Ahad, 26 Januari 2014

KENAPA KITA PERLU BERZIKIR??....



Allah SWT berfirman dalam surah al-Fath ayat 9 yang bermaksud : "Supaya kamu semua beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, MENGUATKAN AGAMA-NYA, DAN BERTASBIHLAH kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.."

BERTASBIH di sini bermaksud kita berzikir kepada Allah.... Zikir lidah, zikir hati dan zikir perbuatan semuanya menjurus kepada membesarkan Allah dan segala yang lain kecil belaka.... Namun apabila umat kurang menyebut nama-Nya, mereka mulai MELUPAI ALLAH... Ketika itu hati pun LALAI dari merasakan kebesaran dan keagungan-Nya... Akibatnya hukum-hakam ALLAH di abaikan, dan terjadinya maksiat yang berleluasa... Apabila ini terjadi, jangan di tangisi jika Allah ‘lupakan’ kita... Pada hakikatnya Allah tidak pernah sesekali melupakan hamba-Nya.... Cuma Allah mencampakkan sedikit rasa penyesalan di dalam hati hamba-hamba-Nya. Allah hanya menjadi PEMBELA KEPADA HAMBA-NYA YANG BERTAQWA... Orang yang bertaqwa adalah orang yang banyak mengingati-Nya... 
Saidina Umar Al Khattab r.a. pernah mengingatkan bahawa, dia lebih bimbangkan DOSA-DOSA yang di lakukan oleh tentera Islam, berbanding kekuatan dan perancangan musuh... 

Dengan dosa, AKAN TERHALANG BANTUAN ALLAH KEPADA KITA... Persoalannya: Kenapa orang masih melakukan dosa? Jawabnya, kerana kita semakin lupakan Allah... Kita semakin menjauhkan diri dari Allah... Jadi untuk menggelakkan diri dari terjerumus dari kancah yang penuh dosa, kita perlu elakkan dari melakukan perbuatan yang mendatangkan dosa kepada Allah....
Masakan orang yang selalu mengingati Allah akan melakukan perbuatan dosa dan khianat? Jika terlanjur sedikit pun, golongan yang selalu mengingati Allah akan cepat-cepat beristighafar... ORANG YANG SEBEGINILAH YANG AKAN ALLAH BANTU dalam apa sahaja yang mereka lakukan dan perjuangkan....

Macam mana kita nak tegakkan agama Allah? Kita tidak perlu lihat sejauh langit... Semuanya bermula dari diri kita sendiri... Dengan kita PATUH DAN TAAT AKAN HUKUM ALLAH, dengan bangun malam, dengan solat subuh berjemaah di masjid sebagai tunjang utama peribadatan.... ATUR KELUARGA MENGIKUT SYARIAT.... Jauhkan dari pendedahan aurat... Perangi pergaulan bebas dalam kehidupan diri dan keluarga... Paculah kemajuan ekonomi, tapi jangan sampai lupa hukum Allah.... Berpolitiklah, tapi jangan melakukan FITNAH, HASAD DENGKI dan ADU-DUMBA demi kepentingan peribadi...

Kalau benar cintakan Allah.. ingatlah.. “CINTA ITU BUKAN DENGAN KATA-KATA SAHAJA, tetapi cinta itu DIREALISASIKAN dengan perbuatan dan tindakan....".
CERITA ATAU PAPARKAN GAMBARAN DAKWAH TETAPI MASIH TIDAK MENUNAIKAN HAK SOLAT SERTA LALAI DALAM MEMBUAT AMAL & IBADAH JUGA SATU KEDUSTAAN BESAR BUAT DIRI SENDIRI...
 maka marilah kita bermuhasabah diri serta mengerjakan segala amalan serta suruhan ALLAH SWT serta berzikir(mengingati) melalui lidah,akal serta perbuatan... semoga kita memperolehi rahmat dari ALLAH SWT...
insyallah hu aminnin...
~jaksa kotaraja

Sabtu, 18 Januari 2014

PANDUAN UNTUK TIDAK BERSOLAT SUPAYA BERSEDIA.


Sering kali kita mendengar akan nasihat serta cerita bab solat,terutama jika dikedai kopi .Maka bergegar kedai kopi dengan cara hujah mereka tanpa sedar berlalunya waktu solat.Kerap juga kita dengar semasa seseorang itu marah,maka mereka sendiri menghukum seseorang itu dengan cara ''tak guna sembayang/solat kalau perangai kau macam itu-ini ''macamlah dia pulak tuhan nak menilai dan menghukum.Inilah kejahilan manusia. Ada pula yang sering mengelak solat dengan menghukum boleh tinggalkan dengan pelbagai alasan...Ingatlah bahawa IBLIS itu hanya engkar tidak bersujud pada adam dan taat pada perintah ALLAH SWT.Ada pula yang siap bercerita dengan hukum dan nilai solat,tapi dia sendiri tidak solat,kononnya dia ada makam lain.Ada pula yang kata apa guna sembahyang/solat kalau bab lain gagal.. inilah yang sering kita dengar dari mulut orang yang lalaikan solat.
Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: "Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam(kafir). Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya."


Tiga perkara sewaktu bertemu dengan ALLAH SWT
Datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap. "Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar." 
Orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.

ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya. Firman Allah bermaksud; "Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka." (Surah Maryam, ayat 59)


Seksaan Ketika Hidup Di Dunia
Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam. Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

Seksaan Ketika Sakaratul Maut
Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.

Seksaan Ketika Di Dalam Kubur
Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah akan menyeksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

Seksaan Ketika Berada Di Akhirat
Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan diseksa dengan keras di dalam neraka.

Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat
Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksatatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat :-.


Enam seksa semasa hidup di dunia:

1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.

2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.

3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.

4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.

5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.

6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.

Tiga seksa tatkala hendak mati/sakratul maut:

1. Dia mati dalam kehinaan.

2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.

3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini,

dia tetap merasa tidak puas

Tiga seksa ketika di alam kubur:

1. Disempitkan kuburnya.

2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.

3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulahseterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.


Tiga seksa di hari kiamat:

1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.

2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.

3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terusdisumbatkan ke

dalam nerakasebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?
" Mereka menjawab, "Kami , tidak sembahyang."


Allah s.w.t telah menerangkan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka?. Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat. ( Al-Muddaththir: Ayat 42 & 43)

Jumaat, 17 Januari 2014

SOLAT SUBUH ADALAH SEBAIK PENYELAMAT SEHARIANNYA


Janganlah kita sering berkata ''tak guna sembahyang /solat jika itu ..ini...kerana ini adalah hak individu keatas perhubungannya dengan ALLAH SWT.Siapakah kita untuk layak menidakkan solat sesorang itu dari tidak menunaikannya ??Ingatlah jika tiada solat maka tertolaklah amalan yang lain. !!!

Solat adalah satu perkara yang sering dipandang remah atau mudah untuk diperkatakan.Maka itulah juga mereka sering serta lalai dalam menunaikannya dengan pelbagai alasan. Dalam kehidupan kita seharian,kita dapati solat subuh sering DILALAIKAN oleh mereka yang mengaku islam. 

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda:
“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah dia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia".
Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: “Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?”Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.”

Dalam hadith yang lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang sedang sembahyang sedang munajat kepada Tuhannya maka hendaklah kamu perhatikan apakah yang dimunajatkannya dan janganlah kamu menguatkan suara dengan membaca al-Quran. (diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Sembahyang ialah ‘munajat’ atau ‘hubungan peribadi’ (personal contact dengan Allah), yang wajibnya ialah 5 waktu sehari semalam. 

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi:
“Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah S.A.W., dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”..

Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?...

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim)...

 Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya....

Rasulullah S.A.W. memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh... Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah).....
Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah... Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh...

YA ALLAH... JANGANLAH LALAIKAN DIRI KAMI DARI BERIBADAH KEPADAMU.. AMIN YA ALLAH...