...Dengan perbuatan kita diatas, layakkah anda rasa untuk diberikan RAHMAT ALLAH SWT ???? patutkah dengan mulut yang selamba dan nada angkuh mengatakan Allah itu maha Pengasih pada hambanya sedangkan hambanya itu sering ENGKAR..??...
Setelah berpuasa lebih 2 minggu dan masuk sepuluh malam akhir maka masuklah fasa terakhir Ramdhan yakni untuk kita memohon ''Rahmat'' agar kita memperolehi ''syurga''. Maka disinilah sering dikatakan orangramai ''syurga itu rahmat Allah Swt.'' satu ungkapan mudah yang sering disebut. Adakah Allah Swt begitu mudah untuk memberi ''RahmatNYA'' kepada hambaNYA ???
Jika kita tinjau dan perhatikan era kini, 10 malam terakhir manusia itu seolah disengajakan oleh manusia itu sendiri dengan menyibukkan urusan dunia denan banyak perbuatan lara..
Berbalik semula pada 10 akhir Ramadhan dan Rahmat Allah SWT...
Adakah 30 hari Ramadhan yang berbaki kita masih ruanginya dengan diantara perkara ini;
@ Tidak Solat tetapi berpuasa
@Tidak Berpuasa
@ Mereka waktu petangnya melayan ''nafsu tekak untuk menyediakan @ membeli segala macam juadah
Melepaskan peluang untuk tidak solat terawih.
@Menjamu nafsu dengan berbuka dihotel atau tempat mewah dengan banyak makanan
@ Menghabiskan masa dengan perbuatan lara
@ Tidak menghidupkan malam Ramadhan
@ Menghabiskan malam akhir Ramadhan dengan membelibelah sakan
@ Bersibukan dalam cerca, mencela dan menghina islam dan ulama serta menabur fitnah kepelusuk dunia melalui cyber.
@ Berhibur dalam Ramadhan dengan menonton televisyen dan menghabiskan masa berwhatsapp @ dan bercanda difacebook.
@ Masih membuat maksiat dan kerosakan.
Dengan perbuatan kita diatas, layakkah anda rasa untuk diberikan RAHMAT ALLAH SWT ???? patutkah dengan mulut yang selamba dan nada angkuh mengatakan Allah itu maha Pengasih pada hambanya sedangkan hambanya itu sering ENGKAR..??
ganbar hiasan
MEREKA YANG MENDAPAT NAUNGAN TAKWA DAN RAHMAT ALLAH SWT. dan banyak keterangan ayat AL Quran tentang Rahmat ALLAH Swt.
Diantara mereka yang perolehi Rahmat @ Kasih Sayang Allah Swt. adalah mereka yang BERTAKWA bersesuaian dengan firmannya
''Dan taatlah kepada Allah dan Rasul (Muhammad), agar kita diberi rahmat'' (al-Imran, 132)
Allah SWT berfirman, ertinya, "Dan rahmatKu meliputi segala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmatKu untuk orang-orang yang bertaqwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami. (Iaitu) orang-orang yang mengikuti Rasul, Nabi yang ummi." (QS. al-A'raf: 156, 157)
Erti takwa pula bembawa maksud menunaikan segala perintah dengan ''ikhlas dan meninggalkan laranganNYA''.Apakah kita lakukan yang membawa kelayakan kita untuk menjadi orang yang beriman..lalu menjadi insan yang bertkawa?? maka sudah tentulah mereka yang beriman itu sering mengerjakan suruhan serta mengamalkan sunnah dan meninggalkan segala bentuk larangan ALlah Swt. yang sesuai dalam FrimanNYA “Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi Rahmat.” (Surah Al-Mu’minuun ayat 109)
Ramai orang yang mengingati dan menandai atau pasti bahawa Ramadhan itu satu bulan yang dipenuhi berkah yang didalamnya ada satu malam yang amat bermakna buat kita.<sila click) Ada pendapat yang membahgikannya kepada 3 bahagian.
Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda:
أَوَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ وَوَسَطُهُ مَغْفِرَةٌ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
“Awal bulan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka.”
Walau ada banyak pendapat dari ulama mengatakan ianya adalah hadith yang lemah.
Maka hiasilah dan percantikan serta disolekkan malam akhir Ramadhan dengan ''ikhlas serta insaf diri''. segala amalan bukan jaminan untuk kita ke Jannah... hanya setelah kita beriman, bertakwa serta bertawakal yang membawa kita untuk perolehi RAHMAT ALLAH SWT..
*'penghujung kaki ramadhan' =
membawa maksud didetik akhir 10 ramadhan
Wallahu'alam
Jaksa Kotaraja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan