Isnin, 18 Mac 2013

Berdisiplin Dalam Makan Dan Minum

..Janganlah makan salah seorang kamu dengan tangan kirinya dan janganlah minum (salah seorang kamu dengan) tangan kirinya; maka sesungguhnya syaitan makan  dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.)''..

Berdisiplin Dalam Makan Dan Minum


Kebanyakan penyakit yang menimpa manusia berkait rapat dengan makan dan minum mereka. Nabi s.a.w. sering kali mengingatkan umat Islam tentang bahaya perut supaya mereka berwaspada dengannya.
Sabda Rasulullah s.a.w : ''Jangan kamu makan banyak, nanti minum pun akan banyak , maka hati kamu akan menjadi keras''.
Di dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam Ghazali telah menyenaraikan tujuh adab sebelum makan dan ia perlu diambil berat:
Memastikan makanan daripada sumber yang halal.
Membasuh tangan.
Meletakkan makanan di dalam bekas yang diletakkan di atas lantai kerana ia melatih diri tawaduk. Jika sekiranya makanan di letakkan di atas meja tanpa melampaui batas, ia tidaklah dilarang.
Duduk dengan cara yang betul dan dilarang makan sambil berbaring atau bersandar.
Berniat supaya makanan itu mendatangkan kekuatan untuk beribadah kepada Allah.
Bergembira dengan rezeki yang terhidang dan bersyukur.
Berusaha supaya tidak makan seorang diri tetapi bersama-sama dengan orang lain walaupun daripada kalangan keluarga dan anak sendiri.

Selain itu, Imam Ghazali juga turut menyenaraikan beberapa adab ketika makan yang perlu dijaga supaya makanan itu diberkati oleh Allah S.W.T.:
Mulakan dengan bismilah dan doa.
Makan dengan tangan kanan.
Mengunyah dengan baik.
Jangan dicaci sebarang makanan.
Sebaik-baiknya makan makanan yang paling hampir kecuali buah-buahan.
Jangan menghembus di atas makanan yang panas. Tunggulah dengan sabar.
Jangan makan secara berlebihan.
Apabila terpaksa minum air, pastikan dalam kadar yang sedikit kecuali dalam keadaan terdesak.

Disamping itu, Imam Ghazali juga turut menggariskan beberapa adab selepas makan:
Berhenti makan sebelum kenyang.
Menjilat jari.
Membasuh tangan.
Berdoa.
Mengeluarkan makanan yang terlekat dicelah gigi atau flossing.
Banyak bersyukur kepada Allah S.W.T.
Beristighfar supaya diampunkan Allah andainya terdapat unsur-unsur syubhah pada makanan itu.


Diriwayatkan hadith dari Ubaidillah b Abdullah b Omar hadith dari Abdullah b Omar bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda:'' Jangalah makan salah seorang kamu dengan tangan kirinya dan janganlah minum (salah seorang kamu dengan) tangan kirinya; maka sesungguhnya syaitan makan dia dengan tangan kirinya dan minum dia dengan tangan kirinya.)''  Hadith at-Termidzi.

Sabda Rasullullah SAW,“Kami adalah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidaklah sampai memadatkan perut.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan