Selasa, 11 Februari 2014

KISAH PENCPTAAN HAWA AMAT UNIK DALAM KATA HURUF ڬ terungkai dalam dalil



jika terdapat ''kebathilan dalam penulisan diatas'' kisah penciptaan HAWA. Ulasan atau kritikan membina dari pembaca amatlah dialukan kerana tajuk ini adalah kisah yang banyak timbulnya percanggahan diantara ulama.Keadaan lebih parah bila idealogi tanpa merujuk guru dan Al Quran dibuat untuk berhujah.
Keinginan Nabi Adam As terhadap pasangan apabila melihat keadaan disyurga unggasan serta binatang berpasangan,maka disini lahirlah ''perasaan ingin'' berpasangan. Maka yang demikian, sebagai fitrah manusia, ALLAH SWT dengan  sifat ''ILMUNYA'' yang maha RAHMAN dan RAHIMNYA mencipta pasangan Nabi Adam As yang ''diinginkannya serta diidamkan pasangannya''.Oleh yang demikian, untuk menzahirkan Hawa diatas urusan ''rahsiaNYA'' maka ketika Nabi Adam tidur, Allah telah menciptakan hawa bagi menunjukkan bukti kekuasaanNYA selepas penzahiran Adam dengan KUDRATNYA ''KUN'' seperti dalam firman Allah Swt 
 Surah Ghafir (سورة غافر) ayat 68:
هُوَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ فَإِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٦٨)
Ertinya: Dialah yang menghidupkan dan mematikan; oleh itu apabila Dia menetapkan jadinya sesuatu perkara maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia

Semua perkara yang terjadi telahpun ALLAH SWT letakkan di loh mahfuz(semua catatan tentang segala bermulanya segala ciptaan ALLAH SWT yang berasal dari NUR ALLAH)
Firman Allah dalam surah ArRahman;

 Bukankah Engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui Segala Yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya Yang demikian itu ada tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz); Sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah.

Mari kita lihat hadis atau pendapat ilmuan islam tentang penzahiran hawa yang sering dibicarakan.Firman serta berdalilkan Al-quran dengan menunjukkan keEsaanNYa serta berkuasaNYA pada mahluk.
Dengan itu, hadis ini ditafsirkan sebagai sifat dan perasaan perempuan itu daripada jenis yang mudah bengkok.

عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يؤذي جاره واستوصوا بالنساء خيرا، فإنهن خلقن من ضلع، وإن أعوج شيء في الضلع أعلاه، فإن ذهبت تقيمه كسرته، وأن تركته لم يزل أعوج، فاستوصوا بالنساء خيرا .

Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik.

(Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

عن أبي هريرة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: المرأة كالضلع، إن أقمتها كسرتها.

Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat al-Bukhari4889).

Hadis ini telah dikemukakan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Nikah bab berlembut dengan wanita. Tujuan al-Bukhari mengemukakan hadis ini ialah untuk menyatakan sifat fitrah wanita bukannya hakikat kejadian mereka. Apakah tubuh atau jasad wanita akan mudah patah apabila dikasari oleh orang lain? Tentu sekali tidak.

عن أبي هريرة. قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن المرأة كالضلع. إذا ذهبت تقيمها كسرتها.

Sesungguhnya perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat Muslim no: 1468.)


Didalam Al Quran, kejadian manusia dijelaskan di firman-Nya:
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dari suatu saripati berasal dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kamudian Kami jadikan ia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Sucilah Allah , Pencipta Yang Paling Baik."
(QS. Al Muminuun (23) : 12-14).

1. Surah al-Baqarah (سورة البقرة) ayat 117:
بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَإِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (١١٧)
Ertinya: Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia.۝

2. Surah Ali Imran (سورة آل عمران) ayat 47:
قَالَتْ رَبِّ أَنَّى يَكُونُ لِي وَلَدٌ وَلَمْ يَمْسَسْنِي بَشَرٌ قَالَ كَذَلِكِ اللَّهُ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ إِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٤٧)
Ertinya: Mariam berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun? Allah berfirman: Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Dia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Dia hanyalah berfirman kepadanya: Jadilah engkau, lalu menjadilah ia. ۝


3. Surah Ali Imran (سورة آل عمران) ayat 59:
إِنَّ مَثَلَ عِيسَى عِنْدَ اللَّهِ كَمَثَلِ آدَمَ خَلَقَهُ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٥٩)
Ertinya: Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Maka menjadilah ia. ۝


4. Surah al-An’am (سورة الأنعام) ayat 73:
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ بِالْحَقِّ وَيَوْمَ يَقُولُ كُنْ فَيَكُونُ قَوْلُهُ الْحَقُّ وَلَهُ الْمُلْكُ يَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ (٧٣)
Ertinya: Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar dan (Dialah juga) pada masa (hendak menjadikan sesuatu) berfirman: “Jadilah”, lalu terjadilah ia. FirmanNya itu adalah benar dan bagiNyalah kuasa pemerintahan pada hari ditiupkan sangkakala. Dia yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata dan Dialah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. ۝

5. Surah al-Nahl (سورة النحل) ayat 40:
إِنَّمَا قَوْلُنَا لِشَيْءٍ إِذَا أَرَدْنَاهُ أَنْ نَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٤٠)
Ertinya: Sesungguhnya perkataan Kami kepada sesuatu apabila Kami kehendaki, hanyalah Kami berkata kepadanya: Jadilah engkau!, maka menjadilah ia. ۝

6. Surah Maryam (سورة مريم) ayat 35:
مَا كَانَ لِلَّهِ أَنْ يَتَّخِذَ مِنْ وَلَدٍ سُبْحَانَهُ إِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٣٥)
Ertinya: Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Dia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Dia berfirman kepadanya: Jadilah engkau, lalu menjadilah ia. ۝

7. Surah Yasin (سورة يس) ayat 82:
إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٨٢)
Ertinya: Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi. ۝

8. Surah Ghafir (سورة غافر) ayat 68:
هُوَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ فَإِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٦٨)
Ertinya: Dialah yang menghidupkan dan mematikan; oleh itu apabila Dia menetapkan jadinya sesuatu perkara maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia. ۝


MENGAPA PENCIPTAAN WANITA ITU AMAT UNIK mengikut pendapat serta pemahaman penulis diatas tajuk huruf  ڬ 

“Kun, Fayakun”… jadilah, maka jadi… tetapi Allah Maha Bijaksana, memberi pengajaran kepada manusia bahawa apa pun yang hendak dibuat harus tersedia waktu dan masa yang cukup dan perlu proses kejadiannya. Malaikat menghadap Allah dan bertanya : “Ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan wanita ini..?” maka Allah menjawab : “Apakah kamu memperhatikan seluruh keistimewaan dan seluruh sifat yang ada pada ciptaanKu ini? 
1)Ciptaan(hawa@wanita) ini harus biasa dengan fitrah serta tanggungjawabnya. 
2)Hawa@wanita ini harus mampu melayani suaminya, anak-anak, menjaga harta keluarga dan menjadi ratu di rumah tinggalnya. 3)Hawa@Wanita juga perlu mampu@berkeinginan memasak makanan. 4)Wanita harus diberikan kekuatan fizikal serta mental bagi mengkandung zuriat dan kesanggupan melahirkan anak@zuriat berkali-kali. 
5)Hawa@wanita dikurniakan perasaan cinta yang mendalam pada anaknya dan mejadi benteng kekuatan buat sang anak.
6) Hawa@Wanita dikurniakan fitrah biasa untuk melakukan segala sesuatu hanya dengan 2 tangannya.” Malaikat terkejut dan berkata : “Hanya dengan 2 tangan… 2 tangan! 

Allah terus melanjutkan ciptaanNya. lalu kepada malaikat, Allah berfirman : “Tunggulah sampai esok aku akan menyelesaikan semuanya. Tunggulah sebentar ! Ciptaan ini akan segera selesai.(Hawa terpacul@tercipta selepas terbangunnya Nabi Adam A.s dari tidurnya)  Dia ini@Hawa akan selalu dekat dengan Aku. Dia boleh  menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit. Dia mampu menunaikan tugasannya sepanjang hari dan malam…” 
Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya, lalu bertanya kepada Allah : “Ya Allah, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!” 
Allah menjawab : “Ya, sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi Aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak dapat menggambarkan sampai dimana kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar.” 
Malaikat bertanya: “Apakah dia mampu berfikir?” 
Allah menjawab : “Bukan setakat hanya berfikir, dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara, dia berbicara dalam kelembutan dan juga boleh berdebat.

“Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah :”Ya Allah mengapa pipinya gebu dan berkilau..?” 
Allah menjawab : “Pipi itu bukan semata gebu dan berkilau. Di situ tersimpan air mata… dan di situ terletak banyak beban berat.” Malaikat bertanya : “Kenapa mengalirkan air mata? Allah menjawab : “Air mata adalah satu-satunya cara melepaskan beban dan melempiaskan segala perasaan hati. Mengalirnya air mata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagian dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya…” “Apabila Allah mencintai hamba-Nya, maka Dia akan mengujinya karena senang dengan keluhan (air mata) nya”.
@Ingatlah dari Hawa hingga kini kaum hawa amat mudah dipujuk rayu untuk berbuat perkara mungkar. Mereka(wanita) di pujuk dengan cara materialistik serta perhiasan lain yang dipamekan silelaki bagi tujuan mengoda.Maka yang demikian syaitan sering mengoda wanita dan mengoda lelaki agar tertarik dengan ''aurat wanita''. 
@Diriwayatkan bahwa anak cucu Adam AS yang ditinggalkan saat wafatnya adalah berjumlah 40.000 orang (empat puluh ribu orang).

Jaksa Kotaraja memohon keampunan kepada ALLAH SWT dan juga pembaca jika terdapat ''kebathilan dalam penulisan diatas'' kisah penciptaan HAWA. Ulasan atau kritikan membina dari pembaca amatlah dialukan kerana tajuk ini adalah kisah yang banyak timbulnya percanggahan diantara ulama.Keadaan lebih parah bila idealogi tanpa merujuk guru dan Al Quran dibuat untuk berhujah.
~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja

Khamis, 6 Februari 2014

AJAKLAH MANUSIA KEPADA TUHANMU DENGAN BIJAKSANA

Dunia hari ini ramai orang islam tersedar dari lamunan dan memartabatkan islam dalam pelbagai cara. Sijahil serta simunafik juga tidak terlepas dari ''tersedar islamnya'' lalu bangkit untuk menentang ''musuh islam''.Mereka mengunakan idea serta perasaan sendiri untuk menentang musuh islam.
Bagi yang berlimu pula mengambil jalan perbincangan serta bermuzakarah bagi menyelesaikan kemelut atau krisis agama yang melanda umat islam.Pada yang melayari laman sesawang juga mengambil bahagian dalam ''bicara islam'' ada yang mengunak pakai cara kehidupan dalam beragama,cara akal,cara adat dan tidak kurang pula dengan kata-kata dalil serta firman.Yang agak pelik ada golongan ZINDIK juga mengambil serta membuat hujah.Adalah lebih malang jika dakwah mereka yang terbentuk dari kejahilan sipendakwah yang hidup dalam kejahilan serta tidak menunaikan rukun islam.

FIRMAN ALLAH SWT: "Ajaklah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana dan NASIHAT YANG BAIK, dan berdialoglah dengan cara yang lebih baik, Allah lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan siapa yang mendapat petunjuk."

(Surah an-Nahl : Ayat 125)

Mungkin ada segelintir dari kita yang tidak sabar dalam berdakwah dan mengajak ke arah kebaikan, dengan melepaskan perasan serta perkataan cerca serta kesat. Ada pula ''NGO ISLAM'' dipergunakan dalam memperjuangkan islam.Ada cara berdemo untuk berdakwah, ada pula cara membuat perhimpunan luar atau dalaman untuk menyatakan ''syiar islam''.

Kerana itulah Allah S.w.t menjadikan Rasulullah s.a.w dengan sifat LEMAH LEMBUT, DAN PALING TINGGI SABARNYA... Lagi pun Islam diturunkan dengan hujjah, maka yang paling penting ialah sertakan HUJAH-HUJAH YANG BERKESAN, bukannya kekerasan membabi-buta sehingga boleh menyebabkan syaitan-syaitan tertawa...

“Jika engkau KASAR dan KERAS HATI, nescaya mereka akan lari dari engkau, maka maafkanlah mereka dan pohonkan keampunan untuk mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka.” (Surah Ali-Imran : Ayat 159)....


Sekurang-kurangnya, cubalah kenal-kenal dulu dengan orang yang kita mahu dakwah atau ajak kepada kebaikan itu,setelah mengenal serta beramah,ajaklah dengan lembut serta bijaksana dalam kehalusan. Jangan menegurnya tanpa kenal batang hidung dan hati budi terlebih dahulu... Lagi pun kita tidak tahu, mungkin di masa depan, orang itu akan jadi lebih baik dari kita, dan kita pula yang akan jadi lebih teruk, na'uzubillahi min zaalik...


SABDA NABI S.A.W. : “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Hadis riwayat Ahmad & Al-Baihaqi).....

Ada ''pendakwah'' mudah melenting dan marah-marah, apabila ada suara-suara yang menyahut dan bertentangan dengan Islam.Ini mungkin berlaku kerana ada penentangan yang hebat atau ada satu bentuk penghinaan yang menyebabkan kemarahan.

Kita amat berharap suatu masa nanti, suara Islam akan semakin kuat didengari di seluruh dunia, kebenaraan makin dapat disebarkan, kebathilan dapat dibasmi, dan semoga Hukum Allah akan dimartabatkan di dunia ini, amin. ALLAH HU AKBAR !!!
~wallahualam
~jaksakotaraja