Ahad, 28 Julai 2013

MALAM TUJUH LIKUR DAN MALAM LAILATUL QADR ...


Dalam masyarakat Melayu, malam Lailatulqadar turut dikenali sebagai malam tujuh likur. Meskipun ada banyak cerita yang berkisar dalam masyarakat Melayu mengenai malam tersebut, sebahagian besarnya adalah cerita yang tidak bersandarkan petunjuk yang jelas.Maka berbondonglah mereka menyalakan obor/ pelita dan kini lampu hisan serta berkerlipan kononnya malaikat akan turun datang kerumah..Inilah kini menjadi adat resam pula bagi melayu untuk merayakan hujung ramadhan dan syawal. Malah pada malam tersebut turut diceritakan banyak keganjilan berlaku - air berhenti mengalir, pokok sujud menyembah bumi atau malaikat turun ke bumi dalam bentuk manusia - kerana tidak semua manusia boleh menemuinya dalam bentuk nyata.. 

Maka amalan sesetengah orang Melayu menunggu air paip menjadi beku pada malam tersebut perlu digantikan dengan memperbanyakkan amal ibadat yang lebih berfaedah. Tiada keterangan menjelaskan untuk menemui malam khas buatnya, tidak disyaratkan dengan melihat sesuatu atau mendengarnya. 
Rasulullah bersabda bermaksud ; "Carilah sedaya upaya kamu Lailatulqadar itu pada 10 malam ganjil pada akhir Ramadan." 
dari Aisyah r.a. dan seterusnya diriwayatkan oleh Imam Bukhari

Malam LailatulQadar adalah satu malam yang dipenuhi KEBERKATAN serta RAHMAT ALLAH SWT dan MALAM itu penuh kesejahteraan serta rahmat SAMPAI TERBIT FAJAR. Maka tiada pertikaian tentang saat dan waktu serta masa ianya berlaku. Sebagai Insan, kiat lakukanlah perkara yang di amanahkan buat kita,tidak perlu persoalkan hak/hukum Allah SWT.

Jika kita ingin mendapatkan Lailatulqadar, kita seharusnya dapat melakukan 'Qiam' Ramadhan. Sepanjang bulan tersebut kita hidupkan suasana ingin belajar (taklim) sepanjang masa, siang dan malam dengan beribadah, zikir, solat sunat dan qiraah (tadarus dan telaah) al-Quran. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu."

Pusatkanlah seluruh indera kita kepada pintu keampunan serta taubat bagi melenyapkan diri kita daripada dosa dan dinyahkan syak wasangka yang kita lakarkan dalam hidup kita.Semoga 10 malam akhir Ramadhan ini dapat mengubah perangai serta penghidupan kita kearah yang lebih baik dari sebelumnya.
~Wallahu'alam
~Jaksa kotaraja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan