Jika hari raya, ramai orang akan membuat rumah terbuka. Pelbagai juadah disediakan dari siang hingga ke malam.. Tahukah anda bahawa ''Aidilfitri'' itu hanya SEHARI saja. Adalah lebih baik kita membuat ''rumah berbuka puasa'' dengan menjemput saudara serta teman. Kita boleh adakan disurau/masjid jika ruan rumah kita sempit. Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 )
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Memberi makan pada orang yang berpuasa adalah amat besar ganjaranya.
Nas dari Al~Quran.
"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 ) Renungkanlah sedekah itu dalam bulan Ramadhan yang mana setiap perbuatan amal yang baik digandakan dari 10 hingga beratus kali ganda lagi... YA...ALLAH Maha Pemurahnya.. Bagi dunia sekarang ramai orang yang takut akan kematian,diantaranya takut amalan tak cukup atau banyak dosa..salah satu cara ikhtiar dan secara rahsia,BERSEDEKAHLAH..!!!
“Seorang mukmin yang memberi makan mukmin yang lapar, kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan syurga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah akan memberi air minum dari syurga” (Hadis Tirmidzi)
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.
firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak. (al-Hadid: 18)
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api”. (Riwayat Tirmidzi)
~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan