WAHAI LELAKI, FAHAMILAH ERTI PERKAHWINAN
Perkahwinan menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi, Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah, Pun tidak setabah Fatimah...
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Menjadi solehah..
Perkahwinan, mengajar Kamu makna kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri menjadi ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu gurunya,
Isteri bagaikan anak kecil, Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu, Kamu teguklah sepuas-puasnya,
Saat Isteri menjadi racun, Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang rusuk yang bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya…
Perkahwinan, menyedarkan Kamu perlunya IMAN DAN TAQWA,
Untuk belajar meniti SABAR DAN REDHA,
Kerana Kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana,
Hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, menjadi solehah..
Kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajhah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..
WAHAI WANITA, KENALILAH LELAKI.....
1. Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya...
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong...
2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya...
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan...
3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala...
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.
4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka...
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat...
5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian...
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu...
6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan...
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya...
7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh...
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat...
8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai...
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa...
9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam...
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati...
10. Jika kamu mengirimkan kata-kata ini pada lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan