Kejadian, BANI ADAM.
Al-Quran dan hadith banyak menerangkan mengenai penciptaan bani adam penciptaan bani adam melalui beberapa peringkat.firman Allah swt :
“dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu saripati tanah.kemudian Kami jadikan saripati itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh (rahim) .kemudian air mani itu Kami jadikan ‘alaqah, dan kemudian Kami jadikan ia segumpal daging dan dari segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, dari tulang belulang itu kami jadikan ia dibungkus oleh daging.kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain.Maka Maha Suci Allah Pencipta Yang Paling Baik.
Maksud firman Allah dalam surah al-Insan;2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
“manusia kamu telah keraguan tentang kebangkitan dari kubur maka ketahuilah sesunguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada tanah.kemudian daripada setitis air mani, kemudian daripada alaqah, kemudian daripada segumpal daging yang sempurna kejadianya dan yang tidak sempurna.agar kami jelaskan kepada kamu dan kami tetapkan didalam rahim apa yang kami kehendaki sehingga sampai waktu yang ditentukan, Kami keluarkan kamu sebagai bayi, sampailah kamu dewasa, ada diantara kamu diwafatkan dan ada yang dipanjangkan umurnya sampai nyayuk, supaya tidak mengetahui apa yang dilakukan dahulu.”
Kejadian melalui beberapa peringkat, Nutfah, Alaqah, Mudhghah, Izam dan Lahm, Nasy’ah Khalqan akhar, Nafkur–ruh.
1) Nutfah.
Peringkat pertama ialah nutfah iaitu minggu pertama atau selepas persenyawaan.ia berlaku setelah setelah air mani bercampuran.seperti firman Allah swt :
“sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur dengan (nutfah amsyaj) yang Kami hendak mengujinya, kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat “
manakala sabda Rasullulah saw :
“bukan daripada keseluruhan air mani akan terciptanya anak dan apabila Allah swt hendak menjadikan sesuatu tidak ada satu pun yang dapat menghalangNya.
Nutfah bererti air yang yang terdapat dalam sesuatu bekas, tabung atau telaga yang berlaku percampuran 2 air . Allah swt menciptakan manusia melalui pencampuran air mani lelaki dengan air mani perempuan daripada nutfah ini. Allah swt menciptakan anggota yang berlainan, seperti tingkah laku yang berbeza dan menjadikan lelaki atau perempuan. Nutfah lelaki akan membentuk saraf, tulang dan kulit. manakala Nutfah perempuan pula membentuk darah dan daging.
2) Alaqah
Hujung minggu pertama pembetukan dikenali sebagai Alaqah.pada minggu ini telur telah disenyawakan dan ia tertanam pada dinding rahim.
Firman Allah swt :
“kemudian Kami megubah nutfah kepada alaqah “
“Allah menciptakan manusia daripada alaqah”
Alaqah dtafsirkan sebagai segumpal darah.
3) Mudhghah
Pada minggu keempat pembentukan pula dikenali sebagai mudhghah.perkataan ini disebut didalam surah al-hajj dan al-mukminun.
Firman Allah swt bermaksud :
“Lalu Kami ciptakan darah yang beku untuk menjadi seketul daging.”
“Kemudian dari seketul daging yang di sempurnakan kejadiannya dan yang tidak di sempurnakan kejadiannya.”
Mudhghah terdapat dua bentuk iaitu mudhghah mukhallaqah atau yang sempurna dan satu lagi ialah Mudhghah ghair mukhallaqah atau yang tidak sempurna. Ciptaan yang sempurna ialah ciptaan yang sempurna sifatnya, pancainderanya serta rupa parasnya dan ditetapkan di dalam rahim sehingga waktu kelahirannya, manakala ciptaan yang tidak sempurna ialah ciptaan yang tidak bersifat atau di gugurkan. Mudghah yang tidak sempurna adalah dalam bentuk daging. Seperti yang di riwayatkan oleh ibnu Mas’ud.
“Apabila air mani telah bertempat di dalam rahim, maka Allah swt mengutuskan seorang malaikat, maka dia akan berkata, wahai tuhan adakah hendak dijadikan kejadiaan ini atau tidak ?.setelah itu tuhan menjawab pergilah kepada um al kitab semuanya ada disana. Kemudian malaikat pun kesana untuk menyalin apa yang ada di situ.
Pada peringkat ini banyak perubahan telah berlaku ianya termasuklah berlakunya pembentukkan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota lain. Begitu juga sistem pernafasan bayi yang mula terbentuk.vilus yang tertanam di dalam otot ibu sudah menpunyai saluran darahnya. Jantung bayi juga mula berdegup. Darah pula mula mengalir dengan lebih banyak untuk perkembangan seterusnya.
Mudghah juga boleh ditafsirkan sebagai lembaga@jasad manusia
4) Izam dan Lahm
Pada peringkatini pembentukan tulang mendahului pembentukan otot –otot.
Apabila tulang belulang terbentuk otot-otot akan membungkus rangka tersebut, ianya berlaku dalam minggu kelma, keenam dan ketujuh.firman Allah swt :
“lalu Kami (Allah) mengubahkan pula mudghah itu menjadi Izam dan kemudian Kami membalutkan Izam itu menjadi Izam itu dengan daging.” Al-Mukminun (23)
Sabda Rasullulah saw :''apabila kandungan itu berlalu empat puluh dua malam, Allah mengutus kan untuk membentuk rupa parasnya sambil menyempurnakan kejadian telinga, mata, kulit, daging dan tulang-tulang.''
Riwayat Bukhari dan Muslim, juga Anas bin malik.
Setelah itu, berlaku pembentukan satu sistem yang komplek.pada peringkat ini perut dan usus, seluruh sistem saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk.serentak itu juga sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga keparu –paru mula kelihatan. Begitu juga organ pembiakan, kelenjar, hati, buah pinggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna. Kaki dan tangan mula tumbuh. Begitu juga mata telinga dan mulut menjadi semakin sempurna dan segalanya akan sempurna dan lengkap pada minggu kelapan.
Izam dan Lahm ditafsirkan sebagai rupa jasad manusia
5) Nasy`ah khalqan akhar
Pada peringkat ini iaitu menjelang akhir minggu kelapan, terdapat beberapa perubahan yang akan berlaku. Perubahan pada tahap ini berlaku pada janin pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurna. Kukunya mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranental bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja. Firman Allah S.W.T.
“maha suci Allah, tuhan yang mampu menciptakan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna” Al-Mukminun (23)Nasy`ah khalqan akhar ditafsirkan sebagai rupa bentuk lengkap manusia
6)Nafkhur –ruh
Para ulama menyatakan bahawa peniupan roh berlaku setelah empat puluh selepas pembentukan organ-organ tubuh termasuklah organ seks.berhubung dalam hal pengguran pula para ulama membenarkan pengguguran selagi ianya dilakukan sebab perubatan dan sebelum roh dimasukkan ke dalam jasad.bagaimanapun para ulama tidak membenarkan pengguguran setelah roh dimasukkan, kecuali jika ianya menyebabkan ibu yang mengadung dalam keadaan bahaya.menurut Imam al Ghazali, jasad bergantung kepada roh untuk mewujudkan hakikat manusia..dan roh juga unsur kemalaikatan.ianya asal suci dan bersih.
Imam al-ghazali telah membahagi pengertian roh kepada dua :
• Roh dilihat dari segi jasmani.ia merupakan sesuatu yang halus memancarkan cahaya hidup yang sempurna.roh diumpamakan sebagai satu cahaya yang menerangi sebuah rumah tetapi cahaya itu tidak dapat ditafsirkan.
• Roh dilihat sebagai urusan Allah semata-mata yang tidak dapat ditanggung akal manusia yang terbatas.roh yang mewarisi sifat –sifat suci Allah dan sifat initelah diwarisi sebahagiannyakepada manusia.
Kehidupan seseorang manusia bermula sejak didalam rahim, didlam rahim bukanlah proses perkembangan fizikal semata –mata tetapi ia mempunyai hubungan dengan Allah swt.
Maka lengkaplah kejadian manusia dialam Rahim Ibu yang menunggu untuk keluar ke ALAM INSAN @ ALAM DUNIA yang dizahirkan kedunia dalam keadaan yang bersih.Apakah kepulangan kita ke alam seterusnya iaitu ALAM BARZAH @ ALAM KUBUR tempat persinggahan untuk ''berehat aman atau siksanya seketika'' sebelum menuju ke alam akhirat.
~Wallah'alam
~Jaksa kotaraja