Selasa, 20 Disember 2011

SANTAPAN ROHANI .. DOA UTK IBU DAN AYAH...


Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa.... Kasih mereka terhadap anak adalah kasih daripada titisan air mata dan titik peluh yang tidak mungkin terbalas... 

Kejayaan anak-anak adalah dengan usaha dan penat lelah ibu dan ayah, serta rahmat Allah Subhanahu wata'ala....

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

PENGURBANAN IBU MELAHIRKAN ANAK YANG HAFAZ AL QURAN....




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
SUATU KISAH DI MESIR…. Seorang suami menceritakan bagaimana isterinya mendidik 4 orang anak2nya menghafal Al Quran… “Saya hanya orang biasa, isteri saya juga surirumah biasa… saya mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an.. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma... Sebenarnya disebalik anak2 kecil itu, adalah seorang ibu yang sekuat seribu lelaki….”.. Ketika ditanya: “Bagaimana si ibu itu boleh lakukan semua itu?”...

Si suami menceritakan: “ … Ketika anak-anak itu mulai pandai bercakap, si ibu membimbing mereka menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka, “Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini…. Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita hendak pergi bersiar – siar nanti” …. Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si suami memuji isterinya….

Sebuah keluarga Muslim yang biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa... Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan bijak... Tetapi tentu perkara itu tidak mudah…. Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an, di dalam suasana persekitaran yang serba mencabar…. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan.. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuatannya sama dengan seribu lelaki.”

Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.

Dengan menanggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw,“Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.” (HR.Bukhari & Muslim)...

Perempuan yang dikenalkan kepada kita dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin….

Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar…. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara….

Di Negara kita juga, ada ibu2 yang hebat… apakah kaedah yang digunakan utk melahirkan anak2 sedemikian? KREATIVITI… Ibu di atas menggunakan pendekatan BERSAING sesama anak-anak, disamping PENGURBANAN si ibu dan si bapa juga…. Kita juga boleh menggunakan pendekatan2 lain, mengikut kesesuaian kita…. IBU DAN BAPA itu mungkin telah mengenepikan program2 hiburan di TV, dan media2 lain, daripada ditonton oleh mereka dan anak2…. Ada segelintir ibubapa, merekalah yang beriya-iya sangat hendak menonton program2 di TV… INGATLAH, AKHLAK IBUBAPA ADALAH CERMINAN PERIBADI ANAK-ANAK…. Semoga kisah di atas dapat kita jadikan teladan dan pengajaran…



Jumaat, 9 Disember 2011

RENUNGAN JUMAAT


Banyak ulama berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua...

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r.a. yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan Rasulullah s.a.w. menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu...

Abi Burdah bin Abi Musa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan...

PERHATIAN ...Gerhana Bulan Penuh - 10 Disember 2011



Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):

Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.

Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Video di bawah merupakan simulasi gerhana bulan yang dibuat menggunakan perisian Stellarium.

(Jika video tidak muncul, sila klik terus ke link youtube ini)





Gambarajah 1 di bawah ialah laluan bulan ketika ia bergerak di dalam bayang-bayang umbra dan penumbra bumi. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html)

Secara umumnya, bayang-bayang Bumi terbahagi kepada bahagian:

i. Penumbra– kawasan bayang-bayang bahagian luar, yang mana ia tidak begitu gelap dan agak sukar dilihat perbezaan warnanya apabila diamati dengan mata kasar.

ii. Umbra– kawasan bayang-bayang bahagian dalam, yang mana di sinilah kawasan yang paling gelap dan terlindung terus daripada pancaran cahaya matahari. Warnanya kemerahan kerana cahaya matahari terbias apabila ia melintasi kawasan atmosfera bumi, lalu menghasilkan cahaya kemerahan.





Gambarajah 1

Gambarajah 2, di bawah ialah peta dunia yang menunjukkan kawasan mana yang boleh lihat fenomena gerhana kali ini. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html).

Perhatikan keseluruhan Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) berpeluang melihat keseluruhan fasa gerhana dari awal hingga akhir





Gambarajah 2



Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.

Oleh itu jangan lepaskan peluang menyaksikan KESELURUHAN fasa Gerhana Bulan Penuh pada bulan Disember nanti.

Selamat Mencerap Gerhana!

Panduan Solat Gerhana Bulan boleh dirujuk di SINI

(sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu)

Info Bonus!

Fakta Menarik Menjelang Gerhana.

Fakta Suka-suka Menjelang Gerhana No 1:

Tidak seperti gerhana matahari, yang hanya boleh dilihat dari kawasan tertentu sahaja di dunia, Gerhana Bulan boleh dilihat dari mana-mana sahaja di sebelah malam Bumi.

Fakta Suka-suka Menjelang Gerhana No.2:

Gerhana Bulan Penuh boleh berlangsung selama beberapa jam, sedangkan gerhana matahari penuh berlangsung selama hanya beberapa minit sahaja di satu-satu tempat. Ini adalah kerana saiz bayang2 bumi (ketika gerhana bulan) lebih besar berbanding bayang2 bulan (ketika gerhana matahari)

Fakta suka-suka Menjelang Gerhana No.3:

Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.

Fakta suka-suka Menjelang Gerhana No.4 :

Gerhana Bulan boleh berlaku sehingga 3 kali setahun (maksimum). Namun, adakalanya tidak ada langsung gerhana bulan berlaku dalam jangkamasa setahun. Percaya atau tidak, gerhana matahari berlaku lebih kerap, iaitu 2-5 kali setahun namun kawasan yang dapat lihat gerhana matahari penuh itu sikit sahaja (beberapa kilometer lebar sahaja), manakala gerhana bulan boleh dilihat 1/2 daripada kawasan permukaan bumi!


Fakta suka-suka Menjelang Gerhana No.5:



Semua orang tahu, Bulan akan menjadi warna kemerah-merahan apabila ia memasuki ke dalam kawasan bayang-bayang umbra bumi. Namun, kadangkala pada kawasan sempadan berwarna merah itu, warna permukaan bulan akan kelihatan seperti kebiru-biruan dan turquoise (biru kehijauan)! Ini adalah disebabkan cahaya itu sedang melalui lapisan ozon bumi (yang mana lapisan ini menyerap warna merah, dan membenarkan warna biru melepasinya).

Bilakah ketika hendak melihat warna tersebut? Cuba tinjau-tinjau beberapa minit sebelum fasa gerhana penuh bermula, dan juga beberapa minit selepas fasa gerhana penuh tamat.

(Foto oleh Eva Seidenfaden of Trier, Germany, on March 4, 2007)



Fakta suka-suka Menjelang Gerhana No.6:



Jika di Bumi kita akan mengalami gerhana bulan, berlawanan pula kisahnya jika kita berada di Bulan ketika itu. Di Bulan, kita akan mengalami gerhana matahari pula!

Lebih menarik ialah cahaya matahari tidak akan hilang sepenuhnya. Ia akan diserakkan oleh lapisan atmosfera bumi dan kelihatan kemerah-merahan.

Bumi akan kelihatan seperti satu bulatan hitam dikelilingi oleh cahaya merah, yang menandakan waktu fajar dan senja di seluruh dunia!

Cahaya merah senja dan fajar itulah yang akan jatuh ke permukaan bulan, dan menjadikannya kemerah-merahan.

(Ilustrasi menunjukkan gerhana matahari yang dilihat DARI bulan. Credit & Copyright: Hana Gartstein)


Di bawah merupakan beberapa buah foto gerhana bulan yang berjaya dirakam sebelum ini oleh ahli forum Falak Online

 
Foto by William Chin

Link ke Forum untuk foto diatas.



 
Foto by Kayzack (LNO)

 
Foto by Shahrin

 
Foto by Aziz


 
Foto by Redzuan

Foto by William

Link ke perbincangan di forum untuk foto-foto di atas

Foto by William

Foto by Aziz

 
Foto by Aziz

Foto by Shahrin

Foto by CK. Lim

Link ke perbincangan forum untuk foto-foto di atas.



Foto by Shahrin

 

Rabu, 7 Disember 2011

Perancang Peruntuhan Masjid Babri Memeluk Islam




Kisah Peruntuh Masjid Babri Memeluk Islam

BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu.

Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.

Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu.

Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab ‘suci’ untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh.

Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang dengan baik oleh Prasad. Beliau memberi arahan dan latihan yang secukupnya kepada para pengikutnya seramai 4,000 orang itu bagi memastikan rancangan itu berjaya.

Satu tindakan yang melanggar undang-undang apatah lagi menghormati perasaan penduduk Islam yang lain.

Sedangkan masjid itu merupakan salah sebuah masjid terbesar di negeri Uttar Preadesh, utara India dengan bilangan umat Islamnya seramai 31 juta orang.

Pada hari kejadian itu, Prasad tidak sahaja menceroboh masuk malah berjaya memanjat kubah besar masjid dan bersama pengikut-pengikut yang lain mereka berjaya menawan masjid itu. Kemudian bersorak gembira apabila mereka akhirnya berjaya meruntuhkan kubah dan keseluruhan masjid tersebut.

Mereka melaung-laungkan perkataan “Ram! Ram!” sebagai tanda kemenangan kononnya masjid itu akhirnya berjaya jatuh ke tangan pelampau Hindu.

Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang kononnya masjid Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi memperingati tempat kelahiran tuhan mereka yang bernama Rama.

Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan masjid itu, Prasad dihantui perasaan bersalah sehingga begitu menekan jiwanya. Walaupun pada tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun ia tidak menjanjikan kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang amat besar.

Mungkin dengan keluar dari India, Prasad mengharap beliau tidak lagi diburu oleh perasaan bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di Sharjah salah sebuah negara anggota Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri dengan pekerjaan dan suasana yang baru di negara itu.




Kuasa Allah
Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan seorang diri di sebatang jalan di bandar Sharjah. Secara tiba-tiba beliau terdengar suara khatib dari sebuah masjid berhampiran. Menariknya, khutbah itu disampaikan dalam bahasa Urdu dan beliau dapat mengikuti khutbah itu dengan jelas.


Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya pemuda ini apabila sang khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, mampu mengubahkan hati-hati yang tidak mempercayai kewujudan-Nya selama ini.


Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang tenang menyelinap masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut satu beban besar yang selama ini menyebabkan fikirannya menjadi begitu serabut.


Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah dan membukakan hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang lazimnya sukar untuk diterima apatah lagi dapat dimaafkan.




Ya, pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mohammed Mustafa.


Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi.


Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang Prasad, terutama bapanya, Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh Parivar di mana seluruh puak itu terbabit secara aktif dalam usaha meruntuhkan Masjid Babri




Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan keluarga. Malah akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya dibuang oleh keluarganya sendiri. Beliau tidak dibenarkan pulang semula ke India, kalaupun dia pulang juga maka nyawanya akan terancam.


Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan pelbagai pertubuhan Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau meruntuhkan Masjid Babri turut marah dan mengancam untuk membunuhnya tanpa mengira masa dan tempat.




Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada tarikh yang sama kejadian runtuhan Masjid Babri itu, Prasad akhirnya sujud memohon ampun kepada Allah atas ‘kejahatan’ beliau terhadap Masjid Babri itu. Malah beliau berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon Allah mengampuninya yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu.


Walau apa pun ancamannya Prasad tetap teguhkan imannya terhadap Islam. Islam menjadikan beliau seorang manusia ‘baru’ yang dahagakan kebenaran sehinggakan dalam tempoh yang masih baru mengenal Islam beliau berjaya menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah dalam al-Quran. Malah beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu.


Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan orang lain termasuk ahli-ahli keluarganya sendiri.


“Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus sudah.


“Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di samping perbuatan saya itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam dan saya mahukan mereka juga memaafkan saya dengan sekurang-kurangnya saya membina semula apa yang telah saya runtuhkan,” ujarnya sayu.
                                                           ASAL MASJID AL BABRI SEBELUM DIMUSNAHKAN


                                                                          MASJID YANG DICADANG BINA SEMULA


TIBA-TIBA TERJAGA DARI TIDOR....APA PILIHAN KITA?


                                                                       gambar kiasan
..''Hai orang yang berselimut...''Bangunlah utk solat di malam hari, kecuali sedikit daripadanya....iaitu seperduanya, atau kurangilah dari seperdua itu sedikit... atau lebih dari seperdua itu..''Dan bacalah Al Quran dengan perlahan-lahan...
''Sesungguhnya Kami akan menurunkan..

Saat kita tidur nyenyak di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang berhawa dingin, dan kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba-tiba... Setelah mata terbuka, persekitaran diamati.. Belum subuh lagi ni, hati ''bermonolog'' sendirian... Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan kepastian.

 Ini antara yang berlaku ketika tidur di malam hari... mari kita renungkan apa yang berlaku setelah kita lihat baru pukul 3 pagi...Terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut... 

Mulakanlah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga... Malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita pada malam-malam seterusnya... Itulah caranya mengucap terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur, bukan mengomel penuh kekesalan... Tetapi alangkah baiknya solat tahajud dapat ditunaikan....


PILIHAN 1

 Kebanyakan kita akan bangun ke bilik air untuk buang air.. lepas itu balik ke katil semula, menarik selimut semula dan menyambung episod kedua yang tergantung separuh jalan (bergantung pada genre mimpi anda seram, seronok ,dan lain-lain). Bukan itu sahaja, hati turut merungut, Apasal la aku terbangun awal sangat;Terzahir sebuah kekesalan.... Kesal bangun awal? Nauzubillah....


PILIHAN 2
 Oh, baru pukul 3 pagi... Waktu macam ni doa makbul.. Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibubapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Kemudian sambung kembali ibadah tidur semula...


PILIHAN 3 
Sebaik menyedari sudah pukul 3 pagi, segera bangun untuk solat tahajud. Hadapkanlah diri kepada Allah saat 'mata-mata lain' terpejam rapat, rukuklah... saat hati kita masih tenang, sujudlah... saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia... dan berdoalah saat doa didengari Allah...Sesungguhnya Allah s.w.t. berada di langit dunia di sepertiga malam yang terakhir...(Hadith Nabi s.a.w.)...untuk mendengar doa dari hambaNya....


YANG MANA SATU PILIHAN KITA?


..Pilihan 1 atau Pilihan 2, atau Pilihan 3?.... . Firman Allah s.w.t. : ''Hai orang yang berselimut...''Bangunlah utk solat di malam hari, kecuali sedikit daripadanya....iaitu seperduanya, atau kurangilah dari seperdua itu sedikit... atau lebih dari seperdua itu..''Dan bacalah Al Quran dengan perlahan-lahan...''Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat... ''Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat utk khusyuk, dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.. (Al Muzammil ayat 1 - 6)

PAHALA YANG DAPAT DINIKMATI SELEPAS MATI.....


                                      

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya :... 

1) Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap mendapat pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya...
2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya..
3) Sesiapa yang menulis mushaf dan ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya...
4) Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya...
5) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung..
6) Ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya...
7) Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri...
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :...


a) Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)..
b) Ilmu yang berguna dan diamalkan...
c) Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya...


Selasa, 6 Disember 2011

PERSOALAN HUDUD ~Al-Ghamidiyah bertaubat




PADA suatu hari, selepas menunaikan sembahyang, Rasulullah didatangi seorang wanita yang bernama Ghamidiyah. Rasulullah pun bertanya tujuan wanita itu datang menemuinya.

"Apakah tujuan kamu menemuiku?" soal Rasulullah.

"Wahai Rasulullah, aku telah berzina. Oleh itu rejamlah aku," jawab Ghamidiyah.

Mendengarkan jawapan itu, Rasulullah memalingkan mukanya dari pandangan Ghamidiyah.

Ghamidiyah pun mendepani Rasulullah dan berkata: "Aku telah melakukan zina, wahai Rasulullah. Hukumlah aku mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh Allah kepada penzina sepertiku ini," kata Ghamidiyah.

Selepas Rasulullah berpaling sebanyak tiga kali, akhirnya baginda pun bertanya, "Sudah sampai ke tahap mana engkau berzina?"

"Sudah berzina, ya Rasulullah," jawab Ghamidiyah.

"Adakah kamu bercium dan berpelukan?" soal Rasulullah.

"Sudah berzina, ya Rasulullah. Hubungan kami sudah seperti hubungan suami isteri, dan sekarang aku sedang mengandung anak hasil daripada perbuatan zinaku. Hukumlah aku, wahai Rasulullah. Hukumlah aku mengikut hukum Allah, agar aku terlepas daripada hukuman Allah di akhirat kelak. Aku pohon agar dikenakan hukuman rejam ke atasku," kata Ghamidiyah lagi.

"Kau pulanglah dulu. Tunggu sehingga anak di dalam kandunganmu itu dilahirkan. Apabila engkau telah bersalin, barulah engkau datang menemuiku," nasihat Rasulullah.

Apabila telah cukup sembilan bulan 10 hari, maka lahirlah anak yang dikandung oleh Ghamidiyah. Sebaik sahaja sihat dan mampu berdiri, Ghamidiyah pun pergi menemui Rasulullah. Dia mengendong bayinya di dalam sehelai kain dan dibawa bersama.

"Wahai Rasulullah, aku sudah melahirkan anak ini. Sekarang, aku sudah bersedia untuk dihukum. Jalankan hukumanmu ke atas ku," kata Ghamidiyah.

Rasulullah memandang ke arah Ghamidiyah dan bayi di dalam dukungannya silih berganti. Kemudian baginda menjawab, "Kau pulanglah dahulu. Apabila bayi ini sudah mampu makan dengan menggunakan tangannya sendiri, barulah engkau datang menemuiku semula".

Ghamidiyah pun akur. Dia pulang kembali ke rumah. Bayi yang dilahirkan itu dipelihara dengan penuh kasih sayang sehingga bayi itu besar. Akhirnya dia sudah mampu makan dengan tangannya sendiri. Ghamidiyah pun pergi menemui Rasulullah buat kali yang ketiga, membawa bersama anaknya. Di tangan anak itu terdapat sekeping roti yang sesekali digigit dan dimamahnya.

"Wahai Rasulullah, lihatlah! Anakku ini sudah boleh makan dengan tangannya sendiri. Sekarang aku pohon kepadamu, hukumlah aku agar aku kembali suci untuk mengadap Allah yang maha Esa nanti," kata Ghamidiyah.

"Kau carikan sebuah keluarga yang rela menjaga anakmu ini apabila engkau sudah tiada kelak," kata Rasulullah.

Ghamidiyah pun mencarikan keluarga angkat untuk anaknya itu. Apabila telah ada orang yang sudi memeliharanya, maka Ghamidiyah pun menyerahkan anaknya itu. Kemudian dia kembali menghadap Rasulullah.

"Aku sudah selesaikan hal yang engkau perintahkan kepadaku. Sekarang, bolehlah aku dihukum," kata Ghamidiyah.

"Baiklah," kata Rasulullah.

Ghamidiyah pun dibawa ke tempat hukuman. Dia diikat di sebatang kayu. Orang ramai dikumpulkan di sekelilingnya. Akhirnya Rasulullah pun mengarahkan agar Ghamidiyah direjam.

Semua orang mencapai anak batu lalu dilontarkan ke arah wanita itu. Seorang sahabat Rasulullah mengambil sebiji batu yang besar lalu melontar ke arah Ghamidiyah sambil mencelanya.

"Janganlah engkau menghina dan mencerca Ghamidiyah. Sesungguhnya taubatnya itu diterima Allah. Sekiranya hendak dibandingkan taubatnya dengan taubat yang lain, taubat ini adalah lebih besar dari Gunung Uhud," kata Rasulullah.

Maka Ghamidiyah pun meninggal dunia akibat direjam.

15 JALAN MATI???



Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik ‘husnul khatimah’? Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari...

Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis R...iwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)
3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.



Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?
Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”

Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

Selasa, 29 November 2011

PAHALA WANITA BERSALIN.....


                                        
Wanita yang bersalin, kata Rasulullah dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji... Demikian mulianya pahala bersalin... Rasulullah s.a.w. memerintahkan kita memperbanyak zuriat untuk menguatkan umat ini... Malah Rasulullah s.a.w. menjanjikan, sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.. 


Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis, maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa.. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2.5 tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya...

Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur tidak selesa, kerana menjaga anaknya yang sakit, dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadah...

Selasa, 22 November 2011

SUAMI JANGAN AMBIL MUDAH....19 PERKARA



                                          
                                                            GAMBAR HIASAN...


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
SUAMI ISTERI adalah dua faktor penentu kebahagiaan keluarga... suami tidak boleh mengatakan isteri sahaja berperanan, dan isteri pun tidak boleh mengatakan suami sahaja berperanan.. Kedua2nya mesti saling tolong menolong, dan bantu membantu... Namun SUAMI, sebagai KETUA KELUARGA, mempunyai peranan dan tanggungjawab yang lebih berbanding isteri... Apakah daya-usaha dan inisiatif suami:-

1. Hargailah usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja...sama2 keluar pagi dan balik petang..sama2 menjaga anak2, dan sama-sama terpaksa menanggung hutang rumahtangga...

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin...

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja....

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari kamu juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak, sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila merasa tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga...

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan habiskan semua, sampai giliran isteri, yang tinggal cuma ekor ikan, janggut sotong dan kaki ketam sahaja...

8. Kalau nak ajak rakan2 bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak dan mengemas rumah. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang, sedangkan rumah dalam keadaan tidak kemas....

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri... Bercakap dengan mereka, gunakan bahasa yang sopan, macam masa nak mengurat isteri anda dulu.. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau...

11. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga...

12. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda... Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong...

13. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?...

14. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja...

15. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja... Kalau kamu sakit nanti, siapa yang kena jaga kamu?...

16. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan yang penting dibuat... Berbincang dan berunding (musyauwarah) adalah kaedah yang terbaik.... Maknanya ada timbangrasa dan saling menghargai.... ISTERI PULA JANGANLAH AMBIL KESEMPATAN ATAS KESEDIAAN SUAMI nak minta pendapat... suami tetap Ketua Keluarga...KALAU PENDAPAT SUAMI DAN KEPUTUSANNYA TIDAK BERCANGGAH DENGAN SYARA', IKUT SAHAJA...

17. Dalami soal2 agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga...

18. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka... Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali...

19. JIKA isteri merajuk atau berkecil hati, minta maaf... kalau perlu dipujuk, pujuk... Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi besar kepada isteri...
MOGA-MOGA ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA MERAHMATI DAN MEMBERKATI KELUARGA KITA...

Ahad, 20 November 2011

ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH



Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.?? Oleh kerana terlalu sayangkan kita, sehingga ibu menjadi mangsa kemarahan ayah tanpa disedarinya....Seringkali ayah bertanya pada ibu apakah kita lakukan aktiviti seharian kita...tak lupa juga bertanyakan bahawa ''anak tu dah makan ker..dan apa yang dimakan..''

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..malah siap bersoal jawab setelah kita pulang...kita merasakan satu kebosanan ketika itu.....

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak,(jika perlu hingga sanggup berhutang tanpa diketahui sesiapa )beliau tetap memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..bagi yang putra sering ayah menasihati tentang adat berkeluarga serta tanggungjawab sebagai ketua ....

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk..Disaat ini pasti kita amat terasa......Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita hanya menampakkan gusi bila tersenyum akan kehadiran kita...



Kini hanyalah suatu kenangan yang tinggal dalam ingatan dan akan berputar ke genarasiku...Jika kasih ibu adalah murni...Rupanya kasih ayah adalah sungguh sejati....Oh ayah .....tak sangka akan kasihmu terhadapku....... 

Sabtu, 19 November 2011

KEPADA YANG INGINKAN PELARIS PENIAGAAN....

                                                                                                  Gambar Hiasan...



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
SEMUA ORANG YANG BERNIAGA MAHUKAN PERNIAGAANNYA MAJU dan beroleh keuntungan...Tidak ada orang berniaga yang mahukan kerugian... Adat berniaga mahukan perniagaan yang laris... Oleh itu ramai yang menggunakan pelbagai jenis pelaris perniagaan sebagai salah satu strategi untuk melariskan barang jualan, atau menarik ramai pelanggan... Antara pelaris yang sedia maklum digunakan dalam perniagaan:-

1- Dengan menggunakan tangkal, menggunakan jampi, mentera serapah dan sebagainya..
2- Dengan menggantung ayat2 suci al-Quran
3- Dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan zikir tertentu sebagai amalan
4- Menggunakan pelaris fizikal seperti kedai yang cantik, pekerja yang cantik, konsep yang unik dan sebagainya.

Persoalannya, adakah penggunakan pelaris ni dibolehkan?

Cara yang pertama: Menggunakan pelaris perniagaan adalah harus selagi ia tidak bertentangan dengan Islam… Pelaris seperti meminta bantuan jin matau iblis atau syaitan, tangkal, mentera dan sebagainya, yang nyata adalah syirik, sudah pasti bertentangan dengan kehendak Allah SWT. Pelaris cara itu tidak dibolehkan malah haram untuk diamalkan….Auf bin Malik r.a. berkata: Kami pernah menggunakan jampi mentera ketika jahiliah dahulu. Lalu kami bertanya: Ya Rasulullah saw, apa pendapat tuan tentang perkara ini? Baginda menjawab: Kemukakan pada ku mentera kamu itu. (Kemudian dibacakan mentera itu oleh sahabat). Baginda menjawab: "Tidak mengapa jampi mentera itu selagi tidak mengandungi syirik. Rasulullah saw juga membenarkan seorang sahabat yang berdoa bukan dari sumber al Quran, asalkan kalimatnya tidak bercanggah dengan syara'...."....

Cara kedua dan ketiga: Menggantung ayat-ayat suci al-Quran.. walaupun yang digantung itu Ayat Kursi ke, ayat 1000 dinar ke, sejuta dinar ke, tak ada gunanya jika tuan yang berniaga tidak menghayati dan tidak mengamalkan ayat-ayat yang digantung.... Perbuatan sebegini tak ubah seperti menggantung tangkal saja… Ia seolah-olah meminta vitamin dari nutrition, tapi tak ditelan, sebaliknya cuma bawa vitamin itu ke mana-mana… adakah dapat manfaat? Sebaiknya ialah mengamalkan ayat-ayat tersebut dengan membaca, memahami makna dan mengamalkan isinya dan berharap kepada bantuan Allah SWT semata-mata.

Cara keempat: Adalah benda yang biasa digunakan… dan dibenarkan selagi tidak melanggar syarak... Umpamanya rekabentuk kedai yang menarik, ada TV skrin besar, persekitaran yang bersih, pekerja-pekerja yang cantik dan berpakaian kemas, serta menutup aurat.... Contoh melanggar syarak ialah seperti menjual minuman keras ( bagi peniaga Islam ), menganjurkan hiburan terlampau, menggunakan gadis seksi dan sebagainya…


Namun, dalam senarai itu ada lagi satu amalan pelaris yang jarang disebut-sebut. Amalan inilah yang diamalkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, para sahabat malah sebahagian ahli2 perniagaan Islam... Amalan tersebut ialah BERSEDEKAH... Amalan ini bukan saja dilakukan oleh ahli perniagaan Islam, malah yang bukan Islam juga banyak menderma kerana mereka mempercayai konsep “the more you give the more you get“.. Sekiranya anda masih tercari-cari pelaris yang sesuai untuk memajukan perniagaan, nah sekaranglah peluangnya... bersedekahlah

~jaksa kotaraja

Jumaat, 18 November 2011

Pelaksanaan Hukum Qisas dan Hudud Pada Zaman Rasulullah SAW


Tangungjawab Melaksanakan Hukum Allah

Terdapat beberapa ayat di dalam al-Quran yang begitu jelas menunjukkan bahawa umat Islam diwajibkan melaksanakan hukum Allah di atas muka bumi ini:

1. “Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-Kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka itu dengan apa yang telah diturunkan Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikuti kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari kebenaran yang telah datang kepadamu. Bagi tiap-tiap umat yang ada diantara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti), dan jika Allah mengkehendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu.” (al-Maidah, 5:48)

2. “Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan Allah dan janganlah engkau menurut hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari suatu hukum yang telah diturunkan Allah kepadamu.” (al-Maidah, 5;49)

3. “Kesudahannya Kami jadikan engkau (Wahai Muhammad) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama, maka turutlah syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang yang tidak mengetahui.” (al-Jathiah, 45:18)

4. “Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu tetapi setelah mereka berselisihan, Allah mengutuskan Nabi-Nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang engkar dengan balasan azab neraka), dan Allah menurunkan bersama-sama Nabi-Nabi itu kitab-kitab suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perlisihkan (al-Baqarah, 2:213)

5. “Sesungguhnya kami menurunkan kepadamu wahai Muhammad kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.” (an-Nisa’, 4:105)

Kesan keengganan melaksanakan hukum Allah dapat dilihat dengan jelas di dalam ayat-ayat berikut:
1. “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (al-Maidah, 5:47)

2. “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (al-Maidah, 5:45)

3. “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.” (al-Maidah, 5:44)


Pembahagian Kesalahannya:
Di dalam Islam, secara umumnya, Kesalahan Jenayah Syariah terbahagi kepada tiga kelompok besar iaitu Jenayah Qisas, Jenayah Hudud dan Jenayah Ta’zir.

· Jenayah Qisas mengandungi kesalahan-kesalahan membunuh, mencedera dan menggugurkan janin.

· Jenayah Hudud mengandungi kesalahan-kesalahan melakukan zina, menuduh zina, mencuri, merompak, meminum arak, murtad dan menderhaka.

· Jenayah Ta’zir mengandungi pelbagai kesalahan selain dari kesalahan-kesalahan qisas dan hudud, atau kesalahan-kesalahan qisas dan hudud yang didapati tidak sempurna syarat dan rukunnya (untuk bacaan lanjut, sila rujuk ‘Abd al-Qadir ‘Audah, vol:2)

Asas Pembalasan:
Kesalahan-kesalahan qisas dan hudud merupakan kesalahan-kesalahan yang sudah ditetapkan pembalasannya menerusi al-Quran dan Sunnah atau Sunnah sahaja. Jenis dan kadar pembalasannya tidak dapat ditukarganti atau dikurang atau dilebihkannya. Kesemuanya adalah berdasarkan kepada ketentuan nas.

Di dalam kesalahan ta’zir, jenis dan kadar pembalasan diserahkan kepada budi bicara hakimmenentukannya dengan tertakluk kepada beberapa syarat. Justeru, pembalasannya tidak tetap dan boleh berubah-rubah mengikut pendapat hakim yang disesuaikan dengan kedudukan diri pesalah dan tahap atau jenis kesalahan yang dilakukannya.


Perlaksanaan Pembalasan:
Pembunuhan


Kesalahan membunuh dengan sengaja boleh membawa kepada hukuman mati (iaitu qisas atau bunuh balas) ke atas pesalah jika sabit kesalahannya dan dia tidak mendapat pengampunan daripada ahli waris mangsa. Pembalasan ini telah dilakukan Rasulullah SAW di dalam kes kematian seorang remaja perempuan Yahudi yang dihentak kepalanya dengan seketul batu secara sengaja oleh seorang lelaki Yahudi dan kes kematian seorang mangsa pembunuhan yang ditemui terlantar di antara dua buah kampung.


(Riwayat ‘Abd al-Razzaq, 9:279, 10:15, 22, 27, 101: al-Bukhari, 12:198, 213; Muslim, 3:1299; Abu Daud, 12:232, 233, 235, 257-259, 267-269, al-Nasa’I, 8:21,22: al-Tirmidhi, 4:542, 545; Ibn Majah, 2:889, 897. Dan Ibn Abi Syaibah, 6: 362, 364, 366, 390, 407, 420 dan lihat juga Ibn al-Talla’, h.13).

Mengenai bayaran pampas an nyawa (diyah) dapat dilihat di dalam kes Sahl bin Abi Hathmah yang terbunuh di Khaibar.

(Riwayat al-Bukhari, 12:229; Muslim, 3:1291; Abu Daud, 12:241-253, 290; al-Nasa’I, 8:12; al-Tirmdhi, 4:549. 561, 567-569; Ibn Majah, 2:892-893; Ibn Abi Shaibah, 6:369, 409).

Kecederaan
Pembalasan dalam kesalahan ini ialah qisas kecederaan jika kesnya sabit sebagai kes sengaja, di antaranya, telah dilaksanakan Rasulullah SAW di dalam kes seorang lelaki yang dengan sengaja menikam kaki mangsanya dengan tanduk dan kes Rubaiyya’ bin al-Nadr yang memukul muka seorang remaja perempuan menyebabkan patah gigi hadapannya.

(Riwayat ‘Abd al-Razza, 9:452, 453, 453; al-Bukhari, 12:223, Abu Daud, 12:333; al-Tirmidhi, 4:562; Ibn Abi Shaibah, 6:405, 447 dan lihat juga Ibn al-Talla’, h.20 ).

Terdapat dua kes di mana baginda hanya mengenakan bayaran pampasan sahaja disebabkan pembalasan qisas kecederaan tidak dapat baginda melaksanakannya ke atas pesalah, seperti kes seorang yang telah dicederakan tangannya sehingga putus pada pertengahan lengannya dan kes seorang yang dicederakan pada bahagian mukanya.
(Riwayat Ibn Majah, 2:880, 881, 883).


Pengguguran
Kesalahan pengguguran mengakibatkan pesalahnya menanggung pembayaran ghurrah kepada waris mangsa. Baginda telah memutuskan pembalasan ini di dalam kes seorang perempuan daripada Bani Huzail yang keguguran janin akibat dipukul oleh pesalah yang juga seorang perepmpuan.

(Riwayat Malik, 533; ‘Abd al-Razzaq, 10:56-62; al-Bukhari, 12:246-247, 252; Muslim, 3:1309; Abu Daud, 12:311-317, 319; al-Nasa’I, 8:21-22; al-Tirmidhi, 4:554, 555; Ibn Majah, 2:882: Ibn Abi Shaibah, 6:338, 340, lihat juga Ibn al-Talla’, h. 15; Ibn Qudamah, 9:535; ‘Abd Qadir ‘Audah, 2:299).

Didalam kesalahan-kesalahan Hudud pula:
Zina

Kesalahan zina membawa hukum rejam jika penzinanya seorang yang muhsan. Pembalasan ini telah dilaksanakan baginda di dalam empat kes, iaitu kes Ma’iz al-Aslami, al-Ghamidiyyah, kes sepasang orang yahudi dan kes al-‘Asif (seorang pembantu rumah lelaki yang berzina dengan isteri tuannya). Tidak terdapat riwayat yang menunjukkan baginda mengenakan hukuman mati ke atas pesalah liwat.

(Riwayat Malki, 3: 77, 78-81, 82-85, 86, 87, 91-94; ‘Abd al-Razzaq, 7:315-318, 320-322, 324, 325; al-Bukhari, 12:117, 121, 128, 129, 135, 136, 137, 156, 166, 172; Muslim, 3:1317, 1320, 1325, 1326; Abu Daud, 12:99-105, 108, 110-113, 118-119, 122, 123, 128-130, 131-132, 138-140, 145, 169-170; al-Tirmidhi, 4:576, 577-580, 582-584, 587, 588, 589, 595; Ibn Majah, 2:852, 854, 855; Ibn Abi Shaibah, 6:486, 550, 551-554, 557-558. Lihat juga al-Shaukani, 6:285, 7:86, 92, 95, 96).

Sementara pembalasan 100 kali sebat dikenakan ke atas pesalah bukan muhsan. Pembalasan ini Baginda SAW laksanakan di dalam kes seorang lelaki yang telah sabit berzina dengan seorang perempuan. Menurut hadis tersebut, pada mulanya baginda mengenakan pembalasan sebat sahaja ke atas pesalah tersebut berdasarkan maklumat awal bahawa dia bukanlah seorang muhsan, tetapi apabila ternyata bahawa dia seorang muhsan Baginda mengeluarkan arahan supaya dia direjam.
(Riwayat Abu Daud, 12:20-121, 161, 162. Lihat al-Shaukani, 7:87).

Qadhaf
Kesalahan qadhaf boleh menyebabkan hukuman sebat sebanyak 80 kali ke atas pesalahnya. Ini telah dilaksanakan Baginda SAW di dalam kes fitnah terhadap isterinya ‘Aisyah r.a yang telah dituduh melakukan perbuatan curang dengan lelaki sesudah tamat peperangan Bani Mustaliq. Ketiga-tiga pesalah berkenaan, Hassan bin Thabit, Mistah bin Uthathah dan Hamnah bint Jahsh, dikenakan sebatan had qadhaf oleh baginda.
(Riwayat al-Nasa’I, 6: 171; Abu Daud, 12:173, 174; Ibn Majah, 2:859. Lihat Ibn al-Talla’, h. 31).


Curi
Kesalahan curi, jika sabit, boleh menyebabkan pesalah dikenakan pembalasan had potong tangan kanan dari pergelangannya. Di antara beberapa kes yang menunjukkan baginda telah melaksanakan pembalsan had potong tangan ke atas pesalah ialah kes kecurian barangan Safwan bin Umaiyyah, kes kecurian jubah seorang wanita, kes kecurian perisai besi, kes kecurian topi besi dan kes kecurian barang pinjaman oleh seorang perempuan suku Makhzumiyyah yang bernama Fatimah binti al-Asad, termasuk kes-kes lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari.

(Riwayat Malik, 3:56-58; ‘Abd al-Razzaq, 10:188, 235, 236; al-Bukhari, 12:97; Muslim, 3:1312, 1313, 1316; Abu Daud, 12:23, 53, 66, 86, 89; al-Nasa’I, 8:68, 69, 70, 72, 73-75 dan Ibn Majah, 2:849, 851, 862, 863, 865, 866; al-Tirmidhi, 4:597-598, 5: 3-4, 6; Ibn Abi Shaibah, 6: 463, 466, 475, 485, 528, 529 dan lihat juga al-Shaukani, 7: 129).

Rompak
Kesalahan ini akan membawa hukuman bunuh dan salib jika pesalah membunuh mangsa dan merampas hartanya, atau hukuman bunuh sahaja jika tidak merampas hartanya, atau hukuman potong tangan dan kaki berselang seli jika pesalah merampas hartanya, atau dibuang daerah sahaja jika dia hanya menakutkan para pengguna jalanraya. Pembalasan ini pernah baginda lakukan di dalam kes sekumpulan orang dari ‘Ukl dan ‘Urainah yang dating ke Kota Madinah, mengisytiharkan pengislaman mereka, tetapi kemudiannya, apabila mereka berada di luar kota itu di satu kawasan bernama al-Harrah, mereka keluar dari agama Islam dan menjadi murtad, mereka merampas unta-unta baginda serta membunuh kesemua pengembalanya, lalu baginda bertindak mengerat tangan dan kaki mereka, membutakan mata mereka dan membiarkan mereka di dalam keadaan sebegitu sehinggalah mereka mati di kawasan itu. Tindakan baginda ini berlaku sebelum turunnya ayat 33 dari surah al-Maidah yang berkaitan pembalasan merompak.
(Riwayat ‘Abd al-Razzaq, 10:106-108, al-Bukhari, 12:109, 111, 112; Muslim, 3:1296-1298; Abu Daud, 12:20-22, 23, 27, 28; al-Nasa’I, 7:94-98, 105; Ibn Majah, 2:861 dan lihat al-Shaukani, 7:151).

Minum arak

Kesalahan ini mengakibatkan hukuman sebat ke atas pesalah sebanyak 40 kali. Perlaksanaan hukuman di dalam kes ini telah dilakukan Baginda terhadap seorang lelaki yang sabit kesalahannya, lalu Baginda menyebatnya sebanyak 40 kali dengan dua pelepah tamar (riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan al-Tirmidhi).

Tetapi Khalifah ‘Umar bin al-Khattab menambahkan 40 sebatan lagi, berdasarkan ijtihadnya, menjadikan bilangannya sebanyak 80 sebatan, tanpa mendapat bangkangan daripada para sahabat pada waktu itu. Ini menjadikan pembalasan 80 sebatan itu sebagai ijmak para sahabat.
(Riwayat ‘Abd al-Razzaq, 9:246, 247, 270; al-Bukhari, 12:63-66, 75; Muslim, 3:1330; Abu Daud, 12:178, 180, 182, 183, 197; Ibn Majah, 2:858, 859, Ibn Abi Shaibah, 6:503, 504 dan lihat juga al-Shaukani, 7:138, 139).

Murtad

Pembalasan di dalam kesalahan ini ialah hukuman mati berdasarkan Hadis Qauli dan tindakan baginda terhadap sekumpulan orang dari ‘Ukl dan ‘Urainah. Rujuk ulasan di dalam kes rompakan (sebelum ini) dan kes Abu Musa al-Ash’ari yang membunuh seorang Yahudi kerana murtad di Yaman pada masa Rasulullah SAW disaksikan oleh Mu’az bin Jabal.
(Riwayat al-Bukhari, 12:268; Muslim, 3:1296-1298; Abu Daud, 12:8, 10, 11; al-Nasa’I, 7:105. Lihat al-Shaukani, 7:151).

Penderhakaan

Pesalah di dalam kesalahan ini wajib diperangi sehingga kalah atau meletak senjata atau dibunuh jika mereka tidak menyerah diri. Kes ini hanya berlaku pada zaman Khalifah ‘Ali bin Abi Talib k.w. di dalam dua peperangan, iaitu peperangan Jamal (656M) dan al-Siffin (657M). Di dalam peperangan pertama beliau ditentang oleh ‘Aishah r.a (isteri baginda Rasulullah SAW) dan di dalam peperangan kedua beliau ditentang oleh Mu’awiyah bin Abi Sufyan (gabenor Sham) dan kumpulan Khawarij (selepas peperangan itu) apabila mereka keluar dari kumpulan yang penyokongnya
(al-Shaukani, 7:157, 158)

~Wallahu'allam

Khamis, 17 November 2011

jenazah rasullullah cuba dicuri

..selamatkan aku daripada dua lelaki ini" sambil baginda menunjukkan dua orang lelaki.Panglima Nurudin Zankiy terjaga daripada mimpi dalam keadaan resah.Lantas beliau mengerjakan solat malam kemudian menyambung tidurnya.Namun pada malam itu, baginda telah bermipi rasulullah s.aw sebanyak tiga kali.Mimpi ..

Kisah bermula pada suatu hari seorang pemerintah Islam iaitu Panglima Nurudin Zankiy telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w.Siapakah Panglima Nurudin Zankiy ini? Beliau merupakan bapa kepada panglima agung islam iaitu Salahuddin Al-Ayubi.Panglima Nurudin Zankiy ni seorang pemerintah yang soleh.

sambung mimpi..
Panglima Nurudin Zankiy telah bermimpi bertemu dengan rasulullah s.a.w yang datan meminta pertolongan beliau.Dalam mimpi itu rasulullah s.a.w berkata :'Tolonglah aku, selamatkan aku daripada dua lelaki ini" sambil baginda menunjukkan dua orang lelaki.Panglima Nurudin Zankiy terjaga daripada mimpi dalam keadaan resah.Lantas beliau mengerjakan solat malam kemudian menyambung tidurnya.Namun pada malam itu, baginda telah bermipi rasulullah s.aw sebanyak tiga kali.Mimpi ini sudah pasti merupakan satu petunjuk kerana syaitan tidak dapat menyerupai rasulullah s.a.w untuk menganggu manusia melaui mimpi!!
p/s-bertuah dapat berjumpa rasulullah s.a.w


Setelah yakin dengan mimpi beliau merupakan satu petunjuk,lalu beliau mengumpulkan menterinya dan meminta pendapat mereka berkenaan mimpi beliau.Mereka mencadangkan untuk segera bertolak ke Madinah.Panglima Nurudin Zankiy pun segera bertolak ke Madinah bersama 20 orang pengawal dan beberapa orang menterinya serta sejumlah harta yang banyak.Setibanya di Madinah beliau terus menuju ke makam rasulullah s.a.w dan berteleku di hadapan makam rasulullah s.a.w agak lama.Gabenor Madinah ketika itu diminta menghadap Panglima Nurudin Zankiy dan bertanyakan tentang khabar penduduk madinah.

Misi mencari bermula!!!
Penduduk Madinah dikumpulkan untuk bertemu Panglima Nurudin Zankiy. Beliau bertemu
penduduk Madinah sambil mengagih-agihkan harta beliau kepada mereka sebagai hadiah.Dalam pada itu, beliau tidak lupa mencari dua orang lelaki yang ada dalam mimpi beliau.Setelah semua penduduk Madinah pulang beliau masih tidak melihat dua orang lelaki itu.
Setelah ditanya, gabenor Madinah memaklumkan masih terdapat dua orang lelaki yang belum bertemu Panglima Nurudin Zankiy.Beliau dimaklumkan kalau dua orang lelaki itu merupakan jemaah haji yang datang dai Maghribi.Kedua-lelaki itu merupakan orang yang soleh dan dihormati oleh pendudk Madinah. Kemudian dua oarng lelaki ini dibawa menghadap Panglima Nurudin Zankiy dan alangkah terkejutnya baginda apabila mendapati wajah kedua lelaki tersebut sama seperti dalam mimpi beliau !!!
Mula menyiasat!!!

Panglima Nurudin yang berasa ragu-ragu ingin menyiasat dengan lebih lanjut.Beliau pun lau mengadakan suatu majlis ilmu dan kedua-dua lelaki tadi diundang sebagai tetamu khas.Semasa majlis berlangsung ,panglima Nurudin mengarahkan tenteranya menyiasat kediaman kedua lelaki tadi yang tinggal bersama.Terdapat rak dan mushaf-mushaf Al-Quran di dalam rumah itu.Setelah semua bahagian rumah digeledah tiada apa-apa yang mencurigakan ditemui.Panglima Nurudin tidak berpuas hati. Tiba-tiba baginda terlihat sebuah tikar yang terbentang di satu sudut rumah.Di bawah tikar itu terdapat sebuah lubang yang boleh memuatkan seorang manusia untuk masuk ke dalamnya.Setelah disiasat,alangkah terkejutnya baginda apabila mendapati terowong itu menuju ke makam rasulullah s.a.w!

Rahsia terbongkar..
Kedua-dua lelaki tadi ditangkap dan mengaku bersalah ingin mencuri jenazah rasulullah s.a.w.Kedua-duanya merupakan panganut agama Nasrani (Kristian) yang berpura-pura datang untuk menunaikan haji.Mereka diutus oleh Raja Nasrani di Eropah untuk melaksanakan tugas keji ini.Panglima Nurudin berasa sangat marah lalu keduanya dijatuhi hukuman penggal kepala sampai mati dan mayat mereka dibakar.Semenjak kejadian ini makam rasulullah s.a.w dijaga dengan penuh perhatian.

Kisah ini telah diceritakan oleh Sejarawan Ali Hafidz dalam Kitab Tarikh Al-Madinah Al-Munawwarah era Bani Abbasiyah dimana ketika itu kerajaan islam lemah sekitar tahun 1164 Masihi atau 557 Hijrah.

" janganlah kamu mengambil Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman kamu di dunia.."
SURAH al-Imran..

Rabu, 16 November 2011

BILA ISTERI BERLETER....


                                       
                                                                          <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<  GAMBAR HIASAN>>>>>>>>>>>>>

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Malam itu, suami masuk tidur awal…letih…isteri dan anak2 masih kat luar.. tiba2, tersentak suami mendengar suara isteri kat luar, ”Isy, isy, isy… dah masuk tidoq rupenye.. lampu depan tak tutup, tv tak tutup, kipas angin tak tutup, anak kecik dok main sorang2… nanti bil letrik naik, dia juga bersungut, pasai apa bil letrik tinggi, awat tak jimat letrik… pintu pagar pun tak kunci, kalau kawaq (pencuri) mai, dicoleknya anak kita ni, kan heboh 1Malaysia…bla…bla…bla…”… Kenapa isteri berleter? Ada lagi contoh2 berikut:-

1) Isteri merungut-rungut kerana anak-anak kita tak mahu dengar cakapnya…suruh mandi, buat tak tahu… suruh solat, suruh baca buku, suruh ngaji Quran….semua buat tak tahu…suruh makan, cepat pulak… tambah lagi kalau ada ayam goreng ….

2) Isteri membebel kerana tuala mandi yang suami pakai tadi tersepok di atas katil, stokin suami bersepah-sepah di bawah sofa….

3) Isteri geram kerana misai dan janggut yang suami "trim" di depan cermin di atas meja "soleknya" itu tidak suami bersihkan....

4) Kunci kereta, suami campak je di atas meja depan… Isteri risau, esok pagi dia juga yang kelam kabut mencarinya kerana telah dibaling ke tempat lain pula… oleh anak kecil kita…

5) Isteri telefon suruh beli mee bandung balik ofis nanti, suami balik lenggang tangan je..… Bila nampak muka isteri, barulah suami tepuk dahi..”Maaf lah yang, abg lupa lahhh..”…Bila isteri Tanya masa telefon tadi, “Abg boleh ingat ke?..” Kita jawab, “Ok….” Lepas tu lupa habis….


Isteri sayang kepada suami… Dia amat perihatin akan tingkah laku suami... Dia mahukan suami menjadi seorang suami mithali baginya dan anak-anaknya. Dia mahukan setiap tingkah laku suami boleh menjadi ikutan oleh anak-anaknya. Paling kurang dia akan menggunakan kebaikan tabiat suami semasa dia memberi nasihat kepada anak-anaknya.

"Aiman, cuba ikut macam abah…abah gantung baju dan seluarnya dengan kemas di rak baju tu selepas balik dari kerja. Kan ke senang nak pakai esok pagi nanti. Tak le kelam-kabut sangat... ini macam kapal karam aje bilik ni ....."..


Oleh itu, bila isteri berleter, semak diri kita. Betul tak apa yang dileterkan itu? Jika betul, bersabarlah,niatlah dalam diri kita untuk berubah demi kesukaan dan kesenangannya jua. Baginda Rasulullah S.A.W. pernah bersumpah untuk mengharamkan makan madu atas dirinya semata-mata untuk menyukakan hati isterinya. Namun ditegur oleh Allah S.W.T... Pointnya di sini ialah, Baginda S.A.W. sentiasa cepat melihat diri sendiri dan cuba sedaya upaya merubah tabiatnya semata-mata untuk menghiburkan isterinya….

"Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahrim:1)... Namun begitu, ada satu kisah di bawah ini sebagai pengajaran bagi suami...

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh.. Si isteri kuat membebel..…. Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel.. Dia pun pergi berjumpa dengan Saidina Umar Al Khattab r.a. untuk mengadu kelakuan isterinya..


Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terhenti…dia terpegun kerana terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas.. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya.. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku…Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari?” Si suami tadi menjawab, “Aku datang hendak mengadu hal isteri aku yang suka membebel, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu.”… Saidina Umar tersenyum lalu berkata, “Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”…….

Begitulah kisahnya… Sebagai suami, kita perlu memainkan peranan “senyap” sebagai reverse psychology dalam membentuk rumahtangga yang bahagia… Ingatlah wahai suami. Senyap bukan bererti kalah, tidak ada idea, rendah taraf, pengecut.. Tidak menegur dengan kata-kata juga tidak bererti penakut… Isteri yang menjawab bukan isteri derhaka... Isteri yang memarahi suami juga bukan dipanggil derhaka.. Begitu juga jika berleter, membebel, merajuk, dan sebagainya, juga bukan derhaka.. Kecuali jika tiada bersebab… Ingatlah wahai isteri.. Suami adalah pemimpin, perlu dihormati.. Namun suami juga manusia, ada buat silap, ada nafsu, ada terpengaruh dengan hasutan syaitan, dan sebagainya yang kadangkala perlu ditegur, dimarahi, mahu pun dileteri….

~wallahu'alam
~jaksa kotaraja

KISAH KOTA QUDS



                           


Pada Tahun 15 hijrah, Ketua pasukan panglima Islam telah mengirim surat kepada wali Kota Al Quds, agar menyerahkan kunci kota itu kepadanya.namun Wali kota itu menolak menyerahkan kunci itu kepadanya. Ia sebagai Wali kota dan sebagai ketua Agama, Pendeta Shaqrius menyatakan hanya akan menyerahkan kunci Kota itu kepada orang yang sifat-sifatnya yang tertulis dalam kitab suci mereka.

Akhirnya Para ketua panglima pasukan Islam Amru bin Ash, Sharhabil bin Hasanah dan Abu Ubaidah memberitahu hal iru kepada Khalifah Umar Al Khattab ra. meminta beliau datang dan menerima kunci Kota Al Quds tersebut supaya tak terjadi lagi peperangan yang menelan korban yang lebih besar lagi.

Mendengar berita itu dari Para Ketua panglima perangnya, Khalifah Umar Al Khattab segera pergi bersama seorang khadamnya menuju ke perbatasan Negeri Syam. Dalam perjalanan itu Khalifah menunggang seekor kuda sambil berganti-ganti dengan khadamnya. Selepas Khalifah Umar menunggangnya kemudian khadamnya lagi.dan setelah itu mereka berdua akan berjalan kaki memberi kesempatan kepada kuda itu untuk berehat dari bebanan perjalanan dan muatan.

Ketika kudanya memasuki perbatasan negeri Syam, Abu Ubaidah dan Amir bin El Jarrah yang datang menyambut kedatangan Khalifah Umar berharap pada waktu memasuki Kota Al Quds, giliran menunggang kuda jatuh kepada Khalifah Umar, bukan pada khadamnya. Tetapi tidak seperti harapan para ketua panglima perang tersebut. Khalifah Umar Al Qhattab memasuki Kota Al Quds dengan berjalan kaki, sedangkan khadamnya di atas kudanya, Khalifah Umar menuntun kudanya dengan penuh kesederhanaan. Para panglima perang yang berbaris merasakan keadaan itu tak sesuai dengan upacara penerimaan kunci Kota Al Quds tersebut. Tetapi wali kota Al Quds segera menyerahkan kunci kota Al Quds tersebut setelah mengamati penampilan sederhana Khalifah Islam tersebut, Seraya berkata, " Kami membaca dalam kitab suci kami bahawa Ketua Negara yang akan menerima kunci Kota Al Quds ini akan memesuki Kota ini dengan berjalan kaki, sementara khadamnya akan menunggang keendraannya, sementara pada tasaubnya ada tujuh belas tisikan".

Setelah Umar menerima kunci Kota Al Quds tersebut ia bersujud kepada Allah. Semalaman dia menangis dengan sedih dan pilu. Ketika di tanya oleh orang-orang di sekelilingnya, Dia menjawab " Aku khuatir jika Allah membuka pintu dunia kepadamu, kamu akan tidak saling mengenal dan mesra lagi, sehingga penghuni langit tidak akan mengenalmu dan menolongmu lagi".

Selasa, 15 November 2011

HAK ALLAH KEPADA SEMUA MANUSIA.....




1. Banyak pihak begitu marah dan tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah tinggi baru - baru ini yang membenarkan sebuah akhbar [ Herald ] menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka .

2. Pendirian saya sendiri jelas dan tidak pernah berubah sehingga saat ini , bahawa kalimah Allah swt adalah Lafzul Jalaalah yang merujuk kepada keesaan Allah swt. Firman Allah swt :
"Katakanlah [ Wahai Muhammad ] Dialah Allah Tuhan Yang Maha Esa . Allah tempat bergantung dan meminta segala sesuatu . [ Allah ] tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang setara denganNya. (Surah al Ikhlas : 1-4)

3. Sesiapa pun [ muslim atau non muslim ] yang mahu menggunakan kalimah Allah mestilah menggunakannya dengan betul iaitu Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan tiada sekutu baginya . Haram dan kufur jika kita membenarkan perbuatan , tindakan atau kenyataan yang menduakan [ mensyirikkan ] Allah swt . Seperti membenarkan perkataan orang yang berkata : " Allah itu ada anak " dan seumpamanya . Kerana perkataan itu salah dan bertentangan dengan keEsaan Allah swt. walau siapa [ non muslim atau muslim ] yang berkata demikian .

4. Allah swt sendiri murka terhadap mereka yang menggunakan kalimah Allah secara salah [ dengan berkata Allah mempunyai anak ] , maka bagaimana mungkin kita boleh bersetuju dan redha jika ada yang menggunakan kalimah Allah secara salah seperti mensyirikkan Allah swt [ menganggap Allah ada anak dan isteri atau menduakan Allah dengan tuhan yang lain ] Firman Allah swt:"dan mereka berkata Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak . Sungguh kamu telah membawa sesuatu yang sangat mungkar . Hampir saja langit pecah dan bumi terbelah dan gunung ganang runtuh kerana kenyataan [ ucapan ] itu . Kerana mereka menganggap Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak." (Surah Maryam : 88 - 91)

"Dapatkah [ bolehkah ] kamu benar - benar bersaksi bahawa ada tuhan - tuhan lain selain Allah ? Katakanlah : Aku tidak dapat bersaksi . Katakanlah : Sesungguhnya Dialah [ Allah ] Tuhan Yang Maha Esa dan aku berlepas diri [ tidak boleh sokong/terima ] terhadap apa yang kamu sekutukan dengan Allah swt." (Surah Al An'am : 19)

5. Manakala pengguna kalimah Allah swt secara benar dan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt itu sendiri yang telah mengisytiharkan zatNya tiada sekutu dan bandingan [ seperti yang termaktub di dalam surah al ikhlas ] , maka ia adalah pengguna yang bijak dan benar , malah dibenarkan sekalipun ia seorang non muslim . Inilah yang Allah swt sebut di dalam al Quran:
"dan jika engkau bertanya kepada mereka : " siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan ?" nescaya mereka menjawab Allah ! maka , kenapa mereka masih boleh berpaling dari kebenaran." (Surah al Ankabut : 61)




Sekitar pemafahaman dari ayat ini :


a ] Ayat ini secara jelas menunjukkan bagaimana Allah menegaskan bahawa sebahagian non muslim terutama ahli kitab mengakui bahawa Allah swt. adalah pencipta langit dan bumi [ begitulah jawapan jika ditanya kepada mereka .]


b ] Ayat ini juga bukanlah dalil mutlak untuk membenarkan golongan non muslim menggunakan kalimah Allah swt sewenang - wenangnya apatah lagi jika diguna secara salah . Sebaliknya ayat ini adalah penegasan Allah swt bahawa mereka mengakui Allah swt sebagai pencipta .


c ] Ia juga bukan dialog antara kuffar dengan Nabi saw. tetapi ia adalah ayat Allah untuk menjelaskan hakikat sanubari mereka , bahawa mereka tidak boleh menyembunyikan fakta ketuhanan Allah sebagai pencipta dan pemberi rezeki . Sebab itu ayat ini bermula dengan : [ Jika sekiranya kamu bertanya kepada mereka ..... ertinya ayat ini bersifat jika atau andainya .... ia bukan dialog sebenar ]


d ] Persoalan isu aqidah dalam ayat ini terhenti di atas perkataan terakhir dari ayat ini : " maka ... kenapalah mereka masih boleh berpaling dari kebenaran ? " ertinya : walau hati kecil mereka mengakui bahawa Allah swt adalah pencipta langit dan bumi , maka kenapa mereka masih berpaling dari kebenaran itu ? kenapa mereka masih mensyirikkan Allah swt ? kenapa mereka mengambil tuhan - tuhan yang lain selain daripada Allah swt ? kenapa mereka tidak menerima wahyu Allah swt yang melantik Muhammad saw sebagai rasul akhir zaman ? kenapa mereka berpaling dari kebenaran ? kenapa ?


e ] persoalan yang dicetus pada akhir ayat 61 surah al Ankabut ini jelas menunjukkan Allah swt membenarkan jika mereka mahu berkata [ menggunakan kalimah ] Allah sebagai tuhan yang mencipta langit dan bumi , tetapi jika mereka mahu mensyirikkan Allah swt atau mengambil tuhan yang lain selain Allah swt , maka ia dimurkai oleh Allah swt .


6. Tidak hanya menggunakan kalimah Allah swt secara salah [ seperti menduakan Allah swt ] sahaja yang mesti ditolak , tetapi juga termasuklah perbuatan mempersenda dan mengabaikan perlaksanaan syariat Allah swt. juga mesti ditentang dan ditolak .


7. Isu kalimah Allah ini baru timbul sehari dua dalam negara kita , tetapi pengabaian terhadap perlaksanaan syariat Allah swt telah berlaku sejak dulu .


Hairannya , tiada pula orang nak marah . Malah mahkamah tinggi Malaysia pernah mengisytiharkan Malaysia bukan Negara Islam , tiada pula berlaku kebangkitan di kalangan ummat Islam untuk membantah keputusan tersebut . Kecuali sebahagian kecil ummat Islam yang konsisten berjuang untuk mendaulatkan syariat Allah swt . termasuk PAS .


8. Terlalu banyak aktiviti dalam negara kita yang bertentangan dengan syariat Allah . Mengalungkan bunga ke tugu kebangsaan sebagai contoh , telah jelas ada fatwa dari majlis fatwa kebangsaan , tetapi kerajaan masih mengamalkannya saban tahun .


Tiada pula amukan dari PERKASA untuk membantah amalan itu . Sedang itu secara terang terangan menghina majlis fatwa dan menghina agama Allah . Apakah kerana ia dilakukan oleh orang yang mengaku muslim maka ia tidak diambil endah ?


9. Al Amru bil makruf dan an Nahyu anil Mungkar sebagai asas sebuah pemerintahan Islam tidak diamalkan dengan penuh tanggungjawab dalam negara kita .


Terkadang seperti sengaja mereka mahu memperkecilkan ajaran Islam .


Mereka buat tempat maksiat seperti kelab - kelab malam yang bercambah lalu mereka melantik pencegah maksiat supaya membuat operasi sesekali dihujung hujung bulan .


10. Bukankah ini satu persendaan ? mereka buat masjid mereka juga buat kelab malam . Mereka buat musabaqah al Quran mereka buat juga pertandingan ratu cantik . Mereka buat universiti Islam , mereka juga buat akademi fantasia .


Mereka memberi sumbangan kepada fakir miskin , mereka juga melakukan rasuah dan membolot harta kekayaan negara.


Mereka bukan buat amar makruf Nahi Mungkar tetapi Amar Makruf Amar Mungkar. Ini satu persendaan kepada syariat Allah swt . Ini juga mesti ditentang dan ditolak .
KESIMPULANNYA ALLAH TIDAK MELARANG MAHLUKNYA MENYEBUT AKAN ASMA'NYA...