ibubapa pastikanlah,janganlah biarkan seolah-olah anak-anak menjadi pengemis di aidilfitri. Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta
Pada aidilfitri,golongan kanak-kanaklah amat seronok sekali berhari raya. Dari raut wajah kanak-kanak yang masih suci bersih itu terpancar indahnya seri aidilfitri. Maka itu ramailah dewasa kita mengambil ruang untuk bersedekah pada aidilfitri. Pastinya apabila kita berziarah dan menziarahi pada syawal anak-anak/kanak-kanak diberikan ''duit raya''/sedekah dari tuan punya rumah.
Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegahnya daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”~ Riwayat Bukhari.
Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegahnya daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”~ Riwayat Bukhari.
Lumrahnya peradaban manusia itu sendiri gemar dalam mengkelaskan manusia itu sendiri,contohnya dalam bab bersedekah pada hari raya.Mereka memberi/bersedekah bebrbeza-beza jumlah wang pada kanak-kanak mengikut umur atau pangkat anak-anak tersebut.Ini membuatkan kanak-kanak/anak-anak itu merasa dibeza-bezakan. Maka disinilah kanak-kanak/anak-anak belajar secara tidak langsung dari orang tua untuk membeza-bezakan manusia...
" Ambillah sedekah dari harta mereka untuk membersih dan menyucikan mereka". At-Taubah : 103
Adalah lebih sadis apabila ada anak-anak/kanak-kanak melopong kerana tidak diberikan duit raya kerana kononnya bukan aahli keluarga atau kanak/anak yang tidak dikenali sedangkan yang lain pula diberikan....Ada pula golongan kaya atau VIP memberi wang pada rakan setaraf dengannya dengan wang yang banyak, tetapi memberi ''sedikit'' pada golongan pertengahan/bawah, MAKA INI MEMBERIKAN KESAN MENDALAM BUAT KANAK-KANAK/ANAK-ANAK YANG TERASA DIBEZAKAN...
" Dan pada harta-harta mereka ada hak (zakat) yang tertentu untuk orang yang meminta dan orang yang kekurangan" -Adz-Zaariyat : 19
Dalam pada itu juga,ibubapa pastikanlah,janganlah biarkan seolah-olah anak-anak menjadi pengemis di aidilfitri.Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.”
" Wahai orang-orang yang beriman, bersedekahlah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik" Al-Baqarah ; 267@penulis@jaksa kotaraja juga secara jujur,terkadang sendiri sedar tidak berlaku adil pada kanak-kanak ketika bersedekah/hadiah.... namun jaksa rela meletakkan ini dalam bentuk ''hadiah'' daripada meletakkan erti kata ''sedekah''... maafkanlah aku wahai kanak-kanak/anak-anak adam....
~Wallahu'alam
~Jaksa kotaraja