْ يَكُنْ يَصُومُ مِنَ السَّنَةِ شَهْرًا تَامًّا إِلاَّ شَعْبَانَ يَصِلُهُ بِرَمَضَانَ.
“Nabi Muhammad SAW dalam setahun tidak berpuasa sebulan penuh selain pada bulan Sya’ban, lalu dilanjutkan dengan berpuasa di bulan Ramadhan.” (HR. Abu Daud dan An Nasa’i. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini Sahih)

Lalu Kenapa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak puasa penuh di bulan Sya’ban? An Nawawi rahimahullah menjelaskan bahawa para ulama mengatakan, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak menyempurnakan berpuasa sebulan penuh selain di bulan Ramadhan agar tidak disangka puasa selain Ramadhan adalah wajib. ” (Syarh Muslim, 4/161)
Di antara rahsia kenapa Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam banyak berpuasa di bulan Sya’ban adalah kerana puasa Sya’ban adalah ibarat ibadah rawatib (ibadah sunnah yang mengiringi ibadah wajib). Sebagaimana solat rawatib adalah solat yang memiliki keutamaan kerana dia mengiringi solat wajib, sebelum atau sesudahnya, demikianlah puasa Sya’ban. Kerana puasa di bulan Sya’ban sangat dekat dengan puasa Ramadhan, maka puasa tersebut memiliki keutamaan. Dan puasa ini boleh mendidik untuk menyempurnakan puasa wajib di bulan Ramadhan. 
Puasa di bulan Sya’ban adalah sebagai latihan atau pemanasan sebelum memasuki bulan Ramadhan. Jika seseorang sudah terbiasa berpuasa sebelum puasa Ramadhan, tentu dia akan lebih kuat dan lebih bersemangat untuk melakukan puasa wajib di bulan Ramadhan.

Semoga Allah subhanahu wa ta’ala memudahkan kita mengikuti suri tauladan kita untuk memperbanyak puasa di bulan Sya’ban. Semoga dengan melakukan hal ini kita termasuk orang yang mendapat keutamaan yang disebutkan dalam hadits qudsi berikut.


وَمَا يَزَالُ عَبْدِى يَتَقَرَّبُ إِلَىَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِى يَسْمَعُ بِهِ ، وَبَصَرَهُ الَّذِى يُبْصِرُ بِهِ ، وَيَدَهُ الَّتِى يَبْطُشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِى يَمْشِى بِهَا ، وَإِنْ سَأَلَنِى لأُعْطِيَنَّهُ ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِى لأُعِيذَنَّهُ
“Dan senantiasa hambaKu mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, maka Aku akan memberi petunjuk pada pendengaran yang ia gunakan untuk mendengar, memberi petunjuk pada penglihatannya yang ia gunakan untuk melihat, memberi petunjuk pada tangannya yang ia gunakan untuk memegang, memberi petunjuk pada kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Jika ia memohon sesuatu kepadaKu, pasti Aku mengabulkannya dan jika ia memohon perlindungan, pasti Aku akan melindunginya.” (HR. Bukhari ).


Pertama, tidak ada satu dalil pun yang shahih yang menjelaskan keutamaan malam Nishfu Sya’ban.

Kedua, ulama yang mengatakan tidak mengapa menghidupkan malam Nishfu Sya’ban dan menyebutkan bahwa ada sebagian tabi’in yang menghidupkan malam tersebut, sebenarnya sandaran mereka adalah dari berita Isroiliyat. 

Ketiga, adapun orang-orang yang berdalil dengan pendapat bahwa tidak terlarang menghidupkan malam Nishfu Sya’ban dengan shalat sendirian sebenarnya mereka tidak memiliki satu dalil pun. 

 Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

“Barangsiapa melakukan suatu amalan yang bukan ajaran kami, maka amalan tersebut tertolak.” (HR. Muslim)

Keempat, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِى وَلاَ تَخُصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الأَيَّامِ

“Janganlah mengkhususkan malam Jum’at dari malam lainnya untuk solat. Dan janganlah mengkhususkan hari Jum’at dari hari lainnya untuk berpuasa.” (HR. Muslim )

Seandainya ada pengkhususan suatu malam tertentu untuk ibadah, tentu malam Jum’at lebih utama dikhususkan daripada malam lainnya. Karena malam Jum’at lebih utama daripada malam-malam lainnya. Dan hari Jum’at adalah hari yang lebih baik dari hari lainnya kerana dalam hadits dikatakan, “Hari yang baik saat terbitnya matahari adalah hari Jum’at.” (HR. Muslim).


 Solat Alfiyah, apakah solat ini adalah suatu amalan yang dituntukan ketika malam Nishfu Sya’ban?

Perlu diketahui, orang yang pertama kali menghidupkan solat ini pada malam Nishfu Sya’ban adalah seseorang yang dikenal dengan Babin Abul Hamroo’. Dia tinggal di Baitul Maqdis pada tahun 448 H. Dia memiliki bacaan Qur’an yang bagus. Suatu saat di malam Nishfu Sya’ban dia melaksanakan solat di Masjidil Aqsa. Kemudian ketika itu ikut pula di belakangnya seorang pemuda. Kemudian datang lagi tiga atau empat orang bermakmum di belakangnya. Lalu akhirnya jama’ah yang ikut di belakangnya bertambah banyak. Ketika datang tahun berikutnya, semakin banyak yang solat bersamanya pada malam Nishfu Sya’ban. Kemudian amalan yang dia lakukan tersebarlah di Masjidil Aqsa dan di rumah-rumah kaum muslimin, sehingga solat tersebut seakan-akan menjadi sunnah Nabi. (Al Bida’ Al Hawliyah, 299)

Lalu kenapa shalat ini dinamakan shalat Alfiyah? Alfiyah bererti ''1000''. Solat ini dinamakan demikian kerana di dalam solat tersebut dibacakan surat Al Ikhlas sebanyak 1000 kali. Shalat tersebut berjumlah 100 raka’at dan setiap raka’at dibacakan surat Al Ikhlas sebanyak 10 kali. Jadi jumlah surat Al Ikhlas yang dibaca adalah 1000 kali. Oleh kerana itu, dinamakanlah solat alfiyah.
~wallahu'alam 
~Jaksa Kotaraja

Isnin, 10 Jun 2013

PENEMUAN LEMBARAN ASAL KITAB INJIL BUKTIKAN KEDATANGAN RASULULLAH SAW


..Vatikan telah membuat sebuah permohonan khusus untuk “melihat” naskah ayat dari Injil rahsia itu – sebuah ayat yang “kontroversi”, yang merupakan penguat dalil yang sejalan dengan keyakinan Islam, yang menyatakan dengan jelas dan terang memperlakukan YESUS SEBAGAI MANUSIA BUKAN TUHAN


 Injil bertinta emas yang menyatakan "Yesus yakin kedatangan Nabi Muhammad (SAW)" ditemukan di Turki, Selasa, 17 Rabiul Akhir 1434 H / 28 Februari 2012

TURKI (Arrahmah.com) – Sebuah Injil rahsia yang berisi pernyataan, Yesus (Isa ‘alaihi salam) yakin tentang kedatangan Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa salam (SAW) ke dunia ditemukan di Turki. Penemuan ini telah menjadi “perhatian serius” Vatikan.

Paus Benedict XVI mengatakan ingin “melihat” Kitab yang telah berusia sekitar 1.500 tahun itu, yang banyak orang mengakui bahawa itu adalah Injil Barnabas, yang telah disembunyikan oleh negara Turki selama 12 tahun, seperti yang dilaporkan Daily Mail.

Kitab tersebut adalah salinan Injil yang ditulis dengan tinta emas, ditulis dalam bahasa yang diyakini bahasa asli Yesus, bahasa Aram (bahasa sekitar 3.000 tahun lalu yang mirip dengan bahasa Arab dan bahasa Ibrani –red), yang dilaporkan berisi ajaran-ajaran awal Yesus yang juga berisikan tentang kedatangan Nabi Muhammad SAW.
Injil berbahasa Aram tersebut teksnya ditulis pada kulit haiwan, disampul oleh kulit haiwan, ditemukan oleh polis yang sedang melakukan operasi anti-penyelundupan pada tahun 2000.

Kitab Injil ini dijaga ketat/rapi hingga tahun 2010, ketika akhirnya diserahkan ke Musium Etnografi, dan akan segera ditampilkan kepada umum setelah sedikit baikpulih dilakukan.
Satu lembar halaman fotocopy dari Injil tersebut dihargai hingga 1,5 juta poundsterling.

Menteri Budaya dan Pembesar Turki, Ertugul Gunay mengatakan bahwa Kitab itu adalah versi asli dari Injil, yang disembunyikan oleh Gerja-gereja Kristian kerana kuatnya dalil yang berhubungan dengan Islam mengenai Yesus (Nabi Isa ‘alaihi salam) serta kedatangan Muhammad SAW.

Gunay juga mengatakan bahwa Vatikan telah membuat sebuah permohonan khusus untuk “melihat” naskah ayat dari Injil rahsia itu – sebuah ayat yang “kontroversi”, yang merupakan penguat dalil yang sejalan dengan keyakinan Islam, yang menyatakan dengan jelas dan terang memperlakukan YESUS SEBAGAI MANUSIA BUKAN TUHAN, yang menolak keyakinan Triniti dan kisah palsu penyaliban Yesus dan naskah ayat dalam Injil tersebut juga menyatakan bahwa Yesus menyatakan perkhabaran kedatangan Nabi Muhammad SAW.
Dalam sebuah versi Injil, Yesus dikatakan telah berkata kepada seorang pendeta: “Bagaimana Mesiah disebut? Muhamamad adalah nama yang diberkati”.

Namun penemuan injil kuno berbahasa Aram ini menimbulkan banyak kontroversi tentang keaslian keseluruhan isi Injil tersebut. Belum ada yang dapat memastikan keaslian keseluruhan dari isi Injil ini, apakah seluruhnya memuat apa yang diajarkan Nabi Isa ‘alaihi salam, atau telah ada perubahan padanya.

Sementara itu, Profesor teologi Turki Ömer Faruk Harman mengatakan kepada Daily Mail, bahawa harus melakukan penelitian ilmiah untuk mengklarifikasi apakah itu ditulis oleh Barnabas sendiri atau pengikutnya. 

~Wallahua’lam.

Isnin, 3 Jun 2013

SEDIKIT PENTERJEMAHAN SURAH AL-ISRA ...


Dalam suratul Al~Isra banyak menerangkan kisah kedegilan serta keengkaran manusia untuk mengikut perintah Allah..Kemusnahan alam,pembunuhan,penginaiyaan,perzinaan serta banyak kemungkaran dilakukan oleh manusia.Ini mungkin mereka merasakan dunia telah berada di arus kemodenan..?? Ingatlah..!! peringatan demi peringatan pertama dan kedua telah dinyatakan dalam surah ini...dan menanti peringatan peringtan akhir yang MAHA DAHSYAT...

Umat ahkir zaman kini sering mempertikaikan hukum serta ketentuan Allah SWT dalam kehidupan mereka.Dunia amnya,pemimpin pula seakan yang melebihi sudu dari kuah (yang sibuk pertikaikan serta permainkan hukum).Ini menyebabkan rakyat serta orangramai akan lebih memburukkan keadaan semata-mata untuk memikat atau menyokong sesetengah pemimpin.Kita telah meyaksikan para pemimpin lantang mempertikaikan sendiri ayat-ayat Al-Quran tanpa ada perasaan takut,malah merasa bangga bilaa mengeluarkan kenyataan.Adakah mereka lupa harta,pangkat serta kemewahan didunia ini hanyalah daki dunia dan perhiasan untuk dunia sahaja dan akan hanya membelit kita kembali di yaa mil mahsyar.Marilah kita ambil pengajaran seta menghayati isi kandungan SURAH AL ISRA ..

Firman Allah dalam surah Al Isra;-

‎[88] Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri”. 

[89] Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran. [90] Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan matair dari bumi, bagi Kami. 
[91] Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. 
[92] Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya. 
[93] Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya”. Katakanlah (wahai Muhammad):” Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul? 
[94] Dan tiadalah yang menghalang orang-orang musyrik itu dari beriman ketika datang kepada mereka hidayah petunjuk, melainkan (keingkaran mereka tentang manusia menjadi Rasul, sehingga) mereka berkata dengan hairan: “Patutkah Allah mengutus seorang manusia menjadi Rasul?” 
Surah Al Isra ini boleh menggugurkan airmata kita apabila kita membacanya dan akan menangis tersedu apabila kita merasakan betapa lemahnya kita..Cukup padat isi surat ini yang mengandungi perintah solat malam dan pagi...semoga semua kita semua dikuniakan keRahmatan ALLAH SWT.. insya'allah..