Rabu, 31 Julai 2013

UMUR KITA SEMAKIN PENDEK,JANGAN DIPERSIAKAN BAKI UMUR YANG MASIH ADA DIMALAM LAILATUL QADR....

..hendaklah umur kita yang ada ini kita pergunakan sebaiknya, sebelum berpisahnya roh daripada jasad.... jangan kita terlewat, jangan pula kita terpedaya dengan TIPU-DAYA SYAITAN, dengan kekuatan, keindahan, kekayaan, kuasa yang besar, pengaruh yang banyak.... kerana semua itu akan tetap berakhir bila MALAIKAT MAUT sudah menceraikan roh kita dari badan.....

UMUR YANG DIKURNIAKAN KEPADA KITA hari ini adalah sebuah NIKMAT YANG AMAT BESAR, dan paling tinggi nilai harganya, tidak dapat kita nilai harganya dengan emas yang berbukit, dan wang yang berjuta.... Oleh yang demikian, umur yang Allah S.W.T beri kepada kita sebagai pinjaman ini yang ianya berterusan sampai sekarang, perlulah kita usahakan untuk melakukan AMAL KEBAIKAN, mencari dan mengharap keredhaan-Nya dengan maksud kita sentiasa bersedia dalam menegakkan hukum-hukum syariat Allah, disamping tidak kita lupa segala amal soleh dan kebajikan kita itu kita letakkan diatasnya niat semata-mata ikhlas kerana Allah S.W.T..

Umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4) Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

Sebenarnya tanpa kita sedari, UMUR KITA SEMAKIN HARI SEMAKIN PENDEK.... semakin kita dekat dengan KEMATIAN, semakin rapat kita dengan tanah, tempat yang mana kita dijadikan, dan disitu jua kita akan dikebumikan.... kerana itu hendaklah umur kita yang ada ini kita pergunakan sebaiknya, sebelum berpisahnya roh daripada jasad.... jangan kita terlewat, jangan pula kita terpedaya dengan TIPU-DAYA SYAITAN, dengan kekuatan, keindahan, kekayaan, kuasa yang besar, pengaruh yang banyak.... kerana semua itu akan tetap berakhir bila MALAIKAT MAUT sudah menceraikan roh kita dari badan.....

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : Umur umatku adalah diantara 60 hingga 70 tahun.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :
"SEBAIK-BAIK MANUSIA ITU ADALAH ORANG YANG DIBERIKAN UMUR YANG PANJANG, DAN UMUR ITU DIKERJAKAN DENGAN MELAKUKAN SEBANYAK-BANYAK KEBAIKKAN, DAN SEBURUK-BURUK MANUSIA IALAH ORANG YANG DIBERI TUHAN UMUR YANG PANJANG, TETAPI DIPERGUNAKAN UNTUK MEMBUAT KEJAHATAN...".. (HR AHMAD)....

Jibril AS berkata kepada Rasulullah SAW, “Ya Muhammad, tahukah engkau kenapa singkat umur umatmu?” Tanpa menunggu jawapan, Jibril AS sendiri menjawab pertanyaan itu “Sebabnya supaya mereka tidak berpanjangan melakukan maksiat...”


Umur yang kita gunakan ini AKAN DITANYA, AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN DIHADAPAN ALLAH, iaitu untuk apa umur ini kita gunakan, untuk apa ianya kita habis kan, semuanya akan ditanya di mahkamah Allah SWT kelak.... Sabda Nabi Muhammad S.A.W : "Belum lagi habis jejak telapak kaki seorang hamba DI HARI KIAMAT, sehingga kepadanya disoal tentang umurnya kemana dia habiskan....". (Hr. Tarmizi)....

Marilah kita sama-sama menggunakan kesempatan atau saki-baki usia kita yang ada ini untuk memperbaiki serta memohon pada ALLAH SWT agar kita dapat menerima malam lailatulqadr dan semoga kita mendapat keampunan serta rahmatNYA.. 


MASIH ADA WAKTU.... WALAU MELEBIHI SETINGGI GUNUNG DOSA KITA KEPADA ALLAH SWT...ALLAH SWT MASIH SUDI MENGAMPUNKAN  HAMBANYA...
LIHATLAH BETAPA MAHA BESARNYA ''RAHMAT ALLAH''
~wallauhu'alam
~jaksa kotaraja

Ahad, 28 Julai 2013

MALAM TUJUH LIKUR DAN MALAM LAILATUL QADR ...


Dalam masyarakat Melayu, malam Lailatulqadar turut dikenali sebagai malam tujuh likur. Meskipun ada banyak cerita yang berkisar dalam masyarakat Melayu mengenai malam tersebut, sebahagian besarnya adalah cerita yang tidak bersandarkan petunjuk yang jelas.Maka berbondonglah mereka menyalakan obor/ pelita dan kini lampu hisan serta berkerlipan kononnya malaikat akan turun datang kerumah..Inilah kini menjadi adat resam pula bagi melayu untuk merayakan hujung ramadhan dan syawal. Malah pada malam tersebut turut diceritakan banyak keganjilan berlaku - air berhenti mengalir, pokok sujud menyembah bumi atau malaikat turun ke bumi dalam bentuk manusia - kerana tidak semua manusia boleh menemuinya dalam bentuk nyata.. 

Maka amalan sesetengah orang Melayu menunggu air paip menjadi beku pada malam tersebut perlu digantikan dengan memperbanyakkan amal ibadat yang lebih berfaedah. Tiada keterangan menjelaskan untuk menemui malam khas buatnya, tidak disyaratkan dengan melihat sesuatu atau mendengarnya. 
Rasulullah bersabda bermaksud ; "Carilah sedaya upaya kamu Lailatulqadar itu pada 10 malam ganjil pada akhir Ramadan." 
dari Aisyah r.a. dan seterusnya diriwayatkan oleh Imam Bukhari

Malam LailatulQadar adalah satu malam yang dipenuhi KEBERKATAN serta RAHMAT ALLAH SWT dan MALAM itu penuh kesejahteraan serta rahmat SAMPAI TERBIT FAJAR. Maka tiada pertikaian tentang saat dan waktu serta masa ianya berlaku. Sebagai Insan, kiat lakukanlah perkara yang di amanahkan buat kita,tidak perlu persoalkan hak/hukum Allah SWT.

Jika kita ingin mendapatkan Lailatulqadar, kita seharusnya dapat melakukan 'Qiam' Ramadhan. Sepanjang bulan tersebut kita hidupkan suasana ingin belajar (taklim) sepanjang masa, siang dan malam dengan beribadah, zikir, solat sunat dan qiraah (tadarus dan telaah) al-Quran. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu."

Pusatkanlah seluruh indera kita kepada pintu keampunan serta taubat bagi melenyapkan diri kita daripada dosa dan dinyahkan syak wasangka yang kita lakarkan dalam hidup kita.Semoga 10 malam akhir Ramadhan ini dapat mengubah perangai serta penghidupan kita kearah yang lebih baik dari sebelumnya.
~Wallahu'alam
~Jaksa kotaraja

Ahad, 21 Julai 2013

BINGKISAN RAMADHAN BUATMU HAI ANAK !!! HAI ANAK ADAM..



SAYANGILAH KENANGI LAH IBU DAN BAPA KITA..
MUSABAB DIA KITA BERADA KINI.. MANAKAH DIA KINI..
KETAHUILAH OLEHMU HAI SANG ANAK…

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil” 
(al-Isra’, 17: 24)


KETIKA BAYIMU.., SEEKOR SEMUT PUN PASTI DIHALANG UNTUK MENGHINGGAPI TUBUHMU… BANYAK MASA.. KERINGAT.. USAHA.. AGAR SANG ANAK SENTIASA SENYUM DAN TAWA…. 
“Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.” 
(HR Tabrani).

TIKA REMAJA…, SAAT SANG ANAK MEMINTA.. PASTI IBUBAPA TETAP CUBA MEMENUHINYA WALAUPUN TERKADANG PAHIT.. SAKIT.. DEMI MEMBUAT SANG ANAK BAHAGIA…
“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (HR Al-Tirmizi)  dan keterangan hadis lain
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.”
(HR Al-Tirmizi)

SAAT KAMU BINA SEBUAH KELUARGA… DEMI HIDUP.. KINI IBUBAPANYA KIAN TERPINGGIR SEPI.. RENUNG JAUH MENGHARAP SANG ANAK ZIARAHI.. OH ANAK TATKALA SANG ANAK DIKURNIA ANAK.. IBUBAPA JUGA MEREKA CARI.. TAK LAIN DEMI CUCU.. KINI WALAU SAKIT ATAU PERIT, CUCU ADALAH PENAWARNYA..
“Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ahh atau uhh’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” 
(Al-Isra’, 17: 23 )

LUPUT HILANGNYA PANDANGAN MATA IBUBAPA BUAT SANG ANAK..
SAAT UZURNYA IBUBAPA APAKAH PERASAN KITA.. SAAT KEMATIAN APAKAH PERASAAN KITA.. SAAT KETIADAANNYA APAKAH PERASAAN KITA.. MASIH ADA KESEMPATAN HAI ANAKKU…
PADA IBUBAPA YANG TIADA, HANYA ADA PUSAKA BUAT KITA.. MASIH ADA BEKAL BUATMU HAI ANAK.. BUAT KENANGANMU.. 
NAMUN SAAT HAYATKU,KASIH SAYANGKU BUATMU HAI ANAK ITULAH HARTA BERHARGAMU, BUATMU HAI ANAK... 
SEDANGKAN HARTA BENDA PENINGGALAN ADALAH DAKI KEHIDUPAN DUNIA...

HAI ANAK !!! KAU MASIH BERNAMA ANAK !! KEKAL SEBAGAI ANAK !!!


Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah bersabda:“Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya(ibubapa) dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).


~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja

Sabtu, 20 Julai 2013

TETAP HARAM WALAU BERSIH MANAPUN...


...Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina mengetahui hal itu, mereka bertanya, " Untuk ..

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika di mana daging babi adalah makanan asas dalam hidangan mereka. Dalam kesempatan ini, saya fikir kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis.

Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram,kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada.Kerana babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi..

Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikroba lainnya.? "Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina mengetahui hal itu, mereka bertanya, " Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, " Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia.

" Mereka memenuhi apa yang beliau pinta.. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.

Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya


~wallahu'alam
~jaksa kotaraja

Rabu, 17 Julai 2013

ANAK MENJUAL KUIH MENCUIT HATI PELANGGAN

                                               gambar hiasan
 ...Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar...
Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

“Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik… Abang dah pesan makanan,” jawab saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

“Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

“Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut.



Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, “Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?”

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu.

Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

“Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang.” katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

“Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu,” Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

“Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya.

“Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!” Kata saya tanpa menjawab pertanyaannya.

“Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

“Abang nak beli semua ke?” Dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

“RM25 saja bang.”

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

@Coretan ini Jaksa terima cerita ini dari web untuk disebarkan dan telah diedit..

APAKAH SYAFA’AT NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM


MEMANG RUGI YANG AMAT SANGAT ORANG YANG TIDAK MAHU BERSELAWAT... Bukan payah pun, bukan kena bayar pun,bukan penat pun..  

SYAFAAT dari sudut istilahnya adalah PENGANTARA BAGI SESEORANG DALAM HAL MENDAPAT MANFAAT ATAU MENJAUHKAN DARIPADA HAL MUDHARAT... MENDAPAT MANFAAT ertinya ialah, syafaat Nabi Muhammad SAW bagi ahli Syurga supaya masuk ke dalam Syurga.... MENJAUHKAN MUDHARAT pula ertinya ialah, syafaat Nabi Muhammad SAW bagi mereka yang akan dimasukkan ke dalam Neraka agar terselamat darinya...

APA TUJUAN SYAFAAT ni? “Agar memperlihatkan kemuliaan Nabi Muhammad SAW atas sekalian manusia yang lainnya.”... Apabila selesai perhitungan (hisab) dan berjaya melintasi TITIAN, Ahli Syurga mendapati pintu Syurga tertutup, sehinggalah Baginda memohon syafaat agar dibukakan bagi mereka.... Hadith Anas bin Malik: Rasulullah bersabda:
آتي باب الجنّة يوم القيامة فأستفتح, فيقول الخازن: من أنت؟ فأقول: محمد. فيقول: بك أُمِرتُ أن لا أفتح لأحد قبلك
Maksudnya: “Pada hari kiamat, aku mendatangi pintu Syurga dan meminta agar ianya dibuka.. Maka berkata penjaga pintu: Siapakah engkau? Aku menjawab: Muhammad... Lalu ia berkata: Demikianlah aku diutuskan agar tidak membukanya bagi sesiapa pun sebelum kamu.” (HR Muslim)....

SIAPA YANG BERHAK MENDAPAT SYAFAAT NABI S.A.W.? Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah ORANG YANG LEBIH BANYAK SELAWATNYA KEPADAKU." (Hadis Riwayat Ibn Mas'ud r.a)... Dalam hadith yang lain, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: "BARANGSIAPA BERSELAWAT KEPADAKU di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya." (HR Al Baihaqi dan Al Khatib)...

SYAFAAT NABI DI AKHIRAT NANTI ADA 5 JENIS:
1] Syafaat untuk MEMBEBASKAN UMAT MANUSIA DARIPADA KEDAHSYATAN Padang Mahsyar...
2] Syafaat untuk MEMASUKKAN KE DALAM SYURGA TANPA HISAB dan perhitungan apa pun..
3] Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, AGAR DICABUT HUKUMAN itu...
4] Syafaat MENGELUARKAN MEREKA YANG BERDOSA, dari azab neraka...
5] Syafaat untuk MENAIKKAN KE TINGKAT YANG LEBIH TINGGI di syurga....


Daripada Jabir bin Abdillah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang berdoa ketika mendengar seruan azan dengan doa: "Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan Azan dan sembahyang yang didirikan, kurniakanlah kepada penghulu kami Nabi Muhammad SAW. ketinggian dan kelebihan serta kedudukan yang terpuji yang Engkau telah janjikan" nescaya dia akan mendapat syafaatku pada hari kiamat kelak". (Riwayat Imam Bukhari di dalam kitab sahihnya)



Ahad, 14 Julai 2013

TIDAK BOLEHKAH WALAU CUMA NAN SEBUNGKUS BUBUR ATAU SEPIRING KUIH...

..engkau menyatakan lapar dan tidak punya makanan, lalu kami hanya akan tinggal diam?” Rasulullah menjawab dengan lembut, ”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu ini. Tetapi apakah yang akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya?”...

Dalam bulan ramadhan kebanyakan mereka gemar untuk membeli juadah berbuka puasa dibazar ramadhan ataupun dikedai makan.Tidaklah kita dapati ramai yang ''memanjangkan tangan untuk bersedekah/hadiahkan makanan buat jemaah yang berbuka dimusollah/surau atau masjid walaupun hanya nan sebungkus bubur atau sepiring kuih. Jika sebelum kita berbelanja diluar,perhatikanlah sekeliling jiran serta suadara kita,mungkin mereka dalam kesulitan untuk mendapatkan makanan. Oleh yang demikian,dengan penuh ikhlas serta kasih sayang,  hulurkanlah sedekah/hadiah untuk mereka,begitu juga buat para jemaah yang berbuka dimusollah@surau atau masjid.Sesungguhnya SEDEKAH/HADIAH DARI ANDA TIDAK MEMBAWA ANDA KEPADA KEFAKIRAN@KEMISKINAN.
Masih ingatkah kita pada satu cebisan peristiwa silam
...SaidinaUmar memberanikan diri berkata, ”Ya Rasulullah! Adakah bila engkau menyatakan lapar dan tidak punya makanan, lalu kami hanya akan tinggal diam?” Rasulullah menjawab dengan lembut, ”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu ini. Tetapi apakah yang akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya?”...

Maka kita kini sebagai khalifah keluarga/masyarakat,kita juga akan mempertanggungjawabkannya dihadapan Rabbul Jalil. Maka perlu diingatkan bahawa WANG ATAU REZEKI YANG KITA PEROLEHI BUKANLAH HAK KITA 100%...DIDALAMNYA MEMPUNYAI HAK KEPADA YANG LAIN...semoga kita terhindar dari sifat kebakhilan..
~wallahu'alam
~jaksa kotaraja

Sabtu, 13 Julai 2013

Risalah Ramadhan untuk semua KAUM - Sahur Dan Pandangan Sains~ wajib BACA


..mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah dan ini akan menyebabkan penyakit anemia (iaitu suatu penyakit yang berkaitan dengan kekurangan hemoglobin dalam darah..

Puasa adalah amalan yang dituntut bagi umat islam
, ianya juga mengandungi hikmah yang besar bagi sesiapa yang mengamalkannya. Dalam puasa ini terkandung didalamnya sahur yang mengandungi hikmah disebaliknya seperti sabda nabi SAW, “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah) Dalam hadis ini bersahur dikaitkan dengan keberkatan. Keberkatan bermaksud rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Dalam riwayat yang lain baginda bersabda, “Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan ahli kitab ialah makan sahur.” (Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Nasai) Mengikut hadis ini pula, bersahur menjadi pembeza antara puasa umat Islam dengan ahli kitab.

Umat Islam disuruh melewatkan sahur kerana nabi bersabda, “Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa.” (Ahmad) Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu subuh dan berhubung dengan ini Zaid bin Thabit pernah berkata, “Kami pernah bersahur bersama nabi kemudian kami bangun untuk melakukan solat (subuh).” Kemudian Zaid bin Thabit disoal, “Berapa lama masa antara keduanya (yakni antara makan sahur dan solat subuh)?” Berkata Zaid, “Sekadar membaca 50 ayat Al-Quran.” (Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar disebutkan, “Imam Ibn Abdil Bar berkata, hadis-hadis yang menerangkan tentang kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur kesemuanya adalah bertaraf sahih dan mutawatir.”

Penekanan nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi (breakfast). Kajian semasa menunjukkan makanan yang paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi. BBC News bertarikh 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi adalah amat penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu yang lain. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Mark Pereira dan rakan-rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan menghidap penyakit kencing manis.
Kajian yang sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding dengan mereka yang jarang bersarapan pagi.

Hal ini menjadi lebih penting ke atas kanak-kanak yang berpuasa kerana kesan meninggalkan sarapan pagi ke atas kanak-kanak adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil. Kajian-kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun dari tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan dari itu satu kajian yang dilakukan oleh Dr. Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakan-rakannya ke atas 700 pelajar-pelajar dari Louisiana menunjukkan, mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah dan ini akan menyebabkan penyakit anemia (iaitu suatu penyakit yang berkaitan dengan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001. Justeru secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan berdasarkan kajian-kajian yang dipaparkan ini.

Tambahan dari itu, puasa meredakan tekanan atau stress pada jiwa seseorang kerana, di samping tidak makan, minum dan bersetubuh di siang hari, umat Islam digalakkan membaca Al-Quran, bersedekah, memelihara lidah serta membanyakkan solat dan zikir. Amalan-amalan ini menguatkan dan mendamaikan hati.

~Wallahu'lam
~Jaksa Kotaraja

Jumaat, 12 Julai 2013

SALAH MANUSIA ATAU IBLIS..???



JIKA MANUSIA ITU MASIH MELAKUKAN MAKSIAT @ KEBURUKAN KETIKA BERPUASA, MAKA IANYA ADALAH BUKAN HASUTAN DARI SYAITAN. 

INI ADALAH PERBUATANNYA SENDIRI YANG DIDORONG OLEH …HAWA NAFSU…!!! 
''Apabila masuk sahaja Ramadhan, maka pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup ,dan syaitan-syaitan dibelenggu.''
HR~ Al-Bukhari


"Sesungguhnya musuh sejatimu, bukanlah yang kalau ia membunuhmu lalu Allah memasukkanmu syurga, kalau kamu membunuhnya mendapatkan penghargaan. Tetapi musuh yang sejati adalah nafsumu yang ada di dalam dirimu dan kadang-kadang  perempuan yang tidur bersamamu..
" Rasulullah s.a.w. ketika pulang dari perang Badar, "Kalian baru saja kembali dengan sebaik-baik kepulangan, kalian baru saja kembali dari satu jihad kecil (perang) untuk menuju kepada jihad yang lebih besar, yaitu pertempuran hamba melawan hawa nafsunya". Rasulullah s.a.w. juga menegaskan "Sebaik-baik Jihad adalah perangnya seorang lelaki melawan nafsunya di jalan Allah" 
HR~ Ibnu Hajjar.
~wallahu'alam
~jaksa kotaraja

Rabu, 10 Julai 2013

MENGAPA TIDUR SIANG HARI DIBULAN RAMADHAN..

Sejenak minda dibulan Ramadhan...
Sabda Rasulallah saw suatu hari di akhir bulan Sya’ban : “Wahai semua manusia, telah datang kepadamu bulan yang agung, penuh keberkahan, didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Diwajibkan padanya puasa dan dianjurkan untuk menghidupkan malam-malamya. Siapa yang mengerjakan satu kebaikan (sunah) pada bulan ini, seolah-olah ia mengerjakan satu kewajiban (fardhu) dibulan-bulan lain. Siapa yang mengerjakan ibadah wajib (fardhu) seakan-akan mengerjakan tujuh puluh kali kewajiban di bulan-bulan lain “ (Sahih Muslim dari Salman).

“Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”
Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari.

Kesimpulannya disini,tidurnya kita disiang hari  dibulan ramadhan adalah untuk menguatkan serta menyegarkan diri kita untuk beribadah ketika siang harinya dan waktu malamnya juga…Waktu  malam kita disunatkan solat terawih, bangun untuk solat malam dan seterusnya bersahur.Walau akan mengurangkan waktu tidur kita,tetap kita akan segar kerana sedikit waktu siang telah kita ambil untuk tidur. 

Walau ada pendapat pengatakan dari hadis Riwayat Baihaqi adalah hadir ''daif'' atau lemah;-
“Tidurnya orang yang berpuasa itu ibadah, diamnya adalah tasbih, doanya dikabulkan, dan amalnya dilipatgandakan.”

Sabda Rasulullah SAW.“Jika kamu mendatangi tempat tidurmu maka wudhulah seperti wudhu untuk shalat, lalu berbaringlah pada sisi kanan badanmu” HR. Bukhari.
Pada pengamatan saya yang dikatakan tidurnya berpahala adalah kerana ''niat'' untuk menguat serta menyegarkan diri dalam menjalani ibadah siang dan malam daripada  menghindari perbuatan lara yakni perbuatan sia-sia dan tidak mendatangkan faedah seperti bercakap kosong, berfacebook / chatting,berhibur... maka ini juga akan menghindarkan kita terjerumus kekancah kemaksiatan.

@pahala adalah kurniaan Allah pada makhlukNya .. manusia sering mengandaikanya dalam pencariannya...
Semoga kita mendapaat rahmat serta pengampunan DOSA dari ALLAH SWT...amin..
~wallahu'alam..
~jaksa kotaraja



Isnin, 8 Julai 2013

KU POHON KEAMPUNAN DAN KEMAAFAN BUAT SEMUA ....


SAAT MENJELANG RAMADHAN AL MUBARAK INI…
DENGAN PERASAAN TULUS IKHLAS DAN RENDAH HATI KUHULURKAN TANGAN , MEMOHON KEAMPUNAN SERTA KEMAAFAN KEPADA SEMUA SAUDARA , SAUDARI, TEMAN SERTA SAHABAT DAN YANG PALING TERUTAMANYA KEPADA KAUM KELUARGAKU …
MAAFKANLAH SEGALA KESILAPAN KU. MAAFKANLAH TUTUR SERTA PENULISAN KU… MAAFKANLAH SEGALANYA… DARI KU INSAN YANG MENGHARAPKAN KEREDHAAN TUHAN RABBUL JALIL….

SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP INI ….. Aminnn ya ALLAH…

~ dari Jaksa Kotaraja@Hanafiah husin dan famili

Sabtu, 6 Julai 2013

KENALI KUBUR LELAKI ATAU WANITA


BILA MASUK SAHAJA HUJUNG BULAN SYA’BAN,MAKA RAMAI YANG AKAN PERGI ZIARAH/BERSIH KUBUR…PIHAK MASJID,JKKK,PENDUDUK PASTI AKAN BERGOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KUBUR…MAKLUMLAH NAK MASUK RAMADHAN….
ADA PULA ORANG YANG TIDAK KENAL JENIS KUBUR..

PANDUAN UNTUK MENGENALI ATAU MENCARI KUBURAN YANG LAMA TIDAK DIZIARAH ATAU TIDAK TAHU LOKASINYA…

@ PASTIKAN WARIS LELAKI ATAU PEREMPUAN..

@JIKA LELAKI CARILAH KUBUR YANG BERBATU NISAN JENIS BULAT,KERANA KUBUR LELAKI BIASANYA BATU NISANNYA JENIS BULAT,JIKA PURBA(RATUSAN TAHUN) DIA BERSEGI EMPAT SAMA

@JIKA PEREMPUAN CARILAH BATU NISAN YANG JENIS LEPER ATAU PIPIH . BIASANYA BATU NISAN UNTUK PUSARA PEREMPUAN ADALAH LEPER/PIPIH WALAU DARI JENIS PURBA

‘’SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK’’

Jumaat, 5 Julai 2013

BEZA BAIK DAN BURUK ANTARA MANUSIA DAN HANTU ..




KEHIDUPAN MANUSIA ITU AMAT MENCABAR KETIKA INI, SEHINGGA ADA MANUSIA YANG SANGGUP KELUAR DARI TATA SUSILA SEBAGAI SEORANG MANUSIA,ATAU MANUSIA ITU LARI DARI ''FITRAH HIDUP... BILA INI TERJADI MAKA PERBEZAAN PERSAMAAN ITU WUJUD DALAM KONTEK YANG BERBEDA....
ADA ORANG YANG MALAS CARI DUIT/KERJA DARI MUDA SAMPAI TUA, DARI HANTU TOYOL YANG MENCARI DUIT SEJAK DIA KECIL LAGI DAN DIA SEDAR DIA TIDAK BOLEH BESAR...

MANUSIA RAMAI YANG SUKA BERGAYA DAN DEDAH AURAT , DARI HANTU POCONG HANYA BERPAKAIAN PUTIH SERTA MENUTUP AURAT…tidak fikir pasal fesyen.. RAMAI WANITA YANG KEPALA ANGIN DAN TIDAK TAHAN DUGAAN, DARI HANTU PONTIANAK YANG SERING KETAWA WALAUPUN DIA DALAM KEADAAN DUKA DAN NESTAPA... Jalan kaki dan minta tumpang kereta ..

ORANG BANGGA DIRI BILA MAKAN ANGIN LEBIH LAGI NAIK KAPAL TERBANG , DARI HANTU POLONG ATAU LANGSUIR YANG SELALU MAKAN ANGIN SAMBIL BERTERBANGAN… bijak berjimat minyak dan wang pasal makan angin atas pokok..

“Sesungguhnya Kami kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikulnya dan khuatir akan mengkhianatinya dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya.” Al-Ahzab ayat 72…….


Maka renunglah kedalam diri masing –masing dikala kita masih jadi MANUSIA.. ???

~wallahu'alam
~jaksa kotaraja

PADA HARI KIAMAT DENGAN WAJAH YANG BERSERI DAN BERCAHAYA


“Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman? Kerana itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu... Adapun orang-orang yang putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam rahmat Allah (surga); mereka kekal di dalamnya.”... (Surah Ali Imron : 106-107)...

Wudhu adalah syariat Allah yang sering kita lakukan... walaupun tata caranya sangat ringkas, tetapi di dalamnya terdapat faedah yang besar... Kelak di hari kiamat Rasulullah S.A.W. akan mengenali umatnya dari BEKAS WUDHU' yang terpancar dari wajah dan telapak tangannya, pada hari itu pula orang-orang kafir tertunduk sesal dengan wajah yang hitam legam.... Allah SWT berfirman di dalam Al Qur’an: “Pada hari (kiamat) yang di waktu itu ada muka yang putih berseri, dan ada pula muka yang hitam muram... Adapun orang-orang yang hitam muram mukanya (kepada mereka dikatakan): “Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman? Kerana itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu... Adapun orang-orang yang putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam rahmat Allah (syurga); mereka kekal di dalamnya.”... (Surah Ali Imron : 106-107)...

Rasulullah SAW mengenali umatnya yang putih berseri kerana mereka SELALU MENJAGA WUDHU'... Di dalam hadist yang diriwayatkan oleh Imam Bukhori: “Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari kiamat nanti, dalam keadaan dahi dan kedua tangan dan kaki mereka bercahaya, karena bekas wudhu.” (HR Bukhori).... “Tahukah kamu, bila seseorang memiliki kuda yang berwarna putih pada dahi dan kakinya di antara kuda-kuda yang berwarna hitam, yang tidak ada warna selainnya, bukankah Ia akan mengenali kudanya? Para sahabat menjawab, Tentu Ya Rasulullah, Rasulullah kemudian bersabda, UMATKU NANTI akan datang dalam keadaan bercahaya pada dahi, kedua tangan dan kaki karena bekas wudhu mereka.”... (HR Muslim)... Berwudhu, selain membersih anggota tubuh kita dari hadath kecil, juga melarutkan dosa-dosa kecil yang telah kita lakukan... Rasulullah SAW bersabda:

“Seseorang berwudhu, pada urutan pertama BERKUMUR dan menghirup air, kemudian mengeluarkannya dari hidungnya melainkan keluar semua dosa-dosa dari mulut dan hidung... Kemudian jika ia MEMBASUH MUKA menurut apa yang diperintahkan Allah, jatuhlah dosa-dosa mukanya dari ujung janggutnya bersama titisan air.. Kemudian bila MEMBASUH KEDUA TANGAN SAMPAI KE SIKU, jatuhlah dosa-dosa dari ujung jari-jarinya bersama tetesan air... Kemudian MENGUSAP KEPALA, maka jatuh semua dosa dari ujung rambut bersama titisan air, kemudian MEMBASUH KEDUA KAKI sampai ke mata kaki, maka jatuhlah semua dosa kakinya dari ujung jari bersama titisan air.. Maka bila ia solat, sambil memuja dan memuji Allah menurut lazimnya, dan membersihkan hati dari segala sesuatu selain Allah, maka keluar darinya, semua dosanya bagaikan lahir dari perut ibunya”... (HR Muslim)....

Sebagai umat Rasulullah SAW, marilah kita berwudhu', dan membiasakan wudhu, tidak hanya ketika hendak solat saja, tetapi juga ketika hendak menuju masjid, ketika menyentuh mushaf Al Qur’an, ataupun ketika hendak masuk tidur... Para alim ulama selalu menjaga wudhu apabila batal, untuk menjaga kesucian dan kebersihannya, dan juga zikirnya kepada Allah SWT..

~wallahullam 
~jaksa kotaraja..

Isnin, 1 Julai 2013

15 PERKARA MENGUNDANG DAN MENJEMPUT BALA...


Dari Ali bin Abi Thalib Ra. dikatakannya, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila umatku telah melakukan limabelas perkara, maka bala' pasti akan turun kepada mereka, yaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang orang tertentu

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan 


3. Zakat dijadikan hutang


4. Suami memperturutkan kemahuan isteri

5. Anak durhaka terhadap ibunya

6. Memusuhi ibubapa/keluarga sedangkan ia berbuat baik dengan temannya

7. Dia menjauhkan diri dari ayahnya

8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya

11. Khamar (arak) sudah diminum di segenap tempat dan dikhalayak umum

12. Kain sutera banyak dipakai ( oleh kaum lelaki )

13. Para artis/penghibur disanjung-sanjung

14. Muzik banyak dimainkan

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)

Maka ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain." (HR.Tirmizi)

wallahu'alam
~jaksa kotaraja...