Ahad, 17 Mac 2013

CARA RASULULLAH NIKMATI HIDANGAN...


..Tiadalah wadah yang disisi anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya sendiri, di mana dia menyangka bahawa dengan beberapa makanan, maka tulang sulbi (kekuatannya) akan dapat tegak kembali. Seandainya dia terpaksa bersikap demikian, maka (isilah perutnya) sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan yang sepertiga lagi dikosongkan untuk pernafasan (bernafas).”..

Firman Allah s.w.t.dalam Al-Quran pada Surah Al-A’raf ayat 31 yang bermaksud :
“Makan dan minumlah, tetapi janganlah berlebihan, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka orang yang berlebih-lebihan.”
Seperti manusia biasa lain, Rasulullah s.a.w juga makan dan minum. Namun Baginda seorang yang amat berdisplin dalam hal makan dan minum. Alangkah baik jika kita mengamalkan sunah Rasulullah ini kerana ia bukan sahaja mendapat keberkatan, tetapi baik untuk kesihatan.

Kepentingan menjaga permakanan dapat dapat diterangkan dalam hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Abdullah Al-ashory, Rasulullah s.a.w bersabda. Maksudnya, "Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman, bahagia dan memiliki makanan yang mencukupi, seolah-olah dunia ini miliknya."

ADAB MAKAN DAN MINUM

Beberapa cara makan dan minum yang diamalkan oleh Rasulullah seperti berikut:

Sebelum makan , Baginda membasuh tangan, selepas itu dimulakan makan dengan tangan kanan.

Memulakan makan dan minum dengan lafaz 'Bismillahi rahmani rahim' yang bermaksud dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Diikuti dengan doa. Sekiranya terlupa Baginda akan menyebut, 'Bismillahi awwala wal aakhirah,' bermaksud, 'dengan menyebut nama Allah pada awal dan akhir.'

Baginda makan sambil duduk dalam posisi 'Mutawarikan', iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kanan.

Rasulullah s.a.w juga tidak makan sambil bersandar, seperti yang diriwayatkan dalam hadis At-Tirmizi, Bukhari, Abu Dawud dan Ibnu Majah: "Aku tidak makan sambil bersandar."
Bagaimanapun Anas bin Malik berkata bahawa dia pernah melihat baginda makan sambil bersandar disebabkan seperti yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi, Muslim dan Abu Dawud. iaitu, "Rasulullah s.a.w pernah dihidangkan kurma, aku pernah melihat baginda makan sambil duduk bersandar kerana lapar."

Apabila makan, Baginda tidak makan secara berlebihan, sebaliknya dengan kadar sederhana. Dimulai dengan makanan yang paling hampir. Rasulullah s.a.w tidak makan sehingga memenuhi mulut atau gelojoh.
Amalan Rasulullah ini amat sesuai dicontohi sebagaimana Firman Allah s,w,t yang bermaksud, "Makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan..." (Surah Al-A'raf: 31).

Baginda tidak banyak bicara ketika makan.

Apabila minum, Baginda tidak minum sambil berdiri kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Nabi s.a.w mempunyai displin khusus dari segi minuman. Berdasarkan perlakuan Baginda, adalah makruh minum sebaik selesai bersukan atau melakukan kerja berat atau setelah habis makan atau sebelum makan. Ini kerana ia tidak baiak untuk kesihatan. Seelok-eloknya berehat seketika setelah selesai melakukan aktiviti tersebut, kemudian barulah minum.
selain itu, sebuah hadis daripada Anas bin Malik menyebut, "Rasulullah s.a.w minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata, ''Ia lebih melegakan dan lebih menyihatkan.''
Maksud tiga kali nafas ketika minum ialah dengan manjauhkan bekas minuman, berhafas kemudian minum lagi. Kita dilarang bernafas di dalam gelas ketika minum, "Jika seseorang diantara kalian minum, maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkan dari bibir."

Menurut K'ab bin Malik, Nabi Muhammad s.a.w menjilat jari sebanyak tiga kali sesudah makan, Seperti yang diriwayatkan oleh Imam tirmizi dan Muslim. Anas bin Malik berkata, "Apabila selesai makan Rasulullah s.a.w menjilat ketiga-tiga jarinya." (HR: tirmizi, Muslim dan Abu Dawud)

Usai makan, Baginda tidak terus bangun, sebaliknya mengakhiri dengan menyebut 'Alhamdulillah' dan doa. Maksudnya, "Segala puji bagi Allah yang telah memberiku makanan ini dan menganugerahkannya kepadaku tanpa susah payah." Kemudian diakhiri dengan mencuci tangan. 

Larangan Makan Berlebihan


Islam melarang umatnya makan secara berlebihan berdasarkan sabda Nabi s.a.w., yang bermaksud: “ Orang mukmin itu makan menggunakan sebuah perut; sedangkan orang kafir itu makan dengan menggunakan tujuh buah perut.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Rasulullah s.a.w.  bersabda : “Tiadalah wadah yang disisi anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya sendiri, di mana dia menyangka bahawa dengan beberapa makanan, maka tulang sulbi (kekuatannya) akan dapat tegak kembali. Seandainya dia terpaksa bersikap demikian, maka (isilah perutnya) sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan yang sepertiga lagi dikosongkan untuk pernafasan (bernafas).”

Jelas kepada kita dari kedua hadis yang atas, bahawa nabi kita Muhammad s.a.w. telah terlebih dahulu mengetahui akan hal itu, dan mendahului ilmu kedoktoran yang ada masa kini. Dapat disimpulkan dari hadis di atas bahawa perut dijadikan untuk menegakkan tulang sulbi (penegak badan) dengan sebab makan, manakala kenyang pula akan menjadi sesuatu yang buruk, apabila ia boleh membawa kerosakkan pada agama, dan juga kesihatan.

Adalah sesungguhnya saluran utama masuknya syaitan dengan mudah melalui seseorang individu itu ialah disebabkan oleh terlampau banyaknya makan (terlalu kenyang), kerana ia menjadikan seseorang itu berat untuk melakukan ibadah kepada Allah dan mendorong kepada melakukan maksiat-maksiat yang lain. Ini jelas menunjukkan bahawa mudah bagi syaitan untuk menguasai seseorang itu tatkala perutnya dipenuhi dengan makanan.

Rasulullah SAW bersabda : “Tiada suatu wadah pun yang dipenuhi oleh anak-anak Adam yakni manusia, yang lebik buruk daripada perutnya . Cukuplah untuk anak Adam itu beberapa suapan saja asalkan sudah dapat menegakkan tulang rusuknya . Tetapi kalaupun tidak boleh ,tidak harus makan melebihi beberapa suapan , sepertiganya untuk tempat minuman dan sepertiganya lagi untuk kejernihan jiwanya”.

wallahu'alam.....
~jaksa kotaraja...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan