..RAJIN beribadah di masjid, tapi selepas solat duduk mengumpat, bercerita tentang biznes, bola, golf, saham, melancong ke luar negara... BERPUASA SUNAT JARANG DITINGGALKAN, tapi sepanjang hari membuka aurat atau berpakaian ketat.... Meninggalkan sunat bukan satu..
Di akhir zaman, ramai umat Islam BERIBADAH SECARA JAHIL, kerana mempelajari syariat secara rambang sahaja, tidak faham peranan syariat, tidak faham mana yang fardhu, mana yang wajib, mana yang sunat, SAH, BATAL PUN TIDAK BEGITU DIFAHAMI oleh ramai umat Islam.... APAKAH BERIBADAH SEPERTI INI DITERIMA?
Adakalanya kerana mengejar fadhilat, terlanggar yang fardhu dan yang wajib, kerana membuat yang sunat tidak peduli pantang-larang syariat.... Hendakkan fadhilat puasa Isnin Khamis, waktu berbuka tidak kira makanan halal atau haram... KERANA MENGEJAR PAHALA UMRAH, setiap tahun mengerjakan umrah, padahal FAKIR MISKIN DIABAIKAN, bahkan dibiarkan..... Kenduri arwah tidak dicuaikan, tapi SEMBAHYANG FARDHU DIABAIKAN.....
Kerana hendakkan FADHILAT SEMBAHYANG DI RAUDHAH, di Mesjid Nabawi di Madinah, BEREBUT-REBUT, BERTOLAK-TOLAK, dan berkasar dengan orang lain, timbul marah dan sakit pula hati.... KERANA HENDAK MENCIUM HAJAR ASWAD melanggar dan menyiku orang, PADAHAL PERBUATAN ITU ADALAH HARAM, mencium Hajar Aswad hanya SUNAT sahaja di dalam Islam, tidak mencium bukan satu dosa dan kesalahan...
Rajin bersembahyang malam, tapi BAKHIL MENJADI PAKAIAN, SOMBONG MENJADI BUDAYA.... sedangkan perbuatan itu adalah haram termasuk dosa besar... Rajin berdakwah, sering membuat ceramah tapi kerana nama dan glamour yang dilarang Allah.... RAJIN beribadah di masjid, tapi selepas solat duduk mengumpat, bercerita tentang biznes, bola, golf, saham, melancong ke luar negara... BERPUASA SUNAT JARANG DITINGGALKAN, tapi sepanjang hari membuka aurat atau berpakaian ketat.... Meninggalkan sunat bukan satu kesalahan, mendedahkan aurat perkara yang dilarang...
BEGITULAH UMAT ISLAM DI AKHIR ZAMAN... Ada yang rajin beribadah tapi pantang larang, tata tertib, mana yang utama tidak difahami... Kalau di Mekah atau di Madinah, bersembahyang di kedua-dua masjid ini ada yang melangkah orang sedang bersembahyang, berkasar dengan orang kerana merebut tempat sembahyang.... Di dalam beribadah, berkecai ukhuwah dan kasih sayang yang sangat dituntut oleh Islam....
TUNTUTLAH ILMU AGAMA, HADIRI KULIAH2 DAN CERAMAH2 AGAMA.... baca buku-buku agama, dan berkawanlah dengan orang-orang alim dan orang yang baik-baik.... Allah Ta’ala berfirman:
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لا يَعْلَمُونَ : “Katakanlah: “Apakah sama antara orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu?” (QS. Az-Zumar: 9)
Dan Allah berfirman: يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa derajat.” (QS. Al-Mujadilah: 11)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan