Khamis, 6 Februari 2014

AJAKLAH MANUSIA KEPADA TUHANMU DENGAN BIJAKSANA

Dunia hari ini ramai orang islam tersedar dari lamunan dan memartabatkan islam dalam pelbagai cara. Sijahil serta simunafik juga tidak terlepas dari ''tersedar islamnya'' lalu bangkit untuk menentang ''musuh islam''.Mereka mengunakan idea serta perasaan sendiri untuk menentang musuh islam.
Bagi yang berlimu pula mengambil jalan perbincangan serta bermuzakarah bagi menyelesaikan kemelut atau krisis agama yang melanda umat islam.Pada yang melayari laman sesawang juga mengambil bahagian dalam ''bicara islam'' ada yang mengunak pakai cara kehidupan dalam beragama,cara akal,cara adat dan tidak kurang pula dengan kata-kata dalil serta firman.Yang agak pelik ada golongan ZINDIK juga mengambil serta membuat hujah.Adalah lebih malang jika dakwah mereka yang terbentuk dari kejahilan sipendakwah yang hidup dalam kejahilan serta tidak menunaikan rukun islam.

FIRMAN ALLAH SWT: "Ajaklah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana dan NASIHAT YANG BAIK, dan berdialoglah dengan cara yang lebih baik, Allah lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan siapa yang mendapat petunjuk."

(Surah an-Nahl : Ayat 125)

Mungkin ada segelintir dari kita yang tidak sabar dalam berdakwah dan mengajak ke arah kebaikan, dengan melepaskan perasan serta perkataan cerca serta kesat. Ada pula ''NGO ISLAM'' dipergunakan dalam memperjuangkan islam.Ada cara berdemo untuk berdakwah, ada pula cara membuat perhimpunan luar atau dalaman untuk menyatakan ''syiar islam''.

Kerana itulah Allah S.w.t menjadikan Rasulullah s.a.w dengan sifat LEMAH LEMBUT, DAN PALING TINGGI SABARNYA... Lagi pun Islam diturunkan dengan hujjah, maka yang paling penting ialah sertakan HUJAH-HUJAH YANG BERKESAN, bukannya kekerasan membabi-buta sehingga boleh menyebabkan syaitan-syaitan tertawa...

“Jika engkau KASAR dan KERAS HATI, nescaya mereka akan lari dari engkau, maka maafkanlah mereka dan pohonkan keampunan untuk mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka.” (Surah Ali-Imran : Ayat 159)....


Sekurang-kurangnya, cubalah kenal-kenal dulu dengan orang yang kita mahu dakwah atau ajak kepada kebaikan itu,setelah mengenal serta beramah,ajaklah dengan lembut serta bijaksana dalam kehalusan. Jangan menegurnya tanpa kenal batang hidung dan hati budi terlebih dahulu... Lagi pun kita tidak tahu, mungkin di masa depan, orang itu akan jadi lebih baik dari kita, dan kita pula yang akan jadi lebih teruk, na'uzubillahi min zaalik...


SABDA NABI S.A.W. : “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Hadis riwayat Ahmad & Al-Baihaqi).....

Ada ''pendakwah'' mudah melenting dan marah-marah, apabila ada suara-suara yang menyahut dan bertentangan dengan Islam.Ini mungkin berlaku kerana ada penentangan yang hebat atau ada satu bentuk penghinaan yang menyebabkan kemarahan.

Kita amat berharap suatu masa nanti, suara Islam akan semakin kuat didengari di seluruh dunia, kebenaraan makin dapat disebarkan, kebathilan dapat dibasmi, dan semoga Hukum Allah akan dimartabatkan di dunia ini, amin. ALLAH HU AKBAR !!!
~wallahualam
~jaksakotaraja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan