Janganlah kita sering berkata ''tak guna sembahyang /solat jika itu ..ini...kerana ini adalah hak individu keatas perhubungannya dengan ALLAH SWT.Siapakah kita untuk layak menidakkan solat sesorang itu dari tidak menunaikannya ??Ingatlah jika tiada solat maka tertolaklah amalan yang lain. !!!
Solat adalah satu perkara yang sering dipandang remah atau mudah untuk diperkatakan.Maka itulah juga mereka sering serta lalai dalam menunaikannya dengan pelbagai alasan. Dalam kehidupan kita seharian,kita dapati solat subuh sering DILALAIKAN oleh mereka yang mengaku islam.
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda:
“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah dia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia".
Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: “Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?”Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.”
Dalam hadith yang lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang sedang sembahyang sedang munajat kepada Tuhannya maka hendaklah kamu perhatikan apakah yang dimunajatkannya dan janganlah kamu menguatkan suara dengan membaca al-Quran. (diriwayatkan oleh Imam Ahmad)
Sembahyang ialah ‘munajat’ atau ‘hubungan peribadi’ (personal contact dengan Allah), yang wajibnya ialah 5 waktu sehari semalam.
Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi:
“Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah S.A.W., dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”..
Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?...
Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim)...
Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya....
Rasulullah S.A.W. memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh... Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah).....
Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah... Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh...
YA ALLAH... JANGANLAH LALAIKAN DIRI KAMI DARI BERIBADAH KEPADAMU.. AMIN YA ALLAH...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan