Rabu, 30 Januari 2013

LIDAH UJIAN BESAR BUAT MANUSIA

..Keburukan perdebatan dan bantahan itu kerana mereka merasakan untuk menampakkan ilmu dan kelebihan diri, menampakkan kebenaran serta niat untuk menjatuhkan orang lain dengan menampakkan kekurangan lawannya.Apatah lagi sekiranya berlaku di kalangan cerdik pandai kerana perdebatan merupakan saat bodohnya orang alim..


Rasulullah SAW pernah ditanya tentang sebesar-besar perkara yang menyebabkan manusia masuk neraka... Lalu baginda meyebutkan dua perkara iaitu MULUT dan KEMALUAN… Yang dimaksudkan mulut adalah bahaya lidah... Jadi,topiknya ialah LIDAH  kerana lidah itu senantiasa dalam keadaan lalai serta sering mengikut nafsu."Rasulullah SAW. bersabda: "Barangsiapa menjamin bagiku, apa yang diantara dua tulang rahangnya (lidah) dan Yang diantara dua kakinya (kemaluan), nscaya akan aku jamin baginya syurga". (riwayat Bukhari )
Lidah itu medan luas. Tiada mempunyai tempat tertolak. Dan tiada mempunyai jalan yang berkesudahan dan berbatas. la mempunyai lapangan luas pada kebajikan. Dan mempunyai ekor yang dapat ditarik pada kejahatan. Barangsiapa melepaskan manisnya lidah dan menyia-nyiakannya terlepas ikatan, niscaya syaitan berjalan dengan dia dalam setiap lapangan. Dan menghalaunya ke tepi jurang yang menjatuhkan, sampai membawanya kepada kebinasaan. Dan manusia itu, tiada jatuh dalam api neraka, atas hidungnya, melainkan oleh yang dipetik lidahnya. Dan tidak terlepas dari kejahatan lidah, selain orang yang mengikatkan lidahnya dengan tali-kekang Agama. Maka ia tidak melepaskan lidahnya, selain pada yang bermanfa'at di dunia dan di akhirat. la mencegah lidahnya dari setiap yang ditakuti bahayanya, pada waktu yang cepat (di dunia) dan pada waktu yang lambat (di akhirat). Islam menganjurkan percakapan dan kata-kata yang memberi faedah atau diam, kerana kesalahan anak Adam yang paling banyak itu pada lidahnya.Dengan berdiam diri, dapat mengelakkan daripada perkataan yang sia-sia, mengumpat dan fitnah... Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW menyuruh umatnya memelihara lidah dari perkataan yang keji dan buruk....

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Simpanlah lidahmu kecuali untuk kebaikan... Sesungguhnya dengan demikian kamu dapat mengalahkan syaitan.” .... Di dalam percakapan, terdapat bencana, dan di dalam diam terdapat kebahagiaan, kerana itulah keutamaan diam amat besar….

Antara bahaya lidah adalah berkata TENTANG SESUATU YANG TIDAK PENTING, KERANA IA MENSIA-SIAKAN WAKTU dan menyebabkan dirinya dihitung…. Modal seorang manusia adalah waktunya… Apabila ia menggunakan untuk sesuatu yang tidak penting dan bernilai, nescaya ia telah mensia-siakan modal pokoknya… Kerana itulah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Termasuk dalam kebaikan Islamnya seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak penting baginya.” … (Hadith Riwayat Tarmizi dan Ibn Majah)…

Firman Allah SWT: “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan orang yang menyuruh manusia memberi sedekah atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian di antara mereka.”

(Al-Nisa’, ayat 114)..

Antara bahaya lidah juga ialah MENGELUARKAN PERKATAAN YANG BATIL DAN KEJI, seperti membincangkan urusan maksiat, menceritakan kisah-kisah lucah, tempat-tempat minuman keras dan tempat orang-orang fasiq... PERKARA TERSEBUT PERLULAH DIHINDARI OLEH UMAT ISLAM…. Di samping itu, PERTENGKARAN juga termasuk perbuatan tercela… Pertengkaran biasanya terjadi akibat perdebatan dan perbantahan oleh sesuatu perkara yang tidak mendapat persetujuan dan titik pertemuan. Keburukan perdebatan dan bantahan itu kerana mereka merasakan untuk menampakkan ilmu dan kelebihan diri, menampakkan kebenaran serta niat untuk menjatuhkan orang lain dengan menampakkan kekurangan lawannya.Apatah lagi sekiranya berlaku di kalangan cerdik pandai kerana perdebatan merupakan saat bodohnya orang alim, dan di saat itu syaitan mengharapkan tergelincirnya.Rasulullah SAW sering mengingatkan umatnya dengan sabdanya yang diriwayatkan oleh A’isyah bermaksud :“ Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat sengit dalam bertengkar.”

(riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi dan Nasa’i)....

Orang Islam sentiasa memelihara lidah dengan menjauhi perkataan keji...  bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : “Orang mukmin itu bukan pencaci maki, pengutuk, berkata keji dan tidak berlidah kotor.”..

(riwayat oleh Tarmizi)

Ketahuilah, bahawa bahaya lidah itu besar. Tiada terlepas daripada bahayanya, selain dengan diam. Maka kerana itulah, Agama memuji diam dan mengajak kepada diam. Nabi Muhammad SAW. bersabda. "Barangsiapa diam, nescaya ia terlepas (dari bahaya)"
 ( Dirawikan At-Tirmidzi dari Abdullah bin Umar, dengan sanad dla'if.). Dan sabda Nabi Muhammad SAW:"Diam itu suatu hukum dan sedikitlah yang melaksanakannya''
 (Dirawikan Abu Manshur Ad-Dailami dari Ibnu Umar.)

Sabtu, 26 Januari 2013

SEKALI KEKALAHAN TENTERA RASULULLAH

...Ar-Rahab telah membuat sebuah parit lubang dan Rasulullah terjatuh kedalamnya kemudian Abu Amar Ar-Rahab menutup lubang itu sehingga menyebabkan Rasulullah cedera kedua dua belah lututnya, cedera pipinya,gigi patah dan hampir pitam didalam lubang gelap yang semakin khabisan udara. Namun tentera Islam...


PERISTIWA UHUD

Peperangan yang berlaku di Bukit Uhud. Tentera Rasulullah saw 1000 orang. Tentera Musyrikin Quraisy 3000 orang.


 Abdulah bin Ubai (ketua suku Khazraj) bersama tiga ratus orang yang lain telah menarik diri ditengah perjalanan mereka. 50 Tentera pemanah Islam diarahkan agar terus bertahan diatas bukit walaupun kalah atau menang.

Khalid Bin Al Walid R.A yang ketika itu menjadi Panglima pihak kafir Quraisy. Saidina Hamzah Bin Abd Mutalib Singa Allah Syahid. Hindun mengunyah hati Saidina Hamzah. Saidina Hamzah dibunuh secara sembunyi Oleh Washyi seorang hamba kulit hitam. Rasulullah ditahan dalam lubang gelap sehingga hampir pitam.

PUNCA KEKALAHAN

Tentera Islam sudah menguasai medan perang tetapi disebabkan tentera pemanah yang sudah merasakan pihak kafir tewas lalu turun dari bukit dan mengejar harta rampasan,ketika mereka mengumpul harta rampasan tentera kafir Quraisy pimpinan Khalid Bin Al Walid menyerang dari belakang dengan tentera berkuda hingga menyebabkan tentera Islam menghadapi kekalahan yang teruk sehingga Ubai bin Khalaf kafir Quraisy mempunyai peluang untuk membunuh Rasulullah Saw namun Banginda telah mengambil lembing lalu membunuh Ubai bin Khalaf.

 Namun Rasulullah terus menjadi buruan orang Kafir. Abu Amar Ar-Rahab telah membuat sebuah parit lubang dan Rasulullah terjatuh kedalamnya kemudian Abu Amar Ar-Rahab menutup lubang itu sehingga menyebabkan Rasulullah cedera kedua dua belah lututnya, cedera pipinya,gigi patah dan hampir pitam didalam lubang gelap yang semakin khabisan udara. Namun tentera Islam pimpinan Saidina Ali Bin Abi Thalib & Saidatina Fatimah R.A telah myelamatkan Baginda dari tahanan,Saidina Ali dan Isteri Fatimah R.A merawat dan membasuh luka Baginda.

Dalam peristiwa itu Saidina Hamzah Bin Abd Mutalib Bapa saudara Rasulullah yang digelar sebagai Singa Allah telah terbunuh ditangan seorang Habsyi bernama ''Wahsyi ''yang ketika itu bersembunyi dan telah melemparkan lembing secara curi.Wahsyi  telah diupah oleh musuh Saidina Hamzah, iaitu Hindun isteri Abu Sufyan,akibat dendamnya Hindun menebuk dada Saidina Hamzah dan membelah perutnya kemudian hatinya diambil lalu dikunyah oleh Hindun.  

Rasulullah memerintahkan agar mereka yang shahid disemadikan bersama pakiannya.Tentera Islam pulang ke Madinah lalu diejek oleh Yahudi dan para Musyirikn Madinah. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya bahawa kita perlu taat kepada ketua selain Allah dan RasulNya yang telah menyebabkan lebih 70 orang tentera Muslim terkorban manakala hanya 23 orang tentera Quraisy yang terkorban.Sekiranya mereka mendengar arahan agar skuad pemanah tidak turun dari bukit walau pun menang atau kalah nescaya tentera Muslim yang terkenal dgn jumlah yang sedikit itu akan mengekalkan keunggulanya dalam peperangan tanpa kalah.

 Inilah kisah perjuangan Para Muslimin yang akhirnya menguasai kota Mekkah dengan damai malah telah menundukkan empire Persia dan Rome serta menyebarkan Islam sampai hujung barat & timur.
Selama 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin,hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin,yakni Perang Uhud. 

Rabu, 23 Januari 2013

MUHAMMAD..LAHIRNYA MANUSIA YANG DISEBUTKAN DALAM SEMUA KITAB-KITAB AGAMA TERDAHULU


                     
.. syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.Sebelum ini dikatakan iblis dan jin bebas untuk menjelajah diangkasaraya serta di luh mahfuz.Dalam masyarakat kuno/primitf pula mengatakan mereka ini adalah kerajaan kayangan atau dewa/dewi kayangan,sehingga sangup terpedaya dan...

"Aku namakan dia Muhammad" kata Abdul Mutalib kepada Aminah dan orang ramai. Muhammad SAW..“Muhammad ertinya yang terpuji” telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M)Tahun Gajah.Baginda lahir dari Keturunan Quraisy. Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Bapanya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib.Bapanya meninggal ketika dia masih dalam kandungan ibunya.Dua bulan sebelum Muhammad lahir, bapanya telah menghembuskan nafas yang terakhir.NabiMuhammad tidak pernah bertanya kepada sesiapa pun kemana pergi bapanya selama ini. Samaada dari ibunya, datuknya mahupun bapa saudaranya. Hatinya tidak terlintas mahu bertanya. Aminah dan Abdul Mutalib tidak mahu menyebut-yebut nama bapa Nabi Muhammad tambahan pula di depan Nabi Muhammad sendiri. Mereka bimbang hati Muhammad akan berasa sayu. Mereka kasihan kepada Nabi Muhammad.

 Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh. Nabi Muhammad SAW dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan nabi-nabi yang lain.(nabi terdahalu adalah menTAUHIDkan umatnya pada ketika itu).
                                         
Kelahiran Muhammad sudah di ketahui oleh Nabi Isa sejak Muhammad belum dikandung oleh ibunya lagi. Nabi Isa mendapat wahyu dari Tuhan bahawa seorang Rasul akan lahir ke dunia dan Rasulullah adalah nabi yang terakhir.Kepada kaum Nabi Isa a.s Allah juga menkhabarkan tentang kelahiran Nabi Muhammad saw , yakni seperti yang tertulis dalam kitab mereka :"Ketika pohon-pohon kurma yang kering , tiba-tiba keluar daunya maka pada waktu itulah Nabi Muhammad saw telah lahir ke dunia."

Benarlah , apa yang telah ditulis dalam kitab umatnya Nabi Isa telah menjadi kenyataan kerana pohon-pohon kurma yang telah kering dan hampir -hampir mati , tiba-tiba keluar daunnya lagi. Perkara tersebut diketahui oleh golongan kaum Nasrani .

Ka'abul Akhbar berkata:"Aku melihat dalam kitab Taurat bahawa Allah telah mengkhabarkan tentang kelahiran Nabi Besar Muhammad saw . Allah berfirman:"ketika bintang yang kamu kenal dengan nama bintang "tsabit" itu bergerak dan menyembunyikannya kerana perasaan iri dan dengki yang bersarang di hati mereka.

Dalam Kitab Zabur , Allah memberikan tanda-tanda kepada umat Nabi Daud tentang kelahiran Nabi Muhammad dengan suatu petanda :"Ketika mata air yang telah kamu kenal kering airnya , tiba-tiba memancarkan air dengan kuatnya maka pada waktu itulah kelahiran Nabi Muhammad saw telah tiba."
Pada sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim piatu.
 Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

Ketika berusia 12 tahun juga,Abu Talib membawa Nabi s.a.w berniaga ke Syam, seorang paderi( samawi) bernama Jarjis dikenali dengan Buhaira datang bertemu dengan Abu Talib. Selepas itu ia menoleh kerah baginda dan memegang tangan baginda dan berkata “Inilah penghulu dunia, inilah orang yang diutuskan Allah sebagai rahmat sekalian alam”. Buhaira berkata sifat-sifat baginda terdapat dalam kitab-kitab kami, seterusnya meminta supaya baginda terus pulang ke Mekah, ditakuti tindakan jahat puak yahudi.

SALASILAH KETURUNAN RASULULLAH

TANDA KENABIAN SERTA KEANEHAN DIPUTERAKAN 

Aminah mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.
Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata “Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.”Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam.@Aminah ditemani Asiah ibunda Musa dan Maryam ibunda Isa yang di turunkan Allah dari langit. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada nabi yang lain.

Nabi Muhammad Saw.,dilahirkan dalam keadaan sambil menongkat kedua tangannya, kemudian digenggamnya sekepal tanah lantas mendongakkan kepalanya ke langit. Anakku itu juga dilahirkan sudah terpotong tali pusat dan juga sudah berkhitan... dengan kekuasaan Allah, juga bercelak dengan celak petunjuk Allah. Maka menjadi teranglah kerana keindahannya menyinari padang yang luas. Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari kediaman aminah di mekah, kota-kota tersebut dapat dilihat.

Segala malaikat memandang baginda tidak berkelipan mata; sehinggalah baginda yang masih kecil sendawa lalu berkata; “Alhamdulillah,” dan segenap malaikat pun menyatakan “YarhamkALLAH…” sambil tersenyum…

Riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, “telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.”Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda,Masih ada lagi keajaiban yang mengemparkan seluruh dunia , iaitu tersungkurya berhala-berhala sesembahan yang ada di istana-istana orang kafir dimerata tempat didunia. Berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerusakan dan kemusnahan.Biara peribadatan umat Nasrani dan yahudi di belahan Bumi banyak yang mengalami kerosakan serta kehancuran yang menunjukkan serta membuktikan kelahiran Nabi yang dinantikan oleh semua umat manusia yang tertulis dalam semua kitab -kitab terdahulu.Ini memberi isyarat supaya mereka beriman serta mengikut ajaran yang akan disampaikan oleh Rasulullah buat sekalian UMAT MANUSIA DI SEPELUSOK DUNIA sebagaimana yang dinjurkan dalam kitab terdahulu  supaya mengikuti mengikuti<<--sila klik AJARAN ISLAM.


Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di Mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.Ini memberi isyarat agar mereka meninggalkan ajaran penyembahan berhala serta matahari dan mengikuti ajaran ISLAM.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.Majusi adalah salah satu agama yang dibawa oleh Zoroaster, yang diselewengkan umatnya menjadi agama penyembah api.Petunjuk ini adalah bagi merak agar meninggalkan ajaran penyembahan api dan mengimani Rasulullah serta mengikuti ajaran islam.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Air dijurang desa Samawah, yang merupakan hutan dalam lembah dan ladang sawah. Padahal sebelumnya tidak pernah ada air dari tempat tersebut. Meluapnya air itu akhirnya digunakan untuk minum orang yang haus kerongkongannya serta menyuburkan tanaman serta ternakan.

Setelah baginda lahir, kilat petir serta panahan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.Sebelum ini dikatakan iblis dan jin bebas untuk menjelajah diangkasaraya serta di luh mahfuz.Dalam masyarakat kuno/primitf pula mengatakan mereka ini adalah kerajaan kayangan atau dewa/dewi kayangan,sehingga sangup terpedaya dan menyembahnya.Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.


Kelahiran Muhammad telah memberi cahaya kepada penduduk-penduduk kota Mekah. Keadaan kota Mekah tiba-tiba bertukar wajah. Tanaman yang kurang subur tiba-tiba saja menjadi segar dan subur. Kalau ternakan kurang biak dengan mudah sahaja menjadi biak.

Ketika Rasulullah diasuh oleh ibu susunya yaitu Halimatus Sa'diyah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau. Begitu juga binatang-binatang ternaknya seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat waima termasuk untuk hinggap pakaian beliau.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat gumpalan awan kecil di atas kepala Nabi melindungi beliau dari panas matahari.

Ketika berusia 4 tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril, Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan 7 mata air syurga dan air salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 yang bermaksud: Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)? 

Sejak umur 12 tahun, Nabi berada di dalam rumahnya tidak pernah beliau melihat Nabi makan tanpa mengucapkan ‘Bismillahi Ahad’ begitu juga ketika selesai makan dan minum Nabi mengucapkan ‘Alhamdulillah’ pula

Dalam kitab Zabur,Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.Semasa baginda dilahirkan, bundanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.Cahaya keluar terang benderang dari rumah Aminah sehingga berpusu pusu orang Arab datang menjengah dan menilik ke dalam rumahnya yang mulia.. Malah ada di kalangan mereka yang cuba mengopak rumah tersebut kerana perasaan ingin tahu; apakah cahaya terang benderang tersebut yang keluar dari rumah seorang yang sederhana dan miskin.


Pertama, dalam hadits sahih Bukhari disebutkan ketika putera rasul Ibrahim wafat, telah terjadi gerhana matahari pada tahun ke 10 Hijriah dan Nabi Muhammad saw ketika itu berusia 63 tahun.
Kedua, berdasarkan kaedah perkiraan falak, diketahui bahawa gerhana matahari yang terjadi pada tahun 10 hijriah itu bertepatan dengan tanggal 7 januari 632 m, pukul 08.30 pagi. Berdasarkan perkiraan ini, seandainya kita undurkan 63 tahun ke belakang mengikuti tahun Qomariyah, maka kelahiran Nabi saw jatuh pada tahun 571 m. berdasarkan perkiraan yang telah dibuat beliau, tanggal 1 Rabiul awwal bertepatan dengan tanggal 12 april 571 M.
Ketiga, meskipun terjadi perselisihan pendapat mengenai tanggal kelahiran Nabi saw, namun semua pihak sepakat mengatakan bahwa kelahiran Nabi adalah hari isnin bulan rabiul Awwal tersebut. 
Kesimpulannya SEMUA KITAB-KITAB AGAMA, ANUTAN, KEPERCAYAAN SERTA FAHAMAN YANG TERDAHULU TELAHPUN MENERANGKAN AKAN KELAHIRAN SEORANG  MANUSIA MULIA AKHIR ZAMAN. perkara ini telahpun diakui oleh semua PENDETA,BIARAWAN,AHLI KITAB,PADERI DAN SEMUA TOKOH AGAMA TERDAHULU KETIKA LAHIRNYA ''MUHAMMAD''...pada lebih 1000 tahun yang lalu...

SEGALA BUKTI SERTA TANDA-TANDA KELAHIRAN ''MANUSIA MULIA INI'' TELAH DITUNJUKKAN SERTA DIBUKTIKAN DARI SEJAK DAHULU SEHINGGA KINI YANG MANUSIA MULAI ITU TINGGALKAN ATSA AMANAH ALLA SWT,ITULAH AL-QURAN UNTUK MENJADI PENYULUH HIDUP BUAT SEMUA UMAT MANUSIA.

PERSOALANNYA.....MENGAPAKAH MASIH ADA MANUSIA DIDUNIA INI MASIH LALAI ATAU DEGIL SEMATA-MATA CINTAKAN DUNIA ATAU ADA BERKEPENTINGAN DALAM HIDUP...?? ....DAN MENJADI LEBIH MALANG SERTA SEDIH HINGGA ADA YANG SANGGUP BERPALING DARI ISLAM....MALAH LEBIH MALANG LAGI ISLAM SERTA NABI SERING DIHINA<--sila klik OLEH ISLAM APATAH LAGI YANG BUKAN ISLAM.....
JAKSA KOTARAJA;-   APAKAH YANG MENGHALANGI KAMU UNTUK MENERIMA ISLAM.....???

MENGAPA RASULULLAH SEBUT “Aku ialah keturunan dua orang yang disembelih iaitu Ismail dan Abdullah.”


...menulis nama “Abdullah” pada satu anak panah satu anak panah lagi ditulis dengan “10 ekor unta”. Jika nama yang keluar ialah Abdullah, maka hendaklah ditambah dengan 10 ekor unta lagi. Jika yang keluar ialah unta, maka..


Abdullah bin Abdul Muttalib

Abdul Mutalib mempunyai 10 orang anak lelaki iaitu al-Harith, al-Zubair, Abu Talib, Abdullah, Hamzah, Abu Lahab, al-Ghaidaaq, al-Miqwam, Saffar dan al-‘Abbas. Abdul Mutalib juga mempunyai enam orang anak perempuan iaitu al-Bayda’, Barrah, ‘Atikah, Safiyyah, Arwaa dan Umaimah.


Abdullah ialah anak lelaki Abdul Mutalib dari isterinya yang bernama Fatimah binti ‘Amru. Abdullah ialah anak yang paling disayangi Abdul Mutalib kerana sifat peribadi Abdullah yang lemah lembut, menghormati orang tua dan sopan santun.

Abdullah disukai ramai sehingga ramai anak-anak gadis teringin menjadi isteri Abdullah. Orang-orang tua selalu merisik khabar bertanyakan Abdullah kerana mereka berangan-angan ingin menjadikan Abdullah menantu mereka.

Abdul Mutalib bernazar jikalau beliau mendapat 10 orang anak lelaki, beliau akan mengorbankan salah seorang anak beliau. Abdul Mutalib menceritakan nazarnya kepada anak-anaknya. Anak-anak Abdul Mutalib mengikut sahaja kata-kata ayah mereka.

Suatu hari, Abdul Mutalib telah menulis nama kesemua anak lelaki beliau pada anak panah dan diberikan kepada berhala Hubal. Apabila digoncang anak panah itu, maka nama yang keluar ialah Abdullah.Lantas, untuk menunaikan nazarnya, Abdul Mutalib telah mengambil pisau dan membawa Abdullah ke Kaabah untuk disembelih.

Orang-orang Quraisy telah menghalang Abdul Mutalib berbuat demikian terutamanya bapa saudara Abdullah sebelah ibunya dari kalangan Bani Makhzum iaitu al-Mughirah bin Abdullah al-Makhzumi dan saudaranya sendiri Abu Talib. al-Mughirah bin Abdullah al-Makhzumi khuatir jikalau apa yang dilakukan Abdul Mutalib itu akan menjadi adat yang akan diikuti masyarakat Arab selepas itu.

Setelah dihalang, Abdul Mutalib telah berkata; “Lalu apa yang perlu aku lakukan dengan nazarku?” Lalu mereka mencadangkan Abdul Mutalib supaya bertemu seorang tukang tilik wanita di Khaibar untuk meminta nasihatnya dan ada setengah pendapat mengatakan Abdul mutalib bertemu dengan 10 orang ilmuan pakar bijak pandai.

Abdul Mutalib menulis nama “Abdullah” pada satu anak panah satu anak panah lagi ditulis dengan “10 ekor unta”. Jika nama yang keluar ialah Abdullah, maka hendaklah ditambah dengan 10 ekor unta lagi. Jika yang keluar ialah unta, maka hendaklah disembelih unta-unta itu.
Abdul Mutalib lantas mengikut apa yang dinasihatkan. Namun, apabila dicabut anak panah, yang keluar ialah nama Abdullah. Lalu Abdul Mutalib pun menambah jumlah unta sebanyak 10 ekor lagi.

Itulah yang berlaku sehingga jumlah unta genap 100 ekor, di mana selepas itu barulah keluar anak panah yang tertulis “10 ekor unta”. Lalu unta-unta tersebut disembelih sebagai ganti Abdullah. Lalu terselamatlah Abdullah daripada menjadi mangsa sembelihan Abdul Mutalib. Nabi Muhhamad pernah berkata: “Aku ialah keturunan dua orang yang disembelih iaitu Ismail dan Abdullah.”
Abdullah Mutalib telah meninggalkan semua unta-unta yang disembelih tanpa menghalang sesiapa yang mahu mengambil daging unta-unta sembelihan itu samada manusia ataupun binatang buas.

Selasa, 22 Januari 2013

ABU LAHAB PALING GEMBIRA SAAT MAULIDUL RASUL DAN PALING MEMBENCI RASULULLAH DAN AQIQAH


Abu Lahab yang bergembira menyambut kelahiran Nabi Muhammad dengan menyembelih 100 ekor unta, tetapi apabila bila Rasulullah menyerunya kepada Islam beliau menolaknya.Ini juga mengambarkan bahawa peristiwa ini berlaku pada selepasnya dengan mengikut cara kehidupan Abu Lahab...

Abu Lahab dan nama sebenarnya adalah  Abdul Uzza bin Abdul Mutalib. Nama panggilannya Abu Utaibah.Ketika lahirnya rasulullah dialah diantara orang yang paling gembira dan menyifatkan Rasulullah adalah anakku'' dengan keadaan riang dan gembira yang dapat menghilangkan kesedihan atas kehilangan adiknya ''Abdullah'' yang telah meninggal dunia.Abu Lahab ialah orang yang terkenal paling bakhil ini pun tidak sangka-sangka untuk  memerdekakan hambanya, hanya kerana sampainya berita tentang kelahiran ‘putera dua orang korban’.” Bagi orang yang terkenal bakhil seperti Abu Lahab, jelas menjadi luar biasa. Jangankan harta sebesar budak yang harganya mahal, harta paling kecil pun baginya amat disayang.Tentu ada alasan lain yang mendorong Abu Lahab tiba-tiba berubah menjadi seorang yang dermawan, memerdekakan hamba tanpa tebusan.Begitulah digambarkan kegembiraan Abu Lahab.
Abu Lahab yang bergembira menyambut kelahiran Nabi Muhammad dengan menyembelih 100 ekor unta, tetapi apabila bila Rasulullah menyerunya kepada Islam beliau menolaknya.
Ini juga mengambarkan bahawa peristiwa ini berlaku pada masyarakat kini selepasnya dengan mengikut cara kehidupan Abu Lahab...

Itulah Abu Lahab yang kemudiannya adalah orang yang paling MEMUSUHI RASULULLAH SEHINGGA DILAKNAT OLEH ALLAH SWT 
Allah Berfirman :
“Binasalah kedua tangan abu Lahab, dan sungguh-sungguh binasa ia. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan. Kelak ia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) istrinya, pembawa kayu bakar. Yang dilehernya ada tali dari sabut.” (QS. Al-Lahab : 1-5)


Pengertian Aqiqah Menurut Syara:

Menurut istilah hukum syara', aqiqah ialah "penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu."

Antara pengertian lain;

Aqiqah dalam pengertian syarak` ialah binatang ternakan yang berkaki empat (bahimatul an`am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.

Dalam bahasa Arab, kata bahimatul an'aam (binatang ternakan) adalah termasuk unta, lembu, kerbau,biri-biri,kibas dan kambing, bukan yang lain.

" Pada zaman Jahiliyyah, apabila kami mendapat seorang anak lelaki, maka kami menyembelih seekor kambing, maka kami mencukur kepala bayi tersebut, lalu kepalanya kami sapu dengan darah kambing yang disembelih itu".Menurut riwayat Ibnu Sakan pula " Orang-orang Jahiliyyah meletakkan kapas yang telah dicelup dengan darah aqiqah lalu kapas yang penuh dengan darah tersebut disapu ke ubun-ubun bayi yang baru saja dilahirkan itu. Abu Lahab yang dilaknat Allah SWT dalam surah AlMasad terlebih dulu lebih dulu rai kelahiran nabi sehingga menyembelih 100 ekor unta dan memerdekakan hambanya yang bernama Thuwaibah, juga ibu susuan Nabi saw.
Setelah datangnya Islam, perkara itu tidak dibenarkan oleh Rasullullah s.a.w. Baginda saw menyuruh menggantikannya dengan meletakkan haruman kasturi pada kepala bayi yang baru dilahirkan itu.

HUKUM AQIQAH
Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat mu'akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Baginda bersabda: "Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing." [HR. Abu Daud]
Dalam sebuah hadis diriwayatkan; " Bahawa Rasulullah s.a.w telah mengaqiqah Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri." [HR. Abu Daud].

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; "Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya." [HR. Tirmizi]
"Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama." [HR. Ahmad dan Tirmizi]
Rasulullah s.a.w. bersabda : " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya." [HR. Riwayat Tirmizi]

Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi.

JENIS HAIWAN DAN KADAR AQIQAH

Menurut Imam Malik,Asy-Syafi'e,Ahmad dan jumhur ulama' , bahawa aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki(Bahimatul An-`aam) seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri dan kibas (sama seperti ibadah korban). Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;

1. Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.
2. Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.
3. Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
4. Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.
5. Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat.

Manakala,rusa, kijang dan kancil tidak termasuk dalam kategori Bahimatul An'aam.Maka ketiga-tiga haiwan tersebut(rusa,kijang dan kancil) tidak dibolehkan untuk dijadikan sebagai haiwan aqiqah.

Isnin, 21 Januari 2013

NABI MUHAMMAD MERINDUI AYAHNYA DAN BERDIALOG SEDIH DENGAN IBUNYA


..“Ibu” seru Muhammad manja. 
“Mengapa… Muhammad” sahut Aminah. 
“Marahkah kalau saya bertanya?’ 
“Tanyalah apa sahaja, masakan ibu akan marah” sahut Aminah jujur. 
Sebenarnya Aminah tidak menyangka yang Muhammad hendak bertanya tentang bapanya. 
“Dimana bapa saya..bu?’ tanya Muhammad... 

Kelahiran Muhammad telah memberi cahaya kepada penduduk-penduduk kota Mekah. Keadaan kota Mekah tiba-tiba bertukar wajah. Tanaman yang kurang subur tiba-tiba saja menjadi segar dan subur. Kalau ternakan kurang biak dengan mudah sahaja menjadi biak. ini adalah satu rahmat kepada penduduk kota Mekah. Sungguhpun Muhammad dijaga dengan baik hingga besar,tapi dia tidaklah hidup dalam kemewahan. Dia hidup sebagaimana kehidupan orang yang mengasuhnya. Orang yang mengasuhnya bukanlah orang kaya.

Muhammad telah mengenali erti kesusahan sejak dari kecil lagi. Dia tahan menghadapi berbagai penderitaan. Muhammad tidak pernah merasai kasih sayang bapanya yang sebenar. Malah dia tidak tahu apa ertinya bapa dalam satu-satu keluarga. tapi bila sudah besar sedikit barulah dia tahu erti bapa. Tetapi Muhammad tidak pernah bertanya kepada sesiapa pun kemana pergi bapanya selama ini. Samaada dari ibunya, datuknya mahupun bapa saudaranya. Hatinya tidak terlintas mahu bertanya. Aminah dan Abdul Mutalib tidak mahu menyebut-yebut nama bapa Muhammad tambahan pula di depan Muhammad sendiri. Mereka bimbang hati Muhammad akan berasa sayu. Mereka kasihan kepada Muhammad.

Ketika berumur empat tahun, Muhammad sudah boleh bertutur. Kata-katanya teratur. Cakapnya boleh di pakai. Sifatnya boleh dipercayai. Sungguhpun kecil, dia tahu menjaga hati orang yang mengasuhnya. Dia tahu menjaga hati datuk serta bapa saudaranya. kalau aku bertanyakan di mana bapaku tentu ibuku bersedih dan menangis.

Dengan hormat Muhammad pergi mendapatkan ibunya, Aminah. Dia menghadapi ibunya sambil tersenyum seolah-olah tidak ada kocak di dada kecil itu. Ibunya tersenyum membayangkan kegembiraan.

“Ibu” seru Muhammad manja.
“Mengapa… Muhammad” sahut Aminah.
“Marahkah kalau saya bertanya?’
“Tanyalah apa sahaja, masakan ibu akan marah” sahut Aminah jujur.
Sebenarnya Aminah tidak menyangka yang Muhammad hendak bertanya tentang bapanya.
“Dimana bapa saya..bu?’ tanya Muhammad.

Aminah memang tidak menyangka soalan itu akan dikemukakan olah Muhammad. Dia tersentak darahnya berderau naik ke muka. Aminah menundukkan muka menahan perasaan hiba.

“Dimana bapa saya….bu?” tanya Muhammad Lagi.

Aminah benar-benar tidak dapat menahan perasaannya. Dia cuba menahan nafas. Hatinya bagai di hiris-hiris. Dengan segera Aminah mengambil buah kurma lalu di suapkannya ke mulut muhammad. Ini kerana dia tidak mahu Muhammad menyebut-nyebut pasal ayahnya. Lepas sebiji-sebiji buah kurma di sumbatkan ke dalam mulut Muhammad. Tapi bila buah kurma itu habis, Muhammad terus bertanya lagi.

“Dimana bapa saya …bu?” ulangnya.

Sekarang mulut Muhammad sudah tidak boleh ditutup lagi. Dia tetap bertanyakan bapanya. Aminah seolah-olah hilang akan dibuatnya.

“Di mana bapa saya..bu? ulang Muhammad lagi.

“sebenarnya” Aminah berterus terang ” bapa Muhammad telah meninggal dunia ketika Muhammad masih dalam kandungan lagi. Dia meninggal dalam perjalanan pulang dari Syam. Bapa Muhammad seorang peniaga. Dia selalu merantau kesana ke mari membawa barang-barang dagangan. Malangnya, tiba di Madinah dia telah jatuh sakit lalu meninggal di sana.”

Muhammad terdiam seolah-olah bertafakur.Tapi di kelopak mata Aminah bergenang air jernih bila mengingatkan peristiwa lama bersama dengan suaminya. Muhammad faham perasaan ibunya dalam kesedihan. Dan Muhammad tahu bahawa itulah sebabnya ibunya tidak mahu bercerita selama ini. Sekarang barulah Muhammad faham tahu dengan jelas bahawa bapanya sudah tidak ada lagi. Muhammad tahu bahawa dirinya adalah anak yatim., anak yang tidak berbapa lagi.

” Muhammad….kau tidak mempunyai bapa. Sungguhpun ada orang yang bertanggung jawab seperti datuk dan pakcikmu itu,tapi hati-hatilah dalam hidup ini. Perangai biar baik, berbudi bahasa, Jangan nakal-nakal nanti orang tidak suka. Jangan hasad dengki nanti orang benci” kata Aminah memberi nasihat. ” Kematian bapamu sudah sampai masanya. Semua makhluk Tuhan akan mati apabila sudah sampai masanya” kata Aminah lagi memujuk.

Rupanya dalam termenung itu, Muhammad mempunyai rancangan hendak pergi ke kubur bapanya. tapi buat sementara ini dia tidak memberitahu ibunya tentang rancangan itu. Dia ingin melihat kubur bapanya suatu hari nanti.

“Ingat” sambung Aminah lagi ” Pada pendapat setengah orang Muhammad akan menjadi orang besar di Kota Mekah ini. Tanda-tandanya telah banyak seperti yang ibu sebutkan tadi. Perangai-perangi yang baik harus di contohi.”

Setelah berumur enam tahun, Muhammad berkata lagi kepada ibunya. Muhammad mahu lihat kubur bapa” katanya.

Aminah terdiam mendengar permintaan Muhammad itu. Walaubagaimanapun Aminah tidak mahu menghampakan permintaan Muhammad.

“Baiklah”kata Aminah kepada Muhammad”. Tapi mesti minta izin dari datukmu.”

Abdul Mutalib tidak menegah hajat itu. Setelah segala persiapan di buat mereka pun berangkat ke Madinah. Dalam perjalanan yang susah dan jauh itu macam-macam cabaran yang di terima. Tapi Muhmmad tabah menempuhnya. Walaupun letih tapi di atahan menghadapi semua itu.

Akhirnya, sampai juga mereka di Madinah. Hajat Muhammad sampai. Mereka pergi ke kkuburan. Sungguhpun masih anak-anak tapi Muhammad dapat menunjukkan kesabaran. Dia sedih tapi dia dapat menahan kesedihannya itu. Dia pujuk ibunya yang menangis. Dia pinta ibunya bersabar. Sedikit sebanyak, dapat juga Muhammad memberi petunjuk kepada ibunya.
Setelah beberapa lama di kuburan itu, Muhammad lalu mengajak ibunya pulang. Dia cuba damaikan perasaan ibunya dalam perjalanan itu. Tapi nasib Muhammad memang malang. Ibunya jatuh sakit dalam perjalanan. 

Muhammad tidak dapat meneruskan perjalanan pulang. Maklumlah ibunya sakit. Masakan boleh orang sakit dipaksa pulang. Muhammad sabar lagi. kalau ibu sembuh bolehlah pulang, fikirnya. Muhammad terus berusaha untuk menyembuhkan penyakit ibunya itu. Tapi penyakit Aminah tidak mahu sembuh juga. Makin sehari semakin berat. Muhammad tidak putus asa. Tapi makin sehari semakin berat juga.

Akhirnya, ibu Muhammad meninggal dunia. Ini satu kejadian yang tidak diduga-duga oleh Muhammad. Tapi Muhammad sabar walaupun tanggungannya berat. Dan dia menangis dalam sabar. Dia bersedih dalam sabar. Dia uruskan ibunya.

Kematian Aminah itu menjadikan Muhammad yatim piatu. Tidak punya ibu dan bapa lagi. Muhammad benar-benar tinggal sebatang kara. Namun begitu, dia berjaya pulang ke Mekah. Keluarga Muhammad terkejut besar bila mendengar kematian Aminah. Tapi Abdul Mutalib tidak menunjukan kesedihan walaupun hatinya pedih dan hancur. Dia pujuk Muhammad supaya jangan bersusah hati.”Jangan kemana-mana. Tinggal sahaja di rumah datuk,” pujuk Abdul Mutalib sambil mengusap-usap rambut Muhammad. Abdul Mutalib sambil adalah datuk Muhammad yang sebenar. Kasih sayangnya kepada Muhammad memang tidak dapat diragukan lagi. 


SEKIANLAH SAHAJA SEBAHAGIAN KISAH INI DAN AKAN IKUTI CERITA PENUH HARI KEPUTERAAN RASULULLAH SAW DI PENULISAN SETERUSNYA..DAN MARI KITA BERSELAWAT KEATAS JUNJUNGAN NABI......

''ALLAH HUMMA SOLLI'ALA MUHAMMAD...WA'ALA ALI WASOHBIHI WABARIK WASOHBIHI WASSALAM...

''ALLAH HUMMA SOLLI'ALA MUHAMMAD...WA'ALA 'ALIWAHABIBINA,WAZUHRINA,WASHAFIE'INA WAMAULANA SAIYIDINA MUHAMMADIN SALLALLAHU A'LAIHI WASALLAM.....''

Jumaat, 18 Januari 2013

MUDAHKANLAH URUSAN ORANG LAIN

..manusia yang paling banyak bermanfaat dan berguna bagi manusia yang lain;sedangkan perbuatan yang paling dicintai Allah adalah memberikan kegembiraan kepada orang lain atau menghapuskan kesusahan orang lain, atau melunasi hutang orang yang tidak mampu untuk membayarnya..

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim)

Apabila kita mengetahui bahwa sebenarnya kita mampu berbuat sesuatu untuk menolong kesulitan orang lain, maka segeralah lakukan, segeralah beri pertolongan. Terlebih lagi bila orang itu telah memintanya kepada kita. Kerana pertolongan yang kita berikan, akan sangat bererti bagi orang yang sedang kesulitan. Cubalah bayangkan, bagaimana rasanya apabila kita berada dipihak orang itu yang meminta pertolongan pada kita, Dan sungguh Allah SWT sangat mencintai orang yang mahu memberikan kebahagiaan kepada orang lain dan menghapuskan kesulitan orang lain.

Berikut beberapa hadits yang menerangkan tentang keutamaan menolong dan meringankan beban orang lain:

Pada suatu hari Rasululah SAW ditanya oleh sahabat beliau : “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai oleh Allah ? 

Rasulullah SAW menjawab : “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah manusia yang paling banyak bermanfaat dan berguna bagi manusia yang lain;sedangkan perbuatan yang paling dicintai Allah adalah memberikan kegembiraan kepada orang lain atau menghapuskan kesusahan orang lain, atau melunasi hutang orang yang tidak mampu untuk membayarnya, atau memberi makan kepada mereka yang sedang kelaparan dan jika seseorang itu berjalan untuk menolong orang yang sedang kesusahan itu lebih aku sukai daripada beri’tikaf di masjidku ini selama satu bulan ” ( Hadits riwayat Thabrani ).

Setiap gerakan pertolongan merupakan nilai pahala ” Siapa yang menolong saudaranya yang lain maka Allah akan menuliskan baginya tujuh kebaikan bagi setiap langkah yang dilakukannya ” (HR. Thabrani ).

Memberikan bantuan juga dapat menolak bala, sebagaimana dinyatakan ” Sedekah itu dapat menolak tujuh puluh pintu bala ” (HR Thabrani ). 

Pertolongan Allah kepada seseorang juga tergantung dengan pertolongan yang dilakukannya antar manusia. “Sesungguhnya Allah akan menolong seorang hamba-Nya selama hamba itu menolong orang yang lain“. (Hadith muslim, abu daud dan termizi)

Lebih hebat lagi, membantu orang yang susah lebih baik daripada ibadah umrah, sebagaimana disebutkan dalam hadits shahih berikut ini: ”Siapa yang berjalan menolong orang yang susah maka Allah akan menurunkan baginya tujuh puluh lima ribu malaikat yang selalu mendoakannya dan dia akan tetap berada dalam rahmat Allah selama dia menolong orang tersebut dan jika telah selesai melakukan pertolongan tersebut, maka Allah akan tuliskan baginya pahala haji dan umrah dan sesiapa yang mengunjungi orang yang sakit maka Allah akan melindunginya dengan tujuh puluh lima ribu malaikat dan tidaklah dia mengangkat kakinya melainkan akan dituliskan Allah baginya satu kebaikan, dan tidaklah dia meletakkan tapak kakinya untuk berjalan melainkan Allah angkatkan daripadanya, Allah akan ampunkan baginya satu kesalahan dan tinggikan kedudukannya satu derajat sampai dia duduk disamping orang sakit, dan dia akan tetap mendapat rahmat sampai dia kembali ke rumahnya ” (HR Thabrani ).

Memberikan bantuan juga dapat memadamkan kemarahan Tuhan, perhatikan hadits berikut ini: “Sesungguhnya sedekah yang sembunyi-sembunyi akan memadamkan kemarahan Allah, dan setiap perbuatan baik akan mencegah keburukan serta silaturrahim itu akan menambah umur dan menghilangkan kefaqiran dan itu lebih baik daripada membaca ''laa haula wa laa quwwata illaa billah'' padahal dengan membacanya saja akan mendapat perbendaharaan syurga dan dengan berbuat baik itu juga dapat menyembuhkan penyakit dan menghilangkan kegelisahan ” (HR. Thabrani ).

Menolong orang lain juga dapat mengampuni dosa. “Siapa yang berjalan untuk membantu saudaranya sesama muslim maka Allah akan menuliskan baginya suatu kebaikan dari tiap langkah kakinya sampai dia pulang dari menolong orang tersebut. Jika dia telah selesai dari menolong saudaranya tersebut, maka dia telah keluar dari segala dosa-dosanya bagaikan dia dilahirkan oleh ibunya, dan jika dia ditimpa kecelakaan (akibat menolong orang tersebut) maka dia akan dimasukkan ke dalam surga tanpa hisab “ (HR. Abu Ya’la ).

Allah SWT akan memberikan pelayanan syurga kepada orang yang menolong meringankan beban hidup orang lain. Perhatikan hadits berikut ini: ” Sesiapa yang bersikap ramah kepada orang lain dan meringankan beban hidupnya baik sedikit maupun banyak maka kewajiban bagi Allah untuk memberikan kepadanya pelayanan dengan pelayanan surga ” (HR Thabrani ).

Orang yang menolong orang yang sakit laksana berada dalam taman surga, seperti dinyatakan oleh hadits: “Siapa yang mengunjungi seseorang yang lain maka dia mendapatkan rahmat Allah dan siapa yang mengunjungi orang yang sakit maka dia seperti berada di dalam taman-taman (raudhah) syurga ” (HR Thabrani ).

Membantu orang lain juga merupakan ibadah solat dan sedekah, sebagaimana dalam hadtis disebutkan :” Amar Makruf dan mencegah kemungkaran yang kamu lakukan adalah solat. Menolong orang yang susah juga merupakan solat. Perbuatan menyingkirkan sampah dari jalan juga solat dan setiap langkah yang engkau lakukan menuju tempat shalat juga merupakan solat “ (HR. Ibnu Khuzaimah ).

Setelah kita mengetahui keutamaan membantu dan meringankan kesulitan orang lain, masih enggankah kita memberikan bantuan dan meringankan kesulitan orang lain? Terlebih lagi bila orang yang kesulitan, telah meminta langsung pertolongan kepada kita, perlukah kita sebagai orang beriman mengabaikan permintaan pertolongan yang dimohonkan? Padahal kita mempunyai kemampuan dan kesanggupan untuk membantunya.

Apakah kita akan mengabaikan kesempatan berbuat amal kebaikan dan menghilangkan kesempatan menjadi hamba yang dicintai Allah karena keengganan kita membantu saudara semuslim yang sedang kesulitan dan meminta pertolongan dari kita? Apa yang membuat kita menjadi enggan memberikan pertolongan, bukankah semua, segala sesuatu yang kita miliki sebenarnya dari Allah, lalu mengapa saat Allah mengirimkan hamba-Nya yang kesulitan datang pada kita, kita berpaling dan tidak menghiraukan?

Kita harus ingat, bahwa kita ini berada dalam pengawasan Allah, jiwa, harta dan segala sesuatu yang kita miliki berada dalam genggaman-Nya. Sebaiknya kita selalu mengusahakan agar dalam hidup, kita tidak mengundang murka dan azab Allah. Bila ada orang datang memohonkan suatu bantuan, mungkin saja Allah SWT sedang menguji kita melalui orang tersebut.

Perhatikan sabda Nabi Muhammad SAW berikut ini:” Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla berfirman di hari kiamat,” Wahai anak Adam, dulu Aku sakit tetapi engkau tidak menjenguk-Ku.” Manusia bertanya,” Tuhanku, bagaimana kami dapat menjenguk-Mu sedangkan Engkau adalah Tuhan alam semesta?”
Tuhan menjawab,” Tidak tahukah engkau bahwa si fulan sakit, tetapi engkau tidak menjenguknya? Tidak tahukah engkau jika engkau menjenguknya, engkau pasti dapati Aku ada di sisinya.”
Tuhan berfirman lagi,” Wahai anak Adam, dulu Aku minta makan kepada engkau tetapi engkau tidak memberi Aku makan.”
Manusia bertanya,” Tuhanku, bagaimanakah aku dapat memberi-Mu makan sedangkan Engkau adalah Tuhan alam semesta?”
Tuhan menjawab,” Tidak tahukah engkau bahwa hamba-Ku si fulan meminta makan kepadamu dan engkau tidak memberinya makan? Tidak tahukah engkau bahwa jika engkau memberinya makan, engkau pasti dapati ganjarannya ada di sisi-Ku.”
Tuhan befirman,” Wahai anak Adam, dulu Aku minta minum kepadamu dan engkau tidak memberi-Ku minum.”
Manusia bertanya,” Tuhanku, bagaimanakah aku dapat memberi-Mu minum sedangkan Engkau adalah Tuhan alam semesta?”
Tuhan berfirman,” Hamba-Ku fulan meminta minum padamu dan engkau tidak memberinya minum. Apakah engkau tidak tahu bahwa seandainya engkau berikan ia minum engkau pasti dapati ganjarannya ada di sisi-Ku.” ( HR. Muslim dari Abu Hurairah ra)

Perhatikan hadits Rasulullah SAW diatas dengan saksama, Allah SWT bersama orang-orang yang menderita, kepiluan hati mereka adalah kepiluan Tuhan. Rintihan mereka pada manusia adalah suara Tuhan. Tangan mereka yang menadah adalah tangan Tuhan. Ketika seseorang memberikan derma kepada fakir miskin atau seseorang memberikan bantuan atas kesulitan orang lain, sebelum sedekah dan sebelum pertolongan tersebut sampai di tangan orang yang memerlukan, tangan Tuhanlah yang pertama-tama menerimanya.

Namun kadang ada dari kita yang masih lebih ”mempercayai apa yang ada ditangan kita, ketimbang apa yang ada ditangan Allah.” Hingga kadang seseorang merasa sangat berat sekali untuk  memberikan suatu bantuan pertolongan betapapun sebenarnya ia mampu. Ini mungkin kerana orang itu lebih memikirkan hari depan nanti bagaimana, kalau ia memberikan pertolongan. Ini yang disebut dengan ”lebih mempercayai apa yang ada ditangannya sendiri, ketimbang apa yang ada ditangan Allah” padahal seluruh hidupnya, jiwa raganya, ada ditangan Allah. Tapi dia masih lebih mempercayai apa yang ada ditangannya, ketimbang apa yang ada ditangan Allah. Orang ini masih lebih mempercayai akal fikiran /logiknya.

Padahal Allah SWT lah Yang Maha Menggenggam segala sesuatu, Allah SWT lah Yang Maha Lebih mengetahui segala sesuatu yang akan terjadi nantinya, seperti, apa yang akan terjadi bila ia memberikan pertolongan dan apa yang akan terjadi bila ia tidak memberikan pertolongan, yang sebenarnya ia mampu untuk menolong.

Allah SWT Maha Memudahkan, Maha Menyulitkan, Maha Menyaksikan, Maha Mengatur segalanya. Maha Meninggikan, Maha merendahkan. Allah SWT lah yang Maha Kuasa Memberikan apa saja kepada siapapun yang dikendaki-Nya dan menarik atau mengambil apa saja, dari siapapun yang dikendaki-Nya. Kekuasaan Allah SWT tidak terbatas dan tidak terhingga.

Kerana itu, bila ada seseorang yang datang atau menghubungi kita meminta suatu pertolongan dan kita mengetahui bahwa kita mampu memberikan pertolongan yang diminta, maka segeralah berikan pertolongan.
Sebaiknya kita menjadi seorang hamba yang benar-benar boleh ”mempercayai apa yang ada ditangan Allah, ketimbang apa yang ada ditangan kita sendiri”. Dan sebaiknya kita benar-benar bisa menjadi hamba Allah yang lebih mempercayai Ilmu Pengetahuan Allah yang Maha Meliputi segala sesuatu, timbang akal fikiran/logik kita yang sangat terbatas, agar kita tidak ragu terhadap segala kemungkinan yang terjadi bila kita memberikan bantuan pertolongan terhadap seseorang.

Sedarilah segera, bahawa semua yakni seluruh hidup kita ini, berada dalam genggamanNya, Allah SWT yang Menggenggam segala sesuatu, Mengatur segala sesuatu. Jangan sampai akal fikiran kita yang terbatas serta kecemasan kita memikirkan ”bagaimana atau apa yang akan terjadi pada kita,esoknya nanti bila kita memberikan pertolongan” membuat kita menjadi hamba Allah yang tidak perduli dan enggan memberikan pertolongan walau sebenarnya kita mampu.

Janganlah mengundang kesulitan dalam hidup kita, jangan mempersempit urusan kita, dan jangan mengundang azab dan murka Allah. Tapi undanglah kemudahan, kelapangan urusan, cinta, kasih sayang dan pertolongan dari Allah, dengan memberikan bantuan, pertolongan kepada orang yang memerlukannya.


~wallahu'allam
~jaksa kotaraja

Selasa, 8 Januari 2013

WONG FEI HONG DISEMBUNYIKAN KEISLAMAN...??

                         


Huang Feihong(dialeg mandarin), nama bekas Huang Xiang dari Linxi Luzhou kampung, Xiqiao, Nanhai, Guangdong. Beliau dilahirkan di Foshan pada 9 julai, kalendar Cina pada tahun 1856
Wong Fei Hung (Faisal Hussein Wong) ternyata muslim dan ia adalah ulama yang jaguh kungfu dan juga seorang tabib.Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jaguh Kung fu dalam filem Once Upon A Time in China. Dalam filem itu, watak Wong Fei Hung dimainkan oleh pelakon terkenal Hong Kong, Jet Li.

Zaman kehidupan Wong Fei Hung ialah pada zaman Dinasti Ch'in.. Iaitu Dinasti yang merobohkan Dinasti Yuan.... Jika tak salah aku... Dinasti Yuan ini dikenali sebagai dinasti kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak memeluk agama Islam... Wong Fei Hung lahir pada tahun 1834... Maknanya sudah ada banyak pengaruh Islam di China.... So...tak mustahil kan?

Kehidupan keluarga Wong Fei Hung pada zaman dinasti Yuan.... dan tidak mustahil pada zaman itu ramai penduduk China memeluk Islam kerana ''pemerintahnya memeluk agama Islam''.... Siapa tahu zaman bila lagi Islam sampai ke negara China? Sejak zaman kegemilangan Melaka lagi PENIAGA Islam di negara China datang kesini....Salah sorang muslim terkenal ialah Laksamana Cheng Ho


Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?
Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, ahli Perubatan, dan ahli bela diri legenda yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun kerajaan China sering berupaya mengaburkan identiti Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila dibahasa arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.
                                                 

Ayahnya, (Huang Qi Ying)Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli bela diri tradisional Tiongkok (wushu / kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). PO CHI LAM (PERUBATAN ISLAM &( Pusat Obat Islam)..Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu peringkat tertinggi. Ketinggian ilmu bela diri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Harimau Kwantung. Kedudukan Harimau Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik bela diri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa mempedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih.

Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Kerajaan Ch’in yang rasuah dan penindas. Kerajaan Ch’in ialah Kerajaan yang merobohkan kekuasaan Kerajaan Yuan yang memerintah sebelumnya. Kerajaan Yuan ini dikenali sebagai satu-satunya Kerajaan Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat pertahankan diri sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan handalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembunuhan oleh pemerintahan Kerajaan Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan Kerajaan penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, England, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya menghalau pendudukan Kerajaan Ch’in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan bela diri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan ilmu pertahankan diri semakin sukar ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktikal namun cekap yang dinamakan Jurus Cakar Harimau dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus.

Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jaguh pelabuhan berbadan tegap dan kejam di Canton.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai ujian. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu kejadian pergaduhan dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah kerana isteri-isterinya meninggal dalam usia muda.

Setelah isteri ketiganya meninggal dunia, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli bela diri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar bela diri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka.
Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenali seluruh dunia… 

@sejarah di China tiada menyebut apakah anutannya serta cara gaya kehidupannya maka tiadalah dapat disahihkan beliau adalah islam dikacamata China ataupun dimata islam itu sendiri..maka kepada Allah jualah mengetahuI...

~wallahu'alam...
~jaksa kotaraja..