..Barangsiapa yang mengatakan sesuatu tentang Al-Quran dengan menggunakan akalnya maka dia telah tersilap (Hadith riwayat Abu Daud ). Dan disebut dalam riwayat yang lain dengan darjat hadith hasan bahawa ditambah فاصاب فقد أخطأ" “ Sekalipun benar apa yang ditafsirkan dengan akalnya maka tetap salah (Hadith riwayat Tirmidzi)..
Dalam kemelut kehidupan dipenghujung dunia yang bakal Kiamat, kita dapati ramai kalangan orangan yang gemar gunakan ayat Quran untuk berhujah.. terkadang mereka bidas ulama dengan ayat Quran yang mereka gunakan akal bagi memenangkan hujah.. Alangkan ulama itu adalah pewaris keseniambungan syiar islam.. Ulama itu hatam kitab dan Quran dan siap karang kitab rujukan.. kita !!..kita !!! baca surat khabar pun tak habis, inikan pula nak baca kitab atau quran..!!!
Masa kini, dapat kita lihat terlalu ramai berani berfatwa yang bukan-bukan perihal ayat-ayat Allah dan mengeluarkan hukum hakam yang ganjil dari Al-Quran tanpa ilmu. Sedangkan hal itu diharamkan kerana baginda Rasullah sendiri pernah bersabda, dari riwayat Ibn Abbas ra bahawa baginda bersabda :من قال فى القرأن برأيه او بما لا يعلم فليتبؤا مقعده من النار
“Barangsiapa yang mengatakan sesuatu perihal Al-Quran dengan menggunakan akalnya atau dengan apa yang tidak diketahuinya maka bersedialah dia dengan tempat di neraka.”
Sangatlah ditentang dan dicela perbuatan menafsirkan ayat Allah dengan menggunakan logik akal atau dengan kejahilan sekalipun benar apa yang ditafsirkan. Sebagaimana dari riwayat Jundub ra bahawa baginda Rasulullah pernah bersabda “ من قال فى القرأن برايه فقد أخطأ “ Barangsiapa yang mengatakan sesuatu tentang Al-Quran dengan menggunakan akalnya maka dia telah tersilap (Hadith riwayat Abu Daud ). Dan disebut dalam riwayat yang lain dengan darjat hadith hasan bahawa ditambah فاصاب فقد أخطأ" “ Sekalipun benar apa yang ditafsirkan dengan akalnya maka tetap salah (Hadith riwayat Tirmidzi)
‘Ulum al-Quran menyebut lima belas ilmu yang harus dikuasai oleh seorang mufassir. Lima belas ilmu tersebut adalah sebagai berikut:
1. Bahasa Arab
kerana dengannya seorang mufassir mengetahui penjelasan kosa kata suatu lafaz dan maksudnya sesuai dengan objek.
Oleh kerana demikian pentingnya penguasaan terhadap bahasa Arab dalam menafsirkan Al-Quran, Mujahid mengatakan,
لا يحل لأحد يؤمن بالله واليوم الآخر أن يتكلم في كتاب الله إذا لم يكن عالمًا بلغات العرب.
“Tidak halal bagi seorang yang beriman kepada Allah dan hari akhir berbicara mengenai sesuatu yang terdapat dalam Kitabullah apabila ia tidak mengetahui bahasa Arab.”

2. Nahwu
kerana suatu makna boleh saja akan berubah-ubah dan berlainan sesuai dengan perbezaan i’rabnya.
3. Tashrif (sharaf)
kerana dengannya dapat diketahui bina (struktur) dan shighah suatu kata.
4. Isytiqaq
kerana suatu nama apabila isytiqaqnya berasal dari dua subjek yang berbeza, maka ertinya pun juga pasti berbeza. Misalnya (المسيح), apakah berasal dari (السياحة) atau (المسح).
5. Al-Ma‘ani
kerana dengannya dapat diketahui kekhususan tarkib (komposisi) suatu kalimat dari segi manfaat suatu makna.
6. Al-Bayan
kerana dengannya dapat diketahui kekhususan tarkib (karangan) suatu kalimat dari segi perbezaannya sesuai dengan jelas atau tidaknya suatu makna.
7. Al-Badi‘
kerana dengannya dapat diketahui pengkhususan tarkib (karangan) suatu kalimat dari segi keindahan suatu kalimat.
Ketiga ilmu di atas disebut ilmu balaghah yang merupakan ilmu yang harus dikuasai dan diperhatikan oleh seorang mufassir agar memiliki kepekaan @ sensitiviti terhadap keindahan bahasa (i‘jaz) Al-Quran.

8. Ilmu qira’ah
kerana dengannya dapat diketahui cara mengucapkan Al-Quran model bacaan yang disampaikan antara satu qari’ dengan qari’ lainnya.
9. Usuluddin (prinsip-prinsip agama)
9. Usuluddin (prinsip-prinsip agama)
Di dalam Al-Quran terdapat berupa ayat yang secara teks menunjukkan sesuatu yang tidak boleh ada pada Allah ta‘ala. Seorang ahli usul berperanan untuk mentakwilkan hal itu dan mengemukakan dalil terhadap sesuatu yang boleh, wajib, dan tidak boleh.
10. Usul fiqh
kerana dengannya dapat diketahui wajh al-istidlal (penunjukan dalil) terhadap hukum dan istinbath.
11. Asbabun Nuzul
(sebab-sebab turunnya ayat) kerana dengannya dapat diketahui maksud ayat sesuai dengan peristiwa diturunkannya.
12. An-Nasikh wa al-Mansukh
agar diketahui mana ayat yang muhkam (ditetapkan hukumnya) dari ayat selainnya.
13. Fiqh.
13. Fiqh.
14. Hadis-hadis
untuk mentafsirkan yang mujmal (umum) dan mubham (tidak diketahui).
15. Ilmu muhibah,
(laduni) yaitu ilmu yang Allah ta‘ala anugerahkan kepada orang yang mengamalkan ilmunya.
Dalam sebuah hadits disebutkan,
من عمل بما علم ورثه الله علم ما لم يعلم
“Siapa yang mengamalkan ilmunya, maka Allah akan menganugerahkannya ilmu yang belum ia ketahui.”
Ibnu Abid Dunya mengatakan, “Ilmu Al-Quran dan istinbath darinya merupakan lautan yang tidak bertepi.”
Ilmu-ilmu di atas merupakan alat bagi seorang mufassir. Seseorang tidak memiliki ilmu diatas, maka dilarang untuk menjadi mufassir kecuali dengan menguasai ilmu-ilmu ini. Siapa saja yang mentafsirkan Al-Quran tanpa menguasai ilmu-ilmu tersebut, bererti ia mentafsirkan dengan ra’y (akal) yang dilarang. Namun apabila mentafsirkan dengan menguasai ilmu-ilmu tersebut, maka ia tidak mentafsirkan dengan ra’y (akal) yang dilarang.

~Wallahu'alam
Jaksa Kotaraja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan