Isnin, 21 Mei 2012

KENAPALAH BIARKAN HATI MENJADI HITAM DAN KOTAR(KERAS) ?



  

HATI ADALAH AMANAH yang wajib dijaga, sebagaimana kita menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat... Hati yang BERGELUMANG DENGAN DOSA akan menjadi hitam dan gelap.... Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat, akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa,. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu. Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)... Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:

"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa, dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)....

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras.. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan.. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu.. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat, atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ILMU ITU TIDAK MASUK KE DALAM HATI... Kalau pun kita faham, kita TIDAK ADA DAYA DAN KEKUATAN UNTUK MENGAMALKANNYA... Dalam hal ini Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74)....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan