..AMAT MENDUKACITAKAN apabila ada sebahagian umat Islam yang SENGAJA MELAMBAT-LAMBATKAN pemergian mereka ke Tanah Suci dengan pelbagai alasan tidak munasabah, kononnya "BELUM SAMPAI SERU", atau kesibukan kerja seharian... Ada juga yang bimbangkan kepada siapa dan ke mana hendak ditinggalkan anak, atau memikirkan siapa akan..
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “HENDAKLAH KAMU BERSEGERA MENUNAIKAN IBADAT HAJI iaitu haji fardu, kerana sesungguhnya seseorang itu tidak mengetahui apakah rintangan yang akan menghalang kamu (pada masa akan datang jika dilewatkan).” (Hadis riwayat Ahmad)... Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi dia masih tidak menunaikan haji (dengan ketiadaan uzur syarak sehingga dia meninggal dunia), maka tiada halangan baginya MATI SEBAGAI SEORANG YAHUDI ATAU NASRANI...” (Hadis riwayat Tirmizi dan Baihaqi)....
Jelas daripada hadis itu, RASULULLAH S.A.W. MEMBERI PERINGATAN KERAS berkaitan kesudahan dan akibat yang akan diterima ORANG YANG SENGAJA MELENGAH-LENGAHKAN DAN MENCUAIKAN daripada menunaikan ibadat haji biarpun sudah memenuhi segala syaratnya....
Oleh itu, setiap Muslim dan Muslimah yang berkemampuan dinasihatkan supaya tidak melengahkan membuat persiapan haji seperti menyimpan wang secukupnya, mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji, menghadiri kursus dan menyelesaikan masalah berkaitan ketika ketiadaannya kelak... AMAT MENDUKACITAKAN apabila ada sebahagian umat Islam yang SENGAJA MELAMBAT-LAMBATKAN pemergian mereka ke Tanah Suci dengan pelbagai alasan tidak munasabah, kononnya "BELUM SAMPAI SERU", atau kesibukan kerja seharian... Ada juga yang bimbangkan kepada siapa dan ke mana hendak ditinggalkan anak,binatang ternakan siapa nak uruskan atau memikirkan siapa akan mengendalikan perniagaan yang sedang meningkat, atau takut jika ditinggalkan akan mengakibatkan kerugian besar... Walaupun semua alasan yang dikemukakan adalah punca yang akan mendatangkan keuntungan besar di dunia ini, perlu diinsafi bahawa KEUNTUNGAN ITU AMAT KECIL BERBANDING GANJARAN PAHALA BERLIPAT GANDA yang diperoleh seorang Muslim melalui ibadat haji mabrur...
Bukankah Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Haji yang MABRUR itu tidak ganjarannya melainkan syurga penuh kenikmatan..” (Hadis riwayat Bukhari).... Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: “Sesiapa yang menunaikan ibadat haji, tidak melakukan persetubuhan dan perkara-perkara yang fasik, nescaya dia akan kembali suci bersih daripada dosanya sebagaimana pada hari dia dilahirkan oleh ibunya.”..
Oleh itu kita sebagai muslim/muslimat jika ada kemampuaan atau wang pergilah menunaikan haji.... pada mereka tanamkanlah niat serta azam untuk kita dapat menunaikan fardu haji. Bahawa niat itu membawa kepada pahala dan insyaalah dikurniakan rezeki serta kemudahan untuk tercapai hajat kita menunaikan haji..
~wallahu'alam
~jaksa kotaraja