...Rasulullah saw. sendiri pernah bermimpi melihat seekor anjing yang berbercak bulunya tengah menjilat-jilat darahnya sendiri. Ia menakwilkan mimpi itu bahwa seorang laki-laki yang menderita penyakit kusta akan membunuh anaknya, Husain as. Dan terbukti bahwa yang membunuh Husain as. adalah seorang yang keji dan kotor bernama Syimr bin Dzil Jausyan. Ia memang menderita penyakit kusta...
Sayidina Hussin dilahirkan di kota Madinah pada 5 haribulan Syaaban, tahun 4 Hijrah. Perbezaan umur di antara Sayidina Hussin dan abangnya Sayidina Hassan adalah setahun sepuluh bulan. Lahirnya Sayidina Hussin turut menambahkan kegembiraan Rasulullah SAW. Baginda yang memberi nama “Hussin” itu yang bermaksud, “Si Kecil cantik”.
Sewaktu menyambut kelahiran cucu Ielakinya yang kedua itu, Rasulullah SAW begitu ceria. Sewaktu memangku cucunya itu, tiba-tiba wajah baginda berubah. Orang-orang yang berada di keliling baginda merasa hairan mengapa wajah baginda tiba-tiba berubah sedih. Rupanya Rasulullah SAW sudah tahu bahawa akhir hidup Sayidina Hussin amatlah menyedihkan di mana beliau akan dibunuh dengan kejam.
Sebagai cucu yang selalu dipanggil sebagai puteranya, Rasulullah SAW sangat sayang sekali dengan Sayidina Hussin. Pada suatu hari, ketika masih kecil, Sayidina Hussin kelihatan bertengkar dengan abangnya Sayidina Hassan di hadapan baginda dan ibu mereka, Siti Fatimah. Perkara seperti itu biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Rasulullah SAW segera menegur Hassan.
Siti Fatimah merasa kurang senang melihat sikap Rasulullah SAW menegur seorang sahaja dari kedua cucunya itu. Maka Siti Fatimah berkata: “Wahai ayah, kenapa menegur Hassan sahaja?”
“Kerana Jibrail sudah menegur Hussin,” jawab baginda.
Tatkala kecilnya Sayidina Hussin selalu berada di sisi datuknya sewaktu baginda sedang mengajar para Sahabat. Maka dia mendapat pelbagai ilmu dan contoh teladan dari datuknya itu secara langsung. Sebagaimana abangnya, Sayidina Hussin juga seorang yang cerdik. Dia telah dapat menghafal Hadis-hadis Rasulullah semenjak kecilnya lagi.
Sayidina Hussin memang ditakdirkan Allah untuk menjadi seorang yang agung di kalangan umat Islam. Semenjak kecil, beliau menunjukkan contoh-contoh akhlak yang terpuji sebagai mewarisi sifat-sifat ayah dan datuknya. Semenjak kecil juga, beliau telah menunjukkan sifat berani sebagaimana ayahnya juga.
Setelah kewafatan Rasulullah, yakni waktu Sayidina Umar Al Khattab menjadi khalifah, ketika beliau sedang memberi khutbah di mimbar, Sayidina Hussin yang masih kanak-kanak telah berkata kepada Sayidina Umar dengan beraninya: “Turun engkau dari mimbar ayahku (Rasulullah SAW) dan pergilah berkhutbah di atas mimbar ayahmu.”
Sayidina Umar yang suka merendah diri menjawab dengan lembut kepada cucu kesayangan Rasulullah itu: “Ayahku tidak mempunyai mimbar seperti ayahmu.”
Sayidina Umar turun dari mimbar dan mengangkat Sayidina Hussin untuk duduk di sebelahnya sebelum menyambung khutbahnya. Demikian beraninya Sayidina Hussin waktu kecilnya.
Dalam hal keberanian, Sayidina Hussin melebihi Sayidina Hassan, abangnya. Demikianlah yang telah diwariskan Rasulullah SAW untuknya. Beliau banyak menyertai peperangan bersama umat Islam.
Sewaktu kewafatan Khalifah Sayidina Ali, Sayidina Hassan telah dilantik menjadi khalifah. Demi menjaga perpaduan umat Islam, akhirnya Sayidina Hassan menyerahkan jawatan itu kepada Sayidina Muawiyah. Sayidina Hussin tidak bersetuju dengan tindakan abangnya itu. Namun kerana menghormati abangnya, maka Sayidina Hussin akur.
Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan, Hussein dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi dari Sayidina Ali r.a.
Sebelum Muawiyah meninggal, beliau telah berwasiat agar anaknya Yazid menggantikan tempatnya setelah dia tiada. Waktu itu Yazid memaksa semua para Sahabat membuat pengakuan taat setia kepadanya. Ketika itu Sayidina Hussin telah berangkat meninggalkan Kufah, menuju ke Madinah. Sebenarnya ramai yang tidak bersetuju dengan perlantikan Yazid itu. Penyokong- penyokong Sayidina Hussin mengutus surat kepadanya agar dia kembali ke Kufah untuk dilantik menjadi khalifah. Penduduk Kufah enggan menerima Yazid sebagai khalifah.
Sebelum kembali ke Kufah, Sayidina Hussin telah menghantar utusannya untuk menyiasat apakah benar isi kandungan surat itu. Setelah ternyata ia benar maka Sayidina Hussin bersiap- siap untuk membawa kaum keluarganya kembali ke Kufah. Sayidina Hussin yang sangat baik, tidak sedikit pun menaruh syak wasangka bahawa suatu yang buruk akan menimpa dirinya dan ahlul bait yang lain.
Para Sahabat Rasulullah yang masih hidup ketika itu menasihatkan Sayidina Hussin agar jangan kembali ke Kufah kerana keadaan ketika itu sangat bahaya. Kerabatnya yang terdekat iaitu Abdullah bin Abbas telah bersungguh-sungguh cuba menghalang Sayidina Hussin namun Sayidina Hussin tetap dengan pendiriannya. Kemudian Abdullah menasihatkannya pula agar jangan membawa ahli-ahli keluarga kerana bimbang jika apa yang menimpa Khalifah Usman bin Affan juga akan menimpa Sayidina Hussin. Sewaktu Khalifah Usman dibunuh oleh pemberontak, peristiwa itu disaksikan oleh ahli keluarganya sendiri. Abdullah bimbang jika keluarga dari keturunan Rasulullah SAW akan dibunuh kesemuanya. Sayidina Hussin tetap mahu membawa keluarganya bersama. Maka akhirnya rombongan Sayidina Hussin yang terdiri dari 72 orang pun berangkat ke Kufah. Kebanyakan anggota rombongan adalah wanita dan kanak-kanak termasuk anak Sayidina Hussin iaitu Ali Zainal Abidin yang sedang meningkat remaja.
Ada pihak memberitahu Yazid bahawa Sayidina Hussin hendak merampas kuasa. Maka Yazid telah menghantar tenteranya untuk menghalang Sayidina Hussin dari dibaiat oleh penduduk Kufah. Ada riwayat yang menyatakan bahawa Yazid cuma mengarahkan tenteranya untuk menyiasat, bukan untuk membunuh Sayidina Hussin dan keluarganya. Namun, apa yang berlaku seterusnya sungguh sangat menyayat hati. Rombongan Sayidina Hussin yang seramai 72 orang itu terpaksa berdepan dengan tentera Yazid seramai 4000 orang! Teijadilah peristiwa berdarah di Karbala. Pembunuhan kejam terhadap kaum keluarga Rasulullah SAW di Karbala itu berlaku pada 10 Muharram tahun 61 Hijrah. Pertempuran itu menyebabkan hampir seluruh anggota rombongan Sayidina Hussin dibunuh.
Pertempuran itu berlaku dari waktu Subuh hingga ke waktu Asar. Sungguhpun rombongan Sayidina Hussin kecil jumlahnya namun mereka bermati-matian mempertahankan diri. Dalam perang itu, Sayidina Hussin menunjukkan keberanian luar biasa. Walaupun dalam keadaan sulit dan bahaya, beliau sempat mengerjakan solat Zuhur dan Asar. Apabila hampir rembang, tinggal beberapa orang sahaja dari kalangan keluarga Sayidina Hussin sedangkan pihak musuh telah kehilangan hampir 1000 orang tenteranya. Pertempuran yang berlangsung begitu lama menunjukkan betapa hebatnya Sayidina Hussin dan anak-anak buahnya menentang musuh. Akhirnya Sayidina Hussin menemui ajalnya apabila sebatang anak panah tiba-tiba mengenai tubuhnya, tepat di bahagian jantungnya. Dalam keadaan berlumuran darah dan amat letih setelah sehari suntuk berperang, Sayidina Hussin menghembuskan nafasnya yang terakhir di padang Karbala itu.
Kata-kata terakhir yang diucapkannya: “Oh Tuhan, mereka telah membunuh putera Nabi-Mu sedangkan di dunia ini tiada lagi putera Nabi selain aku.”
Dalam perang itu, mereka yang terselamat adalah wanita dan kanak-kanak termasuklah adik Sayidina Hussin, iaitu Zainab Al Kubra dan anak Sayidina Hussin iaitu Ali Zainal Abidin. Ali Zainal Abidinlah yang menjadi penyambung keturunan Rasulullah. Dia juga nyaris dibunuh tetapi Tuhan mengkehendaki agar bersambungnya keturunan Rasulullah maka dia terselamat. Kepala Sayidina Hussin telah dipotong dan dihantar kepada Yazid. Mengikut sejarah, Yazid menangis apabila melihat kepala cucu Rasulullah itu. Beliau mengarahkan agar kepala itu dihantar ke Madinah berserta keluarga dan anaknya dengan upacara kehormatan dan kemuliaan. Tubuh Sayidina Hussin dikuburkan di Karbala, sedangkan kepalanya ditanam di Madinah, bersebelahan dengan makam ayah dan ibunya.
Demikianlah perginya cucu kesayangan Rasulullah SAW itu. Dia menjadi korban keganasan fitnah oleh golongan yang cinta dunia. Menurut suatu keterangan sejarah, tiada seorang pun dari mereka yang terlibat dalam pembunuhan Sayidina Hussin dan ahlul bait di Karbala itu selamat. Allah telah menyegerakan hukuman untuk mereka di dunia lagi. Ada yang mati dibunuh, ada yang jadi buta, ada yang mukanya jadi hitam dan macam-macam lagi. Bahkan ada yang kehilangan kuasanya dalam waktu yang singkat. Mereka berniat untuk membunuh keturunan Rasulullah SAW tetapi Allah menyelamatkan Ali Zainal Abidin, anak lelaki tunggal Sayidina Hussin sebagai penyambung zuriat baginda. Dari Ali Zainal Abidin, lahir ramai keturunan yang mulia dan suci ini.
Nasib Pembunuh Sayidina Husain
Peringatan Asyura memang telah berlalu, namun hikmah dari peristiwa tersebut akan selalu kekal sepanjang zaman. Di antara hikmah tersebut dapat kita baca dari sabda Sayidina Husain yang terbukti kebenarannya. Perhatikan baik-baik ucapan Sayidina Husain berikut, “Barang siapa berusaha mencapai suatu urusan dengan kemaksiatan kepada Allah, maka dia akan semakin jauh dari apa yang diharapkannya dan semakin cepat kepada apa yang dikhawatirkannya.”
Kita mulai kisah pembunuh Sayidina Husain dari awal. Sebelum ditugaskan di Karbala, Umar bin Saad (panglima perang pasukan Yazid, anak kepada Saad bin Abi Waqash) sudah mendapat perintah untuk pergi ke sebuah daerah di Persia, dan menjadi gabenor di sana. Namun, Ibnu Ziyad memberikan tawaran lain, yakni membunuh Sayidina Husain. Tawar menawar antara Umar dan Ibnu Ziyad pun terjadi.
Umar bin Saad bimbang. Anaknya menceritakan bahwa Umar berkata, “Apakah aku akan pergi ke Karbala dan membunuh Husain? Jika aku melakukan itu, maka aku akan mendapatkan kekuasaan dan harta, serta dunia akan bergegas kepadaku. Akan tetapi di akhirat aku akan mendapat neraka Jahannam dan siksa Allah. Adapun jika aku tidak pergi ke Karbala, maka bagiku akhirat, kemuliaan surga, keridhaan Allah, namun aku tidak mendapatkan dunia.”
''Hubb ad-dunyâ'' (kecintaan kepada dunia) seolah merasukinya, dan ia berkata, “Di sana ada akhirat. Jika begitu, sekarang kita pergi ke Karbala dan membunuh Husain, lalu kita kembali ke Ray dan memegang kekuasaan di sana, dan setelah itu baru kita bertaubat.”
Di tengah pertempuran Karbala, Sayidina Husain berulang kali mengingatkan Umar atas apa yang akan dilakukannya. Sayidina Husain berharap agar manusia ini masih dapat memperoleh hidayah dari Allah. Sayidina Husain menawarkan segala yang Umar inginkan. Ketika Umar mengatakan, “Aku ingin memerintah di Ray.” Imam Husain berkata, “Aku harap engkau tidak memakan gandum dari daerah Ray, karena mereka akan memenggal kepalamu di tempat tidurmu.”
Singkatnya, Umar menolak tawaran Imam. Pertempuran di Karbala berakhir. Umar telah membunuh Sayidina Husain, cucu Nabi, dan menjalankan perintah Ibnu Ziyad dan Yazid. Mari kita mengingat kembali ucapan suci Imam Husain, “Barang siapa berusaha mencapai suatu urusan dengan kemaksiatan kepada Allah, maka dia akan semakin jauh dari apa yang diharapkannya dan semakin cepat kepada apa yang dikhawatirkannya.”
Umar bin Saad melapor dan berkata kepada Ibnu Ziyad, “Aku telah siap untuk berangkat ke Ray.” Ibnu Ziyad berkata, “Aku mendengar bahwa engkau melakukan pertemuan khusus dengan Imam Husain. Apa pentingnya engkau melakukan pertemuan dengan musuh?!” Umar menjawab, “Itu tidak penting. Aku telah menjalankan perintahmu untuk membunuh Husain dan telah aku kirim ke Syam. Sekarang, setelah semua ini, apa yang engkau inginkan?”
Ibnu Ziyad berkata, “Seharusnya engkau tidak melakukan pertemuan dengan Husain. Berikan kepadaku surat perjanjian mengenai kekuasaan Ray.” Ibnu Ziyad mengambilnya dan merobek-robek serta membuangnya. Umar berkata, “Wahai Ibnu Ziyad, engkau telah menghancurkanku.” Setelah kejadian ini, Umar selalu membacakan ayat: “Rugilah ia di dunia dan di akhirat, yang demikian itu adalah kerugian yang nyata” (QS. Al-Hajj : 11).
Umar mulai menjadi gila. Isteri dan anak-anaknya merungut. Mereka berkata, “Engkau menyebabkan kesengsaraan kami. Karena perbuatan kejimu, kami tidak boleh pergi ke luar rumah.” Setiap Umar berjalan-jalan kota, anak-anak melemparinya dengan batu dan mendapat hinaan dari orang-orang di sana.
Kemudian datang Mukhtar, khalifah Umayyah lainnya. Isteri Umar bin Saad adalah saudari Mukhtar(adik-beradik kepada isteri Umar). Kerana itu, isteri Umar mendapat surat jaminan keselamatan bagi suaminya. Mukhtar tahu bahwa Umar telah melakukan kejahatan besar di Karbala. Karenanya surat jaminan itu berbunyi: ''Umar bin Sa’ad dalam keadaan aman selama tidak menciptakan suatu perkara''
Mukhtar bangkit dengan dalih menuntut darah Karbala dan demi mengubati hati pengikut Imam Ali. Dalam sebuah majlis, Mukhtar memerintahkan anak buahnya untuk menyembelih dua putera Umar bin Sa’ad. Umar berkata, “Sungguh, pemandangan ini sangat menyakitkan aku.” Mukhtar berkata, “Ketika engkau memenggal kepada '' Ali Akbar '' di hadapan Imam Husain, apakah tindakan itu tidak menyakitkan?”
Mukhtar balik ke rumah dan memanggil dua pengawalnya. Mukhtar berkata, “Pergi dan bawa Umar ke hadapanku. Kalian harus berhati-hati. Jika Umar berkata akan mengambil baju, sungguh dia akan menipumu kerana dia sangat licik. Maka bunuhlah di sana.”
Kedua pengawal Mukhtar mendatangai Umar yang sedang tidur dan berkata, “Mukhtar menginginkan engkau wahai Umar!” Umar berkata, “Mukhtar telah memberikanku surat jaminan keamanan.” Umar menunjukkan surat itu. Pengawal mendapatkan isi surat dan berkata, “Kalimat ini mempunyai dua makna. Makna pertama selama tidak melakukan perkara maka aman. Sedangkan makna kedua selama tidak buang air maka aman.”
Umar berkata, “Mukhtar tidak menginginkan makna yang kedua.” Pengawal itu berkata, “Kami memahaminya demikian.” Lalu Umar berkata, “Ambilkan bajuku.” Pada saat Umar berkata seperti itulah kedua pengawal itu memenggal leher Umar bin Saad. Anak Umar yang melihat kejadian itu juga ikut dibunuh.
Imam Husain sudah berusaha menasihati Umar dan ucapan Imam terbukti dengan benar. “Barang siapa berusaha mencapai suatu urusan dengan kemaksiatan kepada Allah, maka dia akan semakin jauh dari apa yang diharapkannya dan semakin cepat kepada apa yang dikhawatirkannya.”
Abu Umâmah meriwayatkan: "Rasulullah saw. berkata kepada para istrinya, 'Janganlah kalian menangiskan anak ini-yaitu Husain.'"
Abu Umâmah melanjutkan: "Pada suatu hari, tibalah giliran Ummu Salamah. Kemudian Jibril turun dan Rasulullah masuk ke dalam rumah. Ia berkata kepada Ummu Salamah, 'Jangan engkau biarkan seseorang menemuiku.' Tidak lama kemudian, Husain datang. Ketika melihat Rasulullah saw. berada di dalam rumah, Husain hendak masuk. Ummu Salamah menggendong dan menimangnya sambil mendiamkan tangisnya. Ketika tangisannya semakin keras, Ummu Salamah melepaskannya. Kemudian Husain as. masuk ke dalam rumah dan duduk di pangkuan Rasulullah saw. Jibril berkata kepadanya, 'Sesungguhnya umatmu akan membunuh anakmu ini.' Nabi berkata: 'Mereka akan membunuhnya padahal mereka beriman kepadaku?' 'Ya, mereka akan membunuhnya', jawab Jibril pendek.
Lalu Jibril menyerahkan segumpal tanah kepada Rasulullah saw. seraya berkata, 'Dia akan dibunuh di tempat itu.' Setelah itu Rasulullah saw. keluar sambil menggendong Husain dan dalam keadaan muram dan duka. Ummu Salamah menyangka Rasulullah marah karena anak itu telah masuk. Ummu Salamah berkata kepadanya, 'Ya nabi Allah, aku jadikan diriku sebagai tebusanmu, sesungguhnya Anda telah berkata, 'Janganlah menangiskan anak ini. Dan Anda juga menyuruhku untuk tidak membiarkan seorang pun masuk menemui Anda. Tetapi Husain datang dan terpaksa aku membiarkannya.'
Rasulullah saw. tidak menjawab sepatah kata pun dan ia keluar menemui para sahabat, sementaranya tenggelam dalam kesedihan dan kedukaan. Kemudian ia berkata kepada mereka, 'Sesungguhnya umatku akan membunuh anak ini', sambil menunjuk Husain. Abu Bakar dan Umar segera bangkit dan bertanya kepadanya, 'Ya nabi Allah, mereka akan melakukan hal itu sedang mereka adalah orang-orang beriman?'
'Ya, inilah tanahnya', jawab Rasulullah saw. pendek."
Anas bin Hârist meriwayatkan: "Sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda, 'Sesungguhnya anakku ini-yakni Husain-akan dibunuh di tempat yang bernama Karbala. Barang siapa yang mengalami peristiwa itu nanti, maka hendaklah ia menolongnya.'" Ketika Husain berangkat menuju ke Karbala, Anas menyertainya dan ia meneguk cawan syahadah di haribaan Imam Husain.
Ummu Salamah meriwayatkan: "Suatu Hasan dan Husain bermain-main di hadapan Nabi di rumahku. Ketika itu Jibril turun. Ia berkata, 'Ya Muhammad, sesungguhnya umatmu akan membunuh anakmu ini sepeninggalmu.' Jibril memberi Isya'rat kepada Husain. Rasulullah saw. menangis dan langsung mendekap Husain, lalunya mencium tanah yang berada di tangannya. Ia berkata: "Aduhai Derita dan nestapa!'" Lalu Rasulullah saw. menyerahkan tanah itu kepada Ummu Salamah seraya berpesan kepadanya: "Jika tanah ini telah berubah menjadi darah, maka ketahuilah sesungguhnya anakku ini telah terbunuh." Ummu Salamah menyimpan tanah itu di dalam botol dan setiap hari menunggu-nunggu peristiwa itu terjadi. Ia berkata: "Sungguh hari di mana tanah ini berubah menjadi darah adalah hari yang agung."
Rasulullah saw. sendiri pernah bermimpi melihat seekor anjing yang berbercak bulunya tengah menjilat-jilat darahnya sendiri. Ia menakwilkan mimpi itu bahwa seorang laki-laki yang menderita penyakit kusta akan membunuh anaknya, Husain as. Dan terbukti bahwa yang membunuh Husain as. adalah seorang yang keji dan kotor bernama Syimr bin Dzil Jausyan. Ia memang menderita penyakit kusta.
Ini adalah sebagian hadis yang pernah disampaikan oleh Rasulullah saw. berkenaan dengan syahadah cucu kesayangannya, Imam Husain as. Dari hadis-hadis tersebut dapat disimpulkan bahwa betapa sedih dan duka Rasulullah saw. atas musibah yang menyayat hati itu.

wallahua'alam.
Syurahbil bin Qurath Adz-Dzahabi Al-Kilabi(Syimr), salah satu pelaku paling keji di Karbala. Suatu ketika setelah solat ia berdoa, “Ya Allah, Engkau tahu bahwa aku termasuk orang yang mulia, karena itu ampunilah aku.” Seseorang berkata kepadanya, “Bagaimana Allah akan mengampunimu, padahal engkau ikut membunuh cucu tercinta Rasulullah!”
Syimr menjawab, “Apa yang dapat kami lakukan? Ketika para pemimpin memerintahkan kami, tak ada lagi yang dapat kami lakukan selain mematuhinya. Bila kami menentang, nasib kami lebih buruk dari keledai-keledai itu.”
Sama seperti nasib Umar bin Saad, Mukhtar melakukan pembalasan terhadap para pembunuh di Karbala. Syimr pun dikejar sampai ke daerah Kiltaniah, Khuzistan. Di sana ia bertemu dengan pasukan Mukhtar. Syimr yang belum sempat berpakaian, segera menyerang. Abu Amrah berhasil membunuh Syimr; jasadnya dibuang dan menjadi santapan anjing liar.
Harmalah bin Kahil Al-Asadi yang membunuh Imam Husain. Ia juga dibunuh oleh pasukan Mukhtar. Mukhtar mengatakan kepadanya, “Celakalah engkau! Tidak cukupkah apa yang kau lakukan hingga sanggup membunuh seorang bayi dan menyembelihnya? Tidakkah kau tahu dia adalah cucu Rasulullah?!” Beberapa riwayat menyebutkan ia menjadi sasaran tembak panah pasukan Mukhtar.
Riwayat lain mengatakan bahwa Mukhtar berkata, “Syukur kepada Allah yang memberi aku kesempatan menuntut balas darimu!” Mukhtar memerintahkan untuk memotong kedua tangan dan kakinya, kemudian pedang panas ditempelkan ke leher Harmalah hingga putus.
ANTARA FAKTA LAIN.

wallahua'alam