Sabtu, 26 Mei 2012

DIA YANG REDHA.....ADAKAH AKU BOLEH BUAT BEGITU....


MASA kini semakin berubah dan manusia telah terkeluar jauh dalam perjuangan untuk memartabatkan diri kepada Ilahi. Para pemimpin pula menujukkan pemikiran yang tidak waras dalam soal pentadbiran.Ada pula yang memegang kuasa untuk terus berkuasa mengaibkan seseorang individu demi kepentingan diri untuk terus berkuasa.

Tidak kurang juga ada pemimpin yang berkhidmat juang untuk agama ,bangsa dan negara semata-mata mengharapkan ganjaran ''Jihad''. Bagi sesetengah pemimpin.... kunonnya,mereka adalah orang yang penting dan layak berbicara,duduk minum sesama jawatan walaupun mereka tidak bersama haluan demi mengaburi mata rakyat......

Oleh yang demikian tidak hairanlah jika ada pemimpin yang sanggup berbuat apa saja sehingga sanggup merampas ''sesuap nasi''   dari rakyat yang mengharapkan ''sinar hidup yang seketika''....justeru itu lahirlah rakyat yang sebagai penjilat tulang dari sisa makanan pemimpin.....dan sebaliknya juga ada ''insan'' yang sanggup mengkritik atas dasar ''kemanusian dan ehsan''......


Allah SWT berfirman :
“Janganlah kamu katakan, bahwa orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati. (Tidak!) Bahkan dia itu tetap hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya” (Qs. Al-Baqarah : 154)

Inilah Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam.

Imam Syafie - Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

Imam Maliki- Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Imam Hambali- Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

Sufyan Ath-Thauri- Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said bin Jubair- Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al Bustami- Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

Abul Husin An Nuri- Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi- Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

dan yang paling sedih kisah Nabi Muhammad s.a.w yang mulia dibaling batu dan dihina di taif dan Nabi pun berdoa :

“Ya Allah, kepadaMu aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia..”

“Ya Allah, Tuhan orang yang di tindas, kepada siapa Engkau menyerahkan diriku ini? Kepada orang asing yang akan menyerang aku? Atau kepada musuh yang menguasai aku?”

“Sekiranya Engkau tidak Murka kepadaku, maka aku tidak peduli, namun Afiatmu sudah cukup buatku...”

“Samaada Engkau turunkan KemarahanMu kepadaku atau Engkau Murka kepadaku, kepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau redha.”

“Tiada sebarang daya untuk melakukan kebaikkan dan tiada upaya untuk meninggalkan kejahatan kecuali dengan (kehendak)Mu.

Banyak kepahitan yang perlu ditempuh oleh orang Mukmin untuk menempah syurga selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Syurga itu dipagari dengan kesusahan, manakala neraka dipagari dengan keseronokan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam Hadis Qudsi Allah berfirman:
"Pergilah kepada hambaku lalu timpakanlah ujian keatasnya keranaAku ingin mendengar Rintihannya"
(HR. Tabhrani dari Abu Umamah)

Allah SWT berfirman :
“Janganlah kamu katakan, bahwa orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati. (Tidak!) Bahkan dia itu tetap hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya” (Qs. Al-Baqarah : 154)

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, Padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar”. (Ali-Imran: 142),

“Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan ulil Amri). Kalau tidaklah kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu)”. (An-Nisa:83)

Pemimpin Islam yang sejati tuturkatanya, gerak geri dan sikapnya boleh di ikuti, selalu mengingatkan tentang tipu daya dunia,dan mengajak mereka mengutamakan akhirat.Dan dihormati oleh pengikutnya bukan kerana takut dengan hukumannya tetapi kerana keikhlasannya.  
jaksa kotaraja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan