..Ramadhan adalah suatu ulan yang amat ''UNIK'' kerana terdapat banyak peluang didalamnya.. sebagai contoh nyata ..
Sila lihat suatu yang nyata kekuasaan dan janji ALLAH SWT., dimana bulan ramadhan Rezeki melimpah ruah dimerata sudut.
Dari segi ekonomi amat pelik apabila kita lihat orang islam berbelanja/infaq/bersedekah melebihi had kemampuan..
Bulan Ramadhan adalah bulan untuk semua umat manusia didunia ini, samada mereka percaya, terima, yakin sahaja akan mengambil peluang yang dikurniakan ALLAH SWT umat Muhammad.Telah difardukan oleh ALLAH SWT ..
Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman
, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertakwa . “ - (Surah Al-Baqarah: 183)
Ramadhan adalah suatu ulan yang amat ''UNIK'' kerana terdapat banyak peluang didalamnya.. sebagai contoh nyata ..
Sila lihat suatu yang nyata kekuasaan dan janji ALLAH SWT., dimana bulan ramadhan Rezeki melimpah ruah dimerata sudut.
Dari segi ekonomi amat pelik apabila kita lihat orang islam berbelanja/infaq/bersedekah melebihi had kemampuan mereka,jika dikira betul-betul jumlahnya luar jangkaan perbelanjaan bulanan yang lain.Lebih lagi bila penghujung ramadhan, pelik bagaimana banyaknya wang/rezeki itu hadir diluar dugaan..?? inilah ''rezeki yang tidak disangka'' yang disebut banyak dalam AL Quran.
Bersyukurlah wahai umat muhammad..!!! masih ada lagi baki malam Ramadhan.
Rasullullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada satu malam. Amal ibadah yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia hilang semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada AllahSWT." (Riwayat Ibnu Majah).
maka oleh yang demikian janganlah kita berkira dan memilih hari... sesungguhnya malam al Qadr adalah pekerjaan/ketentuanNYa. Kita sebagai mahluk,tunaikanlah tugas sebagai mahluk..!!
Akhir kalam selamat menunaikan ibadah Ramadhan dan selamat Eidulfitri... ~maaf zahir dan batin
~Wallahu'alam
~jaksa kotaraja