Ahad, 28 Oktober 2012

KISAH NABI IBRAHIM A.S. DENGAN MENANTUNYA..



Mari kita menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim a.s. sewaktu baginda menziarahi menantunya... Pada waktu itu puteranya Nabi Ismail a.s. tiada di rumah, sedangkan isterinya belum pernah bertemu dengan mertuanya, Nabi Ibrahim a.s... Apabila sampai, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim a.s. dan menantunya....

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?..
Menantu : Aku isteri Ismail..
Nabi Ibrahim : Dimanakah suami mu, Ismail?..
Menantu : Dia pergi berburu...
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga ?..
Menantu : Oh kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh tidak pernah senang dan lapang)..
Nabi Ibrahim : Baiklah ! Jika suami mu pulang sampaikan salamku padanya, pesankan padanya tukar tiang pintu rumahnya
Menantu : Ya baiklah

Setelah Nabi Ismail a.s. pulang dari berburu ,isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka....


Nabi Ismail : Adakah apa yang ditanya oleh orang tua itu?..
Isteri : Dia bertanya tentang kehidupan kita....
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?..
Isteri : Aku ceritakan kita ni orang susah, hidup kita ni selalu dalam kesempitan tidak pernah senang...
Nabi Ismail : Ada dia pesan apa?..
Isteri : Ya ada , dia pesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu, serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu...
Nabi Ismail : Sebenarnya dia tu ayahku, dia menyuruh kita berpisah...
 Sekarang kembalilah kepada keluargamu... 
Nabi Ismail pun menceraikan isterinya yang SUKA MERUNGUT, serta TIDAK BERSYUKUR kepada takdir Allah S.W.T...

Tidak lama selepas itu Nabi Ismail berkahwin lagi... setelah sekian lama, Nabi Ibrahim a.s. datang lagi dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya... terjadi lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali...

Nabi Ibrahim : Dimana suamimu?..
Menantu : Dia tiada dirumah, dia sedang berburu...
Nabi Ibrahim : Bagaimana hidupmu sekeluarga mudahan dalam kesenangan...
Menantu : Syukur kepada Tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera tiada apa yang kurang...
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu..
Menantu : Silalah duduk sebentar, boleh saya hidangkan sedikit makanan...
Nabi Ibrahim : Apa pula yg kamu nak hidangkan?..
menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu...
Nabi Ibrahim : ( berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku berkatilah mereka dalam makan minum mereka... Baiklah nanti bila suami mu pulang sampaikan salamku kepadanya... suruhlah dia kekalkan tiang pintu rumahnya ...

Apabila Nabi Ismail a.s. pulang, seperti biasa dia bertanya sekiranya ada sesiapa yang datang..

Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa ketiadaan aku dirumah?..
Isteri : Ya, ada seorang tua yang baik rupanya dan perwatakan sepertimu...
Nabi Ismail : Apa katanya?..
Isteri : Dia bertanya tentang hidup kita..
Nabi Ismail : Apa jawapanmu...
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik tiada apa yang kurang, aku ajak dia makan dan minum...
Nabi Ismail : Ada dia pesan apa2?...
Isteri : Ada, dia kirim salam buatmu dan suruh kekalkan tiang pintu rumahmu...
Nabi Ismail : Oh begitu...sebenarnya dialah ayahku..tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang diminta untuk kekalkan....
Isteri : Alhamdulillah..syukur...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan