Ahad, 4 Jun 2017

MALAM QADR YANG DI ALA KADARKAN KITA ??

 Pada bulan Ramadhan kita boleh mengukur HATI.. NAFSU serta IMAN kita dimanakah ianya baik atau buruk. Disinilah kita ''pilih'' untuk merubah dan berubah @ hijrah kesuatu destinasi kebaikan yang di redhai Allah Swt bukannya jalan yang dimurkaiNYA.  Dalam bulan Ramadhan, seringkali dikaitkan dengan ''MALAM QADR'' yakni malam diturunkan KEAMPUNAN dan malam yang lebih baik dari 1000 malam
 dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana tulus ikhlas serta keimanan dan mengharapkan keridhaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu.”
(Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim)
Maka kita sebagai ''awam'' sering menganggap kita akan perolehi malam tersebut. Malah jika ditanyakan pada kita adakah kita ahli syurga atau neraka, maka dengan spontan juga kita akan mengaku ''kita'' adalah ahli syurga. Sungguh yakinkah kita ahli syurga.?? Begitu juga andai di tanya adakah kita mendirikan malam 10 akhir.? pasti sahaja akan kita mengaku akan mendapat malam 1000 bulan dengan penuh yakin. Dengan yakin kita berkata ''aku telah tunggu dan rebut malam al~Qadr itu'' aku yakin malam tersebut telah aku temui dan dapati'' dan ''aku beruntung''. Dalam bulan Ramadhan pahala amalan adalah perkara diperlukan oleh manusia berbanding makan minum dan wang ringgit. Bukannya sibuk menyiapkan juadah berbuka puasa dan membuat persiapan Aidilfitri yang seakan ''menghambat ramadhan'' agar segera beredar. Ini kerana pada hari perhitungan di akhirat kelak, wang, perhiasan, kemewahan dan harta tidak berguna lagi, tidak ada yang lebih berharga daripada pahala dan rahmat ALLAH SWT.
Dan pada hari itu, umat manusia akan diadili. Orang yang dizalimi ketika di dunia akan menuntut hak daripada yang menzalimi. Pahala orang yang menzalimi akan diambil orang yang dizalimi, dan apabila habis pahalanya, dosa orang yang dizalimi pula akan dipikul ke atas orang yang menzalimi. Pada bulan Ramadhan kita boleh mengukur HATI.. NAFSU serta IMAN kita dimanakah ianya baik atau buruk. Disinilah kita ''pilih'' untuk merubah dan berubah @ hijrah kesuatu destinasi kebaikan yang di redhai Allah Swt bukannya jalan yang dimurkaiNYA. Ramadhan adalah bulan terbaik untuk kita perbaiki diri kita.
Adakah kita tidak malu dengan kenyataan atau mengakuan kita melalui kata atau ''rasa hati'' ATAU sedap mulut berkata..??
Anas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
“Sesungguhnya bulan ini telah datang kepada kamu. Dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang terhalang daripadanya maka terhalanglah dia daripada seluruh kebaikan, dan tidak terhalang daripada kebaikan melainkan seseorang yang benar rugi.”
(Riwayat Ibn Majah)
Apakah yang dimaksudkan dengan ayat diatas..??  Jelas disini kita perlu 
1) berpuasa dengan ikhlas HATI dengan redha, bukannya dalam KETERPAKSAAN.
2) Berubah diri kepada lebih baik lagi dengan perbanyakkan BERTAUBAT siang dan malam.
3) Mengerjakan sebanyak banyaknya amalan siang dan malamnya, TERUTAMANYA AMALAN SOLAT FARDU BERJEMAAH.
4) Memperbanyakkan melazimi Al Quran dengan membacanya serta berazam bersungguh sungguh untuk mengkhatamkan Al Quran, sekurang kurangnya sekali dalam bulan Ramadhan.
5) Memperbanyakkan ''ISTIGFAR'', bertasbih serta bertahmid dimalam hari. Berzikir disiang hari.
6) Menghidupkan malam Ramadhan sejak dari awal Ramadhan dengan solat terawih dan SOLAT SUNAT 2/3 MALAM.
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِإِيْمَاناًوَاحْتِسَاباً،غُفِرَلَهُ مَاتَقَدَّمُ مِنْ ذَنْبِهِ“Barangsiapa menegakkan solat pada malam Lailatul Qadr atas dorongan iman dan mengharap balasan (dari Allah), diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”. 
(H.R Al Bukhari)
7) Memaafkan dan meminta maaf kepada ibubapa, suami isteri, anak-anak, rakan dan saudara atas dosa dan kesilapan kita agar mudah untuk kita melakukan ibadah dalam bulan Ramadhan.
8) Memperbanyakkan solat taubat dan memohon taubat serta pengampunan dengan cara bersungguh-sungguh hingga menitiskan airmata penyesalan dan keinsafan diri. Aisyah juga pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat anda jika aku mengetahui waktu lailatul Qadr, apa yang aku ucapkan di malam itu?” Beliau menjawab: “Ucapkanlah: Allaahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii (wahai Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka mengampunkan, maka ampunkanlah daku).”
(HR. Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)
Malam Al Qadr nampak seakan mudah untuk kita perolehinya.. tetapi adakah kita telah cukup bersedia melakukan ibadah yang dianjurkan dan perkara yang membawa kita untuk mendapatkan ganjaran 1000 bulan..?? ATAU adakah malam 1000 bulan ini hanya ''dalih'' kita untuk menyakini akan perolehinya dengan keadaan kita yang bergelumang dengan dosa terdahulu tanpa memohon taubat atau kembali ke pangkal jalan dengan mengikuti dan mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan serta laknatNYA..?? Apakah kita rasa malam Qadr itu kita yang punya dan memilikinya.?? dan adakah ianya hak kita untuk dapatkan malam 1000 bulan itu dengan amalan yang angkuh dan sombong..?? Manusia akhir zaman itu amat gelojoh dengan KEDUNIAANNYA dan mahukan segalanya cepat, hingga mahukan ramadhan itu agar cepat berlalu, sepertinya seolah-olah ramadhan menjadi penghalang untuk menghiasi Syawal @ aidifitri yang bakal menyusul dan sering ianya disalah ertikan oleh mereka yang berhawakan nafsu keduniaan. Dalam erti kata lain Ramadhan sering di hambat dan di halau agar cepat berlalu untuk memberi laluan kepada aidilfitri oleh manusia yang bertopengkan Syaitan dan perngikut- perngikutnya. Tetapi dalam masa yang sama mereka berlindung dibalik kata yang menghalalkan cara.
~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja