Ahad, 27 Mei 2012

BERHUJAH/MUZAKARAH PERLU ADA ADABNYA DAN ADA TUJUANNYA SERTA ADA HASILNYA....BUKAN UNTUK SYOK SESAMA SENDIRI...


Imam Syafie rahimahullah pernah berkata :-
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu.”....


Ada sahabat-sahabat yang suka berhujah, namun apabila berhujah, mestilah beradab bagi menjaga hubungan ukhuwah sesama Muslim...

1] NIAT BERHUJAH: Apakah niat anda ketika ingin berhujah? Adakah kerana ingin menunjukkan kehebatan diri, atau mengaibkan seseorang? Atau ingin menegakkan kebenaran? Anda sendiri tahu jawapannya... Fahamilah sebab musabab mengapa anda ingin berhujah terlebih dahulu.
2] ANGGAPLAH DIA SAHABAT: Penting bagi anda untuk ‘set’kan minda bahawa orang yang anda hujahi itu merupakan sahabat anda... Ini demi menjaga perhubungan dan ukhuwah sesama Muslim.. Dengan menganggap mereka sahabat anda, maka anda akan mudah memaafkan mereka andainya mereka tersilap kata atau tersalah bicara...
3] BERBAIK-SANGKA: Berbaik sangkalah terhadap orang yang anda hujahi... Mungkin persekitaran mereka yang menjadikan mereka sedemikian rupa... Atau mungkin juga atas kejahilan mereka, maka mereka berhujah sedemikian rupa...
4] KEMUKA HUJAH DENGAN FAKTA: Dengarilah hujah daripada pihak lain dan kemukakan hujah anda dengan sopan dan jangan memaksa orang untuk menerima hujah anda jika perkara tersebut merupakan perkara khilafiyah...
5] JANGAN EMOSI: Tenang ketika menjawab hujah dan berhujahlah berdasarkan fakta dan bukti, bukan atas sentimen dan tuduhan, serta emosi melulu... JANGAN TERKELUAR DARI TAJUK PERBINCANGAN...
6] RUJUKAN HUJAH: Gunalah kata-kata orang yang dipercayai, agar ia menjadi nasihat dan pedoman buat kedua-dua belah pihak... Kalau isu agama, sertakan dalil atau nas dari Al Quran dan Sunnah Nabi S.A.W....
7] NIAT MENCARI KEREDHAAN ALLAH: Ketika berhujah, nampakkanlah di depan mata syurga dan neraka... Ini bertujuan agar hujah yang dibawa sentiasa berfokus pada kebenaran, dalam mencari keredhaan Allah....

“SERULAH (MANUSIA) KEPADA JALAN TUHAN-MU DENGAN HIKMAH DAN PELAJARAN YANG BAIK, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik... Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”... [Surah Al Nahl : 125]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan